Wednesday, December 31, 2014

Bye bye 2014!

Salam kawan-kawan!

Akhirnya, sampai jua kita ke penghujung 2014. Terima kasih Ya Allah atas segala apa nikmat dan dugaan yang diberikan sepanjang menempuh kehidupan pada 2014. Walaupun tiada pencapaian yang begitu dibanggakan untuk dikenang sepanjang tahun ini, tetap juga ia menjadi lipatan sejarah dan memori yang sungguh indah untuk tatapan suatu hari nanti.

Kepada kawan-kawan semua, semoga apa yang terjadi dalam hidup kita pada tahun ini akan menjadi tauladan untuk kita memperbaiki diri pada masa akan datang. Insya Allah!

Secara peribadinya, tahun ini merupakan satu tahun yang manis buat I sekeluarga. Kami berjaya menempuhi segala dugaan yang datang dan mengalami setiap saat yang manis as one whole family. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala macam peristiwa yang hadir dalam hidup kami. Semoga keutuhan dan kebahagiaan sekeluarga berkekalan selamanya.

Buat kawan-kawan semua, terima kasih kerana masih setia menemani I mengomel di blog Mummydearie yang tak seberapa ini. Seikhlas hati I ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang sentiasa bersama bergelak-ketawa mahupun sesekali bersedih bersama I di sini. Ikatan persahabatan yang terjalin walaupun hanya mengenali satu sama lain melalui blog ini amatlah I hargai. 

Once again, a BIG THANK YOU and I enjoy being here with all of you *__*

Sumber dari Mr Google *_*

* Nanti I update tentang pengomen tegar ya. Janji tetap janji tapi hadiah belum beli lagi. Hehehehe....



 




Tuesday, December 30, 2014

Quill City Mall

Salam kawan-kawan!

Ya, betul! Ini semua entri autopublish sampailah I balik bekerja tahun hadapan *_* I tengah bercuti ni tapi I risau bangat ramai yang merindui kecomelan kepetahan I membebel dalam blog. Sure dunia alam maya tak meriah tanpa Kak Ton. Right? Right?

Ahah, tak mahu mengakulah tu! Lepas tu ada hati nak kata Kak Ton ni suka aje syok sendiri padahal kita orang tak hairan pun dia takda di alam maya!

Oh, Kak Ton tak sempat bersedih dengan kutukan itu sebab sekarang ni Kak Ton rasa macam Angelina Jolie tengah berlibur dengan Brad Pitt dan anak-anak! (Just bayangkan ajelah ya Angelina Jolie tengah kendung anak, pimpin anak disamping Brad Pitt macam selalu keluar dalam magazine gosip famous amos tu ~_^) Erkk... apa muntah-muntah? Dah tak payah susah-susah tulis komen guna he-ho kata nak muntah sebab itu dah biasa sangat Kak Ton dengar tau. Boringlah! Nanti Kak Ton delete komen tanpa publish baru tau *_*

Ni, I nak cerita pasal shopping mall baru buka di KL ~_~

Siapa dah sampai ke Quill City Mall, sila angkat tangan!

Aha.... 1, 2, 3, 4, 5 blahblahblah....Eh, tak sampai 10 orang pun! Tak tahu ke tempat ni kat mana?

Aha... marilah dengar cerita mengarut Kak Ton ^_^

Quill City Mall ni terletak di Jalan Sultan Ismail, berdekatan dengan Sheraton Imperial Hotel. Kalau nak peta silalah rajinkan jari jemari yang kertu itu check di sini *_* 

I sampai di sini sebelum Christmas ye. Jauh tu ambil 'penerbangan domestik' dari rumah nak ke Jalan Ampang dan terus ke Jalan Sultan Ismail ni tanpa transit di mana-mana....

Masa ke sini, Adik Cute bantai tidur nyenyak dalam kereta. Sebaik aje sampai, I pun pujuk-pujuk kejutkan Adik bangun. Tau apa perkataan pertama yang direngekkan bila I kejutkan?

Adik nak pigi Legoland! Mommy, dah sampai Legoland ke?

Sambil mendayu-dayu merengek! Alahai kesian superhero I ni. Bapaknya buat tak dengar jerk! Nyampah!

Besar juga shopping mall ni walaupun belum siap sepenuhnya. Banyak juga outlets yang dah buka. Parking pulak percuma kalau weekends. Sampai bila enggak taulah. Menurut kawan I yang dah sampai dulu, tak banyak pilihan di sini dan orang pun tak ramai tapi masa kami sekeluarga ke sini, quite ramai juga orang. Itulah, kalau nak ke mana-mana jangan asyik dengar kata orang je. Mesti sendiri terjah baru tahu luar dalam. Eh, apa statement kah ini? 


Kami takdalah nak mengelilingi Quill City Mall ni. Just berlegar kat LG dan G Floor aje. Tengok-tengok deko for Christmasnya! Paling I rasa seronok sebab ada Aeon. Aeon Supermarketnya mak datuk aih..... punyalah besar dan nampak classy sangat. Hiks!

Nampak tak mereka pakai baju sepasang macam kembar? Itu atas kehendak Adik Cute yang suka sangat tiru gaya Abang. Masa ni dah belikan dia 'JIN' baru *_*

Adik Cute of course dah lari panjat dada Daddydearie ye bila nampak Santa Claus ni. Kata Abang, Santa Claus tanya ' Are you celebrating Christmas?' (Abang jawab 'No'lah) lepas tu tanya lagi 'Do you want to take photo with me?' (Abang jawab 'Yes' lah) Dapatlah lolipop satu lepas tu *_*


Suka tau I dok berlama-lama dalam Aeon supermarket tu. I ingat nak ambil troli tapi sudah kena sound dengan bapaknya. Apa kes nak beli kat sini pulak kalau belakang rumah pun kita ada sebesar-besar Aeon jugak! Maka, I pejam cuci mata je, mengekor belakang Hubbydearie dan anak-anak.... Tertelan-telan air liur I tau sambil jenjalan cuci mata tu....



Nampak tak macam adik-beradik? Seluar JIN Adik tu baru beli. Nak three quarters punya macam Abang katanya....

Okey, itu ajelah nak cerita ~_^

Pendek tak entri autopublish Kak Ton ni? Lenkali boleh buat ginilah kalau nak tulis entri super pendek bak kata Dik Sal tu ~_^ 

* Maaflah jika tiada entri berkaitan hal ehwal semasa lebih-lebih lagi kisah yang menyedihkan seperti banjir di Pantai Timur mahupun kehilangan pesawat Air Asia Indonesia. Sememangnya hati ini tak gemar berbicara kisah yang menyedihkan di dalam blog tapi bukan bermakna MD ni tak prihatin langsung. Rambut kita mungkin sama hitam tapi hati kita berbeza maka pemikiran kita juga jauh berbeza. Moga masa yang sukar ini akan segera berlalu.  

