Monday, October 7, 2013

Immigration and I and ....the sad story!


Pengalaman ini telah lama berlalu sebenarnya (years ago) tapi ingin ai kongsikan bersama di sini. Masa nak berkahwin dulu, ai kena mendapatkan kebenaran dari pihak imigresen kerana bakal suami bukan warganegara. Selain daripada nak dapatkan passport antarabangsa, ai memang tak pernah menjejakkan kaki  ke jabatan imigresen. Yalah, tak ada apa-apa urusan pun takkanlah nak buat lawatan rasmi pulak.

Kali pertama dengar prosedur, terasa pelik juga. Kenapa kena minta kebenaran dari pihak imigresen untuk berkahwin? Tak cukupkah kalau dapat izin daripada my mother dan my second brother as my wali saja? (My father passed away a long time ago) Kalau tak dapat kebenaran, ai tidak boleh buat permohonan untuk berkahwin pulak sebab itu salah satu surat yang diperlukan. Tak dapat pulak nanti nak bersanding dan berkompang bagai sebab takda kebenaran untuk bernikah, kan. So, ikutkan ajelah prosedurnya. I ada telefon pihak imigresen sebelum ke Putrajaya tapi jawapannya sangat simple,

 "Datang ajelah ..."

Pelik juga takda dokumen apa yang kena bawa tapi disebabkan pengalaman pertama (yalah kahwin pun sekali ajekan ...) kami berdua iyakan ajelah apa sahaja. Lagi satu, setelah bertahun-tahun berurusan dengan jabatan imigresen, satu kesimpulan yang ai dapat - kalau nak bertanya sesuatu atau nak minta pengesahan tentang sesuatu, mestilah cari sampai dapat officer in charge dan bahagian yang betul. Kalau tidak, memang menangis air mata darahlah nak menyiapkan segala urusan....

My boyfriend (masa itulah sekarang ni Hubbydearie) and I pun pergilah ke Putrajaya untuk mendapatkan surat kebenaran tersebut. Memang blank betul tak tahu mana nak tuju bila dah sampai dan berpusing-pusing jugalah mencari bahagian yang bertanggungjawab mengeluarkan surat tersebut. Yang ai tahu, cuma bahagian passport antarabangsa sahaja. Naiklah kami ke Bahagian Visa, penat pot pet kat kaunter nombor giliran, diberinya nombor. 

Menunggu bagai nak rak jugalah sebelum nombor dipanggil. Bila dipanggil ke kaunter, alahai rupa-rupanya bukan di situ seharusnya kami tuju. Kena turun ke Tingkat 2 kalau tak silap tapi tak ingatlah bahagian apa (it was years ago kan). 

Sampai-sampai rupanya tak boleh masuk kena ambil pas dari sekuriti di tingkat bawah. Turunlah ai ke bawah macam bodoh-bodoh alang gitu ambil pas. Ingatkan nak buat apalah pas tu rupa-rupanya untuk buka pintu.

Punyalah blur sampai kami duduk lama di luar kerana tak tahu macamana nak masuk. Rupanya swipe ajelah pas masuk yang diberikan oleh pihak sekuriti. Nasib baik masa tu ada seorang staff nak keluar, dialah yang beritahu kami kena swipe pas yang diberi untuk masuk. Blur betul ...

Saat kami masuk, bermulalah adegan-adegan yang tak diingini dalam hidup kami yang bakal berkahwin ketika itu. Ketika itu ada couple yang sedang menunggu giliran. Si wanitanya bertudung labuh dan si lelaki warga asing pulak berkopiah. Daripada paras rupa, lelaki tersebut kelihatan seperti berbangsa Arab. Sekejap-sekejap ai nampak wanita tersebut bertanya sesuatu pada staff imigresen dan lepas tu duduk sambil mencatit sesuatu atas sampul surat. Muka pun tak berapa nak senyum gayanya. Lama ai perhatikan sehinggalah mereka beredar.

Tetiba keluar seorang staff imigresen wanita sambil berkata,

"Alah, tak heran aku nak komplen, komplenlah! Dia tu yang gatal nak kawin bangsa asing apahal?"  

Staff tersebut lantas memeriksa kotak complaint yang tergantung di dinding dan memeriksa kalau-kalau ada complaint letter di dalamnya.

Terkejut ai mendengarnya. Apalah yang gatal sangat tentang seorang wanita yang bertudung labuh begitu? Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, bukannya kita sengaja gatal mengenyam dok mengendeng kat lelaki minta dipinang dan ajak kahwin. Bukan juga kita suka-suka buang masa datang ke situ nak menyusahkan mereka...

Tapi sebab takada kaitan dengan diri kami berdua, biarlah. Bila tiba giliran kami, memang langkah kiri juga. Dokumen yang diperlukan tiada jadi terpaksa datang semula. Masa telefon disuruhnya datang aje tapi bila dah sampai ada pula dokumen yang perlu dibawa bersama. Untuk mendapatkan dokumen tersebut, kami terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur untuk ke pejabat kedutaan. Dek kerana tak mahu membazir cuti, kami berdua cuba sedaya upaya untuk mendapatkan dokumen tersebut pada hari yang sama. Malang sekali lagi, dokumen yang diminta perlukan masa untuk diproses. Aduhai...

Bila siap dihantar, kami diminta tunggu panggilan untuk mengambil surat kebenaran tersebut. Tak ingat berapa lama tapi bila diberitahu surat dah boleh diambil pada tarikh yang diberikan, kami pun pergilah ke Putrajaya semula. 

Sampai di sana, baru sahaja nak melangkah masuk kami dihalang,

"Maaf ya... pegawai bertugas cuti hari ini. Boleh datang hari lain?"

Oh, tak naik lagi tocang ai masa tu tapi ai beritahulah pada si penghalang jalan yang kami telah dihubungi dan sudah memaklumkan kepada pegawai bertugas untuk datang hari itu. Takkanlah sebab dia bercuti, kami kena pulang dengan tangan kosong? Kami pun ambil cuti juga untuk datang. Bukan suka-suka curi tulang lari ke Putrajaya untuk ambil surat sekejap. Akhirnya kami dibenarkan mengambil surat kebenaran tersebut dari staff yang lain. 

My husband bukan Malaysian tetapi dilahirkan sebagai seorang Islam. Cuma beliau dan keluarga menjalani hidup sebagai a real Muslim ketika usianya 8 tahun. Disebabkan di sini kita kena ambil kursus kahwin, ai pun bertanyalah kemusykilan  tentang bakal suami, adakah beliau juga harus hadir untuk kursus? I diberitahu, my future husband mesti mendapatkan pengesahan yang beliau beragama Islam atau telah convert sebagai Muslim. Ke hulu ke hilir kami ke pejabat Agama Islam, dari JAWI ke Shah Alam. Tak siapa boleh beritahu kami bagaimana untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut. I teringat ustaz yang mengendalikan kursus kahwin yang ai hadiri. So I pun checkedlah dengan beliau. Katanya disebabkan my future husband tu beragama Islam dan bangsa asing, tak perlulah surat pengesahan dan menghadiri kursus kahwin pun .... Adui, penat ke hulur ke hilir nak kahwin punya pasal kan ...

