Monday, March 31, 2014

Berenang-renang ke tepian ...

Dah lama tak bawa anak-anak pergi mandi kat swimming pool. Baru-baru ni kena cuti jaga merekakan. I pun dok fikir apa nak buat. Kita mulakan hari dengan pergi breakfast tiga beranak. 

Bak kata Abang,

Kalau Mommy tak pergi kerja, memang bestlah!

Lepas sarapan, pergi bank kejap and then terus cuci kereta. Kalau nak tahu, I memang jarang in charge cuci kereta. Selalunya Hubbydearie yang buat. Oh, no...tunggu dulu! Jangan beri pujian pada beliau. Hubbydearie hanya akan cuci kereta I bila dia rasa perlu aje tapi kereta sendiri setiap minggu pun kalau boleh nak cuci. Kalau jatuh tahi burung sikit pun nak cuci sesegera mungkin.

But my car, Hubbydearie suruh 'simpan' dulu sampai betul-betul kotor. Dan betul-betul kotor tu boleh makan masa 2,3 minggu ya *_* Kesian kat I kan....

Memandangkan I dah cuti dan of course tempat car wash tu tentu tak ramai orang ketika waktu bekerja, I pun pergilah cuci kereta tanpa izin suami (Well, I informed Hubbydearie right after reaching home yang I pergi cuci kereta tanpa izin ~_^)

Masa  tengah dok menunggu tu, tanyalah kat si Abang apa kita bertiga nak buat kerana Mommy cuti. Dahlah tak berjalan ke mana-mana, so lebih baik kalau kita 'manfaatkan' hari cuti Mommy yang sikit nih *_^

Abang kata nak ke Aeon lagi, nak jalan-jalan gi window shopping. Cayalah Abang! Baru 8 tahun dah pandai ajak Mommy gi window shopping. Tapi Abang nak pergi bahagian alat tulis aje. Abang ni prihatin. Kalau dia nak ke tempat keinginannya, kita mesti nak bawa Adik ke tempat yang 'diingini' juga! So, kenalah bertabah Mommy ni pergi ke tempat mainan sekali lagi - kali kedua dalam masa tiga hari.

Puas belek-belek beg bagai, alatulis bagai. I tanyalah kat Abang dia nak beli apa. No, satu apa pun dia tak mahu kerana dah kata tadi kat Mommy, nak window shopping aje. Well, takkanlah Mommy tak faham, ya tak ?

Cuma Mommy ni memang definisi window shopping tu berbeza sikit. So, Mommy terbeli beg sangkut untuk Adik dan beberapa 'benda' kecil. Dah siap Mommy buka dan sembunyikan dalam almari, tengah tunggu masa sesuai nak beritahu Daddy nanti *_*

Selesai window shopping, kita balik rumah. On the way nak balik tu barulah teringat nak ajak mereka ke swimming pool. So balik rumah, rehat sekejap (for them) sementara Mommy sambung tugas surirumahtangga. Ingat nak pergi awal, tetiba my niece telefon tanya apa aktiviti buang masa hari tu. Bila dengar kita nak ke swimming pool, eh dia pun nak join sekali! Terpaksa tunggu si niece ni pulak balik kerja. Akhirnya pukul 6 petang baru boleh berenang-renang di tepian...

Belek gambar ajelah ya...


Apahal Adik dok crawling dalam air?


Mommy, baju Abang asyik 'terangkat' aje...










Seronok tengok mereka super excited bermain air. Lepas 30 minit, tanya kat Adik nak balik tak, jawabnya 'No, no, no!' Lepas 45 minit pun itu juga jawapannya. Nampak gaya memang Mommy terpaksa angkat naik dan tukarkan pakaian. 

Abang dah pandai malu sekarang ni sebab baju mandinya dah ketat. Nampak 6 packs pulak dah ... 

Nantilah Mommy gi 'window shopping' cari baju swimming baru untuk Abang dan Adik juga ~_~







Friday, March 28, 2014

Masa bersama anak-anak

Salam Jumaat kawan-kawan semua!

Alahai, baru hari ni dapat 'bersiaran' macam selalu. Semalam I cuti kerana menguruskan anak-anak yang ketiadaan babysitter. Tahu ajelahkan bila dah bertiga-tigaan di rumah. Memang kelam-kabut jadinya. 

Kesian kat my superheroes berdua kerana cuti sekolah ni tak ke mana-mana. So, I pun bawalah mereka jalan-jalan pergi makan, main-main dan jerit-jerit kat shopping mall. Maklumlah mereka berdua ingatkan kat semua shopping malls di KL ni Mommynya ada shares. So mereka buat macam kat rumah aje. Nak terlentang atas lantai, nak menjerit sebab tak cukup masa diberikan untuk main game dan tak dapat apa yang dimahukan... By the way, ini bukan cerita semalam. Ini cerita tiga hari lepas masa I cuti setengah hari, pun kerana kena jaga anak-anak di rumah @_@

Abang ni suka betul kumam mulut cam ni ...

Adik yang tak peduli sesiapa pun bila dapat main
 

Abang, nak cars, Abang! Help! Help!
Adik, Abang belum masukkan coin dalam coin slotlah, camna nak baling!




Rosaklah Adik. Tak boleh main!
Nak naik bukan main  tak sabar bila nak turun pandai pulak takut


Selesai makan dan main-main, kami pun geraklah pergi ke kedai buku Popular di Tesco. Puas I berfikir macamana nak mengelakkan si Adik Cute daripada nampak mainan semua tu lagi. Si Bubbly Abang dah tak heran lagi. Dia dah jemu sebab dari kecil macam Adik sampai la ni, memang ke sini aje kita tiap-tiap bulan tak pernah miss.

Itupun dekat entrance Adik dah nampak mainan. Nak singgah juga naik walaupun dah puas melenjan main di Aeon sebelum tu. Ok, takpalah 50 sen aje. Eh, tak cukup ya satu round! Adik minta lagi duit syiling nak main 2,3 round. Ada 4 kereta mainan di situ, nasib baik lagi 3 dah penuh budak lain naik. Kalau tidak mahu Mommy kena bertabah masukkan duit dalam setiap kereta tu untuk 3,4 round satu kereta. Adik, Mommy bukan cop duit kat Bank Negara ok! 


Apa tengok-tengok? Mommy kita dah masukkan banyak coin 50 sen tau!
Kalau macam ni caranya asyik kena cuti jaga anak, memang gaji Mommy pun kena potong juga selepas 6 bulan pertama tahun ni.... 

Cuba tengok yang ni, comel tak?