* * Sesi persekolahan 2015 bermula seminggu lewat iaitu pada 12hb Jan, 2015. Abang sungguh gembira dapat extra seminggu 'berlibur' di depan komputer nampaknya! I pulak terpaksa membatalkan cuti pada 5hb dan 6hb Jan dan ditukar kepada 12hb dan 13hb. Anak Kak Ton naik sekolah, Kak Ton pun nak pergi sekolah juga ~_^










Monday, December 29, 2014

Persediaan persekolahan Bubbly Abang (ke Mommynya?)

Salam kawan-kawan!

Okey, I tengah bercuti ni makanya ini semua autopublishlah ye ^_^

Ada yang dah mula merindui ngomelan MD ke? Oh, feeling-feeling celeb pulak rasanya ~_^

Okey, back to the topic! 

Memandangkan I tengah buat persediaan 'meng-top up' keperluan untuk persekolahan Bubbly Abang, maka kita merayau-rayau ke shopping mall ajelah pada suatu hujung minggu tu. Tahun depan Abang dah naik Tahun 3 so Mommy dah expert bab-bab penyediaan persiapan sekolah ni. Takdalah kalut macam 2 tahun lepas, habis semua kuborong sambil pejam mata lepas tu menyesal guling-guling atas katil ^_~ Itu pun sedar lepas anak dah nak masuk Tahun 2 sebab dapat lebih info bila dah start berblogging! Hahaha...

No spending-spending over the limit this time tapi gitu gaya berjimat-cermat pun makan ratus-ratus juga hanya kerana seorang anak nak naik sekolah  tahun depan. Kalaulah ada 4,5 anak yang bersekolah, macam mana ya? Haruslah kena apply BR1M macam ni. Itu pun belum tentu cukup!

Macam biasa, Bubbly Abang dah tak over excited dengan persediaan sekolahnya tetapi Mommynya pulak berlagak macam dia yang nak pergi sekolah tahun depan ~_^ Sebelum cuti sekolah lagi I dah buat kajian apa patut beli dan apa yang jangan dijeling-jeling walaupun hati teringin (hati I yang teringin okey bukan hati si Bubbly Abang!) So, kita kumpulkan segala keinginan itu dan pergi membeli serentak. Malaslah I nak keluar dua,  tiga kali setakat nak beli persiapan sekolah walaupun I suka aje pergi shopping mall 2,3 kali sehari ^_^

This time I belikan tiga pasang seluar biru panjang, 3 helai kemeja sekolah dan tambah 2 pasang kasut dan stokin baru ( dua kasut lama dah nampak lusuh maka total kasut si Abang jadi 5 pasang kembali). Baju dan seluar sekolah memang tak dapat nak dicarry forward kerana seluar dah senteng. Kalau pakai memang sebiji macam kembar Wak Doyok cuma berisi sikitlah badan Wak Doyok cilik ni. Kemeja sekolah pun dah boleh buat lap meja makan kat rumah. Dua je dapat diselamatkan kerana I beli pertengahan tahun ni. Itu pun kalau tak kena gaya mahu Abang tak muat nak pakai lagi. Oh, jangan pandang serius kata-kata I nih. I tak buat lap pinggan mangkuk pun pakaian sekolah Abang tu. I dah bungkus bagi orang.

Buku-buku lama dah siap kena bungkus dok elok bawah katil. Buku-buku baru pun dah siap dibalut seawal cuti sekolah lalu. Eh, bab buku lama  tu dah penuh kotak kat rumah kerana 'minat' menyimpan buku lama ni I dah mulakan since Bubbly Abang di Smart Readers lagi. Setakat peralatan menulis tu, I tak beli banyak pun sebab di rumah dah macam kedai buku sekolah. Penuh sekotak dengan alat tulis. I cuma belikan gunting baru je (kah3x).

Meh, nak cerita sikit pasal beg sekolah. Shhh...jangan baca kuat-kuat! Hubbydearie tak tahu lagi nih. Beg dah selamat dilontar belakang almari. Day 1 naik sekolah nanti baru kita orang nak show off, show off kat bapaknya ~_^ Mesti kena tadah telinga sambil diam seribu bahasa. Nak melawan, baru awal tahun. Tak baik melawan cakap suami tau. Keh3x.

Alkisah, I dah  terpandang beg sekolah ni lama dah. Pattern sama je lebih kurang dengan beg yang Abang pakai di Tahun 2. Warna je berbeza. I told that to Bubbly Abang tapi katanya,

Tak payahlah Mommy beli baru. Beg lamakan okey lagi. Lepas Mommy basuh nanti boleh pakai semula!

Itu kata-kata yang mengalirkan air mata Mommynya. Uhuk, uhuk.... *modesedihokeyapagelakgelak*

Maka I terlupa conversation anak beranak tu yang terjadi sehari sebelum cuti sekolah! Baru-baru ni bila kita shopping persiapan sekolah, I pun tunjuklah kat Abang beg yang I berkenan tu. Abang pun belek.

Abang, ambil hitam biru ni yek! Tahun lepas dah beli hitam merahkan!

Mommy, beg lama okey kan? Buat apa nak membazir duit?

Alah... Mommy dah sediakan budgetkan nak beli beg baru. Abang cakap okey ajelah ya, Mommy belikan beg baru ni untuk Abang for next year!

Demi tak mahu jadi anak derhaka, Abang redha ajelah sebab dia memang dah arif, Mommynya suka over-over macam dia yang nak naik sekolah!

Oh, I takdalah ikut perasaan sendiri je bila membeli barang keperluan Abang. I tahu juga apa yang disukai dan tidak. Abang dah pesan tak suka apa-apa gambar pun pada barang sekolahnya. Even botol air dan bekal pun I beli plain colour aje (Eh, ni I tak beli barulah!) Pensel pun dia lebih suka mechanical pencil dengan mata 0.7. Kalau beli yang 0.5 tu mahu dia muncung sedepa sebab tak best nak tulis!

Ish, siapalah tu kata I ikut hati sendiri! I ikut kata anak-anak I lah bila membeli barang depa ^_^









Friday, December 26, 2014

Adik dan 'tiba-tiba'

Salam kawan-kawan!

