Menantu Uzbek vs Menantu Melesya

Salam sayang muahs, muahs semua!

Hah, meh sini nak cerita sikit! Sikit aje yek takda panjang mana pun @_@

Alkisah, bila berkahwin berlainan bangsa, budaya dan agama, memang banyaklah perbezaan yang harus diterima hakikatnya dan bertolak ansur dalam menanganinya. Begitu jugalah dengan menantu Melesya yang kecoh seorang ni...

Katanya, tradisi orang Uzbek, anak lelaki terakhir bertanggungjawab menjaga ibubapa dan bila sudah berkahwin, seharusnya anak lelaki terakhir dan menantu perempuan tinggal bersama keluarga lelaki. Makanya, segala tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga terletak di bahu menantu perempuan terpilih ni, ya!

Seperti yang pernah diceritakan, my Hubbydearie ada empat adik-beradik (2 lelaki dan 2 perempuan) dan Hubbydearie merupakan anak lelaki kedua/terakhir. Seharusnya setelah berkahwin, Hubbydearie dan isteri tinggal bersama keluarganya dan menjaga kedua orangtua. Unfortunately, anak lelaki keluarga Rahmanov ini telah memilih perempuan warga asing (dah macam bunyi perempuan indon/kemboja/vietnam aje...) untuk dijadikan isteri. 

Sebagai ibu yang sangat menyayangi anak lelaki yang katanya terhandsome di Uzbekistan dan berderet makbapak menawarkan anak dara masing-masing untuknya, mestilah terasa musykil dan susah hati. And of courselah membangkang sekeras-kerasnya keputusan anak apalagi bila diberitahu anak tersayang nak tinggal di Melesya!

Meruntun-runtunlah hati si ibu sambil berfikiran negatif di antaranya, 'Adakah anak lelaki kesayanganku ini telah diracuni fikirannya oleh wanita durjana dari Melesya itu sehingga sanggup pergi meninggalkan ibubapa yang ditake over tanggungjawabnya kepada anak sulungku?' (Hah, tengok besar tak masalah yang difikirkan oleh Mami ketika itu!)

Tradisi orang Uzbek juga, bila anak dara dah cukup umur untuk berkahwin pada usia 18 tahun dan tak buat apa-apa (tak sambung belajar dan tak bekerja) wajiblah mula mencari jodoh yang sesuai (ni macam style mak-mak kita zaman 50-an, kan...) Dating-dating pre-kahwin pun tak digalakkan di sana. Semuanya diuruskan keluarga kedua belah pihak as long as kedua merpati dua sejoli suka sama suka. 


Makanya pihak lelaki akan datang menziarahi keluarga belah perempuan sambil membawa anak teruna. Diberi masa ketika itu untuk saling berkenalan di bawah pengawasan ketat kedua belah keluarga (untuk tahu both tertambat hati ke tidak bila melihat muka masing-masing) manakala para ibubapa sibuk bergosip. Kalau ok, on ajelah...next week ke, next month ke bolehlah berkahwin dan buat majlis kenduri-kendara besar-besaran yek!

Dalam kes my Hubbydearie katanya, makbapak yang menyusun anak dara masing-masing untuk dipinang. Kira first time le berlaku kat Tashkent kes macam ni... Ni ada satu kes, minah ni tergila-gilakan my boyfriend-masa-tu, sibuk dok suruh makbapak pinangkan untuknya...nasib baik I takda kat situ, kalau tidak boleh main tarik-tarik rambut tengok jenama syampu mana yang lagi baik untuk rambut @_@ Itulah yang Hubbydearie dok bangga sangat tu katanya 'offer' tak pernah susut. Nyampah I dengar!

Sebenarnya, I as an outsider ketika itu, faham benar dengan kemahuan ibu Hubbydearie (Hishhh, masa tu belum jadi menantu, takdalah panggil Mami, Mami ok!) Anak kesayangannya right... kalau boleh memanglah nak pilih menantu sebangsa supaya dapat tinggal bersama-sama dan menjaga kedua orang tua. Tapi adat orang tengah bercintakan, walau faham macamana sekalipun, kita pun tak mahulah 'kehilangan' juga ^_^

Mujurlah segalanya berakhir dengan baik dan bila Mami first time tengok menantu, confirmed katanya menantu Melesya ni bukan jenis 'witch' yang main charm, charm orang gitu (kesian kat I tau...)

