Cerita paling sadis dalam diri ini....

Salam 27 Safar kawan-kawan!

Hahaha....

Tajuk memang nampak sangatlah hati tengah 'bergelora' semenjak dua menjak ni...

Sebenarnya takda maknanya nak sadis bagai, cerita merapu macam biasa aje ^_^

Ni I nak cerita pengalaman tersadis dalam hidup yang berlaku baru-baru ni. Belum pernah rasanya I kena macam ni sampai makan terlebih lalu, tidur terlebih lena dan habis semua orang I nak beritahu! Nampak tak betapa ngerinya pengalaman yang telah terjadi ni ...

Kisah bermula pada suatu hari. Sedang  I leka berblogging, tetiba telefon di atas meja berbunyi. Bila dilihat pada skrin telefon, nampak sangatlah panggilan tu melalui operator di my pejabat. Lalu I pun mengangkat ganggang telefon ...

Seorang perempuan memperkenalkan diri sebagai Professor A dari universiti awam tersohor di Malaysia ni (ranking dunia universiti I tak tahulah kat tangga ke berapa tahun ni, kalau turun pun BAGUS *feelinggeram*) dan selepas itu dia pun teruslah bertanya my name pulak....

Si perempuan ni nak bercakap dengan seseorang. Disebut nama si polan tu. Malangnya dia tak berapa pasti apa nama si polan ni. Lepas tu, dia pun tanyalah kat I siapa nama my bos. Since orang yang nak dicarinya tu bunyi macam seorang lelaki, makanya I pun beritahulah bos I ni perempuan dan I minta maaf sebab tak boleh nak beritahu namanya ikutsukahatijerk.

Then, perempuan ni pun katalah kat I sepuluh minit lalu dia ada telefon. Again, dia lupa dengan siapa dia bercakap tapi si penerima panggilan suruh dia call balik selepas 10 minit dan cari my section. Bila mendengarnya, I pun tanya kembali siapa nama si polan yang dia nak sangat bercakap tu. 

Again dia tak berapa ingat, asyik dok kata 'that's the problem, I didn't get his name!' Nama yang disebut tu memang takda pun dalam my section. I pun katalah takda orang berkenaan di section I. Again and again dia start mumbling entah apa-apa. I bet dia nak naik marah sebab dah call 2,3 kali masih tak dapat bercakap dengan si polan tu!

I ni pun terkedu sebentar sebab tak tahu nak jawab apa dan nak direct call tu ke mana. So I pun tanyalah, apa tujuannya menelefon. Dia pun cakaplah blahblahblah and bila mendengarnya, I penuh confident, it has nothing to do with my section. Malangnya, I still tak tahu nak arahkan callnya kepada siapa since dia sendiri pun tak tahu dengan siapa dan section mana dia telefon 10 minit sebelum tu.

Nak I transfer balik ke operator, I know very well. Silap haribulan tanpa mendengar cerita, operator akan redirect call tu kepada I semula. Masaklah nanti I yang kena balik! So I pun sambil-sambil bercakap tu sambil tengok kat senarai extension yang ada.

Tiba-tiba perempuan ni suruh I transfer call tu kepada si penerima panggilan 10 minit sebelum tu. 'A lady' katanya...

I pun jawablah lady yang mana satu? (sebabnya ada banyak ladies kat the whole company ni, lady yang mana agaknya yang I boleh membutatuli transfer aje call ni!) 

Tahu tak apa dibalasnya?

Well, I think there're too many ladies there! Come on (my name), you can do better than this! You can be more helpful! Do you want me to complain to your HOD??? I am sick talking to you!!! 

Terkejut beruklah I mendengarnya. Belum sempat menjawab tetiba dia menyambung kata,

I will put down the phone and call again!

Pap! Gagang diletak!

I was terpinga-pinga tapi hati memang membara aje mendengar tuduhannya!

She did call back and talked to another 'lady' at the right section. I pulak lepas kena hempas ganggang macam tu teruslah cari my 'kakak tiri' ( I pernah cerita tentang dia ni sebelum ni...) So, my kakak tiri kata dia kenal professor ni dan sepatutnya section C yang bertanggungjawab. 

So I pun calledlah my colleague at section C lepas berpuluh kali tekan ext. nya asyik busy memanjang. Rupa-rupanya dia tengah engaged dengan professor ni. My colleague beritahu this perempuan ada complained about me tapi dia tak cakap apalah sebab dia pun tak tahu hujung pangkal cerita. Bukan salah I juga sebabnya si pemanggil main hentam aje bercakap dan expect I tahu apa nak buat macamlah I ni operator!

