District 21 @ IOI City Mall

Salam kawan-kawan!

Hari ni marilah kita terus ke tajuk entri ya. Oh, yes! I nak cepat ni sebab tajuk dah banyak sungguh I 'draft' tapi isinya langsung takda. Belum dikarang lagi menjadi esei SPM. Kena tunggu idea turun bak hujan lebat barulah boleh mengomel ~_^

Masa bercuti panjang tempohari kami ke IOI CityMall Putrajaya sekali lagi. Masuk kali ini rasanya dah tiga kali kami ke sini ya. Dalam pada kata tak ingin, tak hairan dan tak mahu datang lagi dek kerana takda apa yang membezakannya dengan shopping malls di Kuala Lumpur ni, sampai lagi I dengan my family ke sini. Itulah, lain kali jangan cakap meninggi diri! Allah marah tau! (tiru gaya Adik Cute marah Mommy)

Oh, ya sebelum tu teringat pulak kata-kata berunsur cemburu Cik Puan Sri YY aka wartawan dunia bloggers aka isteri tercinta kepada MyChintaHati katanya.... Cik Puan ni 'ngumpat manja' pada I katanya sekarang baru I tahu nikmat autopublish entries ya *_*

Okeylah, I sebenarnya memikirkan kalian semua di luar sana yang merinduiku setengah nak mati dan dahagakan entri panjang meleret I tu. Sebab itulah I autopublished entries last week, YY. Kalau ikutkan idea dalam kepala ni, mana main buat gitu-gitu. On the spot harus menulis tau ^_^

Okey, dah, dah! Jom balik ke pangkal story IOI City Mall Putrajaya ni. Jauhnya melencong sampai skodeng 'rumah' orang lain pulak!

Walaupun katanya tak hairan pun nak mencuba ice-skating, keinginan nak snap gambar di sini tu masih ada. Masalahnya, nak ambil gambar pun malu-malu kucing maka kita snap dari cermin ajelah. Dah jadi  gitu gayanya. Nama pun photographer low class. Bagi kamera paling canggih pun tetap sama kelasnya di antara yang di bawah gitu... ~_^


Apa yang membuatkan kami tertarik dan menarik macam magnet tentulah District 21 tu. Boleh free viewing makanya kita masuklah. Oh, jangan terpedaya dengan keterujaan kami empat beranak ni especially si MD. Dia ni gayat orangnya. Semua aktiviti di dalam ni memang tak sesuai untuk Kak Ton okey ~_~

 

Nampak tak muka lesu si Bubbly Abang? By this time dia dah proposed nak withdraw contract modellingnya sebab tak tahan dengan kerenah Mommy yang over mengada-ngada. Sikit-sikit nak jerit macam Tarzan katanya akui Mommynya sendiri ~_^

Tapi, nak buat macam mana.... Syurgakan di bawah tapak kaki ibu! Tak bolehlah tunjuk sikap tak senang duduk depan Mommy. Nanti kalau Mommy kecil hati, lagi susah nak pujuk! 3 bungkus wet tissues yang beli kat Watsons tu pun tak mampu menghentikan airmata Mommy yang berduka tau!




Adik Cute tak payah ceritalah ya. Kita panggil-panggil suruh tengok kamera pun dia buat tak  tahu je. Beranilah Mommy nak jerit kat dia kalau tak dia laung melalak satu IOI City Mall ni. Makanya dengan Adik Cute ni Mommy terpaksa mengalah. Kalau dengan Bubbly Abang, boleh main sakat-menyakat kata nak pi batu belah batu bertangkup bagai ~_^


Opocots! Bas sekolah terbalik! Tengok pun I dah takut, inikan pulak nak suruh panjat. Tapikan, yang panjat memanjat semua budak-budak. Takda pulak mak budak. Okey,  I memang over berangan!



Tanya pada Bubbly Abang, nak cuba panjat seperti kanak-kanak tu semua buat dalam gambar di atas ni. Jawabnya -Dapdupdapdup jantung Abang, Mommy!

Aduhai, ikut perangai Mommy pulak rupanya.....





Cuba tengok budak lelaki ni.... memang berani! Kalau suruh I terjun dari ketinggian hak gitu, mahu kena pakai diapers berlapis-lapis ^_^



Adik Cute dalam fasa teruja tengok orang buat aktiviti tapi kalau suruh dia yang pergi, mahu sembunyi belakang Daddy juga kot.... Eh, lupa pulak! Si Adik baru 3 tahun lebihlah, manalah dia berani beraktiviti begini.... Kalau Adik nak buat pun, langkah my body firstlah kata omputih! Harus tak dapat keizinan ~_^




Cuba tengok this lady pulak! Bravo! Bravo! (Kak Ton tukang sorak boleh ler....)





