Salam 21 Ramadhan kawan-kawan!
Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Syawal. Terasa makin getir pulak dugaan bila berpuasa pada penghujung Ramadhan ni. Walaupun kalau dibandingkan dari pembacaan dan penceritaan tak seteruk mana pun berpuasa di negara kita ini berbanding dengan di negara-negara lain yang jauh masa berpuasanya lebih panjang, cuaca lebih sejuk mahu pun lebih panas.
Entah kenapa terasa pulak bila dah sampai ke penghujung, makin terik bahang matahari. Kalau hari bekerja tu tidaklah terasa apa. Cepat sungguh masa berlalu. Yalah, nama pun duduk bekerja dalam air-cond 8 jam sehari. Memanglah tak terasa. Cubalah duduk aje di rumah pada hujung minggu. Memang terasa siksa nak menunggu waktu berbuka. Itu pun bukan jenis yang dok tersungkur melingkar atas katil aje kepenatan. Kalau nak diikutkan rutin harian di rumah pada hujung minggu memang takda tanda-tanda nak nampak fullstop walaupun masa berbuka dah jauh berlalu! Memang terasa letihnya. Mulalah terbayang-bayang di mata imej segelas air sejuk berketul-ketul ais di dalamnya ~_^
Kalau nak diikutkan, berpuasa di negara kita ini terasa lebih meriah. Dengan bazar Ramadhannya, dengan aneka juadah pilihan ketika berbuka dan suasana menyambut kedatangan Syawal yang jauh lebih meriah. Hanya tepuk dada, tanya selera apa mahunya aje. Semua pun ada ^_^ Sedap tak sedap belakang kira. Masa berpuasa memang semua pun nampak sedap aje pada pandangan mata!
Bagi yang menyediakan juadah berbuka pun tentu pening kepala. Sebabnya kalau nak diikutkan menu terlalu banyak boleh dibuat juadah sampaikan naik pening tak tahu nak buat apa ~_^ Macam itulah juga dengan I yang memasak sendiri hampir sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.
Bila belek menu, rasa macam nak buat itu dan ini tapi bila terkejar-kejar di dapur selepas pulang dari kerja, memang balik-balik menu yang sama 2,3 hari lepas yang nak dibuatnya *_* Padahal resepi yang terkumpul dah penuh dua file hitam tu tapi buat tak juga....
Semalam hancur-leburlah azam tak mahu ke bazar Ramadhan. Oh, no... bukan salah I sebenarnya! Mulanya HD called kata yang emaknya nak memasak maka nak ajaklah I lepas balik kerja pergi ke NSK beli barang sikit (Hebat tak plan kita orang? Masa orang sibuk nak beli juadah berbuka atau memasak untuk persediaan berbuka, kami nak pergi beli barang lagi!) I pun okey ajelah. Kalau mak mertua nak masak, I lagi lega...
Tiba-tiba bila I balik tengok kosong aje takda apa-apa pun kejadian istimewa berlaku di dapur my house. I pun cepat-cepat called HD yang on the way balik dari Cyberjaya. Barulah diberitahu yang emaknya tak dapat masak sebab barang takda! (Aha, first time stok barang dapur habis!)
Sebaik HD sampai rumah, kami pun bergegaslah nak ke Giant kononnya lagi dekat dengan rumah. Tapi tau ajelah bulan puasakan, walaupun dekat berzaman baru sampai! Dek kerana malas nak tempuh jem, HD berpatah-balik dan decided untuk singgah di bazar Ramadhan. Hancur azam I jadinya....
First time juga dalam sejarah kehidupan berkeluarga, HD siap turun meninjau bazar Ramadhan, demi ibu tersayanglah. Nak ajak ibu tersayang pergi tengok apa yang ada dijual di bazar. I dan anak-anak 20 meter berjalan di belakang, buat hal sendiri ~_^ Biasanya kalau sebelum-sebelum ni, memang I aje yang dikerahkan turun untuk membeli juadah. Pandai-pandai I lah membeli ikut citarasa my small family. Sebenarnya kalau dah jadi emak ni, memang tahu segala apa yang jadi kesukaan suami dan anak-anak. Tapi jadi bapak pula belum tentu lagi tahu kesukaan isteri dan anak-anak, betul tak?
