Monday, September 29, 2014

Burgerbyte

Salam Isnin kawan-kawan!

Hari ni memang confirm tak ada gambar sebab ini entri mengamuk!

I tak nak letak satu gambar pun walau ada je gambar nak ditempek di sini. First time ni nak mengamuk bila bercerita pasal makan. Sangatlah tak puas hati ye...

Dah lama I nak ke restoran Burgerbyte ni sebab my sister yang pernah ke sana beritahu I yang burgernya sangatlah sedap. Dagingnya sungguhlah lembut dan juicy. So bila mendengar, I pun tergodalah.

Tunggu punya  tunggu sampailah keluar dalam JJCM TV3 semalam. So, apalagi I ajaklah Hubbydearie pergi mencuba...

Kami pergi yang di belakang rumah ajelah. Sampai sana lepas Maghrib, hampir pukul 8 malam. Mungkin peak hourskan apatah lagi baru keluar dalam JJCM tentulah ramai nak mencuba.

Sampai je tengok penuh pelanggan dalam restoran. Di premis berhampiran pun diletakkan kerusi meja untuk pelanggan Burgerbyte ni. So orang pertama kita jumpa adalah waiternya berbangsa Bangladesh kot. 

Kami diberitahu dalam restoran dah penuh, so kalau nak boleh je duduk di meja yang disediakan di premis berhampiran. Kami pun duduk di bawah kerlipan lampu yang ala-ala untuk orang yang tengah bercinta. Sampai pening kepala I nak baca menu yang diberikan...

Dalam sibuk membelek menu, waiter Bangla ni datang semula. Katanya ada tempat kosong dalam restoran. So, kami pun lelaju masuk dalam restoran. Tak larat nak makan disinari cahaya bulan. I ni kan rabun. Entah apa-apa masuk dalam makanan nanti pun I taram je dek kerabunan yang melampau!

Duduk aje di meja yang disediakan, kami diberi menu sekali lagi. Membeleklah kami anak beranak dok fikir nak makan apa. Yang pasti nak beli jumbo fruit juice yang keluar dalam JJCM siang tadi.

Bila nampak si waiter Bangla tu berkelibut kat situ, I pun panggillah nak order. Kami diberitahu kena order dekat kaunter. Oh, baru terpandang peringatan atas meja yang mengatakan 'Sila buat order di kaunter' lebih kurang begitulah...

I ni kira jakunlah first time baru masuk Burgerbyte nih...

I pun segeralah ke kaunter untuk membuat pesanan. Sampai je kat cashier,

Puan, nombor meja berapa yek? (tanya cashier)

Alamak! Saya tak perasan....

Kat meja tu ada tulis nombor meja! (menyampuk seorang pekerja berbaju coklat di sampingnya)

Takpa, puan duduk meja yang mana? (tanya cashier lagi)

Itu, yang ada lelaki pakai baju hijau!

Yang budak lelaki pakai baju hijau kuning tu ke?

Bukan, bukan... yang budak lelaki pakai baju merah, sebelahnya orang dewasa pakai baju hijau!

No. 10! (menyampuk pekerja berbaju coklat tadi)

Lepas buat pesanan dan bayaran, I kembali ke meja. Masa tu I  tengoklah nombor atas meja tu. Alamak, salah pulak! I pun segeralah ke kaunter bayaran tadi.

Ya, puan!

Dik, dik... meja saya tadi bukan no.10 tapi no. 11!

Oh, no.11... okey! (jawabnya sambil senyum) 

Alright, I have no complaints about this girl yang jadi cashier. Walaupun pelanggan sikit punya ramai, dia memang cool.

Lepas tu bermulalah sesi menunggu macam nak pengsan....

Abang sampai nak meniarap-niarap dah sebab lapar sangat. Selalunya pukul 7, 7.30 malam dah makan kalau di rumah. Lagipun superheroes tak makan tengahari tadi. Haruslah terlampau lapar. Si Adik dah sibuk nak air, air, air.... Kebetulan sebab dekat dengan rumah, I pun takdalah bawa 'beg ajaib' si Adik nih...

Dalam pada menunggu kami melihat situasi dalam restoran yang memang penuh dengan pelanggan keluar masuk. Tapi yang pasti servicenya tak teratur. 

