Siapa yang lebih protective? (Part 1)

Salam 21 Zulkaedah kawan-kawan!

Apa khabar hari ni?

I sibuk sikit bergosip dengan bos pasal hal kerja ^_^

Ahah, semalam anak bujang @ Bubbly Abang bercerita. Sebelum bercerita pun, I dah tahu apa kesudahan ceritanya. Seperti yang dijangka, dia dapat last masa lari 100m. Kawan baiknya kata tak apalah tak dapat masuk bertanding. Untuk lompat tinggi pulak, dia tak dengar pun nasihat Mommynya ~_^ 

Dia pi juga cuba lompat dan berjaya tapi palangnya jatuh ^_^ Gagallah senang cerita. Palangnya sampai hampir pinggang kata si abang. Never mindlah nak oi, dah berusaha tapi gagal nak buat macamana. Next sukan, usaha-usahakan badan sado tu. Kalau tidak, request aje kat cikgu suruh adakan acara lontar peluru dan sumo. Mommy akan menyokongmu anakandaku! Hahaha!

Berbalik kepada tajuk hari ni, bila baca komen kawan kita KB ni tetiba teringat pulak nak membebel pasal hal ini. Dan yang pastinya, entri hari ni panjang ya! Dari flash back zaman silam nak balik ke zaman my anak-anak, haruslah panjang kisahnya ^_^ Silalah minum 3 liter plain water secukupnya dan  sediakan makanan yang mengenyangkan ketika membaca my entry ni ~_^

Ni I nak tanya, sejauh mana agaknya you all ni bersifat protective bila membabitkan keluarga terutama anak-anak? 

I bet sebagai mak-mak, kita memang amat menyayangi keluarga dan mostly akan bersifat melindungi. And I bet juga, dalam hal ni memang I lah yang menang most of the time ~_^ Nak tahu kenapa? 

Mehlah kita bercerita panjang lebar ...

Flash back dululah babes...

I ni masa kecil-kecil dulu memanglah sangat 'dilindungi' oleh my bapak. Padahal masa tu manalah ada mara-bahaya macam zaman sekarang ni. Pengaruh media sosial pun takda, pengaruh kawan-kawan pun takdalah bahaya sangat. Jaranglah dengar kisah kidnap, kisah kena dera, dan pelbagai kisah yang menakutkan membabitkan anak-anak zaman alaf baru ni.

Zaman kita dulu-dulu, bersepah aje anak-anak bawah umur belajar berdikari sejak kecil. Jalan kaki seorang diri pergi sekolah yang berbatu-batu (masa tu tak guna km lagi...hahaha!), jiran-jiran semua boleh diharapkan untuk tolong 'tengok-tengokkan'; kalau anak balik sekolah tinggal sendirian di rumah pun bukanlah perkara yang harus kita takutkan. Takda apa yang berlaku. InsyaAllah selamat!

Walaupun begitu, my bapak seorang yang sangat protective. Masa I membesar, I rasa macam I seorang aje dalam keluarga yang kena 'penjara' tapi waktu tu manalah kita pandai memberontak macam anak zaman sekarang. Walaupun rasa macam tak adil,  tetap juga akur. Takutlah dengan makbapak. Sekali mereka 'mengamuk', mahu terkencing dalam seluar. Ada hati nak melawan makpak? Memang tidaklah...

Dulu masa belum sekolah, I ingat lagi. My bapak kerja separuh hari. By noon selalunya dah sampai rumah. Bila agak-agak bapak nak balik, anak-anak perempuan ada tugasan (kecuali I ler...). Anak-anak lelaki yang tiga tu memang beruntung habislah, takda tugasan pun!  

Ada yang kena siapkan kain pelikat dan tuala mandi bapak, ampaikan di kerusi makan favoritenya. Ada yang kena sediakan air minuman bapak. Emak pulak memang sibuklah menyediakan hidangan atas meja. Nanti bila bapak selesai mandi dan solat Zohor, terus ke meja makan dan kami makan beramai-ramai. I punya kerja biasanya mengejar suratkhabar yang bapak bawa balik ~_^ Maklumlah anak manja! Eh, I umur 5 tahun dah fasih baca suratkhabar okey!

