Salam kawan-kawan,
Senang sungguh kalau letak tajuk satu patah perkataan ni. Sama ada relevan ke tidak dengan isi entri, apa peduli. Janji ada tajuk dan entri pun panjang berjela tak ingat dunia!
Hari ini kita bercerita tentang diri sendiri ajelah ya...
Siapa tak suka sila angkat tangan!
Eh, tapi kalau you all angkat tangan ramai-ramai pun bukannya I nampakkan! Makanya I tetap jugalah nak bercerita tentang diri sendiri sebagai seorang emak.
Agak-agak you all ya, I ni emak yang macam mana?
Jenis yang sopan-santun aje atau pun jenis yang garang tak berpada-pada atau pun jenis yang baling batu sembunyi tangan - nampak aje tenang tapi bila dia marah, habis ribut-taufan, puting-beliung semua melanda dalam rumah!
Aha, cubalah teka kalau nak hadiah beli satu percuma satu macam selalu! Hahaha!
Yang sebenarnya, I ni quite garang juga sebagai emak. Sudah dibilang berkali-kali, dalam rumah memang I lah yang 'berkuasa' dalam urusan rumahtangga dan anak-anak. Memang semua I conquer seorang. Bila perlu, memanglah akan berbincang dengan HD tapi hal remeh-temeh berkaitan urusan rumahtangga dan anak-anak, memang I lah yang bertanggungjawab.
Tak akanlah setakat beras takda, nak pergi report kat HD. Takkanlah sekadar duit poket anak takda, nak pergi report kat suami juga. Hal-hal remeh macam tu memang I tak bawa berbincang dengan HD. Tapi kalau melibatkan hal yang penting macam kes tadika my anak bujang tercomel @ Adik Cute, memanglah kena bawa berbincang suami-isteri. Keputusan haruslah diambil bersama. Barulah adil!
Berkaitan dengan anak-anak, mereka ni memang lebih takutkan I berbanding dengan HD. Dalam masa yang sama, mereka memang lebih rapat dengan I berbanding dengan Daddynya. Apa-apa berlaku memang I yang selalu dapat 'pembelaan' dari anak-anak. In term of kasih-sayang, I rasa mereka tak berani nak memilih. Asal tanya aje, for sure jawapannya dua-dua pun sayang ^_^
Macam I pernah kata, HD memang sangat jarang 'angkat tangan' mahu pun marahkan anak-anak. Tapi anak-anak takut juga pada Daddy mereka. Sekali-sekala dengar Daddy herdik, mahu bertempiaran lari. Kalau I ni, berpuluh-kali herdik pun, mereka dengar macam Adele tengah menyanyi! Takda siapa peduli!
Jauh berbeza dengan I ni, sepanjang masa pun 'bising' di rumah. Selagi sabar, I tak akan naik tangan tapi kalau dah berkepul-kepul kemarahan dalam hati tu, memang kenalah anak-anak. Dek selalu sangat dengar kekerapan I berpitching tinggi, sekadar I marah suam-suam kuku tu takda lagi jadi 'keseraman' pada anak-anak. Tapi bila mereka nampak I bertukar jadi singa betina jadian tengah memburu mangsa, lintang-pukang juga mereka jadinya. Terutama Adik Cute, memang jauh dia berlari menyembunyikan diri dan selalu jugalah I tak jadi nak menaikkan api kemarahan ke level seterusnya bila tengok babak-babak kelakar yang dibuat si Adik Cute ni untuk melarikan diri! Padahal bukan kita marah dia pun...
Tetapi, bila dah kembali tenang, I berfikir juga - ini bukannya satu sikap yang bagus untuk mengajar anak-anak. Tahu sahajalah bila dilanda amarah, tak boleh berfikir dengan baik. Nak mengawal marah tu pun satu hal juga. Asal kita nampak aje muka anak yang dimarahi, lagi bertambah-tambah syaitan pujuk suruh upkan kemarahan tu. Amboi, bijak sungguh! Asal ada sikap negatif aje, nak salahkan syaitan merasuk kononnya...
