Wednesday, June 18, 2014

Aktiviti bebas superheroes

Salam sayang semua!

Aduhai, mengapalah sejak awal minggu ni sibuk aje kerjanya. Macam cikgu sekolah yang baru start bekerja pulak rasanya. Ada aje file yang melayang jatuh elok-elok atas meja I sejak Isnin lalu.

Dah namanya makan gaji, kenalah dahulukan kerja. Kalau takda kerja, barulah boleh buat hal sendiri tanpa segan silu di depan boss. I know, I know.. boss pun pura-pura je tu busy padahal entah apalah yang ditelek, dibega kat skrin laptop ! Takpa boss, I boleh simpan rahsia punya ^__^ 

Meh tengok aktiviti petang yang dah lama ditinggalkan semenjak buvi-jon pulang ke kampung halaman ....



Ya, apalagi kalau bukan melawat kawasan taman serata Kuala Lumpur ni. Bercakap tentang buvi-jon, semalam Hubbydearie called Mami tersayang nun jauh di Tashkent. Mami kata kakinya still sakit tak elok lagi walaupun cuaca dah panas berdeting di sana. Mami dah rindu teramat dengan cucu-cucu di Malaysia ni. Hari-hari belek gambar sambil merindu... (takda pulak Hubbydearie kata Mami rindu kat menantunya nih... oh, sedih ah kak  tetiba !)

Ahah... ada can lah tu hujung tahun ni I kena berlakon jadi menantu mithali sekali lagi !

Dan katanya si anak soleh a.k.a. Hubbydearie - This time kalau Mami datang, kita betul-betul bawa Mami jalan-jalan keliling Malaysia. KL dah tak main. Mami pun dah hafal segala masjid dan taman di KL yang menjadi kegemarannya ni.


Alright, back to my superheroes....

Abang dah banyak hari minta bawa ke taman tapi tahu ajelah Mommynya yang malas nak exercise ni. Ada je alasan - cuaca panas berdetinglah, lewat petang kita pergi lepas tu tertidur, jalan-jalan ukur shopping mall sampai tak sempat nak ke taman, Daddy takda Mommy tak reti nak bawa ke tamanlah etc., etc. Yang sebenarnya alasan paling mudah memanglah Mommy ada penyakit 'M' bila sebut pasal taman ni ^__^

So, sebelum naik sekolah hari Ahad lepas, Mommy tunaikan hajat arjuna kesayangan beta ni... 

Percubaan snap foto melompat kijang yang tak jadi !
Apalagi seronoklah mereka berdua.... Kalau boleh nak balik lepas dengar azan Maghrib. Mahulah Daddy mengamuk nanti.





Yang pelik sikit Daddy ni bila kata nak start ukur taman je, mesti nak pergi beli seluar jogging dan kasut sukan  baru. Excited lelebih mengalahkan anak-anak. Bila sampai taman, tengok orang ramai mulalah Daddy keluar statement ...


I tunggu dalam keretalah. You bawa anak-anak pergi taman, ok !

Dah agak dah ....

Kalau dah sampai taman, keluar statement gitu haruslah I kena pergi sendirian dengan anak-anak. Takkan nak patah balik. Mahu melalak superheroes berdua ni. Entahlah Daddy ni .... Eh, kat mana dalam KL ni yang ada taman tapi orang tak ramai waktu peak hours ? Rasa cam kena buat taman belakang rumah jelah kalau gini gayanya. Kita jogging setempat belakang verandah kat rumah jelah ya, Dear !



30 comments:

  1. hahahaah fail melayang2 kak....adoiii kelako plak lieya bace.... lieya plak fail mcm di campak2 atas meja ni kak oiiii....hehhhehehe

    alah kak jgn sentap2...maminye malu le tu nak ckp rindu kan menantu hahaahahah..... ngan cucu takpe.... hehheeheh ape lagi kak pi le bercuti kesane...amik pic banyak2...tingin benoooo laa lieya nak tgk kat sane kak ....sonok le anak2 akak neneknye nak dtg sini yeak .....

    ye la kak, cuaca panas skrang mmg berkira2 nak jalan2 kat taman...kene tgu betul2 petang baru redup...kang kalo gi petang sgt dah tak leh lepak lame kan kak tu yg si abg ngan adik ajak balik lepas magrib hahahaahaha....

    kak, serius lieya gelak peel cik abe akak....hangat2 taik ayam tuh kak hahahaahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah tetiba tau minggu ni macam ada supernatural gitu. Kejap-kejap file melayang. Kejap-kejap melayang lagi satu... Penat pulak akak rasa bila kena kerja lebih ni. Selalunya makan gaji buta je, Lieya. Hahaha !

