Posts

Showing posts from September, 2016

Alahai, bangsaku....

Image
Salam 28 Zulhijjah kawan-kawan!

I ni ada masanya suka juga buka laman gosip atau pun membaca hal ehwal semasa. Sejak media sosial menjadi 'penting' kepada manusia sejagat, adakalanya rasa seronok bila membaca sesuatu tu.

Lebih-lebih lagi kalau dapat banyak response dari para keyboard warriors. Memang best jadinya aktiviti membaca yang santai.

Mulanya I terbaca satu kisah ni di blog si LekatLekit @ rakan seperjuangan menyelusuri alam ghaib katanya (^_^) dan kebetulan malam semalam bila berkesempatan menonton berita di Astro Awani tetiba muncullah kisah yang sama ~ si penjual daging online dengan salah seorang 'potential customer'nya yang sedikit racist.

Ada you all baca kisah ni? 

Boleh klik di link yang diberikan. Dipendekkan cerita, seorang pembeli ni tak jadi membeli daging dari si penjual bila mendapat tahu yang budak dalam gambar profile si penjual adalah anak si seller, mixed blood Melayu-Negro. Alasan yang diberikan kerana suami si pembeli tidak suka si pembeli beruru…

Riang-ria di Taman Perdana & Taman Tasik Titiwangsa

Image
Salam 27 Zulhijjah kawan-kawan!

Semua pun tahu yang my superheroes dan taman memang 'pasangan ideal'. Kalau boleh hari-hari mereka nak ajak kami ke taman. Daddynya sukalah melayan tapi bila kena kat Mommynya ni, ke taman membawa maksud 'bersantai sambil makan-makan (aiskrim)' bukannya beriadah ~_^

But then again, apakan daya kerana permintaan mereka itu tak dapat nak dipenuhi setiap hari kerana Mommynya ni bukan surirumah sepenuh masa ^_^

Oh, well! I membayangkan kalaulah I surirumah sepenuh masa memang banyaklah bonding rebonding time dengan anak-anak; janji mereka happy. I pun of course happy jugalah! Setakat nak pergi taman pagi dan petang setiap hari, pastinya no big hal punyalah ~_^ 

Itu cuma kata-kata ajelah tapi berdasarkan kepada beberapa pengalaman menjadi surirumahtangga separuh masa, nak telan air liur pun payah, inikan pulak nak tunaikan permintaan anak-anak ke taman setiap hari. Oh, payah oi!

Ada kemungkinan banyak kerjarumah yang never ending tu tak mampu disi…

JJCM : Orchid Bistro

Image
Salam 26 Zulhijjah kawan-kawan!

Lama sungguh tak singgah di Orchid Bistro ni. Kalau tidak dulu-dulu memang rajin terjah ke sini. Maklumlah kalau dah ke Wangsa Maju ni, memang situ-situ ajelah kawasan lepak makan-makan katanya...



Kalau dulu makan di sini agak murah juga dan boleh tahanlah sedapnya. Nak kata sedap sangat tu tidaklah, tapi bolehlah diterima oleh anak tekak kami sekeluarga.

But then baru-baru ni kami makan, takdalah murah lagi dah walaupun masih kurang daripada RM100. Berbanding dahulu, memang nampaklah perbezaan harganya. 

Meh tengok apa yang kami minum dan makan di sini ~_^





Menu dua di bawah tu dah tentulah kepunyaan Adik Cute. Sejak kebelakangan ni, Adik Cute ni kuat makan tau. Habis licin pinggan. Kalau dulu letak nasi separuh pun tak habis, sekarang ni licin! Boleh kutip sebutir-butir nasi tu sampai licin berkilat pinggannya! Well, baguslah sikap makan macam tu! Lega hati Mommy ^_^

Itu ajelah nak cerita untuk hari ni. Bila dah masuk pertengahan minggu ni, fikiran pun dah m…

(JJCM) Seri Iskandar : Mr. Cendol & Ikan Bakar Pak Teh

Image
Salam 25 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni jom kita sambung kisah di Seri Iskandar lagi ^_^

Memandangkan Seri Iskandar ni takdalah besar mana, makanya I malaslah nak menggoogle apa yang ada di sini. Dengar cerita mulut dari my jiran sebelah ajelah...

