Salam 27 Ramadhan kawan-kawan!
Kali ini I tak berceloteh panjang lebar ~_^
I akan mula bercuti raya mulai esok dan lusa. Balik kampung atau tidak, masih lagi belum pasti tapi I pun dah tak berapa kisah sama ada nak beraya di Kuala Lumpur atau pulang ke kampung halaman di Batu Pahat.
Kalau terpaksa beraya di Kuala Lumpur itu kiranya pengalaman baru setelah bertahun-tahun selama ini tak pernah lagi tak balik beraya di kampung halaman. Tahun ini juga merupakan kali pertama beraya bersama-sama emak mertua. Dan, kalau sungguh bagai dikata nak beraya sangat di Kuala Lumpur ni, inilah juga kali pertama I kena memasak juadah hari raya sempena menyambut Aidil Fitri. Takpa, takpa... walaupun ada sedikit debaran, google aje mana patut ~_^
Hari Isnin selepas raya I dah mula bekerja tetapi hari Selasa I akan bercuti kembali kerana my mak mertua akan pulang ke Tashkent pada hari tersebut....
Selepas itu, rutin berjalan seperti biasa rasanya....
Dek kerana bila I mula bercuti esok my blog pun akan 'tutup pintu dengan padlock maha besar' makanya celoteh dari rumah MD akan mula bersiaran selepas rayalah nampaknya ~_^ (Legakan tak perlu nak baca banyak sangat perenggan per entri ^_^)
Sempena kehadiran Syawal yang semakin hampir ini, I ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dan kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata, terluka hati dek kata-kata I selama ini, maaf jua dipinta.
Pada kawan-kawan yang teruja nak pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati ketika memandu. Biar lambat asal dapat beraya di kampung masing-masing ya *_*
Kali ini I tak berceloteh panjang lebar ~_^
I akan mula bercuti raya mulai esok dan lusa. Balik kampung atau tidak, masih lagi belum pasti tapi I pun dah tak berapa kisah sama ada nak beraya di Kuala Lumpur atau pulang ke kampung halaman di Batu Pahat.
Kalau terpaksa beraya di Kuala Lumpur itu kiranya pengalaman baru setelah bertahun-tahun selama ini tak pernah lagi tak balik beraya di kampung halaman. Tahun ini juga merupakan kali pertama beraya bersama-sama emak mertua. Dan, kalau sungguh bagai dikata nak beraya sangat di Kuala Lumpur ni, inilah juga kali pertama I kena memasak juadah hari raya sempena menyambut Aidil Fitri. Takpa, takpa... walaupun ada sedikit debaran, google aje mana patut ~_^
Hari Isnin selepas raya I dah mula bekerja tetapi hari Selasa I akan bercuti kembali kerana my mak mertua akan pulang ke Tashkent pada hari tersebut....
Selepas itu, rutin berjalan seperti biasa rasanya....
Dek kerana bila I mula bercuti esok my blog pun akan 'tutup pintu dengan padlock maha besar' makanya celoteh dari rumah MD akan mula bersiaran selepas rayalah nampaknya ~_^ (Legakan tak perlu nak baca banyak sangat perenggan per entri ^_^)
Sempena kehadiran Syawal yang semakin hampir ini, I ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dan kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata, terluka hati dek kata-kata I selama ini, maaf jua dipinta.
Sumber : Google |
Pada kawan-kawan yang teruja nak pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati ketika memandu. Biar lambat asal dapat beraya di kampung masing-masing ya *_*
tak decide lagi ke nak raya kat mana?takpelah kak MD, apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan.Salam Aidilfitri! mohon maaf kalau ada terkasar bahasa, terover reacting ke..selamat bercuti..amboi padlock besar ye.habis raya nanti kita kembali penatkan mata baca blog MD pastu gelak sorang-sorang. takpe, bos takde, dia cuti lama
ReplyDeleteAsalnya tak nak balik kampung, Sal. Lepas tu tetiba HD kata jomlah balik kampung sehari. Akak ni ikut ajelah kata suami walaupun selama ini tak pernah lagi di pagi lembaran Aidil Fitri berada di Kuala Lumpur ni. Inilah first time (sobsobsob......)
