Bila Mommy jadi cikgu....

Salam Selasa kawan-kawan!

Si Bubbly Abang ni kalau tak dipantau kehidupan sehariannya, memang bersemangat nak rileks memanjang! Walaupun Abang sayang Mommy lebih sikit dan manja dengan Mommynya ni, dia juga takut akan Mommynya yang kadang-kala boleh berubah menjadi tarzan. 



Dengan Daddydearie, Abang tak takut sebab Daddy jarang 'naik tangan'. Kalau marah pun, Daddy membebel aje tapi kalau sekali Daddy naik tangan, seharian terasa sakitnya ya! Mommy pulak lain cerita. Selain ada pitching yang tinggi dan suara yang nyaring tak tentu pasal, Mommy lebih mudah naik tangan. Itu pun versi manja-manja je. Jadi superheroes memang tak hairan versi marah yang itu. Tapi kalau lava gunung berapi Kilimanjaro yang meletus (Eh, gunung ni berapi ke tidak? Lupa nak check ~_^) memang nasib badan ler....

Bab belajar ni, I sebenarnya takdalah memaksa sangat. I takda sediakan time table yang strict untuk anak-anak belajar. Ikut suka hati mereka. Bahkan masa cuti sekolah yang lalu, walaupun I dah sediakan buku-bukukerja untuk diulangkaji, Bubbly Abang ikut mood je bila nak buat. Most of the time dia duduk rileks bersantai (sambil minum jus oren ada payung kecil di tepi gelas) depan komputer. Tak sudah-sudah memikirkan cara macam mana nak lepas satu level game ke another level, nak upload cerita apa kat youtube, dan apa kekdahnya nak jadi hacker suatu hari nanti....

Sepanjang cuti sekolah dia bersantai, termasuk 1 week extended holiday dan juga dua minggu pertama persekolahan. I memang bagi green light sambil senyum pendam bara dalam hati supaya dia meneruskan aktivitinya. It's okey, Mommy alright jerk kalau setiap hari pun Mommy kena tanya bila nak belajar. 

Bab duduk depan komputer Bubbly Abang tak pernah minta izin. Mainlah sesuka hati. Mommy letak password, dia minta kat Daddy pulak. Dulu kalau buat apa-apa, guna email created by Daddy tapi sekarang ni dah pandai buat email sendiri. Macam-macam nama I jumpa. Okey, asalkan tak timbul masalah!

I did tell dulukan bagaimana dia tulis review untuk satu game ni dan habis kena hentam dengan adult gamers yang rata-rata tak setuju dengan pendapat 'kebudak-budakan'nya (of course mereka tak tahu dia under age sangat-sangat!) Macam-macam four letters words yang keluar dalam kotak komen. Itu pun tak sengaja I terbaca sebab dia guna email yang Daddy created untuknya! Teruslah kena duduk mengadap Mommy sambil dengar celoteh non-stop tentang baik buruknya bermain komputer 24jam sehari! Panas telinga, merah padam jadinya. Nasib baik tak kena tarik kasi nipis sikit telinga tu ~_^

Kalau dulu I suruh Abang baca buku cerita, dijawabnya as simple as this....

Girl je yang suka baca storybook, Mommy. Mana ada boy baca storybook. Macam Daddy, tak suka baca buku cerita tapi Daddy pandai pun!

Oleh itu, Abang nak ikut jejak langkah Daddynya, tak mahu ikut Mommy yang pernah jadi ulat buku nih.... I redha ajelah keputusannya tu tapi dalam pada itu, I psiko juga dengan membeli buku cerita banyak-banyak dan susun dalam almari!

Mulai tahun ini, setiap malam I arahkan Abang baca satu bab dalam buku cerita sambil  Mommy melipat pakaian. Kalau buku ceritanya nipis, mesti habiskan masa tu juga. So duduklah Abang membaca cerita sambil Mommy lipat pakaian. Lepas habis baca, kena buat kesimpulan lagi apa yang dah dibacanya. Makanya, tak boleh nak sambil lewa kalau tak mahu dengar suara lemak merdu Mommy ni....

