Posts

Showing posts from October, 2016

Mari belajarlah pulak!

Salam kawan-kawan! Okey! Okey!  I tahu dah lama entri imunisasi tu berada di 'carta teratas' dalam blog kerana tuan penulis entrinya jadi malas. Jangan tak tahu, tuan punya entri cuma malas mengupdate blog aje tapi lately ni rajin membaca tau ^_^ Tak kisahlah apa yang dibacanya, janji keluar sikit dari kebiasaan. Nampak gaya novel-novel yang dah berhabuk lama dan majalah-majalah yang jarang disentuh sudah kembali 'berkilat' ^_^ Barulah ada warna-warni pelangi dalam kehidupan nih ~_^ Kalau tidak, rutin aje memanjang.... Aha, you all nak pandai tak? Kalau nak, kenalah rajin menuntut ilmu ~_^ Mari sini dengar ahkak nak berceloteh tapi ini pun bukan hasil nukilan tangan ahkak sepenuhnya! I baca, makanya I kongsikanlah ilmu yang tak banyak mana ni... Sumbernya dari sini ... Mari kita senaraikan 10 habits yang paling berkesan untuk meningkatkan kebijaksanaan akal fikiran katanya ~_^ 1. Memerhati Kita kenalah rajin observe perkara yang berlaku di sekelili

Suntikan Imunisasi

Salam 23 Muharram kawan-kawan! Apa khabar semua? I masih lagi ditimpa penyakit M yang entah mengapa melanda diri tiba-tiba. Penyakit M ni kalau datang memang takda beri amaran langsunglah!  Hari ni kalau diikut-ikutkan dengan tak cukup tidur dan laparnya, memang malas nak mengupdate blog tau. Ya, I ni kalau malam Ahad tu memang kerja overtime ^_^ Uishhh... menggosok pakaianlah! Jangan salah sangka pulak! Semalam I menggosok pakaian dari pukul 11.30 malam sampailah pukul 2 pagi. Seronok sangat dengan aktiviti menggosok sampai tak sedar jam dah 2 pagi. Makanya, pagi tadi alarm berbunyi dua kali pun masih di alam mimpi lagi. Mujurlah takda adegan terjun tiruk di pagi hari. Everything went smooth aje walaupun terlewat bangun katanya... On the way nak ke pejabat, baru perasan angin salah satu tayar tu tak berapa bagus pulak. Nak berhenti pam, hari hujan! So I redha ajelah memandu sampai ke pejabat. Nanti petanglah baru pam!  ----------------------------------------------------

Maybank Oh Citylink!

Image
Salam 19 Muharram kawan-kawan! Alkisah selepas baca tentang keperluan untuk memperbaharui kad ATM Maybank di sebuah blog, I pun teruja jugalah nak menukar sama. Sebenarnya I dah tahu lama sebelum itu tapi I ingatkan kena tukar kad Maybank yang hitam kuning tu ke kad bergambar ceri aje. Kalau begitu, memanglah I dah ada kad baru. Rupa-rupanya ada yang lebih baru daripada itu. Maka, check punya check, I dapat tahu boleh aje kalau nak tukar secara online. Nanti kad baru akan dihantar terus ke rumah. Dah namanya senang, buat apalah menyusahkan diri nak terhegeh-hegeh bertumit tinggi  ke cawangan Maybank yang berdekatan. Jadi, dua bulan lepas I pun tukarlah kad Maybank ni secara online. Siap mengajar lagi kawan pejabat ni, jomlah kita log in ke akaun Maybank masing-masing dan tukar kad!  Buatnya pun a day after HD tukar kadnya... Kalau ikut kata-kata Maybanklah, dalam masa 14 hari akan dapat kad baru ^_^ Selepas tu aktiviti menunggu buah yang tak gugur pun terjadi... Tunggu p

Skil menjahit diduga lagi ~_^

Image
Salam 17 Muharram kawan-kawan! Bertemu lagi kita di arena membebel di pagi hari ~_^ Ish, susah juga rupanya nak jadi perempuan yang bersopan-santun tanpa buka mulut tak bersebab dan membebel yang bukan-bukan ^_^ Kita ke cerita selingan dahululah ya. Biasalah blog ni memang cerita selingan jadi topik utama manakala cerita yang berkaitan tajuk selalu di hujung-hujung perenggan nanti. Ya, ya, I tahulah you all tak sabar nak tahu tentang skil menjahit I tu; kotnyalahkan makin bertambah maju skilnya walaupun aktiviti menjahit sangat jarang berlaku dalam my hidup. Kita biarkan cerita kemuncak itu di akhir-akhir rancangan ya! Kalau ya pun nak gelak, sabarlah banyak-banyak ^_^ ------------------------------------------ Mari kita bercerita tentang Adik Cute dahulu ^_^ Sejak dua menjak ni si kecil tengah sibuk buat preparation untuk konsert di tadikanya. Oh, konsert akan berlangsung di sebuah hotel pada pertengahan November nanti. Makanya, teachers tengah sibuk mengajar budak-budak

Hari Isnin yang lesu...

