Iftar di Hotel Maluri


Dalam kesibukan hari Jumaat, sempat juga buat tempahan untuk berbuka puasa di Hotel Maluri. Ini bukanlah kali pertama, hampir setiap tahun kami sekeluarga akan berbuka puasa di sini.

Dek disebabkan last minute plan, kelam-kabut juga jadinya. Dahlah jalan sesak teruk kerana warga Selangor bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Memang sudah dibayangkan tetapi tak sangka boleh terperangkap dalam kesesakan hampir satu jam lamanya -_-

Sudahlah terlambat untuk fetch Bubbly Abang dari sekolah, ai called my Hubbydearie dan kakak berpuluh-puluh kali pun tak berjawab. Almost gave up. Nasib baik akhirnya kakak angkat telefon. Terpaksalah dia dan anak sulungnya tolong ambil Bubbly Abang di sekolah petang itu. Ai sendiri sampai rumah 30 minit lewat daripada biasa...

Ok, cerita tentang our iftar on that busy Friday...

Maaflah macam biasa memang takda click,click, lensa kamera dalam blog ni. Dahlah lewat sampai rumah, nak berperang lagi dengan si Bubbly Abang dan Adik Cute. Mereka berdua ni memang lasak sikit banyak. Lagipun ai sendiri dalam tergopoh-gapah, lupa segalanya. Tahu-tahu dah masuk Azan Maghrib. Apalagi, kita berbuka ajelah, malas nak snap,snap sana sini sinun.  It’s not going to be forever, but very soon, adalah  ~_~

Harga untuk Ramadhan buffet adalah RM60nett untuk dewasa dan RM36nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas. Buffet spreadnya memanglah banyak. Cukup berbaloi dengan harga yang dibayar ^-^ I have no complaint, and was happy when I stepped out. Maklumlah dah kenyang kebontangan macam ikan buntal *sengih sikit*

Untuk hari itu, ada disediakan pelbagai air minuman mangga, anggur, ais kacang, kopi, teh tarik, laici dan soya (manalah tak kembung kalau begini...) Makanan yang disajikan terdiri dari nasi putih, nasi tomato, nasi briyani, udang goreng pedas, sotong goreng bercili, ayam percik, ayam masak kurma, kambing dan ayam panggang, sate, lala masak sambal, kari ketam, ayam bakar, rendang tok, masakan pedal, hati dan paru berlada, ulam-ulaman, sambal belacan, sayur campur, ikan kering, telur masin, ikan masak pelbagai lauk, rojak buah, sambal ikan bilis, paella seafood, turkey stew, deep fish fillet with bread crumbs, chicken pie, assam laksa, mi rebus, cucur udang, cucur badak, cakoi dan banyak lagi tak dapat den nak ingat semua dalam kepala ~_~

Dessertsnya pun mengancam juga dengan bubur pulut hitam, bubur kacang, seri muka, lepat pisang, cupcakes, jeli, buah Melaka, kuih lapis, seri muka, bermacam-macam kek dan biskut, chocolate fountain, marshmallow, buah-buahan dan lain-lain *penat nak ingat*

Hah, pergilah jangan tak pergi. Memang berbaloi-baloi. Kalau nak booking, bolehlah telefon ke 03-9287 8833 (Raintree Café) dan alamatnya di :

Raintree Café
Hotel Maluri
No.1, Jalan Permaisuri
Taman Maluri
55100 Cheras

 The hotel is also providing a flat rate parking of RM5 for the diners. 

*How I wish that I could snap a few photos that day...duh! *





Comments

  1. Assalamm..

    Aduiihaii talking about this area I mmg serem..jem nya since 13 yrs ago still the same..lagi2 kalau sngor cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azian,

      Kita di KL ni kalau dengar Selangor cuti memang seram memanjang... Sure KL sesak teruk. Tension!

      Delete
  2. Banyak nya menu tu..baca satu, telan air liur, baca menu lagi satu, telan lagi air liur..walaupun citer basi tetap membuka seleea ku..hahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca menu ajelah dah gambarnya enggak ada. Dulu lagilah malu nak snap foto rasa macam semua mata memandang!

      Delete

Post a Comment