Tiba-tiba aje...

Mimpi ke apa ni? 

Entahlah I pun tak pasti tetapi tiba-tiba aje teringat pengalaman melahirkan kedua-dua buah hati di rumah ni.

Abang dilahirkan pada Sept 2, 2006. Sepanjang proses kehamilan memang mudah saja. Takdanya morning sickness, mengidam ke atau apa-apa sekalipun. Semuanya berjalan lancar. Hubbydearie dah pesan mesti mendapatkan khidmat doktor wanita ketika bersalin nanti. So, I pun memulakan pencarian. I got this Prof (let us call her Prof A) from my best friend. Katanya beliau memang bagus. So I pun segeralah booking siap-siap. 

Memang benar bagai dikata, ramai sungguh pesakit Prof ni. Setiap kali check-up, I lah antara orang yang  terakhir dan biasanya lepas Maghrib baru selesai my appointment. Malangnya ketika dimasukkan ke hospital, Prof ni sudah bergerak ke utara kerana melawat bapa saudaranya yang sakit tenat. I diberi dua pilihan : Prof B (seorang lelaki) dan Dr. C (seorang wanita). Both of them I tak kenal atau pernah dengar namapun. Jadi, dalam pada menahan sakit, I pun tak fikir panjang dan terus memilih Dr. C kerana beliau seorang wanita ^_^

Alhamdulillah, segalanya lancar dengan Dr. C walaupun beliau terpaksa datang ke hospital last minutes. Kebetulan, malam tersebut beliau ada majlis bersama keluarga kerana menyambut harijadi ibu dan suaminya. Makanya, keluar masuk ajelah Dr. C dalam labor room macam keluar masuk pantri buat minuman. Selamba aje kekdahnya ... Namapun doktor kan tentulah beliau tahu apa yang perlu dilakukan. Cumanya I sajalah yang cemas dan gelisah kerana first time melalui segalanya.

Dek kerana air ketuban dah pecah, I diberitahu proses bersalin sepatutnya berlaku dalam masa 24 jam. So, kalau dah dekat pukul 10 malam I masih tak bersalin, jawabnya memang terpaksa diusung ke bilik pembedahan. Wah, baru dengar aje dah takut! 

I sudah berada di labor room since pukul 3 petang selepas diinduced pada sebelah paginya. Bila Dr. C masuk pukul 9.30 malam dan tiada tanda-tanda I akan bersalin, mereka pun berbincang dengan Hubbydearie dan minta keizinan untuk melakukan pembedahan. I ingat Hubbydearie tanya pada I, but then I main angguk-angguk aje sebab fikiran dah jauh melayang. Oh, ya... sebenarnya I ambil epidural kerana I ni memang seorang yang sangat penakut bila di hospital. Mengapa dan kenapa, itu ada sejarahnya dulu-dulu. Walaupun I tahu epidural perlu dielakkan kalau boleh, I memang main angguk aje bila Dr. C bertanya tentangnya. 

Dalam pada bersiap nak ke bilik pembedahan dan memohon kebenaran bertulis dari Hubbydearie, tetiba Dr. C beritahu yang I dah ready to deliver! Dek kerana penangan epidural I guess, I memang tak rasa sakit ketika itu dan juga semasa proses menjahit. Yang buat rasa sakit cuma perasaan takut yang menyelubungi fikiran. Tau-tau semua pun dah siap dan I dah ready untuk dihantar ke bilik. 

Bila first time melihat Bubbly Abang dan memegangnya, masya Allah .... memang terasa indah sangat saat itu. Sampai sekarang pun I masih mengingatinya ~_^

5 years after that, I melalui pengalaman yang sama sekali lagi. Walaupun keterujaan tidak sama seperti pertama kali, I sangat gembira bila mengetahui Abang akan dapat Adik. Kali ini memang kami tahu the new member of our family will be another boy. I takdalah mengimpikan anak perempuan pun ...

Pengalaman mengandungkan Adik ni lain sikit. I mengalami morning sickness daripada awal sampai almost 9 months. Semua pun tak lalu makan dan segalanya pahit di tekak. Seluruh badan terasa sakit dan setiap malam memang mengerang aje dek rasa sakit. Kadang-kala sampai menangis-nangis bila nak  tidur. I memang sangat tak larat ketika mengandungkan Adik. I dimasukkan ke hospital pada 8hb Nov dan Adik dilahirkan pada 9hb Nov, 2011, dua hari lebih awal.

