Blogger itu future besanku!
Ahaks! Kelas tak tajuk? Kelas tak? Kelas tak? (Angkat tangan ramai-ramai tanda beri sokongan... clap3x) Eh. hello..... bukan 'besen' lah. Orang kata 'besan' ! Napa ni sampai tergeliat lidah? Belum sarapan lagi ke? Lepas balik bersiar-siar di Bradford, hari ni I kena pergi 'outstation' pulak kerana tugas yang perlu diundercover oleh mamarazzi this time. Well, today tak boleh intro merapu. Nampak tak tajuk tu apa. Makanya demi anak-anakku terpaksalah I behave sikit hari ni. Maklumlahkan nak bergosip pasal future besan. Mestilah nak kena jaga status adab-adab ketimuran pihak lelaki. Kalau tidak, macamana nanti nak arrange wedding of the year? Nak kalahkan Che Ta dan Zain tu.... Semua pun nak ikut tarikh lahir. Eh, awak... si bambam lahir Jan 1 kan? Ohhh, selamatlah boleh beli cincin kahwin harga RM1,100 aje dan mas kahwin RM110 aje @_@ (Kalau ikut orang Johor lagi padan muka mas kahwin RM22.50 aje tau, kira I ni mentua yang prihatinlah kiranya...)