Habis my whole day rasa sakit hati aje bila mengingatkan perangai dan budi pekerti seseorang bernama professor ni. Oh, come onlah! Langsung tak nampak ciri-ciri seorang professor pun! Arrogant gila!

Kan ah kak dah start marah dah ni!

      

  

Comments

  1. kadang2 panas je kalau kena melayan org mcm ni dekat telefon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Tak pasal-pasal kita kena hentam baik punya. Padahal dia yang tak tahu asal-usul dengan siapa dia bercakap sebelum ni dan dengan siapa dia nak bercakap. Kita pulak dimarahnya!

      Delete
  2. aduh mcm2 kes plak kak....tapi tahan gak akak dok layan die tipon...lieya ni takleh...mmg akan tolak balik pi operator tapi sebelum tu soudn operator jgn simply transfer call kat kite...jenuh kot nak melayan...bengang tu siap sound kite nak adu2 kat hod bagai...cehh bajet bagus betul huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasal-pasal nak marah orang tu yang tak menahan. Kata-kata pun tak menggambarkan awak tu tinggi level educationnya. Nasib baiklah kat U takda pendidikan moral gitu. Malanglah kalau gaya gini professor yang mengajarnya!

      Delete
  3. Kalau mak pun geram......dah lah tak tau sapa manusia yg dia nak cakap, lepas tu nak report pulak dgn HOD. Seram jugak tu hihi.....Heh..dia ingat dia tu sapa? Taulah dia tu professor.

    Kalau mak pun tak senang hati sampai ptg jugak tu Kak Ton, silap silap sambung esok panasnya kalau kena complaint cenggitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah! Dia sendiri tak tahu dengan siapa dia bercakap sebelum tu, section mana dan dengan siapa dia nak bercakap sebenarnya. Duk mention si polan, si polan...Macamlah satu aje si polan Jepun dalam pejabat Kak Ton ni! Yang tak menahan siap minta transfer call kepada perempuan yang dia bercakap 10 minit sebelum tu. Cuba kasi tau sikit, perempuan mana tu? Fikir Kak Ton ni bomoh ke apa boleh predict perempuan mana yang dia bercakap sebelum ni!

      Spoil mood oranglah, Mak. Tak suka tau kalau kena macam ni. Kak Ton bukan cakap menjerit-jerit macam anak tarzan pun. Elok aje kita bercakap dengan dia tetiba aje dia pulak 'sick' nak bercakap dengan kita! Kita lagilah dah nak tersungkur dengan suara arrogant dia aje tau, itu belum nampak muka lagi!

      Delete
  4. Patut pun dengan university university sekali Kak Ton block ek hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...hati kalau dah geram, yang takda kaitan pun kenalah sekali, Mak oi ^_^

      Delete
  5. tarik nafas hembus kuat2 dalam ganggang telefon tu lain kali.. atau pura2 bunyi macam orang sesak nafas bila cakap dengan orang macam. Make sure buat sebelum dia cakap nak letak telefon... Biar dia tahu bebelan dia boleh buat orang kena heart attack. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan nak buat-buat pekak aje. Biarlah dia membebel sorang-sorang sampai letak telefon! Laju menonong aje bercakap tak sempat orang nak take action, counterattack gitu ^_^

      Delete
  6. Alahai.sesak nafas membacanya pun ni...sian kawan kita ni. macam2 jenis manusia ni ya.. moga lepas ni tak terkena jawab lg panggilan dia ya..Take care ya kak ton, nanti i baca lg blog ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat panggilan tu, banyak kali jugalah kena panggilan sesat. Tapi bila bab orang kata kita rude ke, kita itu, ini, memang tetiba rasa mendidih hati ni. Spoil mood jadinya sepanjang hari, terus malas nak kerja. Hahaha!

      Err... AN pun take carelah ya ^_^

      Delete
  7. biasalah tu. maybe merasa diri tu dah bagus sangat lah tu. so cocky kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah dia rasa dia dah terlebih educated sampai semua orang kena hormat habis, berbudi bahasa jiwa bangsa bila bercakap dengannya!

