Penghujung tahun...

Salam kawan-kawan!

Lamanya tak bersiaran di blog sendiri! Rindu memanglah rindu tapi tak tahulah kenapa semangat mengemaskini entri tu tak muncul-muncul...

Apa khabar kawan-kawan semua? Masih lagi setia di sini tak? Hehehe....

Sebenarnya banyak aje cerita nak dikongsi bersama tapi seperti yang kerap menjadi alasan, bila malas menimpa memang tak mampu buat apa-apa pun! Contohnya, kisah Ekspo Negaraku 2017. Dah tinggal sejarah pun hari ni. Masih tak mampu nak bercerita bak penglipur-lara macam selalu. Tengoklah kalau terajin nak buat throwback dan membuang masa sekalian pembaca budiman 😊

Hari ni pun entah mengapa tetiba rasa nak juga berceloteh dalam blog walaupun tak tahu nak bermula dengan kisah yang mana!

Sikap malas tu memanglah tak elok dan tak menguntungkan hidup pun, tapi nak buat macamana.... Sikap yang negatif macam ni memang cepat berakar-umbi dalam diri. Kalau dipupuk dan dibajai selalu, nah! Habislah!

Harap-harapnya tahun baru nanti adalah sikap-sikap positif yang dapat diterap dalam diri. Hahaha!

Oh, ya! Cuti sekolah pun tinggal bersisa lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. I masih belum buat persiapan untuk anak-anak. Nantilah minggu terakhir bulan Disember nanti kita balun kaw-kaw buat persiapan. My anak bujang tersado masuk Tahun 6 ya next year. Asal kita tanya nak ganti beg, nak beli pakaian baru, kasut sekolah baru, jawapannya sentiasa tak payah membazir. Tapi I tengok beg sekolah pun dah teruk fizikalnya. Kasut sekolah memang dah selamat I letak di tepi tong sampah. Rasa-rasanya tahun ni takdalah berlaku pembaziran yang amat untuk si anak bujang tersado ni sebab tinggal setahun aje lagi di sekolah rendah. Tahun 2019 dah masuk ke sekolah menengah! Yahoo!

Eh, kita gostan dulu kegembiraan tu sebab nak kena melepaskan diri dulu demi peperiksaan besar yang pertama tahun depan 😊

Yang menjadi 'tanda-tanya' ni adalah si Adik Cute...

My anak bujang tercomel a.k.a. terlajak comel mengikut katanya, nak masuk Tahun 1 ya lagi dua minggu ni. Perasaan I dah macam air pasang dah ni memikirkan tentangnya. Kejap pasang, kejap surut tapi yang selalunya memang air pasang sesaja! Mana tidak, si Adik Cute ni memang memanjang unpreparedlah senang cerita. Apalah nasib anak bujang tercomel I ni tahun depan! Nasib baik masa terima surat baru-baru ni katanya tak perlu sit for ujian penentuan kelas walaupun bak kata Mommynya dalam entri-entri terdahulu, kertas hafalan untuk ujian penentuan kelas tu sejak 2016 I dah dapat tau! Lega tau bila I tengok dalam surat dari sekolah dah ada siap-siap kelas yang akan 'dijajahnya'! I bet my anak will be antara one of those Year One students yang akan menghuru-harakan hati cikgu kelas 😊

Takpalah, Adik! Kalau tak boleh, kita tukar ke SK bila Abang tamat Tahun 6 ya! Kita cubalah kaw-kaw setahun dulu. Kalau Mandarin tak lepas, Adik pilihlah apa bahasa asing Adik nak belajar. Janji extra satu bahasa ya Dik!Tengok macamana... Apa-apa pun, you are still my beloved darling, jantung hati, jantung pisang and buah hati pengarang jantung Mommy! 

