OHD! (Oh, Hubbydearie!) ^_^

Salam kawan-kawan!

Sebelum I start membebel, marilah berjemaah gelakkan isi hati I nih... ^_^

I beritahu kat Hubbydearie semalam, kalau betullah HD sayangkan I, cintakan I, ingin sehidup semati dengan I, silalah belikan I Samsung Galaxy Note 4. Tanda betapa sucinya cinta agung Hubbydearie kat I (Sila jangan gelak kuat sangat, kawal kesopanan tu, nanti malu orang keliling dengar! Kitakan perempuan...)

Tetiba dijawabnya dengan nada sinis,

This year, kalau I tak silap calculate-calculate (tiru sebiji perkataan I tau nih...) dah 3 biji he-ho you tukar.... Tunggu Note 4 tu jadi antik nanti I belikan...

Dan jawab I dengan hati sadis mendengarnya ...

Maknanya you tak truly love melah, Dear.... 

I pun berilah beberapa examples suami yang sayangkan isteri secara materialistik, mengikut pengalaman I banyak membaca (Wakakah!) Paling dekat sekali of courselah si adik ipar yang kat US tu. Baru je dapat handphone baru suami belikan. Dia nak yang murah, suami suruh beli yang mahal sikit. Oh, fun-tas-tiknya to the max!

Lepas  tu HD buat jelingan tajam sambil tengah sibuk memasak kat dapur yang kalau ditranslatekan menjadi ayat bermaksud - Mengada-ngadanya bini aku nih!

Lepas  tu boleh pulak Hubbydearie habaq kat I cam ni...

Okey, kalau projek semua I dapat, I belikan you satu but then handphone yang ada  bagi pada Mami!

Ish, ish, ish..... Mami  je yang dikenang-kenang. Taulah itu Mami kesayangannya (By the highway, Mami nak datang Malaysia hujung tahun ni maybe. Yeah, terkujat I sekali lagi!)

I baru berangan nak bagi handphone yang ada pada si Bubbly Abang tau. I sayang anak lebih-lebih tak boleh, HD sayang emak melimpah-ruah takpa. Eh, apa hak nak jealous ni Kak Ton... Menantu derhaka namanya ni. Dah diberi keting, nak betis, nak paha dan nak semua sampai hujung rambut anak lelaki kemanjaannya ala ala busyuk Mami. Dasar perempuan mata korporat tau! Eh, apa ke kaitannya....

Makanya I kenalah menunggu dengan sabar bagai durian yang tak gugur (of course musim derian dah berlalu yek) adakah kemungkinan I akan mendapat Galaxy Note 4 itu? Cam tidak je.... Anniversary dah nak dekat ni. Mami ada, memang tak merasalah nak lovey dovey dua lakibini. Hadiah, memang jauh sekali. Bunga pun maybe HD nak suruh Mami tanam barulah dipetik buat bouquet ulangtahun kami nanti. Huhuhu.... 

I know, I know... you all memang suka gelakkan my wild imagination .... 

Nyampahlah I cam ni ....


Comments

  1. Haha.. gelak sikit je..

    Tapi HD bergurau mengusik je tu. Pasti dah ada plan best utk sambut ulangtahun dgn isteri tersayangnya ni.. usah bimbangla tu..

    Mami nk datang lagi? Wau..bestla nanti dptla terjah banyak taman dan masjid lagi. Bawa mami ke terengganu la kali ni? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya macam tak dapatlah kot. HD dah start 'mengungkit' kisah lama. Keh3x. Katanya daripada nak Galaxy Note 4 tu lebih baiklah beli barang kemas. Takda duit boleh jual balik. Hahahah...

      Yalah, AN... Mami nak datang lagi. Tak tahu bila tapi mungkin akhir tahun sampai Januari depan. Next Feb, anak perempuan kesayangannya tu pulak nak balik kampung di Tashkent. Musim sejuk dah sampai, haruslah Mami teringat kat anak lelaki buah hatinya nih!