Back to immigration matter, selepas berkahwin, ai kena memohon social visit pass for Hubbydearie kerana beliau masuk sebagai tourist where he can stay here for not more than 30 days. Lepas kahwin mana boleh dapat surat nikah serta merta, jadi kami gunalah surat nikah sementara. Pegawai yang bertugas minta salinan sahaja, tak perlu pengesahan dari pesuruhjaya sumpah pun. 

Memikirkan it is more easier for him to be under spouse visa (there is no longer spouse visa sekarang under the definition of our immigration), kami tak menukar visanya kepada work permit walaupun Hubbydearie bekerja selepas berkahwin dengan memikirkan maybe it is easier to get permanent resident in future.

The next trip untuk renew his visa, kami sertakan salinan surat nikah asal yang diperolehi dari Jabatan Agama. Tetiba staff imigresen beritahu yang salinan itu mestilah disahkan oleh pesuruhjaya sumpah. Aduh, pelik sungguh! Salinan sijil nikah sementara tak perlu disahkan tapi salinan sijil nikah asal, kena sahkan pulak! Bila ditanya, dia tak bagi alasan yang baik cuma katanya, 

"Saya tak tahu itu dulu. Ini prosedur imigresen." 

Dengan selamba dia serahkan balik semua dokumen kepada ai. Pernah sekali ketika submit application for renewal, ai diminta ke Wisma Putra untuk mendapatkan cop pengesahan pada surat nikah asal. Sebelum ni tak perlu tapi sekarang perlu. Sampai sekarang sijil nikah ai ada cop konsular di belakang. 

Sudahlah setiap kali datang, dokumen yang diperlukan berbeza-beza. Gambar perkahwinan tak payah cerita, setiap kali pun kena bagi satu. Bukankah semua ada dalam satu fail, takkanlah nak minta setiap kali buat renewal? Paling sakit hati bila ambil nombor giliran. I ingat betullah rupa paras staff lelaki tersebut. Main ambil dokumen, check ala kadar, bagi nombor giliran lepas tu main baling aje dokumen kita. Sakitnya hati tengok sikap macam tu...

I memang kesian betul tengok those people yang kena deal dengan imigresen ni. Dahlah penuh sesak, ada yang datang berbondong-bondong dengan anak lagi bagai. Bila buat visa tu mahunya kena tunggu berjam-jam. Kadang-kadang kena halau keluar waktu lunch time kerana office tutup during lunch hours and then masuk balik dan tunggulah sampai nak dekat tutup office. Kalau lambat datang, memang tak dapat nak ambil nombor giliranlah nampaknya.

Pernah sekali waktu tu I was in my first trimester, terpaksa berushing-rushing ke hulu ke hilir mengejarkan dokumen yang sentiasa aje berubah-ubah dan tak pernah cukup sampai ai asked my Hubbydearie to run and get the number first while I slowly jalan naik ke pejabat imigresen. Seksa betul masa tu. Nak marah salah, nak nangis pun tak tahu entah apa sebab. Hati memang sakit sungguhlah apalagi badan dan fikiran.



Two months after my Bubbly Abang lahir, Hubbydearie kena renew his long stay visa here. I ni pun lepas habis pantang, pergilah dengan Hubbydearie ke immigration (since his long stay visa and approval to work are under me as his wife, whenever nak renew visa I kena pergi sekali) Tetiba dah siap submit application bagai, terpandang pulak pihak imigresen yang passport my Hubbydearie dah nak expire less than a year dan mereka tak boleh issue one year visa for him. Apa solutionnya? None. 

Walaupun penat ai pujuk rayu dan minta tolong orang dalam lagi. Hubbydearie had to go back to his country, get a new passport and come back to Malaysia. Pihak kerajaan mereka pun ada undang-undang bodoh juga. So, end up he went back to his country and stayed there for almost a year. Daripada umur Bubbly Abang 4 months hinggalah satu tahun sebulan. Just imagine macamana menangisnya ai siang malam ditinggalkan suami  sendirian dengan anak kecil .... Ish, kalau ditanya sekarang, memang ai tak mahu ingat dan hopefully it won't happen again in future!

Yang buat ai sakit hati sangat tu kerana a colleague of mine, under the same visa, under the same situation, boleh dapat renewal sehingga sebulan sebelum tarikh tamat tempoh pasport antarabangsanya! I just got to know about it selepas my Hubbydearie dah terbang balik to his country! Menangis meraung pun dah tak guna...

Banyaklah kesengsaraan yang kami terpaksa tanggung bila berurusan dengan pihak imigresen. Kalau nak cerita di sini memang tak habis dan boleh buat banyak part lagi. Satu yang I rasa, kalau tak boleh berhubung dengan orang awam, janganlah berada di  barisan hadapan. Kalau otot senyum dah mula dimamah kerosakan, better jangan dibiarkan serve the public. Anda tension, kami pun tension juga dan terjadilah adegan cemuh-mencemuh.

Teringat kata-kata seorang pegawai imigresen kepada ai:-

"Bila berkahwin dengan warga asing mestilah nak banyak berkorban!"

Oh, pleaselah...you are not my family and you don't have to teach me how to sacrifice. Be in my shoes and then you know how I feel being treated like a second class citizen just because I am married to a foreigner!










 

76 comments:

  1. mmg susah betul process ni semua. but if dorang explain elok2.. sure kita akan buat semuanya step by step plus dgn doc yg dikehendaki. tapi klu tak explain n buat kerja sambil lewa, mmg kita yg sakit hati kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali pergi sana rasa macam nak gi berperang feelingnya. Nasib baik sekarang 5 tahun sekali. Tapi the last time akak pergi dah nampak mcm a bit friendly lah counter staff. Maybe dah pergi ke bahagian lain, org tak ramai nak dilayan. Kalau dulu, masam mencuka, kita tanya soalan baik-baik pun jawabnya pendek aje, 'ya', 'tidak', 'tak boleh' Sakit nyerrr jiwa raga. Nak bertikam lidah, malas pulak nanti drag the case berlama-lama ni lagi tension.

