Jenahak, ikan merah, terubuk dan tilapia ~_^

Salam kawan-kawan!

Habislah! Habislah! MD dah buat hal! 

Maklumlah dah seminggu tak menulis, otak ni sejuk membeku penuh idea merapu tak lepas masuk blog tau. Makanya, marilah kita menaip manuskrip lagi dan lagi. Maklumlah hari ni macam free jerk. Sempat pulak tu baca mini siri cerita-cerita seram sambil gigil-gigil gelak ~_^

Well, tak payahlah nak buat terpinga-pinga dok tanya apakah makna tajuk di atas! Kalau takat mak-mak budak, bakal mak budak, anak dara, separuh dara (opocots!) mahupun bapak-bapak di luar sana, confirmlah faham apa ke bendanya I nak dok habaq. And please don't ask-ask motif entri kalau tak nak kena seligi dek adik si Manny Pacquiao ni, okey!

Itu adalah jenama nama-nama ikanlah of course....

Dan itu, ikan-ikan kegemaran I lah of course kecuali tilapia. I is tak mamam tilapia ^_^

Meh, I dah siap google gambar selfie masing-masing. Cuba kita lihat.... (Terima kasih pada penyumbang gambar yang I dapatkan dari pakcik google yerk *_*)

IKan Jenahak

Ikan Merah

Ikan Terubuk

Ikan Tilapia
Tapi honestly speaking, kalau suruh I teka nama ikan-ikan ni semua kecuali terubuk, memang I gagal penuh bergaya lagi sopan walaupun I separuh 'jiddan' suka makan ikan ni semua! Ikan merah dengan jenahak  tu I selalu je terkonpius mana satu walaupun orang dah kata ikan merah means merahlah ikannya! 

So, pada kawan-kawan yang nak jadi my best buddy (perasan ala-ala selebriti ler tu ~_^) terutama yang berada di Sabah mahupun Sarawak, sudilah kiranya menghantar ikan terubuk masin barang sekotak dua kat I di Semenanjung ni. Seminggu entri ucapan terima kasih khas I sediakan tau *_*

Tak nak?

Tak nak takpalah... nak buat macamana..... 
*sedihtahapnaksembunyibawahkakibossebabmalutakdarespon*

Okey, ini cerita lawaknya.... I tak tahulah lawak ke tidak bagi you all tapi bagi I ni memang tahap nak kena hemps je ala-ala sengalnya tau!

Suatu hari yang indah, I ajak Hubbydearie pergi ke Bangi sebab nak makan ikan bakar. Ni hasil 'hasutan' geng blogger jugalah yang kata sedap betul alahai ikan bakar kat Bangi ni. Apa ek nama  restoran? Lupa pulak dah.... (Masa pi pun gambar tak ambil sebab letih menahan peluh membasahi ketiak sebab orang ramai dan cuaca panas, main senggol-senggolan lagi!)

HD pun ikutlah kehendak hati isteri mithalinya yang mengada-ngada bangat ni. Masa tu I memang mengidam nak makan ikan terubuk bakar jer tau. I ni kalau mengidam memang kalah ibu-ibu mengandung. Kalau ibu mengandung mengidam setakat 9 bulan, kalau I ni mengidam mahu sepanjang tahun tau!

So sepanjang jalan ke restoran di Bangi tu, I memang dok ingat dalam kepala gambaran ikan terubuk ajelah! Sampai aje di restoran, orang punyalah crowded. I pun terus pergi kat ikan bakar. Tengok ikan-ikan yang baru dibakar, lagilah hangat hati terbakar tak sabar nak makan. I pun main tunjuk aje nak seekor ikan 'terubuk'. Terus suruh bungkus siap-siap.

Dalam pada si peniaga tu membungkus ikan bakar barulah I terperasan something. I pun tengok dan belek-belek ikan bakar yang ada di atas meja tu. 

Eh, eh...kenapa tak serupa ikan terubuk ni? 