Adik puas meronda sana-sini kat dalam Tesco. Harga pun murah, cuma RM29.90 (of course made in China ler...) I ingat nak rembat satu tapi warna tak menarik cuma ada dua warna aje, yang Adik naik ni dan satu lagi warna hijau. Tapi bila I tanya kat Adik,

Adik, you want this or not?

No, no, no....!

Turun tak juga tapi tak nak ....

Si Abang duk perhati aje sebab dia tak minat mainan lagi. Katanya dah puas main. Beri peluang pada Adik untuk beli mainan pulak. Abang lebih suka pergi bahagian alat tulis ...


 
Dan yang ini paling I suka *_* Sepanjang jalan orang dok perhatikan mereka dua beradik. Bukan I buat kerahan tenaga kat anak-anak, ya. Dah mereka berebut nak bawa benda ni dan akhirnya Adik yang dapat. Excited sungguh dia ke hulu ke hilir bawa bakul beroda ni, sambil si Abang tolong Mommy lanting-lanting barang. Bukan banyak mana pun nak membeli, tak payahlah nak bawa troli.

Sejuknya hati Mommy tengok Abang dan Adik berpegangan tangan *_*

Sebenarnya kita kena beli apa ni, Abang?

Budak berdua ni kalau ada troli lagilah berebut. Yang Abang nak tolak troli. Yang Adik pun sama. Tak padan kecil  tapi berangan nak tolak troli besar. Lepas tu habis semua orang pun dia 'sapu bersih'. I pulak dok kerja minta maaf kat orang, dok tolong betulkan arah haluan troli yang ditolaknya. Sama aje dua beradik.

Selesai di sini, kami pergi ke kedai buku Popular, nak cari buku kerja untuk Abang buat masa cuti sekolah ni.  I dan Abang sibuk membelek buku (Mommy memang terror cari buku dalam bahasa Cina walaupun tak faham sepatah...) si Adik pulak sibuk menguruskan kedai buku tersebut. Kecoh betul my small family ni kalau ke mana-mana!

Belum sempat membayar, Hubbydearie dah called tanya di mana kami tiga beranak. Mesti dia suspect I bawa anak-anak berjalan-jalanlah ni. So, sesegera mungkinlah balik rumah sebab nak memasak awal hari tu. Belum sampai rumah, si Adik dah terlena kat dalam kereta dek keletihan. Abang pun dah senyap sebab penat dan haus tak dapat minum 'air sedap'.

Semalam bila I minta cuti kat boss (by sms aje yea...) boss I siap replied dalam BM lagi,

OK... Selamat menjaga anak-anak yang comel hari ni :)

Hah, kelas tak ada boss yang cam ni? 










Tuesday, March 25, 2014

24 jam sehari, dulu dan sekarang...

Sebenarnya hari ni nak lambat bersiaran sebab kerja pun boleh tahan gak banyak. Tetiba dapat panggilan dari Hubbydearie ada hal penting katanya. So, kenalah I ambil cuti separuh hari.

Oh, ya! Kat office ni memang senang nak cuti. Main cakap mulut aje dengan boss. Lepas tu baru isi borang cuti. Senang. Itu ajelah yang best *_^

I nak cerita apa sebenarnya ye? Oh, of courselah nak berbalik pada tajuk di atas. 

Kalau ditanya pada semua orang, memang rasa macam tak cukup aje 24 jam sehari tu, kan. Apalagi mak-mak yang super busy macam kita ni. Selalu aje mengeluh. Kalaulah dapat 1 jam extra setiap hari ...



Sejak jadi mak ni, memang banyak aktiviti yang diminati kena korbankan, beri laluan pada suami dan anak-anak. Selalu aje sedia untuk beralah. Betul tak?

I rasa sebagai mak, rutin harian kita ni sama aje. Setiap hari bangun pagi kena uruskan segala hal dalam rumah. Dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar-besarnya. Semua terpikul di bahu kita. Itu belum ditambah dengan tanggungjawab sebagai pekerja lagi. Tamat aje waktu pejabat, bersambung balik tugas sebagai seorang isteri dan ibu.


 Siapa kata jadi surirumahtangga sepenuh masa tu senang? I yang bekerja ni pun kalau berada di rumah hujung minggu bersama keluarga, memang tak boleh duduk diam. Ada aje kerja yang nak dibuat, yang nak kena buat @_@

Kalaulah boleh disediakan senarai tugasan, memang tak cukup kertas rasanya. Rasa semput berada di rumah lebih cepat menjelma daripada duduk buat kerja di pejabat ^_* But then again, of courselah hasilnya lebih berbaloi-baloi bila berada di rumah  berbanding dengan buat kerja di pejabat *sengih sorang-sorang sambil tekan keyboard*



I ni kalau takda kerja (katanya tadi tak cukup masa, macam pelik pulak ayat ni...) rajin juga membandingkan 'kepuasan' yang diperolehi selepas menyiapkan tugasan di rumah mahupun di pejabat. Walaupun kita rasa puas berjaya dalam satu-satu tugasan yang dilakukan di pejabat, tak sama rasanya dengan kepuasan yang dirasai bila berada di rumah bersama anak-anak.  Tenat hati dan perasaan tu dek keletah mereka memang tak dapat dielakkan tapi at the end of the day, memang tersenyum ajelah dengan gelagat anak-anak ni. Hilang rasa penat, hilang rasa kecewa bila sesuatu yang diingini hati ni tak dapat nak dipenuhi.

Bila difikir-fikirkan balik, keadaan kelam-kabut yang selalu kita lalui setiap hari, dengan tak cukup masa nak buat itu, ini yang membuatkan hidup ni rasa sangat berharga pula. Entahlah kenapa ye ...

Kadang-kadang I jadi pelik juga dengan keadaan sekarang. Contohnya, I ni ulat buku sebenarnya. Tangan tak pernah takda buku untuk dibaca. Itu kisah dulu. Sejak ada anak-anak, memang membaca buku perkara terakhir yang I fikirkan. Kalau dulu, setakat satu buku tu, bukan main laju membacanya. Sekarang ni nak baca satu buku ambil masa sekurang-kurangnya satu atau dua bulan. Itupun bila ada masa terluang semasa menunggu Abang di sekolah. Lain-lain waktu memang tak terpegang tangan ni mana-mana buku ~_^

Kalau dulu I memang suka shopping. Suka keluar berjalan-jalan. Kalau duduk rumah sehari suntuk, I rasa macam duduk dalam penjara. Tension teramat. Tapi bila dah ada anak-anak, lebih suka duduk di rumah melayan kerenah mereka yang super melampau kadang-kala tu. Walaupun penat badan dan tenat suara menjerit, hati tetap juga gembira, takda pulak rasa terpenjara di rumah sendiri macam dulu-dulu.

