Salam 13 Zulkaedah kawan-kawan!
Hari ini marilah kita berkisah tentang my anak bujang lagi. Memangnya kalau dah tak tahu nak membebel pasal apa, kisah tentang anak-anaklah yang paling mudah nak mengarang storynya ~_^
Jangan jemu pulak ya!
Siapa suruh jengah blog mak-mak! Mak-mak ni memang lari tajuk macamana sekali pun, tetap akan balik bercerita tentang anak-anak juga ~_^ Alkisahnya begitulah ya!
My anak bujang tercomel @ Adik Cute ni memang banyak ragamnya kalau dapat dirakam, boleh buat kita tersenyum sendirian...
Sejak seminggu lepas dia 'bercuti' atas kebenaran Mommynya dek kerana demam kebah, demam kebah aje kerjanya. Maka semalam sepatutnyalah hari pertama pergi tadika selepas bercuti seminggu.
Sedang I baru nak memulakan kerja, dapat whatsapp dari teachernya berbunyi begini,
Hi Mummy! Why is my baby absent today?
Ahah! My anak bujang tak pergi tadika lagi ya semalam, ambil cuti malas atas izin sendiri dan dipersetujui oleh Daddynya! I dah agak pun sebabnya kalau cuti panjang aje memanglah dia akan malas pergi tadika!
Sejak dah bertadika ni pun, bahasanya boleh tahan. Adakala kasar bunyinya, dek pengaruh kawan-kawan setadika. Kalau ditanya siapa yang punya angkara, balik-balik kawan perempuan di tadika. Boleh tahan ganas juga rakan sebaya Adik Cute yang gegirl ni tau! Lagi hebat bahasa berbanding dengan budak-budak lelaki! Almaklumlah, anak-anak zaman sekarang; pengaruhnya merata keliling mereka!
Bagusnya si kecil ni, kalau ditegur bahasa yang digunakan tak berapa sesuai dengan umurnya, memanglah dia tak akan ulang cakap lagi. Tapi kena berhati-hatilah, kalau kita tersilap cakap selamba aje dia akan kata,
Eh, tak boleh cakap macam tu! Tak baguslah!
Selepuk kena kat diri sendirilah gamaknya~_^
Baru-baru ni dia sibuk membebel kat Mommynya,
Mommy! Adik nak pakai seluar panjang pergi school! Kenapa Mommy tak sediakan seluar panjang?
Yalah! Nanti Mommy sediakan seluar panjang esok!
Esok-esoknya?
Tak bolehlah. Seluar panjang satu aje teacher beri. Esok pakai, esok-esoknya tak boleh pakai, kena basuh. Esok-esok-esok pakai balik, ok!
Merungutlah terus kenapa kena pakai seluar panjang sukan tu selang sehari! Dia bukan tahu pun lepas pakai seluar tu kena basuh! But I tell you, anak bujang I yang satu ni rajin tau. Suruh apa aje, memang dia dulu offer diri nak buat. Kalau kita suruh abangnya dan dia tak dapat tolong, memang melalak.
Paling disukainya tolong I melipat pakaian. Pakaiannya semua dia nak lipat sendiri. Walaupun sakit mata I ni tengok lipatan si anak bujang tercomel, redha ajelah masa tu. Oh, tak boleh lipat balik tau apa yang dia dah lipat! Kalau dia nampak, habislah melalak merajuk!
Selalunya masa nak menyusun pakaian tu, I lipatlah semula bila dia tak nampak~_^
Katanya dia memang rajin tolong Mommy cuma masak aje Mommy tak bagi tolong lagi ~_^
Baru-baru ni dia sibuk membebel kat Mommynya,
Mommy! Adik nak pakai seluar panjang pergi school! Kenapa Mommy tak sediakan seluar panjang?
Yalah! Nanti Mommy sediakan seluar panjang esok!
Esok-esoknya?