Bermula minggu ini juga, Mommy dah take over jadi 'guru tuisyen' setiap malam. Bila Mommy arahkan suruh buat bukukerja, kenalah buat walaupun hati bergelora kerana tak dapat main komputer ataupun mengacau Adik Cute. 

Nasib baik juga homework sekolah Cina tak banyak mana. Hari-hari ada kelapangan nak dok menekan keyboard dalam bilik komputer Daddy. Lagi satu, sejak tahun ni I tengok ada satu waktu dalam time table Abang yang khas untuk 'Homework' ataupun 'Homework Science' di sekolah. Dua tahun sebelum ni takda pulak. Mungkin masa inilah mereka menyiapkan homework di sekolah. 



Lepas Abang siap homework dengan 'guru tuisyen' special ni, Mommy akan tanda dan jelaskan pada Abang mana yang silap dan tak faham. Terpinga-pinga Abang sebab dia merasakan macam manalah Mommy ni bijak sangat sedangkan Mommy tak faham Bahasa Mandarin pun ~_^


Apa susah, answer sheetkan ada ^_^

Mommy tanda ikut jawapan ajelah tapi bukan membuta-tuli. Mommy tau apa Mommy buat, okey *_*

I kena ambil insiatif lebihlah tahun ni memandangkan Abang dah di Tahun 3. Tahun depan dan seterusnya sangatlah kritikal. Alhamdulillah, walaupun masa bermain jauh lebih banyak daripada masa belajar, keputusan peperiksaannya selalunya tak mengecewakan. Cuma I terfikir, kalaulah Abang ni tekun belajar macam sesetengah budak, tentu dia akan lebih cemerlang lagi dalam pelajaran. I tak stress sangat pun kerana setelah mengambil keputusan menghantarnya ke sekolah Cina, I dah tanamkan dalam hati tak mahu menyusahkan hidup anak-anak I pulak dengan memaksa mereka jadi cemerlang sepanjang masa. Biarlah dia enjoy asalkan pelajaran masih terjaga! Jangan asyik gagal sudah!

Masalah baru pulak timbul sejak Mommy jadi guru tuisyen ni.....


Asal Abang duduk aje di meja belajar, Adik Cute akan datang bawa buku warna dan colour pencilsnya dan tolak Abang dari kerusi. Dia nak duduk di situ kerana....

Adik banyak homeworklah! Teacher bagi! Tepi! Tepi! Adik nak buat homework!

Adik ada homework apa?

Homework Matematiklah.... Itupun tak tahu ke????


Itu belum I panggil Abang suruh duduk di sebelah masa tanda bukukerjanya, Adik akan datang meluru sambil suruh Mommy 'check' kerjarumahnya juga!

Kadang-kadang, diambilnya kertas A4 size beberapa keping dan beri satu pada Mommy sambil berkata,

Mommy, Mommy buat eh! Jangan koyakkan tau! Nanti cikgu marah! 


.....disuruhnya I buat 'homework' juga!

I memang rasa macam nak ........ PITAM ~_^

 

 

 


Comments

  1. Hahaha ... adik memang cute la... :)

    Mudah2an kedua2nya akan mendapat kejayaan untuk dunia dan juga akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peninglah saya bila dua-dua nak perhatian serentak. Rasa macam nak belah dua je badan ni. Itu belum termasuk Daddynya :)

      Mudah-mudahanlah, kakcik. Harapnya mereka mampu mengendalikan hidup sendiri suatu hari nanti. Sentiasa di jalan Allah hendaknya....

