Monday, January 23, 2017

Okay, ni entri terpendek ^_^

Salam kawan-kawan!

Hari ni bukan nak meronta tak tentu arah ya! Takda mood nak bercerita. Fikiran melayang entah ke mana sudah perginya...

Lagipun nak kena slow downlah sikit; minggu sudah dah kena 'marah' dengan 'geng' Hahaha!

Ini berkemungkinan besar menjadi entri terpendek dalam sejarah blog ni sejak I mula 'berkomunikasi' melalui blog 😊

Just want to tell all my beloved friends...

I have to stop temporarily (again) till maybe mid Feb or maybe longer....

Depending on my mood and things around me, I will blog again whenever I feel like to do so 😊

Tak payah tanyalah mengapa ya sebab this time, I don't feel like telling the reason why. 

Duh... statement mengundur diri macam selebriti pulak dahπŸ˜‚

Till we meet again, dear darling semua!

Luv you and adios πŸ˜‰


Friday, January 20, 2017

Bila tiba hari Jumaat...

Salam sayang dan salam Jumaat kawan-kawan!

Bila tiba aje hari Jumaat, I dah tak tahu nak merapu pasal apa! Asyik merapu aje pun penat tau. Apa! You all fikir senang ke merapu tanpa sempadan nih? Susah tau...

Hari ni tak tahulah nak kata ceria, takdalah seceria mana. Nak kata tak ceria pun, tak juga. Undetectedlah perasan yang wujud hari ni tapi apa yang penting, esok dan lusa tak payah pergi kerja. Bestnya...

I takda apa rancangan pun sebenarnya hujung minggu ni. Menghadap 'keluarga' ajelah macam selalu sejak beberapa minggu sudah. Seronok yerk! Eh, sendiri nak tanya, sendiri dah terjawab! Nampak sangat takda mood nak merapu hari ni...

Oh, ya! Yang sebenarnya nak tanya kat you all ler - kenal tak kat Coco? πŸ˜†

Bukan coconut, coco powder, coco pops tu yerk! Ini King Coco Mix 😊

Manusia budak perempuan ni yerk, bukannya buah mahu pun makanan!

Alahai, yang 'I have many mixed blood' tuh....

Takda idea juga?

Pi lah google! Malas nak explain panjang lebar! Nak letak link youtube pun malas eh, carilah sendiri kalau tak tahu.


Motif viral? (Kehkehkeh)

Sebab lepas ni bila I jadi 'Cou-Cou' (sebut with a right slang ya tuanpuancikadikcikabang!) janganlah you all rasa nak mengecam pulak. I pun speaking London slang Kenyan, you allπŸ˜‰

I pun ada 'maannyyy mixed blood - Jaws, Lay-nun, Italian, Prenchhh, a bit Brit-tish, Americano (eh,eh,eh)' and many, many, many more sampai I can't re-mem-berh 😍

That's whylah kalau I speak English, it sounds like Chinese from mainland gittew... Banyak sangat slang I tek tayhu nak ikut slang yang mano gamaknya!

Okey, lets stop about Coco style of speaking London Bridge is falling down, falling down, falling down....  Oppsss! Ternyanyi pulak duh!

Bercakap pasal motif viral ni semua (πŸ˜†) teringat pulak kat my anak bujang tercomel@ Adik Cute. Maaflah yerk lama tak dapat tempek gambar cute-mutenya sebabnya malas nak upload!

Satu hari tengah I sibuk memasak di dapur, Adik Cute telah datang melawat lalu berkata,

Mommy! Tengok sini! (suruh tengok ke arahnya)

Nak apa? Mommy tengah sibuklah!

Tengoklah!

I pun tolehlah nak tengok...

Tahu apa aksi dia buat?

Dikocok, kocok! Dikocok, kocok! (sambil buat aksi durjana itu!)

I tanya mana dia tahu dan jawabnya...

Adik nampak dalam TV kat rumah MakNgah! (sambil ulang sebut 'dikocok, kocok! dikocok, kocok! duh!)

Dan yang paling tak menahan, lagi I kata jangan buat, lagi dia teruja nak buat depan I tau!

Duh! Duh! Duh! Budak nih....



Thursday, January 19, 2017

Patut ke I cerita di sini?

Salam sayang kawan-kawan!

Amboi, tajuk! Mengundang prasangka yang bukan-bukan aje tau 😊

Jangan bimbang! I bukan nak buka rahsia kerajaan pun! I cuma cerita lawak-lawak antarabangsa aje!

Eh, I rasa you all mesti nak tengok wajah Mami@ my mother in law tu kan!

Nak tengok ke?

Boleh!

Tapi nantilah... I belum snap gambar curi Mami lagi! 

Hahaha!

Apa?

Hancur berkecai ke hati tak dapat tengok?


Lah you all ni.... kalau macam tu feelingnya buat I rasa macam I ni selebriti Hollyweedwood aje tau! 

Argghhh... mulalah tu perasannya dah sampai menyerap ke tulang hitam!

Habislah kena marah dengan KakG nanti!