Yang selalu kena marah of courselah si Bubbly Abang. Setakat ni Adik Cute memang kena marah 'suam-suam kuku' ajelah. Adik Cute ni memang bijak; asal kita marah aje mulalah dia bertukar jadi comel luar biasa - baik dari segi rupa mahu pun sikap! Macamana nak marah lebih-lebih apatah lagi nak naik tangan!
Berbeza dengan Bubbly Abang, my anak bujang tersado ni memang jenis yang menahan perasaan I guess...
Kalau kita marah, dia tak akan menjawab. Diam seribu bahasa. Sama ada betul salah dia atau pun tidak, dia tak akan cuba mempertahankan dirinya. Banyak kali juga dah I lihat sikapnya yang suka memendam perasaan ni! Risau dibuatnya, terus-terang kata ajelah!
For me, lebih baiklah kalau dia bersuara mempertahankan haknya kalau dia benar rather than dia memendam perasaan. Sikap begini memang tak bagus...
Tetapi bila dah reda kemarahan tu, memang I akan bercakap elok-elok dengannya sebab musababnya I naik marah atau adakalanya naik tangan. Bila sendiri dah cool, barulah boleh berfikir dengan waras katanya. I selalu bertanya apa puncanya dia bersikap begitu begini hingga membuatkan I naik marah padahal dia sendiri tahu betapa I ni very protective. Hal anak-anak memang I yang bertanggungjawab so, dia boleh aje mengadu dengan I tentang anything. Kalau buat silap pun, terus-terang aje. Kena marah atau tidak, itu perkara lain sebab dia sendiri tahu betapa I selalu menyokongnya!
Masa inilah baru dia akan bersuara. Kalau dia tak bersalah, barulah dia akan beritahu sebab-musababnya. Kalau dia takda sebab, memang terus-terang aje dia mengaku dia salah dan takda sebab mengapa dia bersikap begitu. Solely memang kesalahannya...
Bila usia dah meningkat, perasaan marah tu pun semakin berkurangan sebenarnya. For melah ya...
Kalau dulu lagi cepat I naik angin bila anak-anak buat silap. Tapi sekarang ni memang I lebih bersabar. Kalau betul-betul tak boleh tahan marah, I akan cuba tak naik tangan. Pergi ajelah ke tempat lain supaya tak tengok muka anak-anak bila tengah marah. Bila dah cool down nanti, barulah boleh bersemuka dengan anak-anak.
I pun memang jenis yang tak boleh terima kalau orang condemn my anak-anak tanpa sebab. Memang saja nak cari pasallah. Kalau betul salah, sila buktikan. Kalau sekadar nak condemn aje tanpa bukti, memang sahajalah nak suruh I 'melantunkan suara' ala-ala Adele tu...
Jadi kesimpulannya, I ni bukanlah jenis emak yang boleh bercakap perlahan-lahan dengan anak sambil bersabar sepanjang masa. Memang jauh juga rasanya perjalanan nak menjadi emak yang sebegitu. Apa-apa pun, kita masih boleh berusaha untuk jadi lebih baik, tak gitu?
Betullah MD semakin usia meningkat perasaan marah dah berkurangan.Mengikut pengalaman akak dengan 5 anak ni,dulu masa anak masih 2 orang akak cukup garang dan selalu angkat tangan tapi dengan anak yang 3 ke bawah ni suam2 kuku je.Bila dah tua ni akak fikir kan balik kenapa akak garang waktu itu ....mungkin kerana meroyan ke kerana yang dua tu rapat sangat 14 bulan je beza nya.
ReplyDeleteDah tua ni anak pun dah besar sekadar membebel je lebih.Cakap dengan anak2 ,bebelan mak ni yang korang rindu bila dah jauh2.
Mungkin jugakan, kak. Kalau dulu saya ni garang juga. Selalu aje nak marah. Naik tangan pun selalu. Bila dah marah, memang tak ingat apa. Boleh fahamlah perasaan kalau tengok makpak dera anak. Ada masanya memang dek amarahkan, kak. Kenalah hati-hati jangan sampai ke tahap tu.
