JJCM : Restoran Masita Steakhouse

Salam 18 Syaaban kawan-kawan!

Semalam petang balik aje ke rumah dah berkira-kira nak memasak untuk makan malam. Tiba-tiba my sister ajak makan di luar; teringin nak makan chicken chop katanya!

Macam biasa, bila dah teringin tu kita pun menggooglelah padahal banyak aje restoran western yang kita tahu tapi dah sedap guna khidmat pakcik google, maka kita jalankan ajelah kewajipan mencari tempat makan tu!

Ada beberapa pilihan cumanya setiap kali beri cadangan, masalah paling utama dah tentu kesukaran nak cari parking atau pun terlalu jauh dari rumah. Maklumlah weekdays memang kalau boleh malas nak pergi jauh-jauh. Penatlah tak cukup masa nanti nak menguruskan kerjarumah dan lagi, anak-anak kena sekolah keesokan harinya.

Asal rancangan nak ke Kg Bharu tapi memikirkan mesti siksa nak cari parking dan kena bersesak, kita batalkan ajelah niat. Lepas tu nak ke Taman Melawati, tapi rasa macam tak berbaloi aje nak pergi restoran yang mahal gila dan kita tak pernah cuba. Nanti tak sedap, siapa nak bertanggungjawab? 

Then, nak ke Pantai Dalam pulak ... 

Pun sama juga kekdahnya, susah nak parking kat sana. HD sebenarnya tak kisah tapi knowing my suami better than anyone else, I yang susah nanti kalau apa-apa berlaku. Dah tentu-tentu I yang kena blame walaupun bukan I yang beri cadangan. Tak mahulah ambil risiko ^_^

Nak pergi belakang rumah aje, Ngah kata tak berapa sedap pulak makanannya. So, memang tidaklah. Masing-masing tengah kelaparan, kalau dapat makanan tak sedap, kasihan pulak nanti.

Akhirnya buat decision tapi biasalah belum final lagi ~_^ Dalam kereta nanti mesti berubah. So beritahu Ngah, lepas solat Maghrib baru kita keluar cari makan!

So, sebaik selesai solat, mulalah bergerak kononnya nak ke destinasi. Tapi, baru aje kereta bergerak, dah mula berubah rancangan. Eh, biasalah ni! Jangan tak tahu...

Akhirnya kita ambil keputusan nak ke Polperro Steakhouse di Shah Alam nun! 

Ahah, jauh ke tidak tu?

Jauh ya dari my house ^_^

Kami dah banyak kali makan di sini tapi Ngah belum pernah lagi. Itu pun dah lama sangat rasanya. Maybe last year kot ... Ada juga I  tulis kisah makan di Polperro ni dalam blog sebelum ni.

Nasib baiklah jalanraya lancar aje. Around 8.30 malam dah sampai di Seksyen 7, Shah Alam. Ngah kata kiranya malam tadi Ngah nak belanja Bubbly Abang sebab dapat nombor 1 dalam exam baru-baru ni. Sengihlah si abang ...

Malangnya....

Sebaik sampai di depan Polperro, tutup pulak!

Bukan sekadar tutup aje, dah nak disewakan tapak restoran tu!

Nak menangis rasanya tau! 

Masing-masing mengeluh...

Since Ngah kata nak makan chicken chop, I pun suggestlah untuk cari Big Brother. Rasanya memang ada Big Brother di Seksyen 7 tu. Ingat-ingat lupalah! Adatlah tu dalam keadaan macam ni, selalu aje terlupa apa lagi restoran yang banyak ada di Shah Alam tu especially di Seksyen 7! 

I ingatkan HD taulah mana nak tuju nak cari Big Brother tapi standard procedurelah, I baru cakap sepatah, HD dah menonong bawa kereta. HD ingat I tau, I ingat HD tau. Bila HD pusing sekitar belakang McD tu, I dah pening. Tang mana pulak ada Big Brother kat sini...

Bila dah pusing dua, tiga kali di tempat yang sama, akhirnya kami ambil keputusan untuk makan di sini ...

Restoran Masita Steakhouse *_*


Cuma satu ajelah yang buat I cuak. Semua tempat makan sekitar nampak macam ramai orang tapi restoran yang satu ni quite lengang. Ada juga pelanggan tapi tak ramai. 



