Scrabble & Scammer

Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua hari ni ya?

Aduhai, susah juga tau nak mengekalkan momentum untuk tegar mengemaskini blog!

Ingatkan bolehlah sehari satu entri macam dulu-dulu tapi satu minggu satu entri pun susah weyh!

Hari ni kita bercerita yang ringkas-ringkas ajelah ya. Tak payah bersusah-payah disulami dengan mukadimah corner baring macam selalu sebabnya I nak cepat-cepat update hari ni 😊

Scrabble



Kepada yang biasa mengikuti kisah my anak-anak bujang, memang sedia maklumlah yang si Bubbly Abang ni menjadi ahli kelab ni sejak tahun lepas lagi. Bukan dia yang mahu tetapi cikgu Bahasa Inggeris yang 'menariknya' keluar dari segala aktiviti ko-kurikulum hari Rabu untuk turut serta dalam kelab ni. Ahli pun bukan ramai' 4,5 orang je 😊

Tahun ni kelab tak aktif sebab ada UPSR di penghujung tahun nanti tapi Bubbly Abang 'diangkat' pulak jadi president  untuk Storytelling. Aduh, mengeluh my anak bila beritahu hal ni tau! Bukannya dia happy sakan melenjan dapat jadi president!

So, hari Isnin yang lepas tetiba dapat panggilan dari Bubbly Abang. Waktu tu waktu sekolah. I dah cuak. Manalah tahu dia call dari pejabat sekolah or handphone pak guard nak beritahu yang dia nak balik sakit perut! Itu tradisi zaman berzaman sejak Tahun 1 lagi tu...

He called me nak beritahu hari Isnin tu tak jadi balik pukul 1.30 petang. Sepatutnya minggu ni   Bubbly Abang balik awal sebab ada sesi peperiksaan untuk murid Tahun 1 hingga 5 termasuklah anak bujang I yang satu lagi tu - Adik Cute a.k.a. Pakcik Bawang dah sekarang titlenya!

Cikgu BI nya suruh praktis main Scrabble sampai pukul 5 petang! Aduh...kesian tahu my anak! Sebabnya, pagi tu dia dah berulang kali beritahu bawa bekal sikit je sebab balik cepat sekali dengan adiknya. Dan, dia tak nak bawa duit pun sebab balik cepat! Tahu-tahu hari tu kena stayback sampai 5 petang. Bekal pulak cuma ada nugget 8 ketul! (By the way, nugget tu 8 ketul sebab nanti waktu rehat mereka kenduri-kendara makan reramai pulak tu!)

So petang tu I ambillah di sekolah pukul 5 petang. I tanya makan apa waktu rehat pagi tadi? Jawabnya nugget 2 ketul je, Mommy. Bekal air pun pukul 2 petang dah habis....

So bertahanlah my anak bujang yang gebu itu sampai petang tak makan...

Bila nampak kereta cikgu keluar dari perkarangan sekolah, I pun informedlah kemusykilan di hati.

He told me this morning that he will finish school at 1.30 pm. So I didn't pack extra food for him and he didn't bring money at all today...

Oh, sorry Mommy! 

Eh, takpa! Dah lepas.... tak payahlah sorry! Just at least kenalah beritahu awal sikitkan so takdalah my anak bujang susut seinci dalam beberapa jam tu sebab tak cukup makan😊

 I pun terus bawa anak berjimba di Burger King. Kasihan tau my anak dah kebulur dah tak makan setengah hari!

So, back to Scrabble ya! Pertandingan peringkat WP pada hari Rabu, semalam. Makanya dari pukul 7.15 pagi sehinggalah 5.30 petang Bubbly Abang kena bermain dengan teamnya di SMK Orkid Desa. 

Kali ni I bekalkan makanan secukupnya, air dua botol and duit RM20. Tak mahulah my anak susut suku inci lagi kali ni. Belajar dari pengalaman katanya...

Jadinya semalam, balik aje kerja teruslah menunggu di sekolah. Sampai sekolah around pukul 5 petang. Of course buanglah masa main handphone -buka FB, tengok instastory orang and blahblahblah. Masa itu emas tapi buang masa itu laksana berlian tau! 

Bubbly Abang sampai sekolah dalam pukul 6 petang. Masuk aje dalam kereta, I pun tanyalah tak sabar-sabar ni nak tahu menang ke kalahkan.

Selamba aje dia jawab,

Mommy nak dengar story ke?