DeleteSekarang ni memang dah kurang. Si kecil tu langsung tak pernah kena tangan. Itu yang banyak lemaknya...
Segarang mana pun seorang ibu, dalam hatinya tetap mahukan yang terbaik buat anak-anak...
ReplyDeleteDulu, masa masdih muda dan anak masih kecil, kakcik memang seorang yang banyak mulut- potpet potpet. Sekarang dah tua dan anak-anak dah besar, kakcik juga lebih banyak diam. Banyak mengadu dengan DIA dan menahan segala rasa dalam hati sendiri...
Betul tu, Kakcik. Bila marah tu memang tak boleh nak kawal kemarahan yang dating tapi bila tengok muka anak-anak, tetiba rasa kasihan. Menyesal tak payah katalah, memang menyesal masa yang sedikit tu dihabiskan dengan memarahi anak-anak.
Deleteya MD..saya pun macam tu lah, kurang kesabaran, pitching tu jangan cakaplah, rasanya satu taman boleh dengar, kadang segan juga tapi bila tengah marah tu memang tak ingat apa dah. cuba juga untuk kurangkan sebab usia pun dah nak masuk senja ni haa
ReplyDeleteMak-mak memang macam nilah agak gayanya. Bukan apa, nak jadi penyabar tu tak senang. Pelik bila tengok ada ibu yang boleh aje menegur anak dengan penuh sopan tanpa meninggikan suara. Lama rasanya nak sampai ke tahap tu. Kita takut kalau kita berlembut sangat, lagi anak naik muka. Itu yang pitching tinggi memanjang. Tapi itu pun tak bagus jugakan, AA. Lama-lama anak dah tak hairan pun dengar kita 'menyanyi nyaring'!
DeleteSep dulu MD..
ReplyDeleteSamalah dn CH..
Lantunan suara tu jangan cakap lah..
Singa tido pun boleh bangun dan singa tu pun boleh lari lintang pukang hahhahha..
CH ni pulak kalau menahan marah boleh menangis..
Gerammmm sangat...
Gi masuk bilik duduk diam2 kat situ..
Yang selalu pujuk CH najeeha jer..
Yang 2 orang tu tak kisah langsung huhuhu..
Skrgn CH lebih suka diam dulu..
Pastu baru marah hahhahha..
Macam mana tu ?
Wah! CH pun macam ni juga gayanya ke? Ingatkan CH ni mestilah yang jenis sopan-santun, tak marah anak-anak dengan pitching singa betina mengaum kelaparan, penuh kesabaran gitu.
DeleteSusahkan CH nak kawal kemarahan tu. Yang sebenarnya bila usia meningkat kurang dah perasaan nak marah tak memasal tu tapi itulah bila marah tu memang bersabar sungguhlah supaya tak sampai naik tangan!
Saya ni kategori taklah garang sangat tapi kalau dah geram yg dah tahan2 sangat tu, amboi segala benda nak dihamburkan...pot-pet-pot-pet tak henti2. Tangan tak pernah naiklah. Mulut ajer yg berapi. Walaupun begitu, anak2 tak takut pun! Jgn bapaknya, jarang marah, sekali berdehem semua kecut perut.
ReplyDeleteTengok KB pun Nampak macam tak garang. Saya pulak tak tahu kenapa boleh berubah garang padahal masa muda-muda dulu bukan main bersopan-santun luarbiasa kelembutannya tau. Menjerit pun tak pandai. Konpius sekejap...
Deletemasa belum kahwin, belum ada anak.. memang niat x nak membebel, nak jadi momy yg baik je..
ReplyDeletedah fail.
kalau kita x bebel.. x bergerak.. i beranak sorng je.. tp i kena jaga 2 peragai anak2..huhu
Selalu tau lepas marahkan anak-anak tetiba aje menyesal. Yalah, masa yang singkat kita habiskan dengan memarahi anak-anak, rasa macam tak patut pulak. But then, kalau tak meninggikan suara atau tak marah langsung pun tak bagus jugakan!
