Monday, September 25, 2017

JJCM : Ana Ikan Bakar Petai

Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua? Seronoklah ya bercuti panjang hujung minggu baru ni. I lagilah panjang setengah hari sebabnya hari Khamis yang lalu I ambil cuti setengah hari. Itulah lagi malas bertimpa-timpa jadinya. 

Tak ke mana-mana pun. Sahaja berehat-rehat santai di rumah. Nak kata mengemas rumah pun tak juga! Suka-suka hati aje nak buang cuti macam tu. Macamlah cuti tu banyak sangat macam orang lain. Ni pun tinggal ciput aje nak menunggu sampai hujung tahun. Memang biasa pun I tak dapat nak carry forward cuti ke tahun depan. Awal-awal tahun dah sibuk bercuti. Maklumlah bila anak naik sekolah, emak pun nak naik sekolah sama. Tak kiralah anak tu Tahun 1, 2,3, 4 atau pun 5.

Tahun depan lagilah I sakan bercuti sebab my anak bujang tercomel @ Adik Cute masuk Tahun 1. Rasa-rasanyalahkan, memang I lah emak tersibuk dalam dunia sebab dua anak bersekolah! Hahaha!

Sekarang ni terus-terang ajelah ya, memang susah nak mengekalkan momentum keterujaan untuk menaip entri/kemaskini blog. Makin terabai sudah jadinya. Ikut suka mood aje bila nak update. Kalau rasa-rasa macam takda mood, memang tak berupdatelah. Nak kata busy tu, takdalah busy mana pun. Suam-suam kuku aje kesibukannya...

Ni nak cerita aktiviti makan yang baru berlalu. Dalam grup whatsapp nan satu itu, tak henti-henti kawan-kawan dok up gambar 'menu hari ini'. Lagi baik sakit, lagi hebat menu-menunya (tak gitu, CH...) Bukan main terujalah bertukar-tukar menu sesama insan katanya. I pun jadi cemburu tetiba. Bukan apalah, orang lain memasak pelbagai menu 5 hari seminggu lepas tu gantung kuali hujung minggu. I pun masak sekali sehari (3 jenis lauk simple), 5 hari seminggu dan ada masanya kurang daripada itu tapi sama naik nak 'gantung kuali' juga di hujung minggu! Kalau boleh gantung kuali tu dari pagi sampai ke malam! Ahah, hebat tak emak mithali yang ini? Nak lawan ke? Kehkehkeh!

So bila mereka up gambar menu air tangan sendiri, I pun senyap ajelah. Malas nak tunjuk-tunjuk terrer gitu (😊) Kang I up menu kat restoran orang tolong masakkan, jenuh pulak nanti!

Apa-apa pun, jomlah ikut I ke Ana Ikan Bakar Petai di Bangi ya! Ikut dalam cerita di blog aje, bukan nak ajak makan sama-sama. Lambat lagilah ahkak-ahkak semua 😊

Rupa-rupanya I belum pernah sampai ke sini. Inilah kali pertama. Bila tengok restoran ni, memang confirm tak register dalam kepala ni pernah sampai di sini. Pernah dengar cerita ajelah gamaknya, lepas tu mamai-mamai kata dah pernah sampai sebelum ni...

Macam biasalah kalau ke tempat begini, menu pilihannya memang tetap sama. Tak danlah nak merasa seafood bagai macam ketam, udang, kerang dan sebagainya. Siapa yang nak tolong makan bersama, menaikkan darah tinggi bersama-sama? 

Kita terjah menulah ya...







Apa macam? 

Ada rasa teruja nak makan tak?

Nak tanya pendapat 'budiman' I ke?

Well, kami sampai awal di sini. Masa sampai tu memang tak berapa ramai oranglah. Tak sampai 10 minit kemudian, berpusu-pusu pulak pelanggan datang menderu. Penuh hampir kesemua meja makan yang ada.

Macam biasa ambil order minuman dulu. Lepas tu kena pilihlah ikan dan apa-apa seafood yang berkenan di hati nak disuruh masak. Kami cuma pilih ikan siakap masak tiga rasa dan juga lala masak pedas. Teringin nak kerang, takda pulak. Nak ambil ketam, siapa pulak yang sudi meratah ketam bersama-sama I ni...  Nak ambil udang, pun sama juga kekdahnya. Takkan sepinggan I kena perabih kasi licin?

Oh, alahai, minta maaflah ya sebab the star of the day iaitu siakap tiga rasa takda dalam gambar. Kenapa? Nantilah kita cerita...

Begitu juga dengan lala masak pedas. Dek kerana lala ni sampai kedua lambat, makanya malas dah I nak ambil gambar. Yang sebenarnya I terlupa sebab dah kenyang makan...

Selesai buat pesanan, kita tunggulah makanan sampai...

Mula-mula datang kailan ikan masin. Kecillah portion, memang cukup untuk seorang makan. Lepas tu tiba pulak kerabu mangga. My anak bujang tercomel sampai komplen, 'Apalah busuk sangat ni!' 

Tak tahan bau mangga, I tell you... maklumlah anak mat saleh celup!

Padahal yang suka kerabu mangga tu tak lain tak bukan daddynya sendiri...

Lepas tu sampai pulak telur bungkus, ayam goreng kunyit dan tomyam. Bila tengok tomyam yang gitu kekdahnya dan dalam portion yang sedikit, kita angkat bahu ajelah... Nasi dah sampai lama, dan dah berhidang pun dalam pinggan makan masing-masing. Dek kerana anak-anak dah lapar, maka kita rasmikan ajelah juadah yang dah sedia terhidang.

Setiap kali juadah sampai, I snap gambar.  Then my sister kata,

Ustaz kata tak eloklah snap gambar bila nak makan!

I kata,

Pakar pemakanan kata kalau snap gambar, tetiba aje makanan tu terus jadi lagi sedap!

Oh, taulah sudah anak-anak yang kuat celoteh tu mengikut siapa ya... 😊

Sampai dah nak habis nasi, barulah sampai lala masak pedas. Kali ni portion memang besar betul. Juling jugalah mata tengok lala banyak tu. Sepenuh-penuh pinggan makan saiz XL gitu. Pitamlah sekejap walaupun lepas tu laju aje meratah lala sebab nasi dah licin! Nak tambah nasi malas pulak. 

Dalam banyak-banyak menu, I rasa lala ni aje yang sedap bangat. Habis licin ya dikerjakan walaupun katanya  tadi banyaknya, tak habis makan tapau aje, pengsanlah macam ni nak habiskan lala. Bila dah start meratah, lupa semuanya 😊

Nasi dah licin. Lauk-pauk semua dah habis tapi ikan siakap tiga rasa masih tak kunjung tiba. My anak kata jom tambah nasi makan dengan ikan pulak. Kami kata, jomlah bungkus and sambung makan di rumah...

Seperti yang dijangka, memanglah siakap tiga rasa ni lambat sampainya. Semua dah nak baca doa penutup ya! Kita bungkus ajelah, boleh sambung makan untuk sarapan pagi esok 😊

Tapi... cakap ajelah! Balik tu tanya kat depa tiga beranak nak makan lagi ke atau nak simpan esok, jawapannya seperti yang dijangka! Makanya, jomlah tanak nasi sepot dua dan panaskan siakap tiga rasa dalam microwave. Malam itu juga semuanya licin, takda saki-baki. 

By the way, the star of the day si siakap tiga rasa ni pun sedap juga!

Kenapalah yang sedap-sedap semuanya sampai lewat ya?

I tanya, biarlah I sendiri yang jawab. You all dok baca je sampai setakat ni ya 😉

Begitulah cerita JJCM kali ni. Lepas ni biar I fikir dulu nak terjah mana pulak. Dah kering-kontang idea ni walaupun merata tempat makan yang sedap-sedap kata orang! Tekak masing-masing tak sama, kan!

Nak suruh I main masak-masak kat rumah?

Oh, yes! Gimme a breaklah ...like 10 years gitu 😉




























Tuesday, September 12, 2017

Belajar

Salam kawan-kawan!

Hari ini dah masuk hari kedua peperiksaan UPSRkan. Walaupun my anak tidak menduduki peperiksaan besar tahun ni, rasa gementar tu tetap ada. Mengalahkan ada anak yang sit for exam pulak! Apa nak buat, I ni kan memang over tak bertempat. Kira nasib badanlah ya anak-anak dapat Mommy macam ni gayanya.