Ni nak ngaku juga. I ni kaki panggung. Kaki tengok TV non-stop. Habis semua drama I tonton. Tak kisahlah kalau tak faham. Takda subtitle pun no hal punya. I boleh emo ikut jalan cerita. Tapi itu dululah. Sekarang ni memang takda masa nak ambil pot drama terkini ke, wayang terkini ke... Lebih baik selesaikan urusan rumah dan keluarga terutama anak-anak. Yang lain-lain tolak tepi. 

Dulu juga I rajin alahai turun naik bukit, keluar masuk hutan ni. Asal hujung minggu aje entah celah mana I explore. Siap ada geng bas sekolah lagi (Hah, jangan tanya apa namanya dah lupa terus, punyalah lama punya ceritakan...) Tapi lepas kahwin, dek kerana minat tak sama, I lupakan ajelah minat yang satu ni. Sekarang ni kalau disuruh pun I dah malas. 

Memang banyak sungguh perbezaan hidup dulu dan sekarang. Mungkinlah dek kerana tak dapat buat banyak perkara yang kita mahu, rasa macam tak cukup masa aje sekarang ni. Nak kata tak suka buat apa yang perlu sekarang, tak juga. Takkanlah tak suka nak menjaga anak-anak di rumahkan.... 

Katanya tak cukup masa yang diberikan 24 jam sehari tu, kan tapi sempat lagi tu tengok cerita Korea sekali-sekala mahupun main Candy Crush. Macamana nak explain nih ~_^

P.S. Gambar semua digoogle aje macam biasa ye. Lepas lunch nanti I nak balik rumah jaga anak-anak. Babysitter ada hal pulak. Nak gi tukar apron sekarang *_*

 

 



 

Monday, March 24, 2014

Yeah, cuti sekolah!

Salam sayang semua !

Apahal I pulak yang terover excited dengan cuti sekolah ni? Bukannya nak ke mana-mana pun. Duduk rumah aje, bercucuk tanam *_^ Hah, percayalah tu sebijik-sebijik apa yang I cakap. I ni kan suka meroyan dalam blog. FYI, I  memang tak reti part-part bercucuk tanam ni ye. Kalau dibuat juga, memang tak tahulah apa nasib segala tanaman tersebut.

Sebenarnya hari ni ada sedikit perasaan malas melanda. Maklumlah cuti sekolahkan. Nak keluar rumah pun bukan main lemah-lembut, sopan-santun nak kasi merah punch card, kan. Nasib baik juga jalanraya tak begitu sesak. 

Yang membuatkan I malas hari ni kerana dah bercuti tiga hari. Oh, ya... Jumaat lepas I bercuti kerana pejabat di'public holiday'kan sempena cuti umum di sana *_* Pun I tak ke mana-mana. Bila MD dah duduk di rumah bertapa, memang meriahlah dapur. Dah ala-ala dapur restoran gitu. Asyik masak aje. Sayangnya bukti tak ada kerana I malas nak pegang handphone baru I... 

Kerja makan ajelah kami empat beranak sampaikan dah naik ngeri nak naik atas penimbang. Takut laju aje jarumnya bergerak, tak reti nak berhenti di mana ~_^ Ini penangan kawan-kawan alam maya yang suka tayang menu dalam blog merekalah ni. I memanglah tak salah sesaja ...

Macamana dengan keputusan SPM anak masing-masing? Dah 4 hari berlalu, mesti perasaan excited pun dah berkurangan. Ni for sure makbapak tengah sibuk beri kaunseling percuma kat anak-anak tentang langkah selanjutnya yang perlu diambilkan, ya tak?

Pengalaman I juga dulu. Nak cerita di sini. Manalah tahu boleh dijadikan ikhtibar kat adik-adik lepasan SPM mahupun makpak yang over excited tengok keputusan cemerlang anak-anak. 

I ni kan memang gila-gila minat subjek Maths, I rasa suka sangat nak ambil accountancy. Antara sebab I suka subjek Maths - 1. Masa Standard 4, cikgu Maths sayang sangat kat I sampai dipanggilnya I ni 'anakku' setiap kali bertanya soalan 2. Masa di Form 2, cikgu Maths I merupakan seorang guru wanita yang sungguh anggun, sopan, sentiasa tersenyum dan ke sekolah menaiki kereta  impian I ketika itu, maka I sukalah sangat subjek Maths ni ye. 

Dan lagi,  sejak dari Darjah 3, I satu-satunya murid yang akan bawa buku aktiviti Maths yang my abah beli ke sekolah dan minta tolong (dengan mata bulat, bulu mata melentik-lentik) dekat cikgu Maths di sekolah tandakan buku yang I buat latih tubi di rumah tu ya. Biasanya bukan satu aje, mahu sekali hantar 4,5 buku aktiviti. Manalah cikgu tak sayang kat kita .... @_@

Niat I nak jadi chartered accountant kononnya. Nak belajar obersi walaupun makpak tak beri lampu hijau. Tetiba lepas dapat result SPM, makpak, siblings dan cikgu-cikgi kata, "Nape tak mahu jadi doktor???"

Akibat tekanan yang kuat juga dan takda sesiapa yang menyokong cita-cita I yang suci murni itu, maka I pun mengalah. Lagipun tak mahu kasi kecil hati makpak juga. Anak solehah katanya ...

Masuklah matrikulasi selama 2 tahun dan peluang nak ke luar negara ditegah makpak. Setahun di Seri Puteri, lagi setahun di Kuala Pilah. Yang menjadi masalahnya yang semua orang tak ambil peduli, bukan kerana I tak mahu jadi Puan Doktor. I ni takut dara darah. Masuk hospital aje pitam. Bau ubat aje, pening-pening lalat. 

Puas dok hint kat makpak tapi yalah, makpak zaman dulu manalah berfikiran macam makpak zaman sekarang ni. Lagipun makpak I orang biasa, yang takdalah tinggi mana pun pelajaran mereka masa mereka muda-muda dulu. So, tak boleh nak salahkan mereka juga.

I ni sendiri tak pergi tadika tapi boleh baca suratkhabar masa umur 5 tahun. Sejak masuk Darjah 1 sampai tamat belajar, tak pernah pergi tuisyen pun dan biasanya memang belajar sendiri. Masa Darjah 5 dah tolong abang ipar tanda kertas soalan Matematik anak-anak muridnya. Eh, eh...melalut sampai pecah tembelang hah!

