Alkisah di hari raya (Part III)

Salam 28 Syawal kawan-kawan!

Macamana puasa enam? Selesai sudah? Pada yang berjaya berpuasa enam tu, tahniahlah ya. Marilah kita sama-sama istiqomah puasa Isnin dan Khamis pulak ~_^

Okeylah! Kiranya ini penghujung cerita raya sebab bulan Syawal pun dah nak berakhir walaupun kisah hari ni baru masuk hari ketiga raya ~_^

Sebenarnya dah malas nak menaip kisah raya lagi tapi itulah, rasa tergantung pulak kisah raya MD kalau takda penutupkan! Makanya, marilah bertabah membaca kisah raya kita ya ^_^

Hari raya ketiga, ada jemputan ala rumah terbuka dari salah seorang my anak saudara@ anak sulung Chik. Rumahnya terletak di Parit Yusuf nun (Mak, Parit Usop Sontorian ni dok atas pagarkan Mak, betul-betul pembahagi antara bandarku tercinta Batu Pahat dan Muo, kan Mak? Ke Geografi Kak Ton salah? Ish, daripada tanya Mak lebih baik tanya Kakzakie ! Buang air liur jerk...)

Kebetulan ada marhaban di rumah anak saudara pada hari yang sama, so jomlah jemput seluruh adik-beradik, makpak saudara dan sepupu-sepapat beraya sekali. Senang nak menjamu sekaligus. Takdalah penat memasak!

Kami bertolak selepas solat Jumaat. Senang sikit. Pepagi hari masing-masing antara nak bangun dengan tidak aje. Penyediaan sarapan pun berperingkat. Memang pitamlah my Chik sepanjang raya ni tapi takpa, bukan selalu adik-beradik sekeluarga berkumpul serumah beramai-ramai. I know, Chik pun happy walaupun rasa nak pitam jerk ^_^

Nak bertolak lewat pagi payah pulak sebab yang lelakinya nak solat Jumaat. Bak kata suami my anak saudara, macamlah kat Parit Yusuf tu takda masjid yang tak boleh nak datang pagi. Hahaha

Yang sebenarnya bila dah ramai macam ni, bab bersiap tu yang payah dan kecoh sangat! Itu je alasannya! Entahlah tak ingat pulak I berapa kereta kami berkonvoi ke rumah my niece ni. Kalau dah kami 9 beradik tentulah confirm ada 9 buah kereta, termasuk anak saudara lagi entahlah ya berapa ramai rombongan Kak Ton masa tu!

Sampai di rumah my niece rupanya dia takda sebab mengikut kumpulan marhaban di kampung tersebut bersama dengan anak perempuan sulungnya. Tinggallah si suami dengan dua orang anak lelaki yang kecil. Tak sangka hebat juga si suami anak saudara ni, sibuknya menyediakan mi rebus dan sup daging kambing di dapur.Wifenya dah siap-siapkan kot cuma dia tukang sediakan aje ^_^

Kambing tu pulak adalah hasil ternakan sendiri! Bijak tau my anak saudara ni. Hasil duit pemberian orang semasa kelahiran anak perempuan sulungnya 5 tahun sudah, dibelinya seekor kambing betina. Lepas tu kambing tu dibiarkan membiak. Makanya, anak perempuan sulungnya tu 'tokey' beberapa ekor kambinglah ^_^ Makpak cikgu sekolah sebenarnya  bukan penternak ...

Eh, of courselah sampai rumah anak saudara I tak jengah dapur ya! Nak buat apa pulak! Kang tak pasal-pasal kena tolong singsing lengan pulak dah... serahkan ajelah kepada yang mahir ^_^ Kita ni ada anak kecil, lebih baik uruskan anak-anak aje. Hehehe!