Macam dah lama je tak bercerita tentang my beloved superheroes walaupun gambar mereka ada je dalam blog ni tak kisahlah apa pun tajuk entri diberi. Rasa rindu pula nak berkongsi cerita mereka ni. Ya, ya, I tau... memang I aje yang ada anak, sebab itulah selalu meroyan pasal anak-anak je!

Mahal tak tahi lalat palsu kat dagu kanan Adik Cute ni?

Kepetahan Adik Cute berbicara sekarang ni berada di tahap yang membimbangkan perasaan MommyDaddynya. Keletahnya berbicara boleh buat kita semput dok ketawa.  Tapi itulah, dah namanya hero pujaan Malaya sekarang ni dah ada perasaan malu di khalayak ramai. Kalau I tengah pakaikan baju tetiba my nephew atau niece kesayangannya datang rumah, memang dia lari sembunyi belakang langsir. Alasannya - Adik maluuuuu! 

Suatu hari bila I balik kerja, macam biasa Adik pun menyambut dengan salam tangan kidalnya dan ciuman to my pipi. Belum sempat I buka shawl, Adik dah start komplen....

Mommy, tadi Makngah mayah Adik!

Kenapa Makngah marah Adik?

Adikkan boyyyyy tapi Adik nak beli Pozen! Makngah kata tak bolehhhhhhhh! Adik bukan girllll....Adikkan boyyyyyy! Tapi..... Adik nak beli Pozennnnn..... (Frozen)

Makngah belikan tak?

Tak! Makngah belikan tu-wain! (train). Pozen mahai lah! (mahal)

Adik ni memang ada habit. Kalau pergi mana-mana memang kerjanya mengepow ajelah. Kalau dia nak beli toys tu, dia akan membelek-belek mencari yang berkenan di hati. Nanti bila kita unjukkan pada dia toys yang murah, dia akan kata,

Eh! Tak bolehlah! Ini mahai lahhhhhh!

Lepas  tu dia akan unjukkan pada kita toys yang dia berkenan yang harganya berkali-kali ganda lebih mahal daripada yang kita tunjuk tu.... 

Sekarang ni Adik suka berbual. Tajuk bahan bualan biasanya 'rembat' cerita Abang. Kalau I balik kerja, memang Adik Cute dan Bubbly Abang berebut-rebut nak bercerita. Selalunya Abanglah yang start dulu nak cerita tetiba je kena 'cantas' dengan Adik. Baru aje Abang nak bercerita pada Mommy, dia dah menyampuk,

Abang senyap! Adik nak takap ngan Mommy! Mommy, Mommy..... blahblahblah.... (repeat mukadimah cerita yang si Abangnya baru nak cerita....) 

Tak pun dijeritnya sekuat hati...

Abang diam! Jap, jap, Adik nak takap dulu! 


Bila Abang diam, dia pun tak tahu apa cerita nak takap (cakap)  tu. Sebenarnya dia nak menyambung segala cerita Abang tapi bila tak tahu apa cerita Abangnya, macam mana nak sambung?

Adik ni mengadalah! Ceritalah apa Adik nak cerita dengan Mommy tadi! Kan tak tahu apa nak cakap! Suka menyampuklah!
Kalau kita buat selamba tak faham cerita mulalah si Adik membebel,

Apalah Mommy ni! Itu pun tak faham ke?

Mengucap dada mohon disabarkan hati ni ajelah tau ^_^ 



Baru-baru ni I bawa dia ke Aeon kerana nak mencari barang si Abang tetiba dia pulak menyibuk pagi-pagi dah dok tanya,

Mommy, kita nak pigi mana? Jom gi JJ. Adik nak beli jin! (jeans) Jin Adik tinggal satuuuu ajee....

So, marilah kita pergi cari JIN.

Sampai kat Aeon, dipownya suruh beli blocks. I ambil yang kecil dikatanya jangan sebab mahal. Diunjukkan yang besar sambil mulut mengomel,

Apalah, Mommy ni! Itu pun tak tahu ke?

Balik aje rumah berseleraklah dikerjakannya....

Bila I suruh kemas, macam biasa jawab si Adik ni,

Tak nak! Adik pinat  ahhhh.... (penat)

Entah mana belajar, semua perkataan berhuruf 'e' pada sukukata pertama ditukar jadi 'i' maka terhasillah perkataan baru seperti 'pinat' (penat), kinyang (kenyang), kincing (kencing) dan sebagainya *_*

Beberapa hari ni I dengar dia sibuk bermain seorang diri dengan blocks yang ada. Setiap kali main blocks mesti nak ambil pinggan plastik. Lepas tu membebel kata,

Apalah Mommy ni! Tak basuh pinggan eh.... (sambil buka paip air di sinki nak basuh pinggan plastiknya)

I pun confused tapi tak ambil peduli sampailah suatu malam tu I terdengar dia bercakap seorang diri sambil bermain blocks....

Tiba-tiba masukkan bawang..... (letak blocks dalam pinggan)

Tiba-tiba masukkan kuali..... (letak blocks dalam pinggan lagi)

Tiba-tiba masukkan pinggan..... (lagi letak blocks dalam pinggan...)

Hmmm...sedapnya......

Oh, alahai.... tengah jadi Masterchef rupanya! 

Kalau nak keluar berjalan pun dah pandai memilih pakaian sendiri. Kalau dia tak mahu pakai, maka merengeklah dia tak mahu. Sekarang ni tak suka short pants, dia suka jeans tiga suku macam si Bubbly Abang. Semua nak ikut macam Abang katanya. Maka baru-baru ini, Mommy yang clever telah membeli t-shirt sama warna dan pattern untuk kedua-dua superheroes. Macam best pulak tengok mereka pakai 'pakaian seragam' *_* 

Kadang tu nak duduk kat rumah pun memilih baju apa nak pakai. Boleh pulak tu cakap,

Ni je baju? Takda baju lagi ke??? Mommy tak basuh baju eh?? Alaaa....Adik tak suka baju nih!

Suatu hari I sapu Yoko Yoko di bahu tetiba Adik Cute datang meluru nak sayang Mommy katanya. Bukan main erat dipeluknya Mommy sambil berkata,

Hmmmm....wanginya armpit, Mommy! Macam bau ayam goreng!

Errrkkkk... biar betul ni, Adik! Sapu Yoko Yoko kat bahu boleh pulak dikatanya bau datang dari armpit!

Aduh! Biar benar ni, Adik! Takkanlah bau Yoko Yoko sama macam bau ayam goreng! Seingat I tak pernah pulak I gorengkan ayam untuk superheroes I letak setitis dua minyak kapak ke, Yoko Yoko ke apa!