      Delete
  2. banyak sungguh kerenah & susahnyer berurusan dengan orang2 yang macam ni...bias a orang yang tak beretika jer yang cakap macam tu ader cakap orang gataikan.....tetibe saya geram...nasib baik berjaya juga hadapi walaupun payah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak buat memang tak kawin ler, Lizz. Itulah dah gatal nak kawin masa tu nak wat camne, nasib baik skrg ni takyah selalu pergi sana. Bosan tau kalau kena berurusan dengan orang mcm ni. Sambil lewa aje buat kerja. Tapi, akak admitlah tak semua pun mcm tu. Malangnya yang semua yang akak encountered mmg tak leh harap. Nasib malang akak kot.

      Delete
  3. Agak mencabar kalau nak berurusan dgn pejabat kerajaan nie.. sabar jer la yg kita boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau bertikam lidah pun takda guna. Bertambah sakit hati lagi adalah.

      Delete
  4. faham sgat & setuju sgt2 sakitnyer hati bila nak berurusan dgn pejabat2 gomen ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh yek bila kita call, siap beritahu yg pegawai pergi ambil anak kat sekolah 'kejap' dan minta call semula ...dalam 15 minit!

      Kerja paling susah semenjak saya bekerja makan gaji ni adalah bila diminta untuk menghubungi pejabat kerajaan esp bhgn yg selalu berhubungan dengan orang awam. Nangis ohhhh.....

      Delete
    2. yup betul tu, sebab KA pun byk pengalaman sakit hati berurusan dgn org2 gomen, even tak semua tpi sebahagian besarnyer mmg byk songeh !

      Delete
  5. tu le kak ...sektor gomen masih ade yg mcm nie....keje main belasah jek....sian plak bace akak punye citer nie...lieya yg bace ni pun dah terase susah, remeh dan meleret2 nye urusan tu...ape tah lagi akak yg mengharunginyer.....sepatutnye urusan mcm ni tak perlu nak meleret2 dan ambil mase yg lame...contohi laa negera luar tu.....

    kak, husben akak org mane nie....tertanye2 plak lieya ni heheheheeh

    ReplyDelete
  6. Eh, lieya gomen juga ek? Kat mana tu? Harapnya bukanlah imigresen. Tension akak. But of courselah kan, bukan semua mcm tu pun. Ni yg dok kat frontline ni yg ngada2 tau...

    Hubby akak....nak kata Mat Bangla bukan. Nak kata Mat Pakistan, dia kata dia jauh lebih handsome dan ohsem lagi...Nak kata African, nampak tak anak2 akak tak curly2 pun rambutnya...hahaha...

    Kalau naik kapal terbang, 8 jam perjalanan direct flight....hehehehe... (sajalah ni nak buat sakit hati...)

    Nanti sat2 akak buat cepu mas bagi hadiah RM50 kat sapa yg meneka betul nationality hubby akak ek...

    ReplyDelete
  7. Dugaan sungguh yer. Byk procedure & susah betul berurusan klo dpt org yg mcm ni kan. 1st time gi imigresen masa nak buat passport aritu, punyalah hazab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang bila nak deal dengan pejabat kerajaan ni. Memang mencabar mcm nak pergi berperang rasanya!

      Delete
  8. jgn kata imegresen servis jabatan lain kt malaysia ni masih teruk kot tahapnya.sy pun penah berdepan dengan pengalaman lebh kurang macam ni,tp ur story lg sedih kan..

    dulu2 pernah temankan one of my anty yg nak renew visa beliau.naik berjanggut tunggu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya surrenderlah kalau suruh deal dengan pejabat kerajaan. Saya memang tak sanggup. Tapi tahap sekarang ni kalau saya kena sound mcm tu lagi, mmg saya balas balik kaw2 kot. Hubby mmg tak boleh nak bertolak ansur langsung dah....katanya antara yang paling teruk yg pernah dilalui ...

      Delete
  9. assalam,

    aduhai...sengsara betui berurusan dgn mereka ni
    dari dulu sampai lani tak berubahkan
    kena pengurusan atasan dtg buat penyamaran kot
    baru boleh settle

    kita dulu pun dpt prob juga
    sebab kita ni lahir di singapore but msian citizen
    tapi passport dah hilang nak balik spore tak dpt
    macam2 hal nk cuba dpt passport ganti
    akhirnya dpt passport sementara...so that i
    dah tak balik spore anymore coz malas nk gi immigration :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksa kan kalau kena deal dengan imigresen ni. Dokumen pula berbeza2. Kalau nak pergi submit apa2 kena call 2,3 hari sebelum pergi. Kalau dua, tiga bulan call baru pergi mmg sah2 dokumen dah tak sama. Padahal kalau ada contact, call aje settle masalah. Takpayah nak berdokumen bagai.

      Delete
  10. Kesian juga kan.. Sepupu saya baru nak join the club akak.. Kena bagi link blog ni utk panduan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita akak ni lebih kurang 10 tahun lepaslah :D Sekarang tak pasti macamana gayanya. Kalau bakal sepupu tu bekerja di sini sebelum kahwin, mungkin tak susah sebab memang dah ada working permit. Tapi yang penting, kena tanya siap2 dan dapatkan pegawai yang berkaitan tentang dokumen2 yg diperlukan. Kalau tidak memang masaklah...Suruh sepupu sediakan gambar kawin banyak2 kalau nak buka fail baru under namanya (untuk long term social visit pass under wife/husband dan kebenaran untuk bekerja)

      Boleh aje tanya akak kalau nak tahu lebih lanjut (eh, mengalahkan pegawai imigresen dah ni) Apa yang akak tahu, akak boleh aje berkongsi.

      Delete
  11. Assalamualaikum..

    Arghhh bencinya..prosedure yang merepek marapu tak nampak logiknya mmg buat sy rs menyampahhhhh sgttt...annoying jdnye..benda2 mcm ni yg bwt org suka nk langgar rules..

    hurmm sy even kawin dgn bangsa sama, tmpt dan kawasan yg sama pun byk sgt hal n kerenahnya...aihhh smpi member sy yg lelaki ckp, "nsb baik kawin sekali je..tah mcmana org blh tahan kawin byk dgn prosedur yg tah ape2"

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia...

      Orang dah nak kawin nak dirikan masjidkan, permudahkan ajelah jalannya. Ini makin kita nak buat benda baik, makin menyusahkan. Sebab itulah orang suka langgar peraturan senang, tak payah nak susah2 kan...

      Delete
  12. tulah yg ramai kahwin di Thailand kan..jika nak ikut prosedur...baik jelaskan dengan baik..jangan buat orang lagi susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahwin kat negara orang lebih senang dari kawin kat negara sendiri. Sekarang ni semua patutnya ada dalam system. Petik jari semua details keluar...kalau nak itu, ini pun tengoklah apa jenis dokumen yg penting. Gambar kawin saya sampai nak abislah nasib baik ada simpanan.