DeleteHahaha...Jaga dua 'anak' yerk... ^_^
Sayapun sama, jika nak dibandingkan semasa anak 1 & 2 dulu, suara dengan tangan sama naik.
ReplyDeleteAlhamdulillah sekarang ni boleh kawal amarah cuma mulut tu nak juga pot pet pot pet...
Rasanya memang betullah UA sebab factor usia. Tapi itulah bila tengah marah, lupa segalanya. Tak boleh berhenti walaupun dah istigfar. Ish, ish, ish....
DeleteHi MD! Sorry yah, I come late this time. Your blog memang I come over when I have time to read it with full focus and appreciation. Tak moh baca sekali lalu aje. So today, you are the topic, ek? Garang jugak lah you as a mother. I think to a certain extent have to be lah, to make sure the kids toe the line. If not, sure panjat kepala punya. Anyhow, you sound like a fun mum too. The disciplinarian and yet the entertainer too. Yeah, this Adik Cute, quite hard to be mad at him because one look at the cutie pie face, your heart will melt. He has such a manja looking face. His abang is the more serious type I guess. Your boys are lucky to have you as their mommy!
ReplyDeleteIt's okay, PH! At least you come to visit me ^_^
DeleteI memang garang tapi bila usia makin meningkat, kegarangannya semakin menurun. Paling kasihan sudah tentulah Bubbly Abang sebab dia memang puaslah kena marah. Naik tangan pun puas kena. Most of the time lepas tu I menyesal tak sudah. Dok nangis-nangis depan anak minta maaf kalau terlebih marah! Duh!
My youngest boy memang manja Belum pernah dapat naik tangan kat dia ni. Selalu aje buat muka sampai kita tak sampai hati. But my eldest pun kalau kena marah, buat muka comel juga. Masa tulah terus rasa tak sampai hati nak terus marah!
Mana2 mak macam ni kot, tkleh lari dr membebel, suara ibarat boleh membelah langit..
ReplyDeleteDen dulu masa muda mmg cepat juga naik tangan, tapi dah berumur ni jadi lebih cool cuma suara tu tetaplah juga cam Tarzan terutama kalo dorang menyepahkan rumah, geram oii kita dah kemas dia sepahkan balik dgn mainan dgn lukisan dia, mmg menjeritlah dibuatnya.
Watak setiap ank tu tak sama rynn, kalo si abang tu jenis pendam, si adik tu jenis meluahkan kot, kalo sama he wataknya mana best.
Kadang bila tengok mak yang bercakap perlahan menegur anak, terasa tercabar juga hati ni, KakG. Macamana ya seorang emak boleh bersabar dan berlembut macam tu sekali walaupun terang-terang anak buat salah. Tapi, nak capai ke tahap itu bukan mudah. Syaitan (eh, syaitan lagi...) bukan main gembira 'merasuk' suruh ikutkan aje perangai tak baik tu!
Deletesamalah MD saya pun garang juga, kena belajar juga teknik sabar peringkat tertinggi
ReplyDeleteJenuh nak belajar bila kita dah terbiasa meninggi suara ^_^ Kadang bila anak-anak dah 'terimun' dengan perangai kita bila marah, langsung tak dikisahnya bila kita menegur dengan lembut. Lagilah stress jadinya, Raihanah!
DeleteOrg selalu ckp, ira ni mesti tak pernah marah2.. Sbb org tgk, ira selalu cool je.. Haha.. Tp sebenarnya, cool mcm mana pun org tgk, tp ada masa anak buat perangai, mmg naik angin juga. Org kata tak elok tinggi2 suara kat anak, nnt bg kesan pd emosi mereka, tapi tertinggi jugak suara ira ni kalau masa tgh marah tu.. Mcm MD ckp la, syaitan suka kita marah tu, bagai disuruh2 marah lagi dan lagi.. Bila da marah2 tu, baru la nyesal.. Hehe.. Yg selalu kena si kakak la. Lps kita minta maaf dan bgtau knp kita marah, dia nangis.. Ank sulung mmg jiwanya sensitif. Mcm ira, kalau ira marah, ira yg nak nangis. Kalau ira buat salah, ira akan ingat salah tu, dan rasa bersalah.. Huhu.. Itu ira la, xtau la ank sulung lain..