Bila dengar motor vespa bapak vroom-vroom aje masuk perkarangan rumah, masing-masing berlari nak sambut bapak pulang. Nak salam cium tangan bapak. I pulak nak merebutkan suratkhabar supaya my sister yang atas I tu tak dapat dulu (hahaha!)

Dan satu lagi, bila bapak balik, anak-anak kena siap mandi dan wangi aje baunya. Bedak mesti penuh putih melepek kat muka supaya bau wangi. Dulu-dulu pakai bedak Cuticura aje ^_^ Bila dah ada anak sendiri, I tahulah kenapa kami kena berwangi-wangi menyambut bapak pulang dari kerja. Yalah, bila penat balik kerja dan dapat cium bau wangi anak-anak, tentu hilang segala stress dan hati berbunga bahagia. Now I know mengapa dan kenapa...

Sejak I mula bersekolah sampailah habis sekolah menengah, tak pernah sekali I dibenarkan ke sekolah atau aktiviti sekolah sendiri. My bapak akan hantar dan ambil. Kadang-kala bila bapak penat, mulalah beliau 'angin' sebab tak berhenti-henti mengejarkan anak-anak. Pun begitu, tetap juga tak dibiarkan kami pergi sendiri. 

Nak ke mana-mana pun mesti bapak yang hantar. Tak boleh naik bas sendiri dan pergi sendiri. Pendekata, memang semua pun dalam kawalan bapak. Sebab itulah I 'tersesat' naik bas awam ketika pertama kali. Inilah puncanya, dek tak tahu tentang dunia luar! Sekali terlepas, terpinga-pinga sendirian. Padanlah muka!

In my case, sampai I berada di universiti ya panggilan masuk ke rumah haruslah ditapis oleh my bapak. Asal ada aje yang nak bercakap dengan I, kena 'interrogate' dek my bapak. Tak kiralah perempuan ke, lelaki lagilah! Tak pasal-pasal my kawan-kawan 'ngeri' jadinya; kata mereka my bapak macam pegawai polis, habis semua nak tahu - dah berapa lama kenal, macamana kenal, telefon nak apa and blahblahblah. Sanggupkah you all kalau jadi my 'biasa-biasa' friend that time?

Bila I habis belajar sekolah menengah, I minta nak ambil lesen memandu. Senang aje jawapan my bapak...

Cari tenaga pengajar yang perempuan!

Zaman tu susah oi nak cari tenaga pengajar perempuan. Matilah nak, tak dapatlah nak ambil lesen. I punyalah rasa nak memberontak tapi takut alahai kalau kena 'sergah' dek my bapak. Buatnya bapak halau dari rumah, manalahkan kubawa pergi diri yang penuh lara nanti? Hahahah!

Jadi dapatlah belajar naik bas ekpres bila dah masuk universiti. Itu pun kalau sungguh-sungguh bapak tak mampu ambil di Kuala Lumpur. Kalau nak balik BP, bapak belikan tiket. Siap pesan kat my eldest brother, hantar pergi Puduraya, tunggu sampai adiknya naik bas dan bas dah berlepas baru boleh balik! Dan, paling penting sekali please make sure siapa duduk sebelah adiknya ni. Kalau lelaki, tukarkan dengan penumpang perempuan!

Bila nak balik ke KL pun sama juga. Bapak hantar sampai stesen bas. Siap masuk dalam bas meninjau. Kalau duduk sebelah penumpang lelaki, sopan-sopan bapak minta nak tukar tempat duduk supaya I duduk sebelah perempuan! Kalau penumpang sebelah tu level makcik-makcik, lagi bagus! Lagi selamat menurut kata hati bapak!

Oh, sengsara weyh! Tapi tak pernah sekali pun I protes terang-terangan sampai jadi anak derhaka. Walaupun bapak very protective, I rasa secure sangat bila bapak ambil berat sampai macam tu sekali. Bertambah sayang dan respek I pada my father! Tiada yang terbaik dalam dunia ni kecuali MY FATHERlah!

Teringat masa first time I naik bas di Kuala Lumpur ni. I siap telefon my youngest brother dok tanya soalan ala-ala 'sengal' ni...

Man! Kalau orang tunggu bas kat bus stop ni, bila nampak bas sampai, nak tahan ke atau bas tu akan berhenti kat bus stop ambil penumpang?  