Dok tenung lagi...

Sekali terdengar satu perempuan ni dok kata,

Bagi saya ikan tilapia ni satu!

Oh, sudah! Oh, sudah! 

Nangis tak berlagu ahkak, rasa macam nak lari keliling kebun bunga kat taman belakang rumah jer tau!

MD oh MD! Jauh beza ikan terubuk dengan ikan talapia, eh! Awat itu pun tak tahu?

Laaa... I dah beria-ia nak makan ikan terubuk bakarkan sampaikan ikan lain pun nampak macam terubuk.

Masuk je kereta, HD tanyalah dapat tak ikan bakar seperti dihajati. Tak berani I nak kata I salah beli ikan. Dahlah jauh perjalanan dari KL ke Bangi semata keranamu terubuk!

Sampai rumah ngadap je makanan, I pun slowly-slowly cuba telan ikan talapia bakar tu dengan penuh kepayahan. Dalam kepala dok kata jangan diingat-ingat nama ikan. Kalau dok sebut talapia, memang tak makanlah I jadinya...

Tetiba Hubbydearie mengada-ngada pulak cakap,

Ini ikan talapiakan...Macamana pulak you makan? Bukan ke tadi you kata nak beli terubuk?

Aduh..... serta-merta I berhenti makan! Serta-merta rasa loya tekak makan ikan talapia bakar! I kan kalau depan suami memang ngengada jerk minta nak kena hemps dengan kerusi meja *_*

Begitulah kisah sedih bila MD kempunan nak makan ikan tembakul terubuk bakar. Kalau nak lari pergi Batu Belah Batu Bertangkup, my beloved suami dan anak-anak bujang kata,

GO AHEAD! WHO CARES!

Lagi nanti berjujuran air mata berguguran tau ~_^

P.S. Erkkss.... tilapia ke talapia ek? Malas nak minta tolong Abang Google Vavavoom Kebaboom ~_^



 


Comments

  1. Erkkkk. Sudahnyaaa habis ke tidak makan ikan yang tersalah tu. Hiksss. Lain kali akak sebut lah nama ikan kak baru tak salah. Nani pun kadang kadang terkeliru jugak dengan ikan ikan ni. Nampak sama tapi namanya berbeza rupanyaa. Hikssss. Lepas ni pegi repeat lagi makan dekat situ kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.... jatuhlah maruah akak ni nanti Nani kalau tersalah sebut nama ikan. Lainlah kalau suruh Bubbly Abang pi beli. Silap ikan pun comel jerk orang nampak. Kalau akak yang anak dua ni silap tunjuk talapia jadi terubuk, memang semua yang ada di sekeliling dok pandang dengan penuh kecaman tau *_*

      Akak punya laju sampai kat meja terus order minta bungkus satu....RM45 terbang melayang. HD yang habiskan. Akak tak boleh nak buka mulut makan lagi bila HD sebut 'ta-la-pia'!

      Delete
  2. Nape tak makan situ? Penuh ek? Kita pun pernah teringin nak makan kat situ Kak Ton, Limau Nipiskan nama dia. Ni semua gara gara AN le....katanya sedap. Jenuh pergi tengahari tengahari tp punyalah ramai org akhirnya makan kat Asam Pedas. Kena marah satu hal hihi....

    Dah cuba makan ikan bakar kat Jalan Bellami tak? Belakang istana lama? Kat situ pun femes tau. Cubalah....

    Apalah kak Ton ni, beli ikan tiap tiap minggu bukan main lagi, sampai penuhlah fridge tu tp ikan tak kenal haha.....

    Ikan Talapia sedap jugak apa....tak delah berbau, apa yg kak Ton tak suka ek?