Oleh kerana minggu ni minggu peperiksaan, Bubbly Abang dapatlah cuti free hari Rabu. Itu pun dia mengeluh. Katanya untung jadi budak Tahun 1 dan 2. Empat hari cuti, satu hari je mereka kena datang sekolah! Amboi! Bukan main lagi cemburu ya padahal minggu lepas 'Gurubesar Mommy' dah beri cuti hari Jumaat untuk balik kampung...

Oh, ya! Pada para emak di luar sana, kalau nak cutikan anak atas urusan peribadi; bukan kerana sakit atau kecemasan, selalunya you all beritahu guru siap-siap atau cutikan aje barulah hantar surat? Kalau ada urusan 'terdesak' macam ni selalunya I cutikan aje dulu lepas tu barulah beritahu melalui surat 😊 Maklumlah my kuasa sebagai emak lebih powerful daripada cikgu sekolah. Cikgu tak bagi anak murid cuti tapi mak murid bukan main lagi menegakkan kekuasaannya yang tak berbelah bahagi! Hahaha!

Berbalik pada kisah pembelajaran, sebenarnya I ni bukanlah strict mana pun. I tak paksa anak-anak belajar, belajar dan belajar jangan berhenti. Sukahatilah nak belajar ke tidak. Cuma sesekali tu bila tengok bukan main santai aje, memang kenalah jerit diikuti dengan leteran tak bertempat sepanjang malam! Masa tu akan nampaklah mereka tekun belajar tapi rasa-rasanya, mata aje tengok buku tapi dalam hati entah ke mana merewangnya! I taulah sebabnya kita pun pernah jadi pelajar dulukan.


My anak tanya masa zaman Mommy belajar dulu Mommy pelajar yang macamana? 

Oh, tak payahlah ditanya! Bukan mudah nak ikut gaya Mommy belajar. Nak tiru memang tak dapatlah kalau asyik bergaya santai belajar macam ni. 

Ditanya lagi, macamana keputusan peperiksaan Mommy?

Oh, lagilah tak payah nak elaborate sangat! Memang menangis nanti kalau Mommy cerita zaman kegemilangan Mommy ketika sebaya umurnya sekarang! Lebih baiklah cari inspirasi sendiri. Kalau nak ikut gaya Mommy atau nak mengatasi Mommy, mahu menangis tersedu-sedu nanti tak tidur malam. Lebih baiklah main aje, enjoy life!

Ditanya pula pada Daddynya, macam mana life Daddy as a student?

Oh, Daddy lagi dahsyat! Asyik kena hantar pergi library atau duduk di luar kelas kerana selalu terlebih pandai dari cikgu! Dahlah tu, nakal yang amat. Setakat tercucuk paku di kaki, lebam mata bertumbuk, berjahit lidah, itu perkara biasa... 

Pun begitu, Daddy berjaya juga ya jadi top 100 students untuk kemasukan universiti di seluruh Uzbekistan.

Maka, bila fikir-fikir balik, kata my anak it's better to follow Daddy's footsteps sebab lebih 'meriah' life as a student. 

Amboi! Sanggup ke muka lebam-lebam bertumbuk? Sanggup ke badan sakit-sakit bergaduh? Mommy memang tak sanggup! Hahaha!

Oh, bukan nak ikut yang itu, nak ikut style belajar aje 😊

Sampai ke sudah tak tahu style siapa yang diikutnya; tetap juga santai aje berehat di rumah! Sekali kena ketuk, sekali jalan. Dua kali kena ketuk, memang nak kena ketuk betul-betullah!

Ini pun I tengah 'membantu' Bubbly Abang merajinkan diri untuk mengulangkaji kerana peperiksaan akhir tahun akan bermula awal Oktober. Sekolah Bubbly Abang ni selalu sangat akan buat exam penting (contohnya BM, BI dan Mandarin) pada 2 hari berturut lepas tu break seminggu dua barulah start subjek baki yang lainnya.

Kalau dah namanya Mommy yang jadi cikgu all subjects, memang menangislah! Rasa-rasa terkangkang-kiap aje nak buat, memang kena bebel lah! Itulah, suruh belajar sendiri tak mahu. Nak suruh Mommy guidekan, ahah... nasiblah ya telinga  tu merah padam mendengar bebelan!

I dah pesan kat mereka, tak payah susah-susah nak belajar jadi engineer ke, doktor ke, akauntan ke, apa ke, tapi yang penting mereka kena bersusah-payah belajar bahasa. Sekarang memanglah tak nampak apa kepentingannya tahu banyak bahasa, nanti bila dah masuk ke arena pekerjaan, ahah, masa tulah baru sedar apahal Mommy ni suruh belajar bahasa sebanyak yang mampu! 

Style belajar Bubbly Abang? 

Macam nilah...



Tak sampai sejam nanti dah jadi begini...


Penat sangatlah kononnya kena memerah otak belajar...

Bila kita tanya, "Amboi, penat nampak?"

"Dah sejamkan Mommy Abang belajar!"

Tapi cubalah kata, "Abang  nak main laptop, mainlah! Tak boleh lebih sejam..."

Bukan main tekun tau ... Kalau haus 'order' Adik ambil air. Kalau lapar, 'order' Adik ambilkan makanan. Dia tetap tak gerak dari depan laptop!



Sampai boleh terbabas berjam-jam! Bila ditanya kenapa lama sangat main? Jawabnya tak sedar pulak dah lama!

Bab gadget pun I tak begitu strict juga. Ada masanya I beri aje. Ada masanya I ikut peraturan juga. Itu yang selalu Adik Cute tanya,

Mommy, handphone Adik mana?

Kat pejabat! Bos Mommy simpan!

Boleh tak Mommy cakap dengan bos, anak saya nak mainlah. Boleh pinjam bawa balik?

Bos dah kata tak boleh! Hujung minggu je boleh!

Tapi Adik bukan nak main! Adik nak belajar aje!

Ahah! Si kecil ni memang penuh dengan 'kepalsuan' kalau nakkan sesuatu. Silalah jangan mudah terpedaya walaupun dia akan buat muka sehabis comel sampai hati kita mencair...

Masa tu, dua-dua mati kutu di rumah sebab tak dapat main handphone! Time Mommy nak bertegas, pujuk macamana pun memang tak dapatlah nak 'cairkan' hati Mommy. Tapi janganlah time hati Mommy tengah cair, memang semua nak pun dapat!

Okeylah, begitu kisahnya my anak-anak ni kalau berkaitan hal belajar. I memanglah takda teknik tertentu untuk membantu anak-anak belajar. Namun, selagi boleh tolong, kita  tolonglah ya anak-anak kita 😊






























Monday, September 11, 2017

Kisah hujung minggu lalu...

Salam kawan-kawan!

Hari ni nampak gayanya memang entri tak bergambarlah ya. Maklumlah bila tiba hari Isnin selalu sangat dapat Monday blues lately, memang takda mood aje memanjang nak buat apa-apa pun!

Hujung minggu yang lalu pun I dapat hujung minggu yang panjang daripada biasa sebabnya hari Jumaat I ambil cuti. Kena turun ke JB untuk majlis perkahwinan anak saudara perempuan. Itu pun selesai makan di luar, barulah kami gerak balik ke Batu Pahat pada petang Jumaat. Duduklah anak beranak di rumah Chik kerana Chik dan yang lain-lainnya sudah bergerak ke homestay di Johor Bahru.

My sister Teh tak buat majlis perkahwinan di rumahnya; semua buat di dewan Tabung Haji. I pula tak dapat turut serta ke Johor Bahru kerana menunggu my another sister yang dijangka sampai di BP selepas pukul 12 tengah malam. Bertapalah I anak beranak di rumah Chik. Nak kata mengelak kerja tak juga sebabnya my sister yang request suruh tunggu rumah sebab dia sampai selepas pukul 12 tengah malam. Aha, jangan pepandai kata I curi tulang pulak!

Hari Jumaat tu berjagalah I sendirian sampai ke pukul 2 pagi. Nak tidur takut tak sedar pulak nanti bila my sister sampai. Siapa nak buka pagar pulak! Pengsan nanti my sister's family dok tidur dalam kereta depan pagar rumah. Nak tak nak, kenalah korbankan tidur. 

Dahlah hari Khamis pun I tidur sampai pukul 1 pagi aje. Kawan HD datang dari Filipina dan HD kenalah ambilnya untuk dibawa ke Kuala Lumpur. Bila dah tidur dan terjaga awal pagi, memang tak bolehlah nak lelap lagi. Sampai ke pagi tak tidur, kalau tertidur pun sekadar tidur-tidur ayam aje!