      Delete
  13. Susah jugak rupanya kawen ngan foreigner yeh MD...naik turun imigresen...kalau tak ye ye...mmg dah give up.....Oklah tu MD...moga cinta kalian bertambah utuh hingga ke Jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak utuh, I nak claim semua titik peluh ai yang dah menitik2 bertahun2 hahaha...
      Insyaallah, semoga ke akhir hayat. Terima kasih kerana mendoakan. Amin.

      Delete
  14. awak, saya yakin yg sombong2 kat imegresen tu dengki sbb derang tak kawen dgn warga asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh faham mereka mungkin dah muak deal dengan perkara yang sama setiap hari, tapi still kenalah hormat orang lain juga. Bukan nak suruh tertunduk-tunduk macam orang Jepun melayan pemohon, cukuplah kalau dapat bermulut manis dan dilayan dengan sopan.

      Delete
  15. I read all aboce, and tell me about it. Kadang2 berjam menunggu last2 depa cakap owh tak payah buat yang ini... dushhh.

    Honestly dealing with immgiration Germany yang jauh lebih ketat undang2 nyer much better, at least they do what they have to do. Tempat kita jer banyak songeh macam2 dokument pelik2 depa nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib malang kitalahkan susah kahwin orang asing di negara sendiri. I dunno about other coutries but then memang imigresen kita ni banyak alahai songehnya.... nak contact sampai sepurnama pun susah nak angkat...bila berurusan pulak macam nak suruh kita melutut merayu-rayu kat mereka.

      Delete
  16. Salam. Saya berkahwin dengan warganegara asing. Tapi memang susah k kalau husben nak dapatkan kerja kat malaysia nih? Status kat pasport x boleh bekerja tapi dye yg menanggung sy. Dan kalau x bekerja macam mana nak bg family makan. Sesiapa boleh bg cadangan atau pendapat?
    Buntu dah dengan karenah dan sistem racist kat malaysia ni. =( Atiqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah mana pun sebenarnya, Atiqah. Sekarang ni kalau permit dalam pasport tertulis 'suami kepada warganegara.....' boleh aje bekerja. Kalau dah dapat kerja, minta satu cop macam permit kerja di imigresen. Sehari je dah siap. Tak perlu bayar pun. Tapi kalau tak silap nak surat dari employer. Saya pun tak berapa ingatlah sebab kes saya ni dah bertahun lamanya. Atiqah boleh je refer kat imigresen.

      Delete
  17. salam kak..sy baru berkahwin dgn warganegara pakistan..2 thn lebih bercinta bru dpt bersatu..kami berkahwin sebelom sosial pas 30 hari dia expired...expired pada 9 july ini..kami ke hulu ke hilir naik bas ke imigresen dr jln duta di arah kan ke s.alam or putrajaya...smpai ke putrajaya nom giliran tak bole amik lagi sbb pukul 2.30pm diorang dh close amik nombor..ok takpe itu sy pham..tapi bile tanye psl informasi,susah betol dorang nak bagitau lepas tu arahkan sy ke tingkat 2 iaitu 1serve lepas dpt taw pas sosial suami hampir tamat...lepas tu sy cube tanye betol2 byak kali kt pegawai situ,die just bagi borang mm55..sy tanye ckap pas suami nk expired bole renew tak under kami dh nikah...die juz ckp dtg bwk borang tu juz boleh renew 1 bln..dh abes pastu boleh renew lagi 1 bln...means total suami dpt stay sini 3 bln jak..pastu dia ckp soh suami blek pakistan amik balik pas sosial dtg blek sni...n wat lek benda yang sama selame 3 kali...sy tanya takde cara lain lagi ke..dia ckp mmg cmtu sbb dorang ckp ramai dh kes bila suami foreigner dpt pass,nanti si isteri kena cerai..kami bukan orang kaya sangat pon..nk tiket pegi balik lagi,pas lagi..banyak duit kene pakai..disebabkan kes byk minta cuti sy terpaksa berhenti kerja..benda jadi mudah kalo diorang explain betol2..mereka betol2 layan kita ni mcm bukan warganegara hanya kerna berkahwin dgn warganegara asing...sis,saya mintak sangat advise dari miss,sy dah buntu sangat...sy minta tolong sgt pada miss,ada tak cara lain utk suami stay sini tanpa ke luar negara lagi..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Minta maaf ya sebab lambat akak reply komen ni. Maklumlah sibuk beraya kononnya!

      Dik, deal dengan imigresen ni senang aje. Mesti tanya beberapa hari sebelum kita pergi ke sana. Kalau bulan ni tanya, bulan depan pergi, memang jawabnya senang aje - mereka baru tukar requirement! 5 tahun pertama memang akak rasa azabnyalah sebab setiap kali kita pergi ada aje yang tak cukup walaupun kita dah check siap-siap sebelum tu. Call orang lain dan bila hantar dokumen pada orang lain pun siksa juga jawabnya sebab yang terima dokumen tu tak nak bertanggungjawab walaupun kita kata kita dah called sebelum tu. Oleh itu, setiap kali bercakap dengan pegawai terbabit, silalah catit nama dan tarikh supaya tak senang mereka nak mempersalahkan kita sesaja!

      Akak punya requirements pun dah lama sangat, nak advise adik apa dokumen yang diperlukan pun takut tak relevan sudah! Adik boleh aje suruh dia keluar ke third country (Thailand/Indonesia/Singapore etc.) dan masuk semula under short social pass. Lepas tu cepat-cepat hantar permohonan untuk suami kepada warganegara. Kalau tak silap akak lepas kahwin setahun atau dua tahun kot, dah boleh memohon pas jangkapanjang - 1,2 atau 5 tahun terus. Ini pun maklumat lama ya, Dik. Adik kena check balik ni...

      Delete
    2. Salam, dah settle ke masalahnye??saya pun baru tahun ni kahwin dengan orang pakistan..memang sy faham azabnya deal dengan imigresen.kalau kita tanya 10 orang staff, 10 orang akan bagi jawapan lain2. Kalau sis tinggal di area selangor, sis pegi renew kat shah alam.situ boleh renew every 3 month sampai habis cooling period. Tak perlu keluar Malaysia

      Delete
    3. Tak tahulah akak dah settle ke belum masalah kawan ni sebabnya nak cari blog, takda blog pulak si empunya soalan ni. Kalau dia di Selangor mungkin boleh kot pergi ke Shah Alam tapi akak dulu beralamat di KL so kena pergi ke Putrajaya dulu pada mulanya. Bila dah dapat long term visa, barulah kami patah balik ke cawangan imigresen Kuala Lumpur mengikut alamat semasa.

