Alkisahnya,
dek kerana sibuk mencari 'bahan bacaan ringan' sambil blogwalking makan angin, ai pun tersinggahlah di blog ini. Masalah ai ni sebenarnya sedikit complicated. I takut akan hantu tapi tak begitu percaya 100% about anything superstitious. I bukannya main angguk-angguk, geleng-geleng aje apabila membaca/mendengar tentang semua apa yang diceritakan bila berkaitan dengan bab-bab seram sejuk ni.
Pada masa yang sama, ai sangat suka membaca kisah seram dan menonton segala kisah horror yang dijadikan movie. Adakalanya memang ai tutup mata dengan kedua-dua belah tangan dek rasa takut. Adakalanya ai ketawa, tergelak sendirian memang kelakar tak boleh nak percaya pada jalan cerita yang dah jadi macam cerita ala-ala komedi.
Tapi kalau ditakdirkan ai berdepan dengan sesuatu yang seseram ini, memang confirmed ai akan pengsan dulu. Tak mainlah macam dalam filem terjerit, terpekik, lari lintang-pukang sana-sini. Kalau ai jadi pelakon, memang ai akan melutut merayu kat si director, minta 'pengsankan' ajelah watak ai dalam babak-babak seram ini. Habis cerita.
So one fine day, I baca dekat sini tentang 5 tempat paling seram di Malaysia. Lepas habis baca, ai siap googled lagi nak cari info lebih lanjut tentang keseraman tempat-tempat tersebut terutamanya tentang Apartment Riviera II di Taman Kencana, Ampang. Walaupun rasa 'scary-marry' ai terus membaca dengan khusyuknya sampaikan ai terkejut beruk bila orang panggil nama ai. Yelah tengah khusyuk membaca, kan.
Baru-baru ni ai naik syok pula mengikuti rancangan 'I wouldn't go in there' kat Astro Channel 553. Fuyooo, Ghost Hill kat Penang tu pun termasuk juga dalam senarai top 10 tau. Tapi bila tengok episod 1,2,3 takdalah scary sangat. I rileks aje tengok tak tutup mata pun.
I pun sebenarnya ada pengalaman-yang-tak-begitu-seram dalam my real life. Setakat meremang bulu roma ajelah. Pernah dengar tentang 'kena hempap' bila tidur? Macam-macam versi yang ai baca dan ai sendiri pernah merasainya. Kalau tak silap dalam bahasa orang putih dikenali sebagai 'sleep paralysis'.

Kalau setakat kena hempap ni ai dah banyak kali kena ketika tinggal di asrama sekolah dan semasa belajar di universiti. Sampaikan ai tahu bila nak kena kerana ai boleh dengar bunyi bising bingit dekat telinga and then, terus tak boleh nak move my body for awhile. Azab betul. Selalunya ai baca ayat kursi tetapi yang pelik, selalu aje I felt tergagap bila nak menghabiskannya mcm tetiba hilang terus segala ayat dalam kepala. Blank!
Bila dah terlalu kerap kena tu ai dah jadi tak kisah. Ayat kursi yang dulunya selalu tergantung tu pun, alhamdulillah boleh baca sampai habis. Takda apa-apa dah nak risau sangat. Itu ajelah pengalaman agak seram yang ai pernah rasai. Takdalah yang teruk-teruk. Ish, minta-minta dijauhkan ajelah dari kehidupan ai sekeluarga.

Kalau suka cerita-cerita begini, pergilah baca dekat sini. Ish, let me tell you.... takut tau ... ! *tarik selimut sampai hujung rambut sambil berdoa dalam diam*
Kalau terasa nak pengsan, jangan blame ai pulak!
P.S. Imej kesemuanya digoogle aje.
Comments
Post a Comment