Jap! Nak tampar muka sekali lagi biar sedar diri semula πŸ˜ƒ

Alkisah, tajuk di atas tu terfikir sejak dari dalam kereta lagi ketika menuju ke pejabat. Oh, by the way, nowadayskan I pergi balik kerja dihantar dan diambil oleh HD. Tiap-tiap pagi kami dating berdua-duaan minum teh tarik tau😊

Kisahnya bila mak mertua datang bertandang aje selera makan menurun peratusannya tapi bila timbang, takdalah pulak jarum penimbang tu menjunam dengan penuh drastik. I is konpius tau!

Ingat tak kisah I terasa lapar di malam hari makanya bila mak mertua confirmed aje masuk dalam bilik nak tidur, I pun ke dapur menyelongkar mencari makanan. Baru aje sedang enak melantak tetiba mak mertua terjah. Oh, terkujat weyh! Laju-laju masuk bawah tudung saji! Oi, makananlah bukan I yang masuk bawah tudung saji tu. Manalah muat nak sembunyi bawah tu!

Ingatkan mak mertua tak sedarlah rupa-rupanya memang observationnya luar biasa kata HD. Dia tahu aje I kerap curi makan malam hari 😊

Bukannya I segan nak makan sungguh-sungguh depan mak mertua tapi bak kata I tadi, selera langsung tak marilah masa makan bersama tu. Lepas lepas tu barulah terasa lapar tau!

Teringat pulak satu masa dulu bila mak dan bapa mertua (Mami & Dada) datang melawat kami...

Masa tu memang kena jaga habis perlakuan masing-masing. Nak dapat A+ katanya! Ketika tu bab makanlah paling susah apatah lagi my anak bujang tersado@Bubbly Abang. Dek kerana badannya yang semulajadi sado, awal-awal lagi buvijonnya dah suruh HD kawal pemakanan si anak. Apalagi, janganlah harap dapat makan ayam goreng selalu.

Dahlah tu, bila Mami sediakan menu makanan Uzbek (yang lazimnya suka guna tomato dan karot) memang peritlah hidup makan my anak bujang...

Tau apa Mommynya buat dalam rahsia?

Ada masanya bila ambil Bubbly Abang di sekolah, I drive thru McD atau KFC. Siap makan dalam kereta tu yang wallaweyh, tak boleh dilupakan! Lepas tu lap mulut anak bujang elok-elok supaya jangan ada tertinggal bau bila sampai rumah nanti. Bekas-bekas tapau pun on the way balik siap dibuang dah!

Ada masanya siap tapau makanan untuknya supaya dia tak kelaparan malam nanti. Duduklan makan siap-siap, lepas tu baru balik. Masa itu pun siksa juga sebab mereka tahu pukul berapa I selalu sampai rumah. Bila lewat sikit aje, mulalah kena tanya...

Kira memang berebut-rebutlah kami dua beranak. Yang paling I kasihan tentulah Adik Cute sebab I tak boleh buat apa-apa kerana dia sepanjang masa di rumah bersama Oppa Dada dan Buvijonnya. Tak dapatlah nak pakat makan sembunyi-sembunyi. Lagi pun masa tu Adik Cute kecil lagi.

Itu pun ada masanya I belikan yoghurt drinks dan sembunyi dalam beg masuk bilik. Bila agak-agak 'selamat' panggillah anak masuk bilik untuk minum. Takut juga tau kalau 'tertangkap' dek HD. Yalah, buat kerja belakang suami dan makpak mertua@ibubapanya of courselah tak elok. Mahu sound systemnya kuat kalau kena tangkap tau!

Dan I pulak takdalah makan di luar sembunyi-sembunyi. Bila Mami masak, of course I kenalah makan walaupun ada masanya memang tak boleh masuk juga sebab tetiba tekak Itali I ni bertukar jadi tekak Melayu sepenuhnya. No pedas, cannot eat I tell you! Mulalah tekak buat hal mengada-ngada nak minta dapat markah E lah tu!

Tapi knowing me as isteri mithali, terlepas juga cakap membongkar rahsia depan suami. Habis tu dah rasa bersalah sebab menipu demi anak-anak, tak bolehlah dok pandang muka HD lama-lama sambil simpan rahsia!

I berterus-terang juga dengan suami akhirnya di penghujung rancangan drama menantu dan makpak mertua ni. Seperti yang I jangka, memanglah HD dapat hidu perbuatan I ni dek kerana anak bujang I tu memang memanjang tak nak makan kerana kenyang sebelah malamnya. Jauh sungguh perbezaan dengan sikap sebenarnya yang suka makan! Maybe, makpak mertua pun boleh hidu something wrong somewhere bila cucu asyiklah kenyang time dinner!

Kenalah tazkirah! Hadap ajelah, nak buat macamana. Demi anak-anak, Mommy terpaksa buat macam ni tau! Chewah, alasan bukan main lagi! Ibu-ibulah sangat!


Kesimpulannya kawan-kawan, silalah jangan buat perangai macam ni.  Pada yang baru kahwin dan terpaksa tinggal dengan keluarga mertua tu, pandai-pandailah bawa diri. Kalau ikut gaya gini, tak tahulah apa kesudahannya nanti ya. Ahkak tak jamin 😊








Wednesday, January 18, 2017

Kisahnya semalam...

Salam kawan-kawan!