      Delete
    2. Ha.. MD kena redho tau.. esok2 time kita lak macam mana? Kalau esok rindu anak yg dah kawin pulak ha...kan macam mami juga, nak selalu pergi ke rumah anak? Jeng jeng

      Delete
    3. Cubalah berada di tempatnya. Memang hati ni faham bila ada anak lelaki. Sama macam Mami, kita pun ada dua je anak lelaki. At least Mami ada lagi dua anak perempuan! Walaupun cam tu, tetap juga rasa a bit jealous menjealous dalam hati bila semua tetang Mami, HD akur je tapi tentang isterinya ada je tak kena. Kalau nak hormat wanita dalam Islam, isteri pun patutnya tak terkecualilahkan... Hehehe... biarlah si MD terjun dengan labu-labunya buat masa ni. Nanti kalau dah lemas, pandailah berenang ke tepian, AN. Hihihi....

      Delete
  2. hihihihi sumpah comel cara aka kmintak henpon tu kak...miang tau kak...auwwwww...heheheehh ala kak ape lagi tinggal gosok2 jek tu sure esok lusa depan mate note4 tu kak haahahahaha...tapi tang henpon lama nak sedekah kat mil tu redho jek laa kak...utk abg nanti belikan yg canggih lagi ekekekeekekeke

    kak, lieya pun jeling2 gak note 4....cun kan kak...lieya selama ni pengguna iphone...tapi bile tgk ip6 punye spec tak standing ngan harga die so buat den kecewa....

    jom kak kite berzikir note 4...note 4...note 4.... kat telinga husben kite hahaahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada miang, Lieya? Ngengada sikit je sampai rasa macam nak belasah je gitu. Hihihi....

      Cuba beritahu kat akak, nak gosok part mana tu? Huahahah.... Harus kena sensored komen nih ^_^

      Kita orang tak minatlah Iphone6. Lagipun kita orang ada tagline untuk the latest Samsung - Believe us! It's unbendable! Wahkakah... Pepandai je nak bagi tagline sendiri kat kilang Samsung!

      Akak tak tahulah dari dulu memang tak minat Iphone. Satu sebab kerana skrin kecil dan akak rabun dekat. Memang buat sakit jiwa. Samsung ni bagak sikit. Bestlah untuk akak yang rabun nih ^_^

      Kalau akak berzikir kat telinga HD, nanti HD tazkirah panjang kat akak balik. Tawakkal ajelah nampaknya....

      Bunga pun nak tunggu Mami tanam, apa ke halnya ....

      Delete
  3. memang best kalo mintak je terus dapat..harga riban2 pulak tu..seketol tu dah macam gaji sebulan saya..emm..materialistik tau MD ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tulah pasal. Baru minta je belum dapat lagi, dah kena cop perempuan materialistik. Huakakah....

      Gurau manja je, Mar. Kalau tak dapat pun takpa. MD ni isteri mithali. Saya minta Note 4, HD dah ungkit segala he-ho yang ada. Memanglah tak dapat rasanya.

      Takpa, kalau sama ngan gaji, kita main kutulah Mar. Cukup setahun dapat sebiji handphone...

      Delete
  4. Melampau setahun berkali-kali tukar he-ho. Kakak ni pakai selagi boleh tau MD. HD tu kira manjakan juga bini dia ye. Itu pun si bini masih nak menguji lagi. HD tu memanglah anak mami sebab itu kalau beli baru yg lama nak bagi mami dia. OKlah tu... hujung tahun ni maknanya tak lama lagilah. Nampak kerasan dan sukalah MIL berkunjung M'sia kan. Maklumlah menantu kesayangan bukan main melayan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, kak! Gelak saya baca. Menantu kesayangan ni berdrama je. Ish, takut juga kak kalau Mami sentap. Dahlah anak lelaki kesayangannya tu ikut kata Mami je. Haruslah ambil hati. Hiks....

      Alah, kak telefon murah je. Bolehlah tukar dua, tiga kali. Itu pun ada sebab :) Selalunya memang saya pakai sampai dah tak nampak warna keluli. Keh3x.

      Delete
  5. Dah 3 kali tukar he-h0. I dah 3 tahun guna he-ho kecik sony xperia mini yg kecik ketuit dan jugak slow ni. Huhu. Sian kan. Nak tunggu rosak dulu baru beli baru. Zuhud kan? Muehehe. Sbnrnya tak mampu nk beli.