Nak turun nanti kena tekan loceng ek? Tekan masa dah sampai kat tempat kita nak turun tu ke atau sebelum tu?

Sila jangan kecam dan gelakkan ahkak tau ~_^ 

Kan ahkak dah kata, ahkak ni perempuan Melayu terakhir ^_^ 

Masa I mula-mula kerja pun, masih lagi dalam kawalan ketat bapak. My bapak tahu pukul berapa I habis kerja. Agak-agak sejam selepas tu, bapak akan telefon Ngah tanya sama ada I dah sampai rumah ke belum. Kalaulah masa tu I takda di rumah,(dalam kena kawal tu, pandai juga cari jalan nak pergi dating/shopping/jenjalan seorang diri kat KL ni ~_^) memang gabrah habis Ngah. Pucat lesi kalau telefon rumah berbunyi, tak tahu macamana nak jawab soalan bapak. Nak tipu takut, tak tipu teruk pulak nanti kena marah sebab tak jaga adik sendiri! Adakalanya my sister cabut wayar telefon rumah dan berdiri menggigil tepi bus stop tunggu I balik kerja. Punyalah takutnyakan... 

And I... rileks aje buat muka tembok ~_^ Nanti bila bapak telefon, I jawablah dah sampai rumah dah. Dah makan, dah semuanyalah. Tapikan memang pun tabiat I that time, memang hari-hari call bapak cerita itu, ini yang berlaku dalam sehari. Kasihanlah my sister kena tanggung rasa bersalah setiap kali I buat hal ^_^


Cuba bayangkan kalau anak-anak zaman sekarang ni diperlakukan begini, mahu protes dengan makpak sendiri. Tak sanggup rasanya menanggung malu diejek kawan-kawan ~_^ I masa tu okey aje, sebab memang my dunia melibatkan my bapak juga. I love my bapak so, so much I tell you ~_^

Jadinya, bila zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa I begini, adakah ini puncanya I bersifat terlalu protective terhadap my own sons? Patutkah I salahkan my bapak atas ciri-ciri yang diperturunkan pada I ni? Of course jawapannya tidak. Selain daripada ciri-ciri overprotective ni, my bapak banyak berkorban demi kebahagiaan anak-anak  terutamanya me ^_^ I respect him till now and I still merasakan tiada bapak sebaik my bapak ~_^ 

Oh, panjang pulak jadinya flash back! Macamana nak balik ke zaman sekarang ni?

Kita sambung Part 2 lah ya nanti  ~_^  

  

 






 


Comments

  1. Walaupun part rebut surat khabar dah pernah mak dengar, tapi demi menjaga hati jiran mak layankan jugaklah hihihi.....
    Mak rasa mungkin sebab tu jugaklah Kak Ton jadi over protective sekarang ni. Normallah tu....kita mesti belajar daripapa yg kita tengok dan rasa dulu dulu.....

    Tulah tu, walaupun protective bapak Kak Ton tu nampak mcm mengongkong, tp sebenarnya dia sayang sangat tu. Yelah anak pompuan paling kecik, dahlah bijak mau tak sayang.

    Bila Kak Ton cite pasal dah pandai baca paper tu, teringat pulak cerita masa mak kecik dulu. Kecohlah jugak ada sedara tu pandai baca paper masa umur umur mcm Kak Ton tulah.... Zaman tu kalau budak kecik dah pandai baca paper umur 5 tahun mmg dah brilliant sangat dah tu tau...
    Nyampahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila baca balik komen mak tu....tak sangka pulak bahasa mak tonggang langgang ek.....nasiblah Kak Ton buat buat paham hihi...
      Tp betullah Kak Ton....bab nak tekan loceng tu mak dulu pun seram weyh....seram sejuk dibuatnya....bila dah banyak kali naik bas barulah tau

      Delete
    2. Mak, dek kerana ada dua part kisah ni, makanya Kak Ton kenallah explain dengan panjang lebar mengapa dan kenapa Kak Ton jadi begini. So, kisah suratkhabar tu mestilah disentuh. Kalau tak, novel tak panjang pulak ~_^ Mak hadam ajelah cerita walaupun dan 4,5 kali masuk blog ya!