Tak bolehlah. Seluar panjang satu aje teacher beri. Esok pakai, esok-esoknya tak boleh pakai, kena basuh. Esok-esok-esok pakai balik, ok!
Merungutlah terus kenapa kena pakai seluar panjang sukan tu selang sehari! Dia bukan tahu pun lepas pakai seluar tu kena basuh! But I tell you, anak bujang I yang satu ni rajin tau. Suruh apa aje, memang dia dulu offer diri nak buat. Kalau kita suruh abangnya dan dia tak dapat tolong, memang melalak.
Paling disukainya tolong I melipat pakaian. Pakaiannya semua dia nak lipat sendiri. Walaupun sakit mata I ni tengok lipatan si anak bujang tercomel, redha ajelah masa tu. Oh, tak boleh lipat balik tau apa yang dia dah lipat! Kalau dia nampak, habislah melalak merajuk!
Selalunya masa nak menyusun pakaian tu, I lipatlah semula bila dia tak nampak~_^
Katanya dia memang rajin tolong Mommy cuma masak aje Mommy tak bagi tolong lagi ~_^
Dua hari lepas sebelum tidur, dia ajak main geletek-geletek satu badan. So, I pun geleteklah dengan sakannya sampai si kecil ni tak boleh berhenti gelak besar sebab geli-geleman. Dia cuba banyak kali nak kenakan Mommynya tapi tak berjaya. Bila rasa nak kalah tu, mulalah dia bengang!
Dia pun kata,
Mommy jangan buat macam tu lagi. Kalau tidak, adik tampar muka nanti!
Amboi! Kasarnya bahasa!
I pun pura-pura nak menangis sambil kata dia memang tak sayang Mommynya, boleh pulak suka hati nak tampar muka Mommy!
Lantas dia pun teruslah memujuk sambil peluk-peluk Mommy sambil berulang kali kata sayang, kata sorry banyak-banyak! Yang paling gelak bila dia kata begini,
Sebenarnya bukan adik nak 'tampar' muka Mommy... (slow berbisik bila sampai perkataan 'tampar' tu sebab takut Mommy merajuk hati lagi ~_^)
Ehhhh...Mommy memang comel kalau ikat rambut guna benda ni! (sambil tunjuk my sepit rambut baru yang I pakai)
Mommy kenalah jaga muka, jaga kecantikan selalu!
Uhuh...lain macam pulak nasihat ^_^
Biasalah Adik Cute ni kalau nak kena marah atau dimarahi, memang pandai ambil hati supaya tak berterusan mengecilkan hati Mommynya ~_^
part ambil hati tu sama macam adli. nak marah pun tak jadi....
ReplyDeleteKalau dah mula nak ambil hati, memang tak jadilah nak marah, Lea. Muka cute sangat pada pandangan mata kita mak-mak ni ^_^
DeleteJgn under estimates budak cerdik macam adik tu.
ReplyDeleteDia pun ada sense nak ambil hati mommynya. Tapi bab cuti suka-suka ni biasalah budak tadika apa lagi kalau lepas cuti nak mulakan balik memang bercintalah.
Kadang-kadang nampak cerdik, kadang-kadang nampak betul alahai tak macho si kecil ni!
DeleteMemang dia kuat bercakap, Kakzakie. Nak samakan dengan perangai siapalah tu ya ^_^
Pengaruh kawan tadika tu biasa lah MD.Ada je perkataan2 baru yang dia orang tau yg kita tak pernah ajar kat rumah.
ReplyDeleteTapi adek cute ni comel lah....pandai pujuk mummy.bijak sungguh...tapi lagi comel kalau rajin pegi sekolah kan.
Pengaruh kawan-kawan ni merbahaya sikitlahkan, kak. Budak-budak ni senang terpengaruh dengan rakan sebaya. Saya tengok sejak pergi tadika, bahasa pun bukan main pelik! Apa yang kita tak ajar, diucapnya! Nasib baiklah bila kita tegur, dia menerima dan tak ulang lagi!
