Friday, October 30, 2015

Muzium Negara : Pameran Racun & Bisa

Salam 17 Muharam kawan-kawan!

Duh, penat tau watermark gambar yang ada walaupun tak banyak mana! Selalunya guna picmonkey untuk edit dan watermark gambar yang ada tetapi entah mengapa sejak dua hari lalu tak boleh digunakan pulak! Terpaksalah beralih arah ke photo editor yang lain!

Yang sebenarnya entri kompang belum tamat lagi tapi sebab malas nak watermark gambar dan sawan pengantin pun dah sembuh, makanya lama lagilah kot nak sampai ke penghujung ceritera ^_^ Biarlah cerita kompang tu tergantung dulu ya ^_^

Baru-baru ni memandangkan jerebu sudah tiada di mata dan hati, makanya kami pun bawalah anak-anak keluar rumah. Pergi makan-makan dan yang paling penting untuk memberi mereka ruang kebebasan sebab sudah lama mereka terperuk di rumah dek jerebu!

Kali ni kami kembali ke Muzium Negara untuk menyaksikan Pameran Racun & Bisa yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2015 nanti. Masih sempat ya kalau ada di kalangan kawan-kawan yang nak bawa anak-anak ke sana esok ^_^

 


Sebenarnya pameran ini sudah lama berlangsung tetapi kami ni kalau lalu di depan Muzium Negara, memang takda hati nak singgah setakat nak melawat muzium aje!

Kali ini pun tanpa diduga tetiba HD ajak singgah tengok apa yang menarik selepas pulang dari melenjan. Anak-anak pula bila kata ada ular, ada kala jengking, ada semut api dan lain-lain, bukan main teruja nak pergi tengok. Begitu juga Adik Cute. Sangat berbeza perasaan teruja mereka ni jika dibandingkan dengan kali pertama kami bawa mereka menyaksikan pameran di Muzium Negara.

Masuk ke pameran ni percuma sahaja ya. So, memang kenalah pergi tengok-tengok apa yang ada!

I malas nak berceloteh banyak sebabnya penatlah mengwatermark gambar yang tak seberapa ni. 

Kita tengok gambar ajelah ya ~_^




My superheroes memang tersangat gembira di dalam ni. Suara mereka dua beradik aje yang kedengaran. Si Adik Cute tu sebab terlalu happy berlari ke sana-sini tanpa rasa takut macam dulu. Habis semua yang ditengok dikatanya 'Oh, Wow!'








Macamlah 'wow' sangat. I tengok biasa-biasa aje pun ....





Yang paling ngeri bila tengok ni aje. Geli yang sebenarnya! Yang lain-lain tu no hal pun, langsung takda debaran dapdupdapdup dalam hati tau 



Lepas tu kita tengok ikan pulak ~_^






Habis dah cerita. Tak sampai 30 minit dah habis kami melawat Pameran Racun & Bisa ni...




Yang penting bila ke mana-mana, anak-anak rasa puas hati dan gembira. Ingatkan minggu ni nak naik ETS pergi Padang Besar, nasib baik tak jadi ^_^ 

Esok dah hujung minggu, kita jumpa next Monday ajelah ya. 

Dengan ini tamat sudah entri untuk bulan Oktober. Bertemu di bulan Novemberlah kita hari Isnin nanti ya ~_^ 


     

































 

 


Entri Lepas Geram

Salam kawan-kawan! Alamak! Nak mencari emoticon yang sesuai dengan tajuk, tak jumpa pulak! Tapi takpa, walau tanpa gambar mahu pun ...