Berbalik kisah persiapan 'back to school' katanya, memang most of perbelanjaan will go to Adik Cutelah. Maklumlah baru nak menginjak kaki ke kawasan sekolah katanya, memanglah macam-macam nak kena sediakan. Yang penting masuk aje Tahun 1, Adik dah kena pergi tuition 😉 Tak macam Bubbly Abang, Adik memanglah kena ada 'bantuan luar' selain Mommy memandangkan apa yang terjadi di tadika dulu. Setakut-takut dan seobedient Bubbly Abang, dia lebih bersedia masuk sekolah berbanding Adik Cute. But one thing for sure, Adik Cute ni lebih rajin belajar berbanding abangnya. Itulah yang berbeza between my anak-anak bujang ni. Abang cepat menerima tapi dengan Adik kenalah slow and steady. Tak boleh paksa, tak boleh rushing sangat. Kena ikut caranya. Kalau itu cara yang disukainya, barulah dia boleh belajar dengan rajin dan amannya!

Oh, ya! Berbalik pada cuti sekolah, apa yang you all sekeluarga buat? My anak-anak mostly menghabiskan masa di rumah sahaja. Awal cuti kita ke utara dan akhir cuti ni insyaAllah, kita akan ke selatan pulak. Selain itu memang duduk di rumah ajelah my anak-anak, menghabiskan masa apa yang patut...

Itu ajelah nak update hari ni. Sebab tak tahu nak cerita tentang apa, kita simpulkan segala caca-marba dalam satu entri. Nanti kalau kerajinan muncul lagi (hopefully...) 'berdentam-dentum' my blog ni nanti dengan entri-entri terbaharu.

Eh, sebenarnya kalau nak buat 2,3 entri sehari boleh aje! Masih banyak cerita 'tersangkut' dalam kepala ni! Yang menjadikannya tak boleh sebab satu itu ajelah - MALAS 😊

Jumpa lagi di entri yang lain ya.

Bye!

Comments

  1. Memang kejap sangat dah akhir tahun

    kita pun makin tua kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Mazni. Kejap sangat masa berlalu. Tahu-tahu anak-anak dah besar dan kita pun of courselah dah semakin tua jadinya. Huhuhu...

      Delete
  2. Nampaknya virus M bukan saja menyerang saya, tapi MD juga terkena..
    Bila buka blog nak update entry, terus rasa kaku tak tau nak taip apa walau banyak ajer ceritanya...
    Tapi bila baca entry MD ni, nasib baik rajin pula nak mengomennya.. hahahaha

    All the best utk abang dan adik tahun depan...
    Adik tu lepas ni berabuk la cakap mandarin..
    Adik kan hero, mana boleh tunjuk skil tu kat mommy..
    Lepas ni, siap lah mommy.. kat rumah pun adik belasah cakap mandarin...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lately saya rasa ramai juga yang diserang virus M ni. Mungkin ianya wabaklah, Nur. Kalau tak, takkanlah terbengkalai blog masing-masing! Nak kata takda cerita nak borak, ada ajekan!

      Duh! Nasib baiklah dia rajin komen. Kalau tidak, hilang satu komen untuk entry ni. Hahaha!

      Entahlah berabuk ke tidak. Takut takda langsung habuk-habuk yang tinggal. Itu yang ngeri nih!

      Delete
  3. Alhamdulillah tahun ini, Alya cuma 1 minggu sahaja bersenang lenang di rumah, masuk awal Dec, bermacam aktiviti dah dia join, paling penting dapat kumpul sijil katanya, ~_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bujang tersado saya ada kelas tuition untuk 2 minggu pertama. Lepas tu barulah dapat melepak di rumah. Yang si kecil tu memang happy go lucky lepak di rumah ajelah!

      Delete
  4. Iman betul2 cuti,relax memanjang ,menghadap tv dan tepon/ laptop je kerja nya.Akak biarkan je sebab dah thn 6 nanti memang xde relax dah.
    Akak faham perasaan MD nak menghadap situasi si kecil tu naik tahun 1....harap2 semua berjalan dgn baik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, kak. Janji masa belajar semua masuk terus dalam otak. Hahaha!

      Tahun depan ni memang perit sikitlah sebab dengan anak bujang sulungnya nak exam dan anak bujang bongsunya terkial-kial lagi baru masuk sekolah. Pendekata macam saya kata banyak kali, sayalah emak paling sibuk tahun depan tau ~_^

      Delete
  5. ai pun banyak nak cerita, semua simpan elok dalam draft. Selagi penyakit M ni melekat selagi itulah ai nak makan je.. (eh!Apa kena-mengena dengan makanan.. huhuhu)

    Pasal anak2, lain anak lain cara deme belajar. Samalah kita ni ha.. yang satu-satunya anak bujang ai tu, tak boleh dipaksa, kena ikut rentak dia baru cantik je susur galur perjalanan dia.

