Thursday, November 26, 2015

My anak-anak bujang ^_^

Salam 14 Safar kawan-kawan!

Duh, makin nak hujung tahun makin malas bekerja rasanya! Bestnya alahai kalau dapat cuti sebulan juga macam budak-budak sekolah ~_^

Cuti sekolah kali ni memang I ada rancangan dengan keluarga tapi biarlah dulu. Belum pergi lagi makanya macamana nak berceritakan ...

Meh, tempek siap-siap dulu gambar my bujang terhangat di pasaran  antarabangsa sebelah Laut China Selatan ^_^ Masa ni kami pi makan Texas Chicken ...

'Malulah Mommy ambil gambar dengan ayam ni!' - dah lama sebenarnya tak pekena ayam goreng. Di rumah memang takda stok ayam lagi dah. Ini pun dah dilimitkan makan fastfood sebulan sekali aje tapi bulan ni dah tiga kali ke KFC, McD dan Texas Chicken. Apalah Mommy ni, dia jadi penguatkuasa, dia yang melanggar larangan ^_^

Adik Cute tak suka ayam goreng. Adik Cute sekarang teruja nak makan burger aje. Kalau masuk fastfood dah tak minta nuggets lagi, dia minta burger ^_^ Di rumah dia ada satu botol kecil mayonaise Kewpie khas untuk dia seorang sahaja! Peminat mayo no. satu dalam rumah kami ni!
 
Eh, Eh! Tertempek pulak ayam goreng Texas Chicken Tom Yum Flavour milik Mommy ^_^ Kan I dah kata, kalau I lapar, gambar semua gigil jerk! Kah3x...

Aha, cair tak hati anak-anak perempuan you all bila tengok Imam Muda ni? Hadiah jubah dari KakSara yang baru balik dari Kuwait tu ^_^



Sudah lama tak berceloteh tentang my anak-anak bujang. Sejak cuti sekolah ni bukan main gembira berehat tapi I tak bagi muka kali ni sebabnya keputusan peperiksaan akhir tahun si Bubbly Abang merundum dan jatuh satu anak tangga di nombor 2! Balik rumah selepas dapat keputusan terus telefon Mommy di pejabat, menangis siap-siap supaya tak kena marah! Dia fikir Mommy ni cepat lemah semangatlah bila dengar rintihan terus tak jadi marah!

Makanya, I sudah sediakan bukukerja untuk Tahun 4. Silalah buat hari-hari jangan nak skip. Kalau main komputer boleh 24-7 sehari tanpa jemu tak akanlah buat bukukerja tak bolehkan! Bukannya Mommy suruh belajar 24-7 sehari pun! Mommy suruh belajar 2 kali dalam 4 jam selama 7 hari aje ^_^

Si Adik Cute pulak bila orang sibuk cuti sekolah, dia sibuk buat homework cikgu beri katanya. Hari-hari tidur lewat sebab kena siapkan homework. Ada jugalah buku tadika lama Abang yang I beri padanya. Bila dia nampak ada kerja yang dah siap (yang si abangnya dah buat lama dulu...), mulalah dia bantai melara kesedihan. Sebabnya - bila dia tanya siapa buat dan cantik ke tidak hasil kerja tu, I pun main jawab cantiklah! Maka, dia sedihlah sebab kerja yang orang lain buat lagi cantik daripada hasilkerjanya! Merajuklah terus, tutup muka dan mencemik tak mahu cakap dengan Mommy lagi!

Akal si kecil ni pun memang dah lama saraf-saraf pembelajaran bergabung tenaga sampaikan tak terjawab mulut I ni dengan pertanyaannya. Sifat cemburu pun bukan main hebat lagi. Asyiklah mencemburui kerjanya! Asal kita duduk satu keluarga, semua kena dengar apa yang dia nak cakap. Ada kalanya bila my sister tengah berborak gosip dengan I, sibuklah dia interfere suruh kita dengar 'gosip' dia pulak ^_^

Tapi nak tahu tak betapa I rasa beruntung sangat walaupun ada dua anak lelaki aje?

My anak-anak bujang rajin you terutama si kecil ni. Suruhlah apa sahaja memang dialah yang offer diri nak buat kerja! Paling disukainya menolong I melipat pakaian. Bab spender superman sendiri tu memang dialah yang lipat. Janganlah mengada-ngada nak selongkar dan lipat semula, memang dia mengamuk merajuk! 

Nak suruh lipat t-shirt dan short pants sendiri pun dah boleh ^_^ Lepas lipat terus laju-laju hantar masuk dalam almari sebab dia takut nanti kita selongkar balik dan lipat! Mana yang dia tak pandai, disuruhnya kita tunjuk 'tutorial' gitu ~_^ Nah, tak sia-sialah kalau jadi menantu sesiapa ni nanti. Sure rajin menolong keluarga tau! Maklumlah nama pun anak bujang MD, kan, kan, kan ^_^

Dan orang yang paling lega sudah tentulah si Bubbly Abang. Sebabnya, bila I panggil namanya untuk minta tolong, si adik terus meluru nak membantu. Kalau Abang berkeras nak buat, mulalah Adik Cute mencemik sambil meraung kesedihan tak dapat membantu! 

