Friday, July 29, 2016

Alkisah di hari raya (Part II)

Salam Syawal kawan-kawan!

Aduh, terasa panjang pulak entri raya kali ni sampai berpart-part!

Ahah! Itulah you all ... siapa suruh I berceloteh tentang hari raya MD sekeluarga! Dahlah bila menaip tak ingat nak berhenti, gambar pun takda ni! Harapnya you all semua bolehlah hadam cerita tanpa gambar yang banyak ya!

Seriously, memang kurang ambil gambar sepanjang beraya kecuali di pagi raya. Itu pun banyak gambar satu family dan seluruh keluarga yang ada di kampung. Memanglah tak masuk blogkan. Kotnya nanti letak gambar my Chik tetiba lekat pulak gambarnya dalam kepala (macam jiran kita...) susahlah I nanti nak lari masuk bawah meja kalau orang terjumpa! Kang kalau tanya my Chik macam ni,

Adik akak mana? Adik akak yang blogger tu mana?

Senang aje jawab my Chik,

Eh, salah orang ni! Adik beradik akak takda yang kerja blogger! 'Blogger' tu apa ke bendanya?

Hahaha! 

Okey, jom hentikan acara selingan. Kita masuk ajelah ke topik utama ~_^

Seperti yang I kata, tahun ni suasana raya di rumah Chik meriah sungguh sebab semua anak menantu, cucu dan cicit emak pulang beraya di rumah Chik. Kebetulan pulak last minute my anak saudara Afiq yang berada di Kuwait dan juga Shafiq yang sedang belajar di Indonesia dapat pulang beraya bersama keluarga masing-masing. Maka lengkaplah seluruh keluarga besar kami.

Masuk hari raya kedua, kami dah plan nak ziarah raya ke rumah sepupu-sepupu dan emak saudara (kakak kepada emak). Kalau nak tahu, emak tinggal dua beradik aje - emak dan kakaknya manakala sebelah my late father pulak cuma tinggal seorang lagi adik perempuannya - my makcik yang menetap di Singapura. 

Sedihkan kalau jadi my mother. Asalnya emak ada 5 beradik, 3 lelaki (PakLong, PakNgah dan Pak Uteh) dan 2 perempuan tapi semua abangnya dah meninggal dunia. My late father pulak ada banyak adik beradik seibu-sebapa, seibu dan sebapa. Yang seibu sebapa tu cuma 4 orang kalau tak silap (seorang I tak jumpa sebab meninggal muda dan masa tu I masih kecil lagi). Tiga lelaki (termasuk my father) dah lama meninggal dunia dan tinggal my emak saudara (adik paling bongsu) sahaja di Singapura. The rest jangan ditanyalah sebab I ni gagal penuh bergaya kalau bab salasilah keluarga yang menjalar berkembang biak tu! Ni jenis yang selain dari mak/pak saudara dan sepupu, memang tak kenal sanak-saudara yang lain!

Kebetulan pulak kali ni emak saudara datang bersama keluarga anak bongsunya pada hari raya pertama! Sebab itulah I kata raya kali ni memang ohsem ^_^ Tapi kasihanlah my Mak Usu Ara ni sebab beliau pun uzur sebenarnya. Biasalah orang tua, penyakit paling sinonim dengan umur dah tentulah sakit kaki! Berusaha jugalah my mak saudara ni travel dari Singapura nak melawat my mother. Walaupun tak jauh mana dari Singapura ke Batu Pahat, bayangkanlah orang tua yang tak berapa sihat keadaanya yang kena travel! I yang kuat ni pun last masuk Singapura in 2005 dengan HD! Lamakan!

Eh, makin melalut pulak dah ni!

Berbalik pada cerita hari raya kedua, kami ambil keputusan nak tutup rumah awal pagi sebabnya kalau tidak, memang tak dapat keluarlah jawabnya! Itu pun masa kami keluar, ada juga anak saudara emak dan sanak-saudara sebelah arwah abang ipar (suami Chik) yang datang menjenguk rumah bertutup! Nak buat macamana... kalau dok tunggu tetamu di rumah, memang tak berayalah kami sekeluarga!

Bila dah ramai ni, macam-macam hal boleh berlaku. Nak tunggu masing-masing bersiap, memang kena tahan sabarlah. Maklumlah rayakan, masing-masing nak melaram...

