Thursday, March 10, 2016

JJCM : Jom Western and Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka

Salam 1 Jamadil Akhir kawan-kawan!

Hari ini marilah kita bercerita tentang makan-makan dan jalan-jalan cari makan aje ~_^

Entah kenapa lately, sibuk pulak di office. Celah dan aje mana dapat I blogwalking. Memang not my typelah mencelah sana-sini. I ni kalau blogwalking biasanya rajin ^_^ Lagi satu, sebab sibuk jugalah entri pun celah belum aje wujudnya. Kalau ikutkan hati, memang malas nak menaip entri baru tapi biasalahkan, dah terbiasa menaip panjang berjela tetiba nak berhenti, rasa macam ralat paralaks pulak @_@

Jom kita tengok restoran ni ~ Jom Western nama diberi!

Restoran ni adik beradik kepada Jom Bali rasanya. Maklumlah sama aje lebih kurang nama diberi. Kami biasa dah ke sini. Kalau tak tahu mana nak tuju atau tak sempat menggoogle tempat baru ketika berada di luar, memanglah kami terjah ke sini. 

Berbanding dengan abang sulungnya Jom Bali, menu yang dihidangkan pun tak banyak perbezaan. Ada di sana, ada juga di sini tapi mungkinlah ada di sini, tiada di sana... Ada faham saudara-saudari yang budiman? Hehehe ...

So tak payahlah nak tempek gambar banyak sangat sebab ini bukan kali pertama ke sini. Masa ni musim I meroyan nak makan spaghetti olio makanya, ke mana aje western restaurant yang I terjah, dah tentu-tentu I dok ulang order spaghetti olio ni ^_^ Well, you know my eating habit by now, right....

Seafood mewah betullah. I memang suka! But then, pedas memijar sampai tak cukup teguk air! Olive pun banyak sangat diletaknya!

Kalau tak silap, dalam jangkamasa yang dekat, tiga restoran I terjah dan asyik repeat order makan spaghetti ni. Yang takda gambar of courselah di Secret Recipe. Sebabnya, dah pasti you all tahu dari entri ini ^_^ 

Abang dan Daddynya macam biasa memilih nasi goreng tiga rasa dengan ayam sahaja. Disuruh order lain tak mahu, makanya malaslah I nak ambil gambar banyak kali menu yang sama aje.

Yang ini kepunyaan Adik Cute ...


Pun dia tak habis makan dan terpaksa kami tapau (and at the end of the day, MommyDaddy juga yang tukang perabih makanan ~_^) 

Tengoklah my superheroes bila dapat keluar rumah. Baik pergi makan di luar mahu pun sekadar berjalan-jalan ambil angin berdebu, mereka gembira sahaja...

Ceria aje muka tunggu makanan sampai. Si kecil ni tertekan loceng masa sibuk bergurau-senda dengan abangnya. Kalau ke mana-mana dan you all terdengar suara 'besar' budak bercakap sambil gelak ketawa, tolehlah! Kemungkinan besar itu adalah my anak bujang, si  Adik Cute!

Gambar lepas kena marah. Yang besar muka dah masam, yang kecil pulak dah ketakutan bila waitress nak datang ke meja kami dek kerana dia tertekan loceng!

Kami ke sini pada hari bekerja. Kebetulan I ambil cuti. Lepas ambil Adik Cute dari tadika dan Bubbly Abang dari sekolahnya, kami teruslah ke sini kononnya nak makan tengahari! Sempatlah juga 'sambil menyelam, minum air' ^_^!

Ingat tak dalam entri ni bila I kata nak pergi ke satu restoran ni. Tiga kali kami terjah dan gagal! Kali pertama sebab takda parking langsung. Kali kedua bila kami pusing balik after a few hours, still takda parking dan hujan pulak lebat. Kali ketiga ke sini, tetiba tutup pula hari Isnin!

Maka, dengan gigih kita cuba lagi hari Ahad lepas ni. Maklumlah reviews yang diberi semuanya memberangsangkan. Semua kata sedap. Ada jugalah yang negatif dan I dah take note siap-siap!

Inilah restorannya ya ...

Sumber dari sini 
Seperti tertera dalam tajuk di atas ~ Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka yang terletak di AU2 ~_^ 

Balik dari  MidValley, teruslah nak menuju ke restoran ni. Macam biasalah, berbalah lagi tentang apa nak dimakan. Anak-anak nak makan McD, McD, McD. In fact sejak hari Sabtu lagi mereka nak McD tapi malas betul nak layan. Tak bosan-bosan sungguh dengan McD ni. Dek kerana tak sampai hati nak menghampakan permintaan, I pun ajaklah HD pergi  tapau aje McD di Ampang Park dah terlanjur lalu di situ.