Sekarang ni pulak kalau apa-apa berlaku je mesti nak beristighfar dulu. Kalau  tengah sepahkan mainan lepas tu disuruh kemas, mulalah beristigfar. Kalau kita tinggi suara sikit, mulalah dia beristighfar lepas tu kata,

Mommy! Jangan jerit! 

Mommy ni suka mayah macam Kak Ghoslah! (Kak Rose dalam Upin Ipin)

Time kita baik disuruhnya kita datang padanya sambil mendepa tangan,

Come to papa. Come! Come!

Adakalanya Adik ni pun rajin terutama masa nak tidur. Dialah yang rajin sediakan tempat tidur dan kalau dipuji mulalah dok kata,

Good boy! Bagus anak Mommy nih! 

Mommy, mari Adik matat Mommy! (massage)

Dekat rumah I ni memang tak pernah senyap ya sampailah mereka berdua masuk tidur. Memang hiruk pikuk sepanjang masa. Walaupun Abang sekarang ni very protective, bergaduh mulut dengan Adik memang kerap juga terjadi. Lepas tu berlarilah si kecil ni nak mengadu,

Mommy, Abang dahat (jahat)! Abang takap tenyaplah(senyaplah)! Abang mayah Adik!

Kalau mood mengganasnya datang, memang dibelasahnya Abang cukup-cukup. Menjerit-jerit Abang mengaduh sambil nak libas Adik tak dapat-dapat. Hahaha....

Nickname pun kena ikut situasi Adik Cute ni. Kalau dulu digelar diri sendiri 'Cat'. Kita panggil Adik dia tak menyahut tapi kalau kita panggil 'Cat' cepat je dia jawab 'Meow' sambil merangkak ala-ala kucing manja.

Sekarang ni sebab tengah minat Oggy dan Upin Ipin, dia gelar dirinya Mail. Kalau tidak pun dialah Oggy.

Pernah suatu hari I suruh dia datang dekat, dia pun kata...

Mommy ni bukan Adik. Ni Mail lah!

I pun pura-pura menangis, Mommy taknak Mail. Mommy nak Adik. Mail, baliklah rumah dia!

Alaa.....tak boleh! Mail takda tempat nak balik...... sambil lari-lari peluk I sebab I dah menangis. 

Adik ni dia alergi kalau nampak Mommy menangis. Laju je datang peluk sambil usap-usap belakang tak kasi nangis-nangis *_* 














Wednesday, December 24, 2014

Ke I-City lagi....

Salam sayang kawan-kawan!

Yeah, esok Christmas! 

Eh, bukan I celebrate Christmas ye tapi sebab cuti satu hari itu yang terasa betapa valuablenya Khamis minggu ini ~_^

Okey, hari ni nak bercerita tentang aktiviti hujung minggu yang baru. Oh, ya... walaupun I bercuti lebih sehari daripada biasa, kami tak ke mana-mana. Ada aje menyesakkan bandaraya Kuala Lumpur ni.

Hari Jumaat sebelum balik kerja dah telefon Hubbydearie, dok tanya apa plan kami petang tu. Nak makan luar ke atau nak suruh masak. Nak bawa anak-anak pergi shopping mall ke atau ada tempat yang nak dituju petang-petang gitu.

Tetiba Hubbydearie beri idea - why not kita bawa superheroes ke I-City?

Mulanya I rasa macam malas nak heret kaki ke sana. Dah beberapa kali terjah I-City ni. Bukan ada apa-apa yang menarik pun. Dek kerana tak tahu nak ke mana, maka kita setuju ajelah dengan cadangan bapaknya.

Lepas solat Maghrib, kami pun berkelanalah ke I-City. Of course, of course bukan naik kuda mahupun unta, kami naik kereta cabuk jerk pi jenjalan....

Sampai sana, tengok takdalah ramai orang. Okey, I pun lega. Tak perlu nak disguise jadi catwoman or wonderwoman mahupun wonderpets! Kita cari makan dululah sebab perut dah berkeroncong. Asalnya nak ke restoran idaman kalbu tapi Hubbydearie ''sengaja' terlepas simpang. Jadi terlanjur dah sampai di I-City, kita carilah port biasa....


Cemburu tau si Adik ni. Bila I ambil gambar Abang saja, dia mulalah minta snap gambarnya sama. Bila kita suruh posing, dia buat derk aje!


Tadaaaa! Mana lagi kalau bukan KRR ye ^_^ Ini makan malam MD, dikongsi bersama dengan si Adik Cute. Lepas kempunan teringin nak makan macaroni cheese. Ambil sampai dua side dish si macaroni ni. Ingatkan nak balun habis rupa-rupanya si Adik Cute yang balun tolong licinkan... Kempunan balik Mommy tau!



Abang pulak balun quarter chicken+2 bowls of rice+mashed potato and plate Hubbydearie je yang meriah side dishnya, berwarna-warni! But then, KRR kat sini macam tak berapa bestlah. Sos blackpepper pun ciput aje. Bak kata Abang, dia aim nasi dan quarter chicken untuk dicicah dengan black pepper sauce yang lazat tapi hampa! Habis tetap habis cuma entah mengapa mashed potato diserahkan pada MommyDaddy minta dilicinkan ^_^

Bila perut dah kenyang barulah boleh jalan-jalan di I-City ~_~ Keluar dari KRR je tengok orang dah mula ramai di sini. So, kita redah ajelah mana dapat! Dah cantik rupanya I-City ni. Semua  tempat dah bersimen dan tempat mainan kanak-kanak pun banyak pilihan dah!






Surprisingly, my superheroes tak mahu melenjan di sini. Bapaknya punyalah marah. Suruh naik ini tak mahu, suruh buat itu tak hendak. Posing memang terpaksalah sebab 'syurga di bawah tapak kaki Mommy'. Maka no derhaka-derhaka. Itu pun Bubbly Abang sahaja yang rela dalam keterpaksaan tapi Adik Cute peduli apa.



 
Hubbydearie punyalah angin sebab superheroes langsung tak mahu main di dalam ni. Dengan I, I sekali kena marah sebab dok sibuk ambil gambar superheroes bawah pokoklah, bawah itulah, inilah sedangkan anak-anak bukannya gegirl nak gambar-gambar dengan bunga, mainan bagai! Sarungkan dress aje katanya kalau dah sibuk nak suruh anak-anak posing masuk blog. Aduh! Ingatkan HD memahami naluri seorang blogger picisan tapi tegar nih!