DeleteOwh Adik Cute.. buat auntie geram dengan adik cute tau.. ;)
ReplyDeleteGeram tang apa tu, Aiza? Hahaha!
DeleteRingan ulang betul anak bujang ni. Hehehe. Senang lah kerja mummy dekat rumah. Amboi siap pandai memujuk lagi tuu. Comel je !
ReplyDeleteOh, yang kecil ni memang rajin membantu di rumah, Nani! Kalau tak beri tolong, dia merajuk! Senanglah akak jadinya. Tapi adakalanya siksa juga sebab kena buat satu-satu kerja dua kali dek kerana bantuan ikhlas si kecil ni ~_^
DeleteEsok esok esok..
ReplyDeleteRindu zaman ini MD..
Macam akak lah kan.
Anak besor ni lain lah pulak caranya..
Pengaruh kawan yg kita takut tu MD..
Kalau yg baik tak apa..
Yang tak baik tu yg takut..
Bahasa pun takut juga mereka terikut2..
Yalah CH. Sekarang ni melayan kerenah anak-anak yang masih kecil. Nanti-nanti dah masuk alam remaja, lain pulak keletahnya ya!
DeleteBetul tu. Pengaruh kawan-kawan ni ada bahaya sikit. Lagi-lagi jenis yang suka meniru apa orang kata ni!
Weyh Kak Ton.... tetiba pulak hilang idea nak komen. Balik dulu ar
ReplyDeleteBoleh pulak gaya gitu? Ni tengah sibuk tengok sinetron ke apa ni?
Deletehaiyo, budak kecik dah pandai sebut 'tampar'..huhu. tapi tak boleh nak melenting sangat. baya ni kadang-kadang tak faham pun apa dia cakap. tapi pandai bodek Mummy..hehe
ReplyDeleteMana tak terkejutkan bila dia kata nak tampar muka Mommynya! Nasib baik takda sakit jantung tau!
DeleteIkut kawan-kawanlah ni. Ada satu budak perempuan ni sekolahnya ni meman kata-kata sikit punya 'ganas'. Hari-hari dia kata bergaduh dan 'kena marah' dengan budak perempuan ni! Aduhai anak Mommy!
Adik ni petah bercakap lah saya rasa, betulkan MD...
ReplyDeleteKecik-kecik macam ni pun dah pandai ambil hati mommynya.
Anak-anak saya pun sama, MD kalau dah tolong buat kerja, cuci pinggan ke tp tak memuaskan di mata saya, saya akan buat balik di belakang mereka. tak nak mereka terasa, nanti mereka tak nak tolong dah. susahlah kita nanti nak mintak bantuan lain kali.
Memang kuat bercakap pun di rumah tu, KB. Ikut perangai siapa pun tak tahulah ~_^
DeleteDia memang takut kalau saya kata saya merajuk dan tak sayang dia lagi. Mulalah buat aksi-aksi manja dan nak peluk sesaja kalau dah macam ni! Kita pun apalagi, masa nilah nak memanjakan anak-anak juga ^_^
Itulahkan. Kalau buat depan mata mereka, memang jangan haraplah mereka nak tolong lagi. Nak buat apa tolong kalau lepas tu Mommy buat balik kerja tu. Kenalah pandai-pandai tambat hati mereka supaya rajin tolong kita!
hi la MD apa khabar dah lama tak berkunjung kesini....adik n abang dah besar....
ReplyDeleteAlahai, kawan lama! Apa khabar awak Lizz? Lama sungguh tak dengar berita di alam maya. Anak-anak pun dah besar panjang juga ya, apa khabarlah mereka semua!
DeleteBila dah bercampur dengan rakan2 ni MD..byk benda baru yg mereka belajar...tutur kata pun lain...