Alkisah, semenjak Mami datang melawat memang rajin sungguh menantu Melesyanya ni memasak di rumah tau. Maklumlah, kalau setakat kami empat beranak, memang sepakat makan apa sahaja yang I masak. Kalau tak masak, kita makan luar ajelah.

Tapi, bila Mami ada, kenalah tunjuk skil memasak yang tak seberapa itu. Itu tak pentinglahkan, janji masaknya bagus sekali 😊 Mami pulak memang kurang suka makan di luar katanya kerana takut berlaku pembaziran yang berleluasa. Maklumlah kalau makan bersama Mami atau Dada, memang kena ikut sunnah. Jangan sesekali membazir makanan. Apa yang ada dalam pinggan kasi licin berkilat okey! Jangan dibuang-buang saki-baki makanan yang tak habis. Siapa suruh tamak pada mulanya? Ahah...

Jadi semalam turn I semula kena memasak. Sebenarnya I dah bingung tak tahu nak masak apa. Tapi nasib baiklah potatoes tu my BFFkan. Kalau terdesak, ambil aje kentang buat menu ikut suka hati. Maklumlah, kentang kat rumah ada dalam 5kg gitu πŸ˜‰ (Tetiba teringat gelaran pertama I, Si Potamayo and then Potam, dek bahana jiran sebelah yang suka mengumpat tu tapi nama umpatan dia lagi panjang I beri, so adil dan saksamalah sama-sama terkena πŸ˜†)

Hai, sedapnya!
Kalau ikutkan Bubbly Abang, memang hari-hari nak menu berasaskan ayam. Pendekata, ada ayam goreng pun jadilah. Ayam gorengnya pun bukan main pakar I jadinya tau. Kejap ayam goreng guna tepung bestari, kejap ayam goreng berempah, kejap ayam perap sekejap lepas tu goreng, kalau malas sangat letak aje kunyit dan garam. Habis cerita!

Kalau ikutkan Adik Cute, lagi senang. Asal ada sup pun jadilah. Si kecil ni nak makan nasi dengan lauk berkuah macam sup. Lepas tu top up dengan kicap. Done! Eh, senanglah jadi Mommy budak berdua ni. Yang susahnya, picky sesangat. Itu aje yang mereka nak, masak aje luar biasa menunya, memang menangis makan sendirilah jawabnya.

HD pulak asal ada makanan terhidang, dimakan aje tanpa banyak soal. Yang penting bila isteri tanya sedap  ke tidak, angguk sahajalah. Habis cerita. Takdalah nanti ada adegan berkecil hati ke apa kalau jawapannya tidak seperti yang diduga 😊

Cuma kita ni bila jadi tukang masak permanent di rumah tu, memang garu kepala sesaja. Peninglah hari-hari dok fikir nak masak apa. Masak menu sama, kita sendiri pun jadi jelak memasaknya!

Maka kebetulan semalam otak ligat fikir nak masak apa memandangkan bahan basah utama @ ayam tiada lagi stok. Bukan tak nak beli tapi HD sudah sound delapanbelaskali cukup-cukup sudah makan ayam. Gantilah dengan menu berasaskan sayur pulak (errrr....kuruslah ahkak macam ni tak dapat makan!)

So I pun keluarkan fillet ikan yang sepatutnya dimasak kelmarin tapi dek kerana Mami nak buat makanan Uzbek, kita simpan balik dalam freezer. By the way, lupa nak beritahu... Sebelum balik kerja semalam my Ngah dah WA suruh ambil lauk ikan tenggiri masak asam pedas dan nenas masak lemak dengan udang di rumahnya πŸ˜‚  Untung sungguh ada kakak yang prihatin macam ni tau!

Jadi yang sebenarnya, I kena masak satu lauk aje lagi sebab Mami sekarang tak boleh makan pedas. Kisahnya I nak grill aje fish fillet tu ala-ala Bobby Flay punya gaya (duh! fillet aje pun bukannya daging kambing ke, ikan besar ke, ayam panggang ke!)  tetapi bila panik melanda, fillet sudah tak tahu jadi apa! Hancur!

I pun peliklah orang lain yang pakar macam KakNoor ke, CH ke, PH ke, kalau mereka takda mood nak masak ke apa ke, tetap juga menu kejadian cute mute je rupa, sayang nak makan pun ada. Tapi kalau chef berkaliber 'lebih' macam I ni kan, kalau dah takda mood, panik, silap ikut sukatan resepi diberi, memang hancurlah jadinya!

Terkesimalah sekejap memikirkan macamana nak hidang fish fillet yang dah hancur ni. Kang kalau Mami tanya ' ini apa benda?' tak akanlah I nak jawab 'fillet ikan yang sudah kuhancurkan kejadiannya, Mami!'

Bila terpandangkan kentang yang telah dipotong dadu untuk digoreng bersama bawang dan ikan bilis, tetiba idea merapu timbul! I pun gorenglah campurkan aje fish fillet tu dengan kentang, bawang, tomato dan bahan cukup rasa! Janji boleh makan!

Janganlah ya tanya mana gambar makanannya. I is malu nak potretkan menu yang entah apa-apa. Nak minta resepi? Dah hilang akal ke apa? Hahaha!

Jumpa lagi esok ya, kalau ada idea nak merapu! 