      Delete
    4. Sekarang pn sya situasi yg sama..malah bertambah2 dokumen kna prepare wpn xada dlm checklist mcm nk muntah trun naik immigresen jb. Utk mohon spouse visa masa proses pn lbh 30 hari bekerja, bila kita cuba merayu supaya dpt uruskn dlm tempoh tersebut jawapan pn tak yakinkn kita..malah dia kata ada yg kena balik ke negara asal 3/4 kali utk tggu result long therm visa...wht the hell..igt kos ulang alik tu mcm tambang murah agaknya...mmg pressure teramat sgt skrg...huhuhuhu

      Delete
    5. Eh, ya ke sampai 30 hari untuk spouse visa aje? Kalau akak tak silap dulu, suami kali pertama memohon long term visa setahun, dalam masa sehari dah siap. Pergi awal pagi, lewat petang dapatlah. Tapi kalau nak minta yang dua tahun atau 5 tahun tu, kenalah 1 hari bekerja, maknanya kena datang semula the next day. Kalau dah spouse visa ambil masa 30 hari dan kemudian dapatnya pun 3 bulan, mahu menangis macam ni!

      Nanti insyaAllah lepas 5 tahun (kalau tak silap) menetap di Malaysia, silalah mohon cepat-cepat PR. PR pun ambil masa tau, paling pendek 2 tahun! Tapi bila dah dapat, senanglah sikit kerja kita sebagai pasangan ni. Takdalah ke hulu ke hilir asyik kena ikut aje bila buat visa renewal.

      Delete
    6. tak kak..skrg dah lain law immigresen. sya ada survey tempoh msa dulu dgn skrg mmg byk dah berubah. lg complicated tambah2 suami sya pakistan..pihak immigresen ckp kalau warga sana lg amik masa..tu yg sya stress..dan pihak immigresen beritahu akan ada group dtg rumah utk check tp xakan bgtahu bila msa..interview pn belum lg..smua kn tggu call dr immigresen...huhuhu

      Delete
    7. Oh, ya ke sekarang dah macam tu pulak? Kadang-kadang yang buat kita stress, memang ada sesetengah pihak yang ambil kesempatan tapi kes kita yang betul-betul original ni pulak yang jadi masalah. Akak pernah juga terdengar kisah si perempuan dibayar untuk dikahwini supaya dapat long term visa di Malaysia. Tapi mereka buat begitu, kita yang jadi susah.

      Sampaikan nak datang rumah buat check ni memang dah macam immigration Jepun dah ni!

      Delete
    8. assalam maap menganggu,saya baru je berkhawin dengan warga pakistan 2 minggu lepas,sekarang nie saya pun same situasi dengan tidak mahu suami ke luar negara atau balik ke nagara mereka untuk renew visa,sebab memerlukan duit yang banyak,dia pun ade keje di malaysia,di pakistan dia tidak berkerja,suami pun beritahu yang dia tak nak pulang lgi sebab nak keje kmpul duit.last week saya pergi ke imigresen shah alam,dan mereka beritahu yang kne tunggu 6 bulan baru boleh bukak file atau buat permohonan jangka pnjang untuk visa suami..saya susah hati sangat sekarang sbb tarikh expired visa sosial dia 23 mei ini.

      pihak imigresen ade beritahu boleh renew 1 bulan je lepas tu dia kne balik...knpe mcam nie ye,knpe ssh sgt bila wanita mlysia kwin dengan warga negara,knpe kne tggu smpai 6 bulan,ada tak sesiapa yang same pengalaman dan ape yang korang buat ye??? tk boleh ke renew setiap bulan smpai 6 bulan tanpa dia keluar ke negara lain? tak boleh ke renew je visa dia di sni dengan berurusan di wisma putra??mohon bantuan

      Delete
    9. Wa alaikumussalam!

      Sekarang undang-undangnya tak sama dengan masa akak memohon untuk suami. Itu yang akak faham daripada kebanyakan cerita yang akak dengar. Macam kawan kepada suami akak, baru-baru ni dia memohon untuk tukar employment passnya kepada suami kepada warganegara; memang banyak dokumen yang kena sediakan tapi setelah banyak halangan, dapat juga dia 6 bulan visa.

      Mungkin sekarang ni banyak kes warga asing memperdayakan wanita tempatan, sebab itulah sama ada kes tu tulen atau tidak, semua pun terbabit sama merasa susahnya untuk memohon buat pasangan masing-masing.

      Mungkin dia boleh aje keluar ke negara ketiga tapi kalau masuk balik pun cuma dapat tinggal untuk sebulan lagi.

      Macam suami akak dulu, lepas aje kami kahwin, akak terus memohon visa 'suami kepada warganegara' dan dapat 3 bulan, kemudian 6 bulan dan seterusnya setahun. Lepas tu kami memohon untuk 5 tahun terus. Tapi mungkinlah sekarang ni banyak yang dah berubah, dik!

      Delete
  18. Akk..sy bakal bkahwin dgn freign lg 3 bulan. Tp masih lg pening2 lalat nk settle dokumen. Urusan embassy dh stle. Cuma bhagian imgresen je. Apa dokumen yg dperlukan utk dpt pngesahan pasport n kbenaran nikah dr pikah imgresen? Hope akk dpt tlg sy.give me some advise. 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, Dik! Minta maaflah bebanyak. Zaman akak kahwin dah berdekad. Mungkin dah banyak requirements yang berubah. Tapi seingat akak, single certificate dari embassy untuk bakal suami dan adik punya sendiri mesti bawa. Dulu pergi ke Tingkat 2 untuk dapatkan pengesahan tapi sekarang ni akak tak pastilah. Maaf ya sebab dah lama sangat cerita pra-khawin akak tu.

      Apa-apa pun, best of luck dan selamat menempuh alam rumahtangga dan 'culture shock' ^_^

      Delete
    2. Hehe.. rasa bdebar pulak nak melangkah kaki ke imgresen tu. Btw akk. Thanks for your respon. 😘

      Delete
    3. Berdoa banyak-banyak supaya urusan dipermudahkan. Berbanding dengan dulu, sekarang ni imigresen dah banyak perubahannya. Walaupun masih tak menyenangkan hati berurusan dengan mereka (most of the times), sekurang-kurangnya adalah perubahan. Itu yang penting ^_^

      Delete
  19. Macam mana nak minta izin dengan keluarga ya ? Saya takut nk minta izin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena minta izin dulu, Dik. Kalau tidak, nanti susah hidup berumahtangga kalau makpak tak izin.

      Adik slow talklah dengan mereka. Bawa si dia tu berjumpa dengan keluarga, kenal-kenalkan dulu. Tanya pendapat makpak dan adik beradik macamana pilihan adik. Kalau mereka setuju, alhamdulillah. Selesai satu masalah. Kalau mereka kurang setuju, Adik tanyalah mengapa...

