Thursday, November 14, 2013

Eeiii, jijiknya!

Harapnya dapat dimaafkan tajuk yang tak semegah mana ni. Alkisah, cerita yang nak dihidangkan ni pun bukanlah cerita yang boleh dibawa bermegah-megah. Lepas baca, kalau ada yang menjuih-juih mulut tu, harap minta maaflah yek. Bukan salah I pun seratus peratus ... salahkan pada pengguna sejagat yang tak bertanggungjawab ~_~

I ni bila keluar berjalan-jalan dengan keluarga memang tak suka menerjah masuk ke dalam public toilet (siapa suruh terjah, melangkah masuk dengan longlai pun takda sapa yang hairan!) Lebih-lebih lagi kalau pergi keluar makan. Baik sebelum mahupun selepas makan. Memang itulah satu-satunya dunia kecil yang I tak mahu masuk. Geli mak ooi... Anak-anak pun kalau boleh, sila tahan jangan buat masalah. 


Kalau termasuk pun itu kiranya memang dah tak boleh kawal lagi segala lelebihan dalam pundi kencing. Dah sampai terkepit-kepit atau lari setempat, itu memang masalah negara juga. Terpaksalah tahan nafas/tutup hidung dan terjah masuk dan keluar secepat yang boleh macam ada pertandingan merebutkan duit RM1 juta aje gamaknya. 

I  tak tahulah mengapa sesetengah orang yang tak tahu menggunakan tandas sebaik mungkin. Ikutlah prosedur yang tak perlu belajar. Kalau di rumah, lepas guna mesti nak flush. Then jangan pulak malu-malu, tengok betul-betul, line clear barulah buka pintu dan keluar. Ini bukan setakat nak check balik, nak flush pun kadang-kadang malas atau sememangnya terlupa ke?
 

Rasa pelik jugalah bagaimana agaknya tandas mereka di rumah. Super freaking bersih kot sebab hari-hari bersental dengan pencuci kilat gitu atau sebaliknya?  


Satu lagi, ada sesetengah tandas yang menggunakan pemancut air tu, kan. Alah yang bila buka paip sikit aje dah memancut-mancut keluar airnya kalau tak berhati-hati. Ada sesetengah orang tu, kalau ya pun dah basah tempat duduk toilet tu, tolonglah lap sikit.  Kalau ada tisu free di luar, bawalah masuk. Kalau ada tisu sendiri dalam beg, lagi afdal. Kesat-kesat sikit nanti sat ada orang lain pulak nak guna. Tak ke kita merasa malu bila buka pintu toilet dan ada orang yang menunggu di luar. Katakanlah ada yang tertinggal, ok ke kalau nak buat muka selamba aje? Dressing ngalahkan artis terkenal yang dah nak tenggelam timbul gitu...

Ada yang lagi hebat, boleh pulak dok bertenggek atas toilet macam ayam nak berkokok. Lepas tu malas ke atau pura-pura terlupa nak mengelap bekas tapak kasut kat situ. Buat sakit hati pengguna seterusnya aje tau. Kalau I lah kan rasa macam nak menyumpah-nyumpah aje tapi dalam hati lah ^_^





Keadaan public toilet kat Malaysia ni pun alahai, sedih (atau lebih sesuai guna perkataan 'geli') bila melihatnya. Kalau I dah masuk toilet yang begini kerana keterpaksaan tahap maksimum, memang takdalah I  teringin nak makan apa-apa. Rasa nak kena morning sickness kat situ juga. Kesian nanti orang lain melihatnya ...

Eh, eh, eh... I lupalah nak warning sedari awal tadi jangan membaca hingga perenggan terakhir sambil makan! Ke memang pun tak baca terus skip ke last perenggan. Aha, I tau...coz I ada magic power tau!

Apa-apapun next time bila masuk public toilet pastikan anda mengamalkan cara hidup sihat ye! 

Eh, apa ke hal pulak ni?

P.S. Gambar seperti biasa ehsan dari pakcik google ^_^







20 comments:

  1. Mmg betultu jarang nak jumpa public toilet yg betul2 bersih..kadang mmg geli...tau masuk2 ader jer barang peninggalan..hadoi..errrr...ader pulak tissue dibuang merata..takder kesedaran..tula kalo boleh pi jln2 mengelak tau dr nak msk toilet...kalo nak terrr sangat baru gagahi ....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang rasa macam nak jadi makcik cleaner sekejap tapi tak menahan pulak tengok keadaan dalam toilet tu. Alahai, memang bercintalah kalau nak masuk public toilet nih.