      Masa tu tak rasa protectivelah Mak tapi bila dan pandai bercinta monyet, terasa juga siksanya tapi tetap juga nak bercinta monyet! Bapak Kak Ton memanglah over bab-bab menjaga anak ni tau. Tapi, kalau bapak tahu kita melanggar perintah, memang kena tazkirah bersambung-sambung harilah Mak oi!

      Delete
    3. Mak, bab loceng tu Kak Ton gabrah sebab tak tahu bila mana nak tekan. Maklumlah Kak Ton tak pernah naik bas. Tapi bila sekali dah belajar, hebat juga Kak Ton ni tau! Hahaha!

      Delete
  2. Dari cerita MD ni ,hubby akak ada sikit ciri2 seperti bapak MD terutama pada anak2 perempuan.Nak jumpa kawan pun dihantarkan sendiri apatah lagi nak jalan2 kat shoping mall ...Tapi dia org dh belajar kat u tak lah dpt nk halang lgi ...cuma pesan berbakul2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke Kak? Baguslah kalau suami akak bersikap begitu tapi tak tahulah pendapat anak-anak zaman moden nikan. Nanti kalau terlalu dikongkong katanya tak up to date pulak berbanding dengan kawan-kawan lain. Zaman dulu-dulu, manalah ada media sosial dan internet nak belajar banyak benda! Semua mesti berdasarkan pengalaman. Sebab itulah saya ni walaupun usia tak muda lagi, pengalaman hidup masih kurang!

      Saya rasa bapak saya pun rasa susah hati bila saya masuk universiti sebab tak mampu nak pantau 24-7. Sebab itulah bapak tak benarkan saya sambung belajar di luar negara!

      Delete
  3. saya pulak dari kecik memang dah biasa berdikari. mak bapak kerja sampai petang,. Transport awam tu dari sekolah rendah pun dah reti naik sendiri dengan kawan kawan. Bila nak sampai simpang nak masuk kampung.. stanby 100 meter tu picit loceng tinggi. kena panjat atas kerusi katanya. Dulu masa kecik even budak kampung saya & the geng ni memang dari kecik.. dapat je duit raya macam rombongan pergi pekan membeli belah. Pekan kulim & pekan padang serai je masa tu paling dekat. Zaman tu tak dengar sangat la kes culik bagai so mak bapak rilex je lepaskan anak2 berdikari pergi pekan sendiri... Tapi ada anak sendiri walau still kecik rasanya tak berani nak lepas bebas macam tu. Bukan zaman anak anak boleh bergerak bebas tanpa pengawasan ibu bapa @ penjaga dah.. jenayah dah tak kira tempat sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kecil-kecil dah pandai berdikari. Bila dah besar, banyak juga pengalaman masa lalu yang boleh membantu meghadapi situasi tertentu. Macam akak ni, memang kuranglah pengalaman macam ni. Tapi dek kerana masa belajar di universiti dan lepas bekerja ada sinar-sinar freedom tu, pandailah juga sekurang-kurangnya!

      Meriah ya suasana. Lepas dapat duit raya boleh pulak shopping dengan geng pergi pekan. Akak ni memang tak pernahlah Suria. Duit raya pun akak tak nampak ke mana perginya sebab bapak tak pernah beri ke tangan sendiri!

      Betul tu. Zaman sekarang bukan masanya untuk kita praktik apa yang kita pernah lalui dulu. Bahaya di mana-mana!

      Delete
  4. oooo ingat panjang lagi tadi... ok der sambungannnyer... bapak kitapun protective gak berbanding ngan kawan sekampung yang lain... tapi MDni memang dasatler yer boleh buat drama bersirini... sebab lain dari yang lain... memamg budak sekarangni mau lari dari rumah yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak menyambungnya hari ni, Cho. Sibuk pulak pagi tadi. Jap-jap lagilah saya mengarang ya ^_^

      Ni bukan sekadar bersiri 1,2,3 aje Cho. Kalau lagi detail ni saya boleh buat 100 episod. Hahaha!

      Saya rasa pun macam tu. Kalaulah budak sekarang ni dikongkong macam saya, mahu ada yang lari dari rumah. Tak pun dihubunginya teledera kata kena abuse padahal makpak sayangkan dia!