Untuk hari ini, ahkak nak berehat sebentar 😏

Adios!

P.S. Geram ni! Entah kenapa entri dalam blogspot ni tak boleh dijustified perenggannya. Nak align dari kiri boleh. Nak align dari kanan boleh. Nak mula dari tengah pun boleh. Tapi nak suruh dijustified kiri-kanan, tak boleh! Menyampahlah tengok perenggan macam ni!




Tuesday, January 17, 2017

Scrabble

Salam sayang kawan-kawan!

Apa khabar hari ni?

Masih lagi drag kaki tu bangun dari tidur and pergi kerja?

Ke I seorang aje yang feeling macam tu? Hehehe...

Hari ni demi menuntut keadilan satu hari satu entri macam dulu-dulu, makanya I tabahkan hati menaip entri walaupun yang sebenarnya I ditimpa MALAS. Tapi knowing me, malas-malas pun mahu panjang entrinya, ya tak? 😁 (erkkk...hodohnya emoji!)

I masih tak dapat bercerita as usual tentang cerita suka-duka-nestapa everyday life since masa tak mengizinkan. Walaupun kuasa typing I ni kira power juga, tetaplah  aura membebel tu belum sampai ke tahap yang sepatutnya!

Okey, ni nak cerita banyak sikit...

Siapa suka main scrabble? Or siapa pernah suka main scrabble?  (Tak payahlah susah-susah angkat tangan, bukan I nampak pun dari sini!)

Eh, ada ke yang tak pernah main scrabble?

Sebelum masuk ke intipati cerita, I nak korek 'parit' kiri-kanan, depan belakang dulu ya 😊

Haraplah bersabar!


----------------------------------------------------------------------

Semalam baca entri UA berkaitan diftong dan vokal berganding (See! See! I dah mention nama! Kalau nak tersayat hati luka parah juga, tak tahulah den nak ubati dengan apa cara tau, UA πŸ˜ƒ) 

Mak, mak sekarang memang beruntung berlipat kali ganda! Asal tak tahu aje apa yang si anak belajar, google ajelah. Bukan susah mana punkan! Dan budak-budak sekarang ni pun, baru Tahun 1 belajar macam esok nak ambil exam nak masuk universiti pulak. Relakslah cikgu...

Cuba tengok my anak bujang tercomel@Adik Cute, asal teacher beri homework lebih daripada 3 buku latihan, dia pun start komplen...

Teacher Caryn ni pun satulah! Bagi homework banyak-banyak! Dia tak tahu ke budak-budak ni penat bila dah balik rumah!

Padahal homework dia sekadar nak tulis dalam chinese characters nombor 3 sampai 5 aje. Tapi yalah, setiap nombor kena buat satu mukasurat dan ada dua lagi homework dalam buku latihan lain! Memang patutlah pun dia komplen sebab masa bermainnya telah 'direntap' dan dipendekkan dek homework teacher beri 😊

By the way, hari ni dia tak pergi tadika sebab dia feels scary sangat sebab Aunty Bakiam@ pembantu tadika itu telah bergurau semalam sambil berkata, 

Tomorrow you sleep here okay!

Ahah, terus tak nak pergi school hari ni takut kena tidur kat tadika!

Baguslah! Mommy dah berhabis RM2500 ni, dia pi buat hal macam ni pulak!

----------------------------------------------------------------------

Beralih ke 'cerpen' nombor dua pulak ya lepas ni baru kita masuk ke tajuk hari ini ...

Semalam baca entri Datin Mah-Sor (oppssss......typo errorlah! Tapi takpa, kita biarkan ajelah yerk KakG glamour ~_^)

KakG (eiii, apahal pulak nak berahkak-ahkak ni, kitakan muda-muda belia belaka!) kata kenapalah susah nak jadi baik! Solat tak pernah tinggal pun belum tentu diterima Allah! Kenapa? 

Sebabnya takda jiwa...

Buat solat main nak cepat selesai.

Buat solat tapi hati tak ingat Allah. Ingat benda lain.

Khusyuk katanya bersolat tapi baru angkat  takbir, dah macam-macam 'peristiwa' keluar dalam minda! Dahlah tu,  takda satu pun yang ada kaitan dengan solat!

Tapi kecoh nak pahala lebih.... 😊

So, semalam I rasa 'tertampar' sekejap! 

Makanya semalam dek kerana Mami nak masak Uzbek rice ball with minced beef I-tak-tau-nama-in-uzbek-so-sila-jangan-tanya-lebih-lebih, makanya I ada ample time untuk bersenang-lenang. So, I pun masuklah bilik kononnya naklah buka helaian AlQuran lepas solat tapi tetiba anak bujang kata,

Mommy, nak lawan scrabble tak?

Eh, jom! Jap eh Mommy nak solat Asar dulu!

Makanya, Al-Quran dilupakan lalu bermainlah scrabble dengan anak bujang....

Duh, hodoh perangai mak macam ni tau! 

Anak bujang tersado tak salah sebab mengajak kerana dia tak tahu pun Mommynya pasang niat dalam hati tapi terang-benderang tanpa disuluh memanglah Mommynya ni penuh dengan kelemahan iman gitu... 

Itulah iman setipis kulit bawang katanya...