Akhirnya bila dah rasa diri ni dah boleh buat keputusan sendiri (kononnya...) kuatkan juga semangat kata tak tahan dah ni, tak leh nak jadi doktor. Maka dapat pelepasan akhirnya tapi dah rugi banyak ye. Dan .... I tak juga ambil kursus accountancy lepas tu ~_^

See, betapa sia-sianya mengulangkaji pelajaran dengan jayanya, keputusan exam yang bagus akibat tak bertegas dengan kemahuan sendiri ... *sedih ni, sedih...*

Kalau ikutkan sejarah keputusan peperiksaan yang besar-besar, I ni dah sepatutnya jadi surgeon. Dok goyang kaki kat Prince Court bagi kaunseling pastu collect ribu-riban tiap bulan. Kalau ikutkan keputusan juga, mahu dah jadi CEO company sekarang ni...tapi itulah, takdir menentukan segala. Kalau bukan takdir diri, memang begitulah jadinya.

So, adakah dengan curahan perasaan ni I rasa menyesal? 

Tidak, tidak juga. I masih berpandangan positif. Walaupun still makan gaji dan tak jadi surgeon mahupun akauntan bertauliah, I masih happy dengan kehidupan ni. Kalau I tak pilih jalan ini, I tak akan jumpa Hubbydearie. I takkan ada Bubbly Abang dan Adik Cute. I takkan rasa happy cam ni juga. Jadi walaupun sedih pada mulanya, I tetap redha dengan segala takdir. What more do I need when I have  three important superheroes in my life right now @_@ 

P.S. Aduhai.... nampak sangat terang dan nyata tajuk takda kaitan pun dengan content...

Thursday, March 20, 2014

Bubbly Abang, Adik Cute & Zon Aulad, TV AlHijrah

Macamanalah boleh lupa yang ini....

Sebenarnya dah lama rakamannya, dalam pertengahan Dec 2013. Masa yang I kena viral fever sampai seminggu hilang dari alam maya. Promo ni ketika iklan Zon Aulad di TV AlHijrah.

Mungkin ada ramai yang dah pernah nampak sebab sejak Jan 1, 2014 promo ni dah berlangsung sampailah akhir tahun nanti. 

Ada satu lagi scene Adik tertanggal kasut dan sibuk main football tapi I tak tahu bila atau keluar dalam TV tak nanti. 

Oh, yes, yes! Yang paling tinggi berbaju merah belang hitam tu my Bubbly Abang dan yang paling kecil cute mute (sampai terkeluar dari age limit budak-budak yang ada di situ) memanglah my superhero, Adik Cute.



Berdebar-debar ya !

Wah, berdebar-debar ke mak-mak di luar sana dek kerana keputusan SPM keluar hari ni? Kepada kengkawan yang ada anak gi ambil result exam hari, cerialah sikit ^_^ SPM ni bukan pengakhirannya, baru permulaan hidup baru yang lagi indah, Insya Allah !

Kesian kat anak-anak yang berdebar dap, dup, dap, dup tu. So, sebagai mak kita upkan sikit semangat mereka. Tunjuk manis muka ajelah walaupun dalam hati Tuhan aje yang tau @_@ 

Ada pengalaman anak ambil result exam ke, MD?

Takda ....

Tolong nasihatkan aje @_@

Tapi pengalaman diri sendiri ambil keputusan exam memanglah tak lupa. Mana boleh lupakan ....

I tak lupa betapa berdebarnya bila tahu keputusan exam akan keluar. I memang confident I takkan gagal. Cuma I tak confident cemerlang ke tidak keputusannya tu nanti. Lagipun mak sedara I guru BM di sekolah yang sama. 

Bila tahu keputusan nak keluar esok, dada ni dah berdebar rasa macam nak meletup. Ingatkan tak mahu contact mak sedara. Tunggu aje sampai esok pukul 10 pagi. Nak pergi dengan abah. Tapi tak boleh tahan betul ...

Akhirnya I called my mak sedara petang sehari sebelum kejadian bertanyakan keputusan I. Kata beliau,

Ok, tak payah risau!

Bagus ke tak bagus ni? 

Ok, esok pergi aje sekolah... tapi of course awak bukan best studentlah!

Wah, boleh pulak mak sedara nak gurau-senda macam ni ....

Dan yang sebenarnya, my abang ipar yang kebetulan bekerja gomen gak ketika itu pun dah tahu keputusan SPM si adik ipar ni. Tapi ... semua main tak mahu pecah rahsia. Kan lebih baik kalau abang ipar tak ambil tahu langsung keputusan peperiksaan I, senang hati ni.

Boleh lagi bagi hint,

.... tapi takdalah seperti yang dia mahukan ....

Bila dengar orang dok cakap macam tu, tidakkah lagi berbuku-buku hati ni, nak meletup rasanya nak menunggu keesokan harinya?

Memang betullah, malam sebelum tu tak boleh tidur. Puas memikirkan apalah keputusan peperiksaan esok ni. Tak seperti yang diharapkan ... aduhai, susahnya hati rasanya !

Esok pagi-pagi dah pergi ke sekolah bersama abah. Abah kata, jangan risau sangat. Kalau tak dapat bagus pun takpa. Masuk aje Tingkatan Enam. 

Apa? Masuk Tingkatan Enam? Berapa kerat budak TIGS yang pergi Tingkatan 6? Berapa kerat budak asrama penuh yang nak sambung study kat Tingkatan 6? MD yang glamor kat sekolah ni kena gi Tingkatan 6 kat BP semula?

Kawan-kawan semua dah plan nak sambung belajar ke US, UK, Japan, pendekata semuanya kat obersi, MD kena gi Tingkatan 6 ? Oh, tidak !

Oh, memang tak boleh fikir panjang ketika tu. Yalah, golongan 'kita orang' ni rasa macam Tingkatan 6 tu 'second class citizen' tahu .... (Memang cetek pemikiran masa tu sebab selepas melalui segalanya rasanya lebih baik dok kat Tingkatan 6 daripada pergi Matrikulasi ...)

Masa nak ambil result sebenarnya boleh aje I jumpa my mak sedara tapi I tak nak. I pergi tengok sendiri. Lepas tengok, Alhamdulillah ! Syukur sangat- sangat walaupun tak dapat seperti yang dihajati.

Bila tahu ada kawan-kawan yang katanya 'tak seberapa' tapi dapat result lebih cemerlang, memanglah sedih gak hati ni. Masa tu rasa macam sayu, pilu, hiba alahai...