    *Project HD tu mesti project IT kan? Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, menyesal pulak kopipes kata-kata HD kat sini! Habis orang tahu I dah tukar he-ho 3x. I sebenarnya bab he-ho ni tak kisah sangat, Lyd tapi sesekali tu jek ngengada nak minta kena hempuk. Yalah, I cuba nasib je mana tahu dapat. Baru cerita pasal he-ho baru, HD sibuk nak belikan Ipad untuk Mami. I tanya kenapa Ipad? Bukan Mami heran pun jenama. Katanya sebab kat kampung halamannya tu, Ipad je yang line clear kat kampung. Pastu disambung lagi nak belikan he-ho untuk adik perempuannya juga. I rasalahkan... I nak cancel permintaanlah! Kalau I tak minta, semua tak dapat. Huahaha....jahat punya bini!

      Yalah tu... IT projects!

      Delete
    2. Ohhhh ....baru tu kisahnya.....cik abe nak beli tuk kaum kerabat dia....Eh! Kalau camtu ....kalau mak jadi jiran harus jugak mak pun mintak jugak barang seketul yg latest.....keh keh keh....mcm tak biasa dah namanya pendengki hihi

      Delete
    3. Biasalah OKje... HD memang tak boleh nampak kelibat Mami. Kalau saya minta something, lepas tu mesti nak dibelikan buat Maminya juga. Okeylah saya tak kisah. Tapi kadang tu takda keperluan tapi sebab saya minta, HD pun nak fulfil untuk Mami juga! Dahlah tu tak boleh komplen/beri pendapat sebab of course keluar kata-kata hikmat - I belikan you selalu, I belikan my mother sekali-sekala saja!

      Oh, malas nak ajak gaduh manja-manja. Kena redhalah. Anak-anak pun dah besar, bukan baru kahwin sehari dua lepas ^_^

      Delete
  6. jab ye, apa ke menatang he-ho tu?
    saya tak tak ada gajet canggih ni, so entry diatas saya tak mampu nak gelak
    saya jadi serius membaca istilah hi-tech yang saya tak familiar

    cuma part HD jeling ti saya boleh bayangkan
    teringat jelingan suami yang buat saya rasa macam nak terbunuh...hehe
    syurga HD dekat mami dia, biarlah dia buat apapun
    tutup mata ajelah MD...hehe

    p/s-minta maap lama tak ke sini, sibuk wei!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... he-ho tu bukan istilah hi-tech, hi-class, YY. Itu perkataan boleh jumpa dalam blog saya je. Asalnya dari kawan pejabat saya. She's a Japanese tapi fasih cakap Melayu. So, dok sengau suara ke atau memang loghat Jepun cakap Melayu, selalu je kalau kat telefon dia akan kata - Sir, can I have your he-ho number? Maksudhnya tu handphone ler.... Kih3x... Jahat kita orang satu section ni, sepakat muafakat dok gelak senyap-senyap ^_^ Dah pencen pun kawan saya tu...

      Hahahah... saya gelak sekali lagi! Saya takdalah rasa macam nak terbunuh bila kena jeling suami. Saya kalau dah part bergurau senda, memang main babat-babat je mana dapat, macam budak kecik pun ada. Terkebil-kebil anak-anak tengok makpak main lari-lari keliling meja sambil cuba membabat siapa kena!

      Nak juga tutup mata tapikan ada sikit rasa cemburu dalam hati tak hilang-hilang tau. Hahaha....

      P.S. Takpa, takpa... saya faham. Kesibukan kerja memang kita tak boleh nak buat apa. Anyway, maafmu kuterima. Katanya nak masuk meminangkan...eh opocots! Terlepas rahsia!

      Delete
    2. oooo...hek eleh!
      ingatkan menatang apalah! hehe
      nak minang dah ke? belum cukup umur anak dara saya ni..hehe

      Delete
    3. Hehehe... mana ada bombastik, fantastiknya perkataan he-ho tu. Kata-kata seorang IT, lagilah jauh maksudnya, YY.

      Eh, orang dulu-dulu tak cukup umur dah masuk meminang, booking gitu. Cukup umur dah kena kahwin dah... Anak dara, tak leh simpan lama-lama, YY ^_^

      Delete
  7. bertuahnyer badan boleh tukar he ho setahun bukn sekali tpi berkali2.. kalau KA mmg guna sampai hlg warna keluli itupun selagi boleh sms boleh hello2 lagi, tahan jelah pakai lagi sampai ler he ho tu kong & mati.... mana ada laki x sayang bini, mesti one fine day, MD bangun je pagi2, tgk kat sisi dah ada smsung note 4 idaman hati ! hehehe... KA doakn sekali moga tercapai hajat dihati !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuah apanya, KA. Ada juga yang self sponsored kata orang Jawa! Dulu pun saya rajin pakai he ho sampai lebam. Sesekali je nak bermanja dengan suami, minta itu ini. Itupun belum tentu dapatnya....