    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan Bellaimi tu sedap...takdelah ramai sangat orang.

      ala kak Ton bakar sendiri jelah pas ni..nak buat ikan bilis pun boleh..hihihi

      Delete
    2. Ahah... pandai Mak! Betullah namanya Limau Nipis. Mula baca kat blog AN lepas tu ada dua, tiga kali baca lagi kat blog sapa lupa pulak! Memang crowded bangat Mak, tak suka betul nak senggol-senggolan punggung dan dada nih tau *_*

      Bellamy tu port saya sejak kerja kat BMW berbelas tahun sudah, Mak... Mestilah saya tahu. Sebab tersilap pilih ikan, kita ajak pulak HD ke Bellamy sehari selepas tu. Barulah dapat terubuk bakar. Marbeles gila main cicah-cicah dengan kuah kicap berlada. Woi, terliur balik dah ni!

      Kak Ton beli ikan tiga yang di atas selalunya itupun dah kena potong. Maklumlah Kak Ton tak mampu nak beli 4,5 ekor ikan-ikan di atas tu buat stok. So kalau tunjuk sekor-sekor, haruslah Kak Ton tetiba je jadi bebal, Mak!

      Entahlah kenapa ek tak boleh makan ikan talapia. Rupa bentuk ikannya kot....lain macamlah!

      Delete
    3. Sal, you tell me... yang kedai mana akak tak sampai lagi kat Bellamy tu? Port akak tu. Sebab tak dapat ikan terubuk bakar kat Bangi, akak pujuk HD pi cari terubuk bakar kat Bellamy pulak lepas tu. Oh, nikmatnya Sal dapat terubuk bakar makan dengan nasi putih panas-panas....

      Jap, jap, jap...Ni saja-saja nak menjatuhkan maruah selebriti Kak Ton tau. Nak suruh Kak Ton buat ikan bilis bakar ke apa nih? Ni yang Kak Ton tetiba nak lari balik masuk Bt Caves nih!

      Delete
  3. dok fikir ingat typo tapi sepanjang entri eja tilipia.. rasanya talapia kot hahaha ke kita yang salah. Batu belah batu bertangkup abis dah kena rata.. tak dapek dia nak menangkup dah.. lari main batu seremban jer buat2 lupa episod sedih tersalah pilih ikan katanya... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya yang betul talapia lah kot! Tapi takpa, asal maksudnya tu sampai kepada pembaca. Hahaha!

      Alahai, kalau akak lari main batu seremban tetiba anak-anak tanya, ni apa bendanya Mommy? Macam mainan alien! Aduh, tak jadilah nak bersedih-sedih pulak!

      Delete
  4. HD pun kenal ikan talapia tu..macamana la MD tak kenal he he..sian nya..sabo je la..acik kurang suka ikan terubuk sebab tak sanggup nak berperang dengan tulang.kalau ikan parang tak pe.sebab tulang dia besar2 senang buang.
    Suami acik pun suka ikan terubuk..bakar ke masak asam pedas ke.tapi bila setiap.kali makan acik tersekat tulang..tak.mau dah dia beli..kalau mknnkat kedai je dia makan ikan terubuk lep

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan terubok memang sedap buat asam pedas..

      Delete
    2. Janganlah diingat-ingatkan, Acik. Jatuh maruah perempuan Melayu terakhir. Suami Uzbek pun kenal ikan talapia. Yalah, HD tu semua pun boleh sumbat telan masuk mulut. Kecuali Jaws!

      Saya expert makan terubuk ni. Alhamdulillah belum pernah tercekik tulang ikan terubuk. Ikan lain adalah juga pernah kena. Nak makan ikan terubuk kena kaut sehala aje ikut tulangnya. Barulah tulang tak bersepah-sepah. Tapi HD pun tak pandai. Kalau makan habis dikautnya dari seluruh arah. Saya kalau nak makan terubuk memang tak mahu share dengan HD!

      Delete
    3. Terubuk bakar ke, terubuk masin ke lagi sedap Dik Sal....