Tapikan memang betul bagai dikata... SPM tak menjanjikan apa-apa. Cuma beri laluan untuk mencapai impian seterusnya. Namun kalau tak betul caranya, tak ke mana juga...

So, ibu-ibu, bapa-bapa, adik-adik sekalian, cheers ! Ini bukannya pengakhiran kepada kehidupan kamu semua @_@

P.S. Ini cuma pengalaman MD aje. Bukan sesaja nak tunjuk riak atau bangga diri. Kalau ada yang merasakan begitu, MD minta maaf ajelah ye ^_^
 

 


Wednesday, March 19, 2014

Anak-anak dan masa depan mereka

Hari ni keputusan peperiksaan keluar ya? Esok SPM pulak ke? Tengok kawan-kawan yang ada anak nak ambil result exam, masing-masing dah kecut perut. Alahai, rilekslah. Sebenarnya keputusan dah lama ada tinggal nak umumkan hari ni aje, kan. Redha ajelah. Nak menangis, meraung pun dah tak guna. 

Chewah, bukan main pandai lagi bercakap! Mentang-mentanglah anak MD takda ambil exam penting. Bolehlah jadi tukang menyakitkan hati orang aje. Cuba kalau anak sendiri yang kena ambil result exam, mahunya MD cuti seminggu ya. 3.5 hari untuk pra-exam result dan lagi 3.5 hari untuk post-exam result nya fever ^_^

Ok, ok... I ngakulah! Jadi mak-mak ni memang tension memanjang sampaikan anak yang nak sit for exam, nak ambil keputusan exam, kita yang terlebih-lebih fobianya. Kalau anak nak kahwin nanti pun, kita jugakan yang sibuk nak menerima menantu. Adatlahkan jadi emak ni ~_^

Jiran sebelah rumah katanya nak menghilangkan diri mulai esok. Tak mahu dikesan dek mana-mana radar. MD rasalahkan OKje, esok Sudden Attack tak apa-apa tapi emaknya yang berjujuran air mata, harapnya airmata kegembiraan ya! Doaku mengiringi langkah anakmu esok, ya kawan ^_^

Bercakap tentang anak-anak yang bersekolah ni, sebenarnya I ada banyak juga yang nak dikongsikan. Walaupun anak MD ni baru Tahun 2 aje dan si Adik Cute sekolah pun dia tak kenal lagi, Mommynya sudah separuh gila nih memikirkan tentang pelajaran si anak. Of course, of course I tak paksa dia untuk jadi doktor, engineer mahupun selebriti (eh, apa motifnya nih...)  I cuma mahu anak-anak berjaya dalam hidup tak kiralah apa pilihan kerjayanya asalkan yang baik-baik sahaja. 

Definisi 'berjaya dalam hidup' tu pun rasanya subjektif juga. Ada orang rasa kalau boleh tidur atas duit berkepuk-kepuk, itu satu kejayaan - kejayaan jadi orang kaya. Ada orang rasa kalau anak mampu dididik menjadi anak yang soleh/solehah, itupun satu kejayaan juga.

Si Abang pernah juga tanya pada Mommynya ni, nak suruh dia jadi apa? Mommy dah jawab beribu kali, tak kisahlah apa yang Abang nak jadi bila besar nanti yang penting kerjanya baik-baik sahaja. Mommy tak suruh Abang jadi itu atau ini. Yang penting sentiasa hormat Mommy sebagai ibu tak kira tinggi mana pun Abang pergi bila dah besar nanti.

Tapi knowing Abangkan, dalam otaknya sekarang ni nak buat bisnes aje. Katanya dia malas nak pergi kerja macam Mommy. Dia nak datang office, sign cheque pastu keluar, buat apa yang dia suka di luar kawasan pejabat ^_^ Oh, anakku, memang kena cari duit dari sekaranglah ni kalau nak hidup sesenang itu !

Si Adik pulak  nampak macam nak jadi Imam Muda aje sekarang ni. Memang anak yang soleh pun si Adik sekarang ni. Kalau Mommy nak pergi kerja dan dia tersedar, dia akan suruh Mommy datang kat dia sebab dia nak salam Mommy. Lepas tu siap kejutkan Abang suruh salam tangan Mommy juga. 

Kalau nampak aje kita nak solat, memang dia laju aje bentang sejadah nak solat sama, siap dengan kopiah. Pantang dengar azan, dia cakap ' Allah' memanjang sampailah habis azan. Baca alif, ba, ta pun dah jauh ...sampai gim, ha, kho gitu ~_^

Of courselah kalau ditanya kat young superhero ni nak jadi apa bila besar, dia tak reti nak jawab apa... Apa yang kita cakap, itulah yang diulangnya. 

Walaupun anak-anak belum sampai ke umur yang  I perlu risau sangat tentang pilihan perjalanan hidup mereka, sekarang ni pun I dah tak reti diam otak ni ligat berfikir apa yang harus dilakukan untuk membantu impian mereka, tak kira apa supaya terlaksana. 

Mommy yang satu ni cuma ada satu aje impian buat anak-anak tu - I nak mereka boleh bercakap berbilang bahasa. Setakat English dan BM  tu dah terasa common sangat sekarang ni. Tapikan kalau anak-anak tak menunjukkan minat nak belajar bahasa, I pun tak boleh nak paksa. Cuma kalau dilihat pada Daddy mereka, memang sepatutnya gene untuk menguasai lebih dari dua bahasa tu patut ada ~_^







Tuesday, March 18, 2014

Budak-budak ini ...

Lama pulak rasanya tak bercerita pasal my anak-anak. Katanya dulu dedicatekan this blog untuk mereka. So, kenalah tahan telinga, tahan mata membaca kisah anak-anak MD ya ^_^




Ini nak bercerita pasal si Adik Cute nih. Bukan main perangai sekarang. Boleh tahan serba-serbi. Dok pening-pening lalat Mommy ni bila balik rumah. Rasa macam nak pitam pun ada.

Beberapa hari lalu, I ambil Bubbly Abang dari sekolah. Dalam kereta Abang dah buat 'pengakuan bersalah'. Katanya, coffee table Mommy dah patah ! Bukan salah Abang sahaja. Salahkan juga beg sekolahnya yang dok atas meja tu semasa ia patah ! Salahkan juga Adik yang tolong goyang lebih-lebih meja tu !





Ceritanya : salah satu kaki coffee table tu memang dah loose screwnya. Superheroes berdua ni pulak excited sakan  tengok meja tu boleh buat  'goyang pinggul'. Makanya mereka dua beradik dengan penuh teruja naik atas meja 'berzam-zam ala kazam' macam naik magic carpet tu. 