Kalau time membaca bukan main insaf dalam hati tapi habis aje baca, terus lupa!

                    ------------------------------------------------------------------------

Okey, dah! 

Mari masuk intipati tajuk di atas πŸ˜‰

Alkisah, Bubbly Abang telah 'diheret' sekali lagi tahun ini untuk join Scrabble team di sekolahnya. I pun tak tahulah mengapa. Last year, 'diheret' dek one of the English teachers masuk public speaking. Dek kerana anak bujang I ni lurus bendul, pergi ko-ko tapi tak pergi public speaking, makanya dia kena marah dengan English  teachernya. Maka dia simply jerk minta keluar dari public speaking, lagi pun katanya bukan dia yang nak masuk pun!

Kali ni tetiba tengah sibuk dalam persatuan caturnya, tetiba dipanggil ke bilik guru kerana entah English teacher mana pulak telah suggest namanya untuk dimasukkan dalam team Scrabble ni. Pontang-panting my anak sensorang dari Tahun 5 dan yang lain semua Tahun 6. Dahlah perempuan kebanyakannya, dahlah my anak bujang ni  nampak aje penuh kesadoan tapi kenyataannya he's a very shy person, memang tak tahulah I berapa lama dia mampu bertahan. Silap haribulan dia minta keluarkan nama lagi dari masuk competition!



Maka satu hari dia telah pulang membawa scrabble board game tu dengan ucapan dari teacher in charge,

Luth, you can take home as long as you want. But bring it to school on Wednesday, okay!

Ah, sudah! 24 jam main scrabble pulak! Maklumlah segala gadgets Mommynya dah sembunyikan celah mana, password komputer dah ditukar, makanya dia takda pilihan!

So, dek kerana anak kena main scrabble, Mommy pun tumpang sekakilah 😊

Tak cukup berlawan guna Scrabble board yang sekolah pinjamkan, kita lawan pulak dalam smartphone. Kita lawan droid pulak 😊

Siapa menang, you guess?

Alkisahnya, Bubbly Abang tengah stress sekarang ni sebab lawan dengan Mommy asyiklah Mommy yang menang. Siap tanya tu apa lagi alphabet yang ada. Siap suggest tu perkataan yang boleh create kalau ada abjad ni, ni mahu pun ini. Manalah tak stress...

Droid lawan dengan Mommy pun kalah. Nak buat macamana... Mommy is clever bebenor 😊

Dalam banyak perlawanan, sekali ajelah droid menang sebabnya Mommy tertekan entah apa-apa kat smartphone tu dek kerana rabun, lantasnya  droid diisytiharkan menang! Tak aci!

Tapi ada masanya kita main ngelat juga. Bila dah nak habis dan malas fikir, kita siap google lagi perkataan apa boleh create dengan baki abjad yang ada! Wujud ke tidak perkataan tu sebenarnya...

And nak tahu tak tugas Adik Cute apa?

Tugasnya senang aje. Kalau kita main board game ni, dia cuma tolong keluarkan abjad dari kantung tu aje. 

Dik, give Mommy two alphabets!

Dik, give Abang four alphabets!

Tugas dialah tu...

Ada masanya dia siap cakap kuat-kuat,

Nah, Abang punya 'A'!

Eh, Mommy dapat 'B' dengan 'C'!

Punyalah!

Jadi sekarang ni kalau ada masa  terluang, memang kami dua beranak main scrabble ajelah di rumah. Daddynya tak join sebab sibuk berborak. Buvijon pun dok pelik entah apa dua beranak ni syok-syok ngadap board game! Adik Cute of course boring sebab takda geng sampai terpaksa main pistol air tembak semut 😊

Eh, dah panjang rupanya bercerita!

Kita sambung esoklah. 

Tak! Tak! Bukan sambungan kisah scrabble ni. Cerita lainlah... πŸ˜‰











Monday, January 16, 2017

Mahu cerita apa?

Salam sayang kawan-kawan!

Hajat di hati memanglah nak mula update blog regularly bermula hari ini. Tapi nampak gayanya macam tak tercapai aje hajat di hati!

Maklumlah, rancangan asalnya nak pulun draft di rumah lepas tu scheduled entry tapi, macam-macam alasan I nak beri ni. Daripada I merapu beri 1001 alasan, lebih baiklah tak payah. Nanti again and again, panjang berjela entri jadinya dok membebel. Siapa yang susah? Awak, awak semualah yang jadi peneman setia my blog ni! 

Eh, ada ke regular readers? 

Punyalah perasan, langsung tak cover malu 😊

Hari ni berilah I peluang untuk membebel tanpa arah lagi sebab tak tahu nak bebel pasal apa tapi tetap juga nak update blog! 

Maklumlah, kan banyak 'parit' I nak korek sebelum sampai ke destinasi cerita. Penulis novel ternama memang macam ni gayanya. Nak menyiapkan 1000 mukasurat novel bukan senang, duh!

