Salam 5 Zulkaedah kawan-kawan!
Alkisahnya, hari Jumaat lepas I kena ambil cuti. My youngest son si Adik Cute, demam semula. Hai, si kecil ni kalau demam memang boleh buat kita susah hati!
Entahlah mengapa, setiap bulan si kecil ni mesti diserang demam! Kali ni pun sama. Beberapa hari sebelum tu I dah dengar dia terbatuk-batuk. Hidung pun dah berair. Ni penangan dek si abangnya, Bubbly Abang yang baru nak baik dari demam, selsema dan batuk!
Adik Cute ni bukan boleh. Asal ada aje yang tak sihat, dia pun tersauk samalah nanti jatuh sakit. Makanya macam biasa, tak cukup tidurlah Mommynya melayan kerenah anak yang demam.
Sepanjang malam tu dia merengek; tak boleh tidurlah, tak selesalah, sakit kepalalah. Pendekata, macam-macam sebab yang menjadi punca dia nak merengek. I ni pun tidur-tidur ayam aje di sebelahnya. Baru rasa nak terlelap, tetiba terkejut mendengarnya merengek. Asal tersedar aje, dia rasa haus dan minta air. Mamai jugalah I dibuatnya ; adakala dia minta air, I terus sambung terlelap! Lepas tu buka mata balik terlupa nak beri anak air ^_^
4,5 kali juga dia muntah, mostly memang muntah air aje sebab dia tak lalu pun nak makan apa-apa. Bila asyik merengek demam, I pun buka pakaian tidurnya dan bawa mandi. Bukan mandi bersungguh pun, sekadar jirus air satu badan. Lapkan bersih-bersih sampai kering dan sarung balik pakaian tidur. Barulah dia terlena lama sikit!
Pagi Jumaat tu I bersiap juga nak pergi kerja. Sebelum I keluar menghantar si Bubbly Abang, terdengar pulak suara si kecil ni dah tersedar. Merengeklah sekejap minta itu, ini. Lepas hantar Bubbly Abang ke sekolah, I berpatah balik ke rumah sebab si kecil ni minta belikan itu dan ini. Nak menghantar pesananlah senang cerita.
Bila sampai di rumah, dia dah mula merengek tak berhenti. So, I decided cutilah lagi senang. Nanti kalau dah sampai pejabat, lagi tak senang hati dengar rengekan si kecil ni.
Kami bawa ke hospital terus kali ni. Malas dah nak pergi ke klinik lagi. Balik-balik ubat yang sama diberinya, Maka, kenalah ambil darah sekali lagi. Again, sama aje resultnya; takda apa-apa yang serius cuma viral fever sekali lagi. Musim kata doktor. Tapi si kecil ni bila demam sehari aje pun, memang lesu muka dan badan pun boleh nampak susutnya, tak macam si abang yang kekal sado walaupun demam! Dek kerana fobia asyik muntah, dia tak mahu makan mahu pun minum banyak sangat!
Kata doktor, kalau lagi dua hari tak baik, bawa semula ke hospital untuk check darah sekali lagi. Kali itu pun bila dia nampak nak cucuk lengannya, Adik Cute dah mula meleleh air mata. Beberapa minggu sudah, memanglah dia tak tahu nak kena cucuk tapi kali ni, dia dah tahu. Mulalah kembang-kuncup hidung menahan rasa nak menangis dek takut. Sakit katanya...
Alahai, I pun dah bergenang air mata walaupun masa tu HD yang tolong pegangkan anak. I tengok dari sipi aje. I tak beri dia tengok jarum, suruh tengok muka Mommynya dan promiselah itu, ini supaya dia terleka sekejap.
Maka hujung minggu lalu memang kami 'berkampung' di rumahlah kerana si kecil ni tak sihat. Selepas 24 jam makan ubat, nampaklah kurang lesunya dan boleh bangun bermain...
Bila tengok dia dah okey hari Ahad, kami pun bawalah keluar makan. Oh, mentang-mentanglah tak sihat, dia tak mahu berjalan sendiri. Nak suruh Daddynya dukung sepanjang masa. Tengoklah muka letihnya bila lama sangat di luar (bukan buat apa pun, makan malam aje sebenarnya...)