They've so many waiters. Why they do not want to take order? (kata Hubbydearie)

Maybe saja... satu kelainan kena order di kaunter dan bayar dulu macam makan kat food court gitu.... (jawab I sengih-sengih)

Look at that family! (kata Hubbydearie lagi sambil menunjuk pada satu keluarga di depan kami)

Mereka empat beranak duduk. Waiter pun terus letak menu. Lepas belek, si ibu panggil waiter untuk buat pesanan. Kata waiter kena buat order di kaunter (I agaklah dari gerak-geri mereka berbual). So si ibu cakap dengan si ayah suruh pergi kaunter. Si ayah tercengang. Lepas tu terus this family angkat kaki, tinggalkan restoran.

Masuk lagi satu family duduk di tempat sama, bawa baby. Agaknya tak selesa duduk di bangku, mereka berpindah tempat. Then another family of four masuk duduk di tempat yang sama. Kami ni dok perhati ajelah sebab makanan tak sampai lagi. Waiter lalu-lalang bawa order tapi bukan untuk kamilah.

Dalam pada tu ramai lagi pelanggan masuk, cari tempat nak duduk. Memang penuh maybe penangan JJCM lah ni. Atau, memang selalu pun begini. I don't know... Like I said before, this was our first time.

Tetiba, kami nampak family tadi dah dapat minuman. Eh, mana minuman kami tak sampai? I jeling Hubbydearie, Hubbydearie jeling I. Anak-anak dah start merengek. Yang Abang dah letih menunggu, yang Adik dah tak boleh duduk setempat...

Then our jumbo fruit juice sampai. Nah, amik! Minumlah sampai kebuntang gitu... Okey, masing-masing sedut air nak hilangkan haus dan nak feeling-feeling apa yang special sangat tentang fruit juice ni selain daripada saiznya. Oh, sama je. Tiada yang berbeda ...

Tetiba hati Hubbydearie jadi hangat bila family of four tadi dah dapat makanan mereka! Yang duduk berhampiran kami pun, yang tak sempat panas punggung macam kami dah dapat makanan mereka. So, Hubbydearie dah mula terasa hangat...

Nasib baik my spaghetti olio sampai.... Hubbydearie pun suruh I makan dulu. I kongsilah dengan Adik. Abang tak makan spaghettikan. Sambil tu ditanyanya pada Mommy,

Mommy, bila nak sampai makanan? Abang dah lapar sangat!

Alahai kesiannya kat my anak! I pun suruh Abang tunggu kejap je lagi... 

Spaghetti olio yang I dapat tu takdalah sedap-wow-sehingga-menjilat-jari-dan-tak-lena-tidur-malam. So-so aje. Yang berbeza cuma diletakkan daging burger grill di atasnya. Jadi, bila nampak waiter lalu-lalang (wey, waiters mereka memang ramai sungguh!) I pun tanyalah kat waiter yang I sempat sapa.

Dik, nak tanya berapa lama lagi kena tunggu? Akak dah nak habis makan nih. Anak-anak dan suami tak start lagi!

Akak order apa tadi?

Chicken Original Burger, Lamb Jalapeno and Chicken Nugget!

Si waiter berlalu pergi sambil kononnya okeylah nanti dia check....

Tunggu lagi macam menunggu bulan yang tak gugur...

Faster finish up your meal. I am going to ask them where is my order! (Hubbydearie dah mula marah ni....)

Nanti dear, I habiskan then I gi tanya kat kaunter ya! (I ni taknaklah adegan tak diingini berlaku dalam restoran dengan orang yang sikit punya ramai... menjaga maruah juga namanyakan...)

So, I pun cepat-cepat makan sampai nak tercekik rasanya. Habis je teruslah pergi ke kaunter. 

Dik, nak tanya akak punya order kenapa lama sangat?

Akak order apa tadi?

I terus keluarkan resit bayaran sambil beritahu apa yang belum dapat lagi. 

Meja 10 kan kak?

Eh, bukan tadikan akak dah kata meja 11....

Oh, puan tukar meja ke? (tanya seorang wanita bertudung yang I rasa manager kot...)

Tak, tak... saya tak  tukar meja! Tadi masa saya order, saya tak tahu meja ada number. So one of the staff yang kat kaunter ni kata meja 10. Bila saya tengok meja saya no.11, saya terus ke sini beritahu no. meja saya yang betul!

Cashier ke yang cakap?