      Delete
    2. MD pilihan sy ni org indonesian dia keje dengan mak . Kitorg pernah terkantoi couple . N mak tak suka . Ayah just ikut mak ja . N adik beradik pun bukan la kate tak suka 100% . Sekarang ni semua kat tangan mak . Once mak setuju semua akan okay . Bole sy tau macam mn MD cerita kat family? Saya buntu sangat .

      Delete
    3. Alasan mak bila saya tanya sebab dia orang indon . Orang susah . Hmm

      Delete
    4. Suami akak orang Uzbek. Mak akak memang tak kisah siapa pilihan anaknya janji dah suka kahwin cepat, jangan tunggu lama-lama. Lagi pun akak kahwin lambat so mungkin jugalah Mak akak ni dah redha siapa aje jodoh anak kalau si anak dah suka, mak ikut aje.

      Akak rasa mak adik ni bukan tak suka sebab apa, tapi dia takut kalau-kalau anaknya hidup susah di kemudian hari. Lebih-lebih lagi berkahwin dengan warga asing, bukan mudah. Banyak kes yang terjadi, mungkin itu yang buat mereka susah nak terima.

      Cubalah adik solat istikharah kalau memang adik dah buat pilihan yang tepat. Lepas tu, berbincanglah dengan emak, tanya apa yang buat dia rasa susah nak lepaskan anaknya kepada lelaki Indon. Adakah kerana alasan lelaki itu orang susah atau warga asing atau apa sebenarnya yang menjadi kerisauannya.

      Honestly speaking Dik, sebelum kita jadi emak memang kita tak tahu perasaan emak tu macamana. Kalau emak marah/tegur kita, kita rasa tak tentu arah perasaan tapi bila kita dapat peluang berada di tempatnya, barulah kita tahu macamana rasanya 'sayang anak' ^_^

      Good luck ya, Dik! InsyaAllah...kalau adik cakap elok-elok, terangkan baik-baik, mungkin terbuka hati emak tu untuk menerima. Adik kenalah yakin kalau memang betul itu jodoh terbaik untuk Adik.

      Delete
    5. Thanks kak . Saya akan cuba sehabis baik . Kalau betul jodoh kami mesti ada jalan kan kak .

      Delete
    6. Good luck ya, Dik! Akak doakan Adik berjaya!

      Gambatte!!!

      Delete
    7. Assalamualaikum akak.. Sy siti.. Sy pn nk berkahwin dgn foreiner.. Dia pakistani tp bekerja di qatar.. Yg problem sgt ni sbb bila husband kita nak stay kat malaysia ni ke? Kalau mcm kes sy, bakal suami akan stay di qatar tapi sy di sini saje. Dia balik sebulan sekali je lah..Sy tak pergi imegresen lagi. Baru survey2 dalam tenet, terjumpa blog akak pulak.. Kita kena ambil surat kebenaran menikah di Malaysia kan kat Imigresen ni? Bakal suami kena ada jugak tak kak masa submit borang? Hahaa tanya akak dulu, baru nk tanya Imigresen��

      Delete
    8. Oh, kalau dia tak bermastautin di Malaysia okeylah! Ini kes semuanya pasangan yang nak tinggal di Malaysia. Kalau dia bekerja di Qatar, memanglah boleh keluar masuk aje. Tapi adik kena check dengan imigresen sebabnya setahu akak kalau kita masuk sebagai tourist (short social visa) tak boleh melebihi 180 hari setahun in total.

      Surat kebenaran bernikah memang kena ambil di imigresen kalau kita berkahwin dengan warga asing tapi akak tak tahulah prosedur sekarang ni, dik. Akak pun kahwin dah lama sangat. Kalau masa akak dulu memang suami ada di sini, jadi semua urusan kami pergi bersama. Sedangkan jangka masa setahun pun boleh berubah prosedurnya inikan pulak dah sedekad lebih ^_^ Lagi afdal kalau adik tanya kat imigresen (make sure jabatan yang betul ya ^_^)

      Delete
  20. memang sangat rumit prosesnya dan terpaksa hadap muka imigresen yang ketat. saya pun baru nak settle semua doc2 yang dperlukan. huhuhu. harap2 dpermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya sekarang semakin rumit ya? Entahlah nak kata macamana. Good luck ajelah pada yang terpaksa menempuhnya. Alhamdulillah, saya dah lega sebab tak perlu berulang-alik ke imigresen lagi. Harapnya semua yang ada masalah pun akan dipermudahkan urusannya secepat mungkin ya!

      Delete
  21. Salam dik. Nk minta nasihat dari adek. Spouse visa suami sy warganegara Pakistan akan expired middle April ni...kira dh masuk 1 tahun. Sekrg sy mengandung 8bulan tinggal 1 bulan deliver. Ada dengar cerita suami boleh dpt working visa 5 thn tapi tak boleh buat business sendiri. Kawan ada cerita register SSM atas nama isteri & buka current account. Adik tau tak pasal hal ni? Ikut kata kawan 5 thn working visa hanya utk kerja2 construction , farming etc...tolong akak dik...cara nk apply SSM utk tujuan working visa boleh berniaga kecil kecilan utk suami. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Saya tak pasti sekarang ni selepas dapat visa 'suami kepada warganegara' selama setahun, boleh terus memohon untuk visa 5 tahun atau tidak.

      Masa nak memperbaharui visa nanti, akak cubalah tanya pada pegawai imigresen tu sama ada boleh tidak memohon visa 'suami kepada warganegara' selama 5 tahun terus. Dengan visa ni pun boleh bekerja juga. Tapi, kena minta satu lagi cop 'kebenaran untuk bekerja' dari pihak imigresen. Selain daripada visa, akan ada satu cop lagi untuk membolehkan suami akak bekerja. Kalau tak silap saya kenalah bawa surat dari company tempat bekerja. Tapi apa-apa pun, akak sahkan dulu ya dengan imigresen.

      Sebagai suami warganegara, memang selalunya isteri akan buka enterprise (pergi ke SSM ya) dan kena buka bank akaun untuk company. Lepas tu bolehlah hire suami sendiri bekerja di syarikat tersebut.

      Working visa tu ada banyak type, kak. Kalau tak kahwin dengan Malaysian pun boleh memohon dengan syarat warga asing tersebut bekerja di Malaysia. Ada yang dipanggil 'employment pass' dan ada juga yang dipanggil 'temporary employment pass' bergantung pada jenis pekerjaan dan tangga gaji diberi.

      Kalau akak nak buat bisnes kecil-kecilan, akak pergilah ke SSM. Daftar satu syarikat enterprise under nama akak paling senang. Tak mahal rasanya, less than RM100 untuk daftar syarikat. Akak daftarlah akak nak buat bisnes apa. Lepas tu kena pergi bank untuk buka akaun syarikat pulak.