Kos belian takdalah banyak mana, RM30++ aje pun. Tak tahu sebenarnya nak beli apa. Tapi bila balik rumah, penuh juga meja dengan nasi tomato untuk mak mertua, nasi ayam untuk suami, kuih tepung pelita, kuih kole, lepat pisang dan lepat ubi (kuih aje dah RM5), laksa untuk mem, cempedak goreng, roti jala, murtabak daging dan air tebu! My superheroes pulak lari ke rumah MakNgah mereka kerana MakNgah ada masak ayam masak lemak (favorite Abang tu) dan Adik Cute pulak risau alahai hati kalau tak jumpa MakNgah 24-7 sehari (memang nak kena seligi si kecil ni, sanggup tinggalkan Mommynya nak kejar 'kokok (kakak), MakNgah dan AtokMak!)
Rasanya so-so ajelah! Nak kata tak sedap pun tidak, nak kata sedap sangat sampai kena berulang pun tidak juga! Takut juga I kalau-kalau mak mertua tak berkenan nak makan makanan dari bazar Ramadhan kerana tahap kebersihan. Yalah, wet market di negaranya langsung tak wet. Gerai-gerai tepi jalan di negaranya semua bertutup plastik dan takda kerusi meja plastik yang hodoh. Meja pun siap beralas cantik. Kebersihan dapur tak payah cakaplah, memang daki-daki takda melekatlah. Itu ajelah kelebihan orang Uzbek, tahap kebersihan mereka memang tip-top. Itu tak dapat disangkalkanlah!
Apa-apa pun memang kenyang jugalah semalam walaupun membeli saja. Hari ini maybe mak mertua den nak masak makanan dari negara sana kerana dah hampir 3 minggu di sini, belum pernah pulak anak kesayangan merasai air tangan ibunya dan menu-menu tradisi dan istimewa negara sendiri ~_^ Bolehlah I merenggangkan urat-urat sendi mana patut hari ni *_*
Besar juga harapan kalau-kalau mak mertua buat 'Honim' seperti gambar di bawah :
Tak pun 'Guruch Lagmon' (Rice with gravy),
Atau paling koman pun 'Tovuq blahblahblah...Qovurdoq' (Fried Chicken Wings with Potatoes) hari ni ~_^
Harap-harap HD 'sesat'lah masuk blog ni hari ni! Bolehlah beritahu kat ibu tersayangnya apa menantu Melesya harapkan dapat makan waktu berbuka nanti~_^
P.S. Gambar dari pakcik kesayangan G to the O to the O to the G to the L to the E.... Gogol! Eh, bukan.... Google yang sebenarnya ~_^

Gambar menu yang paling atas tu nampak menyelerakan betullah
ReplyDeleteOh, yang itu bukan sahaja nampak menyelerakan, memang sedap pun kalau dimakan! Semalam mak mertua tak pulak buat 'Honim' ni. Mak mertua buat yang gambar terakhir tu dan satu lagi lupa pulak apa namanya, nasi berinti daging dibalut dengan daun anggur ~_^
DeleteNampak macam sedap belaka menu makanan Uzbek ni...
ReplyDeleteKalau Mami buat, poslah sikit kat kakcik. :)
Hahaha...Kakcik jangan tak tahu. Orang Uzbek ni bila memasak, dibahagi samarata dalam pinggan masing-masing. Memang takda berbaki. Kalau ada 5 orang, memang diberi seketul ayam seorang sepinggan. Kalau ada 10 ketul, dapatlah 2 ketul seorang. Takda lebih...
