Problemo lagik....

Salam Jumaat kawan-kawan!

Ingatkan hari ni malas nak publish entri kononnya nak beri peluang kawan-kawan segerombolan ucap selamat harijadi kat jiran sebelah nak habiskan blogwalking rumah kawan-kawan yang lama tak jengah. Nak buat comeback home lah konon-konon. Nak duduk atas carta top pengomen semula ~_^ Tetiba je tadi lepas lunch, baru nak  solat handphone dah berbunyi.

Ish, sibuk betullah handphone ni! Kalau tak angkat nanti, tak khusyuk pulak nak solat. Macam-macam fikir. Selalunya kalau bunyi telefon waktu macam ni semestinya si Bubbly Abang yang telefon.

I pun ambillah handphone nak tengok nama yang tertera. Oh, my sister! Ni mesti ada hal. Jarang my sis nak  telefon kecuali terdesak. Makanya I pun call balik....

Lama juga bercakap. Bila dah selesai, tetiba-tiba pulak I mengeluh. Oh, susah betul macam ni!

Nak tau apa cerita?

Tak nak?

Tak nak takpa. Sila tekan button 'X' di atas. I tetap juga nak cerita sebabnya last time I checked ini masih blog saya ~_^

Ingat kisah ini

Ingat lagi bagaimana si Abang timbul syak wasangka dalam diri sama ada masih lagi ada sayang untuk Daddy atau tidak?

Oh, my.... berlaku lagi!

Tadi my sister telefon dan tanya mengapa si Abang tak mahu makan di rumahnya lagi. My sis macam terasa kecil hatilah kot ada apa-apa pesanan penaja yang MommyDaddy sampaikan pada si Abang ni. I pun terus mencelah ~ ini mesti salah faham antara Abang dan Daddydearienya!

Salah satu style muncung sedepa bila kena tegur 

Mungkin HD kata jangan asyik makan dan menyusahkan MakNgah. Dahlah MakNgah nak kena tengokkan Adik Cute, nak jaga Atokmak lagi, tambah pulak dengan nafsu selera Abang yang macam asyik tak cukup makan!

Lagipun HD memang tak pandai ambil hati anak-anak. Kata-katanya lebih 'tak friendly' berbanding dengan Mommy walaupun Mommy lagi kuat marah ~_^ Abang pulak sekarang ni memang cepat kecil hati. Kalau selalu ditegur perkara yang sama akan membuatkannya berjauh hati. Mulalah muka muncung sedepa dan tahu-tahu dah merah hidung dok menangis dalam bilik, sedihlah sangat katanya....

MakNgah kata Abang komplen, sekarang ni dia tak dibenarkan makan itu, ini. Masalahnya di rumah bukan ada 'apa-apa makanan' katanya (definisi si Abanglah sebabnya dia picky eater, kalau penuh makanan di rumah pun tapi dia tak akan makan kalau dia tak suka) My house ni, memang cakap berdustalah kalau kata takda makanan. Selagi ada ruang, memang Mommy tukang penuhkan segala ruang simpanan. Tak pernah kehabisan stok kecuali bahan basah untuk masak sebab Mommy kena penyakit malas

Tapi, bila I penuhkan stok makanan yang Abang suka, dalam sekelip mata aje dihabiskannya. Sekarang I memang tak beli yoghurt lagi. Tak beli Vitagen lagi. Kalau I beli 2 set (10 setiap satu set Vitagen tu), tak sampai sehari pun boleh habis dikerjakannya. Dek kerana takut melihat keadaan itu, I pun terus berhenti membeli segala makanan kegemarannya. So no kinder bueno, no yoghurt drink, no vitagen, no chipsmore and segala kegemaran Abang. Jadi sebab itulah Abang rasa di rumah 'takda apa-apa makanan'!

Yes, I know. I tak boleh salahkan dia because kesilapan ini disebabkan I sendiri yang sentiasa menuruti kehendak anak-anak sampai jadi tak terkawal begini. I have to admit that. So, beransur-ansurlah I cuba ubah corak pemakanannya....

Bila MakNgah dengar keluhan Abang makanya my sister pun telefon. Berdentum-dentum telinga I ni mendengar. Kata my sis,

Dah tahu anak suka makan, belilah apa dia suka! Korang pun satu, budak ni dahlah pergi sekolah bawa bekal biasa-biasa aje, lepas tu tak bagi dia makan kat rumah akak. Setakat roti jerk makan kat sekolah, manalah cukup! Nak tunggu kau balik kerja, pukul berapa dia nak makan? Abang kata biarlah kalau dia kena gastrik. Semua orang suka sebab tak bagi dia makan! Nanti anak kena gastrik baru korang tau!!!!