Letih ya dua malam tak cukup tidur...

Hari Sabtu seawal pukul 7 pagi kami dah bergerak ke JB. Majlis nikahnya bermula pukul 9 pagi, ikut janji Melayu. Sampai di JB pukul 8 pagi tak dan nak pergi bersarapan. Takut pulak nanti terlambat untuk majlis pernikahan. Kami ni memang jenis sentiasa awal daripada dijanjikan. Nasib baiklah ada saki-baki sup daging dan roti my sister bawa ke dewan. Dapatlah alas perut sekejap sebelum majlis pernikahan yang bermula pukul 10 pagi.

Oh, macam biasa sebelum majlis I, suami dan anak-anak sibuklah jadi 'pengantin' berposing atas pelamin orang. Siap ada pengapit lagi tu. Berbulu aje my anak saudara@abang pengantin bila auntynya suruh dia suami-isteri jadi pengapit pegang kipas siap bagai. Maklumlah pengantin lama teringin nak bersanding semula...

Bila majlis bermula, memang jangan haraplah I sibuk nak berselpie-wefie dengan pengantin ya. Memang I tak kuasa. Duduk ajelah di kawasan doorgift, berhampiran buffet. Asal lapar, makan. Asal haus, pergi minum! Senang betullah attend majlis milik saudara-mara; tak payah nak bersusah rewang bagai. Hahaha!

HD pulak bila dah terasa penat, teruslah lepak di surau dengan anak-anak. Lagi pun HD takut nak muncul di kawasan TMJ ni. Hahaha! My abang ipar suruh HD duduk senyap-senyap takut nanti ada yang nak minta tandatangan TMJ. Huhaa....itulah dah suruh buang jambang tu tak mahu. Siapa yang susah? 

Kali ni dapatlah berjumpa saudara-mara yang lama tak nampak muka. Masing-masing penuh dengan perubahan 😊 Berjumpalah juga dengan my sepupu sebaya yang dah berbelas tahun tak jumpa. Bukan sekadar tak berjumpa, tak pernah berhubung pun. Maklumlah hidup my FB memang antara hendak dengan tidak aje. Tak kuasalah I nak 'jelajah' FB setiap hari. Dahlah dalam grup whatsapp sepupu sepapat, I juga yang takda. Ngah tak berani nak beri my handphone number kepada admin@salah seorang my sepupu. Katanya takut I tak nak masuk grup. Hehehe! Kira nasiblah, maklumlah nak jadi betul-betul Tanggangkan!

My jiran punya anak yang merupakan kawan sepermainan/sepergaduhan/sepesaingan ketika di sekolah rendah dan menengah pun I jumpa di sini ya. Banyak tahun dah tak berjumpa. Bila berjumpa, masing-masing dah 'besar'. Boleh pulak tu anak jiran ni tanya kat I, " La, tak tahu pun Norin kahwin dengan orang Uzbek tau! Padanlah anak-anak nampak macam mixed!" 

I tak tahulah nak gelak ke, nak senyum ke, atau nak buat takda perasaan aje. Lama dah kami kahwin jiran oi! Tulah masa attend my wedding, tak perasan ke I bersanding dengan siapa? Eh, dia ada ke masa I kahwin? Rasanya dia tengah sambung belajar kat UK masa tu. Eh, lantaklah! Semua dah lama jadi sejarah. Yang penting sekarang ni dapatlah jumpa semula bila masing-masing dah tua belaka. Hahaha!

One of my sepupu lagi best; dah dekat 40 tahun tak jumpa my another sepupu yang tinggal di Singapore. Bila I dengar, I pun tolong kira jarilah nak tengok 40 tahun tu berapa lama.  Hahaha! Ni yang sebenarnya, ada seorang lagi sepupu yang I dah tak jumpa sejak I berkahwin sampailah sekarang. Padahal dia tinggal di BP aje. Tak dan lah nak buat lawatan sepupu sepapat kalau balik hujung minggu aje. Makan-makan lagi afdal didahulukan. Sepupu yang ini pun satu sekolah rendah dengan I. I nampak her sister di majlis kahwin my anak saudara ni tapi dia takdalah pulak hadir. Kalau tidak, nak juga buat adegan jejak-jejak-kasih-sendiri-yang-cari-pasal-menjauh!

Oh, by the way... my anak saudara yang ini adalah sepupu kepada penyanyi Wany Hasrita ya. Si Wany ni merupakan anak kepada adik lelaki my abang ipar@ suami Teh. Kiranya jauh bau bacang dengan I lah. Dah bau-bau jering je yang tinggal. Hahaha!

Dia ada 'muncul' pada pagi pernikahan tu sebabnya cuma ada kaum keluarga aje di situ. Kalau tetamu ramai, hilang pulak gemerlapan pengantin my anak saudara bila sepupu penyanyinya muncul nanti. Kira bijak juga si Wany ni tak muncul masa majlis persandingan.... Tapi yang sebenarnya, dia ada acara di Melaka katanya petang semalam. 

Apa? Nak tanya I ambil gambar ke tidak dengan si Wany ni? 

Minta maaflah acik-acik semua, Kak Ton memang tak heran dengan artis ok sebabnya Kak Ton pun retis juga. Huhaa!

Kami pulang semula ke BP lewat petang tu. Pukul 7 malam sampai rumah. Lepaklah atas katil sebab penat sangat walaupun tak buat apa-apa. Kutip doorgift aje bawa balik!

Semalam gerak balik ke KL bersama-sama dengan Ngah sekali. Sampai KL, uruskan pakaian yang ada dalam 4 beg! Penat mesin basuh I bekerja overtime di hari Ahad tau. Settled dah urusan mencuci. Lepas tu I terbongkang tidur dari sebelum Asar sampai lepas Asar. Lepas tu sambung balik sampailah dekat pukul 7 malam. Qada' tidur katanya... 

Bila  dah over tidur di siang hari, malam pun mulalah mata tak boleh lelap. Maka, jomlah gosok pakaian yang hampir dua bakul penuhnya. Settled kerja, I pun terus landing!

Itu pun masih lagi rasa tak cukup nak mengatasi Monday blues di pagi Isnin. Nampak sangat memang spesies pemalas tau!

Okaylah, penat menaip tanpa gambar (macam selalu). Esok-esoklah kalau free kita bercerita lagi...




Thursday, September 7, 2017

Teka-teki

Salam kawan-kawan!

Hari ni terasa macam malas nak bekerja sebabnya esok I ambil cuti tahunan lagi. Hujung minggu ni ada majlis kahwin my anak saudara, anak perempuan bongsu kepada my Teh. Makanya of courselah I akan berada di luar kawasan hujung minggu ni 😊 (Nak ajak jumpa ke, Kak Saniah? Hehehe,..)

Hari ini kita bercerita tentang my anak bujang tercomel, Adik Cutelah siapa lagikan...

Sekarang ni Adik Cute ada dua hobi baru. Kadang-kadang dia 'menghilangkan' diri dalam bilik tidur lengkap bawa telefon dan segala macam mask yang ada. Nak buat apa?

Buka youtube dan praktis menari!

Aduhai! Pening kepala Mommy, nak oi...

Satu lagi hobinya apa lagi kalau bukan beri teka-teki...

Bukan ke I dah kata, si kecil ni memang ada cemburu sedikit dengan abangnya. Asal Bubbly Abang bercerita, dia nak bercerita sama. Asal abangnya nak beri teka-teki, dia pun nak berteka-teki sama. Yang selalu berlaku, bila kita beri peluang dia akan ulang teka-teki si abangnya tapi memang jauhlah menyimpang soalan dan jawapan! Kena 'hadam' jugalah dengan aksi menirunya ni. Kalau tidak, mahu riuh satu rumah dengan jerit pekik tak puas hatinya tu. Siapalah boleh tahan...

Bila tiba bab menjawab teka-teki si Adik Cute ni, kena banyak-banyaklah bersabar ya. Kena urut dada selalu supaya tak hilang 'pertimbangan' dibuatnya. 'Masalah' dengan teka-teki yang diberikan oleh Adik Cute ni ialah sama ada jawapan betul atau salah, tetap juga kita tak akan menang ya!

Entahlah tak tahu kenapa dia akan beri jawapan yang langsung tak terfikir dek akal; sama ada dia tak mahu kita menang menjawab atau pun dia memang tak fikir langsung tentang logiknya. Maklumlah, budak berusia 6 tahun, adakalanya memang dia 'bantai' aje apa mahunya!

