Friday, June 20, 2014

Kisah lapuk tak ditelan zaman ...

Salam sayang semua !

Yeah, hari ni hari Jumaat *happy mode*

Tapi yang sebenarnya, I rasa sangat malas hari ni. Malas nak buat semua perkara termasuklah menulis entri. Boleh gitu ya.... 

Ini kira kugagahi jugalah walaupun katanya malas. Kalau tak malas tentu dah 10 mukasurat hasil penulisan. Meh tengok kalau I malas menulis. Berapa panjang pulak entri kali ni *__*

Ini semua kisah lama tapi belum sempat ditelan zamanlah, baru beberapa hari maybe seminggu, dua punya cerita je ...

Adik Cute yang suka berselfie sekarang ni ... 

Apa jelir-jelir lidah tu, Adik? Bakal ustaz tak lehlah buat aksi tak senonoh !

Memang minat sungguh Adik ni dengan 'tempat duduk' begini. Tak kiralah berapa ramai umat manusia, mulut mungil Adik bukan main cepat suruh Mommy dudukkan atas tu dan buat 'photoshoot'. 

Dek kerana cuti sekolah tak dapat ke pantai, tak pandai lagi bersnorkeling mahupun menangkap ikan, marilah anak-anak kita tengok ikan-ikan dalam akuarium yang bakal menjadi hidangan pada suatu hari terpilih....

Jangan ditanya nama ikan, Mommy pun failed juga. Kena google nanti.

Ini pun dah buat mereka excited macam apa tau ! Terjerit-jerit Adik nampak ikan besar-besar. Mommy cuma terbayang ikan yang dah siap dimasak dan dihidang atas meja je ...

Memandangkan kita kaya dengan token, marilah anak-anak kita menghabiskan masa di Molly Fantasy ni...

Baki selepas first visit meng-pow RM50 Mommy


Kena buat 3 visits juga tau nak menghabiskan token RM50 tu. Ingatkan sekali visit dah boleh habis. Abang dah mula bosan dengan mainan di sini. Dah tak up to his standard. Maklumlah dah besar ...

Kali kedua I bawa ke sini, mereka tinggalkan baki RM8 lagi. Bijak taktik superheroes Mommy ni rupanya. Dah tentu third visit nanti Mommy kena tambah beberapa ringgit lagi beli token. Setakat RM8 mana cukup nak main dua beradik ...

Suatu petang di Secret Recipe ...




Kami duduk tiga beranak je. Abang teringin makan kek New York Cheese kegemarannya tapi Mommy tak sempat snap gambar. Mommy dan Adik berkongsi kek seperti dalam gambar.



Ada satu couple duduk di hadapan kami. Bila mereka dok tengok Adik, mulalah si Adik perasan dan terus malu-malu kucing. Inilah hasilnya ...



Bila couple tu bangun nak beredar, bukan main melambai mereka pada Adik tapi dia buat malu-malu sembunyi muka lagi. Sebaik mereka pergi jek, terus segar-bugar angkat muka sambil tanya,

Kakak, dah gi? Kakak mana? Dah  gi ???

Sifat lelaki Melayu campuran terakhir ni Adik namanya ... 

Dan seperti selalu bila dah ke shopping mall, Adik mana boleh berpisah berlalu pergi tanpa naik kereta mainan cam ni ...



Tengoklah tu gaya driver cilik ni, bukan main lagi ...





 Abang dah penat,  tunggu kat bangku jelah jagakan troli barang Mommy... 

Oh, kalau tak letak gambar char kuey teow waktu-waktu lunch ni macam sakit pulak hati tak dapat menyakat tau ! Hiks3x ...


Ini kejadian di Jom Bali ya. Memang sedap marbeles gila ! So janganlah cuba kalau taknak gila *_*

Maklumlah masa cuti 2 minggu tu memang breakfast, lunch and dinner semuanya di luar rumah ^__~ *resmi orang malas*

Dan ini pulak keinginan my Hubbydearie yang macam orang mengidam... 

Nampak tak betapa besarnya aiskrim tu? Ada 6 keping je di dalam...


For me, terlalu manislah tapi dah Hubbydearie suka, kita beli ajelah... Adalah 6 batang cinonit dalam tu dengan harga RM19.90.

Bila tengok my niece pakai bedak Arab dan muka glowing gila tanpa cacat-cela, I pun menggelupur nak pakai sama. Maka diorderkan untuk Auntynya yang perasan umur ala-ala 20-an tu. 