Yang sebenarnya bukan I tak mahu buatkan bekal elok-elok bak Lieyalatif tu tapi my anak dah bagi kata dua siap-siap ~ Jangan bawa bekal yang susah nak makan, Mommy. Abang takda masa nak makan lama-lama!

Kalau I masak pagi-pagi buta tu pun, dia tak mahu bawa ke sekolah. Balik-balik  roti bun, roti telur, sosej, roti kapit marjerin/jem. Itu jerk yang dia nak! I teringin juga nak merasa jadi ibu mithali, pepagi bangun masak untuk anak-anak tapi si Abang ni cerewet yang amat. Makanan baki semalam ke, masak pagi lepas tu panaskan ke, memang dia tak mahu makan! Mommy ni bekerja, kalau duduk je di rumah memanglah boleh agaknya masak time dia nak makan. Makan nasi dan lauk-pauk panas-panas baru angkat dari dapur! Oh, tetiba jerk tau rasa sedih!



Aduh! Aduh! Aduh! Sakit kepala dah. Abang kata macam ni. MakNgah kata macam ni. Daddy kata macam ni. Mommylah yang nak pitam. Telinga kiri-kanan aje tapi kata-kata semua orang menusuk kalbu tak kebah-kebah tau sakitnya!

Ini baru dengar keluh-kesah dan komplen dari pihak Abang dan my sister. I rasa malas nak confront my Hubbydearie. Nanti jadi panjang berjela macam my entri, lagi kalut jadinya I. Abang tu pun ikut perangai HD sekarang ni. Kalau kita cakap sesuatu yang dia tak suka, jangan harap dia nak berdiam diri. Mesti nak jawab balik dengan hujah walaupun dah terang tak payah suluh memang dia yang salah!

So, tadi bila ada peluang I pun called si Abang. Tanya dia apa yang Daddy cakap sampaikan dia tak mahu makan di rumah MakNgah. Dia pun 'komplenlah' panjang lebar....

Katanya semua orang kata dia gemuk. Masa Daddy ambil sekolah tadi pun masuk aje dalam kereta Daddy cakap banyak kali mukanya dah bulat. Dia dah gemuk. Daddy kata tak boleh makan ayam. Lainkali jangan makan bertambah. Jadi sekarang dia tak mahu makan  terus. Dia nak kurus. Kalau tak makan kena gastrik pun takpa. Dia tanggunglah sakit sorang-sorang. Biar dia jaga diri sendiri jerk....

I pun suruhlah dia makan sikit apa MakNgah bagi. Nak tunggu Mommy balik petang nanti nak masak semua, pukul berapalah dapat makan. Cuma I explained padanya, bukan kami marah dia makan banyak. Bukan juga kami nak mengejek sebab dia makin gemuk. Kami nak dia sihat. Kami nak dia kawal pemakanannya sebab itulah sebagai ibu, I larang dia teruskan habit makan yang buruk tu. I tak beli apa-apa kehendaknya bukan sebab tak sayangkan dia lagi, tapi I nak dia makan makanan yang berkhasiat jer. Kurangkan segala makanan yang menggemukkan!

Sekarang Abang memang begini sikapnya. Dah pandai kecil hati. Hari Isnin lalu kami pergi makan-makan sempena harijadi my sister. Tiba-tiba lepas makan nasi, dia minta bubur nasi adiknya. Maka Daddy pun tegur, cakap benda yang samalah ~ mukanya bulat! Terus muncung sedepa sambil kata,

Bosan macam ni kalau orang selalu cakap benda sama! Abang tak nak makan lagi!

Aduhai.... complicated terus perasaan I sebagai emak ni tau! Nak dibiarkan, I sayang anak lebih dari nyawa sendiri. Kalau dibiarkan aje, I juga nanti yang merana dalam jangkamasa panjang! Yalah, tentu sepuluh jari orang menuding ke arah I sebagai emak kerana tak menjaga anak dengan baik, biarkan aje anak dapat penyakit yang kalau dikawal, memang tak akan hinggap dalam badan pun!