Tak lama lepas tu my anak saudara dan cucu saudara pun baliklah ke rumah melayan  kami yang penuh rumah dibuatnya ni. Sedap tau kata mereka sup kambing yang anak saudara buat sebab lembut sangat dagingnya. I of courselah tak makan tapi I tengok HD bukan main bertambah. Selalunya depan orang makan sikit aje sebab nak jaga maruah ~_^

Masa nilah my beloved anak-anak bujang sibuk nak ziarah kandang kambing belakang rumahlah, nak tengok keliling rumahlah, itulah, inilah. Teruja mereka bila masuk kampung macam ni. Maklumlah, selama ni hidup dikeliling hutan juga tapi hutan batulah. Bercakap pun selalunya dua beradik aje, tak pun dengan dinding rumah. Tapi di kampung ni ramai rakan sebaya@anak saudara mereka, apalagi seronoknya lain macam.

Si Adik Cute nampak ayam belanda pun bukan main teruja mengejar ayam tu. Dia tak tahu sebenarnya yang ayam tu boleh kejar dia balik. I  tengok dari jauh ajelah sambil mulut tak reti nak senyap! Ada ke bawah pokok pisang pun si kecil ni nak suruh I ambil gambarnya! Melampaulah nafsu selpie anak bujang I ni...

Oh, I tak ambillah sebab kasut tumit tinggi raya dah kena lecak tanah merah... Huahaha!

Lepas dah kenyang makan, kita  tinjau pulak rumah baru my anak saudara yang masih dalam pembinaan. Eh, depa ni... Mak buat rumah besar, anak pun nak buat rumah besar juga! Dahsyat perbandingan....

Pulang dari rumah my anak saudara ni, kita sangkutlah di kesesakan jalanraya nak balik ke bandar Batu Pahat. HD macam biasalah, asyik nak pecut dulu aje. Tetiba dalam jem tu my Chik called tanya di mana. I pun katalah sangkut jem!

Kami plan nak ke rumah seorang lagi sepupu perempuan (anak makcik) di Pesta. Rumah yang I kata cantik sungguh susun atur dalam rumah dalam kisah raya tahun lepas. Link malas nak letaklah ya, bukan you all rajin pun menyelongkar kisah dulu-dulu! I know, I know your attitude membaca ^_^

Jadi, I beritahu Chik suruh tunggu kat tapak pasar malam di Pesta aje. Tup-tup, tak lama lepas tu Chik telefon tanya mana kami! Entah macamana kami yang gerak dulu, Chik sekeluarga yang sampai dulu. Rupa-rupanya mereka ambil jalan short cut! Tak aci ni, tak beritahu ada short cut! Kata Chik salah koranglah dah laju aje menonong! Duh!

Sampai di rumah my sepupu dah pukul enam petang. Nama aje sepupu, lokasi rumahnya I ingat-ingat lupa tau. Tau dekat dengan masjid Pesta tu tapi tak ingat mana satu. Maklumlah masa raya aje sampai ke sini, dah si Tanggang ni jarang balik kampung kalau tak sambut raya! My sepupu ni setahun lebih tua daripada I, makanya memanglah rakan sepermainan masa kecil dulu. Tapi, bila dah besar ni nama aje sepupu, waktu raya nanti barulah dapat bertentang mata!

Rupa-rupanya ada juga yang lain tak tahu kami nak ke sini dan ikut jalan Parit Sulung balik ke rumah! Kasihan alahai tapi nak buat macamana! Dah cakap, dah WA tapi masih ada juga yang tak tahu the next raya destination!

Sampai di sini kami dihidangkan dengan kuih raya, maggi goreng versi tuan rumah yang sedap dan juga kuey teow goreng. Walaupun main cuit-cuit aje, kenyangnya terasa!

Selesai di rumah my sepupu, kami sekeluarga terus balik rumah Chik manakala yang lain-lain ke rumah abang my sepupu ni pulak. Penatlah dah walaupun dua buah rumah aje ziarah raya di hari raya ketiga ni.

Hari Sabtu tak ke mana-mana sebab ada marhaban pulak di rumah Chik. Seawal 7.45 pagi ya masa yang diberi untuk turn rumah Chik! Lintang-pukang masing-masing kemas port tidur masing-masing. Hari Sabtu ni pun satu demi satu keluarga berlepas pulang. My family pulak bertolak seawal pukul 6.30 pagi hari Ahad pulang ke KL. Sampai KL pukul 8 lebih teruslah 'ziarah raya' ke Q Bistro menikmati roti canai mamak ^_^




Tamatlah sudah kisah balik kampung beraya kami sekeluarga. The next hujung minggunya adalah sesi ziarah raya sanak-saudara di KL. Malaslah nak buat Part IV. I is penat memerah otak nak mengingat jalan cerita raya. Maklumlah dah tua, usia pun dah meningkat makanya penyakit lupa kerap betul hinggap!