      Delete
  5. Kakak/abg masih lakukan lagi pada anak-anak kami sebab anak-anak kakak perempuan. Sebab itu walau jauh setiap hari mesti call. Tak kisahlah tak dpt tengok. Kalau di rumah nak keluar kakak hantar. Siap apa yg mereka buat kakak atau abg jemput. Sekarang lagi takut MD apa lagi anak perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kak. Kadang-kadang rasa bersyukur dapat anak lelaki ni. Bukan kata senang nak jaga tapi risau tu kurang sikitlah berbanding dengan anak perempuan. Tapi jaga tetap kena jaga elok-elok juga dah namanya anak-anak kitakan!

      Delete
  6. bapak MD dengan bapak saya jauh bezanya. kami adik-beradik diasuh supaya berdikari dan tahan lasak. semua kena buat sendiri. namun bukanlah, segalanya diserahkan bulat-bulat pada anak2. yg mana bapak patut buat, dia akan buat.

    Tapi kebanyakkannya, macam saya katalah, buat sendiri. cthnya, pergi sekolah dihantar tp balik jalan kaki. umur sepuluh tahun sudah naik basikal sendiri ke sekolah!

    Bapak sayangkan anak2nya tapi takde manja-manjas. kecik besar semua sama. Kalau bebel dua minggu tak habis. celik mata keesokkannya, akan sambung kuliah subuh pulak!

    Bab keluar rumah dan telefon masuk ada lah sikit2 mcm bapak MD, kena tapis dgn siapa dan ke mana. Tapi kami anak2nya tahu jaga diri, sebelum masuk maghrib dah ada di rumah. kalau tak, kuliah maghrib pulak menjelma.

    eh, dah macam entry saya pulak ek? sorilah terpanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun asal kampung, bukan budak bandar awalnya. Tapi bapak saya memang jenis over protectivelah, KB. Kawalan 'keselamatan'nya tu memang boleh buat budak zaman sekarang menangislah kalau makpak zaman moden ni praktikkan!

      Tapi ada baik. Walaupun saya berusaha cari jalan untuk merasa bebas, saya pandai jaga diri. Takdanya mudah terpedaya dan terpengaruh dengan orang lain mengenangkan kegarangan bapak tu.

      Samalah bapak kita pun macam tu tau. Kalau marah, boleh tidur siang kejap, bangun sambung lagi. Lepas Maghrib sambung lagi. Esok bangun tidur kalau belum redha, siap ada sambungan lagi.

      Itulah sebabnya saya ni pandai membebel buat entri bersiri-siri kot ~_^

      Delete
  7. sweet bace kisah akak ngan bapak akak...kak, dunie skrang tak dijangka lah...lieya ni tak percaya dah nak lepas budak2 mcm kite dulu...lagi2 kes culik la cabul laa berleluasa depan mate...semlm dok tgk vidoe yg viral kat fb tu lagi laa takut....

    tapi kan tang rebut sotkabar tu same la kak hahaahahaha.... tapi lieya berebut dgn adik lelaki lieya...die sebok nak bace tang kartun dlm tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni tak boleh dah nak amalkan cara makpak kita menjaga dan mendidik kita. Boleh pitam dibuatnya. Pengaruh dan bahaya ada di mana-mana. Kenalah extra careful menjaga anak-anak. Pun begitu, akak masih lagi rasa yang akak ni seorang yang sangat protective tak bertempatlah, Lieya!

      Hahaha! Ada juga geng rupanya! Geng rebut suratkhabar. Siblings rivalry gitu ^_^

      Delete
  8. okay habis da minum plain water 700 ml.!

    Hihihi... bapak akk pnya perangai sama lah dengan ayh aina. Masa belajar dari penang nak balik KL, mesti ayah request single seat dekt kaunter... sy da la anak perempuan sorg kak. Lagi la risauu.. Masa sy kena tinggal bas dkt RnR Bukit Gantang, saya menangis call ayah. Dah la ayh saya tengah meeting. Dia tinggal kan meeting n suruh staff bersurai.. Dr Pulau tu sanggup nak pick up sy dkt Bukit Gantang.. Tapi nasib baik sy terserempak dgn peronda Plus dkt rnr tu.. dia hntr n kejar bas sy yg da sampai dkt Simpang Pulai. Ayah sy punya marah dekat kaunter bas tu.. sampai dia cakap.. " klu jd apa apa dkt anak sy, sy saman company bas ni" huhuhuhhu ni mak sy la cte.

