Posts

Showing posts from July, 2015

Salam Syawal & Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H

Image
Salam 27 Ramadhan kawan-kawan!

Kali ini I tak berceloteh panjang lebar ~_^

I akan mula bercuti raya mulai esok dan lusa. Balik kampung atau tidak, masih lagi belum pasti tapi I pun dah tak berapa kisah sama ada nak beraya di Kuala Lumpur atau pulang ke kampung halaman di Batu Pahat. 

Kalau terpaksa beraya di Kuala Lumpur itu kiranya pengalaman baru setelah bertahun-tahun selama ini tak pernah lagi tak balik beraya di kampung halaman. Tahun ini juga merupakan kali pertama beraya bersama-sama emak mertua. Dan, kalau sungguh bagai dikata nak beraya sangat di Kuala Lumpur ni, inilah juga kali pertama I kena memasak juadah hari raya sempena menyambut Aidil Fitri. Takpa, takpa... walaupun ada sedikit debaran, google aje mana patut ~_^

Hari Isnin selepas raya I dah mula bekerja tetapi hari Selasa I akan bercuti kembali kerana my mak mertua akan pulang ke Tashkent pada hari tersebut....

Selepas itu, rutin berjalan seperti biasa rasanya....

Dek kerana bila I mula bercuti esok my blog pun akan 't…

Juadah berbuka sepanjang Ramadhan 1436

Image
Salam 27 Ramadhan kawan-kawan!

Okey, dah nak penghujung Ramadhan ni,  I tak rasalah you all terliur bila tempek gambar-gambar makanankan! Yalah, dalam hati sibuk nak raya sakan aje, sibuk fikir persiapan raya yang mungkin tak habis-habis lagi nak complete, makanya setakat tengok gambar makanan takdalah besar mana masalah dalam kepala, ya tak? 

Lagipun I bukan chef tersohor, yang bila memasak dan ambil gambar aje, terus terliur meleleh-leleh saliva tak mampu dihentikan pengeluarannya ~_^

Waktu berbuka biasanya kami makan nasi putih dan lauk-pauk. Selang beberapa hari, I akan buat menu mi. Mi yang selalu berulang dah tentulah mi sup, mi hailam dan mi goreng ~_^ The latest semalam I masak nasi putih, daging goreng black pepper, ayam goreng kunyit (untuk Bubbly Abang), sup cendawan+kentang (untuk Adik Cute) dan cendawan digoreng bersama bawang, cili merah dan cili padi. Gambar tak sempat nak snap semalam!

Meh, tengok juadah berbuka my small family. Memang simple aje, tak macam rumah orang la…

Dugaan Ramadhan lagi...

Image
Salam 26 Ramadhan kawan-kawan!

Minggu ni dah masuk minggu terakhir Ramadhan sebelum menyambut kedatangan Syawal. Bagaimana dengan persiapan menyambut hari raya? Dah selesai semuanya?

I ni baru aje nak mula membeli persiapan Sabtu lepas. Kali ni tak beria-ia membeli sebab macam tak berapa ada mood pulak nak raya. Oh, by the way, HD ada kata nak balik kampung on the eve of hari raya tapi itu pun tengoklah macamana ceritanya... (Yeah! 50% macam tak jadi raya di perantauan, rindulah IKEA kat kami satu family raya ni!)

Minggu lepas kami tiga beranak ke Aeon manakala HD dan emaknya pulak ke tempat lain. Memang sengaja berpecah kalau tidak memang tak dapatlah nak mencari apa mahunya... Okeylah, kali ni bukan nak bercerita tentang persiapan menyambut raya tapi kisah my bujang bongsu ni.

Dah 2,3 hari I tengok matanya bertahi mata. Ingatkan sakit mata tapi takdalah merah pulak. Hari Sabtu lepas, balik aje dari Aeon I tengok matanya merah. I pun teruslah bawa ke klinik. Rasa tak sedap hati betul bil…

Kad Raya Kedua *_*

Image
Salam 23 Ramadhan kawan-kawan!

Seminggu lagi nak raya nih (yeah!), takda rasa apa-apa ke? 

Oh, tak payah dijawab sebab soalan tu bukan untuk you all tapi untuk tuan punya blog ^_^ Maklumlah tahun ni kali pertama katanya tak balik raya. Walaupun tak pernah bergaduh tentang turn nak balik kampung siapa, bila jadi macam ni rasa sedih juga!

Okeylah, kita lupakan hal yang itu! 

Pagi tadi sampai aje pejabat, Head of Security (semestinya orang Jepun) datang menuju ke my meja sambil hulurkan sekeping sampul kad raya (yeah!). Terkebil-kebil I menerimanya sambil ucap terimakasih. Dok fikir juga gerangan siapalah yang menghantar kad raya pada I kali ni. (By the way, kalau hantar apa-apa pada I silalah tak payah letak 'MD'  tu, pening orang Jepun dok fikir I ni doktor ke apa...keh3x)

Ini rupanya kad raya kedua yang I terima (yeah...lagi ~_^) ....



Dihantar khas oleh seorang lagi rakan blogger yang sedistrict katanya, Cik Vee kita yang ayu ~_^

Bukan setakat kad raya aje tau, di dalamnya siap ada …

Chef Master'main'

Image
Salam 22 Ramadhan kawan-kawan!