Susah juga jadi emak ni ya.... Perasaan sendiri haruslah diketepikan selalu. Semua hati kena jaga. Jaga yang ini, yang itu merajuk. Jaga yang itu, yang ini pulak merajuk. Hati sendiri kalau dah rajuk, terbiar aje takda siapa nak pujuk.

Nak main drama minggu ini macam masa mereka baru pandai bercakap, tak jalan lagi dah!

Errr... macamanalah mak jaga kami sepuluh beradik dulu ya? Tak pernah pulak dengar mak komplen......




Comments

  1. Sunnguh la susah jadi mak ni ye MD..nak jaga perasaan semua orang.
    Tapi perasaan kita tak de sape kisah.tak oe MD acik harap dah cerita panjang disini..MD dah boleh berhadapan dengan abang nanti
    Kena ulang balik apa yang MD cakap ditelefon.
    Biar pun susah kena kawal jugak makan dia MD.anak sulung acik obes..dia membesar bagai johan selepas spm..dan terus membesar.kesian sedih..menangis airmata jatuh kedalam acik setiap kali minta kerja dapat temuduga orang tak nak ambil..sebab gemuk sangat kata..sedih..acik salahkan diri sendiri.
    Alhamdulillah dia dapat juga kerja akhirnya..dengan pertolongan adik acik..Alhamdulillah..selalu acik ingatkan dia kerja elok2 bang..nak minta kerja buka senang
    100 lebih kg dia MD..umur 28 baru..sampai sekarang acik masih sedih dan risau..kalau acik dah tak de..macam mana dia nanti.ngan adik2 acik pesan..nanti tolong abang..sekarang abang tolong adik masa adik belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang susah hati bila tengok beratnya makin menjadi-jadi. Muka dah makin montel. Bukan tak suka anak sihat tapi ini sihat yang membimbangkan namanya. Saya ni ada sikap kesian kalau anak terkilan tak dapat apa yang nak dimakan. Sebab itulah saya main beli jerk, nak makan bila tak kisah. Tapi bila tengok makin menjadi-jadi sikap makan Abang sebelah malam ni, dah mula gusar juga. Slowly,slowly saya cuba nak ubah tapi pendekatan Daddynya tu buat dia rasa kecil hati bila baru nak sentuh makanan dah kata dia gemuk, dia kuat makan, mukanya bulat. Kesian pulak saya tengok!

      Delete
  2. kesian pulak baca kisah abang,
    memang dalam dilema ni MD,
    insha Allah moga dimudahkan urusan MD
    handle semua ni.

    baca kisah kak erna ni pun tersentuh juga,
    macam -macam kisah rencah kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba juga nak buat Abang faham yang Mommy bukan tak sayang lagi, kurang sayang padanya lagi tapi Mommy nak yang baik-baik aje berlaku pada hidup Abang *_*

      Itulah, kesian juga kat Acik. Balik-balik, kalau terjadi apa-apa pada anak, memang emak dulu dipersalahkan walaupun kita sedaya upaya buat yang terbaik.

      Delete
  3. Hmmm.. serba salahkan..
    budak da pandai cakap, ayatnye menyentuh kalbu..
    tapi dia x faham tujuan kita.
    Mgkn MD blh explain n tunjukkan kat dia apa akibat kalau tak jaga makan..
    Try gantikan snack kegemaran dia dgn buah kegemaran dia ke.. Klu lama sgt dia x minum vitagen ke apa.. bg la 1 je.. buat hilang rasa teringin.. hehe..

    Sanggup pulak dia nk kene gastrik ye. Gastrik tu sakit tau abg.. nk berjalan pun susah dibuatnya..
    smga dipermudahkan urusan MD.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dah tunjukkan gambar kanak-kanak paling gemuk dalam dunia dan apa yang berlaku padanya. Kami juga kata kalau anak gemuk dan jadi bahan cacian, ibubapa selalunya dipersalahkan kerana tak jaga pemakanan anak. Tanya juga pada Abang, sampai hati ke kalau tengok Mommy dipersalahkan sedangkan Mommylah orangnya yang selalu memenuhi apa jua kehendak hatinya.

      Snacking memang saya tak benarkan lagi. Makan pun selepas dinner tak boleh dah. Setiap kali dia buka petisejuk, mesti saya tanya nak buat apa. Mungkin dia tension juga tapi saya rasa biarlah tension sekarang asalkan kami anak beranak tak tension pada hari kemudian....