Ok, back to menantu Uzbek vs. Menantu Melesya. Sebenarnya comparison ni tak adillah sebabnya yang dibandingkan tu surirumahtangga sepenuh masa di sana dengan menantu 'berkerjaya' aka surirumahtangga separuh masa/hujung minggu aje. Eh, comparison lain kali ler (kalau teringat), kita cerita bagaimana nasib menjadi surirumahtangga sepenuh masa di Uzbekistan.

Alkisah, bila dah berkahwin menantu perempuan kena terus angkut beg kain baju dan tinggal di rumah keluarga mentua. Nasiblah kalau ada adik beradik lain yang tinggal bersama. Memang merana badan ler jadi hamba dalam keluarga mentua (Hiks2x, jahat tau I ni...)

Kalau bergaduh ke apa, jangan ngengada nak angkut beg kain baju dan lari balik rumah makbapak ya. Memang kena halau dek makbapak sendiri gamaknya. Duklah kat rumah mentua sampai bernanah hati dan perasaan atau kalau tidak pun, sampai kena cerai (Eh, memang mulut nak kena lemps ni...)

Semua urusan rumahtangga dari A to Z memang tanggungjawab menantu perempuan, ya. Cepatlah buat kerjarumah yang disuruh seawal pagi sampai matahari dah lama terbenam. One thing yang I perasan, ikatan kekeluargaan bangsa Uzbek ni sangat erat. Itulah pasal setiap kali bertemu, mereka beri salam, peluk cium kiri kanan. Kalau lelaki setakat peluk erat ajelah... 

Itulah yang berlaku di rumah I sekarang ni. Sebaik Mami keluar dari bilik di pagi hari, me, HD, Abang dan Adik dah get ready nak hug and kiss her sebelum duduk bersarapan sambil beri salam dan tanya khabar, ' Lena tak tidur malam tadi?' etc. Kalau pergi/balik kerja atau keluar rumah pun, samalah kaedahnya.

Hormat kepada ibubapa memang sangat tinggi levelnya, ya apatah lagi ibu. Memang you kalah matilah kalau membabitkan ibu ni. Like my Hubbydearie, kalau ada hint dalam hatinya yang Mami terasa hati, memang kena tegurlah menantu Melesya ni. Itupun kata Hubbydearie, hormatnya terhadap Mami tak sehebat anak-anak bangsa Uzbek yang lain. I don't know, sebabnya I pun tak pernah berada lama di Tashkent untuk memerhatikan tingkah-laku ibubapa dan anak-anak.

Oleh kerana menantu perempuan tinggal bersama ibu mentua, layanan yang diterima oleh ibu mentua seharuslah lebih baik daripada ibu sendiri. Kalau ketika makan, tetiba air dalam cawan ibu mentua dah nak habis, kenalah menantu cepat-cepat bangun tuangkan air untuk ibu mentua. Jangan sampai kosong cawan orang tua tu, ya. Kalau ibu mentua bangun nak buat kerjarumah, menantu mestilah cepat-cepat take over supaya ibu mentua tak buat kerja tersebut. Pendekata apa sekalipun, ibubapa mentua haruslah didahulukan @_@

Kalau bercakap dengan ibu mentua kena hormat dan janganlah sambil lewa. Kena lihat mukanya sambil 'memaniskan' muka sendiri, jangan sampai ibu mentua ternampak resah gelisah di muka menantu sehingga hatinya terfikir yang bukan-bukan. Hah, ambik! Memang kenalah nanti bila anak lelakinya balik kerja!

Cubalah bayangkan kalau dapat mak mentua yang kejam, ya. Aduhai, memang tak tahu apalah nasib diri. Kesian juga bila I terfikir tentang kehidupan perempuan Uzbek yang dah berkahwin dan jadi surirumahtangga sepenuh masa ni. Penceraian adalah sesuatu yang sangat luarbiasa di sana, like a  taboo. Kalau perempuan diceraikan, jangan haraplah ada yang sudi nak masuk meminang lagi. Confirmed memacam fitnah dah ditaburkan kenapa si perempuan ni kena cerai (tak pandai buat kerja rumah, tak pandai layan suami, jahat, tak hormat keluarga mentua, etc. etc. pendekata semua salah perempuan, ya)