      Delete
  5. La..sory MD..belum.sempat cek betul salah ayat2 komen..dah terpublish pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, Acik. Kalau nak komen berpuluh kali pun takpa. Asal bukan komen yang sama dipublish 18kali. Hahaha!

      Delete
  6. Makchaq pun x berapa suka ikan talapia yg kat kedai.... macam ada rasa pasir (tapi jangan MD ingat makchaq pernah makan pasir dah la..)

    Kedai limau nipis tu memang ramai sangat orang...malas nak pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu kenapa saya tak suka ikan talapia sebenarnya. Maybelah ada sekali saya pi JJ tetiba dalam akuarium tu nampak ikan warna putih macam albino lepas tu pi letak tag - Talapia! Teruslah saya tak leh nak telan si ikan talapia ni. Tapi makchaq, ini bukan kali pertama saya termakan talapia kerana tersilap ikan!

      Delete
  7. Kak Ton pergi tu Ana Ikan Bakar Petai kot... ye tak namanya gitu? Alahai.. tumpang sedih weh..sebab apa, saya pun faham perasaan kempunan nak merasa makanan yang dihajati tu. Selagi tak dapat, alahai serba tak kena rasanya.. sian la pergi jauh2 dapat ikan yanb salah pulak..salah sendiri pulak tu, kalau suami yang salah pasti boleh guna alasan tu utk salahkan orang lain atas rasa kempunan tu kan?

    Haha.. tapi tak tahan nak gelak juga ni.. sebab saya ni kenal lagi kalau setakat talapia tu.. jadi kalau salah pilih, pasti saya salah yang nama ikan lain.. haha.. ada hikmah kot salah dapat ikan aritu, haha.. alasan nak sedapkan hati ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, AN. Memang betullah Limau Nipis. Crowded sungguh. Dahlah hari panas membahang masa tu. Bila tengok ramai, terus HD suruh tapau. Nasib baik juga. Kalau tidak mahu tension dok makan dalam panas dan penuh manusia nih!

      Kalau HD yang salah order, haruslah merajuk tahap minta kena lemps, AN. Ungkit-ungkit setiap kali gaduh. Hahaha....

      Hikmatnya lepas tersalah beli ikan, esoknya kita pi Jalan Bellamy cari the real ikan terubuk bakar *_* Tak nak cakap lebih-lebih takut meleleh lagi air liur mengidam nak terubuk *_*

      Delete
  8. Eh.. sekali dua entry..ni esok pasti 3 sekali up entry ni kan? Yop kejar yop..kata nak 30 kan..lagi 28

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak buat 3 entri semalam tapi tak dan nak menulis. Tengah khusyuk menulis bos panggil. Kena berhenti. Lepas berhenti terus idea dah jadi lain dalam kepala *_*

      Delete
  9. Hehe org kita sebut talapia tp sbnrnya tilapia kan? Bahasa bukunya..

    Aduh MD awat x mkn talapia? Krn hanyirnya atau kerana dot dot dot.? LM mkn je talapia tp yg merah la. hitam x mkn atas sbb tertentu walau pun dia tu suci halal lagi bersih.

    Al kisah.. Dulu bertahun LM x sentuh talapia tau sbb satu kes. MD tau tak.. Dulu ada sorang mamat jaga ni dia jual ikan talapia ni murah2 la kononnya rm3.50
    Sekilo. Kami ni ramai gak la yg beli sbb dkt je ngan umah mak. Masa tu zaman LM sek lg. dia jual dpn kilang yg dia kerja. Jual talapia itam. Bila beli sekali tu mmg pelik.. Paya mana dtgnya ikan ni kotor ya amat? Pastu xde la beli lagi. Bila dh lama dia kual situ smgu dua kot..( bkn hari2 dia jual). Ada org kata dia ambik ikan kat kolam indah water blakang kilang yg dia kerja tu. what??? Indah water? Kolam taik??

