Posts

Showing posts from June, 2014

Salam Ramadhan & Menginjak Usia ...

Image
Salam Isnin kawan-kawan ...
Akhirnya bertemu juga kita di bulan Ramadhan yang mulia ini...
Minggu lepas keadaan kelam-kabut sikit di tempat kerja, makanya my mood menulis pun jadi kelam-kabut. I bercuti Jumaat lepas kerana both superheroes demam bergilir-gilir. Abang dah kebah dari demam dan elok sahaja pergi sekolah hari Khamis. Si Adik pula tetiba badan panas di malam hari.
I pun ambil cuti hari Jumaat kerana hendak membawa Adik ke klinik dan menjaganya di rumah. Bila anak demam, Mommy memang susah hati banyak rasanya. Lepas berjumpa doktor, Adik okey aje. Lega sikit. 
Petang Jumaat ketika mengambil Abang di sekolah, sebaik nampak Mommy menunggu di depan pintu pagar sekolah terus Abang menangis tersedu-sedu.
Katanya kepala sakit sejak pukul 2 petang. Tak makan dan minum. Tak juga dia beritahu pada guru kelasnya. Cuma kawan-kawan aje memujuk supaya jangan menangis. Tentu  sakit sangat kalau tidak tak mungkin Abang berkelakuan begitu.
Balik dari sekolah lepas makan ubat, Abang terus tidur…

First time ....

Image
Wordless Wednesday kononnya....



Mengimbau kenangan lalu tetiba.... sebak bila fikir anak-anak dah semakin membesar, diri dah tua, ilmu di dada masih tak cukup-cukup lagi ....

Erkkk .....

Wordless ke cam ni? 

Bantai jelah Tipah oooi.....

Esbok@peti sejuk ...

Image
Salam sayang kawan-kawan!

Apa yang kau mahu, semua kuberi...
Apa yang kau mahu, mahu apa lagi?
Bagaimana aku pula
Aku serik
Jadi ku ingin jalan sana
Tolong tepi sikit, tolong  tepi sikit .....
Hah, awal pagi dah berdendang lagu nyanyian Sleeq ft. Joe Flizzow ni khas buat bos kecil dengan ucapan,

Blahlah cepat ke Jepun. I ghi-mas ler nak layan kerenah tak reti bahasamu itu !

Okey, itu je! Hal bos  tak boleh dibawa berbincang berjemaah dengan teman-teman alam maya.  Tak baik, kan. Sekali tu jeklah nak lepas geram ...

I tengah berkira-kira dengan sepuluh jari, berapa lamalah my peti sejuk baru tu akan bertahan. Bagaimana excitednya Mommy sumbat segala makanan dan barang, begitu jugalah excitednya superheroes berdua buka tutup my peti sejuk. Mahu tertanggal pintu kalau begini. Kunci pakai padlock nanti baru tau ~__^




My esbok lama tu elok lagi cuma kapasitinya tak mampu memenuhi kehendak seisi rumah. Lagipun akibat keaktifan superheroes berdua, maka tempat letak botol air pecah berderai dikerjakan m…

Aksi Abang Adik

Image
Salam Selasa kawan-kawan!

Hari ni rasa macam malas nak berborak panjang lebar di alam maya. So, layan gambar-gambar superheroes berdua yang suka buat entah apa-apa ni...

Si Bubbly Abang yang demam semalam sampai tak lalu makan dan tertidur lepas makan ubat.




Si doktor dalam rumah yang kecoh sibuk 'menasihati' patient yang super picky eater tu ...





Eh, rupanya doktor ni sibuk nak makan bukannya sibuk melayan patient yang satu tu!



Deretan 'deko-deko' ala Eric yang boleh selalu dilihat di my rumah ....


Of courselah hasil usaha Adik yang tak mengenal siang dan malam tu ...

Memperkenalkan .... King of the House ....



Yang ini pulak tetiba nak jadi monkey macam dalam cerita Journey to the West tu ...