Sebelum terlupa, ucapan terima kasih kepada jiran sebelah terpilih, tersayang dan terpuji kerana buat entri khas yang panjang berjela buat jiran selebritinya ini. Terkejut chimpanzee I dibuatnya. Bukan apa, setahu I memang jiran sebelah ni sejak di bangku tadika lagi malas menulis. Kalau disuruh tulis ayat tunggal, dia tulis abjad tunggal aje 😊

Jadi terima kasih banyaklah sebab dia sanggup memerah otak dan mencari idea untuk merapu demi jiran kesayangan dan sentiasa dirindui bila tidak bersiaran ni...

I lap you, MakJilap! You are the best kawan alam maya I ada tau... 

Meh sini kejap kita sep-sep sambil singgul-singgulan! Agak-agak terpelanting jauh tak gamaknya kalau kita bersinggulan, Mak? Hahaha!

Tapi, jangan pulak kata  I sayang MakJilap sorang aje! I sayang semua kawan-kawan alam maya yang dikenali sejak mula berblogging in 2013. First batch yang dikenali tu, ada yang masih aktif lagi dan ada juga yang tak tahu mana menghilangnya. Maklumlah, berblogging ni cuma minat sampingan aje, masing-masing ada banyak tanggungjawab lain yang lebih utama. Jadi mana yang ada tu, kita erat-eratkan ajelah ukhuwah sambil bertepuk-bertampar tanpa sempadan!

Knowing me, janganlah ambil hati mahu pun tersayat hati aje kalau dah bergurau tu. I ni mulut cakap lain tapi hati baik tau! Tak pernah terniat pun nak berhasad dengki dengan kawan-kawan alam maya yang dikenali. Kalau bertepuk bertampar dan bergurau tu, memanglah tak ingat dunia tapi sekadar bergurau aje, takda maksud lain sampai nak menyakitkan hati kawan-kawan. Betul tak aweks blogger

InsyaAllah, kalau masa mengizinkan, I updatelah blog dengan cerita watak-watak utama blog ni ya πŸ˜‰

Jumpa lagi di lain entri.

Adios ^_^


Tuesday, January 10, 2017

Salam Tahun 2017

Salam kawan-kawan!

P.S. Entri ni panjang alahai, maklumlah lama tak menulis! Sila jangan kecam kata I sawan berceloteh pulak. Hari ni aje tau I muncul di kaca komputer masing-masing 😁

Agaknya terlewat sangatkah kalau I nak ucapkan Selamat Tahun Baru? 

Maklumlah, dah 10 hari kita berada di tahun baru tapi cuma baru hari ini I ada kesempatan untuk menatap blog yang lama ditinggalkan.

Ya, I masih ada di luar sana πŸ˜„ Alhamdulillah, sihat walafiat cumanya sibuk sangat dengan urusan peribadi dan hal di pejabat. Nak 'berjimba' di alam maya memanglah tak dapat! Ini pun dek kerana tak tahan nafsu nak menulis panjang berjela, I 'curi tulang' sekejap di awal tahun ni.

Yang sebenarnya, pagi ni tak sesibuk seperti selalu maka, apa lagi nak dibuat; marilah menghadap blog sendiri sambil tersengih sendirian.

Apa khabar kawan-kawan semua? Harapnya masing-masing sihat sejahtera di samping keluarga tercinta melayari kehidupan di tahun baru yang semakin mencabar ini. Ada yang merindui my celoteh tak ni? 

Kalau pun rindu, rajin-rajinlah baca entri lama di sini. Ada 760 entri yang panjang berjela untuk dihayati tau 😊 Memang hilang terus rindu kalau dah asyik dengar I membebel.

Agaknyalahkan...

Oh, macam tahun sebelum ni, tahun 2017 juga disambut tanpa azam baru. Azam-azam yang dibawa ke depan dari tahun sebelum-sebelumnya pun tak semua terlunas, nak buat apalah berazam baru. Nak diet, memang takda dalam senarai. Nak kurang membebel, pun tak tahulah boleh masuk senarai ke tidak. Nak jadi lebih baik, memanglah nak tapi tak tahulah mampu ke tidak! 

Cumanya I berharap tahun ni akan jadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Cliche sangat harapan I ni yerk!

Macam biasa, awal tahun I memang akan bercuti kerana sesi persekolahan bermula. Oh, takda, takda! I takda anak yang masuk Tahun 1 this year tapi biasalah namanya pun supermak, my anak-anak bujang dah masuk Tahun 5 dan tahun kedua di tadika pun I sibuk mengendeng sama!

Bak kata my colleague, rasa-rasanya sampai anak-anak dah boleh berdikari pun I tetap akan bercuti awal tahun sebab nak 'meninjau' anak-anak! Scary katanya... 

I baru mula bekerja pada 5 Januari yang lalu. Makanya rutin bermula saat itulah. Banyak perkara nak dicelotehkan tapi kalau semua sumbat dalam satu entri, memang nayalah nampaknya. Kurang lebih kena buat part by part sampai 10 entri paling sikitlah. Nantikanlah bila kerajinan dan kelapangan berblogging I tu kembali ya!

My mother in law @ Mami, ada bersama kami saat ini sampailah pertengahan Februari nanti. Mami tak berapa sihat sebab arthritisnya, makanya aktiviti melenjan memanglah rare sekarang ni. Motif utama Mami datang pun sebab nak melegakan sakitnya. Jadi sebelum balik nanti, kenalah make sure sakit Mami tu ada kurangnya. InsyaAllah!

