Posts

Showing posts from June, 2017

Salam Eid Mubarak

Image
Salam  kawan-kawan!
Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara yang nak dibuat 😊
Ini pun ambil masa 10 minit waktu rehat demi kawan-kawan. Harapnya kamu, kamu, dan kamu di sana, sini, situ sentiasa berada dalam keadaan sihat gembira hendaknya. Ramadhan pun dah hampir ke penghujung; dua hari lagi dah boleh raya 😉
Pada sesiapa yang dah beraya dahulu kerana anak bulan Syawal kelihatan lebih awal daripada sepatutnya, tak payahlah teruja sangat nak beraya sakan ya 😊

Hari ni hari last bekerja kerana I akan mula bercuti selama seminggu mulai esok. Jadi, kenalah cepat update blog ni dengan ucapan hari raya sebabnya kalau dah balik rumah, memang jangan haraplah nak menjengah blog katanya!
Di kesempatan ini, I ingin menghulur sepuluh jari memohon maaf andai kata ada tersilap kata, tersalah bahasa dan manalah tahu sekiranya ada yang terguris hati tersayat-sayat bagai dihiris sembilu dek asyik jadi bahan gurauan I ni...
Sel…

Ramadhan 2017

Image
Salam kawan-kawan!
Hari ni dah masuk hari ke-10 Ramadhan, sekejap ajekan masa berlalu. Tahu-tahu aje esok dah nak raya 😊

Pagi tadi I terbabas tidur. Lepas bersahur boleh tidur semula. Lepas tu bangun untuk solat Subuh. Boleh pulak mata tak boleh buka dan sambung tidur atas tikar sejadah. Bila tersedar kembali, sambil lap air liur tengok jam dah pukul 7.45 pagi. Apalagi, lintang-pukanglah bersiap.

Siap-siap mesej my colleague suruh beritahu bos yang I akan lambat sampai. Tapi nasib baiklah pukul 8.11 pagi berjaya sampai di pejabat 😊 Lega! Nasib baik rumah dekat dengan pejabat dan jalan pun takdalah jem mana pagi tadi!

Itulah bahananya bila tak boleh tidur malam. Mana tidaknya, balik dari iftar di luar teruslah sambung menggosok pakaian sampai pukul 1.30 pagi. Lepas tu bergolek-golek tak boleh lelap mata sampailah pukul 2.30 pagi! Oh, siksanya!

Bulan ni I pun nak slow down sikit mengemaskini blog. Bukan sebab malas, bukan sebab takda idea tapi memang letihlah nak menghabiskan hidup s…