Lepas ni kita berkisah hal-hal rutin macam biasalah ya ^_^   

   


   

 

 

   


Comments

  1. kesian Chik..kak MD tolong tak dia kat dapur?hehe.

    p/s: cukup tak puasa enam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tolong mana patut ajelah tapi takdalah macam zaman single mingle dulu, bertapa kat dapur! Hahaha!

      P.S. Alhamdulillah, langsai juga puasa enam. Bertabah akak bayar puasa qada' dan nak puasa enam tahu. Segala nafsu makan kutahan. Hahaha!

      Delete
  2. Hish....nampak sangat femalas tu tau.....Kalau ye pun femalas tinjau tinjaulah dapur tu katanya rumah anak sedara! Terer jugak anak sedara awak tu masak ek.... Nak menjamu 9 buah kereta bukannya mudah tau....mau satu kawah kena mengesop tu.....

    Adoiii terbayang pulak menghirup sup kambing lembut. Sedapnya weyh....
    Eleh...orang ingatlah kisah rumah sepupu Kak Ton yang Kak Ton cerita tu.... Awat tak ambik gambo nak jugak tengok deko rumah dia...

    Dah makan kenyanglah tu kat rumah anak sedara sampai tak mampu nak makan kat rumah sepupu.

    Bab marhaban ni mmg ngeri tau. Nasiblah rumah mak kat kg dah tak ambik lagi marhaban ni. Kalau tidak mak yg kena sediakan...ohhhh tidaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada malasnya, Mak. Kita kena pantau anak-anak bujang kita yang 'jakun' nampak ayam, itik, kambing segala! Maklumlah, anak-anak zaman sekarang tak boleh dilepas bebas begitu sahaja. Bahaya! Hahaha!

      Memang banyak dimasaknya. Nak marhaban lagi, nak jamu keluarga dan makpak saudara lagi. Memang nangis-nangis saya rasa mereka laki bini mereneh sup kambing tu. Tapi semua puji lembut dagingnya, maklumlah hasil ternakan sendiri! Berkat kotnya ~_^

      Malulah Kak Ton nak snap-snap gambar kat rumah orang. Nanti sepupu Kak Ton perasan pulak kata rumahnya cantik. Kak Ton tak suka buat orang riak. Hahaha!

      Ada ke patut marhaban start pukul 7.45 pagi. Memang perut tengah berkeroncong masing-masing minta diisi dengan sarapan pagi. Tapi janji Melayu aje. Pukul 8.30 pun tak sampai lagi!

      Delete
  3. Ramai tu berkonvoi 9 kereta ,ialah kalau tak bagitau tuan rumah mau nya kelam kelibut nak menjamu tetamu walaupun hanya air je.Kalau akak pun harus fengsan :-)Biasalah budak2 dari bandar memang lah teruja melihat ayam kambing tu MD...seronok dorang kan..
    Oh tapak pesta tu ya MD....gimana pulak orang BP boleh tak tau jalan shortcut ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, mahu pengsan tuan rumah kalau kami tak beritahu nak datang. Rombongannya ramai betul. Kebetulan kali ni semua adik beradik saya, anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara(yang masih kecil) ada semuanya. Apalagi, raya sakanlah kami!

      Hebat betul rupanya penangan kambing, ayam belanda, kucing pun termasuk juga pada pandangan budak-budak ni. Maklumlah kat KL mampu tengok gambar aje. Kalau nak tengok real haiwan kena pergi zoo ^_^

      Saya ni nama aje orang BP tapi bab jalan memang gagal (tapi bab patriotik memang kuat. Maklumlah balik kampung pun masa raya aje, kalau baik sikit, 2,3 kali setahun! Tak tahu saya mana jalan short cut dari Parit Yusuf tu nak balik ke bandar Batu Pahat. Bukan laluan biasa ~_^

      Delete
  4. Aduh.. jenuh nak melayan 9 kereta berkonvoi MD..
    Kalau CH oder katering jer lah hahahhaa..
    Dah kilauan emas ni .. mana nak mampu buat..
    Makan pun cuit2 ajer hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kalau macam ni nak buat rombongan pergi rumah CHlah! Pintu rumah terbuka lagi ke tidak ni? Hahaha!