Kalaulah ada di antara my kawan-kawan blogger ni yang mempunyai IQ tersangat tinggi, memang I salute habislah ya jika boleh menjawab soalan teka-teki Adik Cute ni. I ni sebagai his mother, selalu aje tak dapat menjawab mengikut kemahuan Adik Cute. Ada-ada aje 'corner-baring' jawapan yang diberinya supaya I sentiasa tak menjawab betul 😊

Malangnya Adik Cute tak tahu, kalau dia boleh berloyar-buruk, Mommynya ni lagi expert bab-bab meloyar-burukkan dia semula... 😉

Inilah antara soalan-soalannya ya, memang boleh garu kepala yang tak gatal bila mendengar jawapan 'betul' si Adik Cute ni. Tafsirkanlah sendiri logik akalnya...

1. Kalau anjing dengan kucing berjumpa, mereka gaduh tak?

Kalau jawab 'tak gaduh' memang salah, kalau jawab 'gaduh' pun salah juga ya!

Jawapannya : BURUNG

2. Banyak-banyak rumah,  rumah apa tak boleh duduk?

Rumah mainan, rumah usang, rumah roboh semua pun salah ya! Rumah apa agak-agaknya yang betul-betul tak boleh duduk ni?

Jawapannya : TV

3. Banyak-banyak negara, negara apa yang HARAM? (Err... ada juga dalam dunia ni negara 'haram' ek?)

Apa? You all nak jawab Israel ke? Sah-sah salahlah ya!

Jawapannya : INDIA

Kenapa India? Dia sendiri tak tahu kenapa tetiba negara India jadi haram! Oh, my budak nih!

4. Banyak-banyak harimau, harimau apa yang pakai tudung? (Ni sebenarnya dia nak tiru abangnya punya teka-teki - banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang pakai tudung?)

Jawapannya : GAJAH

Okaylah, itu antara teka-teki yang I tersangat ingat ditanya oleh Adik Cute. Banyak lagi sebenarnya. Memang tak masuk akal langsung soalan teka-teki dan jawapan. Tapi cubalah kita pun buat teka-teki yang tak masuk akal macam ni dan tanya kepadanya, pandai pulak naik angin; kata kita main tipu!

But then, selepas 10 kali Adik Cute tanya teka-teki dan asyik jawapan I salah walaupun I dah 'corner-baring' juga jawapan supaya tak masuk akal, I pun 'ancamlah' si kecil ni... 😉

Mommy, satu lagi eh! Adik nak beri satu lagi teka-teki, Mommy kena jawab!

Ok! Kalau kali ni jawapan Mommy salah lagi, Mommy tak nak beli basikal untuk Adik!

Makanya kali ni walaupun jawapan yang I berikan langsung tak logik, tetap juga my jawapan 'BETUL' katanya!

Apalagi, I dan Bubbly Abang pun gelak tak ingat dunialah bila dia buat begitu. Bila ditanya oleh abangnya kenapa jawapan Mommy yang salah jadi betul pulak, inilah jawapan Adik Cute,

Adik takut tak dapat basikal kalau cakap jawapan Mommy salah....

Huhaaa.... menang juga akhirnya Mommy 😊






Wednesday, September 6, 2017

JJCM : D' Timer Cafe, Sepiring & Rosdet Tomyam

Salam kawan-kawan!

Aha, lepas baik daripada diarrhea, apa kita perlu buat?

Qada'  MAKAN 😉

Tapi jangan bimbang ahkak kena diarrhea lagi ya sebabnya JJCM ni bukannya baru. Kalau tak silap seminggu atau dua minggu sebelum cuti panjang Hari Merdeka & Aidil Adha. Buat masa ni memanglah takdanya terliur nak makan di luar kerana entah mengapa anak tekak masih lagi terasa pahit dek kerana baru sembuh dari demam. Kenalah beri masa dulu sebelum fully melenjan makan-makan 😊

Oh, ya! Daging korban pun banyak lagi ni. Masih banyak menu yang belum disediakan. Sakit-sakit pun sempat buat sup tulang, daging masak black pepper dan semalam pulak buat kari daging. Tapi yalah, I main cuit-cuit manja aje, merasa itu, ini sebab takut alahai nak makan banyak. Nanti tak pasal-pasal kena melawat bilik air dan jadi PR kat situ, siapa yang nak bertanggungjawab? Keluarga ahkak juga yang susah tak makan nanti kalau ahkak tumbang tau!

Dek kerana sekarang ni selalu aje malas nak update blog, apakata kita buat JJCM in group; senang gitu kerjanya. Takdalah makan masa berjam-jam dok tenung komputer.

Kita mulakan dengan restoran ulangan ya - Rosdet Tomyam 😊








Siapa yang tak tahu Rosdet Tomyam ni di mana, sila angkat kaki!

Malaslah nak cerita lebih-lebih ya. Restoran ni terletak di Kg Bharu aje. Takkanlah tak pernah dengar.

Kali ni kami beria-ia memesan makanan sebabnya seharian tak makan ya kecuali bersarapan lewat di pagi hari. Selalunya pun begitu tapi kali ni terasa lebih lapar daripada kebiasaannya. Maka macam-macamlah kita order.

Pernah dengar nama restoran ni - Sepiring?

I ni ingat-ingat lupa kat mana kali pertama I ternampak restoran ni. Kalau tak silap di Mitsui Outlet nun. Tak berapa pastilah tetapi cawangan yang kami terjah ni di IOI Mall, Putrajaya ya 😊

Selepas kenyang menjamu sarapan di Umai Cafe dan window shopping (aje) di IOI Mall, tetiba kami ternampak ini...



Mana boleh tahan beb!

Tapi bila tiba masa buat pesanan, ini yang diordernya ... 😂



Itu pun tak habis ya walaupun berkongsi ramai-ramai. Mana tidaknya, makanan yang dimakan di Umai Cafe masih belum fully hadam lagi, dah masuk restoran lain ...

Dan restoran yang ketiga pula terletak di Taman Sri Rampai - D'Timer Cafe

Restoran ni my sister Ngah yang perkenalkan. Katanya pernah pergi makan dengan anak dan menantunya. Boleh tahan sedap menu yang berasal dari Johor; lebih spesifik lagi ownernya orang Batu Pahat katanya. I pun tergoda lalu jomlah Ngah kita pergi melawat restoran ni...





HD order nasi beriani daging kalau tak silap tapi terlupa nak suruh ambil gambar. I lupa Ngah order apa. My mom pulak order lempeng aje, itu pun tak habis. Adat orang tua makan. Yang tak ingat-ingat tua ni, anak perempuannya. Kalau bab makan, masih lagi berselera 😊

Oh, ya! Nasi ambeng dalam gambar tu milik tuan punya blog. I dah terbayang kalau nasi ambeng ni mestilah ada sambal tempe goreng siap suun bagai. Expectation memang tinggilah. Ngah tanya, sayur tak makan apahal pulak nak order nasi ambeng ni? Memang favorite ke? I pun jawab, tak kenal maka tak cinta  gitu. 

Malangnya lepas berkenalan, susah pulak rasanya nak jatuh cinta. Hahaha!

Masa nak balik, my anak-anak sempat pow lagi brownies. Memang kaki powlah mereka berdua ni...

Bila tiba bab nak membayar, I terpandangkan seorang wanita berhampiran kaunter. Sekali tengok macam kenal. Dua kali tengok, memang rasa-rasanya kenal! Selalunya I ni memang jarang memulakan perbualan. Maklumlah sombong gitukan. Tapi kali ni entah kenapa I tetiba jadi 'friendly' dengan stranger. I rasa kenal tapi tak tahu kenalan dari mana. I pun mula bertanya dari peringkat sekolahlah... 😉

Maaf ya! Boleh tanya sikit? Awak ni dulu sekolah kat mana ya? Saya rasa macam kenal ajelah!

Dan wanita itu pun menjawab nama sebuah sekolah di Muar...

Dang! Apa lagi.... siap terus sebut tahun, sebut nama guru disiplin (yang mana my kakak sepupu) dan nama kelas lagi!

Malangnya semua pun dia tak ingat! 

Yang paling frust menonggeng, pengawas yang paling glamour ni (@ ahkak blog ler) dia tak kenal juga! How come!!!

Apa-apa pun memang owner cafe ni my ex-schoolmate 😉 Dan yang best, brownies yang my anak-anak pow tu sebenarnya dibuat oleh my ex-schoolmate juga!

Kecilnya alahai duniaaaaa....