      Nanti bila nak renew visa, akak kena ada surat dari syarikat mengatakan yang suami akak bekerja di syarikat tersebut dan beritahu pada pihak imigresen akak nak memohon spouse visa untuk suami (suami kepada warganegara) dan juga kebenaran untuk bekerja.

      Harapnya ini dapat membantulah kak ya.

      Sebab cerita saya ni dah lama sebenarnya dan suami saya pulak warga Uzbekistan. Jadi mungkin ada sedikit perbezaan dari segi kewarganegaraan suami...

      Saya faham situasi akak sebab saya dulu pernah waktu tengah pregnant terhegeh-hegeh ke hulu ke hilir menguruskan visa suami. Nak menangis rasanya masa tu tapi tabahkan ajelah hati!

      Harap urusan akak berjalan lancar ya. Amin!

      Delete
  22. Dr mn dpt kekuatan ye bila memilih warga asing sebagai pasangan....contoh berdepan dengan masyarkat malaysian yg mindset mereka kebanyakan negative....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah nak tu, laut dalam pun sanggup direnangi. Bara api pun sanggup dilalui ^_^

      Bagi kami pulak kalau ke mana-mana, memanglah orang dok tengok suami saya sebab mereka fikir suami saya Pak Arab padahal dia Uzbek!

      Delete
  23. pergghh blog ini sangat membantu sedikit sebanyak...pergghh kena kuatkan mental dan fizikal ini sebelum berurusan dengan imegresen ni memandangkan sy pun bakal berkahwin dengan forigner bersyukur c bakal encik suami ada jugalah contact dia urus semua dan mudah sikit memandangkn dia travel agent tahu pasal visa2,berurusan dgn konsultan high comission ni n blah2 bengang juugala menunggu kebenaran berkahwin ini semuaaa duiitttt juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu memang stress nak menghadap pihak imigresen ni. Sekarang ni tak tahulah macamana gayanya - makin stress atau pun tidak.

      Kadang-kadang benda tu senang aje tapi disusahkan dek kerana kerenah pekerja imigresen tu sendiri. Staff ni cakap lain, staff itu lain pulak cakapnya. Kita yang di tengah-tengah ni yang pening kepala dan terlebih membuang masa semata-mata nak dapatkan satu sticker tu aje. Kalau kita komplen, mereka kata pulak - sendiri yang pilih nak kahwin warga asing, sapa suruh!

      Duhhhhh!

      Delete
  24. salam kak MD,
    just saya nak tahu, any visit to imigresen utk berurusan mmg 100% kena bawa bakal suami ke?bagi kes utk berkahwin dgn foreigner ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Masa akak dulu memang dari sebelum kahwin sampailah dah berkahwin, kami datang bersama-sama bila ada urusan dengan pihak imigresen. Rasa-rasanya memang wajiblah pihak pemohon tu hadir bersama penaja, dik!

      Delete
  25. Saya tercari2 info mengenai berkahwin dgn foreigner.kenapa di malaysia ni sgt susah procedure dgn karenah2 pekerja dari jabatan immigration .dari hari ke hari jabatan immmigration melayan unskilled foreign worker dengan teruk sekali tetapi kalau skill foreign worker mereka melayan dgn hemah sekalu.seperti saya akan berkahwin dgn warga negara nepal pada bulan jun tahun ini.ceritanya begini sekarang dia masih bekerja menggunakan working permit dan permit akn tamat pada 1 jun .dia kena balik ke negara asal dia pakai check out memo .untuk berkahwin dia kena masuk malaysis dgn tourist visa.saya nak tanya berapa lama pada kebiasaan process utk dapatkan surat kebenaran berkahwin di immigration kerana saya perlu bawa semua supporting document ke jabatan agama untuk memohon kebenaran berkahwin. Saya rasa di jabatan agama juga akan mengambil masa yg lama juga.kami menetapkan tarikh berkahwin sebelum hari raya puasa .terima kasih mummydearie dari0192910657

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Prosedur di negara kita ni memang sukar sikit. Betullah mereka nak pantau, manalah tahu ada juga yang ambil kesempatan terhadap warga tempatan. Tapi yang siksanya pada pemohon yang memang benar-benar tulen niatnya berkahwin dengan warga tempatan.

      Kisah saya ni pun dah lama dulu. Sekarang ni katanya ada banyak perubahan, makin sukar ke atau makin senang saya pun tak berapa pasti.

      Proses untuk dapatkan kebenaran ni tak lama sangat masa saya buat dulu. Begitu juga dengan pihak jabatan agama. Tapi proses untuk mendapatkan visa jangka panjang tu yang memakan masa katanya sekarang...

      Delete
  26. Bole sy tau apa dokumen Mrs bawak pegi immigration x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf banyak-banyak ya. Saya dah tak ingat apa dokumen yang saya bawa masa tu tapi kalau tak silap saya, takdalah banyak mana pun.

      Delete
  27. Salam sis,firstly saya nak ucapkan tahniah pada akak dan semoga akak dan pasangan berkekalan ke syurga aminn.. huhu saya now ada pilihan hati nak nikah dgn foreigner jugak ,pilihan hati saya now Indonesia punya orang ahaha. I'm just 24 years old now. Sudah bekerja alhamdulillah. Saya just nak tanya apa persediaan yg saya kena lakukan means dari segi mental,spiritual dan sbg. Maksudnya mcm mana persiapan akak dulu masa mula2 kahwin mcm kampung pasangan kita jauh, perbezaan budaya semua, sebab yelah ada nenek ,sepupu saya kata mcm2 fikir masak2 .Huhu now I really2 perlukan kata2 semangat sikit lah kak dari orang lama mcm akak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam!

      Terima kasih banyak atas ucapan tu ya! InsyaAllah, semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati dan berkekalan sehingga jannah!

      Tahniah di atas pilihan hati, Dik Umar. Semoga segala urusan akan dipermudahkan olehNya, insyaAllah!

      Kalau ramai yang beri pendapat, solat istikharah ajelah, Dik... Tengok betul tak pilihan kita tu. Yalah kita ni nak hidup bersama kalau boleh selamanya, bukan setakat setahun, dua. Lagipun masa depan kita memang tak boleh teka apa akan berlaku.

      Macam akak dulu, keluarga akak takda halangan. Siapa pun pilihan, mereka tak kisah. Syaratnya, sendiri pilih, sendiri tanggung. Jangan nanti bila berlaku apa-apa, laju-laju balik mengadu pada keluarga ^_^ Itu yang akak pegang. So, kalau bertikam lidah sikit-sikit tu, takdalah nak bawa melarat sampai semua orang tahu.