Eh, dah habis cerita! Biar benar ni ....

Ok tak kalau update entri cam ni je gayanya, tak meleret cam selalu? *__*

Taman Rimba Riang, Kota Damansara dan kisah hujung minggu

Image
Salam Isnin kawan-kawan !
I ni kalau hari Isnin memang takda Monday blues. Biasanya ok je. Nak pergi kerja pun takdalah merungut mana, sampai merangkak nak masuk kereta. Tapi bila tiba pertengahan minggu je, memang tetiba malas menimpa diri yang tak bersalah ni tau!
Jom tengok apa kami sekeluarga buat di hujung minggu ...
Hari Sabtu Abang ada sekolah ganti sempena raya nanti. Masing-masing bangun lewat sebab tahu memang tak mahu ke mana-mana sebelah pagi. So, kita breakfast di rumah ajelah. Baling, lanting, goreng apa yang senang Mommy nak buat sambil mengejarkan mesin basuh nak basuh baju dan mengemas rumah segala bagai ....
Sebaik hantar Abang ke sekolah, kami pun membawa diri ke Aeon Big di Wangsa Maju. I suka ke mari sebab barang-barangnya tersusun cantik dan kawasannya luas. Pastukan, banyaknya jual tudung comel-comel, cute mute kat luar tu. Pastukan ada satu kedai buku agama yang I suka dok masuk, belek, keluar, masuk, belek, beli, keluar ...
Lagipun survey peti sejuk tak habis-habis…

Kisah lapuk tak ditelan zaman ...

Image
Salam sayang semua !

Yeah, hari ni hari Jumaat *happy mode*

Tapi yang sebenarnya, I rasa sangat malas hari ni. Malas nak buat semua perkara termasuklah menulis entri. Boleh gitu ya.... 

Ini kira kugagahi jugalah walaupun katanya malas. Kalau tak malas tentu dah 10 mukasurat hasil penulisan. Meh tengok kalau I malas menulis. Berapa panjang pulak entri kali ni *__*

Ini semua kisah lama tapi belum sempat ditelan zamanlah, baru beberapa hari maybe seminggu, dua punya cerita je ...

Adik Cute yang suka berselfie sekarang ni ... 


Memang minat sungguh Adik ni dengan 'tempat duduk' begini. Tak kiralah berapa ramai umat manusia, mulut mungil Adik bukan main cepat suruh Mommy dudukkan atas tu dan buat 'photoshoot'. 

Dek kerana cuti sekolah tak dapat ke pantai, tak pandai lagi bersnorkeling mahupun menangkap ikan, marilah anak-anak kita tengok ikan-ikan dalam akuarium yang bakal menjadi hidangan pada suatu hari terpilih....


Ini pun dah buat mereka excited macam apa tau ! Terjerit-jerit Ad…

Abang 'terkena' lagi ....

Image
Salam sayang semua !

Dah mula rasa malas bekerja ke? Maklumlah hari ni dah Khamis, esok dah Jumaat. Lusa dan tulat dah boleh berhujung minggu. Mahulah terasa malas je nak buat kerja pejabat. Eh, I sorang je yang feeling-feeling malas, orang lain tidak? Nampak sangatlah I yang paling malas dalam dunia ni, ek !

Rasa simpati yang menebal pula pada diri sendiri ...

Alkisah, baru-baru ni Bubbly Abang 'terkena' lagi dengan Mommynya yang suka menyakat ni. Eh, seronok tau I menyakat superheroes ni ! Suka tengok muka comel mereka bila tengah tension kena sakat dengan orang yang paling dipercayai dalam dunia ni a.k.a. beloved Mommy *__*



Abang ni ada habit luarbiasa - suka gigit kuku. Puas dinasihatkan, langsung tak peduli. Lepas tu dengan hairannya I tak tahu ke mana pergi kuku-kukunya. Kot ditelan masuk mulut sampai ke perut tak tahulah. Kuku Abang sentiasa pendek. Belum pernah ya I tolong potong kuku jari tangannya. Kalau si Adik yalah, seminggu sekali.

