Posts

Showing posts from November, 2017

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Image
Salam kawan-kawan! 
Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊
Apa khabar semua?
Saya di sini khabar baik. Diharap saudara di sana pun sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...
Eh, eh! Dah kenapa pulak salah meroyan nih!
Kalau dah asyik keluar masuk gua bertapa, tak payahlah sungguh-sungguh bertanya khabar. Ya tak? Esok lusa masuk balik dalam gua. Buang tenet aje nak menjawab khabar 😊
Maaflah dengan 'tajuk yang tak seberapa' tu. 
Maklumlah, I ni kalau nak paksa keluar gua mestilah sama ada a) jalan-jalan atau b) cari makan. Lain hal memang malas nak keluar dari gua menaip entri tau!
Semalam dalam hujan lebat, suamiku HD suruh mengikut ke area Sogo kerana dia ada urusan di kawasan berhampiran. Maka dalam hujan lebat itulah kami tiga beranak di tinggalkan di tangga Sogo, membawa haluan sendiri ...
I pun apalagi teruslah meninjau apa yang patut tapi dalam kotak fikiran sentiasa teringat pesan suami, 
Jangan keluar sesen pun! Buda…

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan!
Amboi, tajuk! Seram membacanya!
Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni?
Yang sebenarnya, tak tahulah hari ni nak berceloteh tentang apa! Padahal, kisah birthday my anak bujang tercomel@Adik Cute belum masuk blog pun! I kan adil dan saksama; dah birthday Bubbly Abang tak masuk blog sebab tak bersambut dek I kena diarrhea dan demam 5 hari berturut-turut masa raya Haji dulu,  tentulah kisah birthday Adik Cute pun tak masuk blog juga (tapi ada up post kat FB, kehkehkeh!)
Well, ada bagusnya juga tak tahu apa nak dibebelkan di hari Jumaat yang mulia ni! Kalau asyik aje membebel, tak pasti pulak bahu kiri ke atau kanan yang lagi berat di penghujung hari 😊
Apa-apa pun I sajalah memunculkan diri hari ni; manalah tahu ada yang menyimpan rindu dendam yang teramat. Kasihan pulak nanti, tak sampai hati menengoknya... Hahaha!
Esok ada majlis perkahwinan my anak saudara lagi. Kalau bulan September lalu si adik perempuan, kali ni pulak si kakak sulung. Mereka ni tiga beradik a…

Masalah selesai *_*

Salam kawan-kawan!
Jenuh tau sejak semalam dok melangut depan komputer membelek entri sebelum ni.  Entah apa masalahnya pun tak tahulah. Terima kasih pada KakG comel (ehem, bodek mesti kasi up ^_^) yang sudi beritahu ada masalah 'dalaman' my blog ni. Kalau tak diberitahu, memang sampai ke sudah I tak tahu walaupun ada kemusykilan timbul kenapa takda satu komen pun yang masuk. Adakah 'peminat-peminat' Kak Ton telah give up membaca celoteh Kak Ton yang sentiasa panjang berjela-jela ni? Hahaha!
Lepas penat menggodeh sendiri tapi tak juga berkesan, I pun cubalah merengek-rengek pada sang suami. Tapi tahu ajelah ya kalau isteri yang melebihi 10 tahun usia perkahwinannya merengek, memang lambat betul responsenya tau. Puas merengek sampai ke pagi masih lagi tak jalan kerjanya. Walaupun sang suami nampak macam free aje malam semalam, dibantainya tidur awal. Pagi tadi merengek lagi sambil berkata, "Sampai hati you I minta tolong tengok blog apa masalahnya, you langsung ta…

Exam

Image
Salam kawan-kawan!


Okay, hari ni kita bercerita tentang peperiksaanlah ya! Katanya sekarang ni pelajar sekolah Tingkatan Lima sedang menduduki peperiksaan besar SPM buat masa ini. Pasti jenuh beberapa minggu ni nak kena bersengkang-mata mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir dan memerah otak dok berfikir nak menulis jawapan yang bakal score A+ dari guru penanda kertas peperiksaan. 
Kita dulu-dulu pun sama jugalahkan feelingnya. Berdebar! Mahunya tak berdebar! Dah orang keliling dok kata inilah exam yang akan menentukan 'hidup' masa depan! Mahu tak gelabah dibuatnya! Tak dapat result bagus, tak dapat masuk universiti. Tak dapat masuk universiti, maksudnya 'tak jadi oranglah'! Zaman kita dulu, kalau tak dapat ambil jurusan medic, engineering, accountancy (dan segala jurusan yang 'gegak-gempita' bunyinya) maknanya tak berjayalah dalam hidup...
Kasihan alahai nasib ketika tu ya...
Kalau tak lulus exam lagi parah; silap haribulan kena kahwin cepat. Tak dapatlah…

