Kisah si Abang lagi...

Lama pulak  rasanya tak bercerita pasal anak-anak. Eh, dah lama ke? Hahaha...

Sejak cuti sekolah ni memang rileks habis si Abang di rumah. Kerjanya bangun tidur, main, kacau Adik. Itu ajelah yang rajin dibuatnya. Sabtu yang baru lalu, Abang ada tanya pada I minta confirm betul ke dia akan bercuti selama 60 hari. I lah yang pandai-pandai, beritahu kat dia (untuk merajinkan dia ke sekolah pada awal-awal tahun dulu) yang setiap hujung tahun akan bercuti lama sampai 2 bulan.

Jadi ditanyanya pada I, dua bulan tu equals to how many days... I pun selamba jawab 60 hari. Bila ditanya semula baru-baru ni, I pun mengiralah bersungguh-sungguh dan akhirnya beritahu yang dia akan bercuti selama 47 hari.

Oh, apalagi membebellah mulut si Bubbly Abang ni komplen kata Mommynya menipu,

Mommy kata dulu akhir tahun cuti 60 hari. Kenapa sekarang tinggal 47 hari aje? Penat aje Abang tunggu cuti ni dari awal tahun tau!

Mencemik-cemik sekali mukanya konon telah 'terpedaya' dengan kata-kata Mommynya. Yalah, dia kata dia trust Mommy, sampai hati Mommy tipu. Adui, rasa macam kena tumbukan di muka pulak!

On the first day of school holiday, dia pun beritahu Daddydearie dengan gembiranya sebaik bangun tidur lewat pagi,

Daddy, I have 47 days to play, you know!

Oh, Abang... kalau ada masa terluang nak main memang happy aje. Cubalah suruh baca buku cerita ke apa, mulalah bagi alasan. Abang ni pun memang pandai, bila kita suruh baca buku, dia pun akan unjukkan pada I beberapa helai kertas A4 minta distaplekan,

Nak buat apa ni, Abang?

Tadikan Mommy suruh baca buku cerita, so Abang nak buat buku ceritalah ni!

Makanya akan penuhlah helaian kertas A4 itu dengan gambar pelbagai kartun bercerita... 

Bukan dia pun yang baca. Lepas siap nanti, disuruhnya I baca sampai habis! Ni siapa yang kena belajar sebenarnya ni?

Teringat pula satu situasi ni ketika usianya 4 tahun. Masa tu me, my husband, eldest sis and mom sedang bercerita tentang kes budak kena dera oleh bapa tiri. We were on the way back to Kuala Lumpur from Kuantan. Si Bubbly Abang ni senyap aje bermain dalam kereta. Tetiba dia suruh semua orang senyap sebab dia nak bercakap. So kita biarkan ajelah dia nak membebel, kononnya nak story morylah ni.

Dia berceritalah yang sesiapa yang dera budak kecil  tu memang orang jahat. Kalau orang baik, mereka akan sayang anak-anak mereka macam Mommy and Daddynya @_@

...but MakNgah, I know my Daddy is a good Daddy!

Macamana Abang tahu Daddy Abang baik? (tanya MakNgahnya)

Of courselah....Daddy Abang tak pernah lagi baling Abang keluar tingkap!

Ohhhh...betul juga ya! Memanglah my Hubbydearie ni 'baik' sebab  tak pernah pun dia baling anak keluar tingkap ke, pintu ke....

Bubbly Abang ni memang keletah ya amat. Tak tahulah ikut perangai siapa. Hey, jangan menuduh tau! Itu mesti dalam kepala fikir anak I tu 'banyak mulutnya' ikut Mommynya, kan? Ok, I tak akan marah kalau ada beranggapan begitu. Lagipun semua tak kenal my Hubbydearie, right! Ni rahsia tau... sebenarnya Hubbydearie lagi berkicau mulutnya kalau 'berperang mulut' kat rumah. Semua pun ada jawapan dan alasan. Shhh... rahsia tau jangan beritahu sesiapa!

Tak tahulah I apa akan berlaku bila si Adik Cute pun dah mula bercakap lancar. Memang terpengsanlah Mommynya melayan kerenah. Bertabah ajelah hendaknya. Sekarang ni Adik Cute baru membebel pendek-pendek aje. Yang paling mencuit hati sekarang ni, bila nak tidur Adik akan tunjuk signal tangan sambil mulut mongelnya menyebut, 'Tab!'

Lepas tu minta buka youtube nak dengar lagu alif, ba, ta ataupun 'Allava'... tau Allava tu apa? 

Itu versi baby wordsnya untuk 'I love you' . Tak tahulah mana dia dapat. Kalau tab takda bateri, dia tunjuk pula signal dengan tangan suruh nyanyi, "Tanko, Tanko' 

Itu maksudnya, 'Twinkle, twinkle' ya @_@

 

 



 



 


Comments

  1. Replies
    1. Macam tulah dia hari-hari. Banyak betul nak story mory dengan Mommy.

      Delete
  2. hahaha suka baca n3 ni.. rasa terhibur dan teringat keletah anak2 sendiri pulak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honestly speakinglah, KA kan... pengalaman bersama anak-anak yang macam ni lah yang akan buat kita menangis mengenangkannya bila mereka dah besar nanti. Since dah ada blog ni semua pun saya nak simpan di sini :D

      Delete
  3. keletahnya masing2. byk mulut..
    kalah zaman2 kita dulu... dulu2 org tanya sepatarh, sepatah lah kita jawab..
    budak2 skrg, berpatah2 dia menjawab balik.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita dulu-dulu, sangat takut pada makbapak walaupun kita memang tahu mereka sayang kita sangat-sangat. Akak dulu kalau pergi rumah orang aje nak cari buku cerita ke, majalah nak dibaca siaplah kena cubit kat nenen dengan mak. Manalah berani nak cakap bukan-bukan...