      Delete
  2. Abang sekolah cina rupa rupanya...
    bagus tu,boleh belajar mandarin...so abang dah fluent la ckp mandarin?
    tapi selalu dgr cerita,jadual belajar kat sek cina ni pack...so i think its ok bagi dia relax bila kat umah tu...

    ps: gi ajar your husband cara2 naik basikal...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... saya pun ingat-ingat lupalah naik basikal nih macam mana nak ajar :)

      Alhamdulillah, dah boleh cakap dan faham bahasa Mandarin. Kalau susah sangat tu kadang-kala masih terkedu juga :) Dulu saya pun dengar benda yang sama tapi bila dah hantar anak ke sana, takda pulak terbeban seharian dengan homework. Cuma berat beg tu memang luarbiasa itu pun bukan tiap-tiap hari. Anak saya dah terlebih rileks ni, DZ memang kena kerahan tenaga sikit. Kalau tidak, 'membesar sebagai johan' dalam bilik komputer tu!

      Delete
  3. Hahaa... MD dah jadi cikgu nampaknya.. kenalah abang lebih behave takleh banyak main game ya. Sukala macam ni, anak takut MD marah. Kat rumah ni, budak2 ni lagi takut papanya. Bengkek gitu saya. Marah sikit2 budak2 ni buat tak tahu je. Kalau marah betul kang, lain pulak jadinya.

    Eh.. bila tu cerita pasal review yg abang penah buat? Saya tak pernah baca rasanya.. wah.. ada bakat mewarisi bakat periwayat blog MD ni.. nampak ada peluang cerah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu cuba juga nak jadi cikgu tapi tak berjaya. Letih alahai. Sekarang ni sejak Abang di sesi pagi, banyak kerja siap cepat kerana saya kena balik rumah terus lepas habis kerja. So malam tu ada ample time untuk buat macam-macam dengan anak-anak. Tak bolehlah bagi alasan lagi :)

      Kat rumah memang mulut saya yang selalu keluar suara pitching lari. Daddynya jarang nak marah anak tapi jangan sampailah HD marah, mahu teruk nanti. Tangannya macam besi, pukul sikit pun dah berbekas-bekas. Kalau saya ni, jerit macam mana pun anak-anak tak hairan dah. Kalau jerit sambil naik tangan, aha, itu takutlah sikit. 1, 2 jam je pun, AN....

      Eh, rasa pernah cerita pasal dia buat review tu dulu. Dia main game berhubung dengan all kind of gamers worldwide. Lepas tu pi tulis review pasal game tu. Habis kena hentam. Yang paling saya sedih, habis semua kata lucah pun keluar dalam komen. Saya terus suruh Abang berhenti buat begitu sebab mereka memang tak tahu dia under age dan those gamers biasalahkan, suka bertelagah kadang-kadang!

      Delete
  4. Mesti abang teror cakap mandarin kann. kakak nani nak belajar boleh tahun depan nak pergi Beijing.hahahaha :P
    bila mummy jadi cikgu macam macam lah kena buatkan. nasib baik cikgu aje kalau gurubesar tadi. hahaahah :P seronok lah akak lipat kain sambil dengar abang bercerita. hohoho :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy yang tak terror ni pun boleh tolong Abang buat homework :) Ahah, class tak Mommy ni padahal sepatah perkataan Mandarin pun Mommy macam biasa tak tahu ~_^

      Kak Nani bawa ajelah Abang sekali, tiket disponsor gitu. Boleh Abang tolong tawar-menawar masa shopping takpun jadi model sambilan dalam blog Kak Nani :)

      Kalau Mommy jadi gurubesar, kena sediakan rotan satu tapi rotan pun tak boleh guna sekarang ni, macam mana.....

      Delete
    2. Sabo je la ye MD..bukan ramai pun 2 orang je..layan aje la ..
      tapi kan nanti adik pun jadi pandai jugak..sebab dia ikut sama belajar dengan guru tuisyen dirumah tu.

      Delete
    3. Tak ramai pun, Acik tapi rasa macam bela sepuluh anak. Riuhnya alahai.... Ngajar Adik ni susah sikit sebab dia nak take over kuasa cikgu tuisyen :)

      Delete
  5. Ohh mummy dah mula jadi cikgu..bagus sebenarnya kita pantau pelajarsn anak.sy no selalunya awal tahun je semangat.pastu semangat hilang ntah kemana.doakan sy jadi rajin macam MD.haha..