      Delete
  8. Annoying kot layan org mcm gini.. kita plak mcm nak di salahkan.
    sedang kan dia pun tak tau nak ckp dgn sapa. " I cant get his name" salahko kot.. ergghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sakit hati sangat tu, dia tak ingat apa-apa lepas tu nak salahkan kita. Dia tak tahu yang kita pun 'sick' of talking nonsense dengan dia!

      Delete
  9. Menyampah lak dgr. Dah la org sedaya upaya nk bantu dia. Tup tup kena berdas2 pulak. Eh kemain sombong lg professor tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit jiwa bila bercakap dengan orang macam ni. Pernah juga kawan saya ajar - lain kali bila orang kata kita rude, ucap terima kasih aje sebab kita tak tahu pun kita ni rude sampailah dia bertanggungjawab beritahu kat kita! Hahaha!

      Delete
  10. Bagusnya MD masih angkat kan.. Kira bersabar juga la MD ni.. Kalau dgn ai makan maki per..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terangkat, Maria. Kalau boleh dibaca orang macamana yang berada di talian, memang saya biarkan aje telefon tu berdering! Sombonglah nak cakap macam tu padahal yang salah diri sendiri. Sedap aje nak komplen tentang orang pulak!

      Delete
  11. CH pun pernah kena juga MD..
    Merah jer muka menahan marah..
    Miski pun di telefon..
    Pedihnya hati tak tahu nak ckp..
    Kat ofis CH ni byk yg bernama akhirnya yati..
    Bila dia sebut sektor tu..
    CH tahu lah dia patut bercakap dgn yati yg itu bukan CH..
    Tapi boleh pulak dia kata CH cuba nak mengelak utk menjawab ketidakpuasan hatinya..
    Yg sakit hati dia kata kalau tak tau kerja baik berhenti..
    CH diam jer tak melayan amarahnya..
    Bila CH diam..
    Boleh pulak dia tempelak CH... hah dah betul lah tu jerit dan maki dia pd CH...
    Satu jer yg CH jawap...
    Maaf tuan saya tidak mahu berkawan dgn syaitan..
    Terus dia letak telefon...
    Istigfar je CH selepas itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bercakap di telefon ni memang tersiksa sikitlah, CH. Kita ni menahan marah walaupun kita tahu kita tak salah, dah itu polisi syarikatkan. Tapi adakalanya memang si pemanggil ni minta kena hempuk tau! Geram betul perangai macam ni. Lainlah kalau kita terjerit-jerit terpekik marahkan dia atau buat derk aje apa dia katakan. Memang tak faham orang yang rasa diri sendiri tu educated lebih berbanding orang lain!

      Delete
  12. Bila terlebih pandai, cara nak berkomunikasi pun fail!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlagak aje lebih. Itu mungkinlah dia tahu sebab dah biasa berlagak. Maklumlah ada title kononnya. Besarlah sangat kiranya title dia tu ...

      Delete
  13. relex la baru sekejap kot amik tugas operator..yg kejanya operator ni hari2 kot berdepan dengan manusia macam ni..biasanya dr eon krd or bank yg bg hutang pada abg2 askar ni tp tak reti nak mintak detail unit kerja..dia budget bg nama n no badan kita boleh trace yg si empunya badan yg nak dicari..kem ni besaq kot..ada 16 unit extensuon bertaus..staf beribu lemon... At last kita yg dimarahnya..dh lali dah kena marah..memang tugas operator satu cirinya kena tahan maki.haha..agak2 tak tahan kita maki dia balik. terbebel kt sini pulak..sory.ngehngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, panas hatilah, PK! Masalahnya dia yang tak tahu apa-apa tetiba nak kata kita tak membantu, lepas tu boleh pulak keluar statement menyampah nak bercakap dengan kita. Yang pi cakap panjang-panjang tu buat apa. Patutnya bila orang kata tak tahu, letak ajelah telefon!

      Hahaha...nasiblah dah tugaskan! Memang tak dapat lari ke manalah, PK. Kadang-kadang memang banyak salah pemanggil ni tapi yalah dah namanya kerja kita, nak buat macamanakan...

      Delete
  14. paling malas saya nak layan org mcm tu yg mebebel tanpa hujung pangkal cuma sbb hajat dia tak tertunai ... grrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasal-pasal kita yang kena padahal dia sendiri tak tahu hujung pangkal. Suka-suka hati aje nak kata bosan bercakap dengan kita. Dia tak tahu yang kita lagi bosan melayan pertanyaan dia yang takda hujung pangkal tu!

      Delete

Post a Comment