Abang redha ajelah dengan kerajinan si adik sebab itu satu benefit buat dirinya. Ni bab buang sampah ni I rasa tak lama lagi pun si kecil ni nak take over kot! Sekarang ni tak bolehlah sebab dia kecil lagi, pengsan omaknya nanti kalau dia sepahkan sampah dalam plastik tu! Bertambah pulak kerja supermaknya nanti ^_^

Tapi kalau dah penat, silalah jangan bercakap dengannya... Boleh aje nanti dijawabnya,

Mommy, jangan cakap dengan adik lagi, eh! Adik penatlah nak dengar!

Diam seribu bahasa terus mulut Mommynya yang biasanya tak pernah tertutup rapat kalau kat rumah ni... ~_^  

Dari segi rancangan kegemaran, dah mula beralih arah si kecil ni. Tak main lagi dah Upin Ipin. Sekarang dah mula minat Chibi Maruko Chan, Lego Friends (nampak tak? nampak tak apa yang I nampak?) dan Robocar Poli. Bubbly Abang memang tak tahan nak gelakkan si adiknya. Yalah, dalam banyak-banyak kartun yang ada, tetap kartun gegirl juga yang dia minat. Si kecil ni tau semua karakter gegirl dalam Lego Friends tau! Hari-hari disuruhnya I check kat info agak-agak ada tak masanya dia kena 'berebut remote control' dengan Mommynya! 

Bila adik dah mula conquer channel Astro, si abang pun pasrah aje lari masuk bilik main komputer! Bubbly Abang malas nak join sekaki berebut remote control dengan Mommy dan Adik Cute ^_^ Nasib baiklah Daddy jarang turut serta!

My house ni macam biasalah memang haru-biru kalau empat beranak ada di rumah. Tak kiralah siang ke malam, pagi, petang mahu pun tengah malam! Lagilah cuti sekolah macam ni, my superheroes asyiklah minta izin tidur lewat. I berilah juga peluang tapi bila mereka melenjan tak ingat dunia, I terus  tutup lampu dan bertempik suruh pejam mata cepat-cepat. Kecut perut masing-masing tapi dalam hati, siapa yang tahukan...

Baru-baru ni I geramkan mereka berdua asyik bergilir-gilir merebut segala gadget yang ada, I sembunyikan semua sekali masuk beg yang I selalu bawa pergi kerja. Si Adik Cute nampaklah. Esok paginya bila dia bangun tengok tab takda, dia pun mengeluh. Bubbly Abang terus telefon I di pejabat tanya betul ke semua gadgets Mommy bawa bersama ke pejabat?

Adik mengadu katanya and nak tahu apa si kecil ni cakap?

Mommy ni memang tau! Mengada-ngada!

Si kecil ni adakalanya dia main ikut apa orang kata. Maksud pun tak tahu. Samalah juga dengan satu nursery ryhmes ni, The Finger Family.  Elok aje sampai ke lirik untuk 'daddy finger' dan 'baby finger' tau tak apa disebutnya?

Elok jerk tau dia menyanyi dengan girang sambil menyebut,

'Vavi' finger, 'Vavi' finger, where are you? (fahamlah apa perkataan sebenarnyakan!)

Dan sekali tu dia pi nyanyi depan Daddynya. Apalagi, menyingalah Daddy! Terus kena marah kawkaw! Mahu Daddy tak marah bila dengar anak pi tukar 'Daddy' ke 'Vavi'. Memang minta lempslah kan....

Abang pun mengadulah kat Mommy ...

I pun panggil si kecil ni dan tanya kenapa dia suka tukar 'daddy' dan 'baby' dalam ryhmes tu ke 'vavi'! I tunjuk image 'Vavi' dalam tab! Tahu apa dia kata?

Eh, Oink! Oink! Oink! Comelnya....

I pun explainlah kat si kecil ni!

Yang sebenarnya dia tak tahu pun 'vavi' tu apa. Tak tahu pun perkataan tu tak berapa eloklah di pendengaran telinga. Yang dia tahu kalau tunjuk haiwan tu namanya 'oink!oink!' Yalah, perkataan tu sendiri tak salah. Haiwannya pun tak salah tapi tau ajelah bila tersebut, sensitif lain macam jiwa raga kita nikan...

Takut jugalah kalau dia jadi sedap menyebut habis di'vavi'kan semua benda. Masaklah Mommy nak menjawab kalau dah terlanjur katakan! Kena pandangan sinis aje nanti dengan umat manusia yang lain, tak reti didik anak katanya!

La ni takdalah lagi dengar dia menyanyi The Finger Family ni tukar lirik lagi ^_^

Begitulah anak-anak. Tengah membesar ni macam-macam ragam. Kalau mereka buat silap semasa kecil, boleh juga kita lentur balik supaya mudah dibawa kembali ke pangkal jalan. Kalau kita buat tak kisah waima sekecil zarah pun silap mereka, bila dah besar panjang nanti jangan pulak nak meraung terlentang terlangkup kat lantai dok kata anak derhaka ke apakan... Salahnya dah tentulah si tukang membentuk jati diri tu ^_^ Sebab itulah nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Dah keras kejung nanti apa lagi yang boleh dilentur @_@

Okeylah, dah terpanjang pulak kisah masyarakat hari ni! Macamlah tak biasa dengar I berceloteh lepas tu terbabas entah apa-apa ^_^ Next time kita story mory lalaland lagilah yerk @_@ Penat dah tangan ni dok menekan 'papan kekunci' ni ...   

   

    



 
 

 

    


Projek Sekolah

Salam kawan-kawan! Apa khabar semua? Seronok nampak enjoy makan-makan luar di hujung minggu; butter prawn sepinggan besar campur mixed se...