    Adik cute biasalah..dia pun nak jadi pelajar mummy.ke adik nak jadi teacher mummy.yg mana satu ni dik. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun sebelumnya tak tertanggung bebanan jadi cikgu tuisyen, PK :)

      Selalunya memang saya pantau tetapi tahun ni gaji bayar lebih sikit itu yang jadi cikgu tuisyen kat rumah *_* Insya Allah, PK kan spesies rajin tentulah anak-anak terjaga dengan adanya mak macam PK ni!

      Adik jadi teacher, Mommy jadi student kelas malam :)

      Delete
  6. salam singgah..ai comel betul keletah budak berdua ni,adik cute tu amboi sampai mummy pun kena buat homework jugak...hahaha memang kelakar lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik suka copycat segala apa Abang buat. Kenalah redha kalau dia pun nak jadi student. Tapi student yang satu ni lain macam perangai. Kuasa cikgu tuisyen pun kalah :)

      Delete
  7. Alahai Adik Cute.. acik tengah syok baca entry ni Adik Cute datang pulak.. ekekeke.. mintak dilayanler tu.. sama macam dak Nuha time dak Kakak dengan dak Adik tengah buat kerja sekolah dorang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawan taukeh si Adik ni :)

      Kat rumah tu mereka berdua je tapi riuh sekampung. Dah terbiasa sangat bila si Adik ni dah pandai cakap!

      Delete
  8. Kena layan dua-dua MD. Tak kisahlah adik bagi A4 tu janji kena adil. Adik tu cerdik walau belum faham apa tu homework. Abang pun nampaknya pick-up cepat juga - keturunan/genetic org bijak biasanya anak pun bijak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayan dua-dualah ni kak sampai nak pitam rasanya :) Kalau tak dilayan, bukan main merajuk si Adik tu. Jenis yang merajuk menangis tekup bantal lepas tu bila kita pujuk, dia melekap pulak kat dada tak mahu berhenti merajuk. Habis kelas malam pun belum tentu reda tangisannya :)

      Abang ni kalau belajar kena push. Kalau main komputer tak payah susah-susah nak push. Pandai je senyap-senyap masuk bilik on pc!

      Delete
  9. Comel je si adik konon konon busy ada homework juga. Tapi itulah budak budak kam. Masa tengok anak buah buat homework pun sama. Selamba si adik datang menyentil dekat tepi si kakak. Bertabahlah bergadoh tarik tarik rambut dulu. Hahahaha. Last last dua dua kene cepuk - homework ke mana air mata ke mana. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ni memang macam pelakon Tamil. Selain ganas, suka betul merajuk :) Apa dia nak mesti kena buat/dapatkan, kalau tidak mahu dia merajuk tak ingat dunia! Susah nanti dok melekap kat dada je kerjanya!

      Budak-budak biasalah, Nadia *_*

      Delete
  10. hehhe..adik memang jadikan abang dia idola la..semua yang abang buat dia nak tumpang sekaki..senang juga gitu MD..ambik peluang tu untuk dia belajar sama..setakat tulis ABC ke...pun ok jugak tu..bagus la adik nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itulah yang saya buat. Saya suruh Abang ajar si Adik. Barulah dia cepat pick up. Kalau kita yang ajar, diajarnya kita balik. Kita tak nak ikut, dengan kita-kita dia 'belasah' :)

      Delete
  11. Weyh kak Ton sejak kebelakangan ni mak rasa mls pulak nak berblog, nak bw, kenapa ek agaknya kak Ton......

    Eloklah diajar disiplin kat abg tu dari sekarang kak Ton jangan jadi mcm anak anak mak ni ha..... Udah jadi buluh. Honeymoon memanjang. Bergaduh nak belajar.....Doa jerlah mak tiap tiap hari moga dibukakan pintu hati mereka supaya bersemangat. Ada masa, mak rasa tak mampu, bukan nak pitam lagi dah.....huhu...
    Gitulah jadi emak ayah agaknya.....

