Suatu hari sedang I bersenang-lenang di pejabat, telefon bimbit pun berbunyi (telefon tangan kata Bubbly Abang kerana dalam bahasa omputih 'handphone'). One of my nieces called me,
Wah, aunty...sejak bila ada blog ni?
Ehhh, pantang betul tahu dia orang ni bila mak-mak budak nak terasa glamor sikit.
Sebenarnya, masa I mula-mula menulis dulu, Hubbydearie pun tak tahu. Tetiba satu hari dia tersenyum sinis,
Oh, Mummydearie sekarang ni ye!
Eh, apa ni main baca blog orang tak bagi salam? (apa ke hal pula nak baca blog kena minta izin ni...masalahlah dia nih!)
Yang sebenarnya I malu ah... Itu yang main cakap tak tapis-tapis gitu ~_^
You tulis pasal apa ni? Merapu-rapu ye?
Eleh, you dulu-dulu I tulis surat cinta hantar email pun you main skip skip. Kalau you baca pun bukan you faham!
As long as you tak merapu bukan-bukan pasal family you. Jangan nak mengada cerita too personal about your family pulak, ok!
So, kenalah tapis semua cerita keluarga ya. Tak boleh lebih-lebih. Lagi-lagi kalau pasal Hubbydearie. Kita tak tahu bila dia buat spot check walaupun BMnya takdalah gempak sangat pun tapi dia faham, ok.
Conclusionnya, kita janganlah sesekali mengumpat atau menabur fitnah tentang suami sendiri dalam media hiburan sosial. Berdosa besar tau. Berdosa tu satu hal, nanti tak pasal-pasal pula kena hempuk dek suami ...hahaha...
Tapi kita belum pernah lagi kan dengar cerita isteri diheret ke mahkamah oleh sang suami kerana mengumpat suami dalam blog? *gelak*
I sebenarnya tak faham mengapa ada sesetengah pasangan yang kalau bergaduh pun berhempas pulas nak bagi orang tahu. Pernah sekali dalam FB, suami isteri ni bertukar-tukar caci nista dalam post terkini masing-masing kerana masa tu statusnya memang mereka tengah bergaduh laki bini. Adui, malu sungguhlah!
Yang kita pula takkanlah nak reply post suruh mereka banyak-banyak bersabar dan bawa berbincang. Aduhai, ala emak! Memang kalau ada yang macam ni, I rasa macam nak kasi cancel aje ke'friend'an kat FB tu.
Teringat kata my late father dulu, kalau sendiri cari pasangan, sendiri kena tanggung apa-apa yang berlaku. Jangan bila bergaduh suami isteri terus nak balik rumah mak bapak lepas tu nangis-nangis mengadu. Settlekan masalah sendiri, Jangan bagi orang lain masuk campur. Dok berbincang elok-elok. Itulah yang I pegang sehingga kini.
Kalau nak bergaduh, bertekak, bertikam lidah suami isteri, both of us masuk bilik tidur and jeritlah kuat-kuat apa yang tak puas hati sangat tu. Pastu kita keluar bilik macam nothing happen aje. Of course minta maaflah kalau dah buat salah, nanti tak masuk syurga pulak menderhaka pada suami.
Bila amarah tu membuak-buak sememangnya kita tak boleh kawal apa aje perkataan yang keluar dari mulut, kan. Bila dah reda, barulah terfikir betapa bodohnya tindakan yang macam budak-budak tu. Baru nak menyesal. Nasib baik belum terlambat. Kalau dah terlanjur kata macamana nak buat? Itu semua kenalah fikir,kan!
I memang pelik dengan jenis pasangan suami isteri yang bila bergaduh aje, siap ajak kaum keluarga and the gang untuk sama-sama join masalah rumahtangga mereka. Alah, kalau dah hidup bersama sebagai suami isteri, dalam satu keluarga tu memang perkara biasalah bertikam lidah sekali sekala. Ada juga kengkadang yang 'berperang' sampai berhari-hari, bermasam muka.
Masa mula-mula nak kahwin dulu semua pun happy aje. Walaupun dah nampak kekurangan mahupun keburukan, eh tetap juga menggeletis nak kahwin. Dah tu bila dah berkahwin, takkanlah tak boleh give and take sekali-sekala? Lainlah kan kalau tetiba suami kata,
I rasa I nak buka cawangan barulah!
Yang itu memang patutlah main perang-perang, plus adegan air mata air bah lepas tu meraung tak ingat dunia and then barulah berfikir semula apa nak buat bila suami dah gatal nak buka cawangan baru. Perkara macam ni memanglah 99% perempuan tak boleh nak terima dengan tangan terbuka walaupun dijanjikan dengan payung emas, kan...
