Kad Raya Kedua *_*

Salam 23 Ramadhan kawan-kawan!

Seminggu lagi nak raya nih (yeah!), takda rasa apa-apa ke? 

Oh, tak payah dijawab sebab soalan tu bukan untuk you all tapi untuk tuan punya blog ^_^ Maklumlah tahun ni kali pertama katanya tak balik raya. Walaupun tak pernah bergaduh tentang turn nak balik kampung siapa, bila jadi macam ni rasa sedih juga!

Okeylah, kita lupakan hal yang itu! 

Pagi tadi sampai aje pejabat, Head of Security (semestinya orang Jepun) datang menuju ke my meja sambil hulurkan sekeping sampul kad raya (yeah!). Terkebil-kebil I menerimanya sambil ucap terimakasih. Dok fikir juga gerangan siapalah yang menghantar kad raya pada I kali ni. (By the way, kalau hantar apa-apa pada I silalah tak payah letak 'MD'  tu, pening orang Jepun dok fikir I ni doktor ke apa...keh3x)

Ini rupanya kad raya kedua yang I terima (yeah...lagi ~_^) ....



Dihantar khas oleh seorang lagi rakan blogger yang sedistrict katanya, Cik Vee kita yang ayu ~_^

Bukan setakat kad raya aje tau, di dalamnya siap ada duit raya lagi (Vee. duit ni untuk I ke atau untuk anak-anak I ni?) ^_^ Tentulah omaknya anak-anak I akan gembira dapat duit raya ni, sampai kembang-kuncup hidung tak nak puasa lagi dah sebab dah dekat raya!

Terima kasih banyak ya, Vee! Ingat juga awak kat kita. Kalau nak tunggu kita hantar kad raya kat kawan-kawan, hantar tahun ni, tahun depan sampailah gamaknya. Maklumlah, kad raya I semua I tempah kat Mars sana, penghantaran menaiki roket kena transit di Venus dulu. Itu yang selalu buat lambat kalau I lah yang menghantar apa-apa kepada kawan-kawan ~_^

Zaman sekarang ni kalau dapat kad raya satu pun nak heboh satu blog, sampai buat entri khas! Maklumlah, kad raya macam ni dah masuk dalam senarai 'artifak'. Tak lama lagi cuma dijumpai dalam muzium aje. Bukan macam dulu, berkotak-kotak dapat siap gantung kat dinding dan  letak bersusun tepi TV, kat side table lagi...

Sekarang ni nak dapat satu kad raya pun susah. Kalau dapat tu, haruslah terus tempah frame dan simpan untuk kenang-kenangan sepanjang jalan kehidupan katanya! Mana tau akan datang orang nak cari kad raya yang dah pupus katanya, bolehlah kita jual untuk jadi jutawan. Tak pun sebagai ingatan buat anak cucu yang tak merasai nikmat terima kad raya pada zaman mereka nanti!

Kalau dah dapat lebih daripada satu, bertambah-tambahlah kegembiraannya, bukan kepalang ~_^ Kalaulah dapat berguni-guni kad raya sekarang, memang kena riang-ria post gambar kad raya dalam blog dan semua media sosiallah nampak gayanya tau! 

Tapi entri ini bukan kerana teruja sangat dapat kad raya kedua; cumanya nak ucap terima kasih tak terhingga kepada si penghantarnya, rakan alam maya Cik Vee kita nih... ^_^



 

 


Comments

  1. Ok... dpt masuk rumah MD dah kakak - Alhamdulillah
    Masuk-masuk baca org dah dpt kad raya
    Maklumlah yg rajin berkad raya memang blogger macam kita ni
    Moga ukhuwah berpanjangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, rumah saya pun akak tak dapat masuk ke? Habislah saya takda 'tetamu' raya tahun ni sebab orang fikir saya balik kampung beraya *_*

      Sekarang ni pun memang blogger aje yang rajin hantar kad raya. Yalah kenal pun di alam maya; ini juga cara-cara mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin. Saya ni pulak tak tahulah bila nak menghantar kad raya pada kawan-kawan. Tahun depan kot~_^

      Delete
    2. tahun depan saya tunggu kad raya kak MD tau..hihihi

      Delete
  2. kan? sekarang ni kalau dapat kad kembang kempis bukan takat hidung abis semua kembang.. termasuk bontot. Bangganya rasa macam nak gantung depan pintu rumah biar orang tahu kita dapat kad raya.. kita pun nak membalas ni tunggu setem tak sampai2 maybe cetak khas kot muka kita tu lambat sangat nak dapat. tadi dapat call asben tanya nak berapa keping setem.. maybe dah siap cetak la tu.. tak tau la sempat ke tidak sampai sebelum raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terbayang betapa hodohnya kembang-kempisnya tu tau, Suria! Kira memang teruja tahap gaban lah kalau dapat sekeping kad raya. Bukan senang oi sekarang nak dapat! Dulu-dulu siapa dapat paling sikit, malu nak habaq satu dunia. Tapi sekarang ni siapa dapat satu, haruslah canangkan dalam blog tau!

      Eh, kena balas ke?

      Kalau macam tu, tahun depanlah baru akak balas! Nak cari kad raya kat mana pun akak tak tahu. Ada orang jual merata lagi ke kad raya sekarang? Ke kena beli online jerk dah boleh? Keh3x...