Tuesday, September 5, 2017

Hari Jadi & Aidil Adha Dalam Sejarah

Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua? Seronok dapat cuti extra semalam?

My pejabat macam biasalah, kalau ada cuti umum mengejut macam ni kami tak teruja mana pun sebabnya kena juga kerja dan dapat satu hari cuti extra di kemudian hari 😊 

Nak buat macamana, Jepun tak suka cuti-cuti mengejut macam ni! Kenalah redha aje. Tapi, yang sebenarnya I tak pergi kerja pun semalam! Maka takdalah cuti extranya! Songeh ajelah lebih kata nak datang, nak datang kerja tapi akhirnya terus whatsapp kata tak dapat datang! 

Bagaimana sambutan Aidil Adha masing-masing? Meriah?

Buat I dan keluarga, Aidil Adha kali ini memang kena betul-betul masuk dalam lipatan sejarah. Cuti punyalah panjang bila bersambung dengan Hari Merdeka dan extra cuti semalam tapi kami empat beranak duduk diam-diam di rumah aje!

Memang dari awal lagi I dah berbincang dengan HD, Aidil Adha kali ini kami menyambut di Kuala Lumpur aje. Kebetulan seminggu selepas Aidil Adha, my sister Teh akan mengahwinkan anak perempuan bongsunya. Kami kena travel ke Johor Bahru untuk majlis perkahwinan ni. Jadi, malaslah I nak balik ke Batu Pahat untuk hariraya dan seminggu kemudian turun lagi ke JB. Maklumlah, itu padahnya kalau beria-ia sangat nak jadi orang 'Kay El' katanya! Padanlah muka! (My sister Ngah balik kampung beraya ya, makanya janganlah bermimpi nak makan ketupat rendang kakak masakkan! Dalam mimpi bolehlah... itu pun sampai habis raya tak keluar dalam mimpi tau!)

Another sebab I tak balik beraya kerana hari Sabtu lalu, 2 September merupakan harijadi my anak bujang tersado@Bubbly Abang yang ke-11. Walaupun kami tak mainlah tiup lilin dan berparti liar sempena harijadi, selalunya kami akan keluar makan bersama sempena hari istimewa macam ni. Dah berjanji pun dengan Bubbly Abang nak bawa dia makan ke mana mahunya, belikan apa hendaknya.

Dan pada kawan-kawan yang biasa bertandang ke sini memang tahulah ya setiap kali harijadi my anak-anak, I akan up entri tepat pada tarikh dan masa kelahirannya, tak kiralah sama ada hari tersebut jatuh pada hujung minggu atau cuti umum di mana I rare sangat nak update entry dalam blog! Harijadi anak-anak memang hari istimewa dalam my hati, so keterujaan nak berkongsi di blog memanglah sangat tinggi!

Malangnya... semua pun tak menjadi ya! Sedih sangat!

Rentetan peristiwa (Eh, mengalahkan rentetan sejarah negaralah pulak!) bermula sejak pagi cuti Hari Merdeka...

Ingatnya nak bersarapan di luar macam selalu tapi dek kerana kalau hari cuti ni memang 're-bangun'  nya lambat, abaikan ajelah tentang sarapan ya!(Aha! You all ada vocab macam ni? Takdakan 😉 Maksudnya lepas bangun pagi untuk solat, then terjun atas katil semula membuta! Buruk perangai, sila jangan contohi ya mak-mak budak warga emas!)

Sempatlah juga tengok perarakan Hari Merdeka, bergelak ketawa empat beranak sambil-sambil makan sarapan. Sempat juga buat kerja rumah sekejap. Lepas tu, tiba-tiba aje badan dah mula rasa tak tentu arah, kedua belah bahu terasa sakitnya ya amat! I pun baring semula nak berehat.

Lagi berehat, lagi pulak rasa tak sedap badan. Mulalah selepas tu seram sejuk, sejuk panas, semua pun ada. I ni bukan boleh diserang demam ya. Buruk sangat rupanya. Baru aje demam panas tapi perangai tak tahannya memang mengalahkan budak kecil kena demam! Bukannya I nak perhatian pun tapi memang dah begitu!

Bila datang panasnya, sampai ke kepala terasa 'menggelegak' dan bila datang sejuknya, jari tersentuh air pun boleh terasa macam kena cucuk-cucuk dengan jarum sakitnya. Kejap I berselimut tebal sampai ke kepala bila sejuk sampai menggeletar badan, kejap I buang selimut ke tepi bila panas. HD pun dah arif sebab itulah selalu dipesannya, jangan sampai demam. Kalau I demam, memang satu rumah berantakan!

Nak ke klinik memang malas rasanya lebih-lebih lagi hari cuti umum. Klinik panel yang biasa I terjah tu tutup semestinya. Nak meronda-ronda cari klinik memanglah I tak gemar! Maka bertahan lagilah. HD pergi belikan Panadol Actifast kat farmasi. Yang lagi best di rumah I ni, kalau demam/sakit, semua ubat takda - sama ada I baru buang sebab dah expired atau kehabisan. Tapi kalau tak sakit, merata ubat dalam peti sejuk tu; just name it, semua pun ada! Manalah hati tak sakit!

Sebaik aje telan panadol, lain pulak jadinya. Entah datang mana angin tiba-tiba. Perut pun memulas. Bermulalah adegan yang paling tak diingini - keluar masuk bilik air tak terkira berapa kali! Kasihan anak-anak dan suami sebab hari tu mereka makan pizza aje. Sampai ke malam ya demam yang kejap panas, kejap sejuk dengan angin dan diarrhea melanda. Telan lagi dua biji panadol. Sampai ke pagi I tak boleh tidur sebab keluar masuk bilik air. Rasa macam panjang sangat malam tu tapi bila terlelap dan terjaga semula, baru aje 15 minit berlalu. Stress ahkak!

Rancangan awal cuti Hari Merdeka nak bawa anak-anak keluar berjalan dan beli bahan untuk memasak juadah pagi raya. Satu apa pun tak menjadi. I dah sedih sebenarnya. Dok mengeluh kat HD - pakaian raya tak bergosok, bahan mentah tak berbeli, macamana ni nak raya esok! HD kata, lupakan ajelah tentang raya. Berpakaian raya pun bukannya kita nak beraya ketika Aidil Adha ni. Pakai sempena raya, makan juadah raya lepas tu tukar pakaian. Sama aje katanya kalau tak pakai langsung!

I tak kisah pun tentang raya tapi kasihankan anak-anak. But then, Bubbly Abang told me,

Takpalah, Mommy! Tak raya pun takpa. Kan Mommy sakit. Lagipun cuba tengok hari raya kat kampung hari tu, semua pun sibuk main telefon! Mana ada raya pun!Tak raya pun takpalah, Mommy!

Ohh.....alahai! Kasihan my anak bujang - itu persepsi sambutan rayanya...

Maka, hari raya Aidil Adha kali ini, kami tak menyambutnya, tak masak juadah raya dan tak pakai pakaian raya pun! 

I memang tak larat nak buat apa-apa pun. HD ajelah yang melayan anak-anak sediakan sarapan pagi di pagi raya ya. Sedih alahai rasa hati tapi nak buat macamana... 

Adik Cute pulak lagi best, dia tak tahu pun hari tu hari raya kalau kita tak beritahu!

Keesokkannya hari jadi Bubbly Abang pulak. Tapi kerana tak larat dah dibuat dek diarrhea dan demam on/off, I pun minta maaf kat Bubbly Abang. Selalunya tepat pukul 12.01 malam, I akan ucap selamat pada anak sambil peluk cium, usap ubu-ubun kepala kalau dah tertidur. Maklumlah mereka pun memang tahu I selalu buat begitu, kadang tu mereka pun cuba berjaga sama terutama kalau hari cuti; lagilah seronok nak berjaga sampai lewat tengah malam!

Tapi kali ni pukul 10 malam I dah ucap siap-siap takut I tertidur dan tak tersedar. Itu pun I set juga alarm pukul 12.00 malam untuk bangun. Bila I terbangun, my anak bujang dah lama tertidur ...

Malam tu pun sebenarnya, Bubbly Abang dah mula berbahang panas badannya. Cepat-cepat HD beri ubat dan letak Coolfever. Malam tu I tidur dengan Bubbly Abang manakala Adik Cute dengan Daddynya - nak mengelakkan dari satu keluarga terkena demam juga. Mujurlah demam Bubbly Abang kebah cepat tapi HD pulak yang mula menunjukkan tanda-tanda tak sihat pulak...