      Delete
  2. kadang2 saya pun terfikir perkara yang sama…. Bagaimana tandas rumah mereka? Hurm… Saya pun jenis yang akan tahan juga dari guna public toliet, melainkan kalau terdesak… Tapi my other half, pantang keluar dari rumah, mesti cari toilet…. mungkin orang lelaki jenis tak kisah kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki style nya lain sikit kan, Nur ....

      Tapi betullah saya memang tak sanggup nak menahan nafas, nak memerhati keliling bila masuk public toilet ni. Ada tu yang kena bayar pun kadang-kadang geli tengoknya sementara menunggu dibersihkan oleh cleaner.

      Delete
  3. sbb tu klu masuk public toilet klu boleh mmg takkan nk guna tandas jenis duduk..geli kot macam2 jenis org dok guna.huhu..

    tp klu terpaksa cuba tahan la..klu darurat terpaksa jugak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah macam nak kena batu karang tu memang haruslah terjah aje tapi kalau boleh tahan, memang tahan sampai balik rumah. Aduhai, memang tak sangguplah rasanya...

      Delete
  4. Public toilet di Malaysia mmg dalam keadaan menggelikan...meloyakan...jijik...
    Sikap..sikap...sikap...
    Tandas awam yg saya sanggup masuk lama lama, ialah PLUS...tu pun sekarang ada yg kotor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, DZ. Saya memang tak faham dengan sesetengah pengguna ni. Geli ya amat apabila terpaksa juga heret kaki masuk ke dalam. Kalau boleh elak, memang saya elak selagi daya :D

      Delete
  5. Bab public toilet ni mmg lah akak susah hati sikit.. kalau boleh tahan mmg akak tahan dr masuk ke sana.. tak sanggup.. mmg sangat2 tak sanggup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kak Yan. Kalau boleh simpan sampai balik rumah, memang simpan elok-elok lah dalam pundi kencing. Tak sanggup menahan pandangan dan bau kat public toilet ni.

      Delete
  6. Sayapun sama...jenis yg akan guna public toilet bila betul2 x tahan...kalau public toilet mcm tu,sy tak hairan sgt tp kdg2 tu sy singgah solat di masjidpun toilet dia mengalahkan tandas awam,pdhal tempat beribadat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya risau. Bila nak sembahyang masa di luar, dah tentu-tentu nak masuk bilik air dulu. Bila terpaksa masuk tu, itu yang jadi aduhai, tahan nafas, sesak lubang hidung rasanya!

      Delete
  7. Sat...sat ..... Toilet kat JJ tu pun Public Toiletkan???.....
    Memang le MD.....tak lalu nak buat projek dalam public toilet...tp macam yg awak kata tulah....kalau dah tak tahan sangat ...tahan nafas 10 minit hehe..... jangan sampai koma sudah haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau teruk sangat kondisinya memang boleh terkoma tetiba, OKje....

      Eh, OKje ni pun geng tegar JJ ke?

      Delete
  8. mmg susah nak tgk toilet yg bersih kat malaysia ni..
    klu ada pun tmpat2 yg exclusive contoh KLCC or pavi..
    tapi klu jenis tak reti jga kebersihan, even kt mane2 pun mmg tak reti.
    lyn amat berkira pasal toilet ni. klu boleh tahan, lama dah tahan. tapi terpaksa gak pg kekadang, sampaikan terpaksa tahan nafas. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah bila kita akan dapat tengok public toilet yang sangat bersih kat Malaysia ni. Kata orang, kalau nak tempat makan, tengoklah toiletnya bersih atau tidak. Kalau bersih, tak perlulah risau tentang kebersihan restorannya pulak. Tapi bagi akak, memang takdalah nak gi check toilet sebelum makan. Eh, nak termuntah rasanya!

      Delete
  9. Samalah kita... cukup payah nak masuk public toilet ni.... anak2 pun mcm tu juga, sampai Adik leh kena jangkitan kuman dalam saluran kencing sebab menahan diri dari g toilet even kat sekolah pun !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sama ada menahan nafas dan masuk, atau menahan diri daripada buang air. Dua-dua pun susah dan menyusahkan, ya tak?

      Delete
  10. Betul... kalau public toilet mmg mcm tu. Kalau tak terdesak, memang tak nak masuk.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh tahan, lebih baiklah kita tahan aje, ya tak? Tak sanggup betul nak menerjah masuk dalam toilet yang aduhai...

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...