Bila I dok fikir balik, ini dah macam era mak-mak, bapak kita kan. Ada perkahwinan diatur keluarga dan sebagainya. La ni kat Melesya, tak heran apa. Kalau tak sesuai, bercerai ajelah. Macam lazim sangat perkara tu, takda siapa pun heran. Bangga pun ada juga kalau dapat kahwin berpuluh kali macam Kak Liz Taylor. Kira laku macam goreng pisang panaslah sampai ke tua pun ada yang sudi nak menyunting bunga rafflesia di taman @_@

Eh, tak penat baca ke? I dah penat bercerita ni. Lain kali sambunglah kalau teringat apa-apa lagi ~_^











Comments

  1. Hish.....tak molah kalau kena jadi hamba macam tu....tak kawen pun tak pe! hehe....
    Tapi mmg pahala berganda gandalah yek kalau cenggitu punya layan mak mertua....Sure kat sana menantu semua bagai bidadari bukan menantu hantu macam OKje haha......
    Emm.... bis tu ...HD tak de plan ke nak pindah sana ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita... Kalau saya pun tak mahulah jadi hamba kat rumah mentua :) Tapi yalah, yang diceritakan ialah surirumahtangga sepenuh masa. Memanglah bergantung hidup pada suami, they all memang tak pegang duit (tak macam orang tu yang selalu open table hasil suami pergi obersi tu....) semua bergantung pada suami. So kalau kena cerai ke apa, tak ke haru. Kerja takda, duit takda. Kesian pulak...

      Delete
    2. Hehe.....serampang dua mata nampak hehe.....
      Open table wajib weyh...walau makan roti canai kedai mamak tu, hehe....redho jelah Papa Zir dahlah dapat bini zirafah pulak tuh....maleh pulak masak hujung minggu hehe ...

      Delete
    3. Eh, baru perasan belum berbalas komen yang ini! Macamanalah boleh terlupa ya. Takpalah janji berbalas walaupun selepas 3 tahun katanya baru nak jawab komen ^_^

      Mak, jangan terasa hati pulak! Kita cakap pasal surirumahtangga di Uzbekistan. Bukan tentang Mak yang juga surirumahtangga. Tapi bab open table tu memanglah, takkan kita sebagai surirumahtangga pulak yang kena tanggungkan. Kadang tu memang Kak Ton rasa nak berhenti kerja tapi bila memikirkan semua nak harap kat suami, itu yang tetiba off terus niat!

      Delete
  2. Baca entry ni, terfikir macam mana nak mulakan bercinta selepas kahwin..( yg arranged marriage tu)..:)

    Alhamdullilah dapat MIL yg best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Mami pun ok aje. Tapi kaki gosip/tukang karut kat sana pun ramai juga tau... di mana ada orang tua berkumpul, di situlah gosip tersebar.

      Saya pun tak leh fikirlah macamana dua orang yang tak kenal hati budi masing-masing boleh berkahwin dan 'menyukai' diri masing-masing. Tapikan....makbapak saya pun macam tu juga :) (arranged marriage)

      Delete
  3. hamboikan...pening juga kalo duk ngan mentua selamaya tau...
    kena jaga hati dan perasaan tu yang tak tahan hehe...
    memang kesian...
    tak dapat pikir kalo dapat mentua yg kejam..
    menangis air mata darahah kan...huhu
    tahap kesabaran kena tinggi tu MD hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik MIL kita datang sekali sekala. Kalau tidak pengsan alahai nak berlakon jadi 'budak baik' Keh3x.

      Delete
  4. kalau kita tengok cerita hisdustan tu..macam sama je kan MD..kena dok ngan mertua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sanggup ler Acik kalau kena tinggal serumah dengan mentua. Rasa macam tak boleh bernafas lega gitu... HD tu pun ada aje plannya...Katanya kan best duduk rumah besar lepas tu ajak seluruh abang, adik, makbapak duduk bersama satu rumah. Saya dengar aje macam nak pengsan rasanya....

      Delete
  5. act mana2 pun sama jer kak.. tak kira lah malaysia or oversea mane pun...
    ada jugak yg suka arrange match2 gini.. ade yg tak suka..
    tapi perception org kepada perempuan yg diceraikan sama jer di mana2.. kat uzbek pun gitu.. kt sini pun sama gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kat sini tak heran sangatkan dengar orang bercerai-berai. Kat sana macam rare sangat. Pastu nak kahwin kali kedua pun susah. Kalau ada yang suka pun jadi umpat keji keluarga. Pandangan orang terhadap ibu tunggal ni memang lebih kurang sama aje.