      Delete
  4. Alahaiiii kesiannya si abang , tapi itulah kak kalau tak dijaga makannya dari sekarang kang nanti esok lusa teruk juga. Kang lagi payah bila dia da membesar. Dapat pula mulut mulut puaka kat sekolah yang duk ejek ejek dia. Jenuhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu orang selalu kata, bila dah sekolah, bila dah aktif nanti kuruslah. Akak tengok sampai sekarang ni badannya maintain jerk. Memang dia tinggi tapi buat masa ni dengan berat macam ni akak rasa tak berapa sesuai. Abang ni memang kurang aktif di luar, lebih suka di rumah duduk depan komputer. Kalau dulu dia asyik makan nasi dan lauk ayam, akak tak kisah tapi sekarang ni dah pandai nak snacking waktu malam, in between waktu makan. Itu yang tak sanggup nak tengok....

      Delete
  5. Alahaiii kalau nani duduk dalam situasi akak pun serba salah jugak dibuatnyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian. Nak dilarang tak sampai hati, tak dilarang menjadi-jadi pulak habit makan malamnya. Nanti kalau dah gemuk, susah. Setakat gemuk je takpa tapi kalau dah gemuk dan tak sihat, siapa yang susah hati? Akaklah juga :(

      Delete
  6. Mak tahu sakitnya tuh disitu dong......Iyaaaa....dipinggiran gunung haha....
    Katanya HD baka besar....dah tentu tentulah abg pun rangka dia besar Kak Ton....Baye abg tu mmg tgh suka makan.....taunya mak, mmg berselera memanjang.

    Kesian abg...tp tulah sebagai ibu, rasa bersalah pulak kalau kita tak tolong abg ubah habit pemakanan dia.

    Tp si SA dulu mmg montel jugak lepas sunat...tp bila dah start tinggi, dah pandai jaga penampilan....dia diet sendiri....
    Mungkin apa yg boleh kak Ton buat selain jaga diet dia, kak Ton selalu ajak dia beriadahlah kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang HD baka besar tapi kalau tengok keluarga HD, beliau aje yang berbadan 'sado' gitu :) Abang ni sejak tahun ni suka betul snacking, makan malam. Selagi tak tidur selagi tu makan. Lepas tu kalau tak dijerit, memang depan komputer je kerjanya. Marahlah macamana sekalipun, tak jalan dah. Senyap-senyap dia selinap masuk main komputer.

      Betul tu, Mak. Kalau tak ditegah dari sekarang, kita pulak yang menyesal nanti. Susahkan jadi ibu ni...

      Ni nak sunat pun takut Mak.... entah boleh sunat ke tidak. Silap haribulan, Adik Cute pi sunat dulu. Abang tunggu besar sikit. Hehehe...

      Delete
  7. si abdul kecil saya pun samalah. mula kecil hati bila kita nasihatkan dia tentang makan. dia kena jumpa dr untuk masalah obesnya tu. setiap kali temankan dia (next visit bulan 6 ini) saya ni yg bercinta nak jawab itu ini bila berar badan dia tak turun..

    dulu saya pun rasa bersalah sangat tak tegas dalam pemakanan dia. maklum, anak. tak sampai hati bila dia menangis fasal makan. orangtua kita pun selalu tegur "budak2...biarlah dia makan::, sebenarnya saya risau bila besar nanti dia menyalahkan kita lak...kenapa biarkan...huhu

    MD jangan drastik sangat buat perubahan tak beli semua yg diminatinya. kat rumah saya skrg pun tak ada biskut. tapi sesekali tu membeli juga. lama2 dia terbiasa..

    alamak, sorry. macam ini entry saya pulak, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Anim. Dah namanya anak memang banyak tak sampai hati apatah lagi bab makanan ni. Tak sanggup kalau buat anak terkilan nak makan itu, ini. Tapi kalau diikutkan semuanya, inilah jadinya. Kita juga yang dipersalahkan nanti kalau anak jadi tak sihat!

      Buat masa ni saya memang stop semuanya. Kalau ada, memang dia akan habiskan walaupun kita melarang macamana sekali pun. Tapi kalau keluar berjalan tu saya belikan juga, buat lepas terkilan kononnya....