Sebelum buat pesanan, macam-macam dia nak tapi bila sampai makanan, boleh pulak kata takda selera nak makan sebab dia tak sihat! Oh, alahai...
Berdukunglah balik semula tapi sampai rumah, seronok bukan main bermain dengan abangnya sampai tak ingat nak tidur!
Hari ini Mommynya @ acting principal di tadika Adik Cute telah memohon cuti seminggu untuk anak kesayangan. Dah betul-betul sembuh dari demam, batuk dan selsema barulah Mommy beri pelepasan untuk pergi tadika semula. Letih rasanya bila anak asyik demam berulang!
Dah kalau gitu, jangan pulak meroyan bila kena bayar yuran mahal-mahal!
P.S. Pagi tadi masa tengah breakfast, nampak satu rancangan kalau tak silap program Haji Clinic for bebudak untuk praktis perform haji. Siap ada 'Kaabah', ada tempat melontar dan anak-anak comel ni siap pakai ihram. Serius sejuk hati dan tenang rasanya kalau my anak-anak dapat join sekali. Tak tahulah apa butirnya sebab tak dengar sepatah apa pun, TVnya dimutekan gitu!

makin susut badan Adik cute..kesiannya. semoga cepat sembuh ye sayang!
ReplyDeleteMemang makin susut. Bila satu hari sakit, teruslah lagi susut dan cengkung mata!
Deletekesiannya Adik. nampak susut badannya tu. kalau dah takde selera makan dan muntah2, mmg macam tu lah jadinya. kita ni pun jadi letih kalau anak-anak tak sihat.
ReplyDeleteMD, kalau ada hospital bekalkan antibiotik jgn tak makan tau. mesti bagi Adik makan sampai habis walaupun Adik dah nampak sihat. Risau demam tu berbalik-balik.
Asyik muntah air aje satu malam tu. Itu yang buat dia lagi takut nak makan dan minum, takut muntah!
DeleteAlhamdulillah, by now dah kebah demamnya tapi batuk masih lagi bersisa. Kena asingkan dia dari orang yang sakit, kalau tidak memang balik semula demamnya!
Selalunya saya tak beri anak minum antibiotik tu tapi baru-baru ni yang satu klinik beri tu saya make sure dia habiskan. Tapi still lagi berulang demamnya. Entahlah!
Adik masih di Tadika memang mudah jangkit batuk/demam/selsema tu dah biasalah MD. Apa lagi kalau antibodi tak kuat memang senang aje kena demam. Biasalah risiko di tadika. Tengok mata dia pun tahu tak sihat. Kesian pulak tengok:(
ReplyDeleteSaya pun rasa antibodi si kecil ni tak berapa kuat berbanding dengan abangnya. Kalau sakit susahnya hati alahai. Dahlah dia merengek tak tahan sakit, kita tengok muka cengkung dan badannya susut dalam sehari pun bertambah-tambah risau jadinya!
DeleteKesiannya adik cute..
ReplyDeleteSyafakallah adik..
Semoga cepat sembuh..
Hihihi..
Dah katanya pengetua..
Bagi lah cuti dalam sebulan dua...
Baru adik cute cepat recover MD ..
Pengetua beri cuti seminggu dulu. Kalau masih berulang juga demam lepas pergi tadika, pengetua nak beri cuti sebulan pulak ^_^
Deletememang risau lah kalau anak demam berulang2 ni MD .Kalau akak selalu terfikir denggi je tapi MD dah bawa hospital tu ok lah lega sikit bila tau demam biasa je.Takpe lah dua tiga hari ni adek cute pasti sehat...
ReplyDeleteSaya pun setiap kali dia lesu dek demam, asyik terfikir denggi. Lagi-lagi katanya denggi sekarang lain macam pulak simptom demamnya. Risau betul!
DeleteTapi ni dah tiga kali check memang bukan denggi. Saya susah hati sebenarnya sebab anak asyik berulang demam!
Get well soon Adik. In sha Allah nanti dah sihat ada selera lah balik tu nak makan. Hehe
ReplyDeleteAdik kalau sihat pun bukan seronok sangat dia makan inikan pulak bila sakit. Teruk betul keadaannya kalau demam walaupun sehari aje!
Deleteget well soon adik. anak saya pun dari bulan 6 haritu.