DeleteNantilah kalau saya buat maybe bolehlah merasa yerk ~_^
Kalau kat luar negara memang bersih tempat2 diorang walaulun masuk pasar. Memang tabik lah dekat diorang kan. Heheh. Nani tahun ni jarang jarang gi bazaar sebab harga boleh tahan jugaklah mahalnya. Huhu. Bila teringin sangat je nak makan kuih ke apa ke baru lah ke bazaar. Tapi kali ni keinginan tak teruk sangat nak makan maam macam. Hahah. Mudah mudahan lah HD tersesat kat sini boleh lah akak makan masakan orang Uzbek tu kan. Heheh :D
ReplyDeleteBetul tu, Nani. Bab pasar basah kita yang memang basah tu akak pun tak pastilah kenapa. Lagipun kalau masuk pasar mesti tutup hidung tak tahan bau. Dahlah bahan mentah banyak kat situ dengan lembap basahnya lagi, memanglah bau pun harum.
DeleteAkak pernah masuk pasar basah Uzbek, memang takda basahnya! Bau pun takdalah teruk macam pasar kita sampai kena tutup hidung bagai!
psstt: Kita nak try rasa menu ur MIL boleh..? mesti sedap kan..?
ReplyDeleteHahaha...the only cara... nanti I kongsi resepi yerk ~_^
Deletemenjejak ke bazar juga ye MD..tulah beli kat bazar ni biasa tak kena kat tekak saya..emm..sanggup masak..
ReplyDeletekalau MD dapat makan menu2 tu nanti share lah ye
Terjejak juga kaki ni, Mar dek kerana suami. Kalau cepat diberitahu yang mak mertua tak boleh masak, pandailah kita nak buat macamana. Masak simple-simple ni sekejap aje dah siap.
DeleteNantilah kalau saya sempat, saya kongsi resepi ~_^
mesti sedap air tangan buvijon ni...terutama yang nama susah nak sebut tu.yang penting ada kentang ye!
ReplyDeleteYang ayam dengan kentang tulah yang akak terliur sampai meleleh air liur ni, Sal. Nasib baik mak mertua buatkan semalam. Sedaplah....
Deletenampak macam menarik tapi org Uzbek makan pedas tak? Saya pun jarang p bazar ramadhan, rajin memasak pulak tahun ni.tapi masak yang simple simple je la..alamak...tiba2 teringat sambal sardin...hmm....kena buat ni..hehehe
ReplyDeleteOrang Uzbek tak makan pedas. Cumanya my mother in law ni tekaknya special sikit. Tekak Melayu ~_^ Suka betul makanan yang ada cili berapi. Habislah semua pun saya taram cili padi banyak-banyak kalau masak.
DeleteGambar makanan yang pertama tu memang ada macam sos cili tapi tak pedas mana pun. Kalau makan banyak, tak tentu cari air sebab kepedasan. Tak macam masakan kita, kalau merah tu maknanya pedaslah!
Sardin di bulan puasa ni sedap tau! Saya pun dah berapa kali berulang masak sardin. Hehehe...Cubalah sardin masak kari pulak. Tengok terangkat ke tidak punggung dari kerusi masa makan!
Anak akk suka mknn uzbek ni. Wiken ni akk nk try buat mantin aka dumpling uzbek. Kakak ipar org uzbek. Husben awkmorg uzbek jugak ke.
ReplyDeleteOh, saya pulak tak berapa suka mantin. Lagi suka lagmon tak pun pilov daging. Oh, rakan senegara rupanya kakak ipar Ibu Lala dengan suami saya yerk! Bolehlah speaking bahasa Uzbek kalau berjumpa ~_^
Deleteakak try la req kat mil. buat2 manja sikit ke hahahahaha tapi memang nampak sedappppp sangat haaa. paling sedap yang atas sekali tu!!!