Walaupun tak cukup korum bertiga (nasib baik Daddydearie tak nak join sama ...) mereka tetap super excited bergoyang pinggul atas my coffee table. I dah beritahu Hubbydearie, screw dah loose tu tapi macam bercakap dengan dinding tebal pulak. So mulut al-masin I pun ngengadalah cakap selalu,

Memang patah riuk ler coffee table Mommy kalau dapat umat manusia superexcited jumpa meja macam Abang Adik ni!

Maka patahlah ia akhirnya ...




Suatu hari I duduk berdua dengan Adik di rumah. I tak kerja and Abang pulak pergi sekolah. Abang ni kalau hari bekerja I tak kerja dan dia kena pergi sekolah, memang merengek aje kat ketiak Mommy. Nak juga dia meng-absent-kan diri dari pergi sekolah. Oh, no, no, no.... sorry ! This year memang Mommy tak layan lagi manja-manja macam dulu. 

So bila Adik dah tinggal sendirian di rumah, memang kena bermain sendirian jugalah. Takkan nak ajak Mommy main susun-susun kereta, main selerakkan rumah, main jirus air atas karpet, atas sofa. Mommy kalau jadi surirumahtangga sepenuh masa memanglah kerja tak pernah tak ada. List panjang betul. Baru nak letak punggung atas sofa, tup tup datang kerja suruh buat dan-dan tu juga. 

Bila Mommy sibuk buat kerja rumah, Adik memang suka gembiralah hidupnya. Takda siapa nak kata ' no ' sini, ' no ' sana (fed up sebenarnya my anak-anak ni dengan Mommy yang memanjang aje 'no' jawapannya ... agaknyalahkan ...) 

Maka dia pun buat kerja extra supaya Mommy tak sempat rehat. Adik turunkan sofa ke lantai. Letak kereta 'mewahnya' atas sofa pastu taburkan semua toys seluruh kawasan perkhidmatan Mommy. Tak cukup dengan itu, Adik pergi ambil air kasi jirus atas karpet bulu-bulu tegak berdiri. Pun Adik tak puas hati lagi. 

Adik cabut bunga hiasan Mommy (itu aje sepasu bunga hiasan di rumah) dan taburkan daunnya atas karpet. Pun  tengok Mommy buat derk aje kat dapur, Adik pun ambil bola main basket ball pulak. TV Mommy jadi jaringnya !

Mommy bukan buat derk ya sebenarnya Adik buat secara senyap sunyi sepi makanya Mommy tak perasan. Mommy pun curious suspicious aje bila Adik tetiba mendengar kata. Oklah, lebih baik pergi tengok aktiviti apa yang disibukkan si Adik ni. Bila Mommy keluar tengok kenapa Adik senyap aje, bagus mithali aje sifatnya, terkejut proboscis Mommy ! 

Berpinar-pinar mata nih. Tetiba teringatkan blog (apa motif nih? ) Teruslah nak snap gambar Adik dengan aktiviti murahannya. Adik siap bagi pose menarik lagi tu bila tengok Mommy snap gambar. Senyum melerek bukan main manis. For sure dalam hatinya berkata, ' Apasal Mommy happy aje tengok rumah porak-peranda nih? Dah insaf ke Mommy kesayanganku ini? Ni mesti takut kena masuk lokap kalau pukul anak nih ! Baguih ! Baguih !'

Masa tengah beri pose menarik tu siap cakap lagi,

Amik agi! Amik agi ! Amik ! (sambil buat pose gedik supaya Mommy tak menjerit mengaum macam rimau terlepas dari zoo)


Adik tak tahu hati Mommy ni dah lara teramat. Kubeli, kau lontar. Kubeli lagi, kau musnahkan fizikalnya. Manalah hati Mommy tak lara gini ... Tapi nak buat macamana. Dah namanya anak-anak Mommy. Seharusnyalah amarah tu bersifat sementara. Pastu memanglah peluk cium hug hug kiss kiss tak mahu lepas. Manalah my superheroes nak insaf ...

Dan semalam bila Mommy balik, dengan bangganya mereka berdua buat pengisytiharan umum,

Mommy .... jangan marah ! Tab Mommy dah rosak. Adik gi jirus air !

I tanya kat Adik, 

Siapa rosakkan tab Mommy?

Abang !




Monday, March 17, 2014

Kata laluan, password bagai !

Salam Isnin kawan-kawan !

Tak mahu cerita lagi pasal MH370. Memang sepanjang hujung minggu yang baru ni I tak mengikuti perkembangan pencarian MH370 ni pun. Sumber berita terkini semuanya dari mulut Hubbydearie. Kalau HD menokok-tambah mana yang tak patut, memang nasib isterinyalah mendengar berita tak sahih.

I cuma nak dengar tentang kejayaan menemui mangsa atau sekurang-kurangnya dapat jumpa pesawat yang dah 10 hari hilang ni. Lain-lain cerita yang kena tokok-tambah bubuh serbuk berperisa berapi-api memang malas nak layan. Apatahlagi pasal bomoh glamor tu ya! (Wah, tok bomoh sedunia pernah main tampar-tampar dengan buaya ke?)

Tapikan kalau nak gelak, bolehlah baca artikel dari columnist ni ye ... 

Errr... tadi kata tak ambil pot lagi rupanya baca gak. Ok, I baca The Star this morning lah. Kononnya nak baca cerita-cerita lain yang sudah tenggelam tak timbul-timbul ^_^

Walau apapun, semoga pesawat ini ditemui secepat mungkin dan ada perkhabaran gembira buat ahli keluarga khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. 

Terkejut juga bila mendengar kisah enam orang yang mati dek kerana drug overdose. Aduhai... macamana boleh jadi begini ya ! Kelu lidah tak tahu nak kata apa dah ...

Eh, jauhnya merayau daripada tajuk ! Yang sebenarnya I nak menulis tentang apalagi, yes, tentang passwordlah. Sebabnya : pagi tadi bila sampai ke pejabat kat monitor pc ni dah beri peringatan suruh tukar kata laluan yang ada kerana hari ini hari terakhir ya!

Ni pakcik google pinjamkan gambar yek !
La, my office ni pun satu ! Adakah kata laluan kena tukar setiap dua bulan ! Letih nak memikirkan password yang canggih-canggih. Dah habis semua I gunakan sebagai kata laluan sampaikan I sendiri kadang-kala terlupa mana satu @_@

Ni nak tanya, dalam kehidupan you all semualah, ada berapa banyak kata laluan yang you all ada? Kalau tanya pada I, uhhh... memang tak terkira banyaknya. Email aje ada dua dan both ada kata laluan berbeza. Itu belum campur dengan pc dan laptop di office. Belum masuk kata laluan untuk internet banking, untuk kad ATM, shopping online dan sebagainya.