      Hihihi...doa KA ni macam dalam filem romantika pulak gayanya. Apa-apapun saya aminkan ajelah yek!

      Delete
  8. heheh...orang lelaki memamng gitu...tapi nanti dia beli..biasanya kalau dia bagi alasan2 comel tu mesti nanti dia beli..(ni ikut pengalaman saya la ni..)
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Diana dapat ke tidak. Silap haribulan kena keluar duit sendiri. Hahaha...

      Delete
  9. Alaa MD...kalau MD sayang lebih kat anak ..camtu lah HD pun disayangi mami dia lebih ..jangan jeles...no no no...ada nak orang kasikan hp baru nanti kot tak..

    Nanti kem salam bunda kat mami HD yer...pasal yang pokok lidah jin/mertua tu tak pasti sangat antara yang kuning atau hijau....rasanya yang kuning kot lidah mertua...yang hijau lidah jin...

    Okay..Salam Maal Hijrah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, Bunda... kenapa tak boleh berfikiran sama rata begitu? Kotnya nanti bila anak dah dewasa dan saya pulak yang kena, barulah tahu apa rasanya. Tapi tak dinafikan, HD memang anak yang baik buat ibunya. Sepatah pun tak pernah saya dengar HD kata tidak apatah lagi berkasar dengan ibunya. Mami pun memang sayang sangat kat anak lelaki no.2 nya ni. Itu saya memang tahu....

      Insya Allah, Bunda... Kalau Mami datang saya sampaikan...

      Salam Maal Hijrah buat Bunda juga!

      Delete
  10. Haha.....sian mak nengoknya...

    Ni mmg betul betul mintak ke saja main main ni.....Serious weyh mak tengok keadaan masa tu.....kalau mcm byk jer futlusnya mak kasi himpit lebih, kalau tak, mak redho aje nak haha.....

    Tapi selalunya okje mmg malas nak mintak mintak sebab tau dia tu cukup cukup makan aje hihi....so dpd kaciwa tak dpt baik tk yah mintak.

    Yelah kan sure tak dpt nak berlovely dovely.....maklum le kawan tu kalau depan mak dia bukan main kerek dgn kita....kekonon mcm tak loving gitu...ceh!

    Celebrate in advance lewkalau cenggitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat, sukalah. Kalau tak dapat pun, redhalah. Kenalah main kutu kumpul duit cukup setahun boleh beli satu untuk selfie sendiri ^_^

      Mak...kalau nak himpit pun slow-slow Mak. Jangan main terjah. Mahu melepek PakJilap kena himpit ngan Mak!

      Okje isteri mithali, sentiasa memahami Sang Arjuna, sebab itulah Arjuna sayang, ya idok ni?

      Inilah permasalahan besar, OKje.... Kalau mak mentua datang, lovey dovey moments memang terhapuslah. Segala ucapan kasih-sayang hanya untuk seorang ibu. Huhuhu.....

      HD biasalah depan Mami nak tunjuk dia punya superpower. Main mengarah isteri je. Alasannya -nak tunjuk kat Mamilah HD pandai jaga bini. Ish, tak kuasa nak layan dah!

      Delete
    2. Dah tak de bini lain.....itulah satu yg ada, surelah sayang haha....

      Agaknya kan depa ni kalau depan mak pak dia mcm takut jer mak pak depa kata ikut telunjuk bini tu yg bukan main bermaharajalela lagi memerintahnya, belakang kaluuuu.... tak mau kawan sebulan baru tau! Haha......

      weyh mlm tdi mak sampai mimpi lew.... mak pak mertua nak dtg rumah.....Adussss....Ini sure gara gara semalam mak jilap curi curi dengo pak jilap call pak dia pasal ayam serama huhu....sampai ke mimpi jadinya

      Delete
    3. Adui, statement yang pertama tu...ngeri jiran dengar! Auwww... harapnya memang ini jelah isteri sehidup semati ^_^

      Betul tu, OKje. HD memang nak tunjuk kat parentsnya beliau boleh kawal isteri dengan baik! Lepas tu saja je nak cakap kasar-kasar, nak arah-arah depan makpaknya tau. Kononnya tak bagi muka kat bini supaya nanti takdalah bini pijak kepala. Aduh, nyampah sungguh! Kalau Mami datang ni, bukan sebab saya tension Mami nak datang tapi saya tension sikap HD yang tetiba je berubah nak jadi 'king-control' gitu....