Tapi kalau setakat terlupa beli barang yang dipesan, tertiba kena Alzheimer dan terlupa nak wish birthday kita apatah lagi nak sediakan hadiah birthday, alahai itu sap sap soi aje. Kalau pun rasa macam nak luruh air mata macam petir berdentum dan kilat sabung-menyabung, pandai-pandailah buat drama. Agak-agak nak menang tu, kita berdamailah.
Ewah, ewah, pandainya I ni bagi motivasi suruh main drama-drama minggu ini pulak dengan suami! Kang kalau ada yang mengikutnya, habislah terpalit nama ^_^
Sebenarnya I nak cerita pasal apa tadi, ek?
kan dh terkantoi dengan anak sedara.hehe..bab rumah tangga waima hal gaduh famli sekalipun mmg kena bincang baik2..medan sosial bukan utk hal yg macam tu..klu ada pun maybe budak hingusan la..suka sgt bukk aib sendiri..Masyaallah..:)
ReplyDeleteHaishh...malulah! Masa nilah nak pakai make up tebal-tebal :D
DeleteTak kuasalahkan hal dalam kain nak cerita kat orang luar. Kita juga yang malu nanti.
assalam mummydearie..maaf acik nak tinggal komen ye
ReplyDelete..acik suka n3 ni memang betul..kalau nak bergaduh ke apa..jangan sampai ada yang tau..adatlah kalau ada terasa ter..kecik hati dengan suami kan..tapi tak de yang tau..kalau masa di luar..atau ada yang datang kerumah..boleh je berdamai..elok macam tak ada apa2..lepas tetamu balik..kalau masih tak puas hati..sambung balik he he.
Betul tu. Kalau tak puas hati nak gaduh lagi, sambung balik lepas tetamu dah takda. Malulah buka pekung di dada, kan.
Deletemmg malu kan sis kalo famili terjumpa blog kita...
ReplyDeletemy bro baru 3 months ago kot terjumpa blog i....
malu yg amatttttttttttttttttttttttt oooooo....
tapi maintain cool....
ckp "ala blog bodoh2 jer..citer merapu2... dah lama dah ada.. tak kan nak buat announcement"
hahahahhahahaha walhal rasanya mukaku dah meraaahhhh padam dah masa tu...
true sgt2 entri u ni.... tak elok hal rumah tangga di war2 kan.... pandai2lah kita kan.... rasanya yg spesis up status sana sini jenis tak fikir panjang kot tu kan... iskk iskk iskk... minta dijauhkan lah pe'el camni...
Oiiit, memang malulah sis. Lebih-lebih lagi bila hubby sendiri dapat tahu. Waimanya, email kita pun dia boleh buka sesuka hati so memanglah dia boleh detect senang-senang aje...
DeleteMalukan sis bila baca hal rumahtangga orang yang berantakan. Harapnya walaupun kita marah tahap maksimum, takdalah kita buat kerja-kerja bodoh cam ni :D
tak salah tuk bersosial media ni. takde sapa marah pun nak FB, IG, blog, twitter or etc. tapi biarlah berbatas kan. ni cerita rumah tangga nak kasi satu dunia tau masak lah. mcm ape jer. sbb tu Lyn kat sosial media ni tak semua benda lyn share even blog or IG pun. ada masanya kita perlu berahsia. simpan utk diri sendiri..
ReplyDeleteSebab itulah Lyn akak tak berapa interested pun nak ber FB, IG mahupun twitter bagai. Takkan akak nak beritahu 'Pagi tadi baru makan telur goreng!" Kahkahkah....adatlah kan apa yang kita nak share kat situ....
Deletekalo gaduh2 toksah lah nak cerita kat org atau nak up status kat FB...saper yang malu kita jugak...lagi satu benda2 mcm ni sgt personal k...
ReplyDeletebetuk kata ayah mummydearie tu ko yang pilih kan..takkan nak gaduh nak ngadu bagaikan eh segan la...
saya kalo tak puas hati suka la gaduh dalam keta time anak2 takder haa memang gerenti takder org dengar...hehe tapikan kalo gaduh baik diam lagi bagu kot kalo jerit pun takder maknernyer pun buat pnat jek....last2 baik2 juga...hehe
Betul tu Lizz. Sekarang ni anak-anak dah pandai mendengar. So lebih baik tutup pintu dan gaduh. Kalaupun nak nangis ke, menari ke, buat dalam bilik tidur ajelah. Nak heboh satu dunia, alahai...malunya kita juga yang dapat!