Adik Banyak Cakap

Image
Salam kawan-kawan!
Kalau dah berceloteh tentang emak, tentang anak bujang tersado @ Bubbly Abang, seharusnya hari ini kenalah bercerita tentang anak bujang terlajak laris yang keletah ni. Siapa lagi kalau bukan 'My name is Jeff' a.k.a Adik Cute a.k.a jiran sebelah Gumball, anak kepada Richard and Nicole serta abang kepada Anais 😊. Barulah adil dan saksamakan!
Nasib baik juga anak dua aje; dua-dua lelaki. Kalau ada 10 anak lelaki dan perempuan, mahu pengsan ahkak tahu nak bersikap 'adil dan saksama' ! Ke spital selalulah gamaknya dek tekanan darah tinggi! Hahaha!
By the way, tak perlulah mengharapkan selepas ini giliran bercerita tentang HD pulak. Ada pulak yang kena hantar resignation letter kat blogspot suh tutup blog nanti. Hahaha!
Eh, Eh! Ceria pulak bila dah hari Jumaat ni ek! Maklumlah esok hujung minggu dah. Seronok bangun lewat 😊
Adik Cute sekarang ni sedang menghitung hari menanti sepupu kesayangan @ makpak angkat  @ babysitter@ my bibik-bibikku kaki gosip (…

Emak

Salam kawan-kawan!
Semalam bercerita tentang emak tak banyak anak, hari ni pun kita bercerita sesuatu yang berkaitan dengan emak jugalah ya. Nak bercerita tentang kewangan, belum sampai seru dan tak cukup ilmu lagi. Nanti haru-biru pulak kewangan you all kalau ahkak yang jadi penasihat kewangan 😊 Setakat ni cuma mahir selok-belok online shopping ajelah 😊
Okay, pada yang tak faham apakah maksud tersirat tentang 'kewangan' tu sila abaikan ajelah ya! Takkanlah rajin pulak nak korek entri sebelum, sebelum ni 😊 Malaskan...
Let's go back to the topic di atas 😁
Dua, tiga hari ni dok baca kisah emak aje. Terkesima pulak jadinya tau...
Bila diri sendiri pun bergelar emak, akan lebih fahamlah ya betapa besarnya pengertian perkataan 'emak' itu. 
Mungkin ada yang dah terbaca kisah ni secara online (by the way, the latest Kamus Bahasa kata 'online' bermaksud 'dalam talian' ya bukannya 'atas talian'. Opppssss.... iklan BM sekejap 😉). Jadinya kalau t…

Kisah emak tak banyak anak ^_^

Salam kawan-kawan!
Seronoknya tengok cuaca di luar sana.  Lapang aje hati melihatnya 😊 Tak macam semalam, pagi-pagi dah hujan. I tersedar pukul 4 pagi tengok-tengok punyalah lebat hujan di luar. Sangat berbeza dengan pagi ni...
My anak bujang, Bubbly Abang dah kena datang sekolah pukul 6.50 pagi semula. Gurubesarnya kata tak boleh jadi budak-budak ni. Bila kata tak perlu datang seawal pukul 6.50 pagi, masing-masing bukan main lewat sampai sekolah. Makanya, gurubesar telah mengarahkan semula rutin guru kelas masuk pukul 7 pagi! Kalau cikgu masuk kelas pukul 7 pagi, kenalah anak-anak murid sampai di sekolah pukul 6.50 pagi! 
Ahkak is penatlah semula kena keluar rumah awal!
Sebelum cuti seminggu Deepavali yang lalu, my anak bujang dah menduduki peperiksaan akhir tahun. Naik cuti baru ni, takda kerjalah nak dibuat di sekolah. Belajar pun ala kadar. Kejap-kejap kena pakai pakaian sukan. Last Friday, ada walkathon lagi - jalan-jalan sempoi keliling padang sekolah yang seciput aje tu! Itu …