Kali ini bila mencari Prof A, beliau sudah tidak bertugas lagi. Dr. C pula sudah berpindah ke hospital swasta yang lebih terkenal berhampiran KLCC.  Dek kerana kesuntukan masa, I memilih Prof. D kerana hanya beliau yang available ketika itu. I ingat tentulah Prof D ini seorang wanita pertengahan umur but then bila kali pertama bertemu, terkejut melihatkan dirinya yang masih muda!

Proses kelahiran Adik pun sama macam Abang. I masuk labor room since 3 pm selepas diinduced sebelah pagi dan berada di sana sehingga 10 malam. Kali ni nasib I lagi malang. Selepas diinduced oleh Prof D, beliau menghilang sehinggalah malam. Tak tahulah I berapa kali I diperkenalkan kepada doktor lain kerana Prof D menghadiri seminar. I diberitahu jika I bersalin sebelum Prof D habis seminar, makanya doktor yang bertugas ketika itu akan menyambut kelahiran. Oh, my... terus I minta epidural sekali lagi dek kerana takut sangat. But then, kali ini untuk epidural pun I terasa sakit. 

Around pukul 11.30 malam, I diberitahu oleh seorang jururawat kemungkinan untuk kelahiran secara C-section. Masa itulah I nampak Prof D datang untuk mempersiapkan I ke bilik pembedahan. Memang sia-sia ajelah I terpaksa membayar penggunaan labor room sebanyak RM50/jam dan berakhir di bilik pembedahan.

Ketika diusung ke bilik pembedahan, pakar bius yang sama berada di sana. Sambil berjenaka, beliau menegur I sambil tersenyum,

La, jumpa lagi kita ya, Puan!

At least kerana pakar bius yang sedikit kelakar tu, kurang sikitlah rasa resah. Hubbydearie pulak memang I tak bagi ke mana-mana langsung. Punyalah seronoknya beliau dalam bilik pembedahan sibuk nak ambil gambar sampai Prof D minta dia jangan terlalu rapat ketika beliau sedang membelah perut ^_^

Adik dilahirkan pada 12.30 pagi dalam keadaan I yang separuh sedar. Sempat juga Hubbydearie bergurau ketika di bilik pembedahan,

You should ask Prof D to keluarkan sedikit lemak sekali. Kiranya macam buat sedutan lemaklah....

Aduhai...nak buat joke awal pagi gitu ...

Macamana perasaan I sekarang?

Oh, tersangatlah gembiranya dengan kehadiran kedua-dua superheroes ni! Rasanya kalau tak nampak muka mereka berdua, macam nak kena himpit dek dunia yang bulat aje diri I ni ~_^







Comments

  1. pengalaman & nikmat melahirkan anak2 tu hanya yang melaluinyer saja yag tau kan... Pengalaman KA utk ke 3 anak lebih kurang sama, teran sekali dua aje dah kuar semua hehehe.. bahagian masing2 kan berbeza !... Keperitan melahirkan buat sayang bertambah2 pada anak2 kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni memang paranoid gila bila masuk hospital. Sibuk nak epidural. Hah, sekarang rasakan ler penangan epidural 2 kali. Sakit dah tulang temulang ni mengalahkan orang tua.

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Hurmmm sofia tak ada pengalaman macam ni..tp maybe lebih kurang sama time sofia nak dpt adik bongsu perasaannya..haha adik2 yg lain time tu sofia rak reti apa2..time yg bongsu sofia dh abis form 3..so ada faham la sikit2 kan..hehehe tp mmg rasa seronok dpt adik kecil kat rumah..mmg sampai skg, kadg2 terbayang2 proses dia membesar..dr nak belajar jalan...cakap semua..hehe

    Insya-allah..Allah akan sentiasa melindungi anak2 akk..

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Thanks kerana mendoakan ...

      Masa akak 11 tahun dapat anak sedara yang pertama. My sis bersalin di rumah aje dengan bidan kerajaan. Masa tu akak lari masuk bilik tutup telinga, muka ngan bantal. Takut gila nak dengar suara baby. Sebenarnya masa tu tak tahu apa-apa pun pasal proses bersalin tetapi terlebih fobia tak tentu pasal..hahahah...