      Delete
  6. wah..baru tau mummydearie kawin ngan org uzbek eh...apapun sama jer kan...cuma bezanya penerimaan keluarga mentua pada kita..SA langsung x pernah ada pengalaman duk ngan mertua..apatah lagi SA mmg xde mak mertua masa perkahwinan dulu....selamat...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung SA tak pernah berpengalaman dengan mak mentua..hahaha...tapi lepas ni nanti kalau ada jodoh dengan ehm ehm ehm tu....bolehlah menimba pengalaman jadi menantu mithali ya :)

      Delete
  7. So... MD kenalah bersyukur tak kena macam mereka di sana. Bayangkan kalau kena macam itu? Tapi MIL MD tu ok tak adalah masalah. Kena yg cerewet memang menanahlah jiwa raga hihi..

    By the way HD ada baca dan faham tak kalau baca N3 ini. Kalau dia baca mesti senyum-senyum agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Mami saya ok aje. Kalau jenis yang garang dan kejam dan 'membuli' menantu ni, aduhai tak tahulah nak buat macam mana.

      HD jarang buka blog ni, takda masa. Tapi saya selalu aje hint bila 'mengumpat' pasal dia...

      Delete
  8. seronok baca n3 ni... tp untunglah MD dpt mami mentua yg baik kan... jodoh pertemuan ni urusan Allah swt kan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kena reject awal-awal aje. Kalau dah anak dua pun kena reject juga, aduhai...pening kepala ni.

      Delete
  9. Salam mummie...singgah sini..cari butang follow tak jumpa...;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Linda,

      Saya memang tak letak butang follower. Nanti saya add kat bloglist aje ya!

      Delete
  10. Tu dia tak sgka ye org perempuan kt sana serupa takde harga..kira macam jadi hamba la..terpaksa la merana demi suami n mertua.klu mertua baik cmna sekalipun,kita ni manusia biasa, mana boleh setiap masa nak bermanis muka depan mak mertua..ada kalanya moody gak..nasiblah wanita2 di uzbek tu ekk klu dpt mertua jahat...takbley imagine la.huhu

    sy pernah ada pengalaman tinggal ngan mertua selama 3, 4 bulan.even mak pak mertua baik, mmg tak best la dok sekali..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam kita yang 'ganas' ni PK, memang takda harapanlah kot kat sana. Makan pun nak cepat, buat kerja pun nak cepat. Yalah, kerjarumah bukan sikit-sikit alam kan... Pastu nak dahulukan makpak mentua dulu termasuklah hati dan perasaan, aduhai...sehari dua boleh lah...selamanya....mati muda cam tu :)

      Sebenarnya dari dulu saya dah cakap pada diri sendiri, lepas kahwin tak mahu duduk dengan parents sendiri apalagi keluarga mentua. Aduhai....

      Delete
  11. Kira beruntunglah org msia ni kan MD,kalau tk slh sy,di msia ni kaum india yg begitu kan MD?sbb jiran sy tu,lps kawin,menantu perempuan jd mcm org gaji je sy tgk..hikhik..

    Tp kita yg beragama islam ni,tk kira bangsa apapun,menghormati org tua itu adalah satu tanggungjwb,ibu mertua tu,fadilatnya sama mcm ibu kandung juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah, WA. Kita Melayu ni pun respect tinggi gak kat parents, keluarga mentua tapi takdalah sampai nak kena dulukan makpak mentua daripada diri, keluarga dan suami. Pendekata, kat mana-manapun kalau kena duduk dengan mentua, aduhai...bercinta duh!

      Delete
  12. Baca entry ni, rasa bertuahnya jadi menantu M'sia sambil rindu-rinduan kat MIL di M'sia…
    Dapat mertua yang baik tu mcm bonus jugak kan MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Nur. Kalau mentua jenis yang takda hati dan perasaan, memang matilah kita... Dia memang boleh cakap apapun, anaknya kita peluk erat tak bagi lepas, bila tiba part dia boleh buat muka bodoh aje... Nasib baiklah Mami tak begitu sikapnya...Syukur sangat-sangat!