ReplyDeleteMakin besar dah adik
Bagus sebenarnya bila bercampur dengan rakan sebaya ni tapi ada juga bawa pengaruh tak baiknya!
Deletekejap je anak2 dah besar kan
ReplyDeleteMemang terasa kejap masa berlalu bila tengok anak-anak membesar ni, Raihanah. Kalaulah boleh diputar kembali masa...
DeleteUntunglah ada ada anak bujang, dahlah cute, rajin, pandai ambik hati pulak tu....nak booking utk cucu boleh tak Kak Ton?
ReplyDeleteBiasalah budak budak kalau dah bercampur mmg banyak pengaruhnya. Nasiblah adik dengar kata. Ditegah terus tak dibuatnya.
Uit...pandai pulak dia jadi perunding kecantikan tu. Nanti nak skodenglah camne rupa kak Ton kat rumah hihi...
Anak bujang kita rajin, Mak. Harapnya dah besar nanti buat perangai macam Daddy, sayangkan emak melampau-lampau! Suka! Suka! Suka!
DeleteNak buat cucu menantu? Kak Ton boleh percaya tak ni kat nenek mertua macam ni? Takut arghh anak Kak Ton kena buli dengan nenek mertua kaki selpie macam ni!
Kasarlah sikit bahasanya tu kadang-kala. Kak Ton ni pulak perempuan Melayu terakhir, tak biasa dengan bahasa kasar-kasar ni ~_^
Kat rumah memang pakai uniformlah Mak kalau dah malam kecuali malam Jumaat. Hahaha!
Awat rasa melting sangat ni bila terbayang adik cute ni bisik2 kat mamikkk?? Seriously cair macam aiskrim dah ni.. uuuwaaaaa !!
ReplyDeleteDia suka berbisik-bisik kalau bercakap manja. Dengan teacher pun berbisik-bisik. Cemburu Mommynya tau!
DeletePandai ambik hati..sama macam afia juga..lepas buat salah terus dtg ckp..minta maaf ibu.huhu
ReplyDeleteBab yg kita kena balik tu pun sama..klu sebut bodoh misalnya dia akan kata "bodoh tak baik.."
Bab suruh mommy jaga muka memang tak boleh blah..cute sungguh!
Oh, anak-anak lelaki saya memang pandai ambil hati Mommynya! Maklumlah 'pelabur' terbesar buat mereka berdua. Kalau tanya sayang siapa, tentu berbisik kat telinga kata sayang Mommy tapi tak mahu Daddy dengar takut Daddy lari balik Uzbekistan! Hahaha!
DeleteItu tiru kata HDlah tu!
Pengaruh kawan2 itu memanglah MD dekat rumah saya pun dah jadi macam tu, si kecik adelya tu tetiba cakap "hey kau gila" aduhhhh tersentap hati walaupun bukan cakap kata mama dia ni, tapi sentap jugalah bila anak keluar perkataan macam tu...huhuhu
ReplyDeletepandai adik ambil hati mommy ye..haaa ingat tu mommy jaga kecantikan tau biar kalah che ta hahaha, yang bab malas ke sekolah tu samalah juga dengan anak saya yang no.2 tu, liat betul kalau nak ke sekolah
Hah, itulah! Saya pun terkedu bila tertiba anak cakap bukan-bukan. Pernah sekali sambil gelak-gelak dia ajak saya, 'Mommy! Jom menari seksi-seksi!' Saya ternganga tak tahu dah nak react macamana!
DeleteOh, anak saya yang kecil ni bab ambil hati dari segi puji-pujian memang expectlah. Yang sulung tu kalau nak ambil hati dari segi perbuatan!
waah..pndai adik ambk hati mommy dia..confirm kembang sejebaklah hati mommy dia.. hehe
ReplyDeleteAdik kalau dah mula ambil hati, memang tak sampai hatilah nak buat apa-apa. Kena peluk cium sayang ajelah jawabnya...
Delete