Kata Bubbly Abang, dia dapat demam sebab masa selimutkan Mommy beberapa kali, dia cium my muka. I langsung tak perasan, mungkin masa tu I tertidur. Itulah kisahnya demam I 'menjangkit' ke Bubbly Abang 😊

Esoknya my demam pun mulai kebah tapi diarrhea tetap ada walaupun gap berlari ke bilik air tu dah semakin berkurangan... Tapi I tak berani nak keluar ke mana-mana. Takutlah kalau urge nak masuk bilik air tiba-tiba datang berkali-kali, manalah nak lari!

Itu pun bila nampak lega sikit, I ajak HD dan anak-anak keluar cari bahan. Niatnya nak masak juadah raya juga demi anak-anak. Dah sempena harijadi Bubbly Abang, I dok fikir belilah sebiji kek untuknya. Tapi my anak bujang ni bagus betullah. Ini tak mahu, itu tak mahu. Semuanya membazir katanya. Nak dibelikan kek, tiba-tiba katanya tak suka rasa kek harijadi yang manis sangat! Tanya juga kalau-kalau dia nak makan di mana-mana restoran favouritenya, pun dia tak mahu. Alasannya,

Dah keluar dengan family macam ni pun, okaylah Mommy! Abang anggap hari ni macam hari biasa aje. Nak buat apa celebrate birthday... Lagipun Mommykan tak sihat!

Oh, I memang tak puas hati. Jadi I pun beritahu, kita anggaplah hari ni takda celebration. Kita postpone dulu! Kad pun Mommynya tak sempat buat/beli dek melayan sakit! 

Petang tu sempatlah I masakkan juga nasi impit dan juadah menu raya. Kebetulan kawan 'sekampung' HD buat korban di KL, dapatlah merasa daging korban pemberiannya. Dapatlah melepas kempunan anak-anak dan suami tak dapat makan di pagi raya semalamnya ...

Selesai aje mereka makan, I pun start balik diarrhea tak berhenti! Nak tak nak, kenalah pergi ke klinik. Tak pernah pergi pun klinik ni tapi tengok buka, teruslah masuk. Doktor pun hebat, tanya aje sakit apa. Tak check pun. Pakpuk, pakpuk kita bercakap, dia pun beri conclusion - food poisoning. Dah masuk tiga hari masih lagi diarrhea, memang sahlah food poisoning katanya. Doktor tanya makan apa, I jawab raya pun tak sambut! Eh, tetap juga katanya mesti ada makan apa-apa ni kalau tidak tak akan boleh dapat food poisoning. Beri ubat, and teruslah I balik!

Sampai ke hari Ahad malam, masih juga tak hilang diarrheanya cuma kekerapan tu berkurangan. Sempatlah masak sup tulang ya! I dah mula risau sebenarnya sebab semalam dah informed bos kata akan datang bekerja hari Isnin nanti. I expect tak akanlah diarrhea berlanjutan sampai hari Isninkan, melampau tu!

Tapi bila sampai ke early morning Isnin pun I masih keluar masuk bilik air, pepagi Isnin tu teruslah I whatsapp my bosses dan colleague kata tak boleh nak make itlah! Officially, I dapat juga cuti umum hari Isnin tu!

The best part, sepanjang siang Isnin semalam, semua pun nampak elok. Diarrhea pun tak muncul. I pun rasa happy tapi masihlah tak berani nak keluar rumah. Duduklah diam-diam empat beranak di rumah. Sempat juga masak untuk family. Malam semalam, again start balik! Walaupun tak kerap, I mula rasa cuak. 

Apa-apa pun pagi ni, I bangun hantar anak pergi sekolah dan terus pergi kerja. Ingat I, kalau hari ni pun tak baik, memang nak pergi klinik sekali lagi. Alhamdulillah, semua nampak okay cumanya I tak berani nak makan. Sebabnya setiap kali I makan, aktiviti keluar masuk bilik air akan bermula dengan berleluasa! Tak sanggup rasanya. 

Itulah kisahnya cuti panjang Hari Merdeka dan Aidil Adha kali ni serta hari ulangtahun my beloved Bubbly Abang. Memang betul-betul mencatat sejarah dalam hidup!






















Tuesday, August 29, 2017

Kisah postdated cheque

Salam kawan-kawan!

Masih ingat lagi kisah ini?

Ahah, dah hampir selesai pun kisahnya!

Bagus betullah bank 'rimau' I ni.... kata hantar advice slip guna pos biasa tapi sehari selepas I telefon ,GDEX dah hantar ke rumah tau. I pun apalagi, dengan rakus membuka sampul surat tersebut. Memang sahlah, cheque tu postdated. Sebab itulah jadi punca masalah!

Ini bukti I 'menjelajah' KLCC semata-mata nak bank in semula cheque ni😊



Walaupun perkara begini mungkin jarang berlaku, I tetap jugalah nak kongsi cerita bagaimana nak menyelesaikan masalah yang timbul.

Okay! Since I memang tak perasan dan tak diberitahu awal-awal yang I akan menerima postdated (PD) cheque ni, I pun dengan super efisiennya teruslah ke bank dan deposit cheque ni menggunakan mesin sebab it's Saturday.  Everything was okay.  On Monday and Tuesday, I nampak cheque floating dalam akaun. Biasanya memang ambil masa tiga harikan; hari ketiga tu kira dah clearlah. 

Tapi dalam kes I ni, masuk hari Rabu bila I checked semula akaun tetiba cheque yang sepatutnya dah clear terus hilang! I pun checklah my transaction history dan barulah nampak status 'clearing cheque returned'. 

Of courselah masa ni I gabrah habis.  Mulanya memang nak salahkan diri sendiri; dok fikir kalau I yang buat silap tapi lepas I checked resit deposit tu, takda apa-apa pun yang silap! Nama, amaun, nombor akaun yang I letak pun semuanya betul. Of courselah betulkan, kalau tidak  tak akanlah cheque tu boleh floating dalam my bank account pulak!

Bila I called the bank, mereka kata cheque ni kena returned tapi tak tahu apa sebabnya. Walaupun begitu, advice slip akan dihantar keluar pada hari itu ke alamat rumah menggunakan pos biasa. Jadinya, dalam dua atau tiga hari I akan dapat advice slip dari bank dan boleh check apa puncanya.

I pun tanyalah biasanya apa punca cheque kena returned?

Pegawai bank ni pun beritahu sebab-sebabnya mungkin kerana 'fizikal' cheque tu ada kesilapan seperti nama atau amaun yang salah, atau mungkin PD cheque. Bila I dengar aje PD cheque, I pun keluarkan semula resit deposit.

Aduh! Memang tepuk dahilah masa tu! Langsung tak perasan pun cheque yang diberi oleh tadika ni adalah PD. Kalau I tahu, tak mungkinlah I bodoh dan terhegeh-hegeh pergi ke bank pada hari Sabtu nak bank-in cheque ni!

Amaun cuma tiga digit aje, memang I tak sangka akan dapat PD cheque! Itu yang punca I marah sangat pada tadika ni. Kenalah verbally beritahu I yang cheque ni postdated supaya I lebih alert!

Bila dah tahu punca, I pun tunggu ajelah advice slip seperti yang disuruh. Tup, tup, esoknya GDEX dah hantar ke rumah 😊 Kembang setaman hati ahkak bila mengenangkan kecekapan bank rimau ni tau 😊 Macam nilah baru super- E namanya!

Jadi semalam I teruslah ke bank. Bila dapat advice slip ni, original cheque dah takda ya. Kena bawa advice slip ni ke bank dan cuma boleh bank in di kaunter sahaja. Kenalah isi form untuk deposit cheque ni. Sampai di kaunter, staff tu cuma acknowledge dengan stamp bertarikh aje mengesahkan cheque dah boleh bank in! Tak sampai 1 minit pun urusan di kaunter tu! Selesai sudah masalah. 

Pagi tadi masa check akaun, cheque ni masih 1-day floating ya! Harap-harapnya esok takdalah amaun ni menghilang lagi dari dalam my bank account. Kalau hilang lagi, amukan ablasa memang akan berlaku  serentak dengan segala taufan yang melanda bumi masa nih! Hah! Jangan main-main! Tapi... mungkin tak jugalah sebab bendera dah turun separuh tiang 😃

Oleh kerana dah bayar parking RM5 untuk 'melepak' di KLCC dan urusan bank pun tak begitu lama, makanya apa lagi... marilah kita ukur jalan 😊

Begitulah kisahnya ahkak dengan postdated cheque ni. Harap-harapnya janganlah ada sesiapa lagi yang teringin hati nak beri ahkak postdated cheque ya kalau tak mahu tengok ahkak berubah jadi harimau betina jadian di malam bulan mengambang penuh 😤









Monday, August 28, 2017

Kisah geram nasi lemak punya angkara...