Hari ni pada minggu depan, I dah bercuti raya. Walaupun katanya tak balik raya, tetap juga nak cuti. Cutikan secoet banyak, apalagi  cutilah! Barulah feeling-feeling anak perantau beraya di perantauan (Alahai, ngengada jerk macamlah jauh sangat duduknya padahal dari KL ke BP tu lebih kurang 3 jam dah sampai!)

Mengapa I tak beraya di kampung kali ini (first time dalam hidup kiranya tak balik semasa raya puasa) tak usahlah ditanya. Kang bergenang air mata, siapa yang susah! I juga yang susah tau.... 

Tapi tak tahu jugalah perancangan HD macamana. Sebabnya kitakan suka plan-plan last minute ni. Manalah tau tetiba di malam raya, ajak balik kampung 18 jam jerk. Okeylah tukan ~_^

Sebenarnya hari ni niatnya nak bercerita ringkas je tapi tahu ajelah MD ni, mana pandai tulis point by point. 'Karangan' entrinya mestilah kurang-kurang 10 ribu patah perkataan ~_^ Maka, macam biasa hadam ajelah yerk!

A few days ago kot, I nampak si Bubbly Abang bukan main ceria am…

Cabaran berpuasa dan makanan tradisi Uzbek ^_^

Image
Salam 21 Ramadhan kawan-kawan!

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Syawal. Terasa makin getir pulak dugaan bila berpuasa pada penghujung Ramadhan ni. Walaupun kalau dibandingkan dari pembacaan dan penceritaan tak seteruk mana pun berpuasa di negara kita ini berbanding dengan di negara-negara lain yang jauh masa berpuasanya lebih panjang, cuaca lebih sejuk mahu pun lebih panas.

Entah kenapa terasa pulak bila dah sampai ke penghujung, makin terik bahang matahari. Kalau hari bekerja tu tidaklah terasa apa. Cepat sungguh masa berlalu. Yalah, nama pun duduk bekerja dalam air-cond 8 jam sehari. Memanglah tak terasa. Cubalah duduk aje di rumah pada hujung minggu. Memang terasa siksa nak menunggu waktu berbuka. Itu pun bukan jenis yang dok tersungkur melingkar atas katil aje kepenatan. Kalau nak diikutkan rutin harian di rumah pada hujung minggu memang takda tanda-tanda nak nampak fullstop walaupun masa berbuka dah jauh berlalu! Memang terasa letihnya. Mulalah terbayan…

Kolam air panas Hulu Yam

Image
Salam 20 Ramadhan kawan-kawan!

Ahah, jangan tak percaya! Walaupun katanya bulan puasa, berjalan tetap juga ^_^ Bukan apa, bukan untuk bersukaria tapi kerana HD hendak membawa ibu tersayang merendam kaki dalam kolam air panas. Setakat ni banyak juga tempat yang mereka pergi tanpa I dan cuma ini satu-satunya tempat yang I ikut serta kerana kami pergi hujung minggu.

Bukan hujung minggu baru-baru ini tapi dua minggu sudah, kalau I tak silap kiralah! Hujung minggu yang baru ni lagi best. Kalau I cerita tentu tak percaya ~_^ Kata mak mertua, dekat sini mudah untuk pergi berbanding dengan di sana. Adalah juga terdapat di sana tapi bayaran untuk sekali masuk sangatlah mahal, macam bermalam di hotel lima bintang! So, bila dengar begitu apalagi, dibawalah oleh anakanda tersayang ke serata kolam air panas yang ada di KL ni. Kiranya HD memang expert dah sekarang. Mana ada kolam air panas pun dah tahu *_*

Ke kolam air panas di Hulu Yam ni kira yang pertama kalilah. Sebenarnya kami tersilap. Selalu de…

4 tahun berturut-turut ~ Berbuka puasa di Hotel Maluri

Image
Salam 19 Ramadhan kawan-kawan!

Pejam- celik, pejam-celik, tak lama lagi rupanya kita di bulan Ramadhan ni. Lepas ni menyusul Syawal pulak... Cepat betullah masa berlalu pergi. Memang tak terasa. Walaupun tekak kering ketika berpuasa kerana cuaca panas, tahu-tahu aje dah hampir 20 hari kita berpuasa ^_^

Sebelum Ramadhan kali ini, memang I dan keluarga selalu berbuka puasa di luar bila tiba hujung minggu. Bukan I yang malas masak tapi my sister tu yang selalu mengajak ~_^ Makanya kita on ajelah plan nak berbuka di luar.

Tapi, tahun ni aktiviti berbuka di luar agak merundum kerana kehadiran mak mertua. Tak tahu bagaimana persepsinya kalau berbuka di luar. Makanya, semua plans put on hold dulu sampailah ada peluang untuk pergi berbuka. 

Cerita ini pun bukan baru sebenarnya. Kami berbuka di Hotel Maluri pada 27hb Jun yang lalu. I tempah tempat bila masuk minggu kedua berpuasa. Itu pun tak pasti sama ada boleh pergi atau tidak. Bila kata HD rancangan berjalan seperti biasa, lega!

Masuk tahun ini…