Posts

Showing posts from August, 2016

Kisah semalam

Salam kawan-kawan!

Jumpa lagi kita di arena menceceh dalam blog ^_^

Hari ni dah malas nak bermuka-muka dengan bos. Sukahatilah bos nak kata apa, janji kerja sekolah pejabat dah siap. Kalau kerja datang, kita dahulukan kerjalah. Kalau kerja tak datang, kita dahulukan mengomel dalam bloglah ~_^ Sila jangan kecam ahkak kata makan gaji blind-blind gitu ya!

Entri sebelum ni kisah pagi ni tapi entri kali ini merupakan kisah selepas habis kerja semalam ya ^_^

Ceritanya, HD tak berapa sihat. Dua hari lepas check BP dan pulse tetiba pulak tak cantik. HD ni bukan boleh, kalau tak cantik bacaan, mulalah kebimbangan bermaharajalela dalam diri sampai tak tidur malam!

Kan dalam entri ni I ada kata I menggosok pakaian dari tengah malam sampai ke 2.30 pagi. Sesekali check, tengok HD macam lena tidur. Rupa-rupanya kata HD, tak lena langsung tidur. Beliau dengar aje kesibukan I yang tengah menggosok pakaian!