Apa yang berubah di my rumah? 

Banyak, I tell you. Dan di antaranya...

1) I rajin sungguh masak sebab Mami ada di rumah. Masak nasi tomato Mami kata sedap. Masak tomyam Mami kata sedap. Masak bubur ayam pun sedap. Kalau Mami tak cakap apa, mulalah I ushar HD sampai dia mengaku apa Mami komplen. Sebab tak tahan kena 'kacau', semua translation pun I dengar macam sedap aje masakan I ni. Konpius gak!

Pernahlah juga I masak menu Uzbek. Bukan Mami yang ajar. Bila HD suruh, I pun katalah jomlah tunjuk ajar sekali di dapur. Tahu apa dijawabnya?

You googlelah! Youkan pandai google macam-macam menu sekarang ni...

So, I pun googlelah. Nak masak pilov jadi nasi tomato, nak masak mastava jadi bubur ayam, nak masak shurva terus jadi tomyam! Apa kes nih!

Tapi I pun pandailah nak cover line. Takdalah I cakap I cuba masakan Uzbek kat Mami. I selalu bantai kata ini ala masakan uzbek versi orang Malaysia! Takdalah kena kutuk. 


Tapi HD tu langsung tak membantu bila buat translation tau! Habis nak pecahkan rahsia. Maklumlah tak boleh nak menipu dengan emak sendiri kononnya!


2) TV langsung tak dapat tengok sebab Mami dan HD selalunya berborak bersama di ruang tamu, betul-betul depan TV. Kalau on pun TV  tu cuma channel 106, TV AlHijrah tak pun news channel. Nangislah I tak dapat tengok drama Korea kegemaran. Tapi itu hanya sementara. Seminggu aje. Lepas tu, I dah pandai main-main dengan remote control sampai tertukar channel 393 gitu... 

Sekarang ni Mami pun tahu. Asal pukul 9.30 malam aje Mami panggil I suruh tengok TV. Mami tahu I nak tengok TV waktu tu. Hahaha!

3) Makan tak bertambah. Nak kata malu, tak juga tapi entahlah. Macam takda selera membuak aje kalau makan depan mak mertua ni. Faham tak situasinya? 😊 Tapikan bila masuk tengah malam, mulalah perut berkeroncong dan sibuk buka tutup peti sejuk cari apa patut! Selalunya aktiviti ni dilakukan bila I pasti Mami tak akan keluar bilik lagi. Tapi pernahlah sekali kantoi. Tengah seronok menyuap tetiba dengar pintu bilik dibuka. Lelaju masukkan pinggan bawah tudung saji! Berdebar di dada tau!

4) Pakaian di rumah sopan sungguh! Sampaikan I kena sindir dek my sister. Doklah perli katanya nampak 'innocent' sungguh adiknya di rumah. Sopan aje berpakaian. Baju kelawar pun takdalah terkoyak sampai nampak aurat! Yang koyak tu semua dah buat lap lantai. Semua beli baru supaya Mami tak tahu betapa hodohnya menantu Melesya kalau berkelawar 😊 Kalau keluar bilik pun siap touch up bedak muka! Eh, kira 'Muslimah'lah sangat...

5) Dan banyak lagilah! Malu nak habaq semua tau! Habis buka pekung di dada katanya...

Dan alkisah my anak-anak bujang...

Bubbly Abang dah masuk Tahun 5 this year. Bila umur meningkat, dah pandai malu my anak bujang ni dan makin kuat sensitifnya. Kalau ditegur, muncung muka. Sedih kononnya hati terguris dek kena tegur!

Dek kerana tahun ni cuma ada sesi pagi sahaja, I kenalah keluar lagi awal. Ada masanya 6.20 pagi dah keluar rumah. Tapi tetap juga dapat terpacak depan pintu pagar sekolah tu pukul 6.45-6.50 macam tu. Mana taknya, dari Tahun 1 sampai Tahun 6 semua pagi. 

Hari pertama paling menyiksakan. Maklumlah makpak budak Tahun 1 teruja nak tengok anak start sekolah. Masing-masing nak buat tour dengan anak-anak seluruh bangunan sekolah; mana kantin, mana tandas, mana bilik darjah! Setiap detik pertama nak dirakam dek lensa smartphone! Packed I tell you!

Hari pertama hantar Bubbly Abang I tanyalah nak suruh I park kereta dan hantar ke kelas atau tidak. Jawabnya takpalah, dia nak cari si Daniel. Malam sebelum sekolah tu pun Daniel dah main whatsapp. Minta tolong sangat-sangat supaya Bubbly Abang sampai awal sebab dia takda kawan! Padahal abangnya di Tahun 6 dan adiknya masuk Tahun 1. Memang tak boleh percaya si Daniel ni tau!

Di kelas baru ni cuma ada 4 orang murid Melayu - 2 perempuan dan 2 lelaki (Bubbly Abang dan Daniel). Memanglah mereka kena berbaik selalu. Pendekata hari-hari main whatsapp nak check homeworklah, itulah, inilah. 

Yang kelakarnya hari pertama tamat sekolah. I dah tahu mesti jem teruk sebab semua bertumpu pada waktu yang sama untuk ambil anak masing-masing. I ni sanggup park kereta sikit punya jauh dari kawasan sekolah dan berjalan kaki lenggang-kangkung di bawah terik mentari nak ambil anak!