    Kita da la student pastu umo muda lagi la masa tu.. bru 21 kot. Mau tak takut kena tgl bas dkt RnR. Kuajaq betoi. Ni pengalaman buruk dengan bas ekspress mmg trauma bak angggg.. kahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit sangat tu Aina 700 ml. Tak kering ke tekak masa membaca kisah akak ni? Hahaha!

      Kalaulah perkara yang sama terjadi pada akak, dah tentu bapak akak keluar parang. Bukan driver bas aje yang kena marah, penumpang-penumpang dalam tu pun sama je kena marah sebab tak alert katanya! Lepas tu dengan akak sekali kena tazkirah pagi, tengahari, petang, siang, malam bersambung subuh esoknya ^_^

      Delete
  9. In my case, mama Auni adalah yang sangat overprotective. Tapi kat adik no.2 takde plak maybe sebab lelaki kot. Plus auni sakit kronik so dia punya sikap protective tu jadi over plak. Malu nak ngaku ni, auni pernah lari rumah jugak sebab tak tahan. Mintak izin pun tak bagi. Hahhahaa ! Tapi pengalaman kan? Bila dah besar ni baru faham kenapa. Ni dah kahwin pun kekadang mama masih dengan sikap protective dia tu.. Walaupun begitu, auni tetap sayangkan dia. Kalau dia buat don't know, kita pulak rasa dia tak sayang. So lebih indah rasanya bila hidup under control of my mama... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah tak salah kalau mama Auni tu protective, Dik. Lagi-lagi anak sakit. Dia sayang sangat pada anak-anaknya, itu yang jadikan dia begitu. Samalah macam akak ni. Sebab sayang punya pasal, entah apa-apa yang akak risaukan!

      Kalau dapat makpak yang tak pedulikan kita, hancur jugakan rasa hati. Terasa macam tak dipedulikan langsung. Itu pun boleh buat kita naik marah juga!

      Apa-apa pun pengalaman yang banyak mengajar kita tentang hidup. Apa yang kita lalui bersama ibubapa kita, InsyaAllah akan kita lalui kembali dengan anak-anak kita. Cuma momennya aje yang berbeza.

      Delete
  10. Ciri-ciri bapak MD tu samalah dengan Abah CH..
    Walaupun garang tapi penyayang..
    Abah CH ni boleh masuk dengan CH jer...
    Tu lah kawan berbincang CH termasuk juga gaduh sambil nangis hahahhaha..

    Siapa tak sayang bapak kan..
    Bapak memang pelindung yg terbaik dalam dunia kan..
    Itu lah abah CH..
    Walaupun anak orang lain yg salah tapi abah siap pesan dengan bapak orang tu jangan dimarahkan anak tu..
    Yang kita yg tak bersalah ni pun kena tegur juga hahhaha..

    Dah betulah tu keturunan MD..
    Sifat over protective tu..
    Bila cerita bab duduk dalam bas tu..
    teringatlah pula CH..
    Mula2 kita dah duduk seorang2 kat bas tu..
    Tiba2 naik lak lelaki dan duduk sebelah kita..
    Tak pasal kena bangun cari duduk sebelah perempuan hahaha.. takutkan..

    Soalan ko MD memang nampak ketelusan hahhaha..
    Kalau tak tahan macam mana nak berhenti bas tu MD ooiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni sayang emak sebab emak saya tak banyak marah ^_^ Pun begitu saya sayang sangat pada bapak saya ni. Lelaki terbaiklah pada pandangan saya seorang anak! Bapak saya memang cukup bertanggungjawab hal ehwal anak-anak dan rumahtangga.

      CH tau tak, adik beradik perempuan sayakan ramai. Setiap bulan bapak sayalah yang pergi kedai runcit cina di kampung tu beli berkotak-kotak 'Sanita'!