    Bab cuti.. dak Nuha paling beruntung sebab balik kampung Melaka jadi cucu kesayangan ke hulu ke hilir berjalan sesaje. Ai dengan en. Hubby dah seminggu macam cacing kepanasan sebab dia takde.. hahaha.. dak Kakak dengan dak Adik sikitpun tak kisah adik bongsu deme takde.. huhuhu.. owh.. tak sabarnya nak balik kampung.. hahaha..

    Next week juga baru sibuk nak cari kelengkapan sekolah. Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik dan takdelah menyusahkan mana-mana pihak. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arghhh! Kena penyakit nak makan ajelah ni sekarang ya? Maklumlah masa tu Dak Nuha takda, memanglah tak tahu apa nak buat ya ^_^

      Untung Dak Nuha balik kampung, dapat bermanja dengan atuk nenek. Yang lagi dua tu langsung tak kisah ke nak balik kampung?

      Jarang tau bapak-bapak ni tunjuk perasaan rindu kat anak-anak. Kiranya suami you tu memang tak boleh tahanlah terpaksa ketepikan ego, rindu kat anak punya pasalkan!

      I pun sama. Next weeklah baru balun habis-habisan sediakan persiapan anak-anak. Lagi last minute, lagi best kelam-kabutnya nanti!

      Delete
  6. Aduhaii saya pun MD...hari ni baru nak menjengah blog lepas 2 bulan hilang ke dunia takde idea dan takde inspirasi..huk huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lately memang ramai blogger macam ni Linda termasuklah saya sekali. Entah tak tahu kenapa, mood merundum tak mampu menghalang!

      Delete
  7. CH pun tak beli brg persekolahan anak ni MD..
    Tunggu weekend ni kita menyoping all out 😂😂

    Lagi pun dorang masih di kg ikut kem tahfiz ..
    Khamis ni baru habis dan balik shah alam..

    Adik cute tu ok MD..
    Dia rajin belajar tu..
    Selamat datang ke real school adik cute..
    Best school ni..
    Jgn ikut air pasang mummy tu ye 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya next weeklah CH. Minta-minta semua orang dah selesai belikan persiapan anak masing-masing nak ke sekolah. Takdalah berebut. Tapi memang last minute tu macam best ajekan buat persiapan. Kucar-kacir sikit!

      Entahlah CH... harapnya dia okaylah. Saya seriau sungguh ni takut cikgu kerja suruh datang sekolah aje nak komplen.

      Saya saman kat court ajelah nanti. Hahahah!

      Delete
  8. Apakata Kita tukar grup wa Kita jadi grup aweks blogger terlajak M plak, haha..bagus Tak idea den, sbb semua dah bersarang virus M katanya termasuk lah si admin Kita tu Kan.

    Tulah bila buka blog tgk bloglist tu jarang yg nak update, huhu..Apo nak dikato.

    Nasib anak2 den dgn ank2 MD samalah rasanya, bercuti depan tv, habis best pun balik kampung je, apo nak buek, zaman serba sengit ni setiap sen bernilai weyh, kalo nak kata persiapan sekolah anak2 tu, selagi boleh pakai, pakai jr, takyahla nak tukar2.

    Semoga adik cute selamat melangkah ke tahun 1 dengan jayanya, dah besar sikit tu, inshaa Allah matanglah nanti tu Kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang sangat tu. Kita tukar jadi aweks malas ajelah, senang sikit. Siapa yang tak setuju, kena exit sendiri! Hahaha!

      Memang malas betullah tahun ni, bukan sebab hujung tahun aje. Memang penyakit malas memuncak tahun ni, macam air pasang besar ^_^

      Kalau setakat KL ni tak tahu dah mana nak pergi. Nak pergi bercuti lama-lama, Mommy mereka ni cuti tinggal 2,3 hari je bakinya. Memang kena unpaid nanti kalau nak bercuti macam orang lain juga.