Wah, memang banyak tak terkira rasanya ! Kadang-kadang I sendiri ter'alpa' kata laluan yang mana satu. Yang biasa guna tu memang dah dalam kepalalah. Ada juga masanya tetiba otak blank tak tau nak fikir apa. Kalau dulu I simpan all my passwords kat satu tempat tapi bila fikir balik, duh semua tempat pun tak selamat nak simpan password.  

Pernah sekali duit tinggal RM10 dalam purse so I pun pergilah dengan bangganya ke ATM nak keluarkan duit. Tetiba boleh lupa password yang dah biasa dok tekan ! Puas mengingatkan, tak juga datang dalam kepala ni. Nak cuba 18kali takut kad kena telan. Eh, lagi satu masalah negara nanti ! 

Terpaksalah balik rumah dengan duit RM10 dalam purse tu. Esok ajelah kita fikir caranya. Bila I belek-belek semula 'tempat persembunyian my password' rupanya silap tekan. Sebenarnya password untuk ATM ni balik-balik itu jugalah nombornya. Main pusing sana-sini-situ aje. Padan muka juga tersilap pusing nombor walaupun pada mulanya I memang konfiden itulah kata laluannya :)

Rasanya nak kena manage baliklah semua kata laluan yang ada. Usia makin meningkat, manalah tahu tetiba datang penyakit lupa, aduh ... nangis nanti !





 



Friday, March 14, 2014

Katanya ...

Salam Jumaat buat semua kawan-kawan!

Pejam, celik, pejam, celik rupanya dah Jumaat kembali. Memang pantas sungguh masa berlalu. Terasa macam tak cukup nafas aje 24 jam sehari ni. Minggu ni agak huru-hara juga rasanya. Entahlah mengapa..

Selain daripada kisah MH370, I memang extra sibuk di pejabat sejak hari Isnin lagi. Macam-macam nak dibuat dan semuanya urgent belaka. Kalau boleh, pagi terima arahan, by noon kerja dah disiapkan. Arghhh, memanglah tak terkejar jawabnya. Kalau satu arahan aje oklah. Kalau dah beberapa arahan sampai serentak dan nak jawapan serentak, memang pening kepala memikirkannya...

Pada kawan-kawan yang I tak sempat bertandang tu, minta maaflah (Eh, ada mereka kisah ke I tak datang mengomen?) But don't worry. I ni kan kalau sekali datang menjenguk, memang tak ingat dunia. Main baca, komen, baca dan komen aje kerjanya. Minta maaflah kalau tengok kat komen tu memang nama MD aje yang muncul *sengih macam kerang busuk*

Sebenarnya I ada aje entri-entri yang dah didraftkan, tinggal nak update sana-sini sikit and tekan ajelah published tapi tulah, terasa malas pulak nak publish entry ditambah lagi dengan kisah sedih yang entahkan bila boleh berakhir tentang MH370 ni. 

Tinggi harapan agar segala kemelut dapat diselesaikan segera dan tabahkanlah hati insan-insan tersayang yang menunggu berita gembira. Sedangkan I yang tidak terlibat dalam kemelut ini dan hanya berkongsi status sebagai rakyat Malaysia ni pun sudah hebat rasa hibanya, inikan pulak ahli keluarga dan kenalan kepada mereka yang di dalam MH370 itu. 

Arghh, tak boleh tengoklah adegan-adegan menyayat hati begini. Makanya I tak mahu ambil tahu apa yang tertulis di media cetak mahupun elektronik lagi tentang MH370. Bila ada berita sahih seperti telah dijumpai dan sebagainya, barulah I akan mengikuti perkembangan terkini.  Lagipun sakit hati juga bila semua benda pun diputar-belit sana-sini sampaikan tak tahu mana yang betul dan salah.

Kasihan pada keluarga dan rakan-rakan yang sedang menunggu. Sudahlah hati sedang bersedih dek kerana  tak tahu nasib ahli keluarga/rakan yang ditimpa malang, kena pulak baca cerita yang entah apa-apa. Tapikan, part bomoh tu memang tak boleh blah ler. Gelak dan macam memalukan pun ada. Hubbydearie kata, 

No wonderlah kalau kita orang fikir Malaysians still panjat pokok! You people masih cari kapal terbang hilang guna cara macam ni??? Kesiannya ...

Kebetulan pulak hari Isnin baru ni, I kehilangan sesuatu yang penting di pejabat. Puaslah I mencari, memang tak jumpa. Sampai my colleagues pun tolong carikan juga. Siap soal siasat lagi ke mana I pergi ketika I pegang that thing... Siap ikut laluan 'pejalan kaki' I lagi untuk ikut jejak kerja I ketika kejadian berlaku. Pun tak jumpa... Tetiba my Japanese colleague cakap cam ni,

Why don't you try to call that bomoh with kepala eh kelapa tu? Maybe he can help you to find it ! (sambil senyum sengih-sengih nak tengok reaksi I)

Arghh ... jadi bahan gurauan antarabangsa dah ni!










Thursday, March 13, 2014

Khamis yang kelam

Salam sayang kawan-kawan! 

Selamat Hari Khamis yang kelam ...

Apa? Rindu kat I? Iya ke ni....

Sebenarnya I entah mengapa sibuk pulak di pejabat ni. Semua pun main guna 'urgent' aje kerjanya. I ni cuma guna dua belah tangan untuk bekerja, makanya tak terkejar itu ini kemahuan boss bertiga ni. Semput sekejap ...

Sejak semalam petang keluar aje dari pejabat tengok cuaca di luar alahai sedihnya. Sakit sepasang mata yang ayu ni! Pedih rasanya bila tengok semuanya seakan-akan kekuningan. KLCC and the gang pun I tak boleh nampak from my office. Selalunya tersergam megah aje I tengok.

Pagi ni buka aje pintu rumah, naik sesak nafas rasanya. Kepala pun dah nak rasa pening-pening lalat. Mata tak payah ceritalah, memang terasa pedih sepanjang memandu ke pejabat.

I lambat keluar rumah hari ni. Ingatkan mestilah merah punch card for the first time. Rupanya alhamdulillah, selamat sampai sebelum 8.30 pagi. Jalanraya pun takdalah sesak mana. Abang polis dah standby menunggu kat 'hot spot' kan, makanya perjalanan yang ambil masa 20 minit jadi 30 minit @_@ Thanks ya, Abang polis kerana menceriakan pagi yang kelam ini!