So, beberapa hari lepas Abang mengad…

Aktiviti bebas superheroes

Image
Salam sayang semua!

Aduhai, mengapalah sejak awal minggu ni sibuk aje kerjanya. Macam cikgu sekolah yang baru start bekerja pulak rasanya. Ada aje file yang melayang jatuh elok-elok atas meja I sejak Isnin lalu.

Dah namanya makan gaji, kenalah dahulukan kerja. Kalau takda kerja, barulah boleh buat hal sendiri tanpa segan silu di depan boss. I know, I know.. boss pun pura-pura je tu busy padahal entah apalah yang ditelek, dibega kat skrin laptop ! Takpa boss, I boleh simpan rahsia punya ^__^ 

Meh tengok aktiviti petang yang dah lama ditinggalkan semenjak buvi-jon pulang ke kampung halaman ....



Ya, apalagi kalau bukan melawat kawasan taman serata Kuala Lumpur ni. Bercakap tentang buvi-jon, semalam Hubbydearie called Mami tersayang nun jauh di Tashkent. Mami kata kakinya still sakit tak elok lagi walaupun cuaca dah panas berdeting di sana. Mami dah rindu teramat dengan cucu-cucu di Malaysia ni. Hari-hari belek gambar sambil merindu... (takda pulak Hubbydearie kata Mami rindu kat menantunya n…

Ah kak is marah nih ...

Salam sayang semua!

Haittt, napa takda yang jawab salam ni? Dah cuti raya ke they all ni semua? Puasa pun tak start lagi, bayar puasa  pun tak habis lagi nih....

Entahlah mengapa sekarang ni sibuk je sebelah pagi. Tak dapat nak ngap langsung. Nak berborak, gosip lite-lite pun tak dapat. Macam tahu je, puasa dah nak dekat. Macam tau je, kena kurang-kurangkan aktiviti borak kosong masa bulan puasa nanti. (Habis tu, balance lagi 11 bulan setahun tu boleh mengumpat secara berjemaah dengan jayanyalah yek! Sila jangan ikut teori sesat MD nih...)

Bercakap pasal puasa dan raya, baju raya I dah lama siap tau... I kalau beli kain  memang sekali harung. Lepas tu buat sikit-sikit sampailah naik jemu tailor tu tengok muka I. 

Pakaian superheroes pun dah beli 'sikit-sikit' je. Mana yang tak cukup kita balun 2-3 minggu sebelum puasa berakhir. Yang penting, nak kena terjah Semua House satu hari di bulan puasa nanti untuk bawa superheroes berdua pergi beli baju Melayu. Tema ah kak pun tak tahu nak…

Kembali seperti selalu ...

Image
Salam sayang semua!

Cuti sekolah dah tamat. Maka dengan rasminya tamat jugalah kerja cari makan di luar rumah buat I sekeluarga. 

Sepanjang 2 minggu cuti sekolah ni, memang dapur tak berasap. Takda apa-apa pun yang rentung dikerjakan. Malas sungguh jadinya. Mood memasak merundum tahap serius. Asyik keluar masuk kedai makan je, apatah lagi hujung minggu.

Makanya, bermula dari hari ni, kenalah isteri mithali ni kembali ke pangkal jalan. Kenalah memanaskan dapur dengan air tangan sendiri. Lama dah rasanya superheroes semua makan air tangan tukang masak restoran. Bahan-bahan mentah dah kena restock. Bawang, bawang putih dan sebagainya rasanya dah tumbuh subur. Kalau masuk dalam pasu kemungkinan besar menjadi tumbuhnya walaupun tangan I ni takdalah sehijau Incredible Hulk.

Ada jugalah alasan untuk bersantai sambil buat grocery shopping. Yalah, balik kerja kena bertafakur di sekolah Abang sampai pukul 6.15 petang. Daripada duduk dalam kereta membaca novel lepas tu tertidur ataupun main Candy Cr…