    Muntah hijau la pastu. Ikan dah jadik najis wehhh nk jolok tekak dh x blh. Tobat x mkn dah talapia. Bertahun2 x mkn. Skrg ni nk
    Beli pun yg merah.. Ye tau.. Yg hitam
    Tu bkn dr kolam taik tapi geli ooo geli. Tobat!

    Penipu betul mamat tu. tua dah.. Haisyhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Ingatkan bahasa bakunya talapia, bahasa rojaknya tilapia. Tetiba lepas siap entri jadi konpius. Nak betulkan malas :)

      Eh, ada dua jenis talapia yerk? Saya baru tau. Ish, kalau saya pun memang seumur hidup tak sentuh ikan talapia ni lagi. Tak sanggup. Setiap kali makan, setiap kali itulah teringat nanti!

      Kenyanglah LM makan ikan dari kolan Indah Water tu yerk. Hahaha!

      Delete
  10. ikan bakar sedapnya..tilapia pon okey jer..tapi kesian la kalo tak boleh makan nak cuba makan..nape tak mintak tukar masa kat kedai tu? hadoiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah siap berbungkus. Segan pulak nak pulang balik. Orang pun ramai beratur. Masa tu memang takda terubuk pun. Kalau ada mungkin jugalah minta tukar.

      Delete
  11. kak ton, talapia ker, tilapia ker, halal jelah sebut mana2 pun, janji pahammm haha
    kalo selera sy,ikan merah kalo masak sup, fuhh terangkat..ikan terubok bako pun sodapp, kalo cicah air asam mmg hilang ingatan jap hehe (tapi time makan,i malas nak asingkan tulangnya yg berjuta tuuu huhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji sampai maksudd kepada para pembaca yang budiman lagi arif lagi sopankan, kan, kan... hahaha!

      Ikan merah saya suka masak gulai asam pedas. Jenahak pun sama. Tapi anak-anak dan suami suka goreng aje. Terubuk tu kalau ikan masin, saya sorang jerk bedal. Percayalah. Memang tak bagi share dengan sesiapa pun. Nasib baiklah seisi rumah tak makan sebab banyak sangat tulang.

      I expert okey makan ikan terubuk ~_^

      Delete
  12. I olls pun kurang sikit bab-bab mengenal ikan. tau ikan bawal, ikan kembung, ikan sardin (bukan yang dalam tin ye), sembilang, keli dan ikan kerisi je.

    nape x makan talapia (tak taulah cmane ejaan yang betul)? sian nya cite ni..huhu.kalau saya dah cover dah cakap ngan HD budak kedai yang salah bagi.takdelah kena bebel..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ikan sembilang pun pernah termakan sebab tak kenal! Bab-bab ikan ni akak memang gagal. Kalau hujung minggu pun beli yang potong-potong aje. Kalau tunjuk ikan merah seekor depan mata pun mungkin tak kenal ingatkan ikan alien ke, ikan predator ke....

      Entahlah tak tahu mengapa tak makan talapia ni. Tapi masa termakan tu memang tak sukalah dengan rasa isinya. Rasa meloyakan tekak jer, tak tahu kenapa!

      Delete
  13. hahaha memang lawak..Kesian org tu kempunan nak makan terubuk..dah tau talapia makan jugak ni mesti kes takut kena bahan dengan HD.muahahaha sambung gelak lagi.

    saya makan semuanya Jenis ikan...so takde masalah pun klu tak kenal jenis2 ikan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah kempunan mana pun, PK. Lepas tu the next day kot dah dapat ikan terubuk bakar kat Jln Bellamy. Bantai sorang-sorang. Tak habis makan, siap tapau bawa balik. Lepas tu dok mengerjakan ikan je cicah kuah kicap lada sambil asingkan tulang sopan-sopan. Oh, nikmatnya....

      Spesies makan ikan semua okeylah. Silap ikan pun takpa. Saya memang tak boleh sebab saya ni spesies separa pupus, kalau salah makan ikan terus pupus. Hahaha!

