Apa khabar semua?

Salam kawan-kawan semua!

Apa khabar ya masing-masing? Rindu kat semua kawan-kawan yang rajin meninggalkan komen di sini dan kalaulah I ni ada silent readers, rindu juga kat you all semua!

Lama dah tak muncul di blog ni dan tetiba sahaja teringat nak tengok keadaan blog yang terbengkalai ni macamanalah rupanya...

Sebenarnya I ada sahaja di luar ini. Sihat walafiat macam biasa. Alhamdulillah! Life pun as usual. Banyak perkara yang berlaku tetapi takdalah awesome mana pun!

Lama jugalah I 'mendiamkan diri'. Like 6,7 months kan? Banyak cerita yang boleh dikongsi bersama tetapi simpan ajelah semua bebelan. Tak macam dulu-dulu, perkara kecil pun nak dikongsi bersama rakan-rakan alam maya!

Tahu ajelah bila dah dilanda kemalasan, satu benda pun tak menjadi...

By the way, Adik Cute dah selamat melalui bulan-bulan pertama sebagai murid Tahun 1. Kasihan dia, takda pun kisahnya diabadikan di sini. Nantilah  tunggu masa bila rajin nak buat throwback, tak pun tunggu sampai awal tahun depan bila Adik Cute menjejakkan kaki masuk Tahun 2 ~_^

Bubbly Abang pula dah nak menghampiri penghujung sekolah rendahnya. InshaAllah, bulan September nanti dia akan menduduki UPSR. Mummy tak suruh dapatkan straight As, so hopefully takdalah terbeban nak menduduki peperiksaan 'besar' yang pertama ni. Apa-apa pun keputusan, tetap juga kena meneruskan pengajian di sekolah menengahkan; bukan kena suruh cari duit kerja kat IKEA pun! So, takda masalah rasanya for him sampai nak tertekan-tekan jiwa raga! Alah... UPSR Tahun 6 je pun!

Dan perkara paling mendugakan tahun ini, of courselah berkaitan dengan HD. Buat masa ini, HD tak tahulah tengah buat apa di kampung halamannya. Dah dekat sebulan HD balik ke Tashkent. Yes, tujuan utama sudah tentulah sebab nak memperbaharui passport antarabangsanya. Lagipun dah sedekad HD tak balik ke home country kesayangannya, Uzbekistan. Jadi, I have to let go....

Oh, meraung jugalah minggu pertama! Jangan ditanya langsung, cengeng aje jadinya. Kalau boleh nak duduk kat rumah aje melalak. Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Masa menghantarnya pulang di KLIA tu pun, tiga beranak melekap berpelukan kesedihan. Tak tahu berapa liter airmata yang tertumpah. Kalau sempat ditakung airmata tu, mahu banjirlah sebahagian Kuala Lumpur ni....

La ni takdalah macam tu. Walaupun masih kesedihan kena tinggal sendirian dengan anak-anak di bumi Malaysia ni, bolehlah kawal emosi tu jangan sampai keterlaluan. Tapi ada masa-masanya, memang rindu berkepul-kepul dengan bapaknya oi! Faham-faham ajelah, selama ni sentiasa serumah tetiba aje kena tinggal!

Trauma ditinggalkan sedekad lalu pun tak habis lagi kalau diingat-ingatkan, tetiba pula kena tinggal sekali lagi... Nasib baiklah ada anak-anak menghiburkan hati! Anak-anak menangis teringatkan Daddy, Mummy pun turut serta. Mummy menangis teringat Daddy, anak-anak pun turut serta. Tak berkesudahanlah selalunya... 

Dramatik sungguh!

So, setakat ini dahululah ya intro kembalinya MD ke bumi alam maya.

Lain kali kita berborak lagi tapi, tak janjilah bila boleh muncul semula ^_^








Comments

  1. me too...
    still alive..
    blog je sepi...hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, hello, hello!

      Ada lagi rupanya PB ya. Biasalah kita pun sama. Masih ada ni hah cumanya malas nak menghadap blog. Masa pun tak tahulah kenapa terlalu mencemburui kita sekarang ni. Keh3x.

      Delete
  2. apa khabar MD? Ya Allah, kebetulan sangat, linda pun dah berbulan tak jenguk blog...hari ni tergerak hati nak bersihkan sawang-sawang. Semoga MD dan keluarga tabah dan dipermudahkan segala urusan kerana berjauhan dengan HD. Linda doakan akan cepat bersama kembali...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik-baik sahaja, Linda. Terima kasih masih sudi singgah lagi.

      Yalah, betul tu. Kebetulan pula kitakan tak semena-mena nak buka blog hari ni. Lama benar tak ambil kisah tentang blog. Banyak sangat perkara lain yang lebih 'mendahului' dan patut didahulukan di alam nyata ni, Linda.

      Terima kasih kerana mendoakan. Harapnya cepatlah selesai urusan HD di sana dan kembali secepat mungkin pada kami ~_^

      Aamin! Aamin! Aamin!

      Delete
  3. Welcome back MD..
    ai pun masih orang yang sama.. yang berubah body ai je dah besau.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aiza.

      Actually semuanya sama aje di alam nyata ni. Niat berdiet dah beribu kali tapi masih tak terlaksana. Hahaha...

      Nantilah bila free I skodeng 'body' you kat blog sana ya. Kadang-kadang awak ni tak boleh caya, mengembang baru 0.01mm dah kata gemuk tau. I is tak tahan jealous ^_^

      Delete
  4. Selamat berkarya kembali MD.