Okeylah! Penatlah dok snap gambar dan tengok orang beraktiviti dalam ni. I is gayat tahap serius mendalam. Makanya tak sesuai tempat ni. Dapat free viewing pun dah okeylah. Jangan berani-berani nak bagi tiket free masuk sini ya, Dik Sal *_* 

Lepas ni kita mengembara menaiki keretapi pulak ya ~_^


Comments

  1. O aloh...mokcik tengok gambo pun gayat rasanya apatah lagi nak memanjat. Kalau terpaksa, harus juga pakai lampin berlapis-lapis juga...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...samalah kita, Kakcik. Oleh itu, janganlah kita pi cuba memalukan diri di khalayak ramai *_*

      Delete
  2. seronoknyaaa. nanti nak pergi lah sanaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jenis jiwa kental dan tak gayat ni boleh cuba Nur. Kalau macam saya ni, surrender siap-siap sebelum mencuba. Gayat sungguh oiiii :)

      Delete
  3. Mahu sakit jantung dibuatnya MD .. walaupun bukan akak yg buat aktiviti tu.. memang akak duduk luar jer.. biarlah siapa yg berani jer tengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setakat tengok tu boleh lagi, CH. Tapi kalau suruh buat, memang tak terbuatlah. Takut sungguh! Emosi tak stabil jadinya bila berada di tempat tinggi nih!

      Delete
  4. 3 kali dah ke sana?
    Terbaikkkkk..hahaha

    Sebab District 21 tu free viewing, maka saya kena masukkan ia dlm list saya...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya ingatlah. Hahaha....

      Masa pergi ni memang ada free viewing. So kita orang main masuk je. Bayaran terlupa pulak nak tengok kalau ada berani nak mencuba. Dah masuk dalam list tu kenalah pergi juga DZ :)

      Delete
  5. alamak..seram tengok bas terbalik..aktiviti macam ni memang saya undur diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, yang kuat jiwa raga je boleh cuba. Tapikan masa pergi tu tengok bukan main ramai yang teruja nak mencuba. Semuanya belia remaja tau :)

      Delete
  6. wow dasat District 21 ni..tapi anak2 sy cukup teruja nak pgi...thx for sharing review..ada rezki mmg nak bawak anak2 ke sini nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mereka berani okeylah tu, Syida. Anak saya yang sulung tu tak berapa berani aktiviti macam ni. Yang kecil tu pulak tak tahu apa-apa lagi. Tak pastilah keberaniannya ikut Daddy ke Mommy. Yang Mommy of courselah, memang gayat sei :)

      Delete
  7. patutlah tengah minum neslo ais tadi tersedak
    ada orang menyebut rupanya! hehe
    bukan apa kak ton, teringat dulu kak ton kata tak mainlah auto publish...hehe
    alasan aje bab kata orang rindu tu kan...hehe

    saya tak penah tahu ada tempat gini
    tapi kalau saya pun tak berani
    eh baru terbaca entry jiran sebelah kak ton dok ber ice skating
    dahsyat dia! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap nak beritahu dia minum Neslo ais, geramnya!

      Eh, tak percaya ke? Macam manalah nak buat awak ni percaya kat kita, YY? Ini bukan berita gosip, ini fakta tau *_*

      Kita tak boleh mengumpat jiran sebelah. Dia tengah takda mood. Kang kena pelangkung dengan kuali antik dia pulak! Memangnya saya ni gayat sikit. Lagi tua, lagilah gayat tak tahu mengapa jadi begitu!

      Delete
  8. saya bab gayat2 ni rasanya kalau tinggi gitu tak gayat kot..kalau tingginya macam flat 5 tingkat tu baru kira gyat la kot..heheheh (belagak je komen nya..heheheh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bravo! Saya sejak makin 'muda' ni memang gayat banyaklah, Diana. Tak tahu mengapa. Berdiri dekat balkoni tingkat dua pun saya takut tau! Kalau flat 5 tingkat tu, memang saya tak berdiri kat balkonilah. Rasa macam dah melayang nak jatuh!