      Delete
  13. Lain tempat lain adatnya kan.. takut juga ya kalau dijadikan menantu kat sana..kalau saya entaha bukan menantu tapi hantu.. haha.. kena jaga mentua yg silap2 ada adik2 ipar yg pemalas nak tolong kerja rumah.. makan hati saja ataupun ada yg lari dari rumah...

    dah ada orang tanya tu, ada plan nak balik kg HD ke nnati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya takut dulu masa sebelum kahwin. Manalah tahu kena tinggal dengan mentua dan ipar duai. Macamana nak buat ya? Semua aktiviti kena jaga :)

      Eh, lupa nak jawab soalan OKje tadi tu... jawab kat sini ajelah. Balik tinggal di Tashkent memang tak mungkinlah sebab HD pun prefer Malaysia daripada negara sendiri :) Nak 'balik kampung' melawat saudara-mara, mungkin 2015 tak pun 2016 kot... Mami kata apakata ikut aje dia balik Feb ni....saya kata kat HD, next time ler dear....tahun ni tak masuk plan ...hehehe....

      Delete
  14. Assalamualaikum...

    ohh yelah kak, dah nama pun kahwin campur..adat resam pelbagai..ada pro and cons setiap pilihan kita..alhamdulillah akk dpt mertua penyayang..creepy juga kalau yg sebaliknya..hihi

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Biasalah pro and cons tu memang ada even dalam perkahwinan sesama bangsa pun :) Nasib baik dapat Mami yang baik kalau tidak, aduhai...memang tak tahu akak nak react camna!

      Delete
  15. Lain padang lain belalang... Kalau nak kira... I rasa i adalah menantu paling malas kot. Bangun pun dahmeninggi matahari..mak mertua dah buat breakfast.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ni jiran saya pun pelik. Hujung minggu pukul 7 pagi dah jemur pakaian. Selalunya pukul 10 lebih baru nampak muka kat luar rumah :) Saya pun kalaulah dapat buat macam tu dan MIL tak kisah, memang saya buat! Tapikan HD ni lain sikit, sebelum Maminya tegur, dia dah tegur kita siap-siap!

      Delete
  16. iols duk sekali ngan mil dh 8tahun
    tp start 2 3 taun lepas mil start belajar pondok so sebulan tu adalah balik jenguk umah dia
    biasalah duk menumpang ni mcm2 hal..tambah2 kita pulak menantu..iols xdelah rapat ngan mil pun..just biasa2 je lah..suka buat hal sendiri..tp paling x best bila ramai anak2 dia balik..so privacy xdelah hahaha..lau mil xde balik pondok mmg heaven..w/pun mcm tu still bgn pagi tu waktu hujung mggu kita dah penat keje..so time tu lah nak bgn lambat ke..mil pun x bising..tp xtaulah dlm hati caner kan..allahualam..so far mak ayah iols pun heran caner iols boleh dok situ lama gitu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, respeklah kat you! I memang tak bolehlah dok ngan parents ke, parents in law ke... nasib baiklah MIL duk jauh...datang setahun sekali kira oklah juga. Bukan nak pretend baik ke apa depan dia tapi dah suami suruh 'behaved' sikit, kenalah ikut kata. Kalau MIL takda, kadang tu weekends lepas Subuh kita tidur balik satu family :) La ni kenalah bangun awal sikit, prepare apa patut sebelum MIL bangun... hipokrit sungguhkan :D

      Delete
    2. oopss...sepatutnya sya baca entry ni dulu baru komen newer entry..haha..
      baru faham layanan menantu uzbek :-))

      Delete
    3. Takpalah ANIM, janji baca habis dan faham cerita :)

      Delete
  17. Replies
    1. Hehehe...orang tak pandai tang ni, haruslah sesekali belajar meng-godeh blog sendiri. Ni takut hilang aje semua kang... sebenarnya nak tukar gambar kat atas tu, tak jumpa gambar yg sesuai. Pastu pageview sendiri pun kena track, puas tukar setting tetap juga ditrack pageview sendiri. Ni tengah terkial-kial cari jawapan...any ideas?