      HD takda plan pun nak balik kampung halaman. Kampung halaman HD sekarang ni Kay El je. Tak tahulah kalau ikut tahap kerinduan tu, mungkin gak datang lagi hujung tahun ni. Akak tak kisah sebenarnya tapi tetap gak nak berlakon jadi menantu mithali :)

      Pergi lewat petang singkat masanya. Of course Mommy suka tapi anak-anak tak suka. Daddynya aksyen je lebih. Nak jogging kat tempat tak ramai orang. Camna ? Gi gym ajelah...itupun kalau gym ramai orang, tak leh concentrate konon sebab ramai alahai mata memandang... Perasan tan betul ler hubby akak nih !

      Delete
  2. knpa plk hubby x nk jln2 plk?
    md x kasi beli kasut jogging bru ke? pemalu ek hubby md?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD kata nanti semua mata memandang ke arahnya sebab satu Melesya ni HD ajelah yang tampan gitu. Nak aje kita ngumpat berjemaah dalam blog tapi bila fikir-fikir balik, tak masuk syurga pulak menderhaka cakap suami. Keh3x...

      Pemalu tu tidaklah tapi HD tak suka kalau orang dok pandang dia je macam nampak hantu ke apa... Hihihi....

      Delete
  3. hehe...confirmed tu, confirmed mami datang lagi hujung tahun kali ni mungkin 2 bulan kot... mcm jaga org pantang haha....
    Sama je.... OKje pun 'M' kalau gi taman MD entah kenapa....yelah agaknya tak de tudung tudung bergantung kot.....tu yg mcm tak best jer hehe...
    Ehhhh...apa sal mengelat itu HD...mana aci...takut orang ngorat eh...
    Betul tu kalau nak cari taman yg tak de orang, buat ajelah dalam rumah ...kalau belakang pun ada gak...jiran sebelah ni boleh jer jenguk, almaklumlah leherkan panjang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam nak confirm jek OKje ... Aduhai ... Eh, termengeluh pulak kita :)

      Bab-bab berjalan di taman ni memang khusus kalau Mami ada. Kala takda, memang tak masuk dalam senarai tempat menunggulah OKje ....

      HD memang gitu. Tak suka tempat ramai orang. Ingat nak kuncikan dalam rumah je. Tak payah keluar kalau gitu gayanya !

      Delete
  4. minggu ni & next week jer boleh pergi taman time petang.. tak lama lagi kita da puasa. time2 petang lah kena bersilat kat dapur lak, melainkan main2 tunjuk jer kat bazaar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Tapikan Lyn bila nak dekat-dekat bulan puasa je mesti semangat nak ke taman berkobar-kobar. Kenapa yek? Macam tau-tau jek bulan puasa tak leh ke taman :)

      Akak macam last year jugalah nampak. Kelentang kelentung kat dapur. Dah nak dekat azan, baru boleh tarik nafas. Malas rasanya tahun ni nak main tunjuk-tunjuk gelang emas, cincin emas kat PARAM :)

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    Perghh kak tgh panas skg nih...rajin betul akk bw diorg pegi taman...sofia plk kalo, xde urusan penting..siang mmg akn terperap je sbb panas...kalo nk keluar mlm..hahaha..mlm2 tuh pn cuaca kt luar still rs panas

    regards,
    Triplesmiley



    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Rajin ke apanya Sofia. Setelah berbulan-bulan, ini kot kali pertama atau kedua mereka merasa pergi taman. Hahaha....

      Sekarang ni memang panas. Rasa nak tadah muka kat lubang aircond tu jek...lagi best !

      Delete
  6. hihi~biasa la tuh ibu slalu kena begitu..ayah nyer dok dalam kete...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya. Dah sampai, takkan nak patah balik. Mahu meraung superheroes. Kenalah Mommy berkorban keluar kereta, bawa mereka pergi taman. Dah jangkakan pun... Kalau Daddy keluar pun, bukan tengok-tengokkan anak, bawa haluan sendiri je macam orang bujang ....

      Delete
  7. Akak pun dah lama tak berjalan ke taman ni.. budak tiga orang tu dah sibuk mengajak.. siap Nabil keluar statement.. "mama tu dah gemuk.. jom lah joging kat taman" hahha ayat tak boleh blah..