Tak, tak ...ada satu perempuan pakai baju coklat tadi!

Perempuan tadi pun pergi ke dapur untuk check order. Tetiba I nampak Hubbydearie berdiri di belakang I dengan muka masam mencuka, nak menyergah orang pun ada. I pun katalah suruh Hubbydearie sabar. Suruh Hubbydearie masuk kereta dulu, tinggalkan anak-anak dengan I. 

Don't ask for the food. I want my money back! Cancel the order!!! 

HD pun berlalu pergi dengan muka marah sungguh ya. I dah nak berpinau rasanya, kiri kanan kena handle.

Surprise, surprise, nak tahu apa yang berlaku?

Makanan kami belum siap pun! Indirectly nak kata  I silaplah sebab tukar meja. I didn't change table. That woman yang kata our meja is meja no. 10 and I dah betulkan pun kesilapan tu bila I realized salah nombor meja... Kalau ya pun salah, meja no.10 dibelakang kami pun takda komplen mereka dapat makanan yang tidak diorder dan kenapa jumbo fruit juice kami dan my olio sampai ke meja????

Wanita bertudung tadi pun beritahulah, right now, right there mereka akan prepare our food.

I nak tapau aje. My husband dah nak mengamuk tu! 

Okey, okey, mereka buat on the spot!

Dalam pada menunggu tu, Hubbydearie dah 10 kali telefon. Saja I tak angkat kerana dah tentu I kena dengan suami sendiri. Dah dikatanya, tak mahu makanan, nak baki duit balik untuk makanan yang tak siap tapi I ni terpacak lagi di situ menunggu.

Yalah, I rasa okeylah perempuan bertudung  tadi dah kata nak siapkan sesegera mungkin. Lagipun kesian kat anak-anak dari tadi lapar. Kalau I tak bungkus, takkan nak cari makan lagi di tempat lain. Jam dah pukul 9 malam ya! (Please take note - I buat order dan bayaran pukul 7.54 malam!)

Dek tak tahan mendengar handphone berbunyi, I pun katalah kat staff bertudung tadi,

Takpalah, takpa. Apa yang tak siap tu cancel boleh tak?

Puan, tengah buat ni, puan! Kejap je lagi yek!

Aduh....

Dapat je makanan I terus terjah lari anak ke kereta dengan anak-anak di kiri-kanan. Berpeluh sejuk I tau tak. Dah tau dah apa yang menanti dalam kereta.

Sah! Teruk I kena marah dek Hubbydearie...

Eh, apa kes ni, kami pulak suami isteri berperang mulut sebab kelewatan servis restoran? I pulak yang teruk kena marah dek suami ni? Sungguh I tak puas hati tau!

Okey, no more Burgerbyte for my family! Enough!


 

Friday, September 26, 2014

Taman cantik di Cyberjaya

Salam Jumaat kawan-kawan!

Eh, eh, eh.... dah Jumaat rupanya! Cepatnya masa berlalu. Kenapa pulak I tak menghitung hari ya this week? Selalunya memang kena drag kaki ni ke pejabat dari Isnin sampai Khamis. Jumaat biasanya okey, dengan muka happy datang pejabat!

Okey, meh tengok cerita hari ni! Macam biasa  buatlah senamrobik sebelum membaca ya!

Masa menggoggle taman-taman kat Kuala Lumpur ni tetiba I terjumpa tentang taman di Cyberjaya ni. Apalagi, kita pun terus start enjin kereta dan pergi meninjau. Dah kebetulan ke Cyberjaya, haruslah masuk plan nak makan-makan luar di Restoran Saba.

So, cerita ni masa kami ke Restoran Sabalah ya...Tak ingat minggu bila dah...






Sebab gambar terlalu banyak silalah bertabah menatap gambar my superheroes di Taman Cyberjaya ni ya *__*








Masa kami ke sini, takda orang pun. So seluas taman tu kamilah yang punya. Tapi sayang, I tak tahu pun ada swimming pool di sini. Kalau tidak, boleh superheroes melenjan berenang ke tepian lepas penat terbakar dek terik mentari ....



















Dah, habis cerita aktiviti my family bersiar-siar petang di Taman Cyberjaya nih ^__^
 
Selamat berhujung minggu semua *__*

 

Thursday, September 25, 2014

Versatile Award khas buat Cik YanaYani

Salam Khamis semua!