      Bila tengok mereka membesar memang rindu betul zaman baby-baby mereka yang dah berlalu. Tak tahulah bila besar nanti tentu hari-hari pun akak nangis teringatkan anak-anak...sedih ler...

      Delete
  3. tu kalau dah terkenang-kenang..maknanya teringin nak mengandung lagilah tu kan..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opocot!

      Sampai tersembur keluar air teh tarik ler ...hahahah

      Takdalah Dee. Mungkin dua aje kot. Itupun kira dah oklah, ada juga anak-anak buat peneman dan penyeri hidup.

      Delete
  4. suka bca pengalaman org bersalin ni.. tapi lyn jadi seriau plak.
    skrg ni dah okey sikit since dah pernah ada pengalaman operation last 3 years.
    of coz lah bukan bersalin kan. yg tu tak tau lah bila.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, akak memang penakut tahap crazy gila. Apalagi bila sebut pasal hospital. Alhamdulillah, pengalaman akak takdalah seteruk mana dan ok aje. Sampai sekarang tertanya-tanya juga, 'Eh, sebenarnya aku bersalin dulu takdalah sakit pun, fobia aje melebih-lebih!"

      Tapi kalau bab epidural ni, memang mendatangkan masalah buat akak sekarang ni. Serba-serbi dah tak kuat macam orang tua sangat ler...

      Insya Allah, lepas kahwin adalah rezeki menimang anak pula, Lyn. Amin!

      Delete
  5. ooo so akak mmg rase laa normal ngan czer yeak kak.... bagus la akak dpt rase due2 pengalaman tu....lieya mmg 3 tu normal...alhamdulillah laaah...nak jaga berpatnang pun senang....2 mgu dah rase sihat.....tapi tu la kan kak, czer ke normal ke yg penting ibu dan baby selamat kan kak....

    sian akak rase mabuk2 tu yeak...lieya seb baik laa tak teruk sgt....kalo lapo mabuk laa, bile dah kenyang perut okey jek tu yg kene makan selalu heheheeh...sbb tu lieya mase preggy dari 50kg leh naik 70kg...uihh scary betul.....ni kalo laa terbukak hati nak peknen balik nak kene jage2 bab mkn....letih maoo diet wooo ekekeekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira memang merasalah normal dan c-sect tu, Lieya. Kiranya macam dah taubatlah sekarang ni...hehehe... Kalau lapar mabuk, mabuk lapar itu memang petanda nak makan sesangat ler tu... hik, hik, hik...

      Alhamdulillah lepas czer pun akak takda masalah. Luka sembuh dgn baik dan takda tanda pun. Hari ketiga balik rumah, hari keempat dah leh pegang penyapu tau sampai nak kena hempuk ngan mak sebab terlupa tgh berpantang ... :D

      Delete
  6. Mummydearie..sama la ngan acik..takut hospital dulu..masa acik..pi rawatan biasa..sekali dr.kata..terus masuk wad....en.suami tunggu diluar masa tu..bila keluar je..nak bagi tau dia kena masuk wad pun tak terkata..air mata je yang keluar..sebab takut kena masuk wad.
    lucu jugak kalau diingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Acik itu lagilah scary merry! Kalau sayapun dah tentu menangis-nangis kena masuk wad mengejut gitu.

      Delete
  7. Ohhhh bila mengenangkan zaman beranak ni mmg takut nak pregnantkan MD.... Ke tak? Ke tak sabar nak pregnant lagi?...okje setiap kali pregnant mmg tak enjoy ......sebab kena jaga makan takut pressure naik ...tu yg tak best tu....
    Tak sangkakan kejap je mereka dah besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut tu masa tu aje OKje. Lepas tu gediks gediks nak pregnant lagi. Btw, MD takdalah mimpi gitu sekarang sebab tulang temulang dan segala sendi dah tahap orang tua dek kerana 2 kali ambil epidural kot...