Salam 16 Muharram kawan-kawan! Apa khabar kawan-kawan? Mesti teruja nak memulakan hari pertama dalam minggu barukan atau dah teruja nak ambil cuti sempena Deepavali nanti? Buat I ni, alahai...  Baru hari Isnin tapi mood dah ke laut dalam pulak! Bukan setakat mood bekerja aje, mood mengupdate blog pun sama tersadai di laut dalam... Rasa macam nak take a break pulak! Bestnya kalau dapat lepaking di tepi pantai... Oh, ya! Minggu ni minggu peperiksaan buat anakanda tersayang, Bubbly Abang. Semoga Bubbly Abang tenang menjawab segala soalan peperiksaannya.  Penat juga I menggalas tugas tutor sepanjang minggu lepas. Kalau dah namanya belajar dengan Mommy, memang lebih takut berbanding terujalah jawabnya. Maklumlah, I ni garang tau sebenarnya. Nak menjerit aje kalau buat silap. Mesti my anak rasa nak plaster-plaster aje mulut Mommynya ni supaya tak menjerit ~_^ Tapi yang kelakar, bak kata HD ketika I sedang mengajar subjek Matematik pada anak bujang... Mommy mereka ni kalau

JJCM : Makan-makan di IKEA Cheras

Image
Salam 12 Muharram kawan-kawan! Entri ni sebenarnya dah lama berada dalam draft. Masa tengah bersenang-lenang di rumah, transferlah gambar yang ada. Dan kejadian berlaku dua atau tiga minggu sudah kot. Eh, lupalah pulak! Kalau tak silap, lepas beriadah di Taman Tasik Titiwangsa, kami tak terus pulang ke rumah. Entah macamana boleh pulak menuju ke IKEA. Bukan ada apa pun nak cari. Mulanya teringatkan karipap di IKEA. Ingat nak beli tapau bawa balik. Tapi, dah terlanjur senang pulak dapat parking, baiklah kita makan aje di sini. Dan kebetulan, telah masuk waktu solat Zohor. HD pun singgahlah sebab seriau takut si isteri ajak pergi jalan-jalan lagi tak sudah sampai ke petang ^_^ Lebih baik solat siap-siap! Apa yang ada di IKEA? Apa yang kami makan di sini? Nah, biarlah gambar yang tak seberapa  bercerita ... Licin pinggan masing-masing. Penat dan lapar weyh selepas beriadah. Padahal sekadar kayuh basikal aje di Taman Tasik Titiwangsa. Yalah, setiap titis peluh yang

Kisah ibu dan anak-anak...

Salam 11 Muharram kawan-kawan! Yang sebenarnya, ini kisah dari artikel suratkhabar semalam. Nak menaip entri baru semalam macam malas pulak so kita carry forward ke hari inilah memandangkan sampai ke hari ini masih lagi tak bertransfer gambar-gambar yang ada. I berceloteh tanpa gambar ajelah ya walaupun ramai memilih untuk tempek gambar tanpa kata hari ni katanya... ~_^ Ini buat tatapan kita semua terutama anak-anak yang masih ada emak... Kalau dah terbaca artikel ni semalam, buat tak tahu ajelah ya. Silalah baca lagi sekali dah terlanjur singgah di sini! --------------------------------------------- Kisahnya, di Pengzhou, China (kat China ni kes-kes memang 'unik' semuanya sampaikan tak tahu nak gelak ke atau nak serius apabila membaca) seorang ibu berusia 73 tahun menyaman empat orang anaknya kerana tidak mahu menjaga si ibu. Wanita tua ini yang bernama Lin Xiu Zhi meminta anak-anaknya memberi 100 yuan (RM60) sebulan, membayar kos perubatannya, membenarkan dia

Scarlet Heart and Love in the Moonlight, (are) On the Way to the Airport ^_^

Image
Salam 10 Muharram kawan-kawan! Aha, maafkanlah ahkak ya semua! Hari ni ahkak nak bercerita tentang drama Korea ~_^ Kepada yang tak berapa suka, silalah jangan kecam ahkak ^_^ Ahkak memang macam ni perangai, walaupun usia kata dah tua, hati masih lagi terasa muda. Itulah hasilnya kalau suka sangat bergaul rapat dengan rakan-rakan yang lebih muda dan anak-anak saudara yang masih muda belia belaka. Alkisahnya, ahkak terlupa diri sebenar... Apalah MD ni... dah tua tapi masih berlagak macam orang muda pulak! Oh, ini jawapan ala-ala retis Malaysia ahkak ya ^_^ Eh, Dik Non! Sikap ahkak, baik buruk ahkak hanya Allah yang boleh judge! Kome, kome dan kome,  tak boleh sesuka hati nak jatuhkan hukum pada ahkak tau.... Jaga peribadi kome, kome, dan kome dulu. Menegur biar dengan cara yang betul, kasar-kasar mengungkit mengata ni not the type of nasihat yang boleh terus masuk ke telinga dan menusuk kalbu tau....  Oh ho... perasan retis sekejap ~_^ Tapi, betulkan katanya 'don't