Friday, January 29, 2016

Oh, my baby!

Salam 19 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Baru hampir sebulan di tahun baru, sudah 3.5 hari cuti I ditolak. Macamanalah nak cukup cuti sepanjang tahun kalau sikit-sikit aje nak ambil cuti!

Sejak minggu lepas my anak bujang tersayang sudah selsema. Masuk minggu ni dah kena batuk-batuk. Dan malam kelmarin, dah mula demam si kecil ni. Siksa agaknya 'putus cinta'. Sejak putus sudah kasih-sayang, lemah aje anak bujang I, si Adik Cute ni ^_^

Posing versi tak sihat. Kesian pulak Mommy tengok!

By the way, sebelum terlupa... nama si gegirl yang 'tak sayang Adik Cute'  tu I dah tahulah. Nasiblah dah masuk dalam senarai hitam, tak akan mungkinlah lepas 10, 20 tahun lagi terjumpa Adik Cute boleh nak berbaik-baik lagi, okey! Kata Adik Cute namanya 'Puteri'!

Puteri Santubong ke, Puteri Gunung Ledang ke, mahu pun Puteri Gunung Jerai ke, memanglah I tak tahu nama penuhnya! Pendekata siapa dengan nama 'Puteri' memang kena scan habis-habislah nanti dek Mommy Adik Cute ni ~_^

Kalau suatu hari nanti ada kawan-kawan Adik Cute yang nak jadi teman tapi terlebih mesra, memanglah Mommynya ni akan check education history sampai ke sekolah tadika okey. Just to make sure... Hahaha!

Berbalik kepada anak bujang tercomel dalam my hati ni, pecah dah rekod kedatangan tadikanya. Minggu pertama dah tak pergi tadika pada Jumaat pertama  kerana demam. Minggu kedua pun tak pergi tadika pada hari Jumaat sebab bila dibilang dengan sebelah jari, dah 4 hari dia ke sekolah. Banyak dah tu katanya. Lagi pun buat apa nak sekolah hari Jumaat sebab the next two days, Saturday & Sunday dah tak payah school. Maka Daddy pun happily tak hantar anak ke tadika, akur pada bijak pandai anak mengira hari katanya ... ~_^

Minggu ke tiga, dia pergi sekolah cukup 5 hari dan happy sangat sebab hari Jumaat tu, I yang pergi ambilnya di sekolah. Macam-macam cerita keluar sementara dalam kereta menuju ke sekolah Bubbly Abang. 

Katanya si 'ex-girlfriend' tu suka menyakatnya. Kejap-kejap pukul manja. Dia pun anginlah. Marah balik sambil kata jangan datang ke rumahnya lagi! Erkkk... pelik statement Adik Cute ni! Entah bilalah si gegirl ni pernah datang rumah!

Si gegirl ni pun satu! Kata kumbang bukan seekor, yang sibuk nak berbaik-baik semula dengan anak bujang Aunty ni apahal! Aunty dah nak marah ni 'mempermain-mainkan' hati dan perasaan anak Aunty yang suci murni tak tahu apa-apa ni! Keranamulah anak Aunty 'putus sudah kasih sayang' pada umur 5 tahun tau tak!

Makanya Mommy yang suka menghasut ni pun cakap kat anak bujang tersayang,

Lain kali kalau dia usik macam tu atau pukul Adik, cakap dengan Teacher Anita tau!

Eh, yalah! My anak ke tadika nak belajar abc, 123 tau! Bukan nak berkasih-sayang. My anak dah okey dah tu kena 'tinggal' dek girlfriend tapi si girlfriend ni pulak tetiba nak mengendeng jadi kawan semula!

So selepas cuti tiga hari sempena Thaipusam, pergi jugalah Adik Cute ke sekolah macam biasa walaupun selsema. Balik dari sekolah kali ni dia pun beritahu,

Mommy, gegirl tu nama dia 'Puteri'! Tadi kat sekolah pun dia pukul tangan Adik macam ni (sambil tunjuklah kat Mommynya part tangan mana yang kena pukul tu) Then, Adik cakap dengan teacher, 'Teacher! Teacher! Dia beat saya!' Then, teacher Anita marah dia! Lepas tu dia nangis macam ni... (sambil tunjuk lagi gaya budak Puteri ni menangis...)