Dek kerana susah nak parking (beria-ia tadi tak nak pergi sana, sini, situ sebab susah nak cari parking tapi terkena juga akhirnya...) I ajak team makan cuba ajelah di sini. Kalau tak sedap, kita redha ajelah. Nak buat macamana...

Sedap aje mulut HD berkata,

Itulah padahnya kalau orang cerewet!

Eh, ayat macam aim kat I aje ni! Apahal pulak... 

Team makan ni memang macam ni. Selalu suruh I buat final decision so bila ada yang tak kena, senanglah nak menyalahkan I sepenuhnya! I memang tau...

And, the best thing malam tu semua ambil keputusan nak makan chicken chop aje ...



Cuma Adik Cute ajelah yang makan ini,



Ingatkan sikit aje terlupa pulak yang ini bukan kid's meal pun ...

Makanya kenalah tapau bawa balik!

Bila tanya kat Ngah macamana rasa makanannya, Ngah kata suka. Sedap, garing, dan besar saiz chicken chopnya. Cuma sos kurang pedas (takda blackpepper sauce pulak) dan sikit berbanding dengan saiz chicken chopnya. 

Entahlah, I pun kurang pasti sama ada komen itu komen ikhlas atau semata-mata nak menjaga hati adik ipar yang memandu jauh ke Shah Alam ni... Kena tanya sekali lagi di belakang HD pulak ~_^

But for me, terlalu garinglah chicken chop tu buat tekak I kering aje. Dahlah I ni batuk tak baik-baik. Sebaik makan aje, sepanjang jalan balik rumah I terbatuk-batuk! 

Sos memang sikitlah. Cuba tengok nuggets si Adik Cute tu. Kalau goreng nugget di rumah 'gelap' macam ni, memang mereka berdua tak sentuh. Malam tu pun Adik Cute cuma makan mushroom soup (berebut dengan abangnya sebab mereka kata sedap tapi pada pandangan I, cair sikitlah), a few french fries dan a bite of nugget je

Si kecil ni kena kejut dari tidur yang lena dalam kereta, memanglah mengamuk. Lepas tu sibuk nak balik sebab dia mengantuk katanya! Sebaik sampai rumah, terang mata pula tak mahu tidur-tidur. Kasihan alahai kena sambung buat homework sebab sebelah siangnya dia buat separuh aje. Lagi separuh nak tunggu Mommy balik, nanti malam nak buat dengan Mommnya!

I lah yang teruk kalau keluar malam during weekday ni. Kena anjak waktu buat kerjarumah semua, maka masa tidur pun jadi lambat! 

And, masa I tengah sibuk ambil gambar makanan tetiba Ngah kata,

Ustaz kata orang yang suka ambil gambar makanan...

I terus menyampuk,

Ada masalah mental!

Hehehe!

Senang mengaku sendiri ~_^  


Kesimpulannya, kalau suruh I buat review tentang makanan di restoran, memang tahulah apa jadikan. Inilah akibatnya kalau tidak dibayar untuk buat review. Hahaha...

Tapi seriously, kalau sedap of course I puji melambung (Nora beri 5 bintang gitu, kan CH ^_^ Suka betul CH dengan statement Nora ni ~_^), kalau tak sedap jangan haraplah I nak 'bohong sunat' ya!

Okey, till we meet again next time!

Adios! 
         

       

          

Comments

  1. Nengok pun mcm garing sangat ayamnya tu. Lama dah tak makan chicken chop. Teringin pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garing betul. Memang kalau sakit tekak, siksa nak makan. Terbatuk-batuk aje saya jadinya padahal batuk dah nak hampir baik pun. Bukan salah makanan tu, salah diri sendiri tak kawal makan ^_^

      Delete
  2. Kakcik kalau nak makan cikencop memang ke gerai di belakang rumah je... mana lagi kalau tak Moon's Kitchen... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moon's Kitchen tu kat mana, Kakcik? Cuba cerita sikit. Nanti boleh masuk masuk senarai JJCM ^_^

      Delete
  3. alamak kak, terus teringin nak makan ciken cop.....dah lama plak tak mkn.... tapi tu laa payah nak cari yg betul2 sedap..buat sendiri jgn harap le...pemalas laa nak hadap buat haahahahahaha....

    tahniah abg dpt no 1...belanja makan sudah, adiah jgn lupe mintak tau abang kat mummy ekekekeekekeke....