Abang pula bila I suruh main itu, naik ini, katanya tak payah. Membazir duit je. Tidak pun dia terasa malu sebab dia besar dan budak-budak lain tak 'setaraf' ketinggian dengannya. So, dia rasa awkward gitu. But then, ajak masuk rumah hantu, trick art museum, takut pula. Dapdupdapdup jantung katanya..... Manalah tak kena marah dengan Daddydearie!





Si Adik pula baru je kita berbincang nak naik, dia dah lompat ke dada bapaknya. Akut, akut... Taknak, taknak! Aduhai, memang rasa macam bawa dua anak perempuan jerk! Tapi tak boleh disalahkan juga. I rasa ikut gene Mommy tu - penakut!






Balik dari sini, puas kami suami isteri dok berfikir kenapa anak-anak harapkan badan je besar tapi hati kecil. Yalah, kalau ikut sejarah Bubbly Abang, memang dari kecil sampai umurnya 5 tahun, dia bermain sendirian. Tiada kawan sebaya ketika itu. Bila my sister babysit si Abang, pun tiada sesiapa di rumah untuk diajak bermain. Bila dah besar, masanya lebih banyak di depan komputer. Tetiba I rasa kesian pada my beloved son. Mommy pun satu hal. Kena marah dengan Daddy sebab terover protective - itu tak boleh, ini tak boleh. Anak asyik nak duduk depan mata je, tak boleh pergi jauh sikit! I redha ajelah pasang telinga sambil sesekali melawan. Hahaha....

Hari Sabtu kita tak ke mana-mana. Jalan santai jerk. Itu cerita lain pulak ya!










 


Tuesday, December 23, 2014

Rasa bersalah pulak...

Salam kawan-kawan!

OMG....

Oh, Mak Dara....

Pada sesiapa yang tak tahu, I ni memang rajin. Like kata my neighbour, I ni the rajinest in KL. Sila jangan main-main *_*

Umum mengetahui (Dah, dah, dah start dia ni meroyan...) I ni memang rajin blogwalking, memang suka dok bertenggek kat carta hati blog orang walaupun tak dipelawa dan dialu-alukan (Oh, tetiba feeling syahdu sampai merembes air hingus, silalah percaya!), rajin menulis panjang-panjang dan rajin membalas komen sampai ke noktah yang terakhir, sampai tak tahu apa dah orang nak komen ~_^

Kadang tu orang bagi komen 3 patah perkataan je tapi bila I balas komen, berpatah-patah perkataan I tulis balik. Manalah  tak 'sakit jiwa' kawan-kawan yang mengomen dan membaca blog ni. Silalah maafkan kerajinan I yang satu ni. I pun sebelum berblogging memang tak sedar yang I ni rupa-rupanya ada skil meroyan yang amat hebat. Serius I tak tahu you know....

Itu baru kehidupan alam maya. Kehidupan kat dunia realiti ni tak perlulah tahu betapa rajinnya I nih. Nangis-nangis nanti pulak you all bila buat comparison dengan perempuan Melayu terakhir ni.... I nak mengelakkan KL ni dilanda bah dek air mata you all bila mengetahui tahap kerajinan I yang sebenarnya. Cuma I bagi klu ajelah ya... kalau I tak rajin takkanlah spender anak pun I iron. Hahaha....

Meh, meh, kita balik ke pangkal cerita. Sebenarnya I tengah pening lalat ni. Bila I check my published comment, terasa seriau diri ini. Yes, yes, I memang rajin balas komen tapi dah kata yang I  tetiba menjadikan diri ini superbusy dengan ketidakhadiran di alam maya buat beberapa hari, makanya banyaklah komen yang hadir dalam blog. Dah tu, I pi buat sticky post untuk pengomen tegar I buat apa? Habis dah penuh kotak komen (MD tipu!) 

Kotak komen penuh, I don't worry la dear but yang make me worry so much ni, macam mana I nak balas komen Of course, itu bukan perkara wajib pun tapi I telah menjadikan ia suatu kemestian buat diri seorang blogger picisan bernama MD ni. Bila you all komen, of courselah I rasa dihargai walaupun entri I as you can see, memang tak berilmiah langsung. Saja je nak buat orang exercise mulut, jangan sombong sangat dok katup je mulut tu tak mahu mesra-mesra bergelak bersama. 

This is how I appreciate my alam maya friends. I nak bagi selori hadiah setiap hari, I sebenarnya belum jadi billionaire lagi. Lainlah kalau I reside kat Indon mahupun India, of course dah lama jadi billionaire rupiah/rupee nih! Memang hari-harilah I dermakan harta benda tak kira pada sesiapa pun, dah tu  tak habis nak makan, buat apalah nak jadi kedekut, right? ^_^

Bab sticky post ni pun, you all silalah baca betul-betul. I memang nak bagi hadiah tapi bukan yang ditayang itu. As I mentioned, fresh dari shopping mall! Tapi banyak pulak yang berkenan barang Crabtree I ni, sanggup terima barang nak expired juga. Rasa bersalah pulak I dah.... Kang kalau I bagi keychain jerk, tak pun fridge magnet jerk, ada yang patah hati pulak. Aduhai... Cuma ada seorang tu jerk kalau berjaya kekal di situ, dia kata button badge pun dah okey. Favorite bangat *_*

Nantilah ya masa I cuti panjang next week, I tinjau-tinjau barangan yang harus menjadi sobinear kawan-kawan. By the way, ni nak beritahu fakta. Dah sebulan I tak jejak KLCC sebab malas. Cuti sekolah mesti ramai orangkan, tak kuasa I nak menyelit sama menyemakkan KLCC tapikan.... hari ni I nak pi melawat kawasan Parlimen P007 I itu ~_^

Melalui entri yang ini juga, I dapat buat satu kesimpulan tapi biarlah I simpan dalam hati jer. I is sedih you see... tapi takpalah, takpa! I ni happy go lucky orangnya, kalau tidak cepatlah tua nanti!

Again, this is not my main entry! Kalau you all dah biasa, MD ni memang suka buat entri suka-suki buat sakit hati orang. And, and, and, ya... I tak pi mana-mana pun cuti hujung minggu yang lalu. 'Legoland, aku datang!' pun kemungkinan besar (99.9%) terpaksa dibatalkan kerana pak akauntan bilang, tunggu keponakannya sampe nanti bisa pergi bersama-sama. Iya, iya, ibuknya angguk sajaaaaaaaaaaaaaaa! (Dalam hati ni dah melalak tau penat kumpul segala kupon diskaun dan kids go free bagai yang valid sampai 31 Dis jerk! I don't believe dengan kata-kata manis HD ni. Believe me, kalau I tak drive sendiri ke Legoland bawa anak-anak, memang jangan haraplah janji manis HD ni! Ibuk tension!!!)