DeleteSuami i sibuk nak baca blog ai. Doj kaji selidik tanya apa ai cite dalam tu. Malu la kalau dia bc bila dia tanya i buat x tau je. End up hilang camtu. Rahsia la blog kita ni. Untuk kita kita aje.
ReplyDeleteBetul tu. Suami saya tak bacalah...eh tak tahulah baca ke tidak. Tapi sebab dia tahu email address saya dan password bagai, tentulah dia nampak komen-komen semua. So, itu yang ditanya. Cuma dua aje larangannya. Sap sap soi, saya no hal lah kalau itu aje :D
DeleteHeh heh heh..mak slalu gak membahan laki mak dlm blog. Tp mmg jd bahan sungguh la..bahan gelak antara kami laki bini. Ada modal nak buat lawak..:) Lgpun, alhamdulillah laki mak x mudah terasa ati..*setakat ni, mak x la membahan isu2 senstif*
ReplyDeleteErr dan dia adalah pembaca setia blog mak tu kot.
Hahaha... suami Mak memang bagus. Tapi takpalah kalau setakat buat bahan lawak. Tang sensitive issues tu kita simpan dalam hati ajelah kan...
Deletehehehe hubby KA suka baca blog KA specially n3 tntg Adik lepas tu dia baca sambil gelak terkekeh2 sorang bila baca n3 tu & komen2 nyer.. apapun betul x semua kita boleh tuliskan di blog ada certain2 cerita yg perlu kita tapis2 dulu kan !
ReplyDeleteHubby saya tak berminat tang 'bahan ilmiah' yang saya tulis dalam blog ni..kahkahkah...
DeleteTapi apa-apapun dah itu pesanannya saya ikut ajelah. Bukan susah pun. Tapi memang takda niat pun nak mengumpat mengata suami sendiri dengan kengkawan alam maya. Lebih baik simpan dalam hati aje kan, KA!
Okje suka gak mengumpat laki dalam blog....tapi ngumpat ngumpat manja gitu haha....kira berdosa tak gitu MD?
ReplyDeleteKadang tu mmg sengaja biar dia tau isi hati yg terpendam.......Tak delah sampai gaduh besar pun nak meroyan kat blog hehe....berpada padalah...mana yg boleh dan tak....
Ngumpat-ngumpat manja kalau PapaZir/Arjuna pun menggeletis suka, takpa OKje. Itu tandanya dia redha kita mengumpat pasal dia...hahaha...
Deletehehe...anggapkan redho ajelah .....closed case hehe
Deletetak kisah ada blog kita bebel puas hati blog kita yak tak.. ahaks..pedulikan orang kita hapay
ReplyDeleteKalau kita nak mengamuk secara umum pun takpa sebab blog kita. Tapi kalau nak bersandiwara, sendaloka tang seseorang tu kenalah berpada-pada, ya tak?
DeleteTak bagus dok cerita dalam fb kan. Patutnya selesaikan sendiri tampa campur tangan pihak lain.
ReplyDeleteItulah...tak faham betul. Kalau saya lagilah nak cover-cover tak mau orang tahu.
Deletemasa mula2 dulu mmg saya curi2 berblog jugak…. entah macam mana, hubby boleh pulak jumpa my blog… ingatkan tak dapat restu, nasib baik hubby pun suka… lepas tu, baru la makin rajin menulis… catat apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak…. yang paling tak sangka, dia la yg tukang promote blog pulak skrang ni… so kena la lebih berhati-hati bila menulis sbb ipar duai pun dah jadi silent reader :)
ReplyDeleteMmg tak faham husband and wife yg suka canang everything dalam FB… kita kalau boleh, nak sorok masalah dalaman dr pengetahuan pihak luar, kan?
Kalau orang lain tahu tu boleh juga main lari-lari, kan Nur. Tapi bila hubby sendiri yang tahu, alahai mana nak sembunyi nih. Buat muka selamba dek aje walaupun dah merah padam menahan malu :D
DeleteHahaha..kantoi ada blog ye....??
ReplyDeleteSelagi kita bergelar manusia..selagi itu kita hadapi cbran hidup,pasangan suami isteri dgn kerenah mereka...anak2 yg jd mangsa pergaduhan dgn keerenah mereka pula....semua org dia uji...kita sendiripun tak terlepaskan MD...tp cara menulis status di fb sampai i perang besar u see tu...tak best la kan.....hehe..moga dijauhkan kita dr bersikap begitu ye MD...
Yalah, WA. Takkanlah kita nak update status macam tu kat public kan... Buat malu diri sendiri aje. Kalau gaduh tu adatlah, tak payah nak diperbesar-besarkan, ya tak?
Delete