      Delete
  9. i suka sis aktiviti lasak2 cenggini...
    cuma disebabkan bodyku yg 'comei' dan usia ku yg 'muda sgt' ni...
    i hands up aaa ~ ok tak alasan i...leh pakai tak hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang okey sangat. I pun sebenarnya nak guna alasan yang sama tapi I rasa biarlah you yang guna alasan tu. Hahaha....

      Delete
  10. hahhhh konon tak nak pergi lagi... kan dah dtg balik..selalu gitu kan..
    ermm byk jugak aktiviti yg boleh di buat kat sana yer... tapi iolsss pun gayat gak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cakap besar. Tak menarik konon. Takda apa-apa new kat sini. Padahal bila ada kesempatan, datang lagi dan lagi :)

      Delete
  11. Jiran Sebelah MD dah ber ice skating tau, MD bila lagi? ahaha, ketahuilah Dik Sal ni pun takut tinggi wei! mau pucat lesi dibuatnya kalau kena paksa masuk District 21.so, rasanya walau dapat tiket free pun kita tak gi.ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan ke Dik Sal walaupun gayat tapi masih mampu mengatasi perasaan itu? Eh, apakah ayat ini? Hadam ajelah ya!

      Laaa... ingatkan among all the kawan-kawan yang ada kat sini, Sal ler yang paling berani. Rupanya sama sepesen sespesies jugak. Kalau gitu, kita jangan harapkan tiket free orang bagilah ya! Membazirkan je nanti kena buat GA bagi kat orang. Huahahaha....

      Delete
    2. ahaha..kat Aussie tu lain, sebab dah bayar tiket mahal-mahal ngan tiket flight lagi, haruslah paksa diri jadi berani..hehehe.tu yang lanyak je roller coaster ngan cable car.kat Malaysia, jangan harap ye..hihihi

      Delete
    3. Akak kan kalau dah kata tak boleh, memang tak boleh. Kalau dah bayar pun tetiba gayat, akak sanggup 'upah' orang lain naik. Hahaha....

      Delete
  12. Saya baru 2 kali masuk sini. 1st dgn gang² office. 2nd time dgn my family. Jenuh berjalan dalam tu. Tapi tak jumpa plak tempat yg MD gi ni. Kat belah mana erk. Macam best jer. nih. Mesti mahal nak masuk kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni berdekatan (and same level) dengan ice rink tu. Saya dah dua kali terjah sini tapi kali pertama tak baca pun boleh free viewing. Kali kedua tu pun nasib baik HD perasan so apalagi kita pi lah tengok. Kalau nak main kat dalam ni rasanya mahal kot tapi semua on your own risk ya :)

      Delete
  13. ohoiiii jue tak g mencemar kaki kat sini lagi ni.. ntah bila tak tau.. asal ajak en asben asyik ngelat jerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pujuk manja lebih sikit :) Lepas tu gunakan modal anak-anak teringin nak gi sini walaupun mereka tak tahu pun apa itu IOI City Mall. Huahahaha...

      Delete
  14. Okje pun ada gak datang sini hari Sabtu tu gara gara nak berskating... Tp oleh kerana dah tengahari beratur bukan main panjang lagi terus postponed esok paginya.....masuk gak District 21 ni tengok free jer haha.....Wefie kat bas terbalik tu....oh tak kisahnya org nak kata apa pun haha.....mak buat muka tembok jer....

    Tulah...lain kali jgn cakap besar kata tak de pape....haha....Eleh, kotnya dah berskating cuma tak mengaku jer hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Yalah Mak, tahun baru ni tak mahu cakap besarlah. Nanti terpercik air liur kat muka sendiri :) Saya dah dua kali skodeng tempat ni tapi first time tu tak nampak pulak boleh free viewing. Takda hati pun nak bayar dah katanya semua pun gayat. Nak suruh saya panjat dinding tu, mahu pengsan kat lantai paling bawah; tak sempat nak get ready memanjat pun!

      Delete
  15. acik pun sama la macam abang tu..dap dup jantung boleh didengar dek orang sekeliling rasanya he he.
    acik dah tak pegi tempat2 macam ni dah MD anak2 dah besar semua..apa pulak rupanya kalau acik berdua je pergi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Abang je, Acik... saya ni lagi gayat. Semenjak sedar dah tua ni, lagilah bertambah gayatnya. Muda-muda dulu takda pulak macam ni...