Mula-mula nak mengeluh dulu. Tarik nafas panjang-panjang, pastu baru boleh jari-jemari ni menari-nari riang di atas keyboard tanpa henti *__*

I ni bab-bab kena tag memanglah tak berapa nak redha  rasanya. Tapi dalam masa yang sama, I happy gaklah at least itu tandanya orang ingat jugak kat kita. Ya tak, Yana? Terima kasih alahai daun keladi, kalau gatal, garulah sendiri. Tak kuasa nak tolong tau!

Knowing me, I ni kan suka meleret-leret sampai senget kepala kalau menulis. Panjang alahai, tak tahu kat mana nak letak point, tak tahu kat mana nak merapu. So kalau idea datang dari kepala sendiri, alright... senang cerita. I main type je apa yang meluru keluar dari kepala ni.

But then, kalau kena tag, nak kena fikir tajuk betul-betul. Takkanlah I nak add on cerita yang takda kena mengena dengan  tajuk. Sebab itulah kalau kena tag, I ambil masa sampai last minit baru buat. Tapi semalam lain cerita. Lepas dapat komen dari Mar kena tag,  terus I meluru sebab kerja senang bah (bila pulak dia ni jadi orang Sabah!) 

Okeylah, kita lupakan yang itu dan mari tengok apa Cik Yana ni nak suruh I buat...

Yana, apsal kaler hijau, I nak kaler purple serabut-serabut sikit....

Once again, officially I nak ucap terima kasih buat Cik YanaYani yang tag I untuk Versatile Award ni. Eh, memang sesuai tahu kita berdua ni masuk award cam ni. Maklumlah, kita berdua pun jenis yang kalau tak kena sergah, memang tak nak berhenti menulis entri, kan, kan, kan....

Hah, kat situ je I dah beritahu satu fakta tentang diri I. Sama je ngan awak, bakal besan.... Opppsss.... mahu PK merajuk pulak nanti....

Meh tengok 7 fakta tentang Mummydearie yang I tak mahu cerita kat orang tapi I beritahu kat my readers (Wah, mengalahkan RedMummy pulak ke'feeling-feeling'an ala celeb MD nih....ampun maaf yek!)

1. I tak fahamlah mengapa semua orang tak suka melipat baju. I ni sangatlah suka basuh baju, lipat baju dan gosok baju (yang ni ada tipu sikit, sikit je....) Bukankah melipat baju tu momen-momen indah as a housewife? Sambil duduk tersipu malu sambil melipat baju tu I rasa dah kewanitaan sangat tau. Time melipat baju pun kita boleh buat kerja lain contohnya menonton drama Korea kegemaran, mendengar anak-anak bercerita, atau pun berwhatsapp berjemaah. Banyak kerja ya boleh buat dalam satu masa. Takdalah membazir masa sebenarnya kalau kita rajin melipat baju. Dan lagi, takdalah baju kita penuh berlonggok atas kerusi, kan Cik Yana?

I paling pantang orang tolong lipatkan baju di rumah. Kalau I balik kerja pakaian dah berlipat, I hunggah buka semula segala lipatan, campak dalam bakul dan nangis-nangis lipat sebab tension tengok pakaian orang dah lipat tau.... Hahaha...masalah mental ni rasanya.... takpa don't you worry my friends, nanti I gi check doktor pakar!

Well, nah my contact number 019-!@#$*&^. Call me kalau ada pakaian yang tak terlipat di rumah anda. 

I know, I know....tak payah komen suruh I tolong lipat baju. I dah boleh baca isi hati masing-masing nak menghentam I masa beri komen ^__^

2. Dalam banyak-banyak kerja rumah, memasaklah yang selalu kena ikut mood. So kalau time mood memasak on, memang I melenjanlah duduk kat dapur memasak macam-macam. Kalau mood malas sampai, memang I melenjan juga tapi kat luar rumahlah. Kalau dah minat sesuatu makanan, memang kita makan sampai semput, sampai tengok je makanan tu setahun tak mahu makan lagi dah!