      Delete
  8. Biler cerita bab pengalaman bersalin...ni hmmmm rasa cam ngeri lak...bukan apa walopon org kater saya ni jenis mudah bersalin tapi saat rasa sakit tu terngiang2 oooo....tapi biler nengok anak depan mata lega..n happy sangat...saya tiap kali ngandung mesti loya pening segala..huhu girl ngan boy sama jek rasa dia...tapi tak serik nak ngandung lagi...hehe...huihh lama tu mummydearie morning sickness sampai semilan bulan tu...itulah pengalan jd ibukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang azab masa pregnant kali kedua tu. Meloya dengan tak laratnya Tuhan aje yang tahu. Nak berjalan pun sakit kaki sampai banyak sgt 'pitstops' kalau nak ke sesuatu tempat. Surrender ajelah secepat mungkin ke hospital sebab memang dah tak larat. Datang kerja pun macam chipsmore, kejap ada kejap takda.

      Delete
  9. jomlah seiring dan sejalan dengan i. tambah lagi sorang, huehuehue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...tak larat ler... Dua kat rumah ni pun dah pening kepala sesaja walaupun happy bila tengok mereka. Cuak juga tu kalau betul tiga ...

      Delete
  10. betul la mummydearie, pengalaman mengandung dan melahirkan anak sulung ni, kita akan ingat sampai bila2… the same goes to me… smpai skrang boleh ingat setiap detik kali pertama timang anak sendiri and the first time breastfeed him… rasa mcm ajaib sgt… anak dalam kandungan, tiba2 ada dalam pangkuan kita, lepas tu minta utk disusukan… Subhanallah, tak terkata diberi nikmat semua tu… yang lain pun ingat juga, tapi eksaited anak pertama tu lain macam sikit…. hihihi… pernah tulis pengalaman bersalin utk anak first and second… yang ketiga jer belum sempat tulis lagi… tetiba rasa nak mengimbas kenangan jugak, ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje Nur nak mengimbau kenangan silam, precious moment tu kan :D

      Anak pertama tu pengalamannya lain sikit sebab kali pertama, kan. Bukannya pengalaman yang lain-lain tu tak berharga. Setiap anak pun membawa kenangan yang cukup indah kan Nur.

      Delete
  11. dah merasa dua2 czer n normal complete dh la...cuma mummydearie kena usaha crik geng at least sorg..klu tak hero2 kt rumah tu je la menang dlm segala hal.hehe..

    pengalaman pregnant n melahirkan mmg jadi kenangan terindah bagi setiap wanita..nikmat bersalin tu mmg sakit,kejap je dh lupa nak pregnant lagi..tu yg unik.haha..

    klu diimbas kembali sy ni macam terbalik..anak kedua yg ditunggu2..anak pertama serba serbi tak bersedia..ye la tak budget boleh kawen awal,mngandung pun takde pengalaman.dh 3 bulan tak mai period dok buat bodo je..percaya tak sy tak tau yg nk test pregnant perlu kencing?dua kali pergi klinik sbb tak bley kencing.hakhak

    lepas bersalinkan aiman rasa macam fobia asyik teringat je walhal agak mudah juga la melahirkan si chubby tu..en suami pun ada teman..yg afia ni sensorang bertarung,sakit Masyaallah lebih2 dr masa bersalinkan aiman tp tak skang ni dh rasa macam tak sabo nak mengandung lagi boleh?haha..

    mengandung n melahirkan ada persediaan n takde persediaan tu mmg lain..faktor pengalaman tu penting gak..masa anak sulung tak tau langsung nk handle..anak meragam,menangis tak tau sbb apa.teruk tak teruk la kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu saya dah redhalah...hahaha... takpalah takda geng. Macam just nice aje ada 4 in a family. Lagipun sebab epidural 2x, saya menanggunglah seksanya sekarang. Serba-serbi tak kuat lagi dah.

      Pengalaman tu walaupun adakala mengerikan, memang paling indah dalam hidup setiap kali mengenangnya. Apalagi kalau tengok buah hati depan mata, terasa Ya Allah, syukurnya sangat-sangat.

      Saya ni sendiri perempuan last dalam keluarga dan yang paling lambat dan last sekali kahwinnya. Terlebih bergantung pada kakak-kakak. Masa anak sulung memang tak reti apapun sebab immediately lepas kahwin terus mengandung, takda honeymoon honeyman apa kekdahnya la. So ada gap 5 tahun tu pun bagus juga cuma jarak antara anak tu mungkin buat mereka tak gitu rapat. Tapi takpa saya dah ikut petua orang dulu-dulu suruh simpan tali pusat mereka dalam satu tempat supaya mereka sentiasa rapat adik beradik :D

      Delete

Post a Comment