    Abg tu kak Ton tak yab nak risau sangatlah, dah mak pak dia terer terer , anak anak surelah menurun. Senanglah hati kak Ton ek tak yah susah payah nak menegangkan urat leher ....

    Dah katanya adik tu suka meniru, memacam lah akal dia tu nak ngacau abg.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai tengahari dah condong ke tepi dah entri tak muncul jugak ni.... Ni confirm tido bawah meja ni haha.....

      Delete
    2. Alaaaa... Mak ni apa dah jadi? Kenapa tetiba aje rasa malas? Penyakit M dah sampai masa ya?

      Kak Ton bab disiplin ni takdalah strict sangat itupun dah cukup menggerunkan anak-anak kalau tengok Kak Ton 'naik minyak'. Tapi itulah, bertahan 1,2 jam je lepas tu balik seperti biasa!

      Alahai Mak ni, nanti-nanti pandailah tu mereka belajar demi nak hidup bagus. Tengok aje SA tu, ada juga rezeki masuk universiti Petronas.

      Kak Ton sebenarnya risau juga kalau jadi habit Abang malas. Kena juga pantau, Mak. Kalau tidak, berleluasan penyakit malas dalam badan. Sementara Abang jadi idola si Adik ni, memang semua yang baik-baik saya suruh Abang ajar. Barulah dia mendengar kata sikit. Setakat kata makpak, Adik tak hairan pun. Brutal tak anak Kak Ton? Hahaha....

      P.S. Kak Ton sibuk sikit pagi ni. Sempat jenjalan jerk :)

      Delete
  12. Jelessss

    Rajinnya MD lipat baju mlm2. LM ni pagi2 baru terkial2 nk melipat:(

    Sempat lg tu layan abg buat latihan. Terbaek la MD. kalau LM lama dah terbaring dpn tv keletihan. Sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang siapkan kerja rumah sebelah malam, LM. Setakat lipat baju tu memang hobi saya. Hahaha....

      LM apa kurangnya? Bab memasak, beri anak-anak makan memang terbaik. Saya ni bab masak-memasak tu serahkan aje pada yang pakar - makan luar :)

      Delete
  13. biasanya bebudak sekolah Cina ni dah puas belajar teruk-teruk kat sekolah, so biarlah dia rehat.alahai, kesiannya Bubbly Abang kena bantai pasal game tu.kak Sal faham dik non, sebab pernah mengalaminya juga.sempat aje Mummy buatkan air oren taruk payung kecik ala-ala kat resort ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu akak percayalah budak sekolah Cina, homeworknya maha berat hari-hari. Tapi sejak Abang sekolah Cina ni, takdalah sampai tertidur buat homework. Sapsapsoi aje dah siap! Betul salah, lain cerita sebab Abang tahu Mommy mesti check homework lepas tu suruh betulkan kalau salah. Pandang mudah je si Abang nih!

      Yalah, dia pi tulis komen yang semua orang tak setuju, haruslah kena bantai dengan kata-kata kesat. Tahu ajelah mat saleh, mat putih ni semua...mana reti cakap elok-elok kalau membantai orang online!

      Bukan Mommy yang sempat Dik Sal.... Abangnya yang sempat bersantai makan minum kat depan komputer. Tidakkah lama masanya tu....

      Delete
  14. hahahaha.. adik always tak nak kalah kan? tu la kan.. kalau dok push study je takut tertekan pulak budak2.. kena balance la sebab dorang pun masih kanak2 yg perlu ada masa bermain. Erkk akak pasal bird nest tu elok je la saya pakai dulu.. akak salah baca tu. teruskan pemakaian jangan sorok belakang almari yer... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah takda mengharapkan anak-anak cemerlang, gemilang, terbilang sampai tak jejak tanah :) Asalkan berjaya, berguna pada masyarakat dan taat pada perintah agama itu pun dah cukup menggembirakan. Kalau memang dia nak cemerlang, terbilang, gemilang, kira macam bonuslah :)