      Delete
  3. Padanlah makin lama, makin hilang rasa suasana menyambut rayakan, Diana. Inilah salah satunya. Tradisi lama yang makin dilupai. Tak lama lagi kalau nak tengok kad raya, bolehlah pergi Muzium Negara. Esklusif terdapat di muzium aje!

    Okeylah, kita buat projek tahun depanlah senang cerita! Tahun ni dah tak sempat dah ni *_*

    ReplyDelete
  4. simpan tau kad raya ni, nanti nak tunjuk kat anak cucu..hehehe, tapi saya berlagak katblog je.kat fb ke, twitter ke, segan nak cerita.nanti dikata old-fashioned

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, taklah! Akak nak jual bila kad raya ni dah jadi bahan muzium. Hehehe...

      Eh, Sal... siapa dapat kad raya sekarang walaupun satu kira dah awesome sangat tau! Ada tu langsung tak dapat kad raya. Kalau ada FB ke, twitter ke, Instagram ke, haruslah nak showing off gitu ^_^

      Delete
  5. alhamdulillah , dah sampai ... saja nak merai ramadhan sama mcm zmn kita bebudak dulu . rasa keseronokannya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sekali lagi, Vee. Nasib baik ada juga yang sudi nak hantar kad raya kat MD. Kalau tidak, melopong ajelah, tak boleh nak showing off dalam blog. Hihihi...

      Delete
  6. Sah.. ini tanda blog ni fofuler.. minggu depan daat lagi 5 kad agaknya.. haha.. insyaAllah akan ada orang2 yang masih meriahkan ramadan dengan kad raya kan.. bagus tul insan2 mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana adanya, AN. Inilah aje dua kad yang saya terima. Tahun lepas banyaklah juga... tiga ke empat! Keh3x...

      Ada juga terniat nak layangkan kad raya pada kawan-kawan akan datang tapi takut niat dalam hati aje, buat tak juga *_*

      Delete
  7. Huhuhu...akak tumpang sedih md xblk raya. Xdpt cuti ek.....kalau akak agaknya dh meraung guling2 kot. Dpt 1 minggu pn masih merungut xpuas...adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak dapat cuti raya, kak. Tapi mak mertua saya yang jauh tu ada di KL buat masa ni. Nak ajak balik kampung macam ramai sangat di kampung tu, terkejut pulak nanti dan lidah kelu tak tahu nak borak macamana!

      Delete
  8. amboi dua dah kad raya depa.sajalah tu nak bagi kita jeles.mentang2 la kita ni habuk pun tadak..takde orang sudi kirim kad raya pun.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...baru dapat dua pun orang dah jealous. Itu belum dapat seguni. Tengoklah tu betapa bezanya dunia dulu-dulu dengan sekarang. Kalau dulu, dapat 2 malu nak beritahu orang. Dah dapat seguni barulah boleh aksyen sikit!

      Delete
  9. Alhamdulillah.. :)
    Mesti seronok kan? :)
    Mengembalikan nostalgia dlu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoklah juga. Bukan senang nak dapat kad raya zaman sekarang ni. Kalau dulu lainlah, boleh gantung kat dinding lagi, dah terlalu banyak sangat. Sekarang ni dapat 2 keping pun bukan main alang kepalang gembiranya *_*

      Delete
  10. bestnya dpt kad raya. Dah takde org amalkan.. semua main wishes kat sms, wa, ig & mcm2 lagi..
    kena simpan ni... nostalgia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyn. Sebab itulah suasana raya dah tak begitu meriah macam dulu-dulu. Inilah salah-satu puncanya...

      Delete
  11. kita..satu pon tarak adaaa.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, takpa. Mana tau tahun depan ada yang sudi menghantar kad raya. Jangan sedih-sedih :)

      Delete
  12. seronok bila dapat kad raya kan MD..hihi. thn lepas rasanya sy ada gak dpt..thn ni mcm takdak..haha..simpan buat kenangan kat blog... ohh! sisVee yg bagi erk.. best nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahun ni dapat dua aje. Tahun lepas rasanya dua kali ganda. Hahaha... macam banyak pulak bunyi 2 kali ganda tu kan ~_^

      Ehsan kad raya dari Vee dan juga YY. Kalau mereka tak hantar, takdalah kad raya untuk saya tahun ni ~_^

      Delete
  13. alhamdulillah.seronokkan dpt kad raya
    geng blogger ni bagus kn mengembalikan kenangan lama dan doa sy smga tradisi ini teruskamn supaya tak hilang terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua ehsan geng bloggerlah. Kalau tanpa mereka, memang takda kot kenalan di dunia nyata yang nak hantar kad raya kat saya. Hahaha...

      Delete
  14. saya dapat juga kad dari vee tu =)
    tapi betullah MD kan, kalau tak kerana blogger
    usah mimpilah nak dapat! hehe

    tu yang riak aje bila adik-adik saya tegur
    sebab diorang sekeping pun tak dapat...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setuju. Sebelum jadi blogger, memang dah lama tak dapat kad raya. Habis tu, dah sendiri pun berhenti hantar kad raya pada orang lain. Memanglah jangan harap nak dapat. Nasib baik ada blogger-blogger macam YY dan Vee ni yang masih nak mengekalkan tradisi menghantar kad raya. Merasalah juga dapat kad raya di bulan puasa bak kata orang Spanish. Eh, ni dah tiru style si Dik Sal pulak nih...

      Delete

Post a Comment