      Delete
  8. Begitulah dilema seorang ibu. Bagi salah tak bagi salah. Sibongsu kakcik dulu pun bulat. Sejak masuk sekolah menengah dah kurus tinggi. Mungkin sebab dia aktif main bola. Yang tak tahannya, makan masih hendak disuap. Kalau bersuap, laju je makan. Kalau suap sendiri, asyik 'nantilah adik makan', mungkin itu pun satu faktor dia jadi kurus.

    Tapi ada masanya, kita dah tarik selimut, dia boleh minta masakkan makanan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mengharapkan yang sama~ bila dah besar nanti, kuruslah hendaknya. Tapi bila tengok nafsu makannya yang membuak-buak sekarang ni, tak rasa pun Abang akan susut. Satu aje cara yang terfikir, kena bawa dia banyak beriadah. Bab makan sebenarnya dia cerewet tapi sejak suka makan lewat malam ni yang jadi bertambah montel. Kalau ikutkan makan, itu tak nak, ini tak nak, memang tak rasa akan gemuk sakanlah si Abang ni....

      Anak salah seorang kakak saya pun macam ni. Anaknya lima orang. Time makan semua duduk bersila elok-elok tunggu mak suapkan. Masalahnya bukan kecil-kecil, semua dah remaja *_* Nasib baiklah maknya yang sibuk rajin nak layankan kerenah anak-anak.

      Kalau ikutkan hati, saya pun suka juga nak suapkan anak-anak makan. La ni nak masak ikan jerk, memang saya suaplah nampaknya sebab saya ni fobia sikit *_*

      Delete
  9. tetiba rasa memahami perasaan abang pulak..Yelah, asal nak makan kena kuliah kesihatan kan. Tu kan MD.. susah jugak nak hadap anak yang baru belajar merasa & terasa hati ni. Di tengah2.. tak semua perkara dia faham & dalam pada masa yang sama hati dia cepat touching. Macam mana ekk nak suggest.. kena 1 family la cuba berdiet bersama2 abang tapi masalahnya dia tak faham pulak yer istilah tak bagi makan berlebihan sampai merajuk tak mau makan langsung. Macam mana ekk nak buat.. ni baru betul telan mati mak.. luah mati bapak.. aduh.. kita tumpang pening dengan masalah MD ni.. kawan sejati sangat kekdahnya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... kesian juga sebenarnya. Asal buka je peti sejuk, dah kena tanya ~ cari apa? makanan ke? Teruslah terbantut hajat. Kadang tu dia makan senyap-senyap ambil sekeping roti pun Mommy atau Daddy dah tanya ~ makan lagi? Terus disimpannya roti tu dengan muka monyok. Kesian pulak tapi kalau tak dilarang takut menjadi-jadi badan naik nanti! Susah, susah....

      Yalah, Suria.. ni dah kira kawan sejatilah ni bergelak menangis bersama. Eh, ada ke nangis sama-sama? Hahaha!

      Delete
  10. aduh klu sy dlm situasi MD ni pun pening jadinya..tp tulah benda yg kita sendiri create dan biasakan sekali nak terus ubah memang begitu banyak kepayahan..abg pulak Jenis yg milih mkn tu yg payah..mkn benda tak berkhasiat saja takut mengundang sakit kemudian hari.

    tak boleh drastik terus tak beli segala benda yg Abang suka.kesian pulak anak tak makan.Cuba control perlahan2..Satu hari bagi satu je vitagen.hehe..

    aiman pun Jenis kuat makan.tp nasiblah dia makan semuanya yg sy masak.so senang nak pantau pemakanan dia.dia pun jenis yg bukan suka hadap sgt biskut ni semua.makan kalau lapar sgt n takde makanan sgt je.sy takdelah larang anak makan, cuma air manis semuanya tu mmg not allowed kt rumah ni.sesekali je beli kan buat lepas kempunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni lebih banyak kesian pada mulanya sebab itulah jadi gitu. Saya bab makan ni selalu terfikir, kalau apa-apa berlaku, kesiannya kat anak kempunan sebab kita tak bagi. Itulah punca apa mereka nak saya beri/belikan. Akhirnya kita juga yang susah. Sejak dia happily balik sekolah kata beratnya 51kg, saya dah mula pantau tapi takdalah strict sangat. Tapi sejak dua menjak ni menjadi-jadi perangai cari makan di malam harinya. Susah hati tengok muka dah bulat betul. Tak bersegi langsung. Kalau kita kata nanti kena ejek kawan-kawan kalau gemuk, pun dia tak kisah. Paling-paling bila ditegur, dia tarik muka monyok lepas tu start balik macam biasa....