ReplyDeletekira pun pernah beli ayam percik dengan keladi je dekat luar. bila pegi bazar jadi blur tatau nak beli ape. tetiba rasa takde selera hhahahaha. beli pun air je selalunya. makanan memang masak. walau sempat bergaduh dgn uwais itu ini dulu hahahahahha
Hahaha... dah WA HD gambar yang last sekali. Dan... memang dapatlah semalam. Sedap! Oppss... bulan puasa tak boleh over mengecurkan orang lain ~_^
DeleteAkak kalau ke bazar Ramadhan ni biasanya beli dengan orang-orang yang dah biasa beli. Yang dah tahu rasa makanannya macamana. Banyak kali juga terkena dulu, bila pergi tempat baru, beli dengan peniaga yang kita tak pernah cuba, bila berbuka aje hampanya rasa hati. Entah apa-apalah yang mereka jual!
Salam MD.. Ooo patutlah MD duk gilap rumah berbulan2, baru saya fhm org uzbek punya kebersihan tip top rupanya. Ingat lg MD kata dah kemas bilik mil HD awak kemas vacum lagi .. Baru faham.
ReplyDeleteMak aiiii hebatnya masakan dorang. Gmbr pun dah tau sedap
Wa'alaikum salam, LM!
DeleteOh, bab kebersihan ni memang orang Uzbek champion sikitlah. Itu yang risau nak bawa mak mertua ke bazar. Kebetulan pulak hari tu masa pergi, penuhlah lopak air dan kebanyakan gerai pun tak bersih sangat. Mak mertua tak kata apalah tapi tengok raut wajahnya macam bercelaru sekali. Hahaha...
Haishhh...kecur ailio tgk makanan uzbek tu. Tapi memang betul lah. Mencabar puasa ni. Cuaca memang panas berdenting. Bukak puasa memang balun air sejuk jer. Air panas tak pandang langsung.
ReplyDeleteCuaca boleh tahan panaskan sampai kita yang tua ni pun tak tahan tekak kehausan apatah lagi budak-budak. Kesian depa...
DeleteSaya pun paling koman mesti ada dua mug atas meja, untuk saya seorang aje. Tapi yang selalu terjadi, lepas makan kurma sebiji memang bergelas-gelas air masuk perut dulu!
Amboi hakak mak mertua uzbek gitu..smoga dpt aa yg dihajat tu aminn
ReplyDeleteHahaha...dah dapat pun, CikSiti. Kira tertunailah hajat di hati. Makanya hari ni kenalah start balik rutin masakan Melayu di rumah. Rasa macam nak masak kari ayam jelah as a main menu ~_^
Deletetercabar iman menengoknya..tgk gambar pun dah tau sedap..apa lagi kalau mkn..:)
ReplyDeleteHahaha...asal jangan buka puasa sudahlah. Azamnya tak mahu letak gambar makanan di bulan puasa ni demi menghormati rakan-rakan yang berpuasa tapi terlupa pulak semalam sebab sendiri punya hajat nak makanan ni semua ~_^
Deleteohh lebur la azam Ramadhan MD tak nak ke bazar.sabaq je la..tetiba hero Uzbek jadi ggih meninjau bazar.sayang betul ye ke emaknya..nmpk sgt MD dianak tirikan hahaha..
ReplyDeletenti jangan lupa snap gambar masalah mak mertua..klu tak dpt snap sedara direct tolong ya curi2 juga tgkp gambar supaya kami semua tak kempunan nk tgok menu Uzbek.lg bagus minta resepi dan tempek.huhu
Dah habis lebur pun, PK... tapi takpalah takda juga berlaku pembaziran sebab semuanya licin. Cuma rasa tu tau-tau ajelah kalau membeli masa berpuasa. Nampak sedap, bila dah dapat hampa pulak...