Bila konvoi dah ready, kita terjahlah ke rumah kakak emak, my makcik di Taman Bukit Pasir! Makcik ni masih sihat tubuh badan dan kuat lagi ingatannya berbanding dengan emak. Borak-borak lebih kurang di rumah makcik (lebih kurang pun dekat setengah jam juga..) kami berkonvoi pulak ke rumah anak bongsu arwah PakNgah berhampiran Bukit Soga. Sepupu kami ni suami isteri bekerja sebagai guru tapi part time buat roti canai dan murtabak segera. Makanya, balun murtabak segeralah di rumahnya! Masing-masing siap buat tempahan lagi nak bawa balik ke KL! Gambar my beloved superheroes di atas tu, di rumah my sepupulah! 

Masing-masing take turn nak posing termasuklah aunty mereka suami isteri ^_^ Maklumlah siapa tak suka posing ala-ala pengantinkan! Hahaha! Oh, gambar as usual mana boleh masuk blog ^_^

Adik Cute and BFF merangkap anak saudaranya@cucu saudara MD, Mia yang peramah ^_^


The next house kita ke rumah anak lelaki makcik pulak, pun di Taman Bukit Perdana. Di sinilah my anak bujang tercomel tetiba 'jatuh cinta' dengan kucing Parsi! Tak pernah selama ni si kecil ni minat dengan kucing tapi boleh pulak di sini beria-ia dia mengejar kucing bawah meja sambil dok tanya nama kucing tu! Ahah, bercakap dengan kucing lagi!

The best part di rumah ni, kami sekeluarga ambil gambar seluruh keluarga depan gate rumah my sepupu! Penuh betul gambar ^_^ Inilah first time complete semua dapat menziarah rumah saudara-mara bersama! Oh, memang meriah!

Lepas tu ingat nak ke rumah anak-anak perempuan makcik dan juga arwah PakNgah tapi masing-masing tengah beraya pulak! So kita baliklah ke rumah dah kebetulan Chik pun dapat panggilan ada tetamu yang dah sampai depan rumahnya!   

So, lets take a breaklah!

On the way balik ke rumah, boleh pulak ternampak outlet Burger King berhampiran Taman Bukit Pasir! Whoaaa... sejak bila ada Burger King pulak ni! Sebelum ni tak perasan pun sebesar-besar Burger King kat tepi jalan. Apalagi, empat beranak ni dah pasang plan 'ziarah raya' di Burger King malam nanti ^_^ Memalam di Batu Pahat ni entahlah kenapa lapar memanjang!

Lepas Maghrib pada hari yang sama, kami keluar semula untuk ke Kampung Istana, ke rumah anak lelaki arwah PakNgah pulak... Masing-masing menaruh harapan tinggi gitu sebab kat rumah sepupu yang ini, setiap tahun pun ada menu khas yang disediakan oleh my abang sepupu ni - mi tomyam! Marbeles weyh rasanya, tak jumpa di mana-mana warung makan!

Patut ke bila masing-masing sampai sibuk melilau mata mencari 'menu special'! Hahaha!

Bila nampak isteri my sepupu ni sediakan meja makan panjang untuk menjamu kami, wallaweyh, berbunga-bunga hati masing-masing; terus rasa lapar menerpa!

Dah kenyang makan, dah habis borak maka kita pulanglah ke teratak my Chik. Kirim salam pada Burger King sebab dah kenyang  makan mi tomyam special dan ayam panggang ^_^

Tamatlah sudah kisah hari raya kedua...

Nampak tak betapa penatnya my bujang comel ni, sempat salin seluar aje lepas tu tertidur!

Sebenarnya kalau diikutkan banyak lagi rumah sepupu tak dapat pergi sebab sama ada mereka sibuk beraya atau pun kami sekeluarga tak dan nak cover semua. Maklumlah berkonvoi berbuah-buah kereta ni bukan perkara mudah! 

Rumah arwah Pak Long di Simpang Renggam pun tak dapat pergi untuk ziarah para sepupu yang balik beraya di sana! Manakala anak-anak arwah Pak Uteh semuanya di KL. Biasanya selain itu, rumah wajib pergi waktu ziarah raya ni merangkumi sanak-saudara di Senggarang dan Muar tapi tak dan nak coverlah!

Hari raya ketiga ke mana pulak Kak Ton dan keluarga besarnya ya?

Itu masuk part III lah, Dik Non semua ~_^  

   
  



  

    


Lada

Salam kawan-kawan! Nampak tak moodnya ke mana? Pilih tajuk pun bukan main senang cerita 😊 Tapi, jangan bimbang! I bukannya nak men...