Mommy memang selalu pun over tau ~_^

Salam Jumaat kawan-kawan!

Aduh, terima kasihlah atas puji-pujian yang tak terhingga tentang kecomelan gambar Kak Ton semalam. I faham, memang ramai yang 'makan hati' bila tengok kecomelan I bergayut. Itu baru satu pose, kalau banyak, alahai... tak tahulah persepsi kawan-kawan macamana! Harus ada yang berguling kat atas lantai dapur sebab dok fikir selama ni dia aje yang awet muda tanpa mengetahui yang Kak Ton ni awet cute-comel-lote gitu. 

Hahaha...

Silalah bertabah dan bersabar dengan perangai gediks Kak Ton ni yerk. Sebab itulah I tak suka paparkan pose istimewa my HD and I dalam blog. Takut ramai pulak yang merana *_*

Dah terlanjur bercerita pasal pose gediks ala ngengada tahap nak minta lemps ni, teringat pulak kat entri kawan kita ni... Dah dua entri berturut-turut dok ajak suaminya posing maut dalam blog. Sajalah tu nak suruh penyakit muntah kaler-kaler Kak Ton mampir semula. Dulu jiran sebelah kena sawan selfie. Sekarang ni pulak, bakal besan buat hal. Ish, takut pulak nanti masa masuk meminang dia over-over selfie mengalahkan orang yang dipinang! Oh, tak rela pulak nak membayangkan situasi tersebut. Buruk bebenor rasanya.... *_*

Pagi ni I lambat bersiaran bukan kerana sibuk semata tapi I teruja dengan 'ejekan' DaddyZiyyad. Doktor-pakar-MC-hari-Isnin ni kata, buat malu jerk I ngaku jadi anak Johor bila Dengkes dan Tepok pun I tak kenal siapa! Makanya I quickly-quickly buka kitab Muta'al Badrain online; siapa lagi kalau bukan pakcik favorite kita semua~ Uncle G to the O to the O to the G to the L to the E!  GOGGLE!!!! Eh, silap! Google lah ~_^

Puaslah I nak baca tentang kisah silam si Dengkes & Tepok ni tapi lain pulak yang jumpa. Tapi, at least, sempat juga baca sejarah Negeri Johor ^_^ I am proud to be Johorean but unfortunately, ilmu sejarah negeri  sendiri memang di tahap beginner gitu. Tapi yang penting I masih bersemangat patriotik cuma tak sokong JDT jer dah memang I tak minat bola nak wat camnakan! Huahaha.... (Pssstt... don't tell others argghhhh... I sokong Bola Kampung jerk ~_^)

And now, lupakan hal-hal itu kerana I baru nak start bercerita.... ~_^

You all tahu kan hari Isnin kalau tak silap ada keluar advertisement Mountain Dew Neon hak full page depan belakang dalam suratkhabar The Star. Makanya, si nenek-bongkok-tiga-yang-cute ni kata korang telah teruja nak rembat benda tu untuk superheroesnya. Bila tengok je, I dah bayangkan tentulah my superheroes suka. Apa ke bendanya? 

Ni hah....




So suratkhabar dalam section ni satu jer. I pun minta tolong my colleague kat section lain untuk rembat benda ni dalam suratkhabar dua orang bosnya. Maka dapatlah sepasang. Balik  rumah malam tu teruslah buat-buat gimik kat anak-anak suruh baca suratkhabar kononnya ^_^

Bila mereka belek dan ternampak 'botol' Mountain Dew tu, mereka sikit pun tak pelik! Siap tanya lagi, Mommy nak suruh buat apa ni... Makanya Mommy yang super teruja teruslah tunjuk camna nak bagi lapliplaplip lampu menyala.

Bila dah menyala, apalagi.... excitedlah superheroes. Macam biasa ucap terima kasih duplohlapankali setiap seorang. Abang yang tengah mengulangkaji untuk exam pun siap suruh tutup lampu sebab nak menghayati cahaya dari botol Mountain Dew tu. Habis tu macamana nak baca buku tu Abang kalau dah gelap gelita disinari lampu neon sesaja? 

Hari kedua tak silap ada belon pulak dengan lampu neonnya di dalam. Sekali lagi minta tolong kat kawan suruh kutip belon dalam suratkhabar bosnya tu. Yalah, anak dua mestilah nak sepasang apa-apa pun nak bagi. 


Balik rumah againlah Mommynya buat surprise. Bila nampak belon, again teruja melampau dua beradik ni. Sorang tukang tiup belon, sorang tukang lambung bagi kena kipas. I dah seriau. Maklumlah, Mommy depa ni takut dengan belon sebenarnya. Kalau belon nak meletup, Mommy mereka dululah yang tutup telinga sambil terjerit terpekik. Itu belum meletup lagi. Akhirnya HD kata kalau dah  tau  takut siapa suruh bawa balik belon?