    kak, lieya plak suke nugget yg gelap2 gitu..garing2 gituuuuuu.... kalo abg ngan adik dtg umah aunty lieya, kompom2 tgk jek nugget yg aunty lieya goreng hahaahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah pergi cari Lieya sebab tak lama lagi dah masuk Ramadhan. Bulan Ramadhan ni banyak manalah kita boleh makan 'mengejut' macam tukan. Selalu akak pergi ke Azzahra di Keramat nun tapi muak sungguh asyik ke sana. Yang ada dekat dengan rumah pulak katanya tak sedap, makanya malas nak cuba sebab dah malamkan, hari bekerja pulak tu.

      Punyalah tak sabar siap telefon Mommy di pejabat tanya ada masa ke tidak nak bercakap. Just nak beritahu aje report book Laoshi dah tunjuk tapi tak boleh bawa balik lagi! Hahaha!

      Oh, ya ke? Akak kalau sampai gelap macam ni memang jaranglah kecuali terlebih goreng. Anak-anak suka yang tempura tu, asal nampak garing sudah. Kalau bertukar warna sampai macam ni, memang mereka taknak. Budak-budak ni dengan Mommy mereka ada mengada banyak sikit!

      Kalau dijemput ke rumah, senang aje nak beri anak-anak akak ni makan jangan sampai mereka muncung sedepa ~ janji ada ayam goreng! Si kecil tu asal ada yang berkuah macam sup tu, okey aje makannya! Hahaha!

      Delete
  4. Kalau kakak tak larat nak menjajau cari tempat makan sampai letih gitu MD. Biasa sebelum keluar dah decide dulu. Terus tuju senang sikit. Tak apa tunggu dua hero tu besar sikit kakak percaya MD dan HD akan ikut mana mereka nak makan dah tak ada peluang nak menjajau cari tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara biasa ni kak buat keluarga saya. Selalu aje macam-macam rancangan ada sampai last minute. Selagi belum sampai destinasi, selagi itulah asyik berubah. Penat juga kadang-kala, ada masanya naik darah juga ^_^

      Buat masa ni memang anak-anak ikut kata aje. Kalau ditanya sekarang ni, seorang kat McD, seorang lagi kata KFC. Itu ajelah pilihan mereka beri, memang tak dapatlah diusahakan selalu ^_^ Muak!

      Delete
  5. Alahai kesiannya berpusing2 cari steak house ya. Kat Bangi ada Menate dan wadihana tapi mahallah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wadihana masih ada lagi ya, kak? Saya pernah pergi ke cawangan di Alam Damai dan juga Jln TAR tu tapi tak tahulah ada lagi ke tidak sekarang ni.

      Menate tu ada juga cawangan di Setapak tapi belum pernah cuba juga tu.

      Delete
  6. Memang nampak garing.. Tapi ada orang suka makan garing gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah mungkin ada yang suka, Maria. Pada tekak saya ni memang terlalu garing sampai rasa macam nak hangus pulak. Lagi pun saya sakit tekak dan batuk-batuk, lagilah siksa nak menikmati makanan.

      Delete
  7. Rajun nau JJCM sampai Shah alam yerp. Rasa macam nak makan chicken chop jer malam ni. DAh pay day kan...ekekeke...Tapi nengok ayam tu memang rangup sangat lah.

    Tahniah bubbly abang. Smoga terus cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, memang rajin kitaorang ni, Fiza! Itu pun nasib baik tak terfikir nak ke Putrajaya ke, nak ke Cyberjaya ke! Kalau ada yang berkenan, tentu pergi punya! Lepas tu balik mengamuk sebab kerjarumah tak siap habis lagi!

      Oh, terima kasih! Namanya aje nombor 1 tapi keputusan asyik merosot! Geram betul!

      Delete
  8. Wah pening juga cari tempat makan ya MD.Suami MD ok tak pelah....kalau suami akak mahunya pusing balik rumah je jadinya:-).
    Betul ke ambil gambar makanan ada masalah mental?....huhuuu itulah yang akak selalu buat juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab mana nak makan ni memang buat peninglah, Kak Saniah. Bukan apa, selalu sangat ubah rancangan last minute! Sayalah yang teruk kena kecam kalau rancangan tak seperti yang dirancangkan padahal team makan semua bergantung penuh pada keputusan saya tau!