      Delete
  18. ok, abaikan persoalan kat entry tadi., Dah dapat jawapangnya. kalau baca ni dari segi hak seorang wanita tu, mmg makan hati berulam nasik la. Tapi bila baca dari segi positif, bagusnya sifat hormatkan org tua kat sana. Tak dapat bayangkan bila saya ambil alih semua tugas ibu [mentua] setiap kali dia nak buat kerja. Mau pengsan saya, sebab dia cargas sgt. Menantu dia ni lembab skit. kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kalau betul saya kena layan mentua macam tu, memang makan hati berulam jantunglah.... PIL diutamakan ya, suami pun letak nombor dua... apalagi kepentingan hati dan perasaan diri sendiri...

      Ya betul juga... kalau dapat mak mentua yang cergas tak reti duk diam (macam mak saya sendiri) memang terduduklah kita dibuatnya :)

      Delete
  19. salam kenal mummie,
    nak nyamput jugak..sebut uzbek nie sy biasa kerja ngan mereka dulu kat ofis ramai uzbekistan buat kerja2 crafts tuk company..btul tuh dorang manalah ade dating2 nie, semuanya arrange jer..dl dorang kalau anak2 nak kawen akan balik uzbek..mmg orng2 uzbek nie semuanya encem2 dan lawa2 kan..heheh tahniah kerana dpt 1 ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal UA,

      Oh, pernah bekerja dengan orang Uzbek ya? Mereka ni memang terbaik dalam bab-bab bertukang ni. Dia orang memang taksub sesama bangsa sendiri (huahaha.... termengumpat pulak) Kalau boleh memang campaklah kat mana pun tetap juga nak berjodoh dengan bangsa sendiri. Sanggup balik kampung supaya mak dapat carikan isteri yang sehati sejiwa bukan dengan pasangannya tetapi dengan ibu mentuanya :) Nasib baik MIL saya @ Mami sangat open minded walaupun kadangkala lebih banyak tak faham daripada fahamnya :)

      Delete
  20. hi mummie... :)
    woahh.this is wht i'm looking for.finally! :) ohmy.like seriously mummie,menantu msti layan mcm tu?bf i org uzbek but korean.and kita org behasrat la nak kawin after habis study nii.dan family dia makcik pakcik dia pun dah tau pasal sya.lagi lagi mak dia selalu tanya pasal sya stiap kali drg skype :D saya kat sini tak la jg buat mcm tu.heheee :D relex jee :) alamak.fikir 2 3 kali juga nii.mummie.really need ur help.so excited nak tau sgt ni cerita cinta 2dunia niii.nak cerita panjang&private sikit kot klu bole?hehehee :D

    ReplyDelete
  21. Hi Nana :)

    Oh, Korean Uzbek ya! My husband is pure Uzbek, Nana so hubungan kekeluargaan mereka memang terlalu rapat. Respek mereka pada ibu memang gosh, terlalu tinggi. Bukannya kita kat sini tak respek pada ibu sendiri tapi cara mereka tu banyak berbeza dengan kita. Akak tak pasti macamana Korean Uzbek melayan keluarga mereka tapi kalau typicall Uzbek ni memang lebih selesa dengan kaum mereka sendiri. Perempuan Uzbek ni selain daripada cantik, mereka memang terkenal dengan sikap hormat yang tinggi pada keluarga terutama ibubapa mentua :)

    Boleh sahaja kalau nak berkongsi pengalaman. Ini email akak -hppyrynne2906@gmail.com

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... apa yang bestnya tu, Reny? Oh, ada berkawan dengan lelaki Uzbek ya! Kenapa dah berkenalan dengan keluarga dia lepas tu putus di tengah jalan jerk?

      Well, kalau hati dah berkenan, jangan hanya dengar cakap kawan-kawan sahaja. Yang elok kita jadikan tauladan, yang tak elok jadi sempadan. Fikir-fikir dulu harus teruskan atau tidak, mana yang elok buat masa depan kita. But then, it's true, orang Uzbek lebih suka bangsa mereka sendiri :)

      Delete
  23. Hi mummydearie...
    Bestnya bolh kawin dengan lelaki Uzbek..
    Sy ada bf dari uzbek ni pun macam was2 je nak berrelationship walaupun dah di kenalkkan semua family dia sebab sy dengar dr kawan2 college yg memang dari Uzbekistan tu cakap "lelaki uzbek cuma boleh kawin dengan perempuan uzbek je".. Hancur je bila dengar,dah Macam "no future in future ahead" �� .. Bile duk cari ada x bukti lelaki Uzbek kawin dengan perempuan selain dari uzbek.. Fuhh, finally I found yours.. Tapi still x confident.. Nk minta advice akak in private boleh ?? Sambil sharing2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, double comments rupanya.... *_*