Sejak air ada ni, mata I dok tak menahan pulak mengantuknya. Si Adik belum tidur lagi Mommynya dah terbongkang. Sampai kena kejutlah dengan Hubbydearie suruh bangun dan siapkan apa yang patut, baru tidur... 

Sampai hati betul Hubbydearie ni. Baru la ni I cepat ngantuk, dah kena sound. Padahal selama masa berkahwin ni I yang selalu tidur lewat. I juga yang menguruskan hal-hal luar dalam ehwal rumahtangga. Memang tau mereka ni, kalau kita wanita ni nak 'berehat sebentar' ada aje komplennya. Kalau mereka pulak, penat aje memanjang, rehat aje memanjang kalau di rumah...

Hari Wanita Sabtu lepas tu, I memang tak menyambutlah. I tak layak. Kalau I bertegas nak menyambut Hari Wanita, cutikan diri dari segala urusan yang bersangkut paut dengan wanita, memang bergelimpanganlah isi rumah. Memang merangkak anak-anak dan suami kehausan dan kebuluran. Eh, superheroes kat rumah tu plain water pun berhantar ya. Mereka order aje. Nanti muncullah maid tak bergaji ni tanpa uniform bawa apa yang patut. 

Kalau nak mandi pun sama aje kekdahnya. Kalau tak diletakkan towel masing-masing di tempatnya, memang kejap lagi terjerit terpekiklah main signal SOS. Oh, memang manja supeheroes I semuanya, tak kira yang besar apatahlagi yang kecil.

Hari ni pun I terpaksa menyibukkan diri di pejabat kerana boss I yang 'arahkan'. Hahaha..

Ada lawatan orang penting dari Jepun makanya boss kata jangan buka FB, jangan melayari internet cuma baca berita dan buka website pejabat aje. Pendekata, my boss suruh staff  bekerja dengan penuh kepura-puraan. Kelas tak gitu?

So, I dah buat keputusan. Walaupun I sibuk petang ni tapi manalah tahu kot-kot masa lawatan tu tak tahu mana I nak buat dulu. So I nak ambil suratkhabar untuk dibaca. Tapi I booked nak baca bahagian advertisement dalam newspaper ajelah ~_^ 

Kelas tak  I tafsirkan statement my boss suruh 'sibuk bekerja dengan penuh kepura-puraan'? 

Memanglah kelas. Kelas ala-ala stupid gitu @_@

 



 




Tuesday, March 11, 2014

Hujung minggu apa ceritanya?


Bila berhujung minggu di rumah, memang I jarang sekali mengupdatekan diri dengan segala peristiwa yang berlaku di luar sana. Seluruh jiwa raga untuk keluarga. Maklumlah hari-hari yang lain biasanya sibuk bekerja. Bila pulang ke rumah, memang menguruskan rumahtangga dan anak-anak sahaja dalam kepala. 

I memang tak pernah baca suratkhabar mahupun mendengar berita di kaca TV apatah lagi nak duduk menghadap komputer dan melayari internet apabila tiba hujung minggu. Tak kuasa nak buat semua itu. Kalau ada pun maybe once in a blue moon. Lebih baik masa berharga yang ada dikhaskan untuk anak-anak dan suami. Itulah I, ya!

Berbeza sekali dengan Sabtu yang lalu. Sebaik pulang dari menghantar Abang ke Art Class di sekolah, Hubbydearie memberitahu perihal pesawat MH370 yang hilang. Hubbydearie ni memang funny. Walaupun pulang ke kampung halaman menaiki pesawat, beliau sebenarnya seorang yang fobia bila terpaksa menaiki kapal terbang. 

Itulah sebabnya sampai sekarang plan nak ke mana-mana tertunda. Berpuluh kali mengajak ke Langkawi pun, beliau tak mahu. Sanggup memandu dan menaiki feri daripada terpaksa menaiki flight ke sana. Dek kerana asyik berbalah tentang pengangkutan, akhirnya sehingga kini kami menangguhkan aje rancangan. Itulah nasib bila suka sangat menonton Air Crash Investigation nih...

Sepanjang hari Sabtu, TV kami memang berkisar tentang berita kehilang pesawat MH370 sampaikan si Bubbly Abang pun tak dibenarkan menonton kartun kegemaran. Of course, I mendengar berita sambil sibuk lalu-lalang buat kerja rumah. Tak mungkin I boleh duduk sahaja di depan TV tanpa melakukan apa-apa. Nasib baik juga bekalan air kembali macam biasa. But dek kerana fobia melampau, takda satu pun container di rumah yang tiada air di dalamnya. Sesiapa yang menggunakan air, sudah tentu kena sound dengan I supaya menadah penuh semula air yang telah digunakan @_@

Bila ada masa terluang di sebelah malam, I pun melayari internet. Sambil membaca berita-berita semasa sempat lagi tu menelek berita hiburan juga. Ketika itulah terbaca kisah si Hanes yang manis ni. Alamak, memang 'sadis' dia ni! Sejak bila pulak isteri kena minta maaf pada perampas suami ni... Perempuan sama perempuan bergaduh, yang seronok tentunya lelaki yang terbabit. Tapilah, kalau bertepuk sebelah tangan, tak mungkin berbunyi juga. Sama aje si perempuan dan si lelaki yang rela diperbodohkan dek kecantikan wanita. Kasihan pada si isteri yang tak dihiraukan langsung pengorbanan dan kasih-sayang yang dicurahkan selama ini. Kalau dah tak sayang, semua pun tak betul di depan mata...

Pagi ini pun I membaca sesuatu yang agak menarik. Kalau mahu boleh baca di sini. Apa yang penting, I nak berkongsi kata-kata si doktor dari Kluang ini,


We sacrifice out time so that you can have more time with your loved ones.
We sacrifice our meals so that you can have yours.
We sacrifice our sleep so you can sleep soundly.
And, we sacrifice our health so that you can be healthy.

Memang betul bagai dikata, apalagi mahunya? Jadi manusia memang selalu sahaja kita ni rasa tak puas hati. Begitu salah, begini pun salah juga. 

P.S. Lega yang amat bila bekalan air kembali seperti sediakala. Takdalah MD kena bangun sebelum Subuh atau tak tidur langsung menunggu kehadiran air lagi. Harapnya catuan tak berlaku lagi. Walaupun tak besar mana dugaan, mengeluh juga seorang MD ni!











Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...