First time membeli tapi eksyen gila, terus nak dua dengan rona berbeza ...

Harapannya menggunung tinggi - semoga kelihatan suci bersih cantik berseri macam wanita Arab dan bila pakai ni nanti nampaklah ala-ala make up pengantin tanpa perlu berdandan lebih-lebih dengan base, foundation bagai ...

Murah aje, RM29 setiap satu. I beli rona Russet dan juga Cherry Pink. Sebab beli dua, dapatlah celak mata percuma. Tengok-tengok alamat penjual, rupanya belakang rumah I je *__*

Bila dah dapat, ditelek dibelek beberapa kali, tak faham pulak kenapa dipanggil bedak Arab ... 



Nampak tak? Nampak tak apa yang menyebabkan I rasa keliru ?

Kotak depan memang perfect nampak macam betullah didatangkan dari Arab. Bila tengok belakang, companynya Japang, kilangnya di Filipina sana.... 

Apa ek yang Arabnya? Tak kisahlah... bedak Arab ke, bedak Jepun ke, bedak Filipina ke, ah kak bedal sahaja asalkan tak mendatangkan mudarat pada kulit wajah.

Ok, ok.... tak payah tanya ! I akan jawab....

Memanglah nampak macam make-up pengantin atas pelamin je tau bila pakai bedak Arab ni. Of course ah kak suka. Tak payah buang duit beli bedak mahal-mahal tapi .... ah kak tetap gak nak gi shopping make-up kat KLCC !





 






40 comments:

  1. ha..ha.. lembu punya susu, sapi dapat nama. philiphine punya bedak, arab dpt nama..
    adik, kakak cantik sudah bercouple tu yg adik malu kot.

    oh, md lupa nk bg tahu hri tu.. x pyh berbju raya purple lah di hari raya ni..
    warna tu kita dah cop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pakai gaklah PB bedak 'Arab' tu. Habis jeragat semua terhapus tau :)

      Jangan bimbang, I tak pilih pun warna favorite untuk tahun ni sebagai baju raya ...go ahead, pakailah sepersalinan purple raya ni :)

      Delete
  2. Berjela jugak panjang entri MD ni.. kata malas.. akak kalau malas tempek gambar jer..
    Bedak Arab namanya.. tapi taukeh Jepun punya.. Kuli Fhilipna yg proses tu MD hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata je malas tapi otak ni tak reti berhenti suruh menulis. Hahaha ...

      Kalau malas gini gayanya kalau rajin tak tahulah macamana. Berpinar mata masing-masing nak duk menghabiskan bacaan novel :)

      Betullah tu kot...Bedak Arab, idea orang Jepun, kuli Filipino jek ...

      Delete
  3. haahahah dasar perempuan kak yeak....beli bedak sudah tapi tetap ada cite2 nak beli make up klcc tu hahhahaah...lieya dulu pakai bedai arab ni gak kak...tapi lame2 bosan sbb lambat no abis haahahah dah gatal nak tukar baru.... tu penyakit perempuan hahaahahahah

    kak, perangai adik mmg sebijik dayyan...kalo kene usya ngan org malu2 mengalahkan perempuan melayu terakhir.... adoiiiiii...bajet hot le tu kak anak kite ni haahahahah...kak, tgk entry ni baru pasan abg ngan adik mmg nampak lebih kurang je iras mereka kan....kalo laa sama tgi mesti org ingat kembar dah tuh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar perempuan yang mata mengalahkan tajamnya pisau cukur. Hehehe ...

      Betullah Lieya, dah berhari-hari akak pakai tapi tak luak pun bedaknya. Huaaaaa....bila nak habis cam ni? Dah lah beli dua pulak tu...

      Eh, Dayyan pun pemalu ya? Biasalah tu anak-anak lelaki seusianya mula-mula pemalu, lepas tu bila dah besar hilang segala malu. Hahaha....

      Ya ke Adik ngan Abang nampak sama? Eh, dah nama adik beradik satu makpak mestilah sama kot Lieya. Kih3x...

      Delete
  4. Adik ni mesti lepas makan gula gulakan.... tengok lidah adik mcm minum ink aje hehe....
    Elok sangatlah tu anak beranak ada gelaran....yg mak, perempuan melayu tak berapa nak terakhir yang anak lelaki melayu campuran terakhir ...abang dengan daddy apa pulak agaknya gelarannya....

    Lain kali token tu beli jer bulan punya senang tak yah beratur hehe......