Masa I belajar kat uni dulu, I makan McD kat Kajang 5 hari seminggu selama 2, 3 bulan. Dah jemu, I makan Grandy's (hah, siapa tahu jenama restoran makanan segera yang ini? Satu-satunya yang boleh refill air masa tu yang I tahu...) 5 hari seminggu selama beberapa bulan. Bila dah jemu I ubah lagi restoran. Sampai bila nampak je muka I buka pintu restoran, manager kat restoran tu siap buka satu kaunter untuk I buat order. I tak payah order pun. Dia tahu I nak makan apa. I rotate semua makanan yang ada sampai habis lepas tu ulang lagi sampai jemu.

Tapi berat I masa tu cuma 42kg je. Jealous sangat kenapa makan macam tu berat tak naik. Cubalah buat sekarang, mahu macam belon diterbangkan takleh, nak meletup pun tak leh juga! (Well, sekarang tak pernah sekali pun jejak jarum timbang tu kat 42kg. Selalu je atas 50kg dan atas, atas lagi. Tak pernah merasa pun turun bawah 50kg ya)

3. Me and my Hubbydearie memang betul-betul berbeza sikap ya. I ni terlebih peramah tapi Hubbydearie tidak. HD memang tak friendly. But I ni okeylah, nak kata friendly sangat pun tidak. I ni ada dua sikap berbeza. Kalau tak kenal langsung, memang dok kata I sombonglah. Tapi kalau dah kenal dan dah rapat, jangan haraplah I nak tutup mulut jek.... Meroyan je kerja dia nih....

4. I ni orang Johor ya. So adatlah kalau I suka sangat soto, mi bandung, mi racun, nasi arab, spaghetti olio, lontong dan segala gorengan dicicah dengan sambal kicap. Nikmat wey, kalau tak percaya cubalah bayangkan masa dekat-dekat nak lunch nanti. Best.....

Tapi yang sebenarnya semua pun I suka makan kecuali sayur-sayuran. Oh, yes... I ni karnivor bukan omnivor, bukan juga herbivor (ada belajar sains tak dulu-dulu adik semua?)

5. My favorite drink dari kecil sampailah anak dara memang Coke ya. I ni pencinta Coke tegar sebenarnya (Cis, bangganya dia nih....) Tapi malangnya bila Coke buat advertisement baru, tak pernah pulak dipelawanya I yang tegar ni masuk iklan sama. Kalau tidak, dari dulu lagi you all dah kenal I yang gila glamer nih. Sadis!

Cuma lepas kahwin dah tak biasa sangat tidur bangun dengan Coke. Kalau dulu boleh makan asam kecut sambil teguk air Coke. Lepas gosok gigi sebelum tidur pun boleh curi-curi teguk Coke dalam petisejuk. Sedap.... Padanlah muka baru anak dua dah banyak penyakit orang tua hinggap kat dalam badan

 6. I ni tergolong dalam kategori super freaking mom, ya. Anak-anak memang tak merasa bebas bagaikan burung. I bagi beberapa example mudahlah betapa I ni bimbang tak bertempat.

Kat rumah, I tak pakai penyepit curtain yang tajam macam cucuk sanggul tu. Sebabnya - I takut kalau my superheroes kerja lalu-lalang kat situ tiba-tiba tercucuk. Aduh.... minta dijauhkanlah hendaknya. So I haramkan penggunaan penyepit ala-ala sanggul tu di rumah demi keselamatan anak-anak.

Begitu juga curtain yang macam ni tak sesuai dipasang di rumah I :

Pinjam gambar langsir-laurea-collection.blogspot.com

Sebabnya : I takut kalau anak-anak dok asyik lalu-lalang boleh terbelit pulak kat kepala ke, leher ke, kaki ke, tangan ke... 

Anak-anak I pun dilarang menggunakan gunting atau pisau di dapur. Kalau I nampak, memang terjerit terpekik sambil beri kata nasihat 1000patah perkataan....

Kotak menjahit yang berisi benang, gunting dan jarum I sembunyikan dari pandangan mata semua orang di rumah dan kalau sesiapa nak guna mestilah mendapatkan kelulusan daripada I dahulu termasuklah my mak dan kakak *__*  (Amboi, ada kotak barang jahit macamlah pandai jahit butang baju...) 

7. I drive kereta berkaki ayam. I memang tak pandai pakai kasut mahupun selipar masa memandu. Tak feel langsung bila tekan minyak mahupun tekan brek. Kalau dipaksa, mahu tak gerak kereta tu walaupun setakat 0.01 mm pun... 