    Aduhai berpisah sehari dua pun boleh merindu, inikan pula berminggu-minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakcik!

      Rindu nak membaca kisah kawan-kawan tapi macam kebetulan pulak tahu hampir semua pun kena 'penyakit' yang sama. Jadinya, bila saya nak blogwalking nanti, takdalah pitam dok membaca kisah tak habis-habis ^_^

      Betul tu, Kakcik. Jumpa hari-hari nak ajak gaduh aje waima perkara kecil tapi kalau sehari tak jumpa, alahai resahnya hati! Apalagi kalau dah masuk berminggu-minggu tak jumpa ni...

      Delete
  5. Akhirnyaaaa... MD kembali. Jangan lah rehat lama sangat. I is rindu dengan celoteh U yang panjang-panjang ni. Macma tak percaya. Abang dan darjah 6 * Adik dah darjah 1. How time flies. Bertabahlah bila berjauhan dengan en. suami. Nanti balik lah tu ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak rehat sangat pun, Fiza tapi kalau dah malas tu, eh malaslah! Malas nak bagi alasan berkoyan-koyan tau kenapa lama tak update blog. Hahaha!

      Nasib baiklah Fiza pandai ambil hati tau kata rindu nak baca celoteh panjang kita. Adalah semangat nak berceloteh semula ~_^ Kalau tidak, memang jawabnya memalaskan diri semulalah!

      Ya, sekejapan aje masa berlalu. Saya dah takda anak kecil nak 'dilambung-lambung' manja lagi. Dua-dua dah besar. Huhuhu...

      Delete
  6. Memandangkan MD dalam kesedihan, tiada lagi gurau senda dari saya, sekian.. 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, saya okay aje! Dalam kesedihan pun boleh buat kelakar. Dah namanya suka membawang... Oppsss!

      Lama tak bergurau kasarkan, UA. Rindu pulak nak membahan aje kerjanya ^_^

      Delete
  7. Salam MD..
    Semoga MD dan anak2 sihat2 aje ye.
    Sedihnya..Sebulan xjmpa..
    Semoga dipermudahkan urusan MD sekeluarga dan smga HD cepat2 balik Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa' alaikumsalam, Ira!

      Alhamdulillah, sihat walafiat aje kami tiga beranak di sini. Bapaknya aje yang dah turun berat 6kg. Rindu kat kamilah tu ~_^

      Terima kasih atas doanya ya, Ira.

      Delete
  8. Akhirnyaa, entry pertama untuk tahun ni ye kak. Heheh. Masih sihat jugak ni macam biasa, cuma update blog tu ada lah time rajin & malas dia. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Nani. Dah setengah tahun baru nampak entri pertama tau. Nampak sangat kemalasan yang menimpa tu bagaimana beratnya akak hadapi. Hahaha!

      Betullah, memang kalau tak sungguh-sungguh rasa malasnya nak update blog. Buka pun tak ingat. Nasib baiklah ingat lagi kata kunci blog ^_^

      Delete
  9. Diam tak diam dah sebulan HD di Usbek ye MD..
    Sepurnama lagi balik lah HD tu😆😉

    Jangan ditangisi sangat..
    Nanti jadi Kassim Selamat 😎

    CH pun sama MD..
    Kejap ada kejap tak ada..
    Macam biskut jugak blog tu 😆😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh! Janganlah sepurnama lagi kena tunggu! Letih menanggung rindu tau, CH!

      Dah, dah! Takdalah nak menangisi bagai apa sekarang ni. Dah boleh kawal emosi. Tapi sesekali tu memanglah rindu. Tak boleh nak dinafikan juga.

      Harapnya kali ni berkekalanlah update blog. Blogwalking belum start lagi CH. Masih lagi slow motion nih nak blogwalking ^_^

      Delete
  10. Alhamdulillah..muncul juga MD. Diharapkan semuanya baik2 sahaja ye. lama sangat menghilang tu, nanti jangan la hilang lama2 muncullah sekali sekala ye MD, rindu celoteh MD yang panjang berjela itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Masih lagi sayang pada blog. Ingat nak terus melupai, tetapi tak sampai hati pulak. Banyak kenangan tercoret di dalam ni.

      Delete
  11. boleh paham perasaan tu. kena tinggal suami balik loqstaq kita kat ipoh pun dah sedih macam apa lagi. anak2 pun bila video call masing2 nak meraung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sanggup rasanya kan. Tapi apakan daya kalau tak mampu nak dielakkan. Kalau boleh, memanglah tak mahu tinggal berasingan jauh macam ni.

      Delete
  12. Hihi.... baru sempat datang sini.
    Hampir setahun jugak rupanya Kak ton menghilang ye...Kalau mengandung dah buat lenggang perut tu hihi....

    Oklah nampaknya adik cute tu ....dah dapat menyerasikan diri dengan suasana sekolah yelah.... dalam pada tak pi tadika tu hihi....

    Sabolah ye Kak Ton . Patutnya sebelum pergi hari tu suh HD buat replika diri sendiri dulu.... Senang sikit anak bini nak peluk hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan tak perlu dah nak tinggal berjauhan lagi sejak 2007 dulu. Rupa-rupanya sekali lagi terpaksa. Tapi alhamdulillah, janji masalah selesai.

      Yalah Mak tu kalau bagi idea. Cuba kalau dia yang kena dok berjauhan dengan paknya, mau hari-hari meraung masa vid call.

      Delete

Post a Comment