DeleteOh, hero Uzbek memang seorang anak yang soleh tau! Asal kata 'A' aje, terus dibuatnya A, B,C, D, etc.etc ~_^
Oh, sebab malu makanya kita tak snaplah makanan semalam. Mak mertua den buat yang last sekali dengan satu lagi menu nasi daging berbalut dalam daun anggur. Daun anggur ya beb, jangan tak tahu ~_^
La.. tgk entry ni baru saya perasan saya dah salah tarikh..saya duk anggap semalam dah 22 rmadan..jadi harini 23 ramadan.. hihu.. kemain tak menyabar nak sambut raya ya.. mood berblog pun dah kelaut.. ni nak kembali kayuh sebab mood keje mmg dh tak bpe ada. Kalau semua tak ada mood bahaya gak, itu tanda2 orang dh tak lama hayatnya.. haha kan?
ReplyDeleteMana update ni? Termakbul ke impian nak merasa menu uzbek penuh meja macam gambar tu? Wah. Tengok pun rasa teruja.. untungla menantu dia.. bahan2 mudah dapat ke dekat melesia ni? Cer belaja sikit..bagi resepi kat kami sama.. jeles gak ni tau..
Ini yang orang kata jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. Allah dah tetap jodoh yg sesuai utk kita tau. Kalau mak mentua rajin dan pengemas mcm ni dapatla menantu yg rajin gak mcm MD ni.. baru padan. Eh, kejap, MIL saya pun rajin dan pengemas, siap datang kemas mengelip2 lagi rumah saya ni.. huuu..malu deh.. balik2 tgk teratur rumah ku bila mommy i datang tak bg notis.. aduh. Sorok muka balik bantal
Hahaha...nampak sangat terlebih teruja nak beraya berbanding dengan anak-anak? Persiapan raya dah siap sepenuhnya ke, AN? Saya ni start pun tidak. Maklumlah beraya di perantauan katanya... Hehehe!
DeleteOh, bila nak cuti panjang ni memanglah mood kerja kedaung. Jauh terjunam. Sebenarnya masuk aje puasa mood saya nak berblogwalking pun merundum. Walaupun tak guna mulut, terasa juga penatnya nak blogwalking. Hehehe...
Oh, dapatlah AN semalam makan Fried Chicken Wings with Potatoes tu. Ada satu lagi menu, nasi daging dibalut dengan daun anggur khas didatangkan dari Uzbekistan *_* Malangnya saya tersipu malu nak ambil gambar. So, takdalah gambarnya ~_^
Kalau dah lama kahwin, dah biasa dengan mother in law, memang buat-buat tak tahu ajelah kalau rumah macam tongkang pechah. Yang penting hati mother in law dah terpaut sayang pada menantu, senanglah sikit kerja kitakan. Hehehe... ajaran sesat nih ^_^
Tau pun betapa panasnya surirumah marhaen yg ambik anak hari hari ni. Nak tak nak terpaksalah hadap. Memang biratlah kulit muka mak di pagi Syawal tau!
ReplyDeleteKalau mami dah mcm suka makanan Param tu Kak Ton .....apa lagi, kita beli ler hari hari hihi..... Senang sikit kerja Kak Ton, balik kerja boleh landing tiruk dlm bilik. Amacam?
Sedapnya makanan atas tu..... Apa namanya Honim? Sungguh mengghairahkan mak tau....tetiba nak jilat hihi...
Kalau birat pun mak touch uplah tebal sikit sebelum berselfie. Hilanglah biratnya nanti ^_^
DeleteOh, tidaklah OKje! Itu ajelah sekali saya beli di PARAM. Malas saya nak pergi lagi. Tengoklah HD siap 'mencemar duli' turun ke PARAM buat pertama kalinya. Kalau tidak, main order aje memanjang hantar bibik mithali tau!
Oit! Jangan nak perasan lebih-lebih yerk! Bukan Hainom! No typo error di situ!
klu ada bahan sure dah makan mcm2 dek masakan mami tersayang..
ReplyDeletetakpe nnti cuba lagi.. still got time kan... weekend ni ada
Dah dapat pun makan, Lyn tapi tak sempat nak ambil gambar. Malu sei... Hehehe....