    Bedak arab? tak pernah tau pun ......maklumlah katak bawah tempurung hehe...duk tepi dapur jer... Boleh tunjuk tak hasilnya....taulah mmg nak sorok mukakan....cer test kat muka adik ...nak tengok glowing dia tu tahap mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik biasalah, semua yang dapat mewarnai lidahnya dia suka, Pandailah Acik Jilap meneka :) Kalau jumpa, mesti Adik suka jek ngan Acik Jilap nih *sambil usap leher jinjang tu*

      Abang lelaki uzbek campuran melayu terakhir...Daddy pulak lelaki uzbek terhensem terakhir di seluruh uzbekistan....standardlah OKje, semua pun ada gelaran masing-masing. Keh3x...

      Hah, saya skodeng website molly fantasy ni. Senang nak tahu apa yang patut dibeli, ditaburkan kat situ... Lepas ni takdalah Mommy kerugian harta benda lagi :)

      Saya pun baru tahu. Orang lain lama dah tahu. Nampak cam best, so kita belilah. Kalau OKje pakai mesti muda lagi 10 tahun daripada sekarang.Sekarang pun dah muda 10 tahunkan...makanya kalau pakai bedak Arab buatan kuli Filipina yang dibabat oleh orang Jepun ni, akan menjadikan Mak Jilap muda 20 tahun tau....

      Takkan nak promo guna muka Adik yang tiada cacat cela tu...mestilah ohsem... melampaulah marketing plan Mak Jilap nih.....

      Delete
    2. Gitu yeh......tak pelah tak molah beli bedak Arab tu....takut kalau pakai jadi muda 20 tahun, kang lupa daratan pulak....hehe...

      Delete
    3. Hahaha...tau takut jadi muda balik yek! Nanti tak setaraf pulak dengan PapaZir.

      Penat orang promote rupanya dia tak minat. Kalau minat tadi, nak juga hantar baki satu bedak tu ke rumah :)

      Delete
  5. RM 29 ? masa QV beli RM 50 . ceh ! ni mesti dah tak perapa nak femes kat pasaran nih ... tapi color mcm tergelap pulak . senang citer , jepun yg buat . tapi sbb org timur tgh suka pakai sbb blh serap air solat , tu yg mrk gelarkan bedak arab ... kot , kot ... dah jadi jurucakap tak berbayar lah pula MD ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? Saya beli tu pun dah mahal RM4 tau. Patutnya RM25 jek. Kata anak saudara kalau nak beli 6 barulah dapat RM25. Hajat di hati nak juga nasib baik tak ikut nafsu. Lah, kira saya ni antara yang terakhir tahu pasal bedak Arab nilah ...

      Delete
  6. hahahaha..perangai adik tu sama macam si kembar berdua di rumah...mesti nak naik mainan dulu kalau nampak..kalau tak..mulalah buat muzik tak sedap di telinga...ok ke bedak tu/ lama nak try tapi tak beli2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hui, tak tahan perangai si Adik ni. Nampak je kereta mainan tu nak naik. Kalau tak berhenti kat situ, mahu dikeraskan badan takpun dia buat ala-ala gimnastik melentik-lentik lembikkan badan.... Penat betul nak melayan. Kalau sekali masuk duit takpa juga. Ni nak berkali-kali manalah tahan ...

      Bedaknya nampak ok tapi dah banyak kali pakai tak luak pun dari compactnya. Bilalah nak habis... Kalau cam tu gayanya mahu raya tahun depan pun ada lagi bedak ni. Huhuhu ...

      Delete
  7. Agaknya utk pasaran Arablah ni MD
    Kakak tetiba teringin jugalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybelah, Kakzakie.... Puas saya memikirkan asal nama bedak Arab ni sebab dah takda kerja sangatkan, susah hati tengok produk orang luar laku macam goreng pisang panas kat Malaysia ni :)

      Cubalah, kak tapi jangan beli banyak-banyak. Lambat betul nak luak bedak ni!

      Delete
  8. Haha Bedak Arab buatan Jepun/Philipina....
    Asalkan tak mudarat udah le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam ok je, Bunda. Flawless lah jugak :) Kalau memudaratkan tentu saya berhenti serta-merta!

      Delete
  9. Orang arab kat filipina kot wat bdak arab tu..hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi company Jepun pulak tu.... Hah, maybe tauke Jepun tu kahwin perempuan Arab pastu terus explore market kat Asia. Kilang kita set up kat Philippines ler, murah sikit tenaga buruh kot :)

      Delete
  10. anak akak pun suka berlama2an kat area sejuk tu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak budak pun suka asalkan tempat sejuk, kak ..... Hehehe ....