Macam biasa I tunggulah di depan pintu gate. Mak hai... panasnya! Bermandi peluh dibuatnya. I terpaksalah beri laluan kat makpak budak Tahun 1-3 yang teruja nak tengok anak keluar sekolah. Petik gambar dari atas pagar pun jadilah. Oh, teringat pulak kisah silam 5 tahun yang lalu 😊

Lagi cikgu suruh jangan block pintu pagar, lagi mereka berkerumun terjerit-terpekik memanggil anak masing-masing. Nak pitam den. So I tunggu tepi tembok. Dah pesan pada Bubbly Abang, suruh tunggu di dalam sampai Mommynya datang!


Tunggu punya tunggu, dekat pukul 2 petang takda nampak bayangnya. I dah cuak. Murid dah makin berkurangan tapi bayang Bubbly Abang langsung tak nampak! Tahu ajelah overprotective mak macam I ni, mulalah panik dan fikir bukan-bukan. Berdebar kencang dada tau.


Nampak seorang budak dengan tag nama biru (menandakan dia budak Tahun 5) I terus meluru tanya kalau-kalau dia kenal my anak. Katanya ada nampak di kantin sekolah tadi. Lega mendengar. Bila tengok I macam kalut, budak ni masuk berlari dalam kawasan sekolah tapi kebetulan terserempak dengan my anak.


Termengah-mengah my anak bujang. Rupa-rupanya dia menunggu di Gate A dan I pulak menunggu di Gate D. Puas dia berlari ulang-alik beberapa kali dari Gate A di kantin ke Gate D mencari I tapi dek kerana ramai sangat murid dan makbapak di luar gate, dia langsung tak nampak Mommynya!


Rupa-rupanya pihak sekolah telah tukar Gate A kepada Gate D dan  sebaliknya. My anak ni memang keluar dari Gate A. Jadi cikgu sudah pasang tali rafia bersimpul di beg masing-masing untuk murid yang keluar dari Gate A. Untuk yang keluar dari Gate D, tali rafia di beg masing-masing diikat terjulur aje. My anak tak tahu Gate dah bertukar nama makanya bila ditanya, dia pun konfiden kata Gate A.


Dan lagi, Bubbly Abang nikan obedient sungguh. Bila dah suruh pergi ke Gate A, dia tak berani nak pintas ke Gate D tempat I menunggu. Takut cikgu 'tangkap' sebab ada tali rafia bersimpul di beg dan kebanyakan murid Tahun 5 dan 6 keluar dari Gate A di kantin. Murid Tahun 1 hingga 3 mostly keluar di Gate D, tempat I menunggu. Nak menyusup dia takut cikgu terpandang nametag warna birunya menandakan dia murid Tahun 5. Punyalah obedient! Tapi at the same time, dia takut juga kena marah dengan Mommy yang menunggu lama. Itu yang buat dia kejap-kejap berlari dari Gate A ke Gate D mencari I...


My anak bujang tercomel @ Adik Cute pula dah 6 tahun this year ya. Sibuk tanya kenapa tahun lepas bila orang tanya, 'How old are you?' 'I'm five' tapi tahun ni bila orang tanya 'How old are you?' kena jawab 'I'm six' pulak! Penat explain beribu kali!


Kami ambil keputusan kekal di Kidsworld memandangkan dia dah mula rajin pergi tadika sejak akhir tahun lepas dan dah ngam dengan kawan-kawan sebaya di sana. Nak pindahkan ke tempat lain, takut terganggu pulak. And, againlah I kena bayar sebanyak RM2500 untuk yuran satu semesternya dengan diskaun RM20 setiap bulanπŸ˜„ My anakkan tengah belajar pra-U sekarang ni...


Keletahnya, uhuh tak payah ceritalah. Memang kena buat satu entri setiap keletah. Macam-macam hal si kecil busyuk manja I ni.  


Tahun ini Adik Cute di Mandarin medium. Entahlah kecut perut pulak I memikirkan si kecil ni. Mampu ke tidak dia mengharungi another language to learn... 


Hal-hal berkaitan keputusan untuk memasukkan Adik Cute ke Mandarin medium, kita berceloteh di lain entrilah ya. Panjang perbincangannya sampaikan teacher dok mesej seriau takut I pindahkan anak ke tadika lain!


Kalau ikut cadangan cikgu, nak pengsan I mendengarnya. Ada ke patut disuruhnya I hantar anak pergi extra classes lepas habis tadika! Kasihan alahai my anak. Tapi, kalau itu yang terbaik untuk membantunya in Mandarin, I memang takda option A,B, C, D. Maklumlah I sendiri tak tahu Mandarin. Kalau tidak, semua I pulun sorang. Biar I aje jadi guru tuisyen anak-anak!


Ini budak pun hari pertama balik  tadika, I tanyalah...


Dik, Teacher Caryn ajar apa hari ni?


Entahlah! Tak tahu apa dia cakap kat depan tu.....


Tak ke naya kalau 365 hari this year, I dengar statement yang sama!


Duh!Duh! Duh!

















KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...