Opsss... mendengar kata rupanya my anak bujang ni! Baru I nasihatkan, habis dah dia beritahu kat teacher budak gegirl ni kacau dia! 

Aduhai... nasiblahkan 'ex-girlfriend! Bukan salah Aunty mengajar anak ^_^ 

Berbalik kisah malam kelmarin, memang I tak cukup tidurlah ya. Tengah malam si kecil ni merengek sebab batuk, selsema dan bila I sentuh dahinya, aduhai panasnya! I pun cepat-cepatlah letak tuala lembab. Kat my rumah ni biasalah, kalau tak sakit semua benda ada tapi bila sakit, ubat batuk habis. Ubat demam dah expired. Ubat selsema expired juga! Cool fever pun takda! Semua pun ilek! Kalau kita beli buat stok, takda siapa pun yang sakit sampailah semuanya expire dengan sendirinya tanpa diguna!

I sendiri sakit badan duk tidur kat kakinya. Kang bila dia berpusing, berpusinglah I juga cari port baru nak lelap semula. Meringkuk pelbagai gayalah senang cerita! Awal pagi semalam teruslah sms bos kata nak ambil cuti anak demam!

Terus bawa si kecil ni ke klinik. Balik rumah, terus minta nak makan ubat! Belum cukup masa lagi pun, minta nak makan ubat lagi. Katanya tak tahanlah batuk macam ni, kena makan ubat selalu!

Yalah, Dik! Makan ubat pun kena ikut masa, ikut sukatan. Bukan main telan aje sebotol macam tu, walaupun nak cepat baik semula! 

Hari ni pun demamnya belum kebah lagi. Pagi-pagi lagi teacher kat Smart Reader dah called bertanya khabar. I pun katalah my anak demam, batuk dan selsema. Okeylah kata teacher tapi jangan lupa nanti minta Mommy datang tadika untuk ambil HOMEWORK si Adik Cute. Cuti tiga hari nanti bolehlah buat homework sambil berehat!

Aduh!

Kalau ikutkan Mommy, homework pun Mommy tak bagi buat. Rehat ajelah ya. Tengok kartun. Main Lego. Baring-baring berehat cam tu. Kata sakitkan. Tapi dah teacher minta ambil homework si Adik Cute, terpaksalah nampaknya pepagi esok pergi ambil homework si Adik Cute!

Teacher kata next Tuesday bolehlah Adik Cute datang tadika semula. Bila tanya kat Adik Cute, katanya cukup-cukuplah kena pergi sekolah. Buat apa nak pergi sekolah hari-hari. I pulak kata kesian si minah sorang tu nanti tak dapat nak kacau Adik Cute sebab lama sangat tak pergi school. Selamba aje jawabnya,

Biarlah!

Yalah, cakap budak tak cukup umur macam tulah. Yuran Smart Reader bukan sikit alang. Boleh pengsan nanti Mommy kalau Adik Cute tak mahu pergi tadika tau!  Baru sebulan sekolah, dah 5 hari tak datang belajar. Minggu nilah paling meriah. Sehari je pergi tadika. Sejak Rabu lepas tak sekolah sampailah Isnin minggu depan dia bercuti. Memanglah tak tahu nak kata macamana bila kena pergi sekolah Selasa depan! Mahu merengek aje lebih!

Biar Daddylah uruskan. Kalau Mommy yang uruskan, mahu lagi mengada-ngada. Pagi tadi pun dia dah merengek bila dengar I nak pergi kerja. Katanya dia sayang Mommy. Lagi suka kalau Mommy duduk rumah. Lepas tu sempat lagi dia fikir,

Eh, kalau Mommy tak kerja, nanti Mommy tak dapat gaji pulak.....

Ahah, tahu pun takut! 

Bukan takut apa... takut tak dapat apa yang dia nak aje! Dengan Daddy, tak usahlah berangan jauh sangat. Semua pun kalau boleh a big 'NO' jawabnya ~_^   

Apa-apa pun moga demam Adik Cute cepat kebah. Kalau tidak, bukan aje hati Mommy yang susah, badan Mommy pun penatlah alahai.... ^_^ 

   

  


Okay, ni entri terpendek ^_^

Salam kawan-kawan! Hari ni bukan nak meronta tak tentu arah ya! Takda mood nak bercerita. Fikiran melayang entah ke mana sudah perginya...