Di Fiske Steakhouse ni ada menu western dan juga asam pedas Melaka Rancangan asal memang nak merasa western food dulu (olio lah tu... ~_^) dan kalau sedap, next time kita datang untuk makan asam pedas Melaka pulak!

Bersungguh ni nak mencuba tau. So redah ajelah sekali lagi. Kalau kali ni tak dapat juga tempat, maka kita haruslah melupakan terus restoran ini *nada sedih bangat ni*

Alhamdulillah! Rezeki kami kali ini. Banyak juga parking yang ada. So, apalagi, cepat-cepatlah park kereta sebelum terlambat! 

Sebaik aje kami letak kereta, hujan pun mulalah rintik-rintik turunnya. So, kita sediakan payung sebelum hujan lebat ~_^ Dek kerana area berair-cond penuh, maka kita duduk di luar aje. Tengok hujan pun macam nak tak nak aje turun. So, kami berharap sangat hujan tak akan turun lebat. Kalau tidak, tentulah makan dalam basah kuyup kena tempias hujan!



Alhamdulillah sekali lagi, hujan tetiba berhenti ^_^ 

Nasib memang baik betul kali ni. Mesti semua pun langkah kaki kanan semasa keluar dari rumah tadi ~_^

Time to order ...

Anak-anak dah kenyang makan McD dalam kereta so mereka tak mahu makan lagi. Si Bubbly Abang minta Strawberry Latte dan nak berkongsi dengan adiknya...




Very rare kes berkongsi macam ni. Tapi takpalah, ada bagusnya juga. Belajarlah berkongsi abang-adik! Sepanjang keluar rumah hari tu, entah berapa banyak mereka dah minum air, baik yang berperisa mahu pun air kosong. Botol-botol air plain water yang I bawa pun licin habis airnya dikerjakan. 

I dan HD order Iced Lemon Tea aje macam selalu... Maklumlah kali ni tak kena share dengan Adik Cute, so takdalah order Iced Milo ~_^ 

Bila bab makanan ni, puas jugalah kita belek. I pesan kat HD katanya review tentang steaknya tak berapa memberangsangkan. So, kalau tak nak kecewa, tak usahlah order! Selain western food, ada juga set asam pedas pelbagai. Ada nasi Arab juga. But then kami datang demi western food, makanya tidaklah kami order makanan lain!

Kita ambil keputusan untuk order ini,

Spaghetti Creamy Mushroom untuk Hubbydearie


dan ini, 

My spaghetti olio

Seriously I tell you, lepas makan kami berpandangan sambil tersenyum simpul suami isteri! Lidah kelu tak terkata dok pandang antara satu sama lain. Ala-ala masa first dating aje gamaknya!

Total cost makan berdua ialah RM44.80 tapi memanglah I rasa ralat sangat sampaikan bila dah masuk kereta I pun terus beritahu pada HD,

Dear, next time kalau banyak kali kita terjah sesuatu restoran tu tapi tak berjaya, means that petanda yang kita tak perlulah cuba lagi and lagi!

HD angguk aje ...    

I rasa failedlah taste kedua-dua makanan yang kami order tu! Walaupun tengok orang berasak penuh memenuhi ruang tempat makan, I tak pasti apa yang sedap sangat. Nampak gaya, review yang I baca tu semua macam tak betul aje. 

You all tengok gambar pun dah boleh agak mungkin apa rasanya kalau dinikmati! My spaghetti olio tawar betul, harapkan udang aje itu pun udang kecil bukan besar mana pun. I pun cubalah merasa spaghetti creamy mushroom yang HD order, oh my... tawar juga. Tengoklah spaghettinya tu, memang hilang terus rasa nak makan! Harapkan sos aje curah sepenuh jiwa raga tapi bab rasa memanglah tak terkata apa dah!

So, kami ambil keputusan tak jadilah nak datang again untuk merasa asam pedas Melaka pulak. Cukuplah sekali aje pengalaman makan di sini. Tak sesuailah dengan tekak kami ni! 

Perasaan kecewanya bila JJCM gagal?

Oh, tak tahu nak explain macamana!   

      






  

     

  

 


Projek Sekolah

Salam kawan-kawan! Apa khabar semua? Seronok nampak enjoy makan-makan luar di hujung minggu; butter prawn sepinggan besar campur mixed se...