      Adik patut bersyukur sebab kalau pilihan orang Indonesia, mungkin beza budaya dan sebagainya tidaklah besar mana. Macam akak ni, berkahwin dengan orang Uzbek, memang jauh beza budaya dan bangsanya, Dik.

      Bab perbezaan ni, kita kenalah cekal hati sikit dan bersikap tolak ansur. Tak boleh memanjang aje kita nak tegakkan budaya kita, budaya orang salah semata walaupun ada kalanya kita tak boleh nak terima budaya mereka.

      Apa-apa pun Adik kena teguhkan pendirian, kalau Adik rasa memang betul ini pilihan hidup Adik dan yakin, teruskan niat. Kalau masih ada rasa berdolak-dalik betul atau tidak, Adik kenalah fikir 100x, semasak-masaknya.

      Zaman kita bercinta dengan zaman sudah berkahwin tak serupa tau, Dik. Macam langit dan bumi. Zaman bercinta semua indah, kalau gaduh pun manja-manja. Tapi bila dah berkahwin tu, banyak keburukan pasangan yang kita boleh nampak, takda selindung lagi dah. So, nasihat Akak, belajarlah dari sekarang menerima kekurangannya. Kelebihan yang dia ada tu tak perlu dipertikaikan, semua orang boleh terima tapi kekurangan seseorang itu yang mustahak kita ambil tahu. Nak tahu sama ada boleh ke kita hidup selamanya dengan kekurangannya.

      Semoga Allah permudahkan pilihan dan perjalanan Adik memilih pasangan ya!

      Delete
  28. salam mummydearie..kita dah genap setahun kahwin denga warga pkistan..sekarang imigresen macam2 dia mintak kita dah pening kepala..sedih memang sedih..suami dah balik pkistan 2 kali..sebab saya kerja kedai runcit gaji memng tak masuk bank..dia mintak statement bnk gaji min rm2000..ending balance nak rm2000 kalau tak kena bawa penjamin..bukan senang nak cari..mak ayh tada..adik beradik semua gaji rm1200-1500..nk cari memang payah..lepas tuu mintak payslip..nak payslip macam goverment tuu..nak payslip tertutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Kena bayar security bond untuk dapatkan long term visa jugakan? Kalau dulu, takdalah pulak minta bank balance tapi kena bayar sekuriti bond ikut negara. Macam suami saya, security bondnya RM1,500. Bila dah dapat PR, boleh minta balik duit tu tapi kena tunggu 2 tahun lepas dapat PR.

      Yalah, memang susah kalau berkahwin dengan warga asing ni. Apa-apa pun moga tabah menempuhi segala halangan ya!

      Delete
    2. Salam Mummydearie,

      Thanks sbb adakan entry mcm ni, saya bakal nikah dgn Singaporean.. setakat ni perlukan dokumen utk kebenaran berkahwin sahaja.. tp betapa lambatnya.. kata 14hari, lepastu dah lbih 14hari, tak ada maklumatnya... Boleh sy tahu, surat tu akk dpt dulu, dia tulis ape je kak? lama gila nk siap, hari nikah dah dekat ni, ade ke bakal suami perlu masuk msia dlu, pastu kena dpt kebenaran bernikah tu utk tempoh 30hari je yg mengesahkan keberadaan dia di mlaysia? atau surat kebenaran kawen dari imigresen tu just dia nyatakan dia boleh berkahwin? just tggu jelah surat tu siap ea? ya Allah sy lau call imigresen, lain org jwp,lain maklumatnya...Poninggggg... tak standardize jwpn.. Bakal suami sy singaporean jd muak dgn service gov negara msia. sbb kalau ikutkan negara dorg lagi strict, tp negara dorg simple je process, even dlm simple mereka, ade tepatnya.. Baru memudahkan urusan rakyat. Ni baru nk dptkan kebenaran nikah, ya Allah sesungguhnya Allah tidak pernah mnyusahkan hambanya utk mendirikan rumah tangga.. Boleh tu boleh nk ada undang dunia, tp cubalah wujudmkan dgn sistematik dan saksama.. malu dgn warga luar yg mmg negara mereka jauh lebih efisyen work processnya.. sy nikah 1 julai 2017, smpai skrg imigresen tak bg lg surat kebenaran kawen.. bila call, lain pulak.infonya.. pening betul lah. kdg call mmg tak angkat.. stressnya kak..

      Delete
    3. Ini memang pelik. Yang selalu minta pendapat di sini biasanya bakal suami orang Pakistan/Indonesia. Yang itu akak fahamlah memang ketat sikit peraturannya. Tapi, adik ni nak kahwin dengan Singaporean pun sama aje masalahnya ya! Padahal negara jiran sebelah aje tu. Lagi pun Singaporean bukan tergolong dalam negara 'hot' yang selalu mempergunakan warga kita untuk dapatkan spouse visa!

      Ya ke ambil masa 14 hari? Akak rasa dulu takdalah sampai 14 hari. Surat tu cuma menyatakan yang kita dibenarkan berkahwin aje. Kalau tak silap surat kebenaran tu diperlukan untuk mendaftar perkahwinan dengan JAWI (kalau resident KL lah).

      Dik,ni baru peringkat awal. Belum lagi lepas kahwin nanti nak minta spouse visalah, itulah, inilah. Yang benarnya, kalau warga asing tu masuk ke Malaysia sebagai 'tourist'/short term social visit pass, memang masaklah sikit. Tapi kalau dia bekerja di Malaysia under employment pass, kerenah birokrasinya tak begitu teruk!

      Bab tak angkat telefon tu memang kena bertabahlah, Dik. Dari dulu sampai sekarang pun sama aje kekdahnya. Macam sibuklah sangat tapi kita ni bekerja juga. Kita pun tahu sibuk tu apa tapi takdalah sampai tak angkat telefon SEPANJANG HARI, kan!

      Apa-apa pun good luck untuk Adik. Semoga majlis kahwinnya berjalan lancar ya!

      Delete
    4. Hah 14 hari? Saya diberitahu pihak Immigresen just datang terus dapat..Adoii camne ni? Tak sistematik langsung laa.. Mazs apply kat mana ek? Saya call n diberitahu terus siap je surat tu.. Adoilaaa susahnya nak bernikah dgn org luar.... Nak nikah bulan 11 ni..

      Delete
    5. Kalau dulu surat kebenaran tu kena dapatkan dari ibupejabat imigresen di Putrajaya. Lain-lain states tak tahulah dapatkan di mana. Lama lagi tu bulan 11 tapi boleh mula buat preparation dari sekarang. Surat kebenaran ni diperlukan untuk pendaftaran perkahwinan dengan Jabatan Agama.

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...