Bila sampai di sini, memang lapar betullah tapi tak tahu nak makan apa. Berlegar-legar kami ni di kawasan sekitar, masih lagi tak boleh buat keputusan di mana harus mencuba makan. Yang senang dilihat (dari jauh) satu aje ~ Mc Donald ler ^_^

Teringat kata jiran sebelah, ada cendol di Billion. Maka,  I pun suruhlah HD memandu ke Billion. Buat-buat tak nampak aje McD yang tersergam (indah)  di pandangan mata tu!

Jadinya, marilah kita pekena cendol di Mr Cendol (Eh, betul ke Mak nama kedai ni? Ke Kak Ton yang memandai-mandai salah ingatan?)



Rasanya?

Bolehlah kalau teringin sangat nak 'mengcendol' gitu ~_^ My anak-anak dan HD pada mulanya main minum aje cendol ni tanpa letak gula melaka dek kerana gula melaka diletak dalam botol sos, di atas mej…

Seri Iskandar : Anggun Hotel

Image
Salam 24 Zulhijjah kawan-kawan!

Apa khabar pagi ni? Seronok berhujung minggu dengan keluarga? Mesti seronokkan...

Hujung minggu baru ni kami tak buat apa-apa yang luar biasa pun, sekadar keluar makan macam selalu. Maklumlah, kalau hujung minggu tu memang gantung kualilah jawabnya. Tapi yang sebenarnya, hari bekerja pun ada masanya gantung kuali juga~_^

Hari ni marilah kita sambung kisah ke Perak. Penat I mengwatermark gambar untuk entri-entri minggu ni. Bajet macam hari-harilah ada entri tapi tengoklah mood macamana. Hari ni mood ada baik sikit sebab bos tiba-tiba ambil cuti ^_^ 

Merdeka!

================
Selepas ke Kellie's Castle, kami pun meneruskan perjalanan ke Seri Iskandar. Kenapa ke Seri Iskandar? Ada apa di sana? 

Oh, silalah teruskan pembacaan ^_^

Kali ni perjalanan memang lama sikitlah sebabnya separuh perjalanan atas highway, I yang memandu. I kalau memandu, memang ikut peraturan jalanraya sesaja ^_^ Kalau HD ni, tak main dah tengok meter tu berapa. Semua pun main bantai saja!…

Jom ke Perak : Kellie's Castle

Image
Salam 21 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni barulah berkesempatan nak menyambung kisah yang tertangguh ~_^

Kisah hari raja haji macam dah tak relevan pulak nak bercerita. Kita kumpulkan sekalilah sambutan hari raya haji tahun ni dan tahun depan, senang cerita ^_^

Berbalik kepada tajuk, kami ke Perak pada cuti Hari Malaysia yang baru berlalu. Ada majlis perkahwinan di Seri Iskandar sebenarnya tapi dah terlanjur ke sana, apalah salahnya kita melenjan sekali.

But then again, kami tak tahu nak melenjan kat mana ^_^ Lupa nak tanya kat kawan kita KB tak pun Cho yang pakar bab negeri Perak ni, maklumlah negeri sendiri ^_^

Kalau tanya kat MD, memang tak berjawablah semua soalan. Geografi Negeri Perak ni memang I gagallah. Tak tahu hujung pangkal. Masa nak ke sini, I tanya HD (baguslah alahai tanya kat Suamiku Bukan Warganegara ~ tajuk drama Melayu terbaru di TV10 ^_^), Seri Iskandar ni belah selatan ke atau utara Perak? Mana sampai dulu, Seri Iskandar ke Ipoh ke Taiping?

Well, KB janganlah ngengada nak…