Oh, again... Mommy yang terlebih teruja katanya ~_^

Hari ini I singgah 7-11 dah ternampak promo air Mountain Dew Neon ni RM1 sebotol. Apalagi, I pun rembat dua. Bukan sebab nak minum, saja nak tunjuk kat depa dua beradik botol yang katanya ala-ala neon tu. Bila masuk kereta I belek-belek, takda apa-apa pun! Ni kalau balik nanti, bukan budak berdua aje yang berebut. Silap haribulan HD pun sama. Bukan berebut botollah tapi berebut 'air sedap' *_*

Mudah aje sebenarnya nak menggembirakan hati anak-anak ni. Benda yang simple macam ni pun buat mereka happy tak terkata. My superheroes memang mewah mulut dengan ucapan terimakasih. Kiranya banggalah juga Mommy mereka ni *_*

Ini memang terkeluar dari tajuk tapi saja-saja je nak bagi lapar perut. Itu pun kalau minat makanan jenis nilah ya...



Ada chawan mushi, grilled salmon, nasi dan miso soup. Lain-lain tu I tak makanlah. I juga order yang ini...

Close up udang kecil ni yerk *_*


Ini namanya ko-ebi karaage (bukan kerengga yo!)

Total semua RM40 tapi bukan I yang bayar, bos belanja untuk Welcome& Farewell Lunch  tempohari *_*

Okey, itu aje nak cerita! Nanti kalau rajin Kak Ton mengarang esei lagi yerk *_*

Selamat berhujung minggu bersama keluarga!












Comments

  1. Selamat berhujung minggu Dear...

    (tak larat nak taip pangjang2, kepala tingtong)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung minggu lepak kat KLCC je, Kakcik :) Tak tahu nak buat apa *_*

      Delete
  2. tu dia kalau mak dah over excited, maka gitulah jadinya...hahahaha. Tak sangka sejak pakai bio essence MD jadi comel berbulu macam tu. Gamaknya saya yang dah jadi bio essence lover ni boleh comel lagu tu dak? Jangan lupa hari ni kita nak pergi memburu hantu lagi... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih bulu pulak lepas pakai Bird Nest ni tau. Yalah dah nama pun bird, haruslah banyak bulu. Hahaha....

      Cubalah pakai dalam satu abad. Pasti jadi comel nanti, Suria. Hahaha!

      Delete
  3. Betul tu. bkn susah nk hepikan hati anak2 kecik kita ni . Hanya perhatian, usaha dan ikhlasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak asal pandai ambil hati mereka, bukan main suka lagi. Yang penting jangan mewahkan selalu. Berpadalah bila melayan anak-anak ni.

      Delete
  4. Over excited sesekali takpalah.. haha..
    salam hujung minggu juga..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy yang ini memang selalu over tak bertempat, Atie :)

      Delete
  5. menarik juga aktiviti melaplip lampu botol mountain dew tu..
    ko-ebi karaage tu udang kecik2 tu ke..emm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan... kalau budak-budak suka apatah lagi orang tua. Eh, silap statement pulak *_*

      Ko-ebi tu maksudnya udang kecil. Karaage tu pulak deep fried. Itulah yang kawan kata ....

      Delete
  6. sbnrnya tak penh rasa air mountain dew tu.. Apa rasanya ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana nak kata ek? Tapi sekali sekala tu suka jugalah sebab ada masam-masam sikit :)

      Delete
  7. laa...saya pun minat mountain dew sejak dulu2 lagi tapi kena betul2 sejuk atau tambah ais ketul. ntahlah rasa dia ada masam2 tu yang kaw..kaw..kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang betul! Kalau ada ais dan betul-betul sejuk, memang kawlah. Lepas tu segala sendi terasa sakit, Anim. Maklumlah usia tak muda lagi. Hahahaha....

      Delete
  8. Mummy pun dah macam abang dan adik juga exited betul dek mountain dew itu.
    Tapi memang ada org buat collection botol=botol kecik tau MD.. cantik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comellah, Kak. Saya ni apa sahaja yang cute, saya suka sangat. Semalam saya ternampak botol Coca-cola kecil aje versi tin. Aduhai, rasa nak rembat satu tapi tengok harga RM7++ rasa macam tak berbaloi pulak. Boleh je ambil, lepas tu kena marah dengan HD. Hahaha!

      Delete
  9. yg jiran tu kita dah tak kisah klu nak selfie..dah biasa Sgt tgok..:)

    maknya Bukan pasal botol mountain dew saja..semuanya benda pun excited.haha miso la kerengga la memang sudah nak menyebut..sy makan benda bodo2 ka..yg macam ni punya hidangan tak tahu menahu.hehe..

    anak anak memang senang nak Gembira kan..pak anak pun senang ja.muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah tak hairan lagikan... maklumlah Ratu Selfie katanya....