      Saya sampai sembunyikan vitagen kalau beli, PK. Itu pun ligat dia mencari mana saya sembunyikan. Kalau saya pergi kerja, dia bantai habiskan. Bila saya balik tanya, terkebil-kebil dia ngaku dia habiskan. Terus saya tak beli. Tapi kalau keluar ke mana-mana tu, saya bagi juga merasa apa mahunya cuma kat rumah memang takda stok lagi.

      Untungnya Aiman makan makanan emaknya masak dan tak cerewet. Si Abang ni pulak cerewet yang amat. Saya rasa kalau letak Abang seminggu kat rumah PK yang rajin masak ni pun boleh jadi pening tak tahu nak bagi makan apa! Itu tak, ini tak boleh tapi lapar memanjang....

      Delete
  11. Huhuhu.. cuma pendekatan tu buat anak salah faham..lelama nanti biasalah tu dak abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia makin kuat merajuk sejak dah besar ni. Katanya kita tak sayang tapi dia tak tahu sebab sayanglah kita menegur. Susah kalau anak dah pandai berfikir sendiri ni ya :(

      Delete
  12. kalau MD bertegas pun tak apa.. lama2 nanti dia abg faham. lg pun abg masih kecil, masih bergantung kat md & hd. xkan kurang pun kasih syg dia kat md. merajuk sikit2 tu biaslah md.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kurang kasih sayang pada kita, takpalah PB tapi kalau dia rasa kita dah berkurangan kasih sayang kat dia hanya kerana selalu ditegur tu yang sedih... Sekarang ni nak menegur pun dah tak boleh tinggi suara. Walaupun tak jerit, dia tetap akan merajuk sebab katanya Mommy tinggikan suara. Dengan Daddy lagilah, dia tak boleh terima kalau kena tegur direct macam Daddynya selalu buat! Nak pengsan rasanya kena ubah cara mendidik bila anak-anak dah masuk peringkat pandai berfikir nih....

      Delete
  13. Kakak rasa utk bubblyabang yg memilih bab makan memang agak payah. Pada kakak kalau abang jenis yg tak makan ayam selalu dia tak akan gemuk macam sekarang. Tapi ayam jadi favourite abang itu yg payah. Sebenarnya kakak dah nampak pada anak buah kakak yg dua-dua kuat makan tapi yg satu tak suka ayam jadi dia tak gemuk tau MD. Yg suka makan ayam memang gemuk.

    Kesian juga sebab abang masih kecil lagi. HD tu kenalah bertapis kalau nak menasihat sebab abang ni jenis cepat mature berbanding umurnya. Kesian kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kak saya pernah tanya doktor. Kata doktor, kalau dia picky eater dan hanya nak makan nasi putih dan ayam sahaja biarlah. Sebabnya dia memilih. Memang sejak dulu pun badannya solid kerana cerewet makannya tapi sejak kebelakangan ini kami memang perasan mukanya dah makin membulat dek kerana habit mencari makanan in between waktu makan. Lebih-lebih lagi waktu malam. Saya nak kena pantau habit itulah dulu. Bab ayam tu mungkin boleh ditukar dengan ikan. Mulai minggu ni pun plannya memang nak menu ikan je sebagai menu utama.

      Kadang-kadang saya takut dia lapar sebab semua makanan kegemarannya saya dah tak belikan. Maka saya sediakan yogurt kecil tu. Niatnya balik sekolah kalau tak boleh nak makan apa makngah masak, makanlah yogurt. Tahu-tahu 6 kita beli, semua dihabiskannya! Soal sembunyi makanan dalam rumah tu, memang dah jadi habit saya. Boleh pulak hantar wakil suruh telefon tanya kat mana kita sembunyikan!

      HD ni prinsipnya tak nak anak lelaki lemah. Makanya nak dilayan betul-betul cara lelaki. Kesian saya tengok kat Abang ni sebab dia ni lembut sikit hatinya tak macam si Adik. Bila Daddy bergurau kasar pun dia boleh merajuk. Itu yang tak boleh tahan. Nak tegur suami, salah. Nak tegur anak, pun rasa salah juga!