DeleteSalam Aidil Fitri buat Sal sekeluarga juga. Kalau terkasar kata, tersasul bahasa tu janganlah ambil hati lama-lama yerk. Percayalah bukan disengajakan pun ~_^ Kalau dah bergurau takda sempadan, memang selalulah tak perasan apa dikata *_*
Rehatkanlah matamu itu Sal sempena hari raya ni. Kalau datang juga nak baca akak menceceh, there must be something wrong somewhere nih. Hiks!
Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga. Nani pun petang esok in sha allah baru gerak balik Pahang. Mood dah nak raya sangat sekarang ni. Haaha :D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat Nani dan keluarga juga di Pahang. Selamat pulang ke kampung halaman. Enjoylah raya sakan-sakan Nani manalah tahu akan datang raya dah tak semeriah macam zaman sekarang ni ~_^
DeleteSama lah kita MD. Tak tau nak balik mana. Tapi kampung kat KL jewr. Kg pandan dengan Rawang. Mungkin raya kat umah sendiri dulu kot. Harini last day kerja.
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri buat MD & famlily.
Oh, kampung dekat-dekat aje... Senanglah macam tu. Raya dulu kat rumah sendiri. Lepas tu rumah kat Kg Pandan and then baru gerak ke Rawang. Selesai masalah. Hihihi...
DeleteSelamat Hari Raya dan Salam Aidil Fitri buat Fiza sekeluarga. Kosong-kosong yerk mana yang tak balance lagi ~_^
Salam Aidil Fitri MD... Semoga berbahagia walau di mana pun berhari raya... :)
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri buat Kakcik sekeluarga juga! Kosong-kosong ya Kakcik kalau ada salah-silap yang tak disedari selama berkenalan di alam maya nih ~_^
Deletekita insyallah lepas kerja ni nk blk kelantan..
ReplyDeleteselamat hari raya MD. insyallah jumpa lgi lepas raya
Salam Aidil Fitri buat PB dan keluarga. Lama sungguh tak dengar cerita. Hati-hati memandu pulang ke Kelantang ya petang ni. Semoga selamat sampai ke kampung halaman dan enjoy raya kali ni ~_^
DeleteRaya kita rehatkan sekejap blog dari bersiaran.. lagipun ada kampung yang akan ai singgah takde line internet.. kehkehkeh.. tapi semua itu hanya menjadi pasti selepas solat Jumaat nanti.. huhuhu..
ReplyDeleteSaya kalau bersama keluarga memang takdalah nak menaip entri kot. Kecuali gian sangat. Walaupun katanya raya kali ni paling sempoi dan sederhana jadinya, raya tetap raya. Blog lupakan sebentar ~_^
DeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin MD..
ReplyDeletesemoga happy dan ceria dihari raya nnt, x kira la beraya di mana..
Ira pun sama, minta maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa masa mengomen entry2 MD.. hehe...
Salam Aidil Fitri, Ira. Lambat pulak bersiaran. Hibernasi lama sangat. Eh, 3 minggu tu kira lamalah bagi sayakan *_*
DeleteKira kosong-kosong ajelah. Setakat kawan alam maya, dosa apalah yang ada ~_^
selamat bercuti MD...
ReplyDeletexpelah, pengalaman baru beraya di KL...
wish u all the best utk masakan pg raya tu..heheh..xpe.. google kan ada, sedia membantu!
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Salam Aidil Fitri, Lya! Macamana raya tahun ni? Tentu meriahkan. Tak sabar nak terjah blog tengok ragam Lya sekeluarga menyambut raya ~_^
DeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir Batin MD..lama patik tak berkunjung ke sini... diharap MD dan anak2 sihat ja...
ReplyDeleteohh raya dgn Mak Mertua sekali erk..boleh lah masak segala mcm rendang ketupat..hihik...google aja ya!... blog kamek pun asyik on off shj..:)
Hahaha.. samalah kita, Atie. Baru hari ni dapat bersiaran. Cerita raya pun dah basi. Salam Aidil Fitri buat Atie sekeluarga juga.
DeleteTak jadi masak sendiri kali ni. Selamat! Kalau tidak, memang pakcik googlelah yang jadi peneman di dapur!
Seronok betul MIL dpt beraya dgn menantu kesayangan tahun ini MD. Masaklah apa yg patut janji ada kesyukuran di bulan mulia. Special tu memang special tapi kena ikut kemampuan diri jgn sampai santak seharian di dapur bimbang last-last raya demam pulak... Ikut kekuatan diri. Minta tolong HD dan MIL kupas bawang pun jadilah kan...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya dan maaf zahir batin dari kakak buat MD and family.