 

 


Daku kembali....

Salam sayang kawan-kawan!

Aduh, baru je nak start menulis feeling perahsantan dah berleluasa. Asal perahsantan je, mestilah waktu menulis entri. Nak buat macam manakan, dah tabiat azali si MD ni. Hadam jelah walaupun meluat, ya tak! 

Okey, okey, nak mencemuh ke apa sukahatilah sebab I bukan nampak pun tapi kena ingat, dosa mengumpat I tak tanggung you walaupun I yang ajak mengumpat! Hehehe....

Awat I terlebih meroyan hari ni? Sebab pertama, you all mungkin tak perasan tapi semalam I mana ada di alam maya. Sampai hati tau, takda siapa pun tanya khabar I. Mulut sakit ke dia, kena ulcer ke apa dah sehari suntuk MD ni tak membebel dalam blog. I is kecik hati sangat-sangat tau ^__^ *tengahbuataksimerajuklani*

Sebab kedua, pepagi buka aje blog I dah ketawa meroyan tak ingat dunia. Selalunya ini kerja I tau. I yang selalu pi blogwalking rumah kawan-kawan lepas tu bomkan terus kotak komen mereka dengan komen-komen yang tak reti I nak pendek-pendekkan. Blog orang pun macam blog I je kekdahnya. Mengomen tak ingat dunia. Makanya lebih baik you all lega hati kalau I tak singgah. Kalau tidak, memang nangis-nangis baca komen I tau! Tetiba hari ni I pulak kena 'bom' dengan seorang blogger. I tak payah beritahulah siapa.... Ya tak, kakkkkkkkkk D..... Hahaha... nak juga bagi clue ^_^

Eh, by the NKVE hi-way, I ni sebenarnya mana ada mudanya. Perangai je mengalahkan budak baru akil baligh. Kalau letak I sebelah budak 18 tahun pun I champion perangai mengada-ngada berbanding budak 18 tahun tu ~_^

Like I said in one of my comments, orang tua memang suka berlagak muda. Oppp...that's only suitable for melah, jangan dok fikir orang lain pun sama. Jiran sebelah I tu I tak tahulah. Memang katanya awet muda memanjang; asyik merempit, berselfie, wepie, wee-wee je tak lagi! Mak! Nak order adult drypers ke tak ni? Kak Ton nak buat bisnes ni. Mak lah orang pertama jadi client VVIP Kak Ton yerk!

Shhh...jangan bubuh link nanti ada orang terasa. Wakakah....

Pada yang merindui diri ini (huaaaaaa... macam gaya celeb sendu jerk!) I nak bagi tahu sesuatu ya. I akan mula bercuti dari 26 Disember sehinggalah 6 Januari tahun depan. Of course bila I cuti I tak akan update blog. So, time tulah you all nak show proof yang you all memang rindukan I serindu-rindunya macam lagu sudu by kumpulan Spoon.

Erkkk, gaya bercakap macam confident gila ada peminat nih. Masak eh perahsantan si MD ni. Harapnya takdalah bawa ke tahun depan!

Okey, ni entri pemanas hati je sebenarnya. Nanti-nanti I update story mory lalaland as usual. Kalau sehari I tak datang kerja, maknanya kerja akan jadi berlambak walaupun hari-hari I datang kerja, takda pulak kerja melambak atas meja. I pun sebenarnya confused bangat ni tapi takpa, tak perlu susah-susah nak crack your head dok fikir masalah kerja I pulak ya ~_^

P.S. Congrats to my anak saudara keponakan belah emaknya( my sis ler tu...) kerana mendapat 10A dalam PT3 yang diumumkan semalam. Ahah, itulah baru namanya anak sedara aunty *__* Dengan berita itu I is kalah ler dengan minah cilik seorang ni. I dapat 8A je tapi my niece sudah sapu bersih semua A yang ada dalam PT3 tu. Yeah, aunty is so happy that you don't have to kahwin cepat sebab dah dapat keputusan cemerlang. You go, girl. Dah, dah, don't try to follow-follow your aunty punya 'jejak sejarah' *_*










Friday, December 19, 2014

MidValley *__*

Salam kawan-kawan,

Oh, entri semalam tu I stickykan ye buat tatapan pengomen tegar mahupun yang berhajat nak jadi pengomen tegar ^__^

Wah, gaya bercakap macam blogger billionaire (kasi up sikit level, blogger jutawan tu ciput sangat title zaman sekarang nih....) padahal PICISAN jerk *__* Takpa, takpa, berangan itu free. Oleh itu ia milik semua orang termasuk ah kak yang kuat perasan nih!

Pada suatu petang minggu ini, I bawa superheroes ke MidValley. Rasa macam dah lama sangat tak ke sini. When was the last time we mai here, Dear? Ahah, tak boleh recall pulak.... But I guess few weekslah rasanya tak pi favorite port nih!

Sebenarnya kami ke sana sebab nak cari makan tapi bila dah sampai tak tahu apa kita nak makan. Tanya kat superheroes jawabnya 'Ayam!'. Maka, kita pun pergilah ke Texas Chicken. Ni conversation laki bini...


Dear, lets try Texas Chicken! Never been here right?


Never what? Yang memborong food tak ingat kat Tesco branch tu, refill banyak kali  tu apa?

Uhuh...malu ah kak kena sound suami sendiri tau! Aduh, you ni Dear.... pecah rahsia I tau. Kalau you tak cakap, semua orang tak tahu I pi  refill air 25kali!

Erkkk... wait, wait, wait! HD tak cakap pun tapi MD yang pecahkan rahsia sendiri tulis dalam blog siapa suruhkan! 

Oh, my mistake! Fully my mistake. I'm sowi for blaming suami pulak ^__^

Okey, kita tak nak cerita pasal Texas Chicken tapi I tell you, I like mashed potatonya. Kalau dulu rajin ke sini sebab si Popeyes. Sekarang Popeyes dah balik kepada isterinya si Olive, maka restoran dah ditutup, tak tahulah tutup terus ke atau tutup cawangan jerk!

Habis je makan elok masuk Maghrib. So, HD bawa Bubbly Abang pergi surau dan I bawa si Adik Cute pi Aeon Wellness.