Dek kerana itulah I simpan kasut dalam kereta. Senang. Dah macam stor simpanan. Pernah juga I keluar kereta, kasut sebelah lain sebelah lain ya. Nasib baik takda siapa perasan setakat ini. 

Oh, alahai... I ingat nak tambah lagi 18 fakta tapi takut mengantuk pulak 'my readers' semua (ish, feeling celeb sangat kalau tulis cam ni tau...). So, I berhenti takat ni ajelah.

Okey, khas untuk Cik YanaYani yang telah mengtag laser I, okey tak I punya fakta nih? Puas hati? Kalau tidak, you call my numberlah nanti I beritahu yang lagi 1001 fakta about myself. Nak ke?

I tak tag orang lainlah sebab I tahu masing-masing sibuk dengan urusan takut terbeban pulak. Kalau I tag, haruslah menjawab nanti I kecikkkkk hati sangat-sangat tau.... huahahaha....

Aduh, haus pulak... mana gi Coke I sembunyikan dalam drawer nih!!!!!


 
 










Wednesday, September 24, 2014

Giveaway Contest by 270609 (^__^)

Salam sayang kawan-kawan!

Argghhhh.... kena tag! So demi Mar yang dikasihi, I merelakan diri join contest ni. Eh, ni first time tau I main join-join contest cam ni ^__^

 

And then I kena tag lagi 4 orang blogger wanita diva la bergetah....

Sat, sat, I tengah main ohsom siapalah yang kena (tengah baling guli nih...)

Nah, amik!



Meh, klik sini untuk join menang!
 
Jangan ngelat, sila join kalau nak menang hadiah. Kalau korang menang, sila minta pos hadiah ke alamat MD yek! 

Okey, nak sambung 'meninjau' sekarang!

Macam-macam hal...

Salam sayang kawan-kawan!

Kalau ada yang perasanlah ya, my superheroes ni memang tak suka pakai shoes kalau berjalan. Mereka lebih suka pakai sandals je. Kalau dah sukakan satu-satu attire tu, memang itulah aje yang diulang pakai 18kali. Walaupun usia masing-masing baru setahun jagung, tak kuasa dah Mommy ni nak membebel suruh ikut kata apa nak dipakai kalau keluar berjalan bersama.

Suka hati merekalah asalkan tak sakit mata I memandangnya dan tak selekeh sangat. Begitu juga dengan cap. Budak berdua ni memang tak suka langsung pakai cap. Kalau panas berdeting macamana sekali pun, mereka tak akan sarung cap. 

Tapi bila berjalan ikut Mommy pergi shopping, rajin alahai mencuba itu ini. Paling tak menahan, disuruhnya Mommy snap photo mereka. Itupun masa mood tengah baguslah. Kalau tak bagus, memang jangan haraplah. Muncung aje dah sedepa!

So, bila mood mereka bagus, Mommy pun apalagi jadilah photographer-tak-berapa-nak-menjadi sampai penat. Bolehlah letak dalam blog buat modal untuk bercerita *__*



Si Abang tu, tak muat pun takpa. Janji dapat ambil gambar. Lepas tu bergelak sakan seronok dengan Adik macam mereka je yang ada saham syarikat kat situ. Memang suara mereka bergelak aje yang kedengaran di celah-celah pelanggan yang asyik memilih barang ^__^

Eh, macam pendek pulak entri ni. Langsung tak sinonim dengan style Kak Ton yang biasa-biasa tukan... 

P.S. Kak Ton sibuk usha barang online sebenarnya. Tengahari nanti Kak Ton nak gi melawat kawasan parlimen. So, buat ajelah revision apa yang Kak Ton tulis ni yek. Kak Ton nak reward diri sekejap ^__^

Tuesday, September 23, 2014

Bila HD & MD bersantai ^__^

Salam Selasa kawan-kawan!

Hubbydearie and I jarang ada masa senggang bersama. Maklumlah makpak yang ada anak-anak sedang membesar ni, memang takda peluang nak rasa feeling-feeling romantik berbual berdua-duaan. Pantang duduk je ada yang menyelit kiri-kanan, tumpang tadah telinga juga mendengar perbualan.

Biasanya mulai dari jejak kaki ke rumah lepas balik kerja sampailah anak-anak lena, HD and I memang takda masa terluang bersama. Selain  daripada riuh-rendah dengan superheroes yang ligat tu, memang takdalah kami nak berbual. Biasanya HD dengan gadgetsnya dan I dengan never ending housechores dan anak-anak.