      Si Adik ni memang suka betul posing ala retis kat tempat yogurt dan vitagen ni. Favorite past time dah nih....

      Delete
  11. wah dah dpt makan cake kat SR yer.. lyn tak dpt lagi kak.. misi nak mencari cake tak kesampaian.. takpe this week ada lagi masa before fasting month. hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, Lyn... apa susah. Banyak je kedai SR ni. Pergilah... lupakan aje diet tu. Lagipun wiken mana ada dietkan...Huhuhu ...*tukang hasut sedang berusaha menghasut*

      Delete
  12. orang Arab pakai bedak tu kena tutup muka lepas tu, MD..
    la ni kalau jual produk ada tulisan Arab, laku agaknya..
    tengoklah biskut oat yang ada..banyak tulisan arab walaupun companynya nama ah chong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, kalau dah tutup muka mana nak nampak flawlessnya? Huhuhu ...

      Ni kena pakai sebelum tidur, tunjuk kat HD jek...itu lagi afdal kan :)

      Biskut oat tu lagilah rasa kesian....kat belakang dah tulis made in PRC. Pun kita bantai bertin-tin sedap punya pasal. Kang Jakim kata tak halal, mahu meroyan. Dah berapa banyak masuk dalam perut. Hehehe ....

      Delete
  13. org lain buat org lain dpt namanya.
    pakai aje la ye mommy udah dibeli sampai 2..
    hihihi. la, ingatkan dh habis dh token tu, belom lagi ye..

    adik2 pemalew ghopenya ye. mommy perempuan melayu terakhir, adik lelaki campuran terakhir. daddy dgn bubbly abg, apa pulak gelarannya mommy ?

    char ko teow slalu mkn kt titiwangsa je. kedai sani char ko teow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 kali Ciksu mengulang gi melawat si Molly nih.... Letih melayan mereka. Akhirnya saya duduk jelah berehat, biar mereka berdua main apa nak.

      Dah beli kenalah pakai sampai habis. Masalahnya sampai la ni tak luak-luak bedak ni, camna nak habis ni?

      Hahaha...gelaran suka-suka Mommy mereka bagi. Sukahatilah Ciksu nak tolong bagi gelaran juga :)

      Sani char kuey teow? Tak pernah sampai kot. Jap nanti nak google ....

      Delete
  14. Assalamualaikum..

    NY cake tuh btl ke abang yg teringin....haha bkn akk ea..lps tgk entry kak Lyn psl cake tuh..hahaha

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Hahaha...betul NY Cheese cake tu Abang yang nak hari tulah... Mommy makan cake lain :)

      Delete
  15. buatlah testimoni selepas pakai bedak arab ni.. nak tgk perbezaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..... takdalah rasanya Ema tapi quite ok this bedak. Terhapus segala jeragat :)

      Delete
  16. Tahan lak montot adik duk kat situ. X sejuk ke dik. Hehehe


    Aduhh buat2 x nmpk kek tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik nyer tempat favorite kalau nak posing dalam supermarket. Kawasan Adik tu....

      Hahaha...saya dah termakbul hajat nak makan kek SR so bolehlah puasa dengan aman next week :)

      Delete
  17. dari aktiviti main terus sesi melantak.. makan kek,cherkoteaw pastu bedak arab lagi..byk sgt storynya smp tak tau nak komen apa.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ajelah apa-apa janji tak terkeluar tajuk, PK. Eh,ni secara tak langsung saya tahulah PK baca dari A-Z. Ke ambil point penting jek? Huahahaa ....

      Delete
  18. Murahnya bedak arab. MD belikan sy 1. Dh lm teringin nk pakai. Hoho..

    ReplyDelete
  19. anak2 memang pandai nak pow maknyer beli tokenkan... selalu mengelak tapi sekali2 kena gak...
    oo cantik yerk bedak arab tu.. teringin nak beli tapi cam takut lak... raya nanti tentu berseri2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat tempat macam ni memang sentiasa jek kena pow, Cho. Kalau tidak, Adik ni berorkestra depan orang ramai. Sakit telinga.

      Oklah bedak Arab tak tulin tu tapi tulah, entah bila agaknya boleh habis. Dahlah tamak, sekali beli dua pulak tu :)

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...