    Kalau gitu kaedahnya MD.. buat taman kat atas bumbung rumah.. kita jer kat situ.. orang pun tak nampak ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisahlah gemuk ke tidak, yang penting memang malas nak gi taman sebenarnya :) Nasib baik ada budak-budak ni, kalau tidak selamat jalanlah taman. Tak kuasa :)

      Hah, bernas idea ni! Mahu kena beli penthouse kalau gitu. Dok 4 beranak je atas taman atas bumbung, tinggi sikit dari orang lain :)

      Delete
  8. bagusnya ada gak taman untuk jenjalan..SB bawa anak jenjalan keliling rumah saja..kpg kita tado taman..hutan memanjang ada...hehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kira dah bestlah SB. Tak payah pergi taman. Boleh cuci mata tengok hutan menghijau jek :)

      Delete
  9. Macam la kawan2 kata acik..buat je universiti dibelakang rumah..atau pun sewa je rumah luar pagar universiti..macam tu la suami MD..kena la buat taman belakang rumah kan hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kelakarlah kawan-kawan Acik ni ! Ni mesti kes Acik tak leh berpisah dengan anak-anak. Nak buat taman belakang rumah, tak sempat semput dah habis lari setempat :) Kecik beno keluasannya :)

      Delete
  10. haha...agaknya kat tashkent orang tak ramai sangat kot kat taman..
    rimas tengok begitu ramainya orang kat taman di malaysia ni,,MD

    part nak bawa bun-jovi pusing luar KL sudah kira baik. bolehlah p melawat terengganu, tengok masjid uzbek tu...makan ICT..hee, bagus punya cadangan..macamle dia tourist guide

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Anim, bukan sebab Tashkent tak ramai. HD memang tak suka tempat crowded. HD rasa cam semua mata berpaling ke arahnya kalau nampak HD lalu. Perasan tak tu namanya? Opppss... tersasul. Tak baik ngumpat suami :)

      La, masa Mami datang awal tahun dulu saya dah plan nak gi TTI ni semua tetiba bila sampai Mami sakit kaki, tak leh jalan jauh. Semua plan telah berjaya digagalkan :(

      Delete
  11. Tapi kakak rasa kakak pun HD kalau ramai sangat macam tak selesalah kalau ada di taman MD. Tapi yelah... dah tiba kalau balik mestilah anak-anak tak happy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama tak suka tapi HD lagi teruk. Puncanya memang sejak dulu lagi ke mana HD pergi orang tengok. So HD rasa serba tak kena.

      Delete
  12. sabaq je la boleh pulak HD x mo keluar.
    taman tasik ampang hilir ok gak.tpi bila jogging nak kena patah balik tu yg tak best.hihi
    taman bukit jalil pon oke. puas mengukur jalan nti.

    tapi dah nk puasa, bila nak perginya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau keluar pun, HD jogging sorang-sorang macam orang bujang jek Ciksu.... pandai-pandailah saya bawa anak-anak bermain. Itulah, bila nak dekat puasa je mesti teringat nak jalan-jalan kat taman tapi bila tamat bulan puasa, terus malas nak ke taman :)

      Delete
  13. Akhirnya dapat nak tulis komen kat sini. Dah baca berapa kali, masa nk komen tu macam3 hal jadi.

    Nampaknya HD macam saya, Papa N macam MD kalau bab bawa anak ke taman. Hihi. Bukan takut orang tgk tapi saya memang malas. Saya tgk budak beddua ni kalau dengan papanya boleh je diorang main santai, papanya pantau je. Kalau dengan saya, dah macam remote control, wajib ikut diorang main dengan jarak dua inci je. Letihla mak oi.. bukannya nak main 10minit kalau dah masuk kawasan taman. Sayang lemakku..lenguh lulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, AN cam gitu juga ke? Nasib baik Papa N ok je bawa anak-anak tanpa isteri. Kalau keluarga kecil saya ni, memang Mommylah selalu jadi mangsa. Daddy nak part yang memudahkan hidupnya je... *__*

      Mak-mak memang macam ni. Kalau boleh nak ikat je anak tu guna tali supaya tak hilang ke mana ... Manalah anak dapat berdikarikan...

      Hahaha...betul-betul! Saya pun sayang sungguh kat segala lemak, kalori, kolesterol dalam badan ni, tu yang malas nak exercise manja-manja kat taman :)

      Delete
  14. rasanya md bawa anak - anak pi putrajaya kan ? ... ptg mmg ramai org . QV pernah gi taman tasek perdana , tak ramai org di sana dan tptnya sangatlah luas . klu rajin nak mengukur pun ok ... tu dulu , sekarang QV tak taulah ramai ke idak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, tak, bukan... Area Cheras je. Kalau dulu rajin gak ke Putrajaya tu tapi dah habis explore kononnya, so takdalah nak ke sana lagi. Masa my mother in law datang sini, memang habis segala taman kat KL/Putrajaya ni kami explore. Lepas tu rehat pulak. Penat :)

      Delete
  15. Poyo lebih je daddy ni. Haha... Anak2 kalau dh janji nak bawak ke taman mmg akan tuntut janji. Tp selalunya layan main bapaknya. Mak tukang tengok dgn mkn kopok ke, goreng pisang ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung betullah, Sal ni. Semua suami tolong layankan. HD minta maaflah, semua urusan isteri mithalinya :)

      Delete

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...