Posts

Showing posts from 2015

Lupa mati ada endut sampai tersangap-sangap dok mengingat ^_^

Salam 4 Rabi ul Awal kawan-kawan!

Laaa... rupa-rupanya ramai juga yang tak tahu apa maknanya 'endut' yerk!

Kenapa tak tanya kat kawan-kawan yang asal dari Johor, mesti mereka dengan sukarelahati explain panjang berjela ^_~

'Endut' tu maksudnya buah hati, kekasih, boyfriend atau girlfriend ^_^

Kalau dulu masa duduk kat kampung zaman baru lepas akil baligh, selalu aje dengar insan-insan terdekatbercerita sambil bergaduh,

Kau dah ada endut eh... aku cakap dengan Bak!

Eh, kau tu yang gatal nak berendut, nak ngata orang pulak!

Eh, cepat cakap siapa endut kau sekarang!

Yang kau sibuk nak tau pasal endut orang tu apasal?

Lebih kurang macam tulah intipati pergaduhan bertepuk bertampar zaman dulu