      P.S. Oh, akak ingat Suria kata bird nest tu tak berapa berkesan nak putih dalam sehari, itu yang akak garu kepala nak buat apa semua produk yang baru beli tu *_*

      Delete
  15. Guru disekolah hnya membantu... Guru di rumah tu adalah guru sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru di rumah takda kelayakan jadi cikgu macam di sekolah, Maria. Nak juga cikgu yang tunjuk ajar anak-anak kita :)

      Delete
  16. hahahhaha... MD pun ada homework.. terbaik lah adik cute :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik suruh warnakan A4 size yang kosong tu. Tak ke naya banyak 'homework' kena buat :)

      Delete
  17. pergghhh..kemain lagi adik ye..bole geng dgn ayish la kak.
    kak, kita sama je. tang pitching tu mmg serah kt mommy.
    en asben dok sengap gitu je la, kdg2 je naik hantu.
    cabaran kan kak dlm mendidik anak2 zaman skang.
    salute tgk kakak2 semua bole jadi teacher kt anak2.
    saya ni disbbkan dak tomei zayyan masih kecik dan suka mengacau, x sempat kdg2 tu nak ajar kakak dan abg.
    hopefully diorg cepat pickup la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tensionlah, Sue. Ingat nak ajar satu murid je rupanya ada satu lagi yang terlebih keletah. Haru-biru hidup guru tuisyen separa masa!

      Yalah Sue, ada anak anak kecil memang susah sikit. Baby nak minta perhatian lebih. Terpaksalah yang lain mengalah. Harapnya anak-anak yang lain faham keadaan dan pandai menguruskan diri sendiri.

      Delete
  18. biasa mak2 ni jdi 'guru tuisyen' kat rumah...
    dr my sis sampai SIL pun gitu lah org perempuan ni... org laki jarang erk nak pntau homework anak2.. tapi skali memantau habis la byk soalan, for example my bro.. kecut2 perut anak dek kena tanya itu ini.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak-bapak memang main kerah tenaga aje. Susah nak tengok mereka ajar anak-anak di rumah. Pendekata tanggungjawab pada anak-anak tu A-Z mak-mak yang kena pantau. Asal ongkos diberi, bisa diatur semuanya. Hahaha!

      Delete
  19. Sm la. Alya yg br darjah 1 ni pn xde paksaan. Biar ddk kelas mana pun asalkan dia blh terima pelajaran dgn baik. Kalau ada homework buat. Tp biasanya dia siapkan kat sekolah. Kalau ada pun mmg time tu dh nk blk dan dia mmg x smpt sgt2 nk buat. Tp br 3 weeks. Sekolah dia pun dok sbk dgn sukan plk skg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya homework sekarang memang tak banyak manalah, Sal. Dulu dengar kata orang kalau sekolah Cina, homework mak datuk boleh nangis pengsan-pengsan nak buat tapi saya check buku si Abang tetiap malam sejak Tahun 1 dulu takdalah satu subjek tu sampai 10 mukasurat. Biasa-biasa je.... Pejam mata dah siap :) Eh, itu kalau Mommynya yang buatlah *_*

      Delete
  20. Walaupun guna answer sheet, tapi u tetap hebat di mata i. Bahasa mandarin kot. Kalo aku tu mau buntang kejap mata nengok tulisan macam cacing2 tu.

    Yg pasal dia komen pasal game tu, kesiannya la. Harap2 jadi pengajaran la untuk dia next time. Kt internet ni lebih baik diam drpd komen. sbb akhirnya macam tu le akan dpt maki yg mcm2. *Comel sgt adik mimic perbuatan abang buat homework. Homework matematik la mummy. itu pun tak tau ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan dah mengecil sejak naik Tahun 3 ni. Daripada buku kotak besar sekarang dah jadi kotak kecil. Kira saiz tulisan Cina Abang sekarang ni dari XL jadi S terulah. Pitam juga tengok tulisannya....