Baru je I nak cari something tetiba si Abang menyergah dari belakang. Katanya surau dah tutup kena naik tingkat 3. So I dan Adik pun ikutlah mereka naik eskalator. Punyalah lama kami tak sampai MidValley sampaikan surau dah pindah ke tingkat 3 pun kami tak tahu.   

Baru je lepas dua eskalator tetiba I rasa lain macam 'ringan' pulak kasut yang I pakai tu. I gagahi juga bawa Adik naik setingkat lagi. Sampai kat atas, I pun jeritlah kat Hubbydearie yang dah menonong laju dengan Abang suruh berhenti kejap. I pun belek kasut, awat rasa lain macam ni....

Nak tahu kenapa?

Ahah... I guess you all dah tahu dah sebabnya. I dengan kasut mana ada ong mah!

Tapak kasut I sebelah kanan tercabut okey.! Sipi lagi nak tercabut habis. I think I ni ganas kot bila pakai kasut. Habis semua kasut I lenjan. Padahal pakai bukan hari-hari pun. Nak kata kasut murah pun tidak juga. Kasut I beli murah tak pernah bermasalah tapi yang suka buat masalah dengan I ni, kasut mahal! Pelik dan konpius otak geliga I ni memikirkannya tau *__*

Maka, I suruhlah Hubbydearie dan Abang jalan dulu pi surau manakala I terhegeh-hegeh heret kaki masuk dalam Aeon. Kena turun dua tingkat pulak nak pi bahagian kasut. Sebelum tu ada bahagian kanak-kanak. Aduh, siksa ni nak main hide and seek dengan Adik supaya dia tak perasan. Itupun bila nampak toys, dia dah kejangkan badan tak mahu bergerak tapi I heret juga slowly dah kasut I ni tinggal tunggu masa je. Parahlah Mommy kalau kena jalan kaki ayam dalam Aeon ni nak cari kasut!

Disebabkan terdesak, I beli jelah apa kasut yang dapat. Kasut yang I nak, takda sizelah, takda warnalah, makanya I pejam mata pilih jelah mana dapat. Malas nak fikir banyak. 

Once bayar, I terus patah balik kat tempat kasut tu dan beritahu kat salesgirl,

Dik, bagi akak kasut tu akak nak pakai. Kasut akak  ni sikit lagi nak tercabut dah nih. Glamor akak kang orang tengok berkaki ayam keluar dari sini! Bak kasut tu cepat!

Duh, lega rasanya bila dapat tukar kasut tapi rasa macam 'terbantut' pulak. Dahlah I ni tak tinggi mana, kena pulak pakai sandals gaya artis kilauan emaskan....

Lepas Hubbydearie selesai, terpaksalah kami bawa superheroes pergi Molly Fantasy. Kalau tidak, ada yang mogok cengeng dalam kereta macam mati bini!


Bubbly Abang dah tak hairan tempat macam ni. Selalunya dia tolong belikan token jer. Belajar dari kesilapan lalu ya, Abang. Jangan beli token sampai RM50 lagi!

Adik Cute nak bawa kereta tapi tak sampai nak tekan minyak. Abang tolong tekan minyak dan brek, Adik control stereng *__*

Suka sangat I masa tengok mereka dua beradik bergelak sakan happy membantu each other ^_^

Jangan tak tahu, Mommy selalu tumpang sekaki main game ni dengan Adik Cute *_*

















Thursday, December 18, 2014

Dah patah hati pulak si MD nih....

(Latest entry please scroll down yo! *__*)

Salam Khamis kawan-kawan!

Hari ni I ada sedikit bengang di pejabat tapi sebab dah janji tak mahu mengeluh lagi, makanya kita lupakan hal itu. Usah ditanya mengapa....

Mood menulis pun jadi kedaung dek kerana hal itu tapi kalau tak menulis takut pulak ada yang rindu. Hahaha.... Silalah bertahan dengan keperasanan I ni, janji tak termuntah-muntah *__*

Ini entri fresh baru blink, blink dalam kepala walaupun tajuk dah lama ada dalam draft....

I ni kan memang ada satu perangai, kalau membeli tak ingat dunia sebenar. Lepas tu sebab takut kena marah dengan Hubbydearie, mulalah I sorok celah almari, belakang pintu, dalam beg troli, dalam kereta dan tempat-tempat yang I tahu Hubbydearie tak kuasa nak check. Makanya bila kerap buat perangai tak senonoh ni, ada masanya I sendiri terlupa.

Mengemas rumah memang hari-hari tapi mengemas khazanah tertentu bukan setiap masa. So, bila I spring clean my house, akan keluarlah segala harta-benda hasil tangkapan bagai ^_^

Kena juga marah kalau Hubbydearie tau tapi statement bernas yang I selalu gunakan ialah I lupa entah bila masa I beli semua tu. Maka, seperti dijangka, memang adalah harta benda yang nak sampai tarikh luput pun....

Masa Mami datang Malaysia awal tahun lalu, I pun macam biasa selongkar harta karun yang I sembunyikan sejak zaman Dinasti Shang dulu-dulu ~__^ Hasil kegigihan I menyelongkar, I telah terjumpa satu paperbag yang penuh dengan set pencuci muka. Ada beberapa set lengkap pencuci muka berserta dengan sampel-sampel produklah....

Oh, I remember! I dapat tu daripada one of my friends, tuan punya label kosmetik. Don't ask melah what brand sebab I don't think you know. My friend ni Chinese lady, ada dua anak dah besar panjang pun. Umur 40+++ tapi dari belakang nampak macam baru 20 tahun. Dari depan nampak 10 tahun mudalah. Okey, no doubt sebab dia pemilik jenama tersebut! Kalau you tanya tentang keremajaan kulitnya, mesti dia kata sebab produk keluaran syarikatnya tapi sebab sebenar yang dia tak akan beritahu ialah dia pengguna SKII sejak remaja lagi... I know, I know ^__^

I pun belek-belek barang-barang di dalam paperbag tu. Wah, banyak gila! I rasa I dah simpan hampir setahun kot! Kawan I siap dah tulis dalam kertas lagi regime pemakaian produknya. Dalam pada I belek katalog produknya tetiba terkeluarlah resit. Dan, dan, dan nak tahu berapa kos keseluruhan set pencuci muka tu? (Pekerja salon my friend ni buat silap kot dikepilnya resit tu dalam katalog walaupun bosnya bagi I semua percuma jerk...)

Aha... ni yang best!  

Total harga kesemua itu adalah.........

RM4, 400!!!!