Apa yang seronoknya, kak. Biasa-biasa sahaja. Bagi mereka, hari raya Aidil Fitri ni tak semeriah mana pun. Kalau tidak, mana mungkin mak mertua sanggup beraya di Kuala Lumpur meninggalkan suami dan anak-anak beraya sendirian di sana *_*
DeleteDah betul pun tekaan akak. Memang jatuh demam terbongkang lepas raya. Nak kata jenuh memasak di dapur tak juga ~_^
Selamat hari raya Aidil Fitri dari saya buat Kakzakie sekeluarga juga!
Salam Lebaran Di Aidil Fitri.. MD,
ReplyDeletePengalaman tu MD beraya Di KL ni.. dah tu pertama Kali beraya bersama mertua.. lagi gembira menantu mithali ni kan :D..
Akak pun memohon kemaafan sekiranya ada komen2 akak yg menyinggung perasaan MD ye ;)
Salam Aidil Fitri, CH. Baru hari ni dapat update entry. Cerita raya saya pun dah hampir basi ni ~_^
DeleteHahaha....sama aje kekdahnya pertama kali atau tidak, beraya dengan menantu Malaysia. Takda apa pun yang berbeza!
Samalah kita, CH. Kalau ada terguris hati ketika membaca komen tu, minta maaf banyak-banyak ya. Masa mengomen, langsung tak ingat nak jaga tutur kata ~_^
salam aidil fitri MD . mohon maaf zahir dan batin ...
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri, Vee. Samalah juga dengan saya, ampun maaf kalau ada terkasar bahasa ketika berhubungan alam maya yerk!
Deletesalam aidilfitri my MD mohon ribuan ampon dan maaf sekiranya ada salah silap tulis semasa di alam maya ni kan, biasalah jari tak bermata, tulis je sukahati, maafkan kaknoor dari ujung tudong hingga keujung setokin ya..
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri, KakNoor. Baru la ni dapat berbalas salam raya yerk. Tentu penuh meja juadah hari raya di rumah KakNoor ni. Nasib baik jauh, kalau tidak, dah tentu datang beraya siap bawa mangkuk tingkat lagi ~_^
DeleteSalam Aidilfitri Kak Ton...maaf zahir batin..... Maklumlah kak Ton kan byk mengumpat mak, eh? Sapa yg patut mintak maaf ni ? Kak Ton ke mak? hihi....
ReplyDeleteSo camne cite hari Raya dan cite tadi? Banjir ke tidak KLIA? Tak sabau tau nak dengau cite Kak Ton....
Salam AidilFitri, Mak. Maaf zahir jerk, batin takda *_* Eh, bukan ke kita saling ngumpat mengumpat bila ada masa terluang? Kenapa Kak Ton aje yang kena minta maaf ni? Tak patut betul tau Mak ni...
DeleteNi masa Kak Ton berhibernasi, seronoklah Mak mengumpat Kak Ton sorang-sorang yerk :)
Sabar-sabarlah, Mak. Baru aje minta maaf dah ajak mengumpat lagi. Nanti-nantilah Kak Ton cerita. Dedor demam Kak Ton ni pun belum surut sepenuhnya okey ~_^
selamat hari raya buat MD sekeluarga..baru sempat jenguk sini
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri buat Mar sekeluarga juga. Saya sendiri baru hari ni dapat update blog, Mar ~_^
DeleteKak Tonnnnnnnn ohhhhh Kak Tonnnn
ReplyDeleteYa, Mak.... Kak Ton ada ni! Mak tak sedar ke Kak Ton masuk dalam mimpi Mak? Awat rindu sangat ni....
Deletedah habis raya ni tak up lagi entry..ohh belum mula kerja kan..selamat hari raya maaf zahir batin juga MD..sebelum raya aritu kalut nak balik kmpg..kalut dengan kuih raya..kemas rumah bagai tak sempat nak wish selamat hari raya mintak ampun dalam blog pun..
ReplyDeletemesti sedih tak berapa hari je lagi mak mertua nak balik dah..sob..sob..
Saya ada aje ni, PK. Hari keempat raya dah naik kerja. Cuma blog aje yang tak berupdate. Sibuk menguruskan diri dan keluarga katanya...