ReplyDeleteBos Ira kan.. Dia ckp dia x marah anak2 dia sbb dia xnk tinggal kesan terguris dihati anak2. Ibaratnya, mcm paku didinding kalau dicabut, lubangnya akan kekal didinding tersebut. Dgn staff pn mcm tu..
Mmg susah la nk sampai tahap sabar begitu.. Tapi yg penting, kita ada usaha ke arah itu kan..
Saya pernah merasa dengan anak sulung juga sebab memang dia yang selalu kena marah dan banyak kali juga naik tangan dulu-dulu bila hilang sabar dengan sikapnya.
DeleteBetul tu, saya pun berpendapat begitu. Takut kesannya berpanjangan dalam hati. Apa pulak ingatan mesranya terhadap ibu sendirikan? Tapi itulah bila tengah marah, memang tak boleh nak kawal. Nasib baiklah sekarang ni dah kurang sikit. Untunglah Adik Cute sebab tak pernah Mommynya naik tangan!
Nani pun dulu dulu kan kalau ibu cakap, marah banyak banyak kali pun rileks je lagi. Hahah! Tapi bila abah je berbunyi fuh lain macam rasa dia tu. Berdesup terus pergi buat apa yang disuruh. Hahahahaha! Kecik kecik dulu takut dengan abah & ibu ni sebab garang ya rabbi. Ni dah besar boleh lah buat jadi kawan nak cerita macam macam. Hehee 😊
ReplyDeleteHah, kenapa tu Nani? Tak heran dah ek sebab ibu selalu aje marah sampaikan bila dia marah rasa macam tengah dengar carta lagu popular aje ek?
DeleteAnak-anak akak pun takut kalau Daddy mereka marah. Nasib baiklah Daddynya jarang marah. Akak yang selalu marah ni pulak, buang tenaga aje - takdanya mereka takut dah!
mcm sama aje kita?
ReplyDeletehi hi hi but now, aida kena kurangkan kesingaan aida la, MD.
sebab sakit kepala kerap menyerang skang.
stress keje lagi hu hu hu...
Mostly kot memang macam ni gayanya tak?
DeleteSaya pun dah banyak kurang sebenarnya. Dulu masa Bubbly Abang sebaya Adik Cute, memang teruklah kena marah, kena naik tangan lagi. Tak mengira bila dah marah. Bila kenang balik, banyak pulak penyesalannya. Itulah buat lagi tanpa berfikir panjang, kan dah menyesal!
Betul pengalaman dan usia mengajar kita menjadi seorang ibu yg lebuh penyabar..tp klu dah penat..stress kadang2 hilang sabar juga..tp cuba sedaya upaya tak naik tangan..sy rasanya lebih cool dan sabar dari en suami.huhu
ReplyDeleteBab memendam perasaan ni bubbly abang lagaknya saling tak tumpah Aiman. Dia memang sangat penyabar dan byk neralah dengan adik2. Oww tetiba touching klu cerita bab anak sulung ni kan.Sebab mereka selalu jadi tempat kita melepaskan amarah.huhu
Betul tu. Kalau dah penat sangat, memanglah naik angina juga. Hahaha!
DeleteSaya sekarang ni memang tak naik tangan lagi. Kalau terlepas pun boleh kira dengan sebelah jari. Masa muda (sikit dulu) memang boleh tahan juga. Asal Nampak muka anak yang kita marah, memang lagi nak marah. Yang malangnya, Bubbly Abanglah sebab dia anak sulung. Memang dialah yang selalu kena. Si Adik Cute kecil lagi sampai lah ni belum birat badan kena pukul. Nasib baiklah Mommynya dah resign main naik-naik tangan nih!
Betullah, PK. Kalau renung kembali, memang sesekali datang juga rasa menyesalnya. Kenapalah dia yang jadi punca marah. Kadang tu bukan salahnya pun, cuma kita aje yang stress sebab penat!