Bila I tengok harga kat resit, I pun apa lagi cepat-cepatlah keluarkan semua. Oh, sayang tau kalau dah expired nanti. I belek satu produk. Okey, selamat untuk digunakan lagi. Belum tamat tempoh. Makanya, I berusahalah nak menggunakan produk tu dengan gigih selama seminggu jerk. Mana tau lepas tu terus I berubah jadi Che Ta. Tak ke haru dunia hiburan Malaysia bila Che Ta ada kembar? MD pulak tu. Surelah you all bangga berkawan dengan I kan. Hahaha.... jangan nafikan, I know you all memang suka celeb-celeb ni ~_^

Dek kerana banyak sampel dalam tu, I pun asing-asingkan. Mana yang I rasa tak dan I nak kerjakan sampai habis, I pun suruh Hubby beritahu Mami. Manalah tahu Mami nak bawa balik bagi kat anak dan menantu perempuannya (adik ipar dan biras I lah, baik hati tak Kak Ton nih?)

I tak tunjuk semualah nanti Mami terkejut pulak tengok perangai menantu mithalinya ni. Maka I ambil sampel serum. Mahal tau serum kawan I ni, satu botol RM900. I pun tak tahu serum ni dibuat daripada apa. Tak kuasa nak baca dah mata rabunkan...

Mami pun bawa balik untuk anak dan menantu perempuannya. Settled satu masalah nak meng-disappear-kan harta karun. Lepas Mami balik, I pun usharlah Hubbydearie. Kecoh I nak tahu cerita what happen kat sana. Maklumlah, excited nak dengar komen biras sebab I cemburulah. Ngaku ajelah senang.... Hahaha!

Tetiba Hubbydearie antara nak cerita dengan tidak je. Ini yang tak best! Mesti ada yang tak kena. Mulanya HD tak mahu cerita sebab dah janji dengan Mami tapi mana boleh tahan dengan jelingan isteri mithalinya ni. Akhirnya HD buka cerita 'berapi'.

Mami kata kat anak lelaki kesayangannya, menantu Mami yang lagi satu tu (biras I lah tu berapa kali I nak ulang cakap!) komplen pasal produk yang I beri. Mami berilah kat anak perempuan dan menantunya seorang satu serum tu dan suruh cuba sebab mahal harganya (ni mesti Hubbydearie yang beritahu pasal harga, I tak cakap pun dengan Mami benda tu mahal!) Lepas tu boleh pulak menantu tu cakap kat Mami,

Macam mana nak pakai, Mami. Takutlah! Dah tamat tempoh! ( I translate okey, I tak reti nak  tulis perbualan dalam bahasa Uzbek...)

Lalu dibuangnya serum itu!!!!

Reaksi Kak Ton?

Oh, ah kak apa lagi...... mestilah berasap kepala! Okey, okey, salah I tapi bukan I sengaja nak beri barang tamat tempoh. I beri kat Mami dan tanya kalau Mami nak bawa balik ke sana. I pun tak memaksa suruh bagi pada anak dan menantunya! Terus I tarik muka merajuk dan beritahu Hubbydearie dalam marah, tak mahu dah I bagi apa-apa kat biras yang satu tu! Jangan harap I nak berbaik-baik!

Wah, da-sat tau ah kak kalau dah merajuk! Hubbydearie pun satu, janganlah teragak-agak nak cerita. Lagi senang, jangan letak lighter kat penunu bunsen! Kan dah terbakar hati ah kak! Tapi, tapi, tapi, bukan salah HD pun dah I yang ngengada nak tahu sangat ceritakan.... Okey, you tak salah darling! Memang amarah ni lahir dari sikap cemburu dua menantu berbeza bangsa dan benua. Hahaha!

Okeylah, kita 'salahkan' Mami indirectly. Shhh.... jangan tembak I pulak! Menantu sana cemburu sebab Mami asyik dok puji menantu mithali Melesya ni jerk setiap kali balik dari Melesya! Anginlah kawan tu.... Okey, I maafkan you, biras sebab sifat cemburu you tu lebih teruk daripada I tau!

Okey, lupakan kisah zaman Dinosaur baru pupus tu *__* Meh tengok sini....

I baru dapat ini....



Ada satu makeup bag dan dua kotak....





Dalamnya ada ini....



Dan kotak-kotak itu pula ada ini...





I  tak tahu bila nak guna. Yang ada di rumah pun tak habis-habis lagi. You all nak ke? ^__^

Seriously ni baru lagi so kemungkinan besar lama lagi tarikh luputnyakan... 

Untuk itu, buat pengomen tegar I bulan Disember nanti (kesemua 10 orang top dalam carta di sidebar nun) I berhajat nak beri something something kat you all semua kerana begitu tekun melawan I bercakap dalam blog ni. Lagi panjang I tulis, lagi panjang you all komen, lagi panjang I reply komen. Entah bila nak habis I pun tak tahu tapi I sukalah sangat ada orang komen panjang-panjang. I rasa macam Angelina Jolie je kadang-kadang tau!

Eh, bukan yang di atas tu! Nanti I beli something fresh dari shopping mall yerk! 

Tapikan bila dapat tu silalah whataspp atau sms pada I macam ni,

TQ, MD. I appreciate sangat you hantar barang ni kat I walaupun sebenarnya I bukan suka pun benda alah nih....

Don't worry, I tak naik angin. I tak akan blacklist nama you all dalam hidup alam maya I. I ni baik, berbudi pekerti maklumlah perempuan Melayu terakhir katanya ^__^ 

Cumanya seminggu ajelah I tak akan menjengah blog you all sebab sakit hati.

Hahaha....

P.S. Ada lebih kurang 2 minggu lagi ni nak masuk senarai. I tak kisah cara mana you nak masuk  carta pengomen tegar I ni. Kalau you rajin boleh je korek  rahsia lelama I dalam blog pastu komen tapi janganlah publish komen yang sama 18 kali pada entri yang sama yerk. Itu melampau dah namanya, mencaras kedudukan orang lain tu namanya *__* Sesiapa yang rasa-rasa macam confirm je memang akan tersenarai dalam pengomen tegar I bulan Disember ni silalah jangan segan silu hantar nama penuh dan alamat (berserta no. he-ho untuk I sambung gosip di kemudian hari) ke my email : hppyrynne2906@gmail.com (baca: happyrynne) Oh, btw, I kan dah tukar no. he-ho baru, so jangan disms ke no. he-ho lama I tu yerk ^__^











Projek Sekolah

Salam kawan-kawan! Apa khabar semua? Seronok nampak enjoy makan-makan luar di hujung minggu; butter prawn sepinggan besar campur mixed se...