Posts

Showing posts from May, 2017

Salam Ramadhan

Image
Salam kawan-kawan! Hari ini tak mahu berceloteh banyak. Cuma nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga tahun ini kita akan lebih berusaha untuk menjadi umat yang lebih baik. Nak mengubah diri menjadi lebih baik kenalah berdikit-dikit. Jangan ditunggu sampai ilmu penuh di dada, takut tak sempat pula nanti nak berubah. Apa yang penting, nampak perubahan tersebut walaupun sedikit ^_^ Di sini, I ingin memohon ampun dan maaf kalau sepanjang berkarya di blog picisan ini, ada yang tersentuh hati atau tersinggung perasaan dek my keramahan. Asalnya hanya nak bergurau-senda tapi manalah tahu kalau gurauannya terlebih sehingga menyinggung perasaan. I mampu memohon maaf ajelah ya di hari baik dan bulan baik ni. Yalah, hati manusia inikan berbeza-beza. Kita anggap gurauan aje tapi yang lain ambil serius sampai terputus ukhuwah pulak... Harapnya takdalah yang sampai begitu sekali ya dek kerana sakat-menyakat yang I selalu buat ^_^ Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan puasa …

JJCM : Medan Ikan Bakar Pantai Jeram & Restoran Terapung HM Sri Bagan

Image
Salam kawan-kawan! Hai, I dah penat ni meng'watermark' gambar yang ada. Tak sanggup nak letak gambar banyak-banyak sebab menggunakan smartphone. Naik juling mata rasanya ditambah dengan kerabunan yang ada walaupun berspek mata! Gambar JJCM memang penuh dalam smartphone tu, nak transfer pun belum menyempat-nyempat lagi. Ni nak kena clearkan sebab bulan Ramadhan pun dah just around the corner. Bulan puasa takdalah nak bercerita tentang JJCM kan. Bab iftar di luar tu entahlah tahun ni tak pasti macamana. Korum macam tak cukup je... Maka kali ini kita gabungkan dua tempat ni menjadi satu walaupun masa ke kedua-dua tempat ni dah quite lama berlalu ~_^ Adalah satu hujung minggu tu kami tak tahu nak ke mana tapi tetap juga nak keluar rumah. Bersiap keluar pun selepas Zohor. Bila masuk kereta, start enjin barulah HD tanya ke mana kita sekeluarga nak pergi ^_^ Ingatnya nak ke Sekinchan, nak tengok sawah padi. Dah lama plan nak suruh anak-anak selfie lompat katak di bendang katanya tap…

Lagu, anak-anak dan bila Ironman beriadah...

Image
Salam kawan-kawan! Argghhh... kenapalah penyakit malas menyerang ni! Yang sebenarnya I malas nak menaip entri sebab I tengah rajin shopping online ~_^ Bukan bekerja pun, curi tulang memanjang! Aiyok! Tak tahu! Dosa tanggung sendiri  ^_^ Hari ni marilah kita berkisah tentang my superheroes @ anak-anak bujang ^_^ Kisah tentang anak-anak ni kalau hari-hari menulis pun masih lagi tak habis-habis. Kalau tak percaya, tanyalah pada emak-emak yang lain. Asyik cerita anak dia aje, takda cerita anak orang lain. Back to the basic - dah blog kita, kita tulis tentang anak-anak kita ajelahkan, tak akanlah nak sibuk bercerita tentang anak orang pulak! Semalam sewaktu dalam kereta ke Aeonbig tiba-tiba dua beradik ni terdengar lagu favourite Bubbly Abang - Something Just Like This (The Chainsmokers & Coldplay). Tiba-tiba Adik Cute beritahu dia pun ada favourite song - Rockabye ^_^ I pun beritahulah yang I selalu dengar lagu Rockabye ni tapi tak tahu siapa penyanyinya. Lantas Bubbly Abang pun men…