Kadang tu bila I memasak di dapur, HD ada juga nak ajak berborak tapi I main ah, oh, eh, ya ke ...itu ajelah sambil tangan ligat dan sebenarnya tak dengar betul-betul pun apa yang dikisahnya oleh Hubbydearie *__* 

I ni pulak kalau dah di dapur ada kepantangan. Anak-anak nak buka petisejuk pun I dah 'mengaum'. Semua orang dilarang masuk ke area Masterchef. Prohibited area, okey. Kalau ada yang masuk, memang kena sound system jek memanjang *__*

Kadang tu dapat juga spend masa bersama bila kami berdua memasak di dapur. Itupun asyiklah bertikam lidah dek kerana HD asyik usik perkakas memasak di dapur atau menggunakan my favorite pisau. Lagi bertikam lidah bila masing-masing nak buat task yang sama pada waktu yang sama. Apalagi, saling salah-menyalahkanlah jawabnya. Akhirnya salah seorang kena halau keluar dari dapur. Selalunya HDlah....

Tapi kalau HD nak buat masakan Uzbek, memang I menghalau diri sendiri sebelum kena halau ^__^ Sebab itulah sampai sekarang I tak pasti apa ingredient yang HD selalu bubuh dalam masakan. Dengar cakap mulutnya aje tapi tak pernah nampak. Kalau tanya lebih, disuruhnya I google aje. Senang!

Masa untuk bersama biasanya bila anak-anak dah tidur which is lebih kurang dah dekat tengah malam. Masa tulah nak berdiskus pasal hal ehwal dunia dan semasa (tipu), gosip lite-lite, kongsi cerita dan apa sahaja yang nak dibualkan especially hal anak-anak dan kehidupan seharian. 

Bila ada waktu senggang bersama tulah selalunya kami jadi budak-budak, dok berkongsi lawak jenaka dua benua kalau tak pun berborak hal-hal yang ala-ala sengal sambil tak kering gusi dok gelak. Precious time to me, walaupun entah apa-apa yang kami borakkan. Bukan senang ya nak dapat peluang begini termasuklah semalam bila anak-anak dipinjam oleh my niece sekejap. Kiranya masa beginilah kami nak exercise mulut kasi otot-otot semua tegang kembali dek kerana asyik dok gelak berdua-duaan jek...

So, semalam kami pergi tengok si giant pandas -Fu Wan dan Feng Yi. Oh, no.... bukan di Zoo Negara tapi dalam TV je. Majalah Tiga semalam *__*

Sambil sibuk makan mi kari udang galah Hj Shahrudin yang famous amos tu (ya, kami makan lewat semalam sebab lepas Maghrib keluar rumah mencari something tapi tak dapat pergi makan kat luar macam selalu....lah itu pun nak kena habaq kat semua!), kami pun berborak kosong....

Dear, look, look, look! Famous gila si panda dua ekor ni. Naik kapal terbang kalah VVIP. Dia dua ORANG jek dalam airplane tu kot (sambil sedap menghirup kuah kari marbeles...)

Memanglah, dah namanya MASKargo. Mana ada ORANG lain selain dia dua EKOR! (selamba jek HD jawab tak tengok pun I...)

La tengok Dear! Kita pun takda gambar kahwin lekat kat badan kereta. Dia berdua siap ada gambar terpampang kat body airplane! Serious gila glamer tau panda dua ekor nih!

Oh, my! They eat 40kg of food daily. Kalau kita makan macam tu, sure tak leh bangun (gelak HD sambil hirup kuah kari tak sudah-sudah...)

Tapi it's okey. Mereka dietlah. See, their favorite food cuma bamboos je. Surelah tak gemuk. Walaupun selera makan mereka much better since sampai Malaysia, tak gemuk pun. Jom kita diet bamboo, nak tak?

Eh, berat mereka more than 100kg okey. I lagi ringan...

Of course ler... you nak lagi berat daripada mereka ke apa? Makan ler 50kg of food daily kalau tak terkangkang kiap nak pakai seluar nanti!

See, 'bapak angkat' mereka (aka penjaga zoo) lagi ringan. Kecil molek je orangnya. Anak buah bukan main alahai berat. Camna nak gomol...