      Delete
  14. inilah budak-budak..nak makan apa yang dia suka je..tapi..mencegah lebih baik..abang tu memang semakin bulat..takut dapat penyakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab takut dapat penyakit itulah saya ni jadi bimbang, Mar. Memang sayang anak. Kalau boleh apa dia nak makan, kita nak beri/belikan tapi itulah kalau tak terkawal, lain pulak jadinya. Biar sesal sekarang dari sesal kemudian!

      Delete
  15. erm...susah jugak ni.saya x tau nak bagi nasihat cmane, sebab dalam family saya ramai yang spesis makan macam raksasa tapi tak gemuk.kecuali adik saya..mak ayah control x bg makan waktu malam, no fast food dan masukkan dia kelas taekwando.tnyalah abang kot ada sukan dia suka.so kalau dia exercise pun dia boleh still sihat walaupun kuat makan.

    be strong kak MD..I know u are a good mother.biasalah Mak Ngah tu..auntie-nephew punya bond memang lain sikit..huhu.hope you find perfect solution.chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah Sal, makan banyak tapi badan tak naik. Hai, bertuah sungguh kalau macam ni! Akak punya family pulak lain. Masa muda semua kurus kering. Bila umur meningkat, semua naik mendadak. So kenalah berjaga-jaga. Setakat darah tinggi tu memang penyakit dalam keluarga...

      Akak harap dapatlah buat sesuatu supaya berat Abang kembali normal dan tak gemuk macam sekarang. Kesian sebab nanti dia juga yang rasa rendah diri berbanding rakan-rakan. Pernah sekali, dia suka makan kek coklat di rumah so satu pagi akak pun bekalkanlah kek coklat tu sekeping dengan roti salut marjerin. Bila balik dia tak sentuh pun kek tu sebab dia malu takut kawan-kawan ejek dia kuat makan. Akak pun nasihatkanlah lebih baik kuruskan badan sebelum kawan-kawan ejek gemuk. Tapi dah namanya budak walaupun badan besar, dia tak rasa apa pun lepas kita nasihat...

      Setakat kena zass dengan my kakak tu memang dah biasa. Dah lali telinga ni tapi adakalanya berasap juga dalam hati, tahan jerlah sebab kita ni adik dan dia tu kakak *_*

      Delete
  16. Ada juga yang sama tentang perangai suami MD dengan suami saya..saya ni garang dengan anak2..dia tak..suka manja2 kan anak.bawak anak jalan,dukung anak walaupun anak2 besar2 dah..hahah.tapi kalau dia nasihat anak tak de bunyi nasihat pun..lebih kepada mengejek,sampai kecik hati budak tu..hahahah...

    nak buat cemana MD..ibu2 macam kita ni gitu la salah satu tugas kita..menjaga hati..walau kadang2 kita pun nak jugak hati kita ni dibelai2..heheh..sabar ye..tiap masalah ada penyelesaian nya...Abang tu masih kanak-kanak..dia belum dapat paham apa yang sebenarnya kita nak..tu yang asyik kecik hati tu..ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD tak manjakan anak tapi dah nama anak lelaki, memang takdalah HD nak berlembut-lembut. Yang paling kesian si Abang sebab memang dia closer to me rather than his Dad. So kalau Daddy bergurau kasar sikit je, mulalah dia nak merajuk. Daddy pulak jenis tak suka anak lelaki merajuk ni. Haruslah takdanya nak pujuk. Balik-balik Mommylah. Memangnya kat rumah Mommy je yang over bab-bab perasaan ni *_*

      Itulahkan, sekarang ni baru sedar diri macamanalah susahnya mak kita nak menjaga hati anak-anaknya. Ini baru dua anak. Kalau ada sepuluh anak yang berbeza sikap, memang terkangkang kiaplah mak-mak zaman moden ni agaknya *_*

      Delete
  17. Dilema kan tambah2 bagi bdk2 yg dh pandai terasa ni. Tapi rasanya, MD mungkin boleh pujuk dan explain elok2 pd abang. Sbb kalau MD mengalah terlalu awal pd minda bdk2 tahap umur abg ni akan beranggapan 'alah aku merajuk sikit nanti mummy dan daddy akan bg la apa yg dia nak). Kita buat kan demi sayangkan dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun satu hal, Aniey. Budak-budak ni kalau kita bangkang lepas tu tak sampai 5 minit, mengalah, memang dia akan tahu. Alah, biar ajelah nanti-nanti Mommy surrenderlah. Dulu pun saya pernah kena sebab hati emak macam saya ni tak kuatlah nak bertahan melawan anak. Akhirnya mengalah. So, dia tahu kalau pun kita marah nanti kita akan pujuk.