      Suami saya itulah bagusnya. Kalau bab JJCM ni, sanggup aje menempuh 'lurah dan ranjau' gitu ~_^

      Hahaha! Entahlah, kak! Saya pernah dengar orang katalah, ke artikel suratkhabar yang kata. Hehehe!

      Delete
  9. amboi MD jauhnya perjalanan mencari ayam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasal! Asal ceritanya tak nak pergi jauh, tak nak tempat susah parking, tak nak yang tak sedap di tekak. Pengakhirannya semua dapat ^_^

      Delete
  10. Tetiba pulak mak nak makan Chiken Chop!....Melampau betul Ngah ni tau, menggoda orang.

    Mmg jauh tu Kak Ton kalau weekdays, nasiblah HD okay je, ikutkan je bini nak ke mana... untung le. Buat pasal betullah Polperro tu kan, tulah yg mak malas bukak kedai makan tu, takut risiko rugi.... huh modal pun tak de berangan nak buat kedai makan haha...

    Yelah Kak Ton nampak gelap sikit warna nugget ngan Chiken Chop tu... tak perlah janji Ngah puas hati, sebab dia yg teringin kan....kasi chance ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak memang selera besar-besar belaka. Maklumlah, kalau merengek aje, PakJilap bawa makan! Hahaha!

      Itulah ceritanya, Mak. Asal rancangan tak nak yang jauh, tak nak yang tak sedap, tak nak yang susah parking tapi akhirnya itulah yang dapat. Nasib baik mood HD ceria, maklumlah kakak ipar yang nak makan. Cuba kalau saya, ada juga kena marah sebab dah malam!

      Hahaha! Ada hati nak buka kedai makan ke, Mak? Bolehlah saya jadi partner, sama-sama pun perangai sama jerk kekdahnya! Memang lingkup kedai. Kita-kita ajelah yang makan hari-hari!

      Bukan nampak gelap, memang gelap pun, Mak. Kalau kat rumah depa tak nak makan dah. Itu pun tak habis. Simpan dalam peti sejuk entah siapalah yang akan habiskan tu!

      Delete
  11. atie pun mcm ikut berpusing-pusing bila baca N3 MD ni..hahaha..plan dekat2 last2 ke Shah Alam juga.. jauh tu.. hehe.. sana mmg masalah parking kena fikir 10X before nak pegi suatu tempat..kan?.. nasib dpt gak Ngah MD mkn chicken cop.. bila tgk mcm garing sgt ayam nya tu..warna pun agak gelap..
    kan....mmg Ibu2 lah yg penat bila balik lewat ke rumah.. byk kerja nak kena settle kan sblm sambung keje lagi esoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu memang standard, Atie. Kalau saya corner baring, readers pun kena corner baring sama. Barulah adilkan. Kalau tak, penat saya mengarang story. Hehehe!

      Jauh memang jauh. Sampai rumah dah nak dekat pukul 10 malam. Anak-anak dah penat, mulalah merengek. Dengan homework tak siap, dengan buku sekolah tak berkemas, dengan Mommynya yang banyak kerjarumah nak kena uruskan, letihlah!

      Delete
  12. oh saya pun pernah makan di sini, kalau nak makan sedap lagi di westplate factory seksyen 23, selalu juga makan disitu.

    sedap pu;a tengok chicken chop tu, haiii orang baik demam teringin pula, tapi weekdays memang tak dapat nak makan luarlah sebab si abang biasa tidur awal, pernah pula tertidur dimeja makan kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Westplate Factory tu nama restorannyalah ya. Nanti saya google. Tapi itulah, time nak pergi tu, time tulah terlupa segala tempat makan yang best!

      Lepas demam samalah macam lepas habis puasa. Semua pun nampak sedapkan ^_^

      Delete
  13. saya suka baca review yang jujur ni,.tak de siapa tertipu..hehehe..Abang dapat no 1 ke?wah!!tahniah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Saya memang tak boleh buat review tau, Diana. Not my cuplah. Kalau tidak, habis segalanya. Tak sesuai langsung nak suruh saya tapi bab makan ni saya suka. At least manalah tahu kita boleh bantu kawan-kawan buat keputusan nak makan apa, di mana dan sebagainya!

      Oh, terima kasih!