Salam kawan-kawan!

Hari ni lewat sungguh nak mengupdate blog kerana sibuk dengan urusan kerja dan juga peribadi 😊

Memang saja pun nak up entri ni selepas selesai urusan barulah senang nak bercerita.

Alkisahnya, minggu lalu memanglah minggu 'naik angin' kaedahnya. Bukan sekadar kisah 'malang' ini sahaja, ada lagi kisah yang menyirap darah dibuatnya!

Marilah kita mulakan bicara ya...

Pada suatu hari, sedang saya....

Eh, silap!

Bukan nak tulis karangan UPSR rupanya I ni; nak up entri dalam blog aje 😊

I tak tahulah orang lain ya tapi I ni sejak-sejak meningkat usia, kalau bendera berkibar sampai hujung tiang, memang angin puspus menderu-deru datang. Memang kurang betul kesabarannya. Mulut pun boleh tahan, membebel tak boleh dibendung. Ada aje benda yang tak kena. 

Bukanlah nak kata kalau bendera tak berkibar, I sopan sesopan-sopan perempuan Melayu terakhir; kuat juga bebelannya tapi kalau time yang ini, aduhai.... siksalah sesiapa yang ada berdekatan. Yang malang memang my superheroes di rumahlah (including bapaknya ya 😊 )

Jadinya bila bebelan tu bersangkut-paut sampai bawa ke luar rumah, memanglah menimbulkan masalah! Puncanya cuma nak makan apa dan di mana. Knowing my family ni, memanglah pendirian tak teguh kalau bab-bab nak makan di mana ni. 

Akhirnya bila semua tak boleh buat keputusan (macam selalu) maka I lah yang akan buat keputusan muktahir. Yang sebenarnya siapa yang buat keputusan muktahir ni, bila ada salah-silap di mana-mana, memang senanglah nak terus tuding jari. Itulah my nasib selalu...

Jadi, I pun ambil keputusan beli aje nasi lemak ayam berempah di restoran yang kami selalu kunjungi. Selama I membeli di sini, setahunya memang mereka menjual nasi lemak ayam berempah, nasi kukus ayam berempah dan nasi kerabu.

Pernahlah sekali Ngah beritahu, kalau nak beli nasi lemak ayam berempah, jangan silap cakap. Nanti dibubuhnya lauk-pauk yang takda kaitan dengan nasi lemak. I ni kurang faham masa tu, maka I pun tak ambil peduli.

Banyak kali dah beli di sini, tak pernah pun ada masalah!

Minggu lepas I pun ke sini dengan niat nak beli nasi lemak ayam berempah. Sampai aje di depan kaunter tu, I pun katalah nak 4 nasi lemak dengan ni (sambil menunjuk pada sedulang ayam goreng berempah yang diletakkan di depan I ).

Tiba-tiba budak yang ambil order tu tanya pula, 'Biasa ya, kak?'

I ni pun tak register apa dia kata tapi tetap angguk. Sebabnya teringat apa yang my sister kata sebelum ni. Makanya I assume biasa tu yalah, macam biasa belilah - letak ikan bilis, telur, timun!

Bila budak ni dah buat sebungkus nasi lemak, dia pun masukkan sesudu sambal dalam nasi lemak tersebut. Then ditanya I lagi, ' Sambal campur sekali ya, kak!'

I pun laju-laju jawab, 'Eh, tak! Asingkanlah macam selalu!'

You know what happened next?

Diramasnya bungkusan nasi lemak yang dah siap tu dan baling masuk bakul sambil mengeluh!!!

I pun apalagi, serta-merta angin puspus meresap dalam badan. Memang marah sungguh tapi tahan lagi. Rasa macam nak cakap je kalau susah sangat, tak payah buat. Cancel semua!

Tapi I tahan lagi jangan marah sebabnya I lagi tak tahan kalau kena tegur dengan HD nanti dah pusing ke sana ke sini ke situ tiba-tiba again tak jadi beli. Oh, tak tahan oi kena sound dek suami! Tahan ajelah janji dapat makanan! Kawan yang bertugas di sebelah budak tu pun slow-slow suruh kawan tu sabar. Si kawan ni pun bungkuslah sambal berasingan!

I tunggulah sampai siap keempat-empat nasi lemak. Tapi dalam hati pelik juga, kenapa dia ni tak masukkan ayam goreng berempah! Selalunya dibungkus nasi lemak dan ayam berempah sekali, sambal tumis dan sambal belacan diasingkan dalam plastik lain.

Sebaik aje diserahkan my order, I pun tanya, 'Ayamnya mana?'

Budak kurang ajar ni pun jawab, 'Tadi kata biasa...!"

Again kawannya sabarkan dia sambil kata, 'Dah! Dah! Dah!'

Si kawan ni pun terus bungkuskan ayam berempah pulak!

Tapi angin I dah sampai ke kepala... I pun terus marahlah, 'Eh, saya selalu beli kat sini takda pun susah macam ni. Kenapa awak je bermasalah?'

I angkut semua order tu dan ke kaunter bayaran. Sampai kaunter bayaran pun I masih membebel,

Siapa budak yang ambil pesanan tu? Apasal kurang ajar sangat? Customer salah ke betul, tak payahlah baling bungkusan nasi lemak terus masuk tong sampah depan customer!

Terpinga-pingalah si cashier ni. Kejap lagi datang pulak seorang  lelaki, tak tahulah bos ke atau siapa; bertanya to me apa yang berlaku.

Lepas potpetpotpet, I terus blah masuk kereta!

Sambung lagi membebel dengan HD.

Tiba-tiba HD tanya,

You sure ke ni dia tak ludah atau buat apa-apa kat makanan ni?

Aduh! Lagilah nak naik angin puspus ke peringkat seterusnya!

Sampai di rumah barulah I boleh berfikir dengan tenang, tapi itu pun masih lagi tak boleh nak memahami situasi malang nih tau sebabnya :

1. Nasi lemak ni RM8 sebungkus. Biasanya bila I beli harganya RM7.50. Awat dah naik harga?

2. Selalunya dapat sambal tumis ala-ala macam kuah kari aje kekdahnya dan sambal belacan tapi kali ni cuma ada sambal tumis je. I ni 'kejarkan' nasi lemak ayam goreng berempah di sini dek kerana sambal belacannya yang sedap. Tak akanlah berbeza sambal tumis kalau order nasi lemak biasa dan nasi lemak ayam goreng berempah? Tak mungkinkan! Mungkinkah dah bertukar owner kedai ni?

3. I taulah I mungkin silap bila mengiyakan tatkala ditanya 'Biasa ya, kak?' tapi memang sangat kurang ajar bila dia baling bungkusan nasi lemak masuk ke dalam  tong sampah di depan my eyes. Itu I tak boleh terima. I masih boleh minta maaf kalau kami sama-sama salah faham pada mulanya tapi bila dia membaling  nasi lemak tu, I dah tak boleh nak senyum lagi dah!

Kesimpulannya, sedap mana pun nasi lemak ni, besar mana sekali pun ayam goreng berempahnya, dan seenak mana sekali pun sambal belacannya, I memang tak akan beli lagi dah. Kurang ajar budak tu memang I tak boleh terima. Kita ban ajelah kedai nasi lemak ni seperti mana I banned Burger Byte dulu dalam senarai JJCM kami 😊


Wednesday, August 23, 2017

Entri Lepas Geram

Salam kawan-kawan!

Alamak! Nak mencari emoticon yang sesuai dengan tajuk, tak jumpa pulak!

Tapi takpa, walau tanpa gambar mahu pun emoticon yang sesuai, entri ni tetap juga nak digarap!

Mulut dahlah sakit dek ulcer, tetiba hati pun jatuh 'sakit' juga dibuatnya...

Kalau ikutkan sakit mulut ni, mahu seminggu juga blog tak berupdate tapi dek kerana hati pun dah sakit sama, lain macam pulak kekuatan nak menaip entri katanya!

Pada kawan-kawan yang selalu mengikuti kisah di blog ni, tentu dah arif kemelut pembelajaran Adik Cute. Malaslah nak diulang balik ya. Panjang entrinya. Walaupun nak diulang-tayang kisahnya, jenuhlah I nak bagi jelas banyak perkara.