      Hiks..kadang tu takut atau terlalu memikirkan punya pasal memang boleh bawa ke mimpi, OKje. Tapi minggu lepas kot saya tengok Nona pasal menantu tinggal serumah dengan keluarga mentua, alahai, masih saya tak boleh bayangkan. Betullah, hilang banyak privasi kita. Bukan nak berlakon, nak tak nak kenalah nak jaga kelakuan jugakan....

      Delete
  11. kak, sumpah lawak entry ni..hehehehe..gelak sengih sorang2 je ni tau..geli atik dibuatnya cara akak mintak hepong kt HD..sabar ye kak..tunggu keluar note yg baru la nampak gayanya kan..tumpang simpati kt akak..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun separuh berjaya je, Sue. Tak confident lagi katanya boleh dapat ke tidak. Huhuhu....Note 4 dah terbayang-bayang menari depan mata nih!

      Delete
  12. kenapa Galaxy Note 4?
    Mintak la iphone 6 terus....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayakan rabun dekat, DZ.... Iphone tu kecik-kecik belaka, tak sesuai untuk saya. Lagipun taknaklah Iphone yang boleh bend macam gymnast pulak. Hihihi...

      Saya peminat tegar Samsung. Sejak Samsung keluar telefon kokak sampailah dah canggih cam ni tau...

      Delete
  13. Haha... Kna pujuk lebey sikit lagi nih.. Goda kaw-kaw punya... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak tergoda lagi, Maria. Ini pun separuh jalan dah tipis harapan. Kena main kutulah nampaknya....

      Delete
  14. Sama la kita... asyik bertukar phone aje... teringin gak note 4... note 3 baru je tukar dgn sony ..dah nak note 4 pulak ni hehehe...tapi samsung gambar lawa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan Note 4 tu... Saya cuma fikir tang kamera jek. Lain tak heran sangat :)

      Delete
  15. Hehehe...tumpang gelak. 3 kali tu he-ho tu. Haruslah HD fikir banyak kali. Tapi bersangka baik jer lah. Mana tau anniversary nanti memang tertunai hasrat MD nak HP Samseng note 4 tu. Iolls masih setia dgn samseng tab yang dah start hang mcm minta tukar baru jer nih.

    Bertabahlah mak mertua nak dtg, Selamat menjadi menantu mithali ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, he-ho cap roket je pun tapi kalau kumpul-kumpul duit beli he-ho tu dah dapat satu Note 4 dah. Ish, menggelitis je badan ni tau bila nampak iklan Note 4 tu. I want pinky, pinky gitu.... Aduhai... kalau dapat bestlah. Tapi katanya allocation untuk this year telah terbabas-babas jauh sangat. Tunggulah next year kalau cukup lepas tolak allocation khas untuk Mami. Huahaha....

      I suka Samseng tau dari dulu lagi sejak si Samseng ni keluar he-ho tak berapa nak samseng I dah pakai pinky-pinky gitu...

      Ish, ini third time I kena jadi pelakon terbaik Anugerah Khas Mami untuk kategori Menantu Luar Daerah Terbaik!

      Delete
  16. Semoga hajat tercapai MD..note 4 bole tahan spek dia.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harapnyalah, Fand. Tak tahan tengok iklan dah ni ^_^

      Delete
  17. seronoknya lah ada suami boleh meminta thp merjuk gaban lagi . jeles si bujang ini yg terpaksa kira budget nak membeli .... tak pe md . mana lah tahu bila mami dtg msia nanti md dpt note 4 sbb hd nak bagi he ho yg ada kat mami ... kan kan . berdoalah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi si bujang hidup bebas. Total freedom gitu. Hahaha.... Kalau dapat takpa, kalau tak dapat redha ajelah. Kena main kutu nampak gayanya ^_^

      Delete

Post a Comment