DeleteSaya tahun ni kuih raya pun takda tau. Itulah hasilnya buat kerja last minute. Nak buat, lagilah jangan harap. Saya bukan serajin PK. So kuih raya rumah saya tahun ni terdiri daripada gula-gula, coklat dan seangkatan dengannya ~_^
Oh, silap tu.... Lega banyak! Baru dapat balik suami kita. Kalau tidak rasa macam menyewa bilik dalam rumah yang sama aje kekdahnya ^_^
Selamat hari raya MD! Maaf zahir batin. Busy ye? Mana MD ? Mana MD?
ReplyDeleteMana MD?
Mana MD?
Rindu dah ni.
Alololo.... betul ke rindu ni? Terus kembang kuncup hidung saya tau!
DeleteSalam Aidil Fitri buat LM sekeluarga juga. Maaflah kalau ada terkasar bahasa ketika bertandang ke sana yerk!
Ni, dah balik meroyan semula! Nantikan ajelah bebelan tak reti berhenti saya lepas ni ~_^
selamat hari raya..maaf zahir batin MD.
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri buat Acik sekeluarga. Baru hari ni nak update blog Acik. Sibuk katanya...
Deleteselamat menyambut hari raya aidilfitrii.. lmbat plak wishh hehehe
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri, Wan. Biar lambat asal berucap katanya. Hehehe....
DeleteLama nau Kak Ton beraya ni.. selasa hari ni ke Mami balik? Ke selasa minggu lepas tu.. cer up cerita dak berdua tu pakai baju raya yang segak bgaya tu.. dh tau kalau mintak gambo mak bapaknya tak mungkin la muncul di blog ni.. tak pun masukkan gambo biskut raya korang..
ReplyDeleteKak Ton tak beraya ke mana-mana pun, AN. Kak Ton ada aje ni. Cuba tengok, komen semua approved mengikut masa. Cuma blog aje tak berupdate *_* Kak Ton tengah merenung nasib ni... Hahaha!
DeleteTahun ni kami tak sedondon. Dah katanya persiapan pun buat last minute. Memang niat asal pun tak mahu sedondon. Si Abang pakai warna ni, si Adik sarung warna itu. Mommynya lain warna juga. Caca-marba warna kami kali ni ~_^
Biskut raya pun takda tahun ni. Last minute membeli, biskut berkenan di hati tinggal balang kosong aje! Nangis kita awak.... Kita jamu coklat, gula-gula dan seangkatan kedai dengannya. Hihihi!
Kak Ton....oh Kak Ton....taulah bizi....no hp kak Ton udah hilang. Pak Jilap reset hp hari tu, tp camera out jugak huh.....tolong text mak ek....
ReplyDeleteMak ni, Kak Ton dah text pun takda pulak Mak nak ajak bergosip. Mak sibuk beraya eh? Kalau dapat makan kuih raya tu, memang lupa terus pada Kak Ton tau! Nyampah arrr....
DeleteBILE NAK UP citer raye ni kak ...mabuk ketupat lagi ke ni heheheeheh
ReplyDeleteTahun ni kisah raya semua jadi throwback punya kisah, Lieya. Bukan mabuk ketupat, demam kura-kura terus! Hahaha....
Deleteselamat hari raya
ReplyDeletemaaf zahirbatin
nak gambar raya pertama kali dgn mak mertua, boleh?
Salam Aidil Fitri, Ciksu! Aduhai Ciksu ni... sesekali buat permintaan, terduduk kita jadinya ~_^
DeleteSelamat hari raya (^____^)
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri, Sanisah *_*
DeleteSelagi tak habis raya, kita ucaplah lagi.. ke dah wish dah hari tuh.. lupa dah :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir dan batin
Betul tu, Lyn. Lupakan dah ucap ke belum. Selagi ada Syawal, kita ucap ajelah ~_~
Deleteselamat hari raya MD!
ReplyDeletemaaf zahir batin ye. kot ada salah silap selama ni
raya dah nak hujung baru nak wish...hehe
Syawal ada lagi ni kan. So, Salam Aidil Fitrilah buat YY sekeluarga. Selagi ada Syawal, selagi itulah kita beraya. Tapikan tahun ni raya saya kelam-kabut sikit dan takdalah berpanjangan sampai sebulan. Dah puasa pun tak penuhkan....
Delete