Ya, kisah tadika Adik Cute ni belum tamat lagi walaupun Adik Cute telah 'ditamatkan' dari tadika ni sejak bulan April lalu!

Dari April sehinggalah sekarang, I bukan main bergelut dok minta refund yang memang dah seciput aje dapatnya. Bayaran yang lain memang takda refundlah termasuk deposit bulan Disember 2017. 

Alasannya - sebab I ada tandatangan surat perjanjian yang mengatakan deposit bulan Disember itu tak akan boleh dipulangkan semula.

I kata I tak ingat pulak ada sign apa-apa kertas kecuali buat bayaran tunai je. Makanya kata mereka sebab my anak dah second year di situ, maka I turun tandatangan tu pada tahun 2015 ketika I buat pembayaran untuk masukkan anak ke situ untuk tahun pertama persekolahan 2016...

Okay, show me the paper that I signed - my request!

Okay, will give you a copy - they said!

Dari April sampailah ke Ogos, I memang kerap follow up. Sekali kena sergah HD, sekali I follow-up. Begitulah selama 2,3 bulan ni...

Bila tanya, memanjang aje mereka pun buat follow up dengan management tapi management yang lambat!

Few weeks ago, on Friday ( I even jotted down everything yeah... tak payahlah tulis semua details di sini) I called tanya apa kisahnya. Jawabnya mereka kehabisan cheque. InsyaAllah, next week mereka call!

Okay, I bagi seminggu! Next week Fridaynya, I call lagi tanya. Jawab pulak yang owner sibuk, pergi mana entah. Nanti dah dapat cheque kita call suruh datang. Okay, I tunggu lagi. Kali ni I beri lagi seminggu. I didn't call exactly on Friday that week tapi I call on Monday minggu depannya. Jawabnya masih lagi belum dapat chequenya. Nanti kita dapat, kita call lah!

Oh, nak tunggu mereka call mahu I kena tunggu lama lagi nih! Sebab itulah kena follow-up. Follow-up pun bukan hari-hari ya, seminggu sekali, 2,3 minggu sekali, gitulah selama tiga bulan ni.

Memang dari awal deal lagi mereka dah beritahu yang cuma boleh pulangkan duit konsert dan sports aje. Okaylah for me, daripada tak dapat refund langsung! And I dah beritahu jangan lupa attach sekali copy agreement yang I signed tu menyatakan deposit bulan Dis 2017 tak boleh refund.

Dari the last time I called (Isnin minggu lepas), tiba-tiba dapat panggilan hari Khamis kata cheque dah ready. Boleh datang anytime during weekdays sebelum pukul 4 petang. Memandangkan I bekerja dan malas nak rush during lunch time semata nak ambil cheque, I decided to collect it on Saturday.

So Sabtu lepas I pun pergilah collect cheque. Mereka suruh checklah betul tak cheque tu and sign voucher penerimaan. I didn't see the copy of agreement yang I minta tapi masa tu malas nak fikir panjang. Dah dapat cheque, settlekan cepat-cepat supaya boleh tutup buku kebencian yang meruap selama ni sudahlah... Takpalah tak dapat refund yang lain-lain.

Sebelum sign tu, I pun checklah yang paling penting MY NAME and THE AMOUNT. Then I pun signedlah voucher mengatakan cheque I dah collect. 

Lepas tu teacher suruh tunggu sebab nak ambil kalau ada lagi books my anak yang masih di tadika tu. Sekali tengok banyaknya buku baru! I pun tanya, buku apa tu semua...

Mereka kata - Oh, buku ni awal tahun kita dah beli semua, Mommy!

So kenalah ambil juga sebab dah berbayar. No wonderlah duit buku tak dapat refund.

Tapi I tak banyak cerita! Nak 'tutup cerita' cepat-cepat. Malas nak duduk berlama-lama di situ. Angkutlah semua buku tu bawa masuk kereta. Legalah dah settled chapter sakit jiwa ni!

Suami and anak-anak ada je menunggu dalam kereta! Bila tengok ada beg plastik bukan main laju Adik Cute nak ambil tapi bila tengok buku-buku je, terus diletaknya bawah tempat duduk!

Dan dah terlanjur nak merewang selepas tu, I pun teruslah ajak HD pergi bank untuk bank in the cheque. Senang cerita sekali jalan aje!

Hari Isnin, I nampak the cheque floating for 2 days. Hari Selasa I nampak the cheque floating for 1 day...

By this morning, bila I checked my account tetiba nampak 'Clearing Cheque Returned'!

Huuwaahhhhh.... apa kes ni? 

I pun laju-laju called my bank. Tak sempat agaknya staff bank tu nak duduk ambil tempat nak mulakan kerja pukul 9.30 pagi, I dah called siap-siap!

I pokpakpokpak explained jalan cerita and at the end tanya - Why my cheque returned?

Oh, alahai puan! Kenalah call home branch! Nah, nombornya ya! Kalau tak dapat ini, call ini, itu, itu, ataupun nombor ni!

Wow, banyaknya nombor! Confirm busy ni tak mudah nak angkat telefon gamaknya... Nangislah ahkak macam ni!

Okay! Let s call my home branch!

Nasib baik senang angkat tapi malangnya kena call Clearing Cheque Dept pulak. Nah nombor sambungan ini, ini, itu ataupun ini!

Oh, alahai sekali lagi!

Takpa! Takpa! Bagi settle cepat jom call now!

Dapatlah juga akhirnya bercakap dengan person in charge. 

Inilah intipati perbualan ya :-

Tak dapat nak tengok kenapalah, puan. Tapi ni bukan cancelled cumanya cheque returned aje. Maknanya kemungkinan besar ada silap pada cheque tu macam nama ke, amaun ke atau pun post dated cheque. InsyaAllah hari ni kami hantar advice slip ke alamat puan tapi guna pos normal. Mungkin sehari dua puan dapat slip tu. Puan boleh tengok kenapa cheque tu returned. 

Apa? Bila dengar postdated cheque, I pun ambil copy receipt deposit cheque tersebut!

Oh, my! Oh, my! Oh, my!

Awat pi bagi postdated cheque ni? Amaun bukan ribu-riban pun, ratus jerk!

Betullah, Encik! Saya tak nampak pun postdated cheque! Mereka tak beritahu pun. So macamana nak buat?

Kalau betul sebab postdated nanti puan dapat advice slip tu bawa pergi ke mana-mana bank *@& dan cuba bank in. Original cheque memang dah kena destroyedlah. Tapi tak boleh guna mesin, kena pergi ke kaunter ya puan. Dan pergi selepas tarikh cheque tu... Kalau sebab lain, puan kenalah inform issuer tu untuk follow up!

I pun angin tak baik terus call tadika pulak...

Teacher, why you didn't tell me you gave me a postdated cheque?

Mommy, it's written there the date. I asked you to check right?

Yes, I checked. I checked my name and the amount. How do I know that you will give me a postdated cheque? Why you didn't even tell me that it is a postdated cheque or ask me to come after the date stated on the cheque?

Memang ya, memang dia suruh I check tapi kenapa masa tu tak cakap PD cheque. Susah benar ke nak sebut PD cheque tu takut I melenting lagi?

Ingat I rajin sangat ke sehari nak ambil cheque. Lepas tu tunggu seminggu lagi baru deposit cheque tu! Kenapa tak beritahu aje verbally this is a PD cheque, Mommy. Tak boleh deposit hari ni. Lepas seminggu nanti baru pergi bank ya, Mommy.......!!!

Eh, ratus-ratus pun amaun pun kena beri PD cheque ke? Apa kes ni? 

Habis gitu ajelah ya! Ingat nak tutup buku cepat rupa-rupanya masih tak boleh tutup buku juga!

So, next step - kenalah tunggu advice slip tu sampai ke tangan I. I bet memang because of PD chequelah. Tapi nantilah confirm balik. Harapnya boleh bank in semula sebab I malas nak turun naik tangga menghadap tadika tu lagi. 

Jemu dah!

Ahkak is angin satu badan hari ni... 

Tak tahu nak salahkan diri sendiri, tadika atau ada sapa-sapa nak minta hempuk tak hari ni? Boleh juga nak lempiaskan kemarahan kat orang lain pulak....












































































JJCM : Ana Ikan Bakar Petai

Salam kawan-kawan! Apa khabar semua? Seronoklah ya bercuti panjang hujung minggu baru ni. I lagilah panjang setengah hari sebabnya hari...