      Lama juga nak buat dia sedar yang kita tak akan mengalah selalu *_*

      Delete
  18. alahaiii kesiannya abg. lagi2 sekarang dah pandai kecil hati. Tapi kena jugak pantau pemakanan dia. Bukan apa, nak kan dia sihat. skrg ni budak2 pun ramai yg jugak dah obes. nak taknak kita kena jaga. pada kita apa yg kita buat tu baik. cuma dia kurang paham. maybe akak & hubby blh tlg terang kan kat dia elok2. sure dia boleh accept.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak memantaulah ni, Lyn. Takut pulak tengok bukan main bulat dah muka. Mula-mula memang susah sikit sebab Mommy yang muakan dulu-dulu. Lama-lama nanti harapnya dia bolehlah jaga pemakanannya sendiri. Sekarang ni kalau takda air manis, tahan dia telefon kita kat pejabat kata haus. Akak suruh minum plain water jerk melambak dalam fridge. Terus dia tension *_*

      Delete
  19. alahaii abangg, aunty doakan abang jd anak yg lembut hati & patuh ckp mommy..sian kat mommy tu, kalo pitam nnti, x dapat aunty nak nolongg huhuhu

    bertabahlah MD, nampaknya sindrom anak pra remaja dah mula kelihatan pada abang ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai... tak sangka pulak lain cabarannya bila anak dah mula membesar! Ingatkan masa kecil jerk susah nak jaga, berjaga malam, berisau-risauan sentiasa. Rupanya lagi meningkat usia, lagi susah hati makbapak ya, Syida....

      Delete
  20. Olorr..sian abg..xpela abg... kecik lagi kan..comey apa.. cuma y pting jaga pemakanan..insyallah..bila bessr nnti abg akan mmPu kwl berat bsdan dia..cuma kna jaga dr skarang tkut pnyakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kecil lagi, kena pantau juga pemakanan si Abang ni. Akak rasa dua sebablah dia jadi macam ni ~ tak suka main di luar, duduk aje depan komputer dan suka makan ayam.

      Delete
  21. Memang serba salah dibuatnya kan MD. Dengan anak yang cerewet makan dan juga dengan nak kawal anak yang berselera makan. Smoga dipermudahkan urusan MD yerp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siksalah bila berdepan dengan anak yang picky eater ni. Tapi nasib juga sebab dalam pada picky eater, badannya tetap naik dengan jayanya. Ni pun dah slowly-slowly I kurangkan apa yang patut. No more snacking, no more air gula. Kalau teringin pun, sekali-sekala I beli masa keluar. Kuantiti pun dah mengecil sebab knowing my sons ni, kalau kita beli pukal sebab nak jimat, memang licin dikerjakan mereka!

      Delete
  22. saya fikir perkara ni kena mulakan dgn slow talk dr hati dgn dadynya dulu . cari solution dan kata sepakat . pastu baru pada abang . abang tu masih budak . tak berapa faham apa yg org dewasa fikiran . jadinya x blh buat dgn drastik . mungkin blh bermula dgn tunjukkan cth pd dia kesan tak jaga mkn dgn gambar dan artikel dr google ... gunakan pendekatan psikologi ... HD kena tau mcm mana nak tackle dan tegur anak . wpun mungkin dia berkeras dgn caranya , tapi cubalah sebaik mungkin dgn cara yg paling toleransi ... takut si abg nanti betul2 nekad do something sbb rasa dadynya mengejek atau pdg rendah padanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddynya jenis tak mahu mengalah apatahlagi dengan anak. Dengan isteri pun tak mahu mengalah, Vee *_* Kena biasakan hidup dalam 'kekalahan'. Hahaha.... By now, mereka dah okey. Dah faham masing-masing. Yalah, Daddy memang kasar sikit. Bergurau lelaki mana ada ringan-ringan ni. Kalau tak sakit, tak sah nak berhenti. Si Abang pulak spesies lebih manja dengan Mommy. Kena tumbuk gurau-gurau pun boleh keluar air mata sebab sakit kononnya.... Entahlah....

      Anyway, thanks lah sebab bagi pendapat. Manalah tahu boleh digunakan kalau berlaku 'pertelingkahan' dalam senyap lagi ~_^

      Delete

Post a Comment