      Delete
  14. Polperro ni dah berpindah lah MD..
    Tak jauh dari situ..
    Dia berpindah ke jalan kristal..
    lagi besar tempatnya MD..
    Polperro ni sepelaung dari rumah CH jer MD..
    CH pun selalu gak makan kat situ..
    Sebab en suami ini lah satu2 kedai yg dia suka bila makan kat luar..

    patut lah bagi 1 bintang jer MD..
    tengok ayam tu pun CH tak selera..
    Lain macam benor garingnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa... ya ke,CH? Hancur harapan hati tau bila tengok tergantung 'Untuk Disewa' tu! Ingatkan dah gulung tikar! Tapi pelik jugalah sebab saya suami isteri rasa makanannya sedap (dan murah...) apasal pulak dah tutup! Nak check internet, line tenat pulak!

      Oh, CH duduk dekat dengan Polperro ni ya? Kalau macam tu tak datang lagilah saya makan di sini! Hahaha!

      Itu namanya rangup dan semi hangus ,CH. Hahaha!

      Nora tak nak bagi 5 bintanglah ya hari ni?

      Delete
  15. MD..acik tengok gambar je pun dah tak mau he he..acik tak suka chicken chop jenis goreng macam tu..acik ska yang bakar?panggang dan tak de serbuk roti tu..sikit je cerewet acik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tahu rasanya begitu 'garing', saya pun nak buat pilihan lain. Tapi dah semua nak makan chicken chop, kita ikut trend jugalah.

      Delete
  16. amboi MD dok tayang makanaan la pulak hari ni kan
    meleleh-leleh dah orang sini nengokkan chicken chop tu lah
    btw tahniah utk abang ya

    cepat email kaknoor tau
    itupun kalau nak poskad lah ehee
    nooriahabdullah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sekali, apa susahnya KakNoor! KakNoor sediakan bahan dan buat. KakNoor kan cekap di dapur. Kalau macam saya ni teringin, memang kena pergi mencarilah, KakNoor. Nak buat pemalas betul!

      Dah! Dah! Dah reply punkan ~_^

      Delete
  17. kalau garing sangat pon jadi liat...
    adoii teringin nak makan steak plak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi okey tapi itulah, tak tahan kulitnya tu garing sangat. Tak sedap jadi rasanya.

      Nak dekat puasa ni, pi lah cari steak cepat-cepat. Bulan puasa nanti tak tersumbat perut dengan macam-macam keinginan ^_^

      Delete
  18. Big brother betul2 tepi hospital shah alam tu kak..
    menghala ke paparich Jovian segala...
    takpe next time cuba lagi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa, ya ke? Kita orang dah terlepaslah tu kalau dari Polperro! Akak memang ingat ada Big Brother di sini, pernah terbaca tapi tak perasan kat celah mana!

      Akak nampak Baron ke apa nama restoran tu Lyn dalam perjalanan balik. Kalau nampak awal, boleh juga singgah merasa!

      Delete
  19. Halamaaak teringin pulak nak makan chicken chop ni. Ahaaa nanti nak kena cari jugak ni. Portion besar jugak tu tapi kalau tak kena dengan tekak memang tak jadi lah kan. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi cari yang dekat-dekat sikit dengan rumah tu, Nani. Kalau nak pergi jauh-jauh, ada yang kebulur nanti. Sekarang ni asal petang aje hujan!

      Eh, apahal reply komen gaya gini ek? Mesti jari taip lain, kepala fikir lain ^_^

      Kalau harga murah dan portion pun besar dan ditambah dengan rasa yang sedap, memang bestlah!

      Delete
  20. Amboi ustazah..kok org yg suka ambil gambar makanan ada masalah mental.memasing pendapatlah..ustaz pun tak semua yg betul ok.hahaha..

    Nmpk macam ok je chicken chopnya..lgpun namanya chicken chop lebih kirang je kot rasanya..nk rasa lain pun klu sosnya tu sedap..klu sos fail..memang out la dr segi rasa.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kita pernah dengarlah ada masuk dalam suratkhabar kot. Betul ke tidak tak tahulah. Tapi mental kita okey aje ^_^

      Terlebih garing ni, PK. Dah macam separa hangus tapi telan jualah dalam pada kata tak berapa sedap dan sakit tekak tu! Sayang membazirkan ~_^

      Delete

Post a Comment