      It's not that lelaki Uzbek BOLEH kahwin bangsa mereka sahaja. Uzbekistan ni ada banyak bangsa -Rusia, Korean Uzbek dan Uzbek. Those yang 'original' uzbek ni memang lebih suka stick to their own bangsa. Senang cerita, lifestyle mereka ni macam zaman mak-mak akak tau (I consider myself akaklah ya, definitely lebih tua ni... *_*) Anak lelaki kedua biasanya akan jadi ketua keluarga which means bila mereka kahwin, menantu perempuan akan tinggal dengan makpak mentua. Sebab itulah makpak Uzbek lagi suka kalau anak-anak lelaki mereka cari isteri sebangsa. Dan lagi, menantu perempuan Uzbek memang tiptop katanya dari segi urusan rumahtangga. Life menantu perempuan ni hanya untuk seluruh keluarga suamilah senang cerita :) Itu yang kita susah sikit nak 'tembus', nak kasi faham yang kita pun, walaupun berbangsa asing, masih boleh jadi menantu yang baik!

      I'm very lucky though at first, my mother in law quite menentang kehendak anaknya tapi at the end, mak mentua merestui perkahwinan kami and she is not that type of MIL yang suka 'tunjuk kuasa' depan menantu. So glad everything's ok now and she can accept me as her menantu :)


      Delete
  24. Hi akak! saya ada bf org uzbek. kami berhasrat untuk berkahwin dan akan menetap di sna nanti. akak tingal kat uzbek ke buat masa ni? akak dapat tingal kat uzbek ikut suami akak? saya ada kawan, dia org uzbek dia punya uncle kahwin dengan org russia perempuan, dah dua tahun perempuan russia tu tingal kat uzbek tapi dia tak dpt menetap kat uzbek pasal tidak approve jadi citizen. huhu saya takut kalau saya menetap sana, tup tup, kena halau balik ke negri saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik, itu baru halangan pertama, takkanlah nak menyerah kalah ^_^ Ada banyak lagi halangannya tau kalau berkahwin dengan Uzbek ni. By the way, kenapa nak duduk di Uzbekistan, tak mahu tinggal di Malaysia aje?

      Memang betul, polis Uzbek ni lain macam sikit. Tapi akak tak tahulah sebabnya akak tak tinggal lama di sana. Memang sepelaung gitu, ada aje polisnya. Akak tak pasti kalau pasangan warga asing di sana tak boleh duduk lama tapi kalau ikut undang-undang imigresen, kenapa pulak tak boleh duduk dengan suami?

      Nak mendapatkan kewarganegaraan tu memanglah satu hal. Di sini pun tak mudah pasangan warga asing kepada rakyat Malaysia untuk dapatkan PR apatahlagi kewarganegaraan. Jadi akak rasa ada kekeliruan di situ. Mungkin nak dapatkan kewarganegaraan memanglah tak boleh, tapi untuk tinggal lama bersama pasangan mungkin takda masalah. Tapi yalah, memang imigresen mereka lebih leceh daripada imigresen kita.

      Adik duduklah di Malaysia. Suami boleh memohon visa 'suami kepada warganegara' kalau tinggal di sini.

      Apa-apa pun, good luck ya!

      Delete
    2. Bf saya ni dia sorang je lelaki dalam family dia. Tapi taklah terus kahwin kami akan menetap di uzbek, lepas 15 tahun mungkin, dia nak kerja dulu kat sini. Bf saya cakap dia tak boleh tingalkan negri tempat kelahiran dia, so sebab tu dia nak pindah semula kat sana lepas 15 tahun nanti. Parents saya suka sangat kat dia, dan parents dia jugak baik orangnya dan selalu betanya kan khabar saya. Banyak betul ye dugaan percintaan jarak jauh ni ye.

      Delete
    3. Yang sebenarnya memang Uzbek ni mempunyai tersangat close relationship dengan ibubapa dan keluarga terutama anak lelaki. Bagi ibu Uzbek, kalau ada anak lelaki maknanya 'I'm the Queen!" ^_^ Lain macam tau gaya mereka kalau dengan anak lelaki. Dan anak-anak lelaki Uzbek ni memang taat taksub pada ibu mereka biasanya. So kalau berkahwin dengan lelaki Uzbek, kena terima ibu mereka sepenuh jiwa raga melebihi daripada kesayangan anak lelaki terhadap ibunya. Yang ini bukan main-main, dik. Kalau tak boleh tahan dengan kerenah ibu mertua, kenalah fikir duplohlapankali sebab lelaki Uzbek memang tak akan bertolak ansur bila mana membabitkan ibu mereka.