Projek Sekolah

Image
Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua? Seronok nampak enjoy makan-makan luar di hujung minggu; butter prawn sepinggan besar campur mixed seafood lagi terorder kononnya...  ^_^ Maklumlah hujung minggu ni dah mula berpuasa, makanya melantaklah apa dapat supaya tak meleleh air liur mengharungi minggu-minggu mendatang ^_^
Lemau rasanya bila tak menulis entri hari-hari. Kes I ni bukannya disebabkan kekeringan idea untuk menulis entri tapi malas. Entah kenapa 'semangat' malas tu menular sungguh dalam badan. Sibuk pun ya juga tapi takdalah terlalu sibuk sampai tak dapat nak melayan whatsapp katanya... Menulis entri ni lain sikit. Kena penuh penghayatan untuk merapu. Even nak merapu pun bukan senang ya. Bukan boleh main bantai tulis aje apa nak. Kena juga ada idea berterusan. Hah... gitulah lebih kurang ^_^ Ni nak cerita tentang projek sekolah my anak bujang tersado, siapa lagi kalau bukan Bubbly Abang. Adik Cute takda lagi projek-projek sekolah membabitkan Mommynya. Yalah, sekolah pun…

Hari Ibu : Ke Garden Lobster lagi kita... ^_^

Image
Salam kawan-kawan!

Mulai hari ni waktu persekolahan Bubbly Abang bertukar ke 7.30 pagi. Kena sampai sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Selama hampir 11 tahun di sekolah ni,  waktu persekolahannya bermula pada pukul 7 pagi dan kena berada di sekolah sebelum pukul 6.50 pagi. Selalunya kami dua beranak keluar rumah pukul 6.30 pagi. Sekolah pun sepelaung aje dari rumah. Dalam 10 minit dah sampai. I pun dah terbiasa juga dengan rutin awal macam ni. Sebab itulah I selalu sampai di pejabat awal. Tapi sejak sebulan lepas bila dapat surat dari sekolah menyatakan tentang pertukaran waktu persekolahan bermula daripada 15hb Mei ni, gembira bukan kepalang dua beranak ni ^_^ Bolehlah keluar lambat. Memang dah plan pun hari ni nak keluar rumah pukul 7 pagi. Tapi entah mengapa, memang kebetulan pulak I lompat katil pagi ni. Pukul 6.20 pagi baru terjaga! Itulah padahnya bila alarm berbunyi, matikan dan tidur semula! I set alarm pukul 5 pagi. Ada 3 kali snooze setiap 15 minit ^_^ Tapi dek kerana bingit d…

Jalan-Jalan Cuci Mata : FRIM

Image
Salam kawan-kawan! Hari ni nak cerita pasal apa pula ya? Macam malas aje nak menaip entri panjang berjela. Tapi bila kata malas nak menaip entri, tetiba aje nanti bukan main lagi nak menaip lagi dan lagi... Propa aje lebih ^_^ Semalam I  tertidur awal. Pukul 8 lebih dah tertidur ^_^ Anak-anak dan suami semua pun terbiar. Tahu-tahu bila bangun jam dah dekat pukul 3 pagi... Berbalik kepada cerita hari ni, kami ni kalau hujung minggu memang dah tak tahu nak ke mana lagi di Kuala Lumpur ni. Rasa macam semua tempat dah pernah pergi. Nak mengukur jalan ke shopping mall pun dah macam malas. Lagilah kalau dengan suami dan anak-anak, bukan dapat cuci mata sepuas-puasnya apatahlagi nak membeli-belah! Itu yang selalu jugalah terlepas keluar dari Kuala Lumpur tapi dek kerana malas nak menaip entri, takdalah kisahnya dalam blog. Nanti-nantilah kalau rajin tapi cerita pun dah lama basi ^_^ Baru-baru ni teringin nak bawa anak-anak melawat FRIM. Asal cerita konon nak naik basikal. Konon-kononnya m…