      Hahaha! Tau takpa. Tak payah susah-susah nak buat entri untuk memperjelaskan perkara yang dah jelas *_* Takpa PK kalau tau tahu nak menyebut. Nanti-nanti, kalau dah minat dia main google je resepi pastu main campak baling. Pasti menjadi. So, bolehlah juga merasa makanan Jepun di rumah. Istimewa gitu :)

      Hahaha...yang itu pun setuju cuma banyak songeh sikitlah kalau bab pak anak ni *_*

      Delete
  10. Lama tak jengah sini semenjak lama tak berblog... dah besar BA & AC.

    Makchaq ni jarang baca surat khabar, tv pun tak tengok.. jadi memang ketinggalan & x tau apa la benda2 baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sebenarnya kita ni Makchaq. Cuma baru sehari dua ni aje rajin belek suratkhabar. Nak baca online tak berapa syok pulak rasanya itu yang jadi malas terus!

      Ini pun kawan-kawan pejabat punya kerja. Kalau tak kerana mereka, confirm saya pun tak tahu!

      Delete
  11. happy weekend dari kaknoor dear mummy..
    rajin nya buat cerpen ni, kalau kaknoor mmg tak reti nak mengarang segala BM terok dulu2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KakNoor!

      Saya bab menulis cerpen ni memanglah rajin. Tulis novel pun boleh juga. Cuma takut takda orang yang nak baca. Hehehe!

      Delete
  12. La..baru saya tahu pasal botol mountain dew ni.. mujur baca blog MD ni.. nak kata beli surat khabar, setahun sekali pun payah.. kalau nak baca akhbar online pun disebabkan isu2 tertentu je.. mana nak tahu hal semasa.. hai..

    Ai..sempat dia sebut hal jiran2 di pagi jumaat yang barkah ya.. haha.. mmg jiran yg penyayang betul..

    MD pernah pergi masjid fi sabilillah di cyberjaya tak? Nati mami datang bawa mami ke sana ya.. lawa masjid baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suratkhabar semua free punya, AN. Nak beli kedekut. Hahaha... Tapikan kalau ada benda free macam ni dalam suratkhabar, ketetel juga saya mencari suratkhabar. Kalau takda free newspaper, beli pun sanggup! Terus hilang penyakit kedekut tu ~_^

      Huhuhu....bergosip memang tak mengenal hari. Paling best sekali pagi Jumaat! Memang nak cari dosa lite-lite :)

      Tak pernah sampai lagi, AN. Thanks for telling. Nanti kalau Mami datang, memang kita melawat masjid je nanti :)

      Delete
  13. mmg mudah sebenarnya nak gembirakan dan puaskan hati budak ni . cuma kekadang org dewasa selfish sikit . jadikan rm dan masa tu sbg alasan supaya anak faham . utg MD ada anak yg sentiasa ucap terima kasih . jarang jumpa budak yg rajin appreciate mcm tu ... menu tu bajet org diet tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kecil tu ikut abangnya. Kalau abang mula amalkan, dia pun ikut aje. Sebenarnya dia cemburu. Sebab itulah bila abang ucap terimakasih, dia nak kita dengar dia ucap terimakasih juga :)

      Mana ada dietnya, Vee. Itu lepas makan terus tak dengar apa mereka borak, terus mengantuk tahap tak boleh tahan lagi dah!

      Delete
  14. owhh botol ni yg duk my nephew ckp ari tuh. excited dia umah tunjuk kat nenek & kitorang semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tengok tu betapa akak ni ala-ala sejiwa dengan nephew Lyn hah! Itulah dia limited edition Mountain Dew Neon katanya. Tapi akak tengok dalam gelap takda pun glowing. Kena tipu jerk lebih supaya teruja membeli :)

      Delete
  15. Hahahahah. ehhh apesal Nani baru tahu apsal botol ni. Aiyooo :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlambat. RM1 sebotol pun dah habis offer. Yang dalam suratkhabar tu pun dah takda lagi promo yerk :)

      Delete
  16. Memang masa tu tengah promosi satu page dia punya iklan..
    Murah pulak RM1..
    Rugi pulak tak beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...benda free, benda murah ni bolehlah roger saya yerk! Saya beli dua botol jerk sebab untuk anak-anak merasa. Botolnya sampai la ni saya simpan, buat koleksi. Saya suka simpan harta karun kat rumah :)

      Delete
  17. Kak Koala....mak tak baca paperlah....apa lagi Star.....mak baca Harakah Daily jer haha..... Sebenarnya mmg jarang beli paper kecuali Hari Ahad, tu pun BH ngan Mingguan. Tu pun sebab nak skodeng anak sedara Kak Koala yg mana satu! Sampai sekarang weyh mencari!

    Yelah budak budak mmg sukalah benda gini.....masuk subjek sains sikit....Gitulah namanya mak, nak sentiasa menggembirakan anak anak katanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..yalah tu, Mak! Harakah Daily kononnya. Kalau mendobi pun dah makan masa sehari, mana nak sempat baca suratkhabar. Ada masa terluang dah tentu berdengkur atas sofa. Lagi best :)

      Bukan budak-budak je, Mak... Mak budak pun suka juga *_*

      Delete

Post a Comment