Eh, of courselahkan! Apalah Bubbly Abang ni...

Dapat no. 3, Mommy! Kalah dengan sekolah TTDI je. Kita beat sekolah Convent, La Salle, Cochrane and lain-lain tu tak familiarlah nama sekolah! Yang dapat no. 2 tu SJKC Chong Hwa tapi kita tak lawan dia orang! Cikgu happy gila!

You rasa I buat apa lepas tu?

Of courselah ucap tahniah, usap rambut anak and hug him sebelum start enjin kereta and cari makan!

Hari ini again kena pergi sekolah tu semula untuk upacara penyampaian piala dan sijil. Tak tahulah pukul berapa pulak hari ni balik. Kalau lewat, kena tunggu Mommy ambillah. Kalau cepat, cikgu kena hantar balik rumahlah 😊

Scammer

Kisah kedua pulak berlaku semalam juga ya.

Lebih kurang selepas Maghrib, I  terima satu panggilan dari nombor ini 03-2712 5600.

Knowing me, I memang tak akan jawab nombor panggilan yang I tak kenal. Kalau banyak kali call, I akan call balik guna nombor lain or check dulu online nombor mana ni. 

This nombor dah called me dekat 3,4 kali sebelum ni. So masa kali pertama I dapat panggilan, I pun traced that number. Denganlah machine dok sebut 'RHB Bank'. So I pun terus simpan nombor ni sebagai 'RHB Bank'. 

Lepas tu dapat call lagi tapi waktu tak sesuai so memang tak berangkatlah. Kebetulan pula semalam tu I tengah free, so I pun angkat. Pelik juga kenapa RHB keeps calling me. Online kata RHB debt collector tapi I takda hutang dengan RHB pun...

Angkat-angkat aje perempuan India ni terus sebut my nama penuh. I pun iakan ajelah. Lepas tu dia terus kata dia call berkaitan info my akaun and terus minta last 4 digits of my ID.

I pun jawablah, 

You adakan my ID number in your system! Akaun I kenapa pulak?

Oh, ada kaitan dengan akaun puan tapi puan kena bagi IC number dulu!

Why you need my ID?

Kalau puan tak percaya boleh call nombor ni waktu pejabat esok!

I pun okaykan ajelah. Dia pun letak telefon...

Kebetulan I ada satu nombor handphone staff RHB ni  yang I ambil masa gatal-gatal RHB buat promosi loan apatah! I pun mencuba nasib call lah this number. Nasib baik berjawab. Baguslah staff macam ni. I like sesangat!

Katanya dah beberapa customer bank yang mengadu kena macam ni. RHB staff tak akan tanya soalan macam tu. Confirmedlah scammer katanya. Lain kali tak payah jawab lagi katanya. 

Dan yang paling best sekali, dia pi suruh I transferkan aje duit dalam akaun ke bank lain 😂

Bio bebenor budak nih....

So end of the story, I tak lah menjadi mangsa scam ni. Alhamdulillah. 

Banyak dah dengar cerita macam ni tapi bila terkena batang hidung sendiri, adakalanya kita pun boleh buat silap. Betul tak?

Okaylah, lain kali kita sambung kisah kerenah Adik Cute yang menjadi-jadi sekarang kebawangannya. Maklumlah dalam kelas tu dia seorang je kumbang 'Melayu' dikelilingi 7 bunga 'Melayu' tau....

Oh, by the way! I dah ada satu calon menantu untuk Adik Cute ni. Dia sendiri yang offer diri. Hahaha!

Comments

  1. Tahniah Abang...tak sia-sia berlapar seperuh hari...hehehe

    Scammer ni sentiasa ada kan? Tak jemu-jemu mereka buat 'kerja'... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni lagilah menjadi-jadi. Maklumlah dengan situasi yang sungguh mencabar kini, memang bermaharajalelalah mereka. Yang penting kena berhati-hati selalu.

      Delete
  2. Tahniah..

    Tengok le anak siapa jika bukan anak mummy.. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... bab macam ni Daddynya yang selalu ambil kredit. Mommy rileks je...