      Hahaha! Ampunkanlah perempuan Melayu terakhir tu CH ~_^

      Delete
  11. My arwah bonda Dan abah memang tak kongkong kami . cuma kami akan minta izin bila nak ke mana-mana . masa tu lah baru Ada soal jawab . boleh pergi ke idak . saya lepas spam memang x dok bawah ketiak mak bapak wpun anak bungsu . langkah memang panjang Tapi stay dgn kakak LA sampai LA ni ... Heh heh heh ... My kakak OK jer klu my anak buah nak join aktiviti luar SBB cikgu2 mereka my kakak kenal. Lagi pun Ada WhatsApp utk setiap aktiviti . Tapi klu nak keluar dgn kwn , mmg my kakak tak benarkan . jadinya ,my anak buah ni dah biasa shopping dgn mamanya . pendek kata , pergi my kakak hantar Dan balik di ambil . klu my kakak busy , abahnya akan ambil alih... Zmn Semarang ni memang kena byk curiga lah MD . lagilah bila anak2 tu perempuan . siapa kwn dia pun mak kena siasat . paling tidak mesti nak tgk muka , tau nama Dan tinggal di mana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masa kecil-kecil, zaman remaja dan anak dara memang teruklah Vee kena kawal. Tapi itu pun pandai juga cari lubang jalan nak freedom kononnya. But then saya takdalah jahat mana pun. Saya rasa sebagai anak memang saya tak jahatlah. Tak pernah rasanya saya melawan kata atau melukakan hati mereka dengan perbuatan yang bukan-bukan.

      Zaman sekarang kalau ada anak perempuan memang cuaklah. Macam-macam kemungkinan yang boleh berlaku. Kalaulah saya ditakdirkan ada anak perempuan, tak tahulah saya apa jadi Vee. Pengsan anak perempuan saya kena kawal ketat; itu tak boleh, ini tak boleh!

      Delete
  12. bagus apa yang ayah MD buat tu sebenarnyakan... samalah macam arwah ayah saya dari tadika dia dah hantar kami ke sekolah cuma ke sekolah menengah sahaja naik bas dan bas tu mmg khas utk pergi sekolah la, nak ke laur bandar pun memang jaranglah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah baguskan sebab bapak ambil berat tentang anak-anaknya. Kalau buat tak peduli aje, lagilah parah jiwa kita sebagai anak!

      Saya dulu kalau bapak memang betul-betul tak sempat, tumpang jugalah naik bas sekolah yang lalu depan rumah tapi yang bestnya dengan mak saya pun tumpang sama!

      Aduhai, malunya kat 'lelaki-lelaki' yang duduk phewit di belakang bas sekolah tu. Hahahah!

      Delete
  13. rasanya cara bapak MD buat utk protect MD dulu2 mmg sgt2 wajar pd zaman skarang.. mmg x diakui..zmn skarang, klo remaja n still kna mcm zmn kt dulu dia org mmberontak..salah satu punda..internet tanpabatasan.. ye.. dedahan tu semua pom dpt membentuk sifat bdk2 skarang...

    zmn kt dulu.. tau nak main..main..main aje.. jd..kt enjoy dgn life & setiap peraturan y makpak buat, walaupom protes dlm hati ..tp kt still blh ikut...
    tp bila difikirkan... terima kasih sgt mak bapak kt sebab membentuk kt dgn cara begitu... at least..kt tahu...baik buruknya & kebaikannya kt tau bila dh ada ank ni.. lya pom pnh kdg2 duk fikir.. ermmm..pttlah mama dulu buat gtu sokmo ke aku..rupanya... (haa..bila dh ada anak..bru reti fikir).. sape tak syg anak oii...

    **waaa..gud job utk abammm.. hehe.. oklah tu MD, at least dia berani msk..biar kalah pom..kalah bermaruah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan bapak tu betullah, untuk keselamatan anak-anak tapi kalau budak zaman sekarang ni yang kena, rasanya memang memberontaklah jawabnya. Maklumlah macam-macam pengaruh yang senang aje mereka perolehi sekarang ni terutamanya dari internetkan!

      Zaman kita dulu-dulu rasanya lebih suci murni lagi sifatnya ^_^

      Delete
  14. Sweetnya kisah MD ngan bapak. Macam saya dulu parents pon agak protective jugak. TAk boleh keluar sesuka hati. Habis skolah terus balik. Dulu naik bas skolah. Masuk skolah menengah naik kenderaan awam. Berbakul2 pesanan sebelum gi skolah.

    Skang kita pon protective jugak kat anak2. Lagi over kot. Sebab jaman skang ni macam2 hal lah. Nak bagi anak main kat bawah pon fikir banyak kali. Tak bagi kang kesian plak dok terperap kat umah.

    ReplyDelete

Post a Comment