DeleteHari-hari lain memang akaklah yang masak, simple ke complicated ke menunya memang akak main ikut kepala akak aje apa nak masak. Yang penting cili padi kena baling~_^
Wah, untunglah! Tentu penuh puasa ^_^ Kat sini kalau keluar aje dari pejabat, terasa macam matahari sejengkal atas kepala. Panasnya.... Terus terbayang-bayang segelas air sirap bandung bersoda penuh ais! Oh, nikmat.....
ReplyDeleteKalau sebut memang terbelit tapi kalau dapat makanan, sedap juga Diana ~_^ Nantilah saya belanja resepi kalau sempat yerk ^_^
lya kali ni ke bazar ramadhan beberapa kali je..tu pon cari kuih tepung pelita.. hehe..
ReplyDeletebetollah apa y MD kata tu, kita ni isteri tahu semua febret suami n anak2..bila part suami kt mbeli, blum tentu penuhi kemahuan kita kan...
nmpk sedap2 menu ni..nnti share lah resepi..
Kalau tak silap, 3 kali kot akak terlepas ke PARAM. Memang tak dapat nak elakkan lagi. Tapi walaupun 3 kali aje, memasak sendiri di rumah jauh lagi sedap. Bukan nak puji diri sendiri yang bukan pakar pun memasak, memang makanan di bazar Ramadhan ni indah khabar dari rupa aje!
DeleteMemang pun. Kita tau apa yang anak-anak dan suami suka. Tapi cubalah tanya pada mereka. Kalau bagi kuiz, memang gagal punya!
ohhhh pecah jugak rekod kena pegi Bazar erk MD.. apa boleh buat..hihi.. klu beli utk beberapa org tu dlm rm30 tu kira OK lah kan.. cuma rasa je lah tak tau bila beli kat bazar ni..yg paling risau kebersihan pula kan... huhu...
ReplyDeletesini pun panas sokmo MD..sy balik keje dlm 4.30ptg smpi rumah dlm kul 5pm sempat sgt klu nak masak..berbuka 6.24pm..... :)
Pecah juga rekod tapi bukan atas kehendak diri sendirilah, Atie. Hehehe...
DeleteNasib baiklah RM30 aje berhabis. Kalau lagi banyak, memang ralat sungguh. Bukan sedap mana pun. Lagi best kalau masak sendiri. Tapi macam tak percaya aje tau, bulan puasa ni saya rajin sungguh masak. Suami kata tak payah pun saya tetap nak memasak ^_^
Samalah kita. Cumanya di sana buka cepatkan. Saya di KL ni berbuka pukul 7.30 malam. Kira banyak masalah nak masak macam-macam kalau mahu ~_^
perghhh terliur sangattt.. nasib baik bulan puasa dah habisss
ReplyDeleteLetak gambar makanan masa berpuasa memang patut diharamkan. Mengundang keterliuran... Hahaha... Habis perkataan baru masuk kamus hah!
Deleteperghh...tu makanan uzbek ke? mengancam betul
ReplyDeletenasib u kata en google bg pinjam gambo
kalau kata mami u yang masak, memang confirm sat lagi i nyinggah
buat2 sesat...hehe
kuranglah pegi bazar puasa baru ni
makan apa ada aje. saya buka kurang nak makan
tu agaknya turn badan masa puasa
sekali baru 3 hari raya, naik 5kg! tak guna punya encik penimbang =)
Hahaha...minta maaf ya, mak mertua den dah balik ke 'kampungnya' . Kita ni dari mula kahwin sampai la ni pun belajar tak habis-habis lagi masakan Uzbek ni. Samalah macam orang tu belajar menganyam ketupat dari mula kahwin sampai anak dah dua pun tak lepas-lepas. Hahaha!
DeleteItulah saya kata, saya pun sama. Kalau bulan puasa tak pernah susut. Puasa satu hari tapi time berbuka teruja kot nak makan. Tapi tahun ni berbeza. Turunlah 0.05kg agaknya tapi lepas raya boleh naik semulalah bila asal tengah malam aje lapar menjelma ~_^