      Harapnyalah dia tak menggelabah tahun depan. Risau juga ni!

      Delete
  9. anak2 saya yang hero bercuti dikampung 2 minggu seronoklah beraktiviti dengan atok dan nenek, kalau duduk dengan maknaya ni mau juga mengadap tv dan dinding rumah saja 24jam..

    ye lah tak lama lagi dah nak habis cuti sekolahkan, berdebar juga ni ha sebab tiga2 anak dah bersekolah tahun depan tak tahulah emaknya ni macammana nanti.

    Semoga anak2 kita berjaya melangkah ke tahun 1 dengan jayanya, kalau MD risaukan adik cute saya risaukan si adrien tu, adoii boleh pula dia tanya dekat sekolah boleh tidur petang ke? kalau tak boleh tidur dia tak mahulah sekolah darjah 1 aduhhh emaknya sudah cuak risau masa cikgu mengajar dibantainya tidur, dia tu dahlah suka ikut kepalanya saje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak bandar dapat balik kampung memanglah seronok. Boleh melenjan macam zaman kita-kita dulu. Kalau dah namanya duduk di rumah masa cuti ni, memang tak larilah daripada gajet. Satu hari tak melekat dengan gajet, tak boleh. Kalau tak melekat dengan studies, tak apa pulak. Konpius betullah!

      Nasiblah cikgu-cikgu yang in charge anak-anak kita nikan, AA. Kita bekalkan cikgu-cikgu tu panadol setahun ajelah masa register anak nanti ^_^

      Delete
  10. samalah anak saya no 2 tu pun darjah 1 tahun depan. hampir siap dah persiapan. harap urusan dipermudahkan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah memeriahkan sekolah tahun depan ^_^

      Raihanah tunggu anak depan pagar sekolah tak? Kalau ya, bolehlah join dengan saya sekali. Saya seminggu dok depan pagar sekolah, kawal pergerakan anak ^_^

      Delete
  11. Hi kak..! selamat hujung tahun, baru keluar gua ni.. kekeekeke.. Seronok la hero hero tengah cuti sekolah skrg ni ye kak. time cuti ni la nak berjalan nya.. hehehe. Adik cute da nak masuk darjah 1...! da abang abang da =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Aina!

      Barulah nampak muka hujung tahun ya. Ingatkan dah pencen rupa-rupanya menambah umat Nabi rupa-rupanya ^_^

      Dah besar anak-anak akak tau. Huhuhu...

      Delete
  12. Penghujung tahun dah datang

    tanda usia kita dah makin berlalu pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, MH. Beralih tahun maksudnya berkuranganlah umur kita ni. Jangan suka-suka sangat...

      Tapi yang penting, kita kena maintain muda. Hehehe!

      Delete
  13. Dah besar adik cute dah nak darjah satu.mami cuti berapa hari nak teman adik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu Acik. Kata kawan-kawan pejabat saya, melampau betul emak yang ini. Lepaskan ajelah anak tu berdikari, dahlah anak lelaki. Peduli apa! Hahaha!

      Delete
  14. Hi MD! You are out from hibernation, huh? Yup, back to school in just slightly more than a week's time. Adik Cute must be looking forwards to the new school year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Out for a few seconds, PH ^_^ After that, thinking of going back to the old favorite hiding place. Hahaha!

      Time flies, right? I feel like I m just 18 recently, who know it already double triple the last time I celebrated my 18th birthday. Hahaha!

      Delete
  15. cuti2 bukan boleh rileks sangat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagilah dah masuk Tahun 6 yang sulung tu. Memang takda rilekslah nampaknya baik anak mahupun emaknya ^_^

      Delete
  16. Salam MD.. Lama x berkunjung disini..
    Apa khabar? Cemana adik cute sekolah. Aimy hari2 nangis bangun pagi.. Pagi2 da nak bg kita hangin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute okay je. Baru aje pindah sekolah tahun ni tapi COVID 19 pula melanda. Belum sempat ke sekolah baru...

      Delete

Post a Comment