      Kalaulah Acik yang buat aktiviti macam ni, percayalah semua orang bertepuk tangan dan bersorak kerana stamina Acik yang luar biasa :)

      Delete
  16. besarkan mall tu.. tgk dr luar je la.. nk pergi tak kesampaian lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat luas sampai penatlah nak jalan dari hujung utara ke selatan, timur ke barat. Kalau tengok outlets yang ada (untuk kaki shopping ler) biasa je. Kat KL pun melambak boleh pergi shopping. Main attractions of course ice skating dan District 21 ni...

      Delete
  17. menariknya aktiviti2 kat sana... Ni kalau anak2 tahu, mesti berzikir ajak ke sana... Suka sgt aktiviti2 lasak... Tapi Aisyah lah bukan Irfan... Irfan biasa ikut jer sbb tercabar dgn keberanian adik perempuannya... hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, si Aisyah yang over berani berbanding dengan dua bujang Nur tu? Anak bujang saya ikut perangai sayalah, Nur. Tapi tak salahkan dia sebab Mommynya ni yang itu tak boleh, ini tak usah. Akhirnya jadilah gitu. Nampak benda baru jadi dupdapdupdap jantung. Takpun dia malu sebab saiznya lebih besar berbanding budak-budak yang bermain sama!

      Delete
  18. Ooo best rupanya distinct 21 ni..saya hari tu intai je.. bukan apa, nak cepat jadi takut kalai masuk nanti memang akan jadi lambatla.. kalau free dan best memang kena try lain kali nampaknya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan utamanya - berapa beranikah AN dan anak-anak berserta suami? Kalau berani bolehlah pi bayar dan main kat sini. Saya surrender siap-siap. Sebab saya dah surrender makanya superheroes dan bapaknya tak mungkin dapat masuk ke sini lagi unless mereka benarkan saya berbelanja di luar sana selama 4 jam :)

      Delete
  19. ala mcm best je nengok tu
    md dh 3 kli ke sana ye
    saya baru dok pancing cik abe
    blm mngena lagi ni.ntah bila dpt lergi pon x tau le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengah dok kira ni dah berapa kali sampai sini. Sebabnya bila tengok gambar dalam folder macam dah lebih 3 kali jerk. Itu yang konpius sekejap! Pancing guna umpan yang mahal sikit, Ciksu. Tapi camna Ciksu nak join aktiviti kalau ada si kecil tu? Hahahaha... sajalah ni nak hasut jangan pi main *_*

      Delete
  20. kala zaman budak2 dulu mesti teman naik choo choo train tu.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok budak-budak naik, mak budak pun teringin nak join sekali. Padahal kalau hantar anak-anak je naik pun dah cukup :)

      Delete
  21. menariknya..klu kt sini ada tempat yg boleh buat aktiviti panjat2 terjun cmni wajiblah sy cuba..suka jugak benda yg adventure macam ni walaupun lemah lembut orgnya.muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...mengaku tu lemah-lembut. Ingatkan gagah perkasa :)

      Saya surrender tanpa mencubalah, PK. Sejak realized umur baru 13 tahun ni memang gayat je memanjang!

      Delete
  22. saya beritahu kat anak buah , kat IOI mall ada something interesting berbanding alamanda . my anak buah tanya , apa ? saya kata , moh ajak mama pergi ... mamanya kata tahun depan . klu kwn2 mrk tanya , dah x surprise le bila gi nanti tapi dah jadi excited lah ... saya teringin sebenarnya nak bergayut mcm tu tapi malu klu ramai org ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bonus masuk? 15hb ni ke? Habislah kakak Vee. Si Mak Usu dah siap-siap pasang plan dengan anak-anak buah :) Alah Vee, kalau dah berani masuk je panjat je. Anggaplah yang memerhati tu takda mata, takda mulut. Awak sorang-sorang je kat dalam tu :)

      Delete
  23. serius best.. kalau akak muda memang dah naik .. tapi dnegan badan over weight memang tak dibenarkan dek staf walauupn akak nak buat...ha..ha..
    anak akak kalau atikah memang nak jer mencubatu.. bestnyer ... kena pergi lersini.. padahal dekat sangat ngan rumahni.. akak tak sampai2 lagini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau muda pun fikir 18kali Cho nak try semua aktiviti kat sini. Saya ni takut tempat tinggi. Gayat sangat rasanya. La ni lagi bertambah umur, lagi gayat jadinya!

      Kalau anak-anak perempuan Cho berani mencuba apa salahnya bawa ke sini sekali-sekala. Tapi ada bayaran. Saya tak pasti berapa sebab kami masuk tu pun kerana free viewing jerk!

      Delete

Post a Comment