      Delete
  3. Alahai, patutnya cikgu inform lah awal sikit kan kalau nak buat latihan gitu. Tak sia sia lah berlatih sebab jadi top three. Tahniah bubbly abang & team. Kes scammer ni memang bersepah sepah sekarang. Hari tu jiran Nani kena sampai pergi keluar semua duit dalam bank. Rasanya yang tu macam siap kena pukau agaknya sebab dia sampai tak sedar dia transfer duit tu. Seram lah dengan orang zaman ni, macam macam taktik buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu kita pun terfikir apalah bodoh sangat sampai kena scam. Tapi kalau kena kat batang hidung sendiri, belum tentu terlepas. Betul tak? Akak pun pernah kena tapi akak gi hamun depa, terus tak jadi dia nak continue meng-scam. Hahaha!

      Delete
  4. Tahniah bubly abang .nak tau kisah adik cute yang dah sediakan mama calon menantu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute dah besar panjang sekarang ni, Acik. Tapi masih takda calon. Calon yang terdekat- handphone jerk ^_^

      Delete
  5. Sama situasi dengan anak ai kalau melibatkan aktiviti di sekolah. Seharian dia dekat sekolah.. eemm..

    Part scammer tu, tak pernah tak kena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. My anak ni bukan aktif sangat di sekolah. Kalau tak dipaksa, takdanya dia nak participate kecuali kalau dah takda cara nak meloloskan diri. Hahaha!

      Delete
  6. wahhh tahniah abang. aunty pun tumpang bangga kembang kuncup macam mommy abang tu hihihihi.

    alhamdulilah lah akak terpelihara dari scammer. senang2 je nak ambik duit orang kan, ingat kita ni dari pagi sampai petang cop duit je gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembang tak kuncup-kuncup ni ceritanya, Kira. Hahaha!

      Delete
  7. Tahniah bubbly abang..
    Berbaloi berlatih smpi tak cukup mkn tu 😆
    Elok juga beritahu cikgunya..
    Sekurang2nya inform awal..

    Ohhhh nanti daddy balik dah ada menantu dirumah tu 😂
    Jgn daddy yg bawa balik payung emas utk mummy sudah lah ye 😉

    Gurau aje MD😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beranilah nak bawa payung emas. Payung silver pun tak boleh. Hahaha!

      Delete
  8. Bubbly sbg mesti power vocab dia kan.... nak ckp menurun sapa lagi kalau bukan mommynya lah tu mcm mak tak tau 😬...

    Betullah Kak Ton... kadang kita pelik kan mcm manalah diaorg boleh terpedaya. Bila terkena batang hidung sendiri baru tau. Ada masa mmg blank je otak kita ... terus menurut apa yg diaorang suruh...nasib mak belum pernah kena!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah banyak kali kena, Mak. Eh, takdalah banyak mana, baru 3 kali. Hahaha!

      Delete
  9. good boy abg..

    bab scammer ni mmmg tau.makin menjadi jadi.
    sokmo pesan dgn mak ayah.huhu
    alkamlumlah org tua kn cpt gelabah bab gini
    apa pn smga kita sntiasa dilindungi Allah aamiin

    hye mommy, sihat..
    lama dok singgah sini
    jenguk geng bw hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang makinlah menjadi-jadi kerja mereka meng-scam orangkan. Kenalah berhati-hati selalu.

      Delete
  10. hi mummydearie lamanya tak menyinggah sini rindunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kita aktif dah lama tak dengar khabar berita awak, Lizz. Apalah khabarnya sekarang ya!

      Delete
  11. walaupun tetiba, tahniah buat Bubbly Abang..hehe..berbaloi buat latihan last minit..hehe
    Scammers skrg ni senang2 ja nak pow duit org. Suka hati depa je nak menipu!! geram betul.
    apapun kita kena hati2..mudah2an tak terjebak..
    (pekabar MD dan anak2?? )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabar baik. Terlalu baik sampai la ni baru teringat nak melawat blog sendiri. Terlanjur dah 'check in' ni apakata reply aje semua komen yang ada.

      Atie apa khabar? Sihat di sana bah?

      Delete
  12. ya Allah. kadang rasa ralat sangat. dah banyak kempen kesedaran kat dalam tv, kat fb pun ada jugak tapi tu la kan, menda nak jadi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu tak kena tak tahu. Bila terkena, barulah kita tersedar. Apa-apa pun kena berhati-hati selalu. Mereka ni makin lama makin bijak rupa-rupanya...

      Delete
  13. Tuan blog sendiri dah lama tak masuk blog ni, Diana. Tengoklah baru membersihkan sawang dan mengemas bagai hah!

    ReplyDelete

Post a Comment