      Bab Maths, Dunia Sains & Teknologi, BM, BI tu bolehlah I tolong serba-sedikit. Yang I tak faham, I suruh Abang google translate. Lepas tu entenglah Mommy nak tunjuk cara. Tapi bab Mandarin, memang I ngaku kalahlah sebab terang benderang lagi takda basic dalam B. Mandarin kan....

      Komen game tu melampaulah. Habis ayat lucah semua keluar. Sekarang ni dia dah bijak sikit dan takdalah nak tinggal review bagai.

      Delete
  21. kikiki. kira tahap rajin gak la ni! saya skrg dah memalaskan diri. lama pulak tu....

    nak kena gali balik kerajinan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat rajin ni kalau jauh tertanam dalam hati, memang habislah, Ida :) Kena rajin korek balik sifat rajin tu kasi muncul sepanjang masa!

      Delete
  22. Hehehe...lawak lah adik cute ni.

    Kira pandai jugak lah MD even tak tau mandarin tapi boleh ajar anak buat kerja sekolah. Saya ni problem kalo subject bahasa arab. memang google translate lah jawabnya. Kamus pon tak beli² lagi nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...google translatekan ada! Bisa ajelah Fiza tolong anak belajar 'sikit-sikit' :)

      Yang tak tahan tu bila dua-dua nak belajar. Yang Abang of courselah ada kerjarumah tapi yang Adik ni, kalau tak beri perhatian buat 'homework matematik'nya, mulalah merajuk panjang. Nak cari Mommy lain katanya.... Huahahaha!

      Delete
  23. haha..

    mmg agak mguji mjadi cikgu tuisyen anak2 ni MD,
    tp oklah kat sekolah dibereikan msa utk siapkan homeworks..atleast bila kat rmh blh berehat.. & tak terbeban..

    woww..kagum tgk buku latihan tu,smua bahasa mandarin.. huhu..kiranya abg mmg pndai baca tu lah kan?? msti cerdik orgnya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah homework tak banyak mana walaupun di sekolah Cina. Kira okeylah sebenarnya Abang boleh je buat sendiri. Akak ni aje yang tak percaya anak. Tetap juga nak check. Kalau rasa macam salah (walaupun tulisan Cina je semua arahannya) tetap juga nak bincang dengan Abang, kotnya harus diperbetulkan ke apa!

      Sekolah Cina, belajar BM pun ada translation dalam B. Mandarin. Nak gelak pun ada bila tengok!

      Delete
  24. ado2jeler cerita MDni.. memang kelakar membayangkan adik cute nak kan perhatian.. memang gituler nasib ibu kalau jadi cikgu tuisyen... anak akak pun tahun 3 memang banyak main dari mengulangkaji.. tapi anak2 akak bukan suka tengok internet atau main game tapi suka main kat luar rumah ngan kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni kalau merangkap jadi guru tuisyen, anak-anak tak berapa nak takut. Letak rotan kat sebelah pun mereka rileks jerk :) Abang ni kena pantau lebih sekarang ni. Kalau kita leka memang dia pun happy je buang masa terlebih-lebih!

      Delete
  25. wahhh...hebat MD walau guna answer sheet
    saya bahasa arab pun naik pening bila afif tanya...hehe
    adik cute tu jelous gamaknya bila mummy bagi attention kat abang
    tu dia mengadakan benda tak ada, bagi dia, mummy dia sorang aje

    cam aisyahlah, tengah kita ni dok manja dengan papa dia
    boleh dia datang tolak mama dia ni, "p la, ni adik punya!
    cett! potong line aje tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sejak di Tahun 1 saya buat macam ni. Abang ni kejap pi tuition, kejap kang dia nak berhenti. CIkgu tuition yang paling disukainya nun jauh di Selayang sana. Jenis charge guna jam belajar. Jenuhlah juga nak ke sana dua kali seminggu. Kalau cikgu buat hal, disuruhnya datang 3,4 kali seminggu!

      Dah tiga tahun anak di sekolah cina, dah biasa juga bagi saya.... *_*

      Delete

Post a Comment