Posts

Showing posts from 2019

Salam Akhir Tahun 2019

Salam kawan-kawan semua!

Lama sungguh tak bersiaran di sini sampaikan nak buka blog pun terkial-kial dibuatnya. Perkara paling ketara sudah tentulah komen-komen 'membina' dari spammers. Banyak sungguh. Tergeliat tangan dok skrol komen, mencari kotnya masih ada lagi rakan-rakan yang tinggalkan komen di sini.  Nasib baik tak pejam mata dan delete semuanya 😃 Kasihan pada rakan-rakan yang masih lagi ke sini walaupun tuan blog dah hampir terlupa yang blog ni masih kekal wujud!
Entahlah mimpi apa hari ni tetiba teringatkan blog ini. Godeh-godeh jugalah tengok. Bila dah tertengok tu apalagi, mood menaip novel kembali menjelma. Sempat juga skrol di tepi blog dok perhati blog kawan-kawan alam maya yang ada. Mostly memang tak berapa aktif ya tetapi yang masih aktif pun ada lagi. Yalah, sekarang ni lagi selesa melepak di Instagram tak pun di Facebook. Ada banyak cara nak 'mengeratkan silaturrahim' selain daripada berblogging macam beberapa tahun dulu.
Berbalik pada my own blog, …