ReplyDeletebulan 6: bronkitis adik
bulan 7 lepas raya: non stop ciken pox (abang2) dan bronkitis
Penat juga. sampaikan peruntukan medical saya dah habis.
Lepas ni pakai duit sendiri utk pi klinik
Anak-anak saya ni take turnlah nak jatuh sakit. Jadi risau pulak saya dibuatnya. Harapnya janganlah jatuh sakit lagi.
DeleteKebetulan, anak saya pun demam juga ni
ReplyDeleteMusim demam agaknya sekarang ni, Noriza.
DeleteSaya ni pun dah mula batuk-batuk, tekak perit dan badan pun dah sengal-sengal dibuatnya. Harapnya taklah jatuh sakit!
Kalau anak demam berulang-ulang ni memang risaulah kan. Moga adik cute akan sembuh sepenuhnya, lepas ni takde demam2 lagi, bukan apa kita mak2 ni kalau anak demam memang risaulah kan, kalau boleh memang tak mahu kerja, nak jaga anak je..tapi itulah tak boleh pula nak bercuti selalu
ReplyDeleteMemang risaulah sebab baru baik lepas tu kena demam lagi. Tak tentu arah perasaan dibuatnya. Lagi-lagi kalau budak-budak ni demam, rengekan mereka tu pun buat kita susah hati!
DeleteKalaulah boleh duduk rumah jaga anak aje, memang nak juga buat! Nasib baiklah pejabat saya ni nak ambil cuti pun senang. Kalau tidak, tak tahulah apa jadi nasib!
Nmpk susut badan adik cute.. semoga cepat sihat & ceria kembali..
ReplyDeleteBila ank x sihat ni, mmg kita susah hati.. nk keje pun x tenang. Elok la mummy bg cuti smggu.. bg betul2 sihat. Dkt tadika aimy pun ramai budak x sihat. Hari2 ada je ibu bapa yg wassap dkt group ank xdtg sek sbb demam.. musim skg ni..
Susut banyak rasanya badan si kecil ni, Ira. Dahlah kalau sihat pun bukan nak makan banyak mana, kalau sakit lagilah susut!
DeleteNi Mommynya beri cuti seminggu terus. Tengok macamana, boleh ligat balik tak dia!
betul tu viral fever..memang viral sungguh fever nih..takpe adik kuat..
ReplyDeleteKejap-kejap datang menyinggah demam ni. Mommylah yang susah sampai jatuh demam juga akhirnya!
DeletePatutlah sunyi sepi jer hari Jumaat hari tu cuti rupanya. Adik demam lagi ek. Mmg musim demam kot Kak Ton. Si TLBD pun demam hari tu...nasiblah tak melarat. Sehari jer demamnya. Seme.
ReplyDeleteMak ngeri sikit kalau si TLBD ni demam sebenarnya.
Alahaiii siapalah tak bergenang air mata kalau anak kita kena ambik darah gitu. Lagilah adik tu kecik kan ......mmg sedihlah kalau namanya emak. Nasiblah tak de pape ek....alhamdulilah.
Lepas demam biasalah....letih lesu badan tu
Kalau sunyi-sepi di sini maknanya di sana sedang sibuk atau tak kerjalah, Mak. Apalagi...
DeleteMemanjang aje musim demam ni Mak. Sama aje macam musim durian. Kejap-kejap bermusim, kejap-kejap bermusim datangnya ^_^
Kan! Sedih tau hati ni bila tengok lengan anak kena cucuk nak ambil darah. Dah tiga kali si kecil ni kena ambil darah sepanjang 5 tahun ni dan dah dua kali saya saksikan sendiri. Dua-dua kali tu juga saya bergenang air mata dibuatnya!
Jenis mudah jangkit macam adik cute ni mungkin la jangkit kt tadika.sana virus macam2 kan budaknya ramai.semoga cepat smbuh la adik ye..kuat merengek bila demam memang boleh buat mummynya tingtong.hiks
ReplyDeleteSenang benarlah dia terjangkit. Selalu juga buat joke kat rumah tu, kalaulaha ada kisah zombie macam dalam drama/filem Hollywood, memang kita anak beranak tak survivelah. Baru kena virus demam, dah tak tahan! Kehkehkeh!
Delete