      Delete
  4. abang ni sama macam abang uwais...bila cuti jer kemain seronok bergumbira tengok tv main memacam dia buat hari2 kira berapa hari lagi dia cuti...suka sangat la tu...
    suka la adik cue tu cakap comel sangat allava n tanko2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah Lizz. Takda langsung mention pasal sekolah ke, buku ke...Hari-hari minta izin nak tidur lewat malam. Ditanya juga kenapa Mommy takda cuti sekolah panjang macam dia...Eh, kita bukannya budak sekolah, manalah dapat cuti panjang. Cuti bersalin tu lain lah ye!

      Delete
  5. Siapa lagi nak layan anak kita kalau bukan kita. Otak hero MD sedang nak berkembang. Banyak idea nak dicurah. Bagi A4 paper tu kakak pasti penuh dgn cerita nak bagi mummy dia baca. Bijak tak bijak tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari-hari ada 'buku cerita' baru, Kakzakie. Buku cerita kita beli, disuruh adiknya kerjakan. Yang paling baru, dia sudah 'published' satu magazine baru (tak ingat berapa muka surat) namanya 'Good Magazine' . Penat kak saya kena baca sampai habis kartun-kartun bergambar tu. Bila tengok tu pandai juga common sense si Abang ni, Ada tentang pokok takleh tebang sembarangan, mengapa kena makan makanan seimbang, dan entah apa-apa lagi!

      Delete
  6. mmg pandai la abg,siap buat buku cerita sendiri..kira kreatif.dh la keletahnya sgt menghiburkan..kesian dia tertipu dengan mommy..Aiman cy cakap cuti sebulan pun dh hoorey..skang ni setiap malam jadi burung hantu..yg tak pernah tido siang cuti sekolah ni asyiklah tertidur siang..

    adik cute mmg comel..tanko..tanko..how cute he is..of cozlah my menantu kan.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... yalah tu besan! :D

      Abang pun jenis tak tidur siang. Hari-hari sekarang ni minta 'kerja over time' sebab game tak abis-abis mainnya... nak tidur kena layan si Oggy ngan Gumball dulu... Saya ni dah sakit mata (saya ni kan rabun) kena baca buku cerita A4 dia, hari-hari pun ada.

      Delete
  7. Haa... jangan main2 dengan budak2 sekarang...47 hari jangan dikata dua bulan.. kena marah ... anak sulung yang cukup pintar, nanti adik pun mesti cepat faham sesuatu sebab ada abangnya sebagai rujukan..apa ye komen cikgu tentang perangai abang di sekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun hairan juga macamana cikgu-cikgu sekarang melayan kerenah anak-anak murid. Mereka ni bukan jenis macam kita dulu-dulu. Abang tu dekat sekolah sangat well-behaved. Dia membebel bila depan orang yang dikenali lebih-lebih lagi dengan Mommynya.

      Delete
  8. singgah sini.. budak2 kalau cuti skolah la yg paling seronok :) buku, pensil semua dh tak ingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Budak-budak ni memang enjoy habis masa cuti sekolah. Tak payahlah nak mention suruh study ke apa, memang langsung mereka buat tak tahu aje.

      Delete
  9. Anak2...memang sukar diduga ragam mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak sekarang bukan macam kita dulu-dulu. Mereka ni memang bijak berkata-kata, kadangkala tak terjawab juga bila mereka mula bertanya bertubi-tubi.

      Delete
  10. Heehehe..gelihatilah baca cerita abang nih..47 hari tu siaplah mummy ye....memang nasib baik bkn 60 cuti kalau tidak kena bertabah berlebih2lah...

    Kenapa la abg bg alasan daddy dia baik sbb x buang dia ikut tingkap...?hehehe

    sy percaya mulut abg tu mcm mummy dia juga...ahahaha....jgn marah ye MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang saya dah agak. Yalah, saya yang suka membebel dalam blog tentulah Abang ikut perangai Mommy, kuat membebelkan... :D

      Masa tu kami berborak pasal kes kalau tak silap buat kecil kena buang oleh makbapak, kena dera dek bapa tiri, pendek cerita kes dera-menderalah ni...itu yang dia terus menyampuk kata Daddynya baik sebab tak pernah pulak buang dia keluar tingkap!

      Delete
  11. kreatip la abg
    bestkan layan keletah anak anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok layan keletah anak-anak sekarang ni. Nanti bila mereka dah dewasa, alahai rindunya saat-saat ini...

      Delete
  12. Hehe......mengikut jugak gene mama tu Bubbly abang opsss....
    Alah....masuk ajelah Contest, Story telling...sure menang! hehe..... Nampak gayanya OKje ni mmg nak kena hempuk ni ...cakap tak de insurance hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, mengumpatlah tu.... Kalau Mommy ngan Abang masuk contest yang disebutkan di atas tu, agak-agaknya siapalah yang menang ya? Kita abaikanlah faktor usia tu...

      Delete

Post a Comment