JJCM : Lobster Garden, Sg Ramal

Image
Salam kawan-kawan! Malas rasanya nak bekerja lepas cuti umum macam ni... Nasib baiklah dah takda lagi cuti umum dalam masa terdekat. Kalau tidak, rasa macam nak ambil cuti tahunan aje setiap kali ada cuti umum. Lama sikit dapat 'berlemak-lemak' di samping keluarga ^_^

JJCM kali ni masih segar dalam ingatan ya sebabnya kejadian baru berlaku semalam. Terima kasih kepada cik ahkak ni - Adianiez kerana telah 'memperkenalkan' restoran untuk kali ini - Restoran Lobster Garden ^_^

Setelah puas mengukur jalan tiga beranak semalam memang takdalah adegan masak- memasak di dapur rumah sendiri. Yang sempat untuk sarapan pagi aje, lepas tu kami dah keluar berjalan. Jangan ditanya mengapa bertiga aje kerana kenalah buat entri lain pulak untuk aktiviti melenjan tanpa HD ni. Kalau semua nak dimuatkan dalam satu entri, memang jenuhlah you all nak membaca my nukilan ^_^

Sebenarnya ada banyak JJCM yang dah lekang dek masa kerana kemalasan I untuk mengupload dan watermark gambar yang ada…

Adik minta maaf...

Image
Salam kawan-kawan!

Hari ini kita berkisah tentang Adik Cute lagilah ya ^_^

Selagi my anak bujang tercomel ni masih di tahap manja-manja begini, memang banyaklah kisahnya dalam blog ni. Kalau mula-mula berblogging dulu, memang banyak kisah Bubbly Abang sebab dia pun boleh tahan potpetpotpetnya. Adik Cute masa tu kecil lagi jadi kita beri peluang pada Bubbly Abang berpotpetpotpet dulu ^_^

Sekarang ni Bubbly Abang terasa dirinya dah besar, tak sesuailah nak masuk dalam blog Mommy selalu. Cerita mostly rahsia. Siap tanya tu kadang-kala sama ada Mommy nak 'bercerita' dalam blog ke apa. Kalau I kata ya, mulalah dia 'mohon' jangan cerita! Malu katanya ^_^



Baru-baru ni si kecil ni beritahu...

Mommy! Adik nak tukar nama tau!

Nak letak nama apa?

Do-dol!

Dodol??? Dodol apa?

Dodol Uzair!

Punyalah dalam banyak-banyak nama, 'Dodol' yang dipilihnya...

Kenapa 'Dodol'?

Pernah satu ketika Adik Cute ni asyik sebut perkataan 'dodol' padahal masa tu dia tak tahu pun dod…

Adab

Salam kawan-kawan!
Aha, I dah tau dah sekarang ni! Asal I kata susah aje nak buat sesuatu, tetiba aje jadi senang. Itulah tak boleh kata dulu, kena fikir dulu sebelum berkata ^_^ Kelmarin baru aje mengeluh macamanalah nak menaip entri bila semua browser (kecuali IE) tak boleh digunakan lagi. Dahlah nak upload gambar pun siksa, ditambah pula sekarang ni dengan masalah nak menaip entri, ditokok-tambah lagi dengan font yang tetiba mengecil tetiba membesar, top-upkan pulak dengan emoji yang mula buat hal, memang menjunamlah mood nak berblogging. Tapi sebaik aje up entri kelmarin, terus teruja nak menaip entri satu dan satu dan satu dan satu lagi. Eh, tidak! Satu aje entri yang I taip kelmarin dan awal pagi semalam baru published! Tetiba tahu idea datang mencurah-curah bak hujan lebat saban petang... Okey, berbalik kepada kisah hari ni sebenarnya I nak bercerita tentang kerenah manusia. Maklumlah lain orang, lain perangai. Manusiakan bermacam ragam. Adakalanya buat kita geli hati dan ada …