      Eleh, CH tu cakap aje. Tu yang beria-ia prepare macam-macam sampai tolong kakak pun nak buat juadah rumah terbukalah, apalah. Kata aje tak rajin tapi sebenarnya sesungguhnya rajin sungguh manusia bernama CH ni tau ~_^

      Delete
  5. aida sgt suka bab citer2 raya ni, MD.
    beraya.
    ziarah.
    konvoi. kalau umah aida la kena terjah dek 9 buah kereta, mau call kfc delivery gamak nyer MD oii!!!
    jalan umah sepupu ingat2 lupa (sama ler kita) ha ha ha :)
    makan-makan.
    semua nyer syorgaaaa !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sukalah mendengarnya! Tuan rumah macam ni memang kita kena 'ambush' beramai-ramai masa raya. Makan sedap weyh - KFC ^_^

      Yalah, saya pun masa raya aje pergi rumah sepupu-sepapat. Kalau tak raya, memang rajin pergi shopping mall aje ^_^

      Delete
  6. aida x dpt puasa enam, MD :(
    asben je sukses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpalah, at least ada terniat nak buatkan! Next year, insyaAllah ada peluang ^_^

      Alhamdulillah! Saya dan suami dua-dua berjaya selesaikan puasa enam.

      Delete
  7. panjangnya kisah raya MD ni. Jalan berkonvoi ni penat tapi seronok. Saya pun suka juga tapi nak mengumpul semua adik beradik tu yg siksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baikkan saya tak sambung another part lagi. Kalau tidak, dah tentu give up! Hahaha!

      Jalan berkonvoi ni menuntut kesabaran betul sebab ramai pulak ahlinya, macam-macamlah ragamnya!

      Betul tu, KB. Sebab itulah bila dapat kumpul seluruh adik-beradik dan suku-sakat, jomlah kita beraya sakan!

      Delete
  8. berkonvoi ramai2 macam tumesti meriahkan dapat pulak makan yang sedap2 memenag bestlah.

    haa itulah sape suruh berdesup sangat perginya kan dah tak tahu jalan short cut..hehehe tapi takpelah janji sampai jugakan.

    Kalau MD letak link pasal rumah sepupu tu saya mesti baca,nak juga tengok hiasannya tu, ini mahu kena cari balik entri lama2 MD nih, tapi mesti tabahkan hati sendiri untuk membacanya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap rumah yang nak pergi kena beritahu dulu. Kalau tidak, pengsan tuan rumah nak menerima tetamu yang ramai. Itu pun rumah yang muda-mudalah. Yang dah tua tu, takkanlah kita nak suruh mereka prepare makanan sedap-sedap pulak ^_^

      Ingatkan takda shortcut tapi terlupa pulak yang saya ni kan jarang balik kampung sendiri. Alangkah bandar BP tu pun boleh sesat, inikan pulak bandar orang ^_^

      Hahaha! Nak mencari tu susah AA sebab tajuk tak pernah serupa dengan isi entri. Tak payahlah menyusahkan diri sendiri ^_^

      Delete
  9. Bijak2..kecik2 dh jadi tauke kambing.pandai ayahnya buat pelaburan.nak tiru utk aryan tp kt mana nk bela kmbingnya..dalam rumah boleh?hahaha..

    Sakan depa beraya..taun ni rayaku hambar sbb kena berpantang.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kalau ada kawasannya, saya pun buat macam tu tau. Anak pertama tauke lembu, anak kedua tauke kambing. Makpak tauke ikan keli. Hahaha!

      Kalau dalam rumah nak bela kambing, pergi beli kambing mainan kat Tesco ajelah PK. Mujur-mujur mendatangkan hasil juga. Hahaha!

      Huhuhu...sedih pulak mendengarnya! Lain kali janganlah pilih berpantang masa bulan raya! Kahkahkah!

      Delete

Post a Comment