Bukan dia kena angkat sekor-sekor pun nak gomol... apalah you ni! (Eh, faham gak HD ni perkataan gomol tu apa ya...)

Dear, I heard you have to pay RM20 kalau nak tengok si panda nih!

Alah, apahal you jakun sangat. Kat Tashkent I tak heran pun nak masuk zoo tengok panda. Eh, ada panda ke kat zoo sana? I dah lupa!

You pernah masuk zoo ke? Bila?

Pernah! Long time ago when I was just a small boy!!! (Ek, eleh... )

Nah, you see, you see, you see... Sekarang HD dah mahir berbahasa ibunda. Jangan main-main nak dok ngumpat beliau. Boleh borak sambil gurau-gurau kasar lagi. Tapi takdalah sampai letak tangan kat tengkuk macam jiran sebelah I tu .... Hiks!

Moral of the entry?

Takda moral pun *__* 

Just nak bagi tahu, kita ni makpak orang memang sentiasa sibuk. So selalu aje mengabaikan pasangan masing-masing. Jadinya kalau ada sedikit masa yang dapat dihabiskan bersama berdua-duaan tu, eloklah jangan bergaduh. Lebih baik berkongsi cerita walaupun cerita yang dikongsi tu tak tahu logik ke tidak *Ngeh*

 



 




Monday, September 22, 2014

Nasi Lemak untuk Dinner *__*

Salam Isnin kawan-kawan!

Silalah percaya! Hujung minggu yang lepas MD tak melenjan ke mana-mana pun. Dengan penuh sopan, kami sefamili bersantai di rumah je. Terasa malas pulak nak keluar *__*

Bila dah  duduk rumah tu haruslah rajin main masak-masak. Eh, tak juga! Lupa pulak hari Sabtu makan apa kat rumah. Maklumlah usia dah semakin senja kata omputih...

Ini cerita perihal nasi lemak MD. Wah, rasanya tahun ni inilah kali pertama I buat nasi lemak kot. Oh, tak ingat sungguh! 

Biasanya mak-mak buat nasi lemak untuk sarapan pagi tapi Mommy yang ini pergi tukar time makan nasi lemak sebelah malam. Bila I kata nak buat nasi lemak, tiada seorang pun isi rumah yang membangkang (cicak pun tak berani nak bunyi tau!) maka terlaksanalah tugasan,



Okey, kena sedia maklum kalau I buat nasi lemak memang tak cukup sifat selalunya. Takda sayur kat rumah so minta maaflah no timun-timun for Hubbydearie. Nak goreng ikan bilis, I seorang je yang bedal so malaslah.

Macam biasa memang semua pun untuk karnivor makan ^__^

I dah nak siap masak ayam tetiba si Abang suruh goreng drummet pulak. I dah merebus telur tetiba Hubbydearie teringat kat telur puyuh yang dah lama juga menghuni peti sejuk. Maka kita doublekan semuanya. Itu pun yang mereka makan. Yang mereka tak makan malaslah I nak beria membuat.

Bila dihidangkan atas meja dan dinner bermula, aduhai tak berhenti mulut Abang memuji...

Sedaplah nasi lemak Mommy. Mesti ada secret recipe ni sebab itu tak jual di luar!

Mommy, Mommy... tak nak jual nasi lemak ke?

Kenapa selama ni Mommy tak pernah buat pun nasi lemak? Mommy baru google secret recipenya eh?

Mommy, sedap betullah nasi lemak ni! Thank you Mommy for cooking this for us. Thank you Daddy for buying stuff!

Kenyang terus Mommy ni dengan pujian si anak ....

Dan Adik Cute pulak....

Mommy, thank you for buying.... (Mommy masak sendiri lah Adik!)

Mommy, ni beli kat mana? (tunjuk telur rebus)

Mommy, ni beli kat mana? (tunjuk nasi lemak)

Mommy, ni beli kat mana? (tunjuk lauk ayam)

Last-last sekali dia tanya...

Mommy, ni beli kat mana???? (tunjuk pinggan makannya!)

Eh, kenyanglah Mommy kalau macam ni! Tak sempat nak makan, asyik kena jawab soalan jek....

 

 




Projek Sekolah

Salam kawan-kawan! Apa khabar semua? Seronok nampak enjoy makan-makan luar di hujung minggu; butter prawn sepinggan besar campur mixed se...