      Delete
  14. Hahaha... kelakarlahu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiankan I... ikan terubuk dengan talapia pun boleh silap. Nampak benarlah memang jarang siang ikan. Eh, tak pernah siang ikan pun. Hahaha!

      Delete
  15. hahaha..klu atie memang failed juga bab2 kenal ikan ni.sebab en suami yg selalu pegi pasar ikan & siang siap2... sy tinggal masak & makan... kihkih..
    sy bedal je semua ikan..(tapi ikan pari sy tak makan) haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan suka tapi suruh tunjuk dan namakan ikan dengan betul, memang gagal penuh gaya diva gitu ~_^

      Saya kalau ikan yang biasa makan selalunya taulah tapi biasalah bab jenahak ke, ikan merah ke, semua jenis dah siap potong. Kalau nampak seekor-seekor live gitu, memang garu kepala jugak!

      Delete
  16. Perghhhh sedapnya terubuk bakar..
    Memang menjejes air liur akak ni MD..
    Kalau dah dibakar tu memang tak boleh cam mana satu terubuk dgn talapia..
    Meh akak kasi petua..
    Mula-mula Cakap pada adik tukang bakar tu ..
    Adik akak nak terubok bakar satu..
    Pastu mesti adik tu sua-sua kan penyepit tu pada ikan tu..
    Pada masa tu kita pun dah tahu itu ikan terubuk..
    Pastu kita pun tunjuk2 yg bhgn mana kita nak tu..
    Hahahha akak buat camtu lah bila beli ikan bakar ni MD
    InshaAllah tak ada lah silap beli..
    Mujurlah HD tu makan ikan talapia tu ye..
    Kalau terkena kat akak..
    Dua tak makan..
    Jawapannya utk kucing musafir diluar tulah yg makan heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH.... memang kat situ hari itu takda ikan terubuk pun! Ish, terjatuh air muka perempuan Melayu terakhir kalau tetiba minta terubuk padahal ekor terubuk pun takda dibakar hari tu! Hahaha.... Kalau banyak pilihan tentulah saya buat juga kekdah gitu ~_^

      Saya memang tak boleh nak telan ikan talapia tu maybe sebab masa lalu-lalang kat JJ nampak ikan tilapia dalam akuarium lain macam jerk bentuknya :)

      Delete
  17. alahaiii siannya akak.. lain kali tanya dulu lah. Lyn pun tak kenal sgt ikan2 besar gitu.. setakat ikan merah kembung gelama terubuk tu tau lah. tapi talapia mmg tak pernah makan. kembang tekok den ni ha...
    kami dah lama tak mkn ikan terubuk sesekali jer.. Arwah abah suka sgt. Skrg ni klu dgr je ikan terubuk sure ingat dia. sbb pernah kitorang makan, my mum duk meleleh air mata. terus anak2 xmau makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nampak semua ikan yang sama atas meja tu. Cuma adalah juga pari. Dalam kepala dok ingat terubuk, sampai-sampai jerk tengok orang ramai, dan-dan main tunjuk nak satu. Yalah takut habis nanti kempunankan. Betul-betul kempunan bila salah pilih ikan!

      Oh, ya ke arwah abah Lyn suka ikan terubuk? Kalau dah gitu, memanglah sedihkan bila setiap kali makan teringat akan dirinya....

      Delete
  18. klu MD sebut ikan terubuk , insha Allah org tu tak salah ambil . hehehee ... ikan talapia ni hanyir sikit . maklumlah ikan darat ... expert lak HD bab ikan tu ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. Memang takda pun ikan terubuk hari tu. Kalau saya sebut, memang semua mata menjeling. Apasal perempuan 'vogue' sorang ni blur? Hahaha....

      Delete
  19. Assalam sis,
    iols sebut talapia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Rasanya memang talapialah kot tapi entah kenapa macam lagi best bunyi tilapia pulak!

      Delete

Post a Comment