      Hehehe...siapa yang tak suka Uzbek; memang terkenalkan dengan ketampanan dan kecantikan mereka. Tapi tak semua yang tampan dan cantik itu sesuai untuk kita sehidup semati ^_^

      Dugaan percintaan tu biasalah, Dik. Asal tak bersua selalu memang gitulah ceritanya. Ada aje halangan, rintangan dan segala fikiran negatif yang muncul tapi yang penting 'trust'.

      Delete
  25. Btw akak, saya ada tanya kat entri akak yang lain tapi saya tak tekan tick yang notify tu huhu saya tanya sini lagi lah ye kak hehe husband akak tak terpikir ke nak pindah ke uzbek suatu hari nanti? Yelah kan macam bf saya ni dia tu nak bawa saya move nanti kat sana, dia tak boleh tingalkan tempat kelahiran dia katanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Akak perasan and akak dah publishedkan pun. Selalunya cepat atau lambat memang akak akan reply komen. So, adik tengok-tengoklah kat entri tu semula kalau rajin ^_^

      Suami akak ni dah get used to life in Malaysia. Dia lebih Malaysian berbanding dengan akak. Lagipun dah dua dekad dia di sini. Dah ada PR pun.

      Life kat sana lebih laidback, tak macam kita di Malaysia. Personally, akak sendiri rasanya macam tak bolehlah nak tinggal di sana. Wanitanya pun mostly surirumahtangga memang kerjanya menghambakan diri untuk keluarga mertua. Once anak perempuan dah kahwin, hidup matinya untuk keluarga suami aje. Tak payahlah nak acah-acah tak tahan dan lari balik rumah. Dihalau makpak suruh balik ke rumah mertua semula nanti. And, my mother in law pun nasib baiklah tak banyak kerenah cumanya biasalah bila berjauhan dengan anak lelaki kesayangan, memang minta dimanja dan diberi perhatian. Masa tu, kita sebagai isteri kena redhalah sebab tempat kita dalam hati suami memang no.5 selepas emaknya, emaknya, emaknya dan bapanya.... ~_^

      Delete
  26. Hi akak! Boleh tnya tak. Akak kawen dgn suami akak umur brape ye? Saya tahu yang perempuan uzbek kahwin awal sangat. Kalau kahwin dalam umur 27-29 keatas org sana akan buat gossip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang betul! Uzbek kahwin awal macam zaman makpak kita dulu. My abang ipar kahwin dengan isterinya semasa isteri berumur 17 tahun kalau tak silap. Kat sana memang kahwin cepat. Nak kahwin pun takdalah persiapan bagai macam kat sini. Hari ni pergi merisik, kalau keluarga suka, perempuan dan lelaki suka, esok bolehlah buat majlis kahwin ^_^ Bukan macam kita berbulan plan nak buat grand wedding!

      My hubby ni lama kat luar negara so takdalah kahwin seawal 20-an. Kira lambat gak dia kahwin kalau ikut tradisi Uzbek. Adik perempuan bongsunya pun umur 24 tahun baru kahwin; kira lambat juga tu. Nasib baik makpaknya jenis lebih berfikiran terbuka. Takda sangat ikut tradisi Uzbek.

      Oh, jangan tak tahu, orang perempuan Uzbek yang tua-tua memang kuat juga bergosip tau lagi-lagi tentang menantu perempuan! Hahaha!

      Delete
  27. Assalamualaikum MD.. Tak sangka ada juga org malaysia yg kawin dgn uzbek. Saya nak mintak nasihat dan pandangan boleh ke?

    ReplyDelete
  28. I am married to one. Tapi takde lah seteruk yang digambarkan dlm blog u ni sis. Alhamdulillah my in laws okay sangat2. Siap suruh i stop buat keje... And they are very loving family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi miza! Boleh ke nak contact sekadar nak tanya